Wednesday, January 30

Batuk

Dah seminggu rasanya aku batuk, start dari lepas Imran baik demam. At first aku ignore je. Ingat batuk2 biasa. Tapi dah masuk seminggu ni batuk makin menjadi2 pulak. Susah nak berhenti bila dah start batuk.

Last Friday ada pi klinik. Dapat ubat batuk untuk jenis batuk yang takde kahak. 3 hari dah makan. Takde apa2 perubahan pun. Cuma aku perasan yang batuk aku dah ada kahak pulak. So semalam aku pi la Poliklinik Syahirah. Doktor kata kalau aku lambat lagi jumpa doktor maybe aku akan kena bronkitis. Huyo. Dasat rupanya batuk aku ni. Untuk keterangan pasal bronkitis, cuba check kat sini:
http://www.infosihat.gov.my/Penyakit_bronkitis_01.html

So aku dapat la mc. Balik rumah makan ubat. Lega sikit rasa. Aku ni siap dapat ubat untuk lelah lagi. Tapi kena ambik sekali je sehari, before tidur. Pagi tadi rasa lega. Batuk still ada tapi taklah kerap macam semalam. Alhamdulillah. Hopefully cepat sihat. Yang sedihnya Imran berjangkit pulak batuk dengan aku. Huhu.

Monday, January 28

Mimpi

Malam tadi aku mimpi aku bersalin. Tapi anak ketiga, boleh? Yang 2nd ni pun pregnant baru masuk 6 bulan. Dah mimpi beranak yang 3rd pulak. Oh no no no. Nanti dulu ye. Bagi aku berehat sekejap. Skrg anak sorang pun tak terkejar. Plus pening kepala nak pikir apa la jadi kalau dah masuk dua. Lagi pulak ada hati nak mimpi yang 3rd. Haha. Lawak pun ada. Tapi yang bestnya aku mimpi bagi anak bf direct. Best betul. Coz time Imran dulu aku tak dapat bf direct. Dan disebabkan kejahilan aku dalam dunia bf ni, aku cuma dapat bagi Imran susuibu sampai umur dia sebulan lebih aje. Jahil sungguh. Imran, mama minta maaf banyak2 sebab tak dapat nak bagi khasiat susuibu secukupnya kat Imran. Tapi mama janji, Insyaallah kalau adik yang lahir ni dapat bf betul2, dan kalau ada lebih mama bagi Imran rasa jugak susu. Semoga Imran dan adik akan dapat khasiat sepenuhnya. Insyaallah. Amin.

Friday, January 25

Fungus

Lupa nak cerita. Actually dari pagi Rabu lagi aku dah perasan. Ada bintik2 merah kat bird Imran dengan kat pangkal peha dia. Bila bukak je diaper, tangan dia mesti nak pi tergaru2 kat situ. Nak kata nappy rash, semacam je aku tengok. Takkan la nappy rash berbiji2 macam tu? Macam jerawat pasir pun ada.

Tengah hari masa nak tukar diaper, aku tengok rashes tu dah merebak ke perut. Berbiji2 semacam. Nak kata heat rash pun bukan. Aku tanya hubby, macamana ni? Dia kata takpe nanti kita bawak pi jumpa doktor.

Semalam pulak hubby kata lepas mandikan Imran tengok2 biji2 tu dah merebak ke punggung dan celah2 punggung. Adui... sure gatal gila tu. Lepas pakai diaper pun Imran dok tergaru2 diaper dia. So dah kebetulan nak balik Cheras, hubby kata bawak sekali la Imran pi jumpa paed kat Kajang tu.

And kebetulan pulak doktor tu telefon untuk bagitahu result air kencing Imran. Alhamdulillah negatif. Maknanya dia takde la apa2 urine infection. Kalau tak, haru jugak la nak kena check buah pinggang bagai. So hubby terus buat sekali appoinment dgn dr tu. Oh ye nama dr tu Dr Saiful.

Malam semalam kitorang pun pi la bawak Imran ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Saiful kat Sg Chua, Kajang (ceh macam promote pun ada :P). Bila dr check dia kata ni fungus. Hari tu Imran ada fungus dalam mulut. Lepas sehari letak ubat titis tu dah baik dah. Dr kata memang kalau bukan kat mulut, dia akan keluar dekat nappy area. It's normal sebab hari tu Imran demam kuat, or maybe sebab reaction badan dia kat antibiotik yang dr inject tu. Dr siap tunjuk gambar baby yang jangkitan fungus nya dah teruk. Isk isk isk. Sian aku tengok. Penuh satu nappy area. Sure gatal gila tak hengat punya.

So doktor bagi ubat sapu je kat Imran. Dalam 2-3 hari Insyaallah ok. Harap2 macam tu lah.

Ya Allah, kurniakan kesihatan pada anakku. Jauhkanlah dia dari sebarang penyakit merbahaya. Berikanlah kesejahteraan ke atasnya. Amin...

Thursday, January 24

Alahai Suamiku

Hari ni kitorang balik Cheras coz hubby nak buat keje and takde sape pulak nak jaga Imran. FYI hubby dah takmo hantar Imran ke nursery lama since baby dah ramai sangat kat situ and Imran asyik sakit aje kat sana. So hubby jaga sendiri Imran but then, dia pun kena fokus kat kerja dia jugak walaupun kerja dia tu boleh buat dari rumah. Tau2 je lah bila dah ada baby ni asyik nak perhatian aje.

So berbalik pada cerita asalnya, baliklah kami ke Cheras. Hubby dgn Imran balik dulu. Aku lak tumpang adik aku yang habis kelas pukul 6pm nanti. Sebelum tu aku dah pesan kat hubby untuk bagi kunci kat aku before balik Cheras coz banyak benda nak kena setelkan kat rumah tu. Baju pun tak packing.

Lunch hour, hubby still belum bertolak so dia ajak lunch sama. Lepas lunch dia hantar aku and terus bertolak balik ke Cheras. Alih2 aku lupa pulak nak mintak kunci kat dia. Padahal dah macam2 yang dia pesan kat aku. Angkat toto la, cuci periuk la, buang sampah la. Hehehe. Alahai suamiku, mintak maap la banyak2 coz lupa nak mintak kunci tadi. Dia pun lupa nak bagi kat aku gak. Haiyo masalah betul kalau laki-bini dua2 pelupa. Hahahaha.

Kebersepahan rumah, kazen dan asam pedas...

Semalam cuti Thaipusam. At first hubby kata MIL nak datang rumah. Ayo! Apa nak buat ni? Rumah belum habis kemas. Maklum lah baru pindah. Ada je barang yang belum unpack and kena susun. Pastu nak masak apa pulak? MIL is an expert and I'm not even an amatuer yet! Beginner pun macam tak layak. Haha. Hm and dengar khabar pulak yang SIL pun datang bawak anak2. Hoho lagi la semput dada gue. Kena kemas rumah habis-habisan ni.

So dari pagi sampai ke tengah hari tu projek kitorang sefamili ialah bersihkan rumah. Hubby la yang banyak buat kerja. Aku? Setakat basuh pinggan mangkuk, jaga Imran, basuh and jemur baju, lipat baju. Gitu-gitu aje lah. Nak buat yang berat2 aku tak larat. Plus nak kena jaga Imran lagi. Kalau dia tidur boleh la aku tolong mana yang mampu.

Around 10-11 am, hubby call MIL. Tanya pukul berapa sampai. MIL kata tak jadi datang coz dia ada kenduri apa tah kat rumah jiran. SIL pun tak jadi datang tak tau nape. Aku dah 'yay!' dalam hati. Hahaha. Jahat sungguh. Bukan apa/ Rumah macam tongkang pecah. Segan gila kat diorang. Hubby pun lega sebab boleh la dia rest lepas penat kemas rumah.

Tengahari, kazen aku pulak call. Nak datang. Ah sudah! Kelam kabut balik kitorang ni. Kebetulan dah rancang nak masak asam pedas. So kalau diorang datang makan aje lah asam pedas tu.

Kazen aku pulak tak kata nak datang pukul berapa. Aku expect petang2 la. Boleh hidang minum petang aje. Goreng2 nugget ke. So tengahari tu hubby keluar beli barang dapur. Aku lak bersilat between nak tidurkan Imran, basuh baju yang berbakul2 and jemur baju. Nasib baik semalam panas. Every 2 hours angkat baju, jemur yang next batch pulak.

Pukul 2, kazen call. kata dah bertolak dari rumah. hayoyo! Aku belum mandi. Rumah belum habis kemas. Lauk belum masak. Hubby pun dah start panik. Macamana ni? Hubby tolong aku masak kat dapur. Nasib baik ikan terubuk yang dia beli tu dah siap siang and potong. Kalau tak berejam la aku kat dapur. Blend cili kering dengan bawang. Ikut style MIL. Takyah rendam or rebus cili kering tu. Basuh2 sikit, masuk je dalam blender. bawang pun aku tak potong. Blend je lama2 sampai hancur. Hasilnya? Asam pedas aku sangat pedas. hahaha. The way that my hubby likes.

Nak dekat pukul 3, kazen pun sampai. Aku kelam kabut naik atas, mandi. Ruang tamu penuh dengan barang Imran. Bersepah ya Rabbi. kazen pun ada anak kecil so dia paham la kut pasal kebersepahan rumah aku. Lepas mandi aku sambung masak bayam pulak. Tumis air, cincai style. Haha. Lantok le. janji bersih dan boleh makan, dan ada rasa sikit. Hihi.

Pukul 3 lebih baru le semuanya terhidang. Kazen kata sedap. Husband dia kata pedas. Ok la tu kot. Hubby sendiri makan bertambah. Lepas makan, kazen ajak tengok bakal rumah dia kat Bukit Bandaraya. Luas rumahnya. Bukaan 24 kaki. Best betul. Bilik tidur besar2. I like. Dapur nya wow! Besar gila. Dapur aku saiznya kurang separuh dari dapur dia. Luas betul. Puas hati nak memasak kat situ. Terus aku tekad, nak menyimpan duit untuk besarkan dapur aku. Wahaha.

Ya Allah, murahkan rezeki kami sekeluarga. Amin.

Tuesday, January 22

Patut ke Tak?

Semalam lepas office hour jalan2 dgn hubby and Imran, pi tengok satu nurseri kat Seksyen 3. Look nice. Pengetua dia nampak penyayang. Ada program macam2 untuk baby. Makan pun disediakan. Baby pun tak ramai. Dalam 5 orang je. Baby dgn toddler diasingkan. Kalau toddler, siap diajar sembahyang duha, selawat, zikir and macam2 Islamic activities. Siap belajar hafaz ayat2 Quran eg alFatihah. Teachers pun nampak baik2 belaka. Program yang dijalankan memang well-known, established.

Cumanya, bila sampai tang registration fees, yuran bulanan dan deposit ni la terjojol mata aku. Mak aiii... kalau campur semua nak dekat RM1000! Mana pulak aku nak korek duit ni. Ni baru sorang. Bila campur dengan yang dalam perut ni nanti, waduh waduh... bisa hilang kewarasan gue.

Kalau ikutkan kata hati, naluri ibu aku, aku memang sangat suka dengan environment kat nurseri tu. Sejuk je bila masuk kat dalam. Kalau yang nurseri skrg ni, bila aku nak amik Imran, humang haiii... budak2 berkeliaran sana sini. Campur2 babies and toddlers. Yang ni tak. Memang asing2.

Kalau ikut kata pengetua tu, in case kalau badan baby kita panas, dia akan check suhu and call kita kalau dah cecah 38 celcius. Hm kalau kat nurseri lama tu haram nak call kita ni. Tau2 badan anak dah panas masa ambik dia. Bukanlah nak memandang rendah nurseri yang aku hantar Imran skrg ni. Cuma memang nampak benar beza antara dua nurseri tu (maklumla yurannya pun jauh beza!)

Entahlah. Patut ke tak aku hantar Imran kat tempat baru ni? Yurannya sangat la tak sesuai dgn financial situation aku. Tapi bila pikirkan masa depan anak(2), sungguh aku nak hantar ke nurseri tu. Tolonglah aku.

Karang kalau hantar kata tak reti nak ukur baju di badan sendiri. Perasan kaya tapi kayap. Tapi kalau tak hantar, stay dkt nurseri lama, apa jadi dengan future anak aku. Asyik sakit aje. Kesian tengok dia. Asyik2 makan ubat. Sampaikan kalu bawak dia pi klinik, tengok stetoskop tu pun dia meraung. Huhuhu. Sian anak mama.

Tuhan, bantulah aku dalam membuat keputusan ini. Berikan petunjuk padaku agar dapat aku berikan yang terbaik buat keluarga dan anak2 ku. Amin ya rabbal alamin.

Monday, January 21

Seminggu Yang Panjang

Ah... finally aku masuk office balik. Seminggu aku cuti. Bukan untuk berseronok. Sikit pun tak. Seminggu yang cukup panjang untuk buat hati aku sentiasa risau.

Last Friday aku ambil cuti. Imran demam. Dah seminggu sebenarnya. Itu yang buat aku risau. Demam tak kebah-kebah. Selsema makin teruk. Hidung sentiasa berair. So aku ambik keputusan nak bawak Imran pi jumpa pakar.

Sabtu
Aku and hubby bawak Imran ke SMC jumpa paed. Bila check, suhu badan Imran normal.Padahal badannya panas Ya Allah, tuhan je tau. Kita yang peluk dia ni pun berpeluh sama. Doktor dah kata, something's wrong... aku dah risau dah. Doktor suruh admit. masuk wad. Lagipun Imran asyik muntah2. Nak makan ubat pun susah.

Bila pi kat kaunter admission, deposit yg kena bayar RM2500. Huiyo. Mana la kami ada duit banyak tu. Masa ni la rasa menyesal coz tak amik insurans. Cancel admit, minta ubat kat doktor.

Lepas pi SMC, kami tak puas hati. Pi pulak HUKM. Tapi kena masuk kat emergency je. Outpatient. Doktor amik darah. Kata normal. Nothing to worry about. Lega sikit rasa walaupun ada ragu2 sikit.

Balik rumah, terpaksa bagi Imran makan ubat guna sudu coz kalau guna syringe dia memang for sure akan muntah. Banyak pulak tu. Tak sampai hati aku.

Selasa
Demam Imran tak kebah lagi. Bagi makan ubat ikut time. Ubat dah la 5 botol. Aku tengok pun tak lalu. Last2 kami bawak Imran ke HUKM balik. Minta jumpa paed. Diorang kat sana tak bagi. Kena ada surat doktor. Rerupanya surat yag kitorang dapat tu untuk refer sebagai outpatient aje, kalau doktor kat emergency tu kata kena jumpa pakar, baru la boleh jumpa. Macam tu pulak ek. Kalau doktor yang kat emergency tu betul2 pakar takpe jugak. Ni M.O biasa. Boleh ke dia detect yang ada something yang tak kena dengan anak aku ni? Bengang gak masa tu. So aku cakap kat hubby, kita pi Darussyifa je la.

Pi Bangi. Sesat jugak la cari Darussyifa tu. Bila dah jumpa, orang tu rasa belakang telinga Imran. Ada kelenjar katanya. Dia kata, ni kelenjar sawan. Budak kalau demam kuat memang naik kelenjar ni. So dia bagi air penawar, minta supaya mandikan guna air tu untuk 3 hari. Mandi selepas Asar sebelum Maghrib. Pastu guna gak air tu masa buat susu. Pagi2 katanya, masa mulut kita ni penuh air liur basi, letakkan ibu jari kat lelangit, baca alFatihah dengan selawat 3 kali, pastu sapu kat belakang telinga anak. Insyaallah baik. Seelok2nya guna air liur bapak.

Malam tu, kami pi pulak klinik panel kat Cheras. Doktor nak buat blood test. Aku tak bagi coz Imran baru je buat blood test Sabtu lepas. Lagipun ni doktor biasa, bukan pakar. Aku Tak berapa sedap hati sangat. Pastu doktor bagi pulak ubat lagi. Another 5 bottles. Argh. Aku takmo bagi dah. Kesian gila kat Imran. Pastu doktor ni taknak pulak bagi surat untuk rujuk pakar kat HUKM. Bengang gak aku. Macamana la dia boleh berani bagi lagi ubat padahal dah lebih seminggu Imran sakit. Setahu aku baby kalau dah lebih seminggu demam memang bahaya.

Khamis
Aku decide nak bawak Imran pi jumpa doktor pakar. Kakak ipar suggest Kajang Plaza Medical Centre. Honestly aku tak pernah dengar pun nama hospital tu. tapi pi aje la. Tawakal. Jumpa doktor. Macam2 dia tanya. Last2 dia kata, terpaksa jugak ambik darah coz macam ada benda tak kena bila demam dah masuk 12 hari. Bila bagitau yang dah buat blood test hari tu and the result is normal, dia kata, mungkin normal bagi doktor tu tapi tak bagi saya. Lagipun tu doktor utk outpatient. So kami ikut aje la. Dia pakar. Dia tau la.

Bila dah buat test, resultnya teramat lah mengejutkan. Rupanya sel darah putih Imran tinggi sangat. Normal punya range 4.00 - 11.00. Tapi Imran punya 21.4! Tinggi gila! Doktor kata maknanya dalam badan dia still ada infection and sel darah putih tu terhasil untuk lawan penyakit dalam badan dia. Doktor siap tunjuk gambar2 dari laptop dia. Macamana rupa sel darah merah, sel darah putih.

So doktor kata kena la amik urine test pulak. Aku suruh doktor yang amikkan. Kang kalu amik sendiri takut tersilap. Lain pulak jadinya. Doktor pun inject la perut Imran, ambik air kencing dari pundi kencing. Nasib baik ada air kencing. Kalau tak, kena pulak masukkan tiub dalam bird dia. Huish, mesti sakit kalau macam tu.

Lepas tu, doktor bagi injection antibiotik. Aku prefer doktor inject coz nak bagi makan ubat memang payah. Asyik muntah je. Sampai dah susut badan Imran asyik muntah. Antibiotik kena bagi 3 hari berturut2. Maknanya kena la jumpa lagi doktor Jumaat and Sabtu. Urine test pulak resultnya Rabu ni. Kalau negative, alhamdulillah. Tapi kalau positive, kena pulak check buah pinggang etc. Ish... harap2 negative la hendaknya. Tak sanggup aku baby sekecik ni nak dibuat macam2 test.

Malam tu Imran banyak kali bangun meraung. Bagi susu takmau. Pujuk2 lama sangat baru dia tidur balik. Agaknya dia trauma coz banyak kali kena cucuk. Tapi alhamdulillah, lepas cucuk antibiotik, demam dah takde. Suhu badan terus turun. Syukur sangat2. Cuma selsema dengan batuk tak hilang2 lagi.

Sabtu
Injection antibiotik yang terakhir. Pagi tadi masa lepas mandikan Imran, aku detect ada putih2 kat dalam mulut dia. ya Allah. Apa pulak kali ni. ada fungus pulak. Doktor bagi ubat titis dalam mulut.

Hari ni kami tak pi KPMC. Tapi pi terus kat klinik doktor pakar tu. bayarannya? jauh lebih murah. pakar pulak tu. so kami decide, lepas ni jumpa terus lah doktor tu kalau apa2 hal. Takyah ke SMC, KPMC or whatever private MC lagi.

Isnin (Today)
Aku dah masuk kerja dah. Malam tadi 1st night tidur Shah Alam lepas seminggu dok rumah mama. Malam tadi tepat pukul 3 Imran bangun. Meraung. Risau aku. Bacakan ayat Kursi, bagi dia susu, alhamdulillah terus dia tidur. Masa aku nak pi kerja tadi pun dia still tidur. hari ni hubby jaga Imran. kami ada terpikir takmo dah hantar nursery sekarang coz ramai sangat baby yang diorang jaga. Staf sikit. Baby pulak aku tengok sentiasa ada yang demam, selsema. Pastu terbiar hingus meleleh, Takde siapa pun lapkan. Isk. Agaknya dari situ la anak aku berjangkit dapat sakit.

Ingat nak hantar ke nursery yang elok sikit. Tapi yurannya pun 'elok' la kan. Masalah budget pulak. ya Tuhan... kalau lah aku mampu untuk berhenti kerja dan jaga anak sepenuh masa, kan best.

Result urine test Imran Rabu ni. Hopefully resultnya menggembirakan dan melegakan kami. Lepas ni mungkin kena buat blood test lagi sekali untuk tengok samada sel darah putih Imran dah normal atau tak. Normal la harapnya! Amin!

Wednesday, January 9

Bubur

Ah, malasnya nak pi kerja hari ni. Seriously malas. Ni semua pasal kes semalam. Kenapa laa sesetengah orang suka buat orang lain down? Takde cara lain ke nak memotivatekan orang? Kenapa mesti sindir2? Sorry, kalau guna X-style untuk motivatekan aku, dia dah silap. Aku memang tak suka orang rendah2kan aku, lagi2 kalau orang tu tak tau apa2 pasal masalah aku, pasal hidup aku. Boleh blah!

Argh. Malas nak cakap pasal diri sendiri. Hm. Selsema Imran dah makin ok, walaupun hingus dia still meleleh je keluar. Aku kena cairkan sikit susu dia sebab takut dia dehydrated. Tapi malam tadi before tidur badan dia panas sikit. Alhamdulillah pagi ni dah ok sikit.

Aku ni tengah dok pikir nak bagi Imran makan bubur letak apa lagi ek? Before this aku cuma letak either carrot, potato atau kacang panjang. Tak pun campur2 kan antara tiga sayur tu. Try letak bayam dulu tapi dia tak suka. Aku cadang lepas Imran baik demam nanti aku nak tambah ikan atau ayam dalam bubur dia. Haaa ni lagi satu benda aku confuse. Ada yang kata, letak ayam dulu coz ikan ni bukan semua baby boleh terima. Ada yang kata kenalkan ikan dulu baru ayam. Tapi make sure ikan jenis ikan putih la. Tenggiri ke, ikan merah ke. Ikan macam masa dalam pantang dulu! Tapi ikan isi putih ni biasanya quite expensive jugak kan? Boleh tak kalau aku nak letak isi ikan selar kuning? Murah. Hehehe.

Kalau orang lain yang tak tau kisah hidup aku mesti ingat aku ni kedekut taik hidung masin kat anak sendiri. Tapi aku takde choice la. Terpaksa. Financial situation aku agak goyang time ni. Banyak sangat yang kena tanggung. Kena berjimat cermat. Tapi bila dok pikir2 balik, beli aje la ikan tenggiri yang sepotong besar tu, tahan 4 hari kot kalau takat untuk bubur anak aku je. 1 hari 1 portion la kan? Tapi kat Shah Alam ni, esp kat pasar besar tu, mahal sungguh ikan dgn sayur. Huhu. Beli kat Tesco ke Giant, susah nak dapat yang fresh, unless kalau kita pi pagi2 buta tu la. Well, nanti lah aku survey. Apa-apa hal pun kena la tunggu anak aku baik demam.

Tuesday, January 8

Kenapa takleh ni?

Hadoi geram betul la. Bila ym, takleh masuk internet. Bila masuk internet, takleh ym pulok. Apahal tah.

Hmm last week kan aku balik Seremban, lupa lak nak cerita pasal nih. Aku ni memang dah lama gila tak tengok berita. Baca paper pun jarang. Biasanya aku baca Harian Metro je. Ahaks. So masa balik dari Seremban nak ke Shah Alam tu aku terkejut badak bila tol dah naik jadi RM10.40! Dulu RM9.50. Haiyo. There goes my budget. Kena buat bajet balik la nampaknya. Mana taknya. Every 2 weeks balik Seremban dgn Cheras (gilir-gilir). Involves money for petrol and toll. Huhu.

Bila la masalah kewangan aku nak selesai nih?

Ya Allah, murahkanlah rezeki kami. Kurniakanlah rezeki yang berkat dan halal. Berikanlah yang terbaik buat kami sekeluarga.

Inilah doa aku. Mungkin kerana doa aku ni jugak, banyak benda yang boleh kami grab (tanpa mengira status halal-haramnya) terlepas macam tu aje. Kalau tak, mungkin dah mewah sikit dah. Tapi yelah, rezeki yang kita dapat tu biarlah betul2 halal kan. Lagi2 dah ada anak ni. Kena la fikirkan masa depan anak2. Kalau bagi benda yang tentu halal haramnya, nanti bila anak dah besar jadi lain pulak. Nauzubillah.

Ya Allah, permudahkanlah kami dalam menghadapi ujian Mu. Jauhkanlah kami dari segala kecelakaan dan perkara yang tidak baik. Amin....

Masak-memasak

Hmmm... recently aku ni rajin bebeno surf blog & fp manusia2 lain esp yang ada resepi2 and gambar2 masakan ni. Sungguh menggiurkan! Hahaha.

Bila lah agaknya aku ni nak start masak betul2? Aku teringin nak cuba gak macam2 resepi kat dalam blog tu tapi takut tak kena dengan selera hubby. Plus takut tak jadi. Plus kalau tak jadi, aku takde bajet RM yang cukup untuk cover lauk yang tak jadi tu.

Nantilah, one day bila semua masalah aku dah selesai, hidup dah kembali stabil dan normal, aku nak la buat macam2 experiment dan ujian tahap kepakaran aku dalam sektor masak-memasak ni.

Oh ye and one more thing, sekarang ni banyak betul orang jual cupcakes kan? Nampak interesting betul bila tengok dia punya deco tu. Hehe. Aku ada gak berangan nak start buat bisnes cupcake ni. Tapi takde kepakaran. Kena amik kelas dulu la ek. Tak pun aku nak belajar buat kek ah. Cheesecake ke, choc cake ke, apa2 kek la. Aku memang suka makan kek ni (tengok body lah beb!). Apa-apa hal pun, kena beli oven dulu! Hehehe.

Tak Suka! Tak Suka! Tak Suka!

Ish ish ish... aku tak suka betul lah dengan orang yang suka menyampuk masa aku tengah explain something. Dah la apa yang dia sampukkan tu salah. Bila aku nak bagitau benda yang betul dia nyampuk lagi. Tak suka! Kalau diri tu tak berapa nak paham apa yang aku buat, cuba laaa dengar dulu explanation haku. Ni tidak. Dia rasa dia betul sesangat la tu kot. Pirah mabuk!

Bosan mak!

Monday, January 7

Newsflash on Imran Danish, my love...

Last Friday bawak Imran balik dari nursery, nampak hidung dia dah berair. Oh my, anak aku kena selsema lagi setelah dua bulan lebih dia sihat tanpa sebarang penyakit. Well, biasalah. Hantar nursery, inilah disadvantage nya. Kanak-kanak memang senang berjangkit penyakit gini. Aku dah perasan dah on Wednesday tu ada sorang girl ni hingus meleleh je dari hidung dia. And kakak-kakak kat nursery tu tak ambik inisiatif pun untuk lap hidung that girl. Huh.

On Saturday, bawak Imran pi SMC sebab nak jumpa doktor, tanya pasal habit Imran yang suka garu2 kepala and tengkuk dia (since lahir!). It turns out rupanya Imran still ada ekzema kat area dia selalu garu2 tu. Dr kata if kena ekzema his skins tend to be dry and itchy. Plus Imran pulak kuat berpeluh. Bila berpeluh tempat yang kering tu akan buat dia rasa sakit dan gatal2. No wonder.

Selama ni aku ingat Imran dah create satu bad habit; garu2 kepala. Rupa2nya selama ni dia kegatalan 24 hours. Sian anak mama. Mama minta maaf atas kejahilan mama ye sayang.

So, Dr bagi 2 jenis ubat. Satu sapu before tidur. Satu lagi sapu after baths. Yang after baths tu krim Ellgy H2O yang boleh dibeli kat farmasi biasa aje. Lahh... Hm agaknya berapa hinggit la SMC caj untuk Ellgy ni. So, total medical cost is RM111.50. RM40 cosultation, RM3 registration fee, the remaining is for those cream and lotion. Yang aku tak puas hati, apasal everytime datang sini kena caj jugak registration fee tu? I thought registration fee tu masa first time datang aje.

Well, enough of that. Petang tu, export Imran ke rumah nenek dia kat Cheras coz aku kena teman hubby pi Plaza Low Yat nak cari laptop murah. Tak sesuai bawak baby ke sana sebab bau rokok kuat sangat (bahana orang bengong yang merokok dalam air-conditioned punya area!). Punya la lama kat sana sampaikan parking kena bayar RM7! Hohoho. Sampai rumah mama, aku terlelap dek kepenatan kat Low Yat. Tiba2 dalam pukul 9 hubby kejut. Badan Imran panas sangat. Terus kami rushing bawak Imran ke Klinik Kita kat Cheras Perdana.

Sampai klinik, doktor check body temperature dah cecah 38 Celcius. So masukkan ubat kat punggung untuk kurangkan panas badan. Then doktor bagi ubat demam, antibiotik, batuk & selsema. Dr pesan kalau dalam 3 hari demam tak kebah gak, kena bawak semula ke klinik.

Kesian Imran. Meleleh je hingus dia tak henti2. Teringat girl kat nursery tu. Lepas balik klinik kami bergegas ke Seremban pulak. Hubby nak jugak balik Seremban eventho Imran tak sihat sebab kami dah lama tak balik sana. Nanti apa pulak kata orang sana. Demi jaga hati keluarga, kami redah jugak malam pekat kat highway tu. Imran pulak banyak kali poo-poo. Agaknya kesan ubat yang dia makan. Poo-poo dia pun kaler hitam.

Sampai hari ni selsema dan batuk Imran belum reda lagi. But Alhamdulillah demamnya dah kebah. Hopefully Imran akan sihat semula sehari dua ni. Walaubagaimanapun, aku dengan berat hati terpaksa hantar jugak Imran ke nursery sebab takmau amik EL selalu sangat. Nanti apa pulak kata bos. Dah selalu sangat aku amik EL tiapkali Imran sakit. Nak wat camna. Aku tak sampai hati tinggalkan Imran dalam jagaan orang lain masa dia tak sihat. But then, aku juga terpaksa akur dengan kata-kata bos aku.

Teringat dia cerita masa anak2 dia kecik pun selalu sakit, dia dgn migrain datang jugak ke opis. Hm dalam maksud dia tu kan? Kan? Kan? Tapi nak wat camna... dia ada maid. Nursery yang aku hantar ni pun biasa2 je. Lainlah kalau aku hantar kat nursery yang well-known dan established macam Cambridge ke. Nursery2 gitu memang jaga baby betul2. Orang lain pun takleh masuk amik baby. Tapi kena ready la yuran utk nursery2 gitu. RM400 tak lari punyalah. Tapi jauh di sudut hati aku memang teringin nak hantar anak ke sana. To give the best care for my kid(s). Tapi apakan daya bajetku tak mencukupi untuk benda2 macam tu semua.

Well, hopefully anak mama cepat sembuh and ceria macam biasa.

Takziah

Takziah aku ucapkan pada seorang ibu yang kehilangan anaknya yang berusia 33 minggu dalam kandungan.... semoga beliau tabah menghadapi ujian Allah SWT. Sesungguhnya setiap apa yang berlaku ada hikmahnya.

So selepas baca beberapa post dalam Susuibu.com aku begitu tersentuh kala membaca poem hasil tulisan Randah R. Hamadeh yang dicopy and paste oleh Nleina....

Mother, I never imagined you’ll be standing at my grave
Praying, chatting with me, fearless and brave

Mother, I know you are so miserable and sad
And no one can ease your pain, even Dad

I know your happy days with me are gone
Can a mother ever be content after losing a daughter or a son?

Life will forever be to you incomplete
And joyful events will always be bittersweet

Mother, rest assured that I hear your cries
And listen to your aching heart and silent sighs

I wish I can come and wipe away your flowing tears
Including the dry ones that no one but me sees and hears

Oh Mother, I wish I could ease your pain
And for your sake, bring myself back to life again

Randah R. Hamadeh, 2007 Copyright ©

Oh my God! Meleleh air mata aku masa baca poem ni. Tak dapat aku bayangkan bagaimana keadaannya jika aku berada dalam kasut ibu yang kehilangan anak tersayang tanpa sempat bersua muka di dunia ini...

Ya Allah, Engkau tenangkanlah hati mereka, dan cucurilah rahmat ke atas roh anaknya. Aminn...

Wednesday, January 2

Pindah Balik....

Hmm... Rasanya dah hampir 3 bulan aku dok berulang dari rumah Mama kat Cheras ke tempat kerja kat Shah Alam. Imran pun dah lama tak pi nursery. Ni semua start masa bulan September la.. masa tu Imran demam panas. Nak hantar nursery tak sampai hati. Lagipun takut budak2 lain berjangkit dengan dia, pastu karang kena kat dia balik pulak. Masa tu aku dah ambik cuti seminggu jaga Imran. Tapi dia still belum betul2 baik. Nak ambik cuti lagi, rasa macam melampau pulak. Kebetulan masa tu adik aku dah start cuti sem. So, apa lagi, export la semuanya ke Cheras.

Lepas adik aku dah habis cuti, mak aku lak cuti. Maklumlah cikgu, cuti sekolah panjang. So, seronok la nenek Imran dapat jaga cucu dia hari-hari. Semalam dah 1st Jan. Hari ni pun mak aku dah start sekolah. Adik pun dah start kelas. Aku dgn hubby decide untuk balik ke rumah kami balik. Huhu. Tamatlah 'zaman bersenang-lenang' aku. Ye la... kat Cheras, balik kerja je, dinner dah siap. Pastu lepas makan boleh lepak2 lagi tengok tv coz adik aku + mak aku main2 dengan Imran. Rumah pun tak yah susah2 nak kemas coz mak aku dah siap kemas siang tu. Baju pun takyah basuh coz ayah aku yang in-charge basuh baju (mesin la) dgn jemur baju. Hahaha. Gila senang-lenang aku. Teruk betul. Oh pastu jimat sikit bila sampai tang belanja susu+diapers sebab biasanya nenek Imran yang beli. Hahahaha.

La ni, dah pindah balik ke Shah Alam, kenala independent kan. Balik kerja kena beli barang dapur. Hubby lak jenis tak suka beli barang dapur buat stok. So kena la beli almost everyday. Lepas tu kena masak. Tang ni yang aku tak berapa suka coz takde talent. Tapi aku rasa sebenarnya aku masak takde la teruk sangat. Cuma tak berapa kena dengan selera hubby. Yang tak bestnya hubby selalu 'buat muka' kalau masakan aku tak kena dengan dia. Patah semangat aku nak masak lagi. Maklumlah aku ni dok hostel dari Form 1 sampai la habis ACCA. Memang tak pernah belajar masak. Lepas kahwin baru start belajar. Tu pun tengah merangkak2 lagi. Kalau takat masak goreng berlada tu terer la aku. Tapi hubby tak gemar goreng berlada pulak. Huhu.

Okeh. Lagi satu susah sikit time masak ni ialah... nak berkejar2 masa between masak dgn jaga Imran. Hubby aku biasanya lepas jemput aku dari tempat kerja dia akan mengadap PC dia. Kalau dah mengadap PC tu memang payah la nak commit benda lain. So anak aku takde siapa nak layan. Aku ni mana nak masak, nak jaga anak. Huhu. Masak pun slow. So biasanya kalau aku start masak kul 7.30, kul 9.30 belum tentu siap. Hahahahahha.

Habis memasak, sampai bab kemas rumah. Hubby seorang yang pengemas/pembersih. Biasanya tugas kemas rumah ni memang bagi kat dia lah. Esp time aku tengah pregnant ni. Sampai lak bab basuh baju. Ni no prob. Aku dengan senang hati buat. Bila sampai bab jemur baju, minta tolong hubby, memang susah sikit la. Kadang2 dia buat, kadang2 tak. Ni bersangkut paut dgn mengada PC la. Dah ngadap PC memang dia terpisah jap dengan dunia realiti. Hehe.

Lepas tu, sambil basuh baju, kena masak bubur Imran untuk bawak ke nursery keesokan paginya. Pun no prob sebab senang. Sambil tu kena basuh la pinggan mangkuk periuk belanga yang guna masa masak tadi. Ni pun kerja yang aku tak suka. Hehe.

Settle hal dapur, kena kemas beg Imran pulak untuk dibawa ke nursery. Baju 3 pasang, diapers 6 helai, kain napkin untuk lap2 sehelai, susu dll. Lepas tu gosok baju pulak. Kalau ada baju yang dah kering, kena lipat baju pulak. Korang agak2 bila semuanya akan selesai kalau aku buat semua kerja ni sorang2? Aku rasa dalam pukul 12 lebih kot. Itu pun kalau aku ada energy lagi la coz pregnant yang 2nd ni aku memang cepat letih.

Hm, since kami baru pindah rumah, lepas dah settle semua kerja yang wajib tu, kena la kemas rumah sikit2. Baju yang angkut dari rumah sewa still ada dalam plastik lagi. Bilik Imran belum habis kemas. Kena mop rumah hari2 coz lantai tu kotoran degil dia memang ketegaq betul!

Lepas tu barulah aku ada masa nak main kejap dengan Imran (itupun kalau Imran belum tidur). Then barulah tidur. Oh semalam Imran dah start tidur dalam playpen dia. Satu kejayaan yang membanggakan aku! Tapi kena tidurkan dia sebelah aku dulu. Lepas dia lena baru transfer dia ke playpen.

Bila baca balik rutin harian aku takde la susah sangat (maybe it's easy said than done kot). Kot kalau baca je rasa macam simple je rutin aku. Tapi bila nak buatnya huiyo berat sungguh rasa. Atau maybe aku yang malas. Or I'm just simply a bad wife and mother? I dunno.

So, sempena tahun baru ni, aku berazam untuk menjadi isteri yang baik dan ibu mithali buat anak (anak2)!

Ya Allah, kurangkanlah tahap kemalasan aku ini!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!