Wednesday, May 21

This coming Friday!

Uhh... EDD aku dah dekat dah ni. Jumaat ni (23 Mei) genaplah 40 minggu aku pregnant. Sakit2 kat paha ni dah makin menjadi2. Semalam pi jumpa doktor kat Poliklinik Syahirah. Yes... finally aku pilih untuk bersalin kat situ. Reason kenapa aku pilih that particular clinic over that very well-known hospital (maaf, nama hospital dirahsiakan)? Sebab utamanya aku rasa tak sedap hati. Yes the gynae is very2 nice, equipment semuanya moden but aku yang tak sedap hati.

Pertamanya, that hospital is soooo commercialized right now and there are sooo many patients waiting for their turn there. Nak jumpa doktor untuk routine check-up pun ambik masa 2-3 jam. Aku ni bukan dari bangsa penyabar.

Secondly, disebabkan ramai sgt patients, bilik2 kat situ sentiasa full-house. Everytime aku nak lawat, tengok2 bilik, mesti penuh sentiasa. Abih macamana aku nak pilih pakej mana yang sesuai? (Coz harga pakej ikut bilik)

Thirdly, aku nak bersalin naturally. Aku tak mau le pecah2 kan air ketuban kalau takde apa2 complication kat aku atau baby. Kenapa nak kena pecahkan air ketuban kalau aku tak rasa sakit apa2, tanda pun takde pulak yang keluar, bp aku pun ok, baby's still active kicking and I'm not overdue yet. Apa reason kukuh nak pecah ketuban awal2? There's no any explanation from the gynae. The only thing she said was, kenapa nak tunggu lama2? And aku pulak tak terpikir nak tanya balik, what's the rush?? Bila dah sampai rumah baru la terfikir. Hehe. Macam kena hypnotize pulak dengan doktor tu.

So, the conclusion is, I'm back with Syahirah, eventho dia tak support bf tapi aku yakin kali ni aku akan berjaya fully bf, sebab kali ni knowledge aku dah bertambah, plus support dari org yg paling penting dalam hidup aku, my hubby. Insyaallah.

Ya Allah, permudahkanlah aku dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai seorang ibu yang ingin memberikan yang terbaik buat anak-anaknya, dan juga ingin memberikan hak2 yang sepatutnya untuk anak-anaknya. Amin Ya Rabbal Alamin...

Dan permudahkanlah aku dalam menghadapi hari aku bersalin nanti....

Tuesday, May 13

Congratulation!

Wah... hari ni aku dapat berita baik. Ada kawan2 aku yang sesama pregnant dah selamat bersalin pagi ni. Tahniah! Dua2 kawan aku ni bersalin awal dari EDD diorang. Yang sorang tu patutnya due 19 Mei kalau tak silap. Yang sorang lagi 1 Jun! Awal betul ek? Aku jugak yang masih menunggu2 hari baby girl ni nak keluar. Mungkin jugak dia nak ikut jejak langkah abang dia, keluar betul2 ikut EDD. Hm kalau macam tu aku ada dalam 10 hari lagi lah.

Entah dah ready ke belum aku ni nak jadi mummy kepada 2 org anak ek? Makin banyak tanggungjawab yang harus dipikul.

Ya Allah, jadikanlah aku ibu yang terbaik untuk anak2 ku. Berikan apa yang terbaik untuk anak2ku. Amin...

Wednesday, May 7

Happy 1st Birthday Muhammad Imran Danish!

Sabtu lepas (3rd May), aku and the whole family sambut birthday Imran kat kampung aku kat Jalan Klang Lama. Walaupun besday Imran 5th May, tapi disebabkan weekend, so kitorang pun buat la tarikhnya awal sikit. Well, takde la sambut meriah mana pun. Just beli KFC, pastu ada baca Yasiin and doa sikit. Pastu ada la kek. At first memang ingat nak buat goody bags untuk dua pupu2 Imran yang kecik2 lagi ni tapi macam tak sempat je. So kitorang just beli KFC ajelah. Plus Mak Long aku pun nak menumpang doa selamat sekali untuk anak bujang dia yang bakal tak bujang dah tak lama lagi.

Before ke kampung, pagi tu aku pi check-up kat Klinik. Adik aku teman. Pukul 2.30 ada breastfeeding class pulak kat Susuibu.com. Hubby pulak yang teman. Kelas habis pukul 5 lebih. Kelam kabut kitorang balik. Pukul 6 lebih baru sampai kampung.

Pi kelas breastfeeding tu amat2 lah bermakna buat aku. Sebab bila hubby ada, dia pun terdedah jugak la dgn info2 pasal bf ni, betapa pentingnya susu ibu untuk anak. Maklumlah masa Imran dulu aku fail nak bf dia. Masa tu takde support dr sesiapa and aku pun tak tau nak mengadu atau kongsi masalah aku dgn siapa. Masa tu setakat ada niat nak bf je. Ilmu zero, sokongan hampir takde. Pulak tu dgn kes nipple confusion kat klinik tempat aku bersalin, dengan ketiadaan pam yang bagus. Alah, macam2 alasan lah. Yang pentingnya, kali ni aku berazam nak fully bf anak aku. And harap2 dapatlah kongsi sikit2 susu dgn abang nya nanti, Insyaallah.

Pam yang best dah beli, freezer dah nak kosongkan dah, no bottles in baby's bag, no paci. Tinggal nak beli feeding cup utk baby nanti. Insyaallah nak singgah kat Susuibu.com this coming Saturday.

Ok, back to Imran's bday. Disebabkan kesian tengok Imran (alahai lembutnya hati ibu), dengan memikirkan sambut birthday setahun sekali, maka aku pun bagi la Imran rasa sikit ayam KFC dan jugak kek besday dia. Heheh. Lepas dah bagi rasa, aku lak rasa bersalah. Mana taknya, malam tu nak tido dia dok tergaru2 leher dia. Kesian anak mama. Tapi takpelah. Bila lagi dia nak rasa makan sedap kan. Harap2 lepas ni dia dapat rasa susu ibu, and imuniti badan dia bertambah bagus. Aminnn...

Dah Tak Lama Lagi Dah...

Last Saturday aku pi check up. Doc kata dah bukak 2 cm. Huhu terkejut gak aku. Awal lagik nih! Nape awal sgt ek? Tapi aku pun dah nula rasa sakit2 bila nak jalan dgn bangun dari duduk. So doc suruh aku pi check contraction dgn fetal heart tu. Heartbeat baby normal. Contraction sepanjang 20 minit tu takde. Masa memula tu aku cuak la gak. Ala jgn lah kena admit malam ni. Dah la nak celebrate birthday Imran kat kampung. Kalau aku kena admit nanti tak dapat sambut besday anak aku yg 1st. Huhu.

So after 20 minutes, doc decide yang aku boleh balik rumah tapi mesti terus datang hospital kalau ada rasa sakit atau ada apa2 tanda. But until today, takde pulak sakit2 contraction (aku memang tak rasa pun), air ketuban ok lagi, baby tendang2 pun aktif lagi, tanda show tu pun belum ada.

Doc bagi aku mc seminggu. So rest kat umah. Jgn jalan jauh2. Aku pun apa lagi. Lepak je la kat Cheras ni. Entah bila la baby girl kat dalam ni nak keluar. Hehe. Silap2 lepas dah habis mc, aku kena pi kerja pulak. Hahaha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!