Wednesday, December 31

Selamat Datang 2009!

Ouh. Hari ni dah 31st Dec rupanya. Cepat jek masa berlalu ek?

Hm... tahun 2008 ni banyak sangat benda yang tak ter-achieve.

Hopefully 2009 akan tercapailah segala yang tak tercapai nanti.

Antara target mama untuk 2009:
1. Mengurangkan segala beban hutang takat yang mampu.. Insyaallah
2. Terus bf Irma hingga usianya 12 bulan, dan target lagi hingga 18 bulan. Target hingga 24 bulan ialah pada tahun 2010.
3. Memberikan yang terbaik selagi ada daya mama untuk anak-anak mama.
4. Mencuba sesuatu yang baru... menjahit? baking? Kihkihkih. Baru la tu untuk mama....
5. Cuba nak berjinak-jinak dalam usaha menambah pendapatan keluarga.
6. Jadi isteri terbaik buat abah. I lap u abah!
7. Kurus! Kurus! Kurus! Okeh. takyah kurus sangat. Dapat turun beberapa kilo sudah cukup baik. (READ: At least 10kg. Diriku umpama guni beras bergeak. Kohkohkoh)

Okeh. Banyak sangat pulok target 2009 ni. Harap tercapailah semuanya. Amin....

Selamat Tahun Baru!

Hutang Tag Cik Yan: Tag Yang Me'ngelat'

Setelah lama memeram tag ini, maka hari ni mama pun jawablah semampu yang boleh.



Ya Ampun 42 soklan. sangat banyak tau! Cik Yan... sekali dia tag kita hamek ko! Hahaha



The person who last tag u is...Cik Yan
5 Impression of her...erm. Tak pernah jumpa Cik Yan. Tapi mama rasa la kan, Cik Yan ni


Caring


Funny


Business-minded



Bersemangat waja (ecewah ayat!)



Suka membaca






Your Relation with her...kawan di alam blogosphere
The most memorable things she had done for you...mengetag mama dengan 42 soalan?! Haha

The most memorable things she had say to you.....tak pernah bercakap face-to-face dengan Cik Yan ni. tepon pon tak pernah
If she become your lover, you will...Lover? I'm straight taww!

If she become your lover, thing she had to improve will be......Tak syesyuai la jawab ini soalan
If she become your enemies, you will...find Oh tak mungkin Cik Yan jadi musuh mama. Apa kes?
If she become your enemies, maybe because of...apa ke benda la soalan ni?
The most desired thing you want to do for him/her now is:...again---> tak sesuai la soalan tag ni

Your overall impression of him/her is:...She lives life to the fullest
How you think people around you will feel about you?:...Pendiam?

The characters you love of yourself are: Setia pada yang satu

On the contrary, the characters you hate yourself are:...Sama dengan cik yan:hot temper
The most ideal person you want to be is:...Myself tapi debt-free. Boleh?

For people that care and like you, say something to them:...Terima kasih banyak2 atas ke-concern-an anda. I lap U too
Pass this quiz to 10 persons that you wished to know how they feel about you :Takmo la tag sesapa. Panjang nau soklannya. So jawapan yang selepas2 ni tak relevanlah kot. Aci tak ngelat? Haha.

Who is no. 6 having relationship with?
Is no.9 a male or female:
What is no.2 studying about?
When was the last time you had a chat with no.3?
What kind of music band does no.8 like?
Does no.1 have any siblings?
Will you woo no.3?
How about no.7?
Is no.4 single?
What is the surname of no.5?
What’s the hobby of no.4?
Does no.5 and 9 get along well?
Where is no.2 studying at?
Talk something casually about no.1
Have you tried developing feelings for no.8?
Where does no.9 live at?
What colour does no.4 like?
Are no.5 and 1 best friend?
There’s No 36 to 39.....
Does no.1 have any pets?
Is no.7 the sexiest person in the world?
What is no. 10 doing now?

Haha. Kubiarkan soklan di atas itu tergantung-gantung begitu saja. Sungguh ngelat nak jawab tag ni. Tak senonoh duhh

Mari Tempek Gambar

Hari ni mama nak letak gambar-gambar terbaru Imran & Irma

Irma dalam carseat

.

.

Imran dalam carseat
.
.


Imran @ Rumah Mak Wan
.

.

Irma @ Rumah Mak Wan
.

.

Hah Imran buat apa tu? Nak babab adik yea???

.

.

Ehh takde lah mama. Acah-acah je.

.

.

Amende plastik beso nih? Nyebok ajelah!

.

.

Syoh plastik... syoh!!!

.

.

Haih. Nak gigit paci abang pon tak syenang.

.

.

Imran wif songkok

.

.

Hehehe... saya suka pakai ini songkok!

.

.

Imran & Mama @ The Curve.

.

.

Another pic @ The Curve. Oh sila abaikan the flabby tummy. Kohkohkoh.

Tuesday, December 30

Adegan di Baby Room

Hari ini adalah hari balas dendam memblogging. Mwahahaha.

Maaf, entri ini ada sedikit adegan kurang menyelerakan. Sila jangan baca kalau nak pi makan atau baru lepas makan.

19 Dis hingga 23 Dis kan abah sepatutnya pi kursus tapi abah pi takat 21hb saja sebab demam. Malam 19hb tu Aunty Izan sampai. Tido rumah kita. Sabtu pagi pi Ikea, makan meatball yang dah lama mama idam-idamkan dan jugak Daim cake itu. Selepas makan Imran uk-uk. Bawa ke baby room untuk basuh poo poo nya. Oh sungguh banyak poo poo mu itu nak oii. Sangat sangat banyak sampai terkena seluar nya. Imran pulak menggaru bon bon nya sebelum sempat mama halang. Maka tangannya juga terkena poo poo. Selepas itu masa mama nak angkat dia pi kat sink, dia pegang pula tudung mama. Maka tudung mama juga ada poo poo. Huhuhuuhu. Sungguh tragis okeh!

Basuh punya basuh, baunya kat tudung mama masih belum hilang. Gawat sungguh. Kat alas tempat tukar nappy pon kena sikit poo poonya! Haiyo! Imran makan apa sampai uk-uk begini banyak? Nasib baik bawak baju extra.

Lepas bersilat berkung fu dalam baby room, berjalan-jalan la jap kat Ikea. Mama beli laundry bag dan plastic container 'tipuware' tu. Alah yang RM15 dapat 17 bijik tu. Kendian pi pulak ke The Curve. Jalan-jalan tengok taman xmas kat situ. Sangat cantik. Mama ada amik gambar dengan Imran tapi nantilah mama upload.

Disebabkan dah lama tak berjalan-jalan gini, mama sekejap je dah rasa penat dah. Fuh. Terus mama ajak Aunty Izan balik.

Malam tu kami makan Burger King dekat dekat Stadium. Yummy. To Aunty Izan, tengkiu sebab temankan aku. Tengkiu jugak sebab tolong-tolong kemaskan rumah yang dah macam tempat kucing beranak tu. Wahahaha.

Irma yang kiut miut

Maaf. Ini bukanlah entri membangga diri malahan entri kerisauan seorang mama.

Irma Adreanna lahir dengan berat badan 3.15kg. Cukup besar bagi seorang baby girl. Tapi hingga sekarang, setelah umurnya 7 bulan, beratnya cuma 5.6kg. In fact, masa umur dia 5 bulan pun berat dia 5.6kg jugak. Maknanya, berat badannya tak naik langsung lah dalam tempoh 2 bulan ni.

Malahan sekiranya ada yang bertanya kat mama berapa usia Irma, ramai yang akan serkap jarang sambil mengagak yang Irma ni 3 atau 4 bulan. Dan mereka sangat terkejut bila mama bagitau yang Irma sudah mencecah 7 bulan!

Bukan hanya beratnya yang ringan, saiz badan dia jugak sungguh kiut. Lebih lebih lagi Irma dah boleh duduk dan merangkak, maka Irma nampak seperti anak patung yang hidup. Imagine that!
Last week mama bawa Irma ke klinik, doktor pesan supaya datang lagi ke klinik next month untuk timbang berat badan Irma. Harap-harap naiklah gamaknya berat dia. Bila tengok carta, Irma memang dah dekat line kuning. Huhu.

Mama sungguh risau wahai anakku, despite of you being sooo cute!

Tag Lagik

Adeh. Lagi satu hutang tag oleh Aunty Rose Zan.

The rules:Link to your tagger and post these rules.List 8 random facts about yourself and tag 8 people.
Tagging:
1. Izan
2. Cik Yan
3. Ealyie
4. Afkarz
5. Kak Zura
6. MamaDhea


Fakta rawak tentang saya <-- adeh. dah tak reti nak tulis apa dah
1. Mama sangat sayangkan Abah, Imran dan Irma. Of course la kan...
2. Tak koser nak jaga muka. Daku cuci muka aje. Toner dan moisturizer sudah lama daku tinggalkan. Pastu dok ngomel muka tak cun lah, kusamlah and whats not. Haha.
3. Mama ni bermuka serius. Bukan sengaja nak wat muka serius tau. So orang ingat mama ni sombong.
4. Tahun 2009 ialah tahun untuk men-debt-free-kan diri dan keluarga... InsyaAllah... amin!
5. Suka kek! Suka brownies! Suka chocolate! Suka pastry! Haiyo. Macamana nak kurus ni? Sila rujuk tag sebelum ini.
6. Tahun 2009 juga tahun untuk mencantikkan rumah... InsyaAllah! Nak cat rumah, nak beli pokok sikit2.
7. Pernah bela 3 ekor kucing selepas kahwin. End up, sekor mati terjun apartment (sungguh tragis!) - namanya Kopi, sekor hilang masa mama dalam pantang - namanya Mon(tel), sekor lagi hilang lepas pindah rumah baru - namanya Mok (aka Mocha). Dah dapat baby terus takmo bela kucing dah.
8. Ada hobi baru yang memerlukan RM RM RM - orkid! Ni semua penangan MIL yang suka orkid lah ni. Haha.

Myself
First name:
Zety
Name you wish you had:
Nama yang ada makna yang baik
What do people normally your name as:
Zety, Ety, Zet, Zack, mamaimran
Birthday:
15 October 1981
Birthplace:
Kuala Lumpur
Time of birth:
2.15 am kalo tak silap
Single or taken:
Taken lor... Dah jadi mak orang dah pun
Zodiac sign:
Libra

My appearance
How tall are you:
162 cm. Tapi semenjak bersalin no 2 ni rasa macam makin kecut pulak mak. Huhu
Wish you were taller:
Nope! Bersyukur dengan apa yang ada
Eye color :
Dark brown
Current hair color:
Dark brown... natural okeh
Short or long hair:
Tak berapa panjang
Ever dye your hair a bizarre color:
Nope
Last time you did something dramatic with you hair:
Paling dramatic? Mak pi inai rambut. Haha. Dramatic ke?
Glasses or contacts:
Glasses. Dulu pakai lens tapi ala-ala malas nak menten. Haha
Do you wear make up:
Jarang-jarang. Compact + lipstick is good enough for me
Paint your nails:
Nope!
Shy or outgoing:
Shy-shy cat. Haha
Sexy or cute:
Definitely not sexy. Cute? Mungkinkah? :P
Serious or fun:
Serious and fun... somewhere in between...
A turn on:
Cake! Brownies! Bolehka jadi turn on untuk mak? Tak syesyuai doh.
A turn off:
BO - Body Odour. yucks

This or That
Flowers or chocolates:
Dua2 suka tapi prefer chocolate. Muahahahaha
Pepsi or coke:
Both ok. Mak tak memilih nyah...
Rap or rock:
Rock kapak bebeh!
Relationship or one night stand:
relationship of coz
School or work:
In terms of commitment - school. Lepak lepak sana sini. Huhahuha tak ingat dunia.
In terms of RM - work. Takdek keje mana mau korek itu duit mau bayar itu hutang?
Love or money:
Both plz...
Movie or music:
Movie.
Country or city:
In terms of shopping paradise - city
In terms of peacefulness (ada ka ini word?) - country
Sunny or rainy days:
Rainy days - leh zzzz
Friends or family:
Family first!

Have you
Everlied:
Yup
Stole something:
Penah ke ek? Mungkin masa belum mumaiz ada la kot
Smoked:
Nope! Never! Menci itu asap!
Hurt someone close to you:
Pernah...
Broke someone’s heart:
Tak sure pulak. Kalau pernah minta ampun ye...
Wonder what was wrong with you:
Apasal suka sangat makan? Bila nak kurus nih?
Wish you were prince or princess:
Yes. Bestnya jadik princess kan?
Like someone who was taken:
Suka dari jauh aje la. Sukakan kecantikan ciptaan Tuhan. Hahahaha. Ini cerita sebelum kawen okeh.
Shaved your head:
Botak ka? Tak sanggup mak. Tapi rasanya sekarang pun macam makin botak je kepalaku ini. Bila la penyakit keguguran rambut nak berhenti ni?
Used chopstick:
Selalu je. Especially masa makan megi panas2! Slurp!
Sang in the mirror to yourself:
Nope!

Favourites
Flower:
Roses, lily and the latest one - orchid! Hahaha
Candy:
Mak tak berapa sangat la candy nih. Oh ingat tak masa kecik2 ada candy yang kelapa tu? Sedap kan?
Song:
Mana-mana yang sedap ikut kesesuaian mood
Color:
Purple dan keluarganya, Pink, Red, All sort of colours lah
Movie:
Adeh. Rasanya dah pernah jawab semua ni dalam tag dulu-dulu. Sila search sendiri ek.
Singer:
Pon dah pernah jawab.
Junk food:
Chocolate kira junk food ke ek? Kehkehkeh.
Website:
Blog ini
Location:
Shah Alam
Animal :
Cat
Ever cried over someone:
Yes.
Is there anything you wish you could change about yourself:
Alangkah bagusnya andai dapat kuubah ukuran badanku. -5inci setiap satu, especially tang perutku, kena -10 inci. :P
Do you think you’re attractive:
Haha. Haruskah dijawab?
If you had to choose a fairytale as your life what would you choose:
Entah la ek? Cinderella perhaps? Oh so perasan diriku!
Do you play any sports:
Sports dalam computer games kira tak? Hahahaha

Tag Nana: 16 Fakta Rawak

Adeh... mama kena tag dengan Aunty Nana. Hutang tag orang lain pun masih banyak lagi. Tapi mama buat dulu yang ni ok.

Syarat dan peraturan:
1. Apabila telah terpilih dengan malangnya, silalah menulis 16 perkara paling rawak sama ada tentang fakta, perangai tak senonoh ataupun hala tuju hidup anda.
2. Silalah hasut 16 orang lain untuk melakukan perkara ini. <-- sangat ramai okeh!
3. Sila tanda manusia yang telah menanda anda di peringkat awal.
4. Ketahuilah, jika anda terpilih ia adalah kerana anda juga manusia biasa yang perlukan perhatian dan kasih sayang yang secukupnya ketika bayi.

1. Mama seorang yang cepat panas dan sejuk hati. Tak sampai 5 minit Insyaallah ok.

2. Mama ambil masa 2 bulan lebih untuk setuju jadi steady girlfriend abah. Hehe. Fakta nih!

3. Kemudian, mama bercintan cintun dengan abah selama 7 tahun sebelum ambil keputusan untuk kahwin.

4. Mama teringin nak bermekap tapi tak koser nak luangkan masa bermekap sebelum pi kerja. Banyak menda nak kena settlekan pepagi buta.

5. Mama suka makan. Suka try menu pelik-pelik, asalkan halal.

6. Mama seorang yang setia pada satu-satu kasut. Dan juga handbag. Selagi tak koyak, tak rosak, daku belasahkan sajork. Haha.

7. Teringin nak belajar menjahit. Jelujur kasar pon daku fail tahu!

8. Mama seorang yang akan baca instruction book satu-satu device atau perabot diy sebelum assemble atau guna benda alah itu.

9. Mama tak pernah drive kereta auto until masa abah masuk hospital hari tuh. Terpaksa bawak kereta atuk. Selama ni kereta manual aje.

10. Masa duduk asrama dulu mama selalu fly a.k.a keluar tanpa kebenaran. Wakaka. Mama juga selalu ponteng prep dan riadah. Hoho. Anak-anak mama, sila jangan tiru perangai ini.

11. Seperti Nana, mama jugak suka sangat makan karipap, especially kalau Nek Jah dan Nenek yang buat.

12. Tak suka memasak coz takdek talent. Tapi teringin nak jadi seorang tukang masak yang hebat. Boleh? Teruk betul kan?

13. Tak berapa suka pakai heels walaupun teringin. Almaklum berat badan yang sangat (diulangi - sangat sangat sangat) berlebihan menyebabkan kaki mama cepat sakit bila pakai heels.

14. Azam yang tak pernah luput dari hati dan perasaan setiap tahun - nak kuruskan badan! Bila laa agaknya nih?? Herbalife? Masih belum mampu laahh.

15. Suka sangat pengalaman waktu bersalin walaupun sakitnya tuhan saja yang tahu.

16. Dulu-dulu pernah berangan nak anak 13 orang! Kononnya nanti lepas seksa kubur. Argh! Mampukah nak bersalin lagi 11 kali? Hoho. Lu pikir lah sendiri Zety oii!

Adeh. Sangat penat nak pikir okeh. Saper pulak mama nak tag ni. Dah la 16 orang. Ramai bangat! Anyway, get ready aje lah kawan-kawan!

1. Kak Zura
2. Izan
3. Cik Yan (ampun kerana tag mu belum ku buat)
4. Lovebaby
5. Mimielola
6. Mrs Noba
7. Sayangibu
8. mamaDhea
9. pinkytoe
10. Roza
11. wanie
12. Mummy HnH
13. mamaaina
14. mama adib
15. Kak Ina Hashim
16. Ealyie

Minta maaf tak buat link. Huhu.

Weekend yang panjang

Wah wah wah. Baca blog orang, rata-rata tengah bercuti. Samada dok rumah jadi temporary SAHM, balik kg atau pi holiday. Seronotnya.

Okeh. First of all, thanks to all friends yang bagi support bila abah masuk wad hari tu. FYI, abah duduk hospital sampai Krismas je. Entah kenapa cepat sangat abah recover. Malam Rabu tu ada jugak abah sms mama, bagitau yang dia tak tahan nak duduk hospital sebab sakit masa ambil darah. Seriously, memang teruk abah kena. Kat bekas-bekas tempat kena cucuk masa ambik darah tu jadi lebam yaamat. Kalau kat lengan dia lagi laa... dah rupa macam tattoo dah. Kesian mama tengok. Kesnya sebab doktor tak jumpa urat (urat ke ek?) abah. Huhu. Mama pesan kat abah, kalau nak keluar hospital cepat-cepat, minum air dan 100 plus banyak-banyak. Miiinuuum je. Agaknya sebab tu abah pun tak lama kat hospital kot.

Pagi Khamis masa doktor pakar datang melawat, katanya abah dah nampak sihat sikit. Petang nanti boleh keluar. Abah punyalah suka. Tengah hari tu mama datang dengan Imran & Irma. Imagine nak bawak budak 2 orang ke hospital. Kehkehkeh. Nasib baik masa sampai sana Imran tido. So mama letak Imran dalam stroller, Irma mama dukung. (Masa ni terasa alangkah bagusnya kalau ada sling. kehkeh) Mama kidnap backpack abah untuk letak barang-barang Imran & Irma, namely diapers, baju extra, susu formula dan air panas Imran, wipes. Oh mama bawak jugak nursing cover untuk nenen Irma.

Pukul 10 lebih kami keluar rumah. Singgah drive-thru McD. Beli Big Breakfast dan Hotcakes. Park tepi tasik, makan dalam kereta. Hehe. Masa tengah tunggu order sampai, mama banyak kali jugak la cakap kat Imran, "lepas ni kita makan kat tasik ye." Then tetiba Imran sebut, "tacek". Seronok mama dengar. Hehe.

After breakfast, mama speed bawak kereta ke Putrajaya. Sampai sana pukul 1155. Mama dengan gagahnya bawak anak-anak. Siap singgah kat gift shop untuk beli 100 plus abah. Oh ye, kat giftshop ni jugak la mama first time nampak air tin longan dan kurma. Wah. Salah satu short cut untuk tambah susu. Hihi.

Tepat kul 12 naik lif pi tingkat 4. Abah dah menanti dah kat katil. Abah kata dah boleh keluar dah. Berseri-seri muka. Hehe. Pukul 1 lebih doktor bagi surat. Doktor kata 31 hb kena pi ambil darah lagi. Abah angguk aje tapi mama tau abah dah serik nak ambik darah.

Abah bagitau mama lepas ni azam dia sempena Maal Hijrah ni ialah dia nak berhenti merokok. Serik nak masuk hospital lagi. Mama tambah, mama kata ni baru ambik darah je. Bayangkan kalau sakit akibat rokok, lagi macam-macam test agaknya doktor buat. Abah sungguh-sungguh taknak merokok dah. Alhamdulillah. Until now memang abah tak pernah lagi hisap rokok. Bila dia nak merokok je, dia makan raisin. Siap sound mama, get ready ajelah abah nak gemok. Haha. Mama cakap kat abah, kalau terasa nak merokok je, bayangkan doktor nak ambik darah. Hahaha. Horror gila kata abah.

Khamis malam Jumaat, abah tetiba sakit kepala. Sakit yang amat-amat. Mama suspek sebab dia kurang minum air. Ye lah, kalau kat hospital kan sentiasa masuk air walaupun tak minum sangat. Kat rumah, dia kurang disiplin la. Minum ikut suka je. Mama bagi abah makan ponstan mama. Alhamdulillah pagi tu abah ok.

Pagi Jumaat kami balik Seremban. Abah kata dia nak makan sedap-sedap. Maklumlah mama masak bukannya sedap pon. Jarang masak pulak tu. Hoho. Kat Seremban pun kadang-kadang abah pening kepala. Mama sentiasa ingatkan abah, jangan tinggalkan air dan 100plus. Mama tak bagi abah minum kopi atau teh atau nescafe. Kalau minum, cepat-cepat minum air masak double the amount air berkafein yang abah minum tadi. Ecewah, macam orang bf pulok. Hahaha.

Sabtu petang, kami the whole family pi Bagan Lalang. Makan seafood tepi laut. Bolehlah tahan sedapnya. Cuma bagi mama kalau datang dari Seremban ke Bagan Lalang semata-mata untuk makan, tak berapa berbaloi lah. Unless tidur sana ke, lepak dari pagi ke, mungkin ok lah kut. Irma pulak asyik meragam. Tak aman nak makan. Hehe.

Pagi Isnin abah ajak pi Zoo Melaka. Tapi dengar khabar tanah runtuh pulak kat tepi highway. Jem teruk. Ye ke? Mama pun tak tau. Abah yang bagitau. So, kensel lah pi zoo.

Kesimpulannya, weekend yang amat panjang tapi takde mende buat. Nak ajak abah jalan-jalan bawak anak-anak, dia pun tak sihat sepenuhnya lagi. Bila dia yang mengajak pulak, ada saja benda yang menghalang. Ni lah takde rezeki namanya. Huhu. Nantilah abah. One day kita pi holiday puas-puas ek.

Wednesday, December 24

Risau, Sedih dan Gelisah

Risau. Sedih. Gelisah.

Semuanya ada.

Mama risaukan abah. Ikut kata nurse semalam, platlet abah 16. Normal ialah 170 - 400. Biar benar! Rendah sangat-sangat tu. Second time ambil darah, platlet abah turun jadi 12. Mama risau sangat-sangat.

Mama sedih tengokkan keadaan abah. Tak bermaya. Lembik aje. Dah la takde siapa yang jenguk dia. Macamana la dia malam tadi. Tidur sorang-sorang takde siapa jaga dia. Entah dia haus ke, lapar ke. Lena ke tidur dia. Malam tadi mama asyik terjaga sebab dok terfikirkan abah.

Gelisah sebab memikirkan anak-anak yang demamnya on and off. Takut-takut kalau anak-anak pun terkena denggi jugak. Nauzubillah! Minta dijauhkan. Lepas tu, risau pulak esok. Esokkan cuti. Siapa nak tolong jagakan anak-anak masa mama pi hospital nanti? Takpe ke bawak diorang ni? Almaklum anak teruna mama tu jenis yang aktif yaamat. Karang kalau dikacaunya pesakit lain kan ke naya. Kacau means membuat bising dan menjerit-jerit la. Mengganggu ketenteraman pulak nanti.

Pagi ni mama pi jugak ofis sebab ada meeting. Tapi bos mama kata, ambil aje lah cuti. Kalau badan kat ofis fikiran kat hospital tak guna jugak. Huhu. So mama just datang ofis untuk update blog mama dan jugak mintak GL (guarantee letter). Mama ingat nak pindahkan abah ke wad kelas lain, yang elok sikit.

Abah, karang mama datang bawa 100 plus dan sup ketam. Abah mesti makan tau! Biar naik platlet tu. Kalau lama sangat kat hospital, siapa pulak nak jenguk-jenguk kedai abah tu nanti? Kalau abah lama-lama sangat kat hospital, siapa nak main dengan Imran dan Irma masa mama masak ke, mandi ke, uk-uk ke. Hehe. Kalau abah takde, siapa nak ingatkan mama siram pokok orkid kita yang makin membesar, hijau dan sihat tu? Abah, minum air banyak-banyak ok. I miss you.

Tuesday, December 23

Hari ni abah kna admit ke hospital sebab suspect denggi. Kisahnya, ahad lepas abah demam lagi. Muntah-muntah dan/ cirit-birit. Mula-mula ingatkan gastrik coz dua hari abah tak makan. Takde selera katanya. Abah makan buah e. Tu pun sikit sangat.

Hari Isnin mama cuti coz jaga abah. bawa abah pi klinik, doktor bgi ubat sakit perut, garam bla bla. Pagi Selasa, abah mengadu pedih ulu hati. Mama search kat internet, pedih ulu hati ni boleh jadi gejala kepada macam2 jenis penyakit.

Mama risau. Mama ajk abah pi klinik lagi. Kali ni doktor terus suruh pi hospital. bah ajak pi Hospital Putrajaya.

Kat sana doktor ambil darah dan masukkan air coz abah dah terlalu dehydrated. Bibir abah kering, lidah pun kering!

Bila keluar keputusan ujian darah, nurse kata platlet abah rendah. Kena masuk wad. Mama sedih sangat. Kesian tengok abah yang lembik tak terdaya buat apa-apa.

Ikutkan hati mama nak je stay kat hospital tapi takde siapa nak jaga Imran & Irma. Kalaulah nenek ada....

Abah, kuatkan semangat ok. Minum air masak

Friday, December 19

Abah Yang Excited...

... nak pi kursus.

Setelah pulang dari klinik dan makan ubat dan tidur, demam abah pun kebah. Pastu siap nak pi jugak kursus itu. Adeh abah ni. Takpela abah. Benda yang baik takpe.

Selamat berkursus ye abah!

Abah Sakit Lagi

Abah tak jadi pi kursus sebab demam panas. Badan panas gila. Kalau letak baju yang baru keluar dari washing machine kat atas badan dia, sure baju tu akan kering serta-merta. Serius!

Semalam abah uruskan kedai barunya tu. Pagi-pagi lagi dah jemput staf lama dia kat Alamanda, hantar ke Tropicana City Mall. Lepas tu jumpa supplier pulak sebab barang sikit sangat untuk mulakan kiosk. Lepas tu pergi beli rak-rak untuk display barang-barangnya. Kata abah, satu KL jem. Mana-mana dia pi pun jem sokmo.

Kemudian abah terima panggilan telefon yang sungguh membencikan. Apa dia mama takmo lah cakap. Personal gitu. Terus abah pening kepala, migrain then demam.

Dekat-dekat Maghrib abah sampai rumah. Terus baring atas sofa berselimut bagai. Dua comforter mama balut tapi abah tetap kata dia sejuk. Masa tu badan abah tak berapa panas lagi.
Pukul 10 malam pi jemput pulak stafnya kat Tropicana, hantar balik ke rumah di Putrajaya. Sungguh baik hati abah ni sanggup jemput pergi-balik staf nya. Sebabnya bagitau budak tu last minute kan. Dia lak takde transport. Abah kata start esok budak tu kena pandai-pandai sendiri la ke kedai.

Mama, Imran dan Irma ikut abah hantar stafnya balik. Memula mama yang drive tapi tetiba Irma meragam nak nenen, terpaksalah abah drive. Kesian abah. Menggigil-gigil dia bawa kereta. Tapi dari Putrajaya nak balik ke Shah Alam, mama drive semula. Irma pun dah lena. So senanglah abah nak jaga.

Ikut Elite nak balik ke Shah Alam tapi jem gila-gila. Bayangkan pukul 12 malam boleh jem? Oh Imran pulak ter-poo poo dalam kereta. Mama tak bawa diaper extra coz ingatkan sekejap aje. So baunya semerbak le satu kereta! Nak tau tak kenapa jem? Sebab orang tengah nak pasang tiang billboard kat tepi highway tu. Habis ditutup jalan dari 3 lane jadi satu lane aje. Huhu.

Sampai rumah pukul 1 lebih. Imran dah terlena despite of diaper nya yang penuh dengan poo. Mama terpaksa tukarkan diapernya dan guna kaedah lap dan buang aje. Nak kejutkan dia tidur tak sampai hati. Ohhhh bau poo poo budak umur setahun lebih sungguuuhhhhh dot dot dot. Sila imagine sendiri baunya yang dah macam org besar punya dan mama terpaksa bersihkan tanpa guna air. Guna wipes ajo. Huhu.

Lepas dah settlekan Irma dan Imran (abah awal-awal dah tertido. sian abah), mama settlekan dapur pulak. Oh disebabkan abah dah tertidur atas sofa kat living hall, makanya kami semua pun tidur kat living hall. Imran tidur kat sofa jugak (sofa lagi satu), Irma tidur kat playpen. Mama? Tidur atas lantai aje. Nak bentang toto, abah dah guna buat selimut. Tak sampai hati tengok abah kesejukan.

Mama tertidur pukul 2 pagi.

Pagi pukul 6 mama dah terjaga. Tengok-tengok Imran ada kat sebelah mama. Entah pukul berapa dia turun dari sofa mam tak perasan. Mama touchy touchy gitu sebab rasa:
  1. Imran nak jugak tidur sebelah mama tak kisah la atas lantai ke kat mana.
  2. Agaknya Imran kesian tengok mama tidur sorang-sorang di atas lantai yang sejuk lalu temankan mama. Hehe.

Tapi mama kesian pulak tengok Imran tidur atas lantai. Tak sakit-sakit badan ke? Aduhai anakku.

Pagi tadi bawa abah pergi klinik, suhu badan 39.3 Celcius. Panas gila! Abah minta injection sebab nak cepat baik. Kalau boleh dia nak jugak pi kursus tu. Tak seswai tau abah! Tapi doktor cuma bagi ubat tahan sakit dan ubat demam. Doktor suruh abah minum air masak banyak-banyak dan makan bubur sahaja.

Kesian abah kan?

Thursday, December 18

Kursus & Mandi

Esok abah ada kursus kat Nilai. 5 hari. Huhu. Tinggallah kita bertiga. Tapi mama dah 'import' Aunty Izan untuk temankan kita. Hehe.

Actually mama tak kisah pun tinggal bertiga dengan Imran & Irma. Tapi abah laa risau. Dia kata nanti kalau mama mandi ke, masak ke (mama tak rasa mama masak kalau untuk sorang makan je ;D), siapa nak tengok-tengokkan anak-anak. How thoughtful of him. Muahs to abah!

Oh ye. Cerita pasal mandi. Hari tu mama tengah mandi. Biasanya mama memang tak tutup pintu rapat coz takut tak dengar Irma atau Imran menangis. Mama mandi kat toilet master bedroom kat atas. Imran & Irma & abah kat bawah. Tengah syok-syok mandi tetiba pintu terbukak dan Imran sergah mama, "hah!"

Mama punya laa terkejut! Mama melompat (seriously mama lompat dalam bilik air tuh!) dan menjerit! OMG! Macamana la Imran boleh terlepas naik ke tingkat atas ni? Haiyo! Dah la mama tengah mandi. Pepaham ajelah keadaan fizikal mama masa tu. Wakakaka.

Abah terdengar mama menjerit, terus berlari naik ke atas. Rupa-rupanya abah tak perasan Imran panjat tangga. Tengah bergayut kat hp. Selama ni Imran takde pun nak panjat-panjat tangga tu. Tak heran nya dia. Dia lagi suka masuk dapur. Thats why mama letak baby gate kat pintu masuk ke dapur and biarkan tangga tu melopong. Ok owh... nampaknya mungkin kena letak baby gate kat tangga pulak. Ke... tak payah? Bukan apa, takut mama & abah tak sedar Imran panjat tangga, pastu karang tetiba bergolek ke bawah ke apa, tak ke naya?

Wednesday, December 17

Kereta Rosak & Shopping Mall

Semalam mama EL.

Kereta rosak betul-betul depan taska, lepas hantar Imran. While abah godek-godek itu kereta, mama lepak dalam taska. Tapi tak lama. Coz takut karang Imran meragam pulak masa mama nak balik nanti. Then mama lepak je tunggu dalam kereta. Hehe. Kereta siap pukul 10 lebih. So dah lambat sangat nak masuk ofis balik (dah lebih 2 jam) maka mama amik la EL. Masuk lambat ke ofis, apa pulak kata org. Better amik EL. Pada pandangan mama lah.

Ya, walaupun mama EL, mama biarkan jugak Imran dan Irma kat taska. Kebetulan bila mama dah ter-cuti ni, abah dah booked mama dulu untuk urusan-urusan yang dok tertangguh-tangguh. Pi BSN la, Bank Islam la, Bank Rakyat la. Sampai ke Seremban kami redah. Abah memang tak kasi 'can' kat mama lah nak rest kejap. Hoho. Bertolak dari Seremban pukul 5. Itu pun sempat lagi singgah drive-thru A&W kat tasik tu. Beli float dan waffle with ice-cream. Makan on the way ke Shah Alam. Ahaha.

Oh ye, masa mama kat taska, Imran ada sedikit menggediks-gediks. Hahaha. Kononnya nak show off kat kengkawan nya yang mamanya ada kat taska temankan dia. Hahaha. Dia asyik lari-lari, pastu datang peluk mama dan gelak-gelak. Sungguh gediks okeh. Hahaha.

Malamnya pulak, lepas Maghrib, mama, Imran & Irma ikut abah ke Damansara. Ada satu shopping mall yang akan dibuka Khamis ni. Dekat dekat Eastin. Namanya Tropicana City Mall. Kawan-kawan pernah dengar tak nama ni?

Kami temankan abah tengok-tengok mall tu sebab abah dapat offer buka kiosk kat sana. So before buat apa-apa decision kenalah tengok dulu tempatnya kan.

Malam semalam merupakan pengalaman baru lah bagi mama sebab dapat tengok 'shopping mall in the making'. Wahaha. Masa kami sampai sana semua orang tengah sibuk buat kerja construction, pasang itu ini, check escalator lah, lif lah, tengah mengetam kayu kayan lah. Berhabuk tak ingat punyalah. Nasib baik Imran dan Irma tak apa-apa. Sampaikan mama dok musykil, sempat ke diorang ni nak buat grand opening lusa ni (Khamis)? Isy... macam banyak sangat yang belum siap.

Mama sempat menyaksikan pekerja kat situ tengah nak pasang pokok palma kat dalam shopping mall tu. Hehe. Teruja pulak rasa.

Overall, tempatnya besarrr. Parking space pun banyak. Mungkin double saiz Alamanda kot. Ada glass-dome skylight (betul ke ayat mama ni). Boleh nampak langit kat luar. Cantik. Hm, kalau abah jadi bukak kiosk kat situ, berkemungkinan tempatnya berdepan dengan kedai Bossini. Kawan-kawan yang dekat-dekat area sana tu, nanti jenguk-jenguklah kedai abah ye. (promote nih...) Hehehe.

Sampai rumah, the whole family kepenatan. Boleh tahan besar shopping mall tu. Mama tertidur sampai tak sempat tukar baju. Siap pakai jeans lagi. Hoho. Pastu bangun pukul 7 pagi weh! Lambat dah nak ke ofis! Nasib baik la bendera merah. Hihi. Dan nasib baik sempat 'ketuk' itu punch card sebelum bertukar kaler merah. Phew!

Monday, December 15

Entri 4 Hari

Khamis lepas Selangor cuti. Happy Birthday to Sultan Selangor! Jadi mama decide untuk sambung cuti on Friday.


Rabu

Balik kerja, abah ajak tidur kat Cheras. Tapi memandangkan kerja-kerja laundry yang masih berlambak-lambak, mama cadangkan kat abah supaya basuh baju habis-habisan dan hantar ke coin-operated dobi untuk dimasukkan segala baju-bajuan ke dalam dryer.

Mama dah siap-siapkan semua beg untuk dibawa balik ke Cheras.

Setelah semua baju habis dibasuh, maka kami menuju ke dobi tersebut di Seksyen 7. Alamak, dah tutup. Tengok jam, oh, dah pukul 11 lebih rupanya. So pergilah ke blok 12 dekat-dekat situ jugak. Nasib baik buka 24 jam. Abah pi buat kerja-kerja dobi, mama stay dalam kereta dengan Imran dan Irma. Satu mesin 40 minit. Mesin yang available dan tidak rosak ada satu aje. Baju sangatlah banyak, maka perlukan 2 round untuk settlekan semua. Siap semuanya pukul 1 pagi okeh! Oleh itu, kensel balik Cheras malam tu.

Bertolak semula ke rumah. Check punya check, rupanya baju satu hapa pun tak kering. Tanya abah, nape tak kering padahal guna dryer? Abah kata, agaknya masukkan banyak sangat baju kot. Mama tanya lagi, kat mesin tu dia suruh masukkan max berapa helai? 21. Hoh. Patutlah. Baju kami rasanya cecah 100 helai kot? Hahaha. Haiyo abah. Mengapakah tidak mengikut arahan di mesin itu? Adeh. Rugi RM6.

Malam itu mama pakaikan Imran CD second hand baru Imran. Rasanya agak ketat sikit kat peha. Almaklum peha anak terunaku itu boleh tahan besornya. Takpe, esok kita tengok ada merah-merah ka apa ka.

Khamis
Bersiap-siap untuk balik ke Cheras. Mama tanya abah, apa kes baju kita ni? Abah kata bawa balik Seremban. FYI, lepas lepak Cheras sejam dua, kami akan balik ke Seremban pulak.

Owh, baju yang ada 3 plastik besar itu dibawa ke sana ke mari semata-mata nak dikeringkan. Sungguh tragis rasanya. Hahaha.

Budak-budak dibawa pulang ke Cheras tanpa dimandikan terlebih dulu. Sampai Cheras, abah kemas-kemas bahagian porch. Mama pulak, operasi memandikan anak-anak. Buka CD Imran. Wah! Marveles. Kering sangat-sangat inner itu despite of pee-pee Imran yang sangat banyak. Mama report kat abah pasal tahap kekeringan CD tu. Siap paksa suruh abah sentuh inner-nya. Abah pun teruja! "Keringnya! Macam tak kencing langsung!" Lalu mama kenen-kenen abah untuk belikan CD-CD seterusnya akan datang. Wakaka.

Lepas dah kemas-kemaskan rumah nenek ala kadar, maka bertolaklah ke Seremban. Mak Ngah buat kenduri doa selamat. Ada lontong, pulut kuning dan rendang pucuk ubi (feveret mama), kuih-muih.

Imran suka sangat makan popiah goreng dan karipap Mak Ngah. Mama pun suka. Sedap. Mak Ngah ni memang pakar bab buat-buat kuih ni. Paling best donut dan kek coklatnya la. Syedap yaamat uols!


Oh ye, disebabkan CD yang ada hanya seketul, maka mama pun basuh tangan lah. Nak menumpang basuh kat mesin Mak Wan, takut orang lain geli pulak kan. Jadinya mama rendam CD tu dan kendian basuh letak sabun sikit-sikit, gonyoh2 dan bilas bersih2. Betul ke cara mama ni kawan2? Tunjuk ajar ku sifu semua ya...

Jumaat
Pagi, semasa mama nak mandi, maka terjawablah segala persoalan tentang samada mama 'berisi' lagi ataupun tidak. Wah... lega rasanya beb! Hehe.

Dari pagi sampai ke petang ampaian rumah Mak Wan dipenuhi dengan baju-baju kita yang diangkut dari Shah Alam itu. Nasib baik hari tu panas, tak hujan langsung. Kering semua baju. Minta maaf ye mak sebab menyusahkan aje!

Petang Jumaat abah ajak Imran main bola. Semua orang kata Imran ni ada bakat main bola. Ye ke? Entah mama pun tak pastilah. Mana lah mama reti bab-bab main bola ni. Tapi Imran memang suka tendang-tendang bola, dan jarang sangat tendangan/sepakan dia tu miss.

Abah berangan nak jadikan Imran footballer dan main di kelab-kelab Eropah. Huuu takmo la anakku duduk jauh-jauh dari mama....

Sabtu
Hari ni ada jemputan ke rumah sedara Abah di Kapar. Kendian ada pulak housewarming Aunty Nina kat Denai Alam. Makanya kami decide untuk balik ke Shah Alam hari ni. Mak Wan dan Atuk ikut balik. Tidur rumah kita.

Memula pi rumah Aunty Nina dulu. Wah ada lauk kambing seh. Nyum nyum. Abah lepas aje makan nasi, siap repeat ambik lauk kambing. Melampau taww. Aunty Nina juga tempah cupcake. Merasa jugak mama makan cupcake. Kehkehkeh. Imran pulak asyik makan tembikai sampai habis basah-basah baju.

Balik dari rumah Aunty Nina, mama, abah, Imran, Irma, atuk dan makwan pun berangkat ke Kapar. Rumah sepupu Mak Wan sebenarnya. Makan sedap. Siap ada landak masak lemak! Uols pernah makan landak? Ni lah first time mama rasa. Rasa gitu-gitu aje lah. Tak berani nak makan banyak. Tapi, rupanya rasa dia macam rasa ayam! Not bad.

Kat rumah, Mak Wan masakkan kembung masak lemak cili api. Mak Wan yang masak hokeh. Sungguh tak senonoh mama ni. Seperti biasa, da supa da power pedasnya. Hoho. Perut mama makin kurang tahap kesaktian dia lah.

Ahad
Hari ni Mak Wan ajak pi Sg Buloh. Cari pokok. Best gak tu. Rumah kita ni dah la kosong je. Nenek kata, macam orang duduk rumah sewa. Selekeh je. Haha. Orang dok rumah sewa pun tak selekeh macam ni.

FYI, mama pinjam kereta atuk. Yelah, sementelah atuk pi haji, mama tengok-tengokkan sambil meminjam lah kereta atuk tu. Lagipun nak pi beli pokok kan. Sesuailah saiz kereta atuk tu nak simpan pokok. Hehe.

Masa tengah bersiap tu, tetiba abah kata, Imran terperangkap dalam kereta! Kereta atuk ni auto-lock. Lepas 5 saat dia akan lock sendiri. Kesnya, abah letak Imran dalam kereta kat tempat driver. Kendian abah nak pi kat boot nak amik barang. Pintu kereta tertutup sendiri la pulak. Imran pun ter-lock lah dalam tu! Argh! Panik sangat!

Mama, abah dan atuk puas mengetuk2 pintu nak suruh Imran tekan-tekan button tingkap atau unlock tu. Tapi budak umur setahun lebih, apa laa yang dia paham kan. Lagi kita ketuk, lagi dia sengih-sengih sambil main steering. Abah dah panik gila. Call Nek Ton kat Jalan Klang Lama untuk ambil kunci. Mak Wan suruh call bomba. Mama kata kat abah, pergi ajelah rumah Nek Ton ambil kunci spare.

Sementara abah pi rumah Nek Ton, atuk call bomba. Imran kat dalam kereta dah start menangis. Ya Allah risaunya mama masa tu. Nasib baik enjin kereta dah start, air-cond pun dah bukak. Kalaulah tak start enjin, mau kepanasan Imran dalam tu.

Atuk cakap dengan bomba tapi bagi salah info, so mama minta atuk pas hp kat mama. Tengah mama bagi alamat kat bomba, tetiba atuk kata, "dah bukak dah! dah bukak dah!" Mama terus pi kat kereta. Bagitau bomba kenselkan report,terus pi kat Imran, dukung dan peluk Imran. Lega!!!

Rupa-rupanya Imran gatal-gatal tangan main remote alarm kereta tu. Tekan-tekan, dia tertekan unlock kat remote tu. Nasib baik! Syukur sangat-sangat. Dalam pada tangannya yang susah sangat nak duduk diam tu, ada jugak bagusnya bila dalam situasi macam ni.

Mama call abah suruh patah balik. Call Nek Ton bagitau yang abah tak jadi datang. Bila abah sampai, terus bersiap ke Sg Buloh.

Dalam kereta kami berbincang tentang betapa bernasib baik kami hari tu. Bayangkan kalau abah letak Imran dalam car seat? Ataupun enjin tak start lagi? Ataupun instead of Imran, abah letak Irma dalam kereta? Syukur sangat-sangat. Lepas ni, harus berhati-hati bila gunakan kereta atuk ni. Mak Wan pesan, lepas ni, letak anak-anak paling last sekali.

Kata Mak Wan, dia dah panik sangat-sangat masa Imran terperangkap tu. Takut-takut Imran main handbrake ke, atau main gear ke. Kalau kereta tu terlepas ke belakang atau ke depan macamana? Huhu. Tak dapat bayangkan.

Sampai kat Sg Buloh, first stop kami ialah tempat feveret Mak Wan. Orkid. Mak Wan sangat suka bela orkid. Kat Seremban tu pokok-pokok orkid semua menjadi. Berbunga semuanya.

Mama pun teruja sama bila sampai kat tempat orkid. Abah pun. Last-last abah beli 4 anak pokok orkid dan satu pokok orkid yang dah berbunga. Habis RM65. Sebenarnya mama cadang nak beli pokok-pokok lain. Pokok pinang batang merah tu ke, pokok ala-ala lidah buaya ke. Tapi dah beli orkid, bajet untuk hari tu pun dah habis. Wakaka. Bulan depan nak pergi lagilah.

Mak Wan pun beli orkid lagi. Siap ajar mama dan abah cara bela orkid. Orkid ni manja. Nak kena belai selalu. Mampukah mama bela ni? Huhu. Kata penjual bunga tu, orkid yang abah pilih ni kena tunggu 6 bulan baru berbunga. Boleh ke abah bertahan tunggu sampai 6 bulan? We'll just wait and see sajork... hahaha.

Itulah dia entri mama untuk 4 hari. Sungguh panjang. Ampun maaf dipinta kalo boring. Huhu.

Wednesday, December 10

Penat Lagi

Mama cepat sangat penat sekarang ni. Lagi2 masa weekdays. Nak kata buat banyak kerja, kerja mama cuma mengadap PC sambil update blog. Kat rumah pun, jarang memasak. kalau masak pun, satu jenis lauk aje. Hm... mari kita senaraikan aktiviti harian mama.

6-6.30 am : Bangun pagi. Nenenkan Irma. Gosok baju. Bersiap.

7.00 am : Masukkan baju kotor dalam mesin. Set delay 10 jam. Siapkan susu Irma dan pam. Angkut handbag, cooler bag berisi pam, cooler bag berisi EBM, beg sekolah Imran dan Irma ke dalam kereta. Angkut Imran dan Irma ke dalam kereta.

7.30 am : Hantar Imran dan Irma ke taska. Breakfast jap kat mapley.

8am - 5pm: Office hour. Plus pumping session, lunch etc.

5 - 5.30pm: Jemput Imran dan Irma kat taska.

5.30 - 7pm: Keluarkan baju kotor budak2 dari dalam beg. Keluarkan botol2 EBM yang kosong, dan pam ke dalam sinki. Botol2 berisi EBM simpan dalam fridge. Keluarkan baju yang baru dibasuh dari dalam mesin. Angkat baju yang dah kering kat ampaian. Jemur baju yang baru basuh tadi.

7-9pm : Mandi (kalau sempat sebab biasanya masak dulu). Masak (kalau ada bahan atau rajin). Atau makan kat luar. Biasanya time2 macam ni Imran dan Irma akan poo-poo. Tukar diapers budak2. Layan TV.

10pm : Tukar diaper Imran dan Irma untuk night time. Tukar baju budak sekali. Mandi (kalau tak sempat mandi masa petang tadi). Basuh dan rebus botol dan pam.

11pm-12am: 'Berperang' nak tidurkan Imran dan Irma. Lepas diorang tidur barulah mama tidur.

Nota: Aktiviti meng-vakum dan mengemop rumah biasanya abah yang buat. Rajin sungguh hubby ku itu. Mama? M.A.L.A.S.

See? Bukannya banyak kerja yang mama buat pun kan? Tapi kenapa rasa penat yaamat dan asyik mengeluh aje ek? And the obvious part is, baju kering/bersih makin membukit-bukit. Konon-konon nak bangun pukul 5 pagi untuk spend masa lipat baju. Tapi asal pegang je handphone, mama tekan snooze. Abh camno? Salah sendiri. Haha.

Sebarang cadangan untuk mengurangkan rasa penat atau menambahkan ke-efisyen-an mama amat dialau-alukan.

Yay!

Yang ditunggu-tunggu sejak minggu lepas sudah tiba!!!

Thanks to AZ_10, forumer di forum kesayangan mama tu sebab sudi berurusan dengan mama.

Ya kawan-kawan dan seluruh isi alam sekalian, diumumkan ketibaan CD yang pertama dalam keluarga mama! Walaupun 2nd hand...

Saja beli satu dulu. Test drive kata orang. Kalau rasanya mama mampu nak meneruskan, barulah beli lagi dua, tiga helai, kan? Kot tak kuat hati ke nak membersihkan CD tu nanti (hopefully mama bersemangat tinggi!), hahaha.

Okeh. Malam ini kita akan test pakaikan kat Imran dulu. Sebab dia heavywetter, dan kebetulan bon-bon dia pun ada sikit merah.

Tuesday, December 9

Jurnal EBM 091208

Hohoho

Dah lama tak catatkan hasil pengepaman mama. M-A-L-A-S sebenarnya. Haha.

Hari ni, dapat banyak ini:

Pagi: 8oz.
Petang: 4oz
Total: 12 oz.

Alhamdulillah.

Irma dah start solid. Jadi kebergantungan dia kat EBM ni nampaknya macam kurang la pulak. Memang gitu ke ek? Tapi sekarang dia kerap bangun malam.

p/s: Cik Yan, tag mu itu nanti lah akanku buat. banyak beno la soklannya. hehehe.

Ibu @ Isteri?

Tanggungjawab seorang lelaki - no 1 tentulah ibunya. Walau apapun terjadi, syurga letaknya di telapak kaki ibu. Tiada apa yang boleh ubah itu. Kalau suami ikut cakap ibunya (aka MIL), si isteri kenalah redha.

Memang kadang-kadang ada dilema antara ikut kata ibu dengan logik akal. Tapikan, cuba fikirkan bagi ibu-ibu yang ada anak lelaki ni (termasuk mama), cuba bayangkan kita berada dalam situasi di mana anak lelaki kesayangan kita ni dah berkahwin dgn pilihan hatinya, kemudian bila kita meminta sesuatu/cuba nak bermanja dengannya, anak lelaki kita abaikan kata-kata kita dan ikut cakap isterinya. Sedih tak?

Jadi, sementara MIL kita masih ada, ikutkan ajelah. Tapi kalau permintaan yang tak logik, atau di luar batasan, atau yang boleh mengganggu gugat keamanan/kesihatan kita, cubalah bawa berbincang. Samada dengan suami, atau MIL sendiri.

Sekian bebelan mama.

Entri Raya

First of all, Selamat Hari Raya Aidiladha.

Tahun ni sambut raya di Seremban. Lagipun takde orang kat Cheras. Oh, anyway, last Friday masa abah jemput mama dari ofis sebelum solat Jumaat, abah hulur kat mama satu benda. Abah ni suka surprise mama taw!

Setelah mama buka plastik itu, mama terkujat! DVD Ayat-Ayat Cinta! Owh! I'm touched!

Lepas habis solat Jumaat terus mama dan abah layan itu DVD sekejap sementara tunggu waktu mama masuk ofis balik. Tapi disebabkan kesuntukan masa, makanya kami pause dulu cerita tu then balik aje dari kerja, sambung balik layan DVD, boleh? Haha. End up, kami bersiap nak balik ke Seremban sangat lambat. Sampai Seremban pukul 12++ am okeh!

By the way,

Pendapat mama --> agak mengecewakan sebab banyak yang lari dari novel. Novel lagi best!
Pendapat abah --> best gile cerita ni!

Kat Seremban dipenuhi dengan aktiviti makan. Mak Wan masak ketupat, kuah kacang, rendang ayam dan rendang daging. Mama asyik makan, makan dan makan. Hoho.

Oh ye, pengumuman: Irma telah mencapai satu lagi milestone-nya - dah boleh duduk! Hoye! Sungguh comel sebab Irma ni kecik aje. Nampak macam anak patung yang tengah duduk.

Ada sekali tu, mama, abah, Imran dan Irma lepak-lepak atas katil setelah kekenyangan, Irma yang tengah dok excited nak duduk sokmo ni pun bergolek-golek lah dalam usaha untuk mendudukkan dirinya. Sekali dia duduk, bon-bon dia betul-betul mengadap muka Imran. Dan tiba-tiba saja 'poooot'... Irma melepaskan anginnya kat muka Imran. Kahkahkah. Imran terkejut. Menjerit dia. Terus terbangun, lari kat mama. Cuak gila muka Imran. Mama dengan abah tak tahan tengok aksi Imran dan Irma. Gelak sakan la. Hahahaha. Lawak betul.

Hm... event yang lain pulak, Imran ikut atuk pi kedai. Bila dah balik, tengok-tengok Imran bawak balik bola. Atuk belikan bola untuk Imran. Kata atuk, Imran asyik tunjuk bola, "bola, bola, bola," masa kat kedai. Hihi. Ok la tu. Imran takde mainan masa kat Seremban. Nak main mainan kazen-kazennya semua mainan girl. Dah dapat bola, haaa... makin galak la Imran.

Pagi raya, atuk pi melapah daging kat masjid. Tengah hari tu abah pulak pi beratur amik daging. Tapi kat masjid lain. Abah kata, tahun ni malas la nak melapah.

Balik dari masjid, abah bawak balik daging. Ada laaa sikit. Kata abah, orang awam dapat banyak tu aje. Orang yang melapah banyak gila dapat. Kata abah lagi, muka orang yang melapah masing-masing muka tamak. Huhu.

Bila Mak Wan bukak aje plastik berisi daging tu, Mak Wan terkejut badak. Rupanya, daging yang abah dapat secipuuttt aje. Boleh la nak buat rencah dalam bihun goreng. Yang lain tu? LEMAK yang tak edible langsung! Keji sungguh orang yang bagi daging tu. Untuk diri sendiri kemain berhantu diambiknya. Untuk orang lain, bagi lemak? Siapa nak makan?

Nasib baik atuk pi melapah, dapatlah sikit daging untuk dimasak. Mak Wan buat daging masak kicap. Tapi jangan tertipu dengan nama menunya ini ye. Sebab daging masak kicap Mak Wan da supa da pedas okeh! Lada hitam, cilipadi bahan wajib. Berasap telinga mama makan. Tapi mama suka! Banyak kali mama makan tau.

Dek kerana perut mama ini bukanlah se-sakti perut abah yang suka bangat makan pedas tu, akhirnya perut mama kalah kepada daging masak kicap Mak Wan. Until now, mama dah cir-bir tiga kali. Huhu.

Oh, lupa pulak. Imran dah tambah lagi satu vocab: kentang. Kenapa kentang pulak? Entah. Mama pun tak tahu. Dan Imran ada hobi baru, pusing-pusing-pusing-sampai-pening. Kemudian dia pause, dan cuba berjalan. Haiyo. Pelik sungguh hobimu nak!

Friday, December 5

Geramnyaaa

Geram 1
Mama baru lepas sesi mengepam tadi. Oh ye hari ni mama lupa nak pakai breast pad okeh. Jadi semasa mengepam untuk mengelakkan adegan 'kebocoran' dan 'kebasahan' di baju, mama cover itu B yang tidak dipam dengan penutup botol avent, boleh? Haha. Kreatif, kan?

Tapi tadi entah macamana salah teknik (FYI, mama dah pernah buat teknik peng-cover-an ni banyak kali - gara-gara lupa nak pakai breast pad - betullah orang baru lepas bersalin kebanyakannya pelupa tahap dewata), habis lencun baju dalam-dalaman itu okeh!

Geram 2
Lepas habis mengepam mama letak itu pam dan botolnya sekali di sisi mama. Entah macamana tangan mama boleh ter-langgar itu pam, lalu jatuhlah itu pam dan tumpahlah sedikit EBM ku!

EBM yang asalnya 5oz telah menjadi 4.5oz sahajer. Sungguh tensi!

Nota: Untuk mereka yang tidak pernah menjalankan sesi mengepam mesti rasa mama ngengada sebab 0.5oz punya EBM pon nak kecoh! But for me, even 0.00001oz pun EBM yang tumpah, sure rasa sedih dan pikir, sayangnyaaaa susu ku itu! - Lain orang lainlah cara pemikirannya, kan?

Latih anak guna tandas

SECARA purata, kebanyakan kanak-kanak mula belajar menggunakan tandas sekitar usia dua tahun. Tetapi, seperti juga dalam proses perkembangan kanak-kanak, setiap kanak-kanak adalah berbeza.

Kanak-kanak yang berusia sehingga 20 bulan lazimnya lebih cenderung membuang air kecil. Ini sekali gus menyukarkan mereka menahan keinginan ke tandas. Tambahan pula, aspek pengendalian pakaian masih menjadi masalah kepada mereka.

Di Barat misalnya, sesetengah ibu bapa merasakan ia lebih mudah melatih anak menggunakan tandas sewaktu musim panas. Pada waktu ini, kanak-kanak lebih mudah diuruskan dengan pemakaian pakaian yang minimum.
Senario ini mungkin boleh diaplikasikan untuk anak kita memandangkan cuaca di Malaysia yang pada kebanyakan masanya panas. Mendidik anak cara menggunakan tandas juga memerlukan sedikit strategi dan kesediaannya untuk belajar.

Berbanding anak perempuan, anak lelaki memerlukan masa yang lebih lama untuk belajar. Malah, mereka turut perlu menguasai teknik membuang air kecil kerana kebanyakan anak lelaki akan belajar duduk di atas mangkuk tandas terlebih dahulu.

Dalam hal ini, ada baiknya jika ahli keluarga yang lebih tua seperti bapa atau adik-beradik lelaki yang lain menunjukkan caranya.

Bilakah masa yang sesuai untuk anak belajar pengurusan tandas? Kesediaan anak itu boleh dilihat menerusi beberapa petanda ringkas:

* Kekal kering selama beberapa jam setiap hari.
* Menunjukkan minat apabila anda, pasangan atau adik-beradik yang lain ke tandas.
* Mengalami sakit perut secara kerap pada bila-bila masa misalnya selepas bersarapan.
* Menunjukkan petanda ingin ke atas apabila anak mencangkung atau menghasilkan bunyi yang tidak enak.
* Memberi isyarat bahawa lampinnya sudah basah.

Bilakah masa sesuai ibu bapa patut bertindak memaksa anak belajar tentang penggunaan tandas? Mengajar anak tentang penggunaan tandas sewaktu berada dalam keadaan tertekan bukan satu idea yang baik. Antaranya termasuklah:

* Kehadiran orang baru dalam keluarga misalnya bayi.
* Memulakan sistem penjagaan anak yang baru.
* Pertukaran tempat tidur. Misalnya dari katil bayi ke katil sebenar.
* Pemindahan rumah.
* Masalah keluarga.
* Apabila ahli keluarga sakit.

Info:

* Berikan pujian setiap kali anak berjaya membuang air kecil dan besar di tandas atau dalam bekas khas yang disediakan (potty).
* Jangan terlalu mendesak. Mendidik anak yang lebih dewasa kadang kala memerlukan pendekatan berbeza.
* Tiada yang sempurna. Elakkan daripada menaruh harapan tinggi buat mereka yang baru belajar.
* Sediakan pakaian yang mudah dipakaikan oleh si kecil. Jika perlu, latih anak untuk memakai seluar untuk 'lathan' terlebih dahulu.
* Jangan sesekali memaksa anak ke tandas atau duduk di atas bekas khas. Ini hanya akan membuatkannya tertekan, tidak gembira dan melambatkan proses pembelajaran anak.
* Kebanyakan kanak-kanak takut mendengar bunyi jirusan air dalam tandas dan tidak suka melihat najis dibawa arus air. Jadi jiruslah air apabila anak sudah memberi perhatian kepada perkara lain.
* Jika sekali-sekala anak terjaga dengan lampin yang kering pada sebelah pagi, ini adalah petanda baik bahawa lampin mungkin tidak diperlukan lagi.
* Belajarlah mengawal perasaan anda jika anak terkencing atau 'terbasahkan' lampinnya.
*Pastikan anda mengajar anak membasuh tangan selepas menggunakan tandas atau menyentuh bekas khas itu.

Dipetik dari Kosmo!

Kesilapan ibu bapa

Tidak menjawab persoalan anak-anak, meninggi suara dan menengking tidak membantu mengembangkan minda anak-anak.

APABILA anak mencecah usia setahun dan ke atas, waktu itu merupakan fasa tumbesaran yang amat penting dan perlu diawasi dengan baik.

Pada usia beginilah, mereka mula mempunyai keinginan untuk meneroka perkara-perkara baru dalam kehidupan. Malah, tempoh ini juga dianggap sebagai cabaran untuk ibu bapa menjalankan tanggungjawab mendidik anak-anak.

Menurut Perunding Psikologi Kanak-Kanak, Dr. Goh Chee Leong, kebanyakan ibu bapa pasti berasa bimbang jika perkembangan mental anak mereka tidak seperti yang diharapkan atau tidak sama seperti anak orang lain. Tetapi, sebenarnya mereka tidak perlu risau kerana setiap anak mempunyai kelebihan masing-masing.

"Biasanya setiap kanak-kanak akan melalui proses perkembangan minda dan fizikal secara semula jadi. Ada di antara mereka yang cepat tumbuh gigi tetapi lambat bercakap, ada pula yang cepat bercakap tapi lambat berjalan dan begitulah sebaliknya.

"Kebimbangan ibu bapa tentang kepantasan anak-anak belajar ada benarnya. Namun, jangan sampai ia menjadi sebab anda memaksa sehingga memberi tekanan kepada mereka mempelajari sesuatu contohnya bercakap, membaca dan mengajar anak ke tandas.

"Harus diingat setiap kanak-kanak akan melalui proses pembelajaran sendiri dan mereka memerlukan waktu untuk memahaminya. Justeru sebagai ibu bapa, jangan sesekali cuba menyekat kreativiti atau kelakuan anak-anak selagi ia tidak membahayakan mereka," kata Dr. Goh ketika ditemui Kosmo! baru-baru ini.

Apa yang penting kata Goh, ibu bapa tidak seharusnya membezakan anak mereka dengan orang lain yang mungkin lebih terdahulu dalam segala hal berkaitan perkembangan minda mereka.

Jika hal ini berlaku, ia secara tidak langsung menjejaskan emosi anak-anak dan membuatkan mereka rasa rendah diri. "Ibu bapa harus belajar memahami bagaimana pembesaran anak-anak secara berperingkat.

"Dalam hal ini, setiap ibu bapa perlu banyak bersabar dalam mendidik anak mereka. Pendekatan secara lembut dan berhemah penting dalam proses mendidik anak-anak yang berusia satu hingga lima tahun. Ini kerana pada peringkat inilah mereka belajar daripada pemerhatian terutama apa yang dilakukan oleh ibubapa sendiri."

Apakah langkah paling ideal dalam mendidik anak-anak pada peringkat awal usia? Goh berkata, ibu bapa perlu menyediakan suasana pembelajaran yang sihat untuk anak-anak mereka.

"Sebagai contoh, di rumah ibu bapa boleh mencipta satu ruang untuk anak-anak bermain sambil meneroka sesuatu yang baru dalam kehidupan mereka. Dedahkan mereka untuk menerima pengetahuan dengan menyediakan bahan permainan yang boleh dan mampu membantu mereka membina kecerdasan otak.

Di samping itu, pensyarah dari Kolej Universiti HELP ini menegaskan, antara kesilapan yang sering dilakukan ibu bapa ialah tidak menjawab setiap persoalan yang dilontarkan oleh anak-anak yang masih kecil.

Perkara ini sekali gus akan menyekat perkembangan minda mereka kerana jawapan yang diminta tidak diberikan.

"Pada usia sebegini, anak-anak perlu diberi jawapan pada setiap pertanyaan. Untuk itu, ibu bapa harus menyediakan diri dengan ilmu-ilmu berkaitan dan jangan sesekali mengelak dan menukar topik jika tidak mampu menjawabnya."

Goh menekankan bahawa jika anak-anak melakukan sesuatu kesalahan, ibu bapa mempunyai hak untuk memarahi mereka tetapi dengan cara tersendiri dan bukan menengking atau meninggikan suara.

"Memarahi anak-anak bukan satu kesalahan, sebaliknya salah satu cara untuk mendidik mereka mengenai perkara yang tidak seharusnya dilakukan. Bagaimanapun, menengking bukan jalan penyelesaiannya tetapi kemarahan itu hendaklah disalurkan dengan cara yang betul dan mampu memberi kesan pada si anak," tutur Goh.

Dipetik dari Kosmo

Isyarat Si Kecil

Isyarat si kecil

Kebaikan pertama menggunakan bahasa isyarat bayi adalah untuk memberi peluang kepada anak meluahkan keperluan dan buah fikiran yang penting.

SEBELUM bayi anda pandai menterjemahkan permintaan dan keperluannya dengan menuturkan kata-kata, biasanya terdapat satu kemahiran yang dikuasainya terlebih dahulu.

Kebanyakan bayi akan menguasai tindak balas kompleks pada otot-otot wajah menerusi beberapa kaedah. Misalnya, menggunakan kedudukan lidah, pembentukan bibir dan laluan pernafasan serta kawalan pernafasan.

Sebenarnya, banyak manfaatnya apabila seseorang bayi menggunakan bahasa isyarat bayi. Malah, sesetengah pengamal kemahiran ini tidak faham mengapa sebilangan ibu bapa tidak mengajar bayi mereka bentuk komunikasi ini.

Hakikatnya, setiap orang daripada kita pernah melalui hari-hari yang sukar untuk berkomunikasi dengan kaedah yang boleh difahami oleh orang lain. Hasilnya, timbul perasaan geram yang tidak terhingga. Seperti juga orang dewasa, bayi akan menghadapi masalah serupa.

Mengimpikan sesuatu tetapi gagal menjelaskannya boleh mengakibatkan tindakan seperti menangis sekuat hati, geram atau melenting sesuka hati.

Jadi, kebaikan pertama menggunakan bahasa isyarat bayi adalah untuk memberi peluang kepada anak meluahkan keperluan dan buah fikiran yang penting.

Oleh kerana bayi dan anak kecil belajar berkomunikasi pada awal usia, maka, minda bayi sebenarnya membentuk dan meningkatkan minat mereka terhadap kemahiran berkomunikasi.

Bayi dilahirkan dengan naluri dan keperluan untuk berkomunikasi. Akan tetapi, proses pembelajaran berkomunikasi mungkin mengambil sedikit masa. Namun, bayi mampu menguasai kemahiran motor yang bermula seawal usia setahun jagung.

Kajian mendapati biarpun bayi-bayi ini mungkin tidak memiliki kemahiran motor terlebih dahulu, mereka bagaimanapun memahami dan berupaya menguasai bahasa sebelum boleh bertutur.

Menerusi didikan dan panduan yang betul, anda mungkin berjaya melatih anak yang mampu berkomunikasi dengan hanya menggunakan tangan!

Selama ini, bahasa isyarat sering dikaitkan sebagai kaedah berkomunikasi dengan mereka yang mempunyai kecacatan pendengaran.

Kajian kini mendapati didikan menggunakan bahasa isyarat juga merupakan kaedah efektif untuk berkomunikasi dengan bayi-bayi normal. Malah, ia turut menggalakkan komunikasi dua hala antara ibu dan bayi.

Mungkin anda tertanya-tanya, apakah yang boleh diperkatakan menerusi bahasa isyarat? Kita ambil contoh seorang bayi berusia 10 bulan yang bernama Amanda. Ibu bapa Amanda yang merupakan graduan Universiti Bahasa Isyarat Bayi, KinderSigns telah berupaya melatih anaknya menunjukkan keperluan menerusi isyarat-isyarat ringkas. KinderSigns (www.kindersigns.com) adalah sebuah sumber Internet yang menawarkan maklumat dan kursus-kursus berkenaan topik itu dalam talian.

Setelah beberapa bulan mengikut 'tunjuk ajar' ibu bapanya, Amanda berjaya memberitahu kedua-dua orang tuanya bahawa dia lapar, dahaga ataupun mengharapkan buku cerita dibacakan kepadanya sebelum masuk tidur.

Jika anda masih skeptikal, anda tidak keseorangan. Kebanyakan ibu bapa masih tercari-cari jawapannya sehinggalah mereka membaca kajian mengenainya. Sebaik sahaja mereka menyedari bukti saintifik kebaikan menggunakan bahasa isyarat, maka mereka mungkin tidak sabar-sabar untuk memulakannya.

Jadi, bahasa isyarat mewujudkan satu peluang kepada bayi untuk berkomunikasi tentang apa yang terbuku di dalam hati dan minda mereka.

Sesungguhnya, apabila bayi anda mula belajar bertutur, kemahiran yang sama juga digunakan. Setiap isyarat boleh membawa sesuatu makna dalam bahasa bayi. Begitu juga, keadaan ini mampu meningkatkan perkembangan kemahiran kognitif dan ruang untuk berfikir.

Dipetik dari Kosmo

Ludah?

Petang semalam masa ambil Imran dari taska, teacher nya mengadu, "Imran meludah teacher lepas kena tegur!"

Hah! Meludah? Haiyo. Mama dan abah sangat terkejut. Dari mana la anakku ini belajar meludah? Pulak tu kalau meludah tanpa reason mungkin mama dan abah masih boleh terima, tapi dia meludah sebagai tanda protes lepas kena marah dengan teacher dia.

Balik rumah, mama tak berhenti fikir, dari mana Imran belajar meludah. Fikir punya fikir punya fikir, then mama baru teringat. Agaknya Imran dapat masa mama ajar dia gosok gigi kot? Tapiii... kenapa dia ludah org lepas dia kena marah? Pengaruh siapa ni??? Tak ada dalam family yang buat macam tu. Nak kata pengaruh TV, Imran biasanya tengok Playhouse Disney aja. Mana ada adegan meludah dalam channel tu? Teacher Imran pun ada bagitau tak ada budak-budak lain kat taska yang buat macam tu. Maknanya bukan pengaruh kawan2 dia la.

Anyway, teacher Imran ada report yang Imran dah mula beri perhatian masa teacher ajar flashcard kat dia. Ye lah before this, focus dia sekejap-sekejap ajo. Baru nak ajar dia main. Now dah mula pandai tumpu perhatian. Alhamdulillah.

Hm... malam tadi kami satu family tidur kat living room. Hihi. Imran tidur kat sofa, Irma dalam playpen, mama dan abah tidur atas toto yang dibentang mengadap TV. Tengah malam, Imran terjaga. Melalak bukan main. Biasanya bila disumbat paci atau bagi doraemon kat dia, dia akan sambung tidur balik. Biasanya sebab dia melalak adalah kerana pacinya udah tercampak ke mana-mana tah, atau dia tak jumpa doraemon-nya untuk dipeluk. (Habih tu dah dia tutup mata sambil raba doraemon memang la takkan jumpa kan. haha)

Ataupun biasanya Imran akan bangun dari tidur, gosok-gosok mata kemudian akan cakap, "nak". Maknanya nak susu la tu. Tapi malam tadi dia melalak, melalak dan melalak. Mama dah bagi paci dan doraemon, masih melalak. Mama tanya nak susu ke? Jawapan Imran hanyalah melalak. Tapi instinct mama kata Imran nak susu, so mama buatkan ajelah susu 6oz untuk Imran.

Bagi susu, Imran minum sikit aje then dia terjeluak. Nangis lagi. Mama peluk Imran untuk redakan dia. Imran pun diam. Mama nak baringkan dia balik atas sofa, Imran melalak balik. So mama pangku Imran. Barulah dia diam dan tutup mata untuk sambung tidur. Owhhh... rupanya Imran nak tidur kat atas riba mama. Sayu dan sebak pulak mama rasa. Imran seolah-olah minta dimanjakan. Yelah, agaknya selama ni dia tengok mama pangku Irma, dodoikan Irma sebelum tidur, sedangkan Imran mama cuma tepuk-tepuk sambil nyanyi aje sebab Imran kan dah pandai tidur sendiri. jadi mungkin dia rasa 'rindu' nak tidur di riba, atau didodoikan macam dulu-dulu/macam Irma.

Lepas dah beberapa minit atas pangku, Imran dah ok. Siap minta susu yang mama buatkan tadi. Lepas habis minum susu dia pun tidur semula. Lega hati mama. Yelah, kawan-kawan pun mesti dapat bayangkan betapa risaunya bila anak menangis malam, melalak tanpa henti kan? Siap terbatuk-batuk dan macam nak termuntah sebab menangis lama sangat. So bila dia dah cool down tu rasa legaaa sangat.

Pukul 5.30 pagi Irma pulak terjaga. Oh ye, Irma ni nampaknya dah mula menunjukkan ciri-ciri reverse cycling sebab now dah start bangun sekali-dua tiap-tiap malam. Kalau dulu manade. Tidur dari pukul 11 pm hingga 6am. Tak bangun-bangun.

Lepas nenenkan Irma, mama dodoikan sikit-sikit sambil berdiri. Nampak macam dah lena, nak letak semula Irma dalam playpen. Tapi dia terjaga balik. Dua tiga kali jugak la benda yang sama terjadi. Last-last mama duduk atas sofa sambil dodoikan Irma (sebab penat berdiri). Kalau buat gitu Irma nak tidur pulak. Dodoi punya dodoi, last-last mama tertidur. Celik mata, mama tengok jam dah pukul 7.06 am pagi okeh! Terlajak tidur tak ingat dunia! Kelam kabut mama bersiap untuk pi ofis. Huhu.

Nota: Kawan-kawan, macamana nak nasihatkan Imran bab meludah ni ya? Al-maklum Imran ni kan kurang makan saman sikit. Hihi. Tapi mama dah nasihatkan sebelum tidur (masa Imran antara jaga dengan tidak). Harap-harap lepas ni dia akan berubah dan buang tabiat baru dia ni.

Thursday, December 4

Kolam Pancing dan Kuping

Semalam abah bawa makan kat Danau Anggerik, kat Seksyen 24.

Tempat makan ni sebenarnya kolam memancing. Sebelah kolam ni dibina restoran seafood. Actually, ofismate mama yang bagitau pasal kewujudan tempat ni.

Masa mula-mula sampai Imran sangatlah teruja bila nampak kolam ikan tu. Abah pun teruja jugak. Almaklum kaki pancing. Pantang nampak kolam.

Kitorang pesan nasi putih, ikan kembung 3 rasa, kailan ikan masin, kerabu perut dan tomyam sotong+udang. Masa tengah tunggu order tu, Imran ternampak roti Gardenia kat tempat orang tu buat tauhu bakar dan roti bakar.

"Nak, nak."

Memula mama tak dapat 'tangkap' apa yang Imran nak. Ingatkan dia tunjuk lampu-lampu yang kalerful kat restoran tu. Rerupanya Imran nak roti. Mengamuk-ngamuk dia nakkan roti tu. Last-last abah pun order roti bakar satu set untuk Imran. Mama pun tumpang sekaki.

Mula-mula abah yang duduk sebelah Imran, mama jaga Irma. Tapi akhirnya abah mengaku kalah, suruh mama takeover jaga Imran. Biar abah pangku Irma. Hehehe. Ingat senang nak layan si abang tu yek?

Masa makan, mama makan nasi, Imran makan roti. Sesekali dia nak jugak nasi yang mama tengah makan. Fortunately kuah tomyam nya tak pedas LANGSUNG, so mama bagi la Imran makan sikit.

So far, ikut pendapat abah, lauk kat situ sedap dan serasi dengan tekak dia. As for mama, mungkin sebab mama dah pernah rasa lauk yang sama tapi lagi sedap kat tempat lain, so mama bagi 3 bintang ajelah. Ecewah macam Mat Kasan pulak.

Balik rumah, mama tengok Imran dok tergaru-garu kepala. Kruk krak bunyinya. Uik semacam je? Bila mama rasa, eh macam ada kudis la! Bila masa pulak Imran ni dapat luka? Bila mama cek betul-betul, rupa-rupanya kuping. Banyak gila. Geramm je mama tengok. Rasa nak kopek-kopek time tu jugak. Kawan-kawan kalau tengok kuping geram tak? Mama memang geram. Gatal tangan dibuatnya. Hahaha.

Tapi malam tadi Imran dah ngantuk sangat. Bila mama nak tengok je kuping kat kepala dia, dia tak bagi. Siap tepis-tepis tangan kita. Takpelah, tunggu mama beli baby oil, nanti kita letak kat kulit kepala tu ye. Sian Imran asyik garu-garu kepala.

Malam tadi abah keluar minum dengan Pak Ngah Man, husband kepada Aunty Ija, kazen mama. So tinggallah mama, Imran dan Irma kejap. Tapi biasalah orang lelaki kalau keluar minum, borak-borak sure lama gila kan. Irma Alhamdulillah tidur awal. Imran pulak teman mama tengok CSI Miami. Mama dah pesan kat Imran, nanti pukul 11 malam kita tukar diapers dan tukar baju sekali sebelum tidur. Imran pun nampak segar lagi masa tu. Nota: Imran memang tidur lambat. Selalunya pukul 11.30 ke 12.00. Kenapa tah dia susah nak tidur awal.

Around 10.30 pm Imran nak susu. Mama pun buatkan. Then sambung layan CSI. Habis CSI, tengok-tengok Imran dah tertidur! Adoiyai. Diaper belum tukar. Imran ni heavywetter. Kalau tak tukar diaper sebelum tidur, alamatnya esok lencun la tilam.

Kesian tengok Imran yang dah lena, mama tukar dulu diaper dan baju Irma. Unfortunately, Irma terjaga la pulak. Biasanya dia lena je walaupun kita tukar diaper dia. Hm. Terpaksa biar Irma golek-golek dalam playpen dulu. Tukar diaper Imran pulak. Peliknya, Imran tetap lena walaupun mama tukar diaper dan baju Imran dengan agak 'ganas' la jugak. Kehkeh.

Irma? Pukul 12.30am baru dia tido! Huii anak dara ni, tido lambat!

Wednesday, December 3

Marah

Apa nak cerita ek? Huhu. Selsema Imran belum baik lagi. Batuk dia pun. Malam2 asyik terbatuk2 sampai dia terjaga dari tidur. Sian Imran.

Sejak kebelakangan ni mama asyik ter-marah Imran aje. Adoyai anakku itu teramatlah menguji kesabaranku.

Dia sekarang suka main plug. Tutup bukak tutup bukak. Harus beli cover plug tuh nanti.

Pastu suka lepuk Irma. Tetiba datang, sengih2 kat Irma and 'dush'! Irma kena sebijik 'lepukan' Imran. Kat muka la, perut la. Ada sekali tu tetiba je Imran lepuk perut Irma masa Irma baru je lepas minum susu. Few minutes lepas tu Irma muntah. Habis segala susu yang dia nenen tadi keluar. Haiyo la Imran. Kenapa buat gitu kat adik nak oii...

Kadang-kadang mama marah aje. Bukan marah la, tegur lebih sesuai.

Imran, jangan buat gitu Imran.

Imran, tak baik pukul adik. Sakit tau. Kesian adik.

Di atas adalah contoh-contoh teguran peringkat pertama.

Imrannnn.... kan mama dah kata jangan main plug tu. Bahaya!

Imran, kenapa Imran ni?!

Dan di atas ini pula contoh-contoh 'teguran' peringkat kedua.

Peringkat ketiga? Mama jentik tangan Imran. Atau babab. Reaksi Imran ialah samada dia babab mama balik, atau dia amik apa-apa benda terdekat dan campak benda tu. Haaa time ni la mama hangin. Main cammmpak je barang tak kisah la botol susu dia ke, paci dia ke, doraemon ke, even handphone pun dia campak tanda protes.

Aduh kawan kawan. Tolonglah mama. Apa yang patut mama buat so that mama boleh handle situasi-situasi yang tak diingini ni? Apa cara terbaik nak bagitau anak yang apa dia buat tu salah? Kalau dah tegur elok-elok pun still buat lagi, apa tindakan kita seterusnya?

Mama takut kalau-kalau mama selalu marah, nanti Imran jadi pendendam, atau baran. Macamana ye?

Tuesday, December 2

Takde Mood

Entah kenapa mood nak blogging tak sampai-sampai. Banyak benda yang berlaku, tapi tak tahu nak cerita macamana. Mungkin sebab benda yang berlaku hampir semuanya benda yang negatif/sedih belaka, jadi macam malas nak cerita. Macam mintak simpati pulak.

Apa-apa pun, doakanlah supaya segala tok nenek masalah mama ni akan selesai dengan baik. Penat dohh bila ada banyak masalah! Rasa mencengkam jiwa ragaku! Huhu.

Ya Allah, berikanlah kami kekuatan dalam menghadapi ujian dan dugaanMu. Amin...

P/S: Andaikanlah mama dapat selepuk duit RM1,000,000 dalam tangan, kan ke best? Hoho angan tak sudah beb!

Monday, December 1

Pelik

Mama pelik la...

Ingat tak mama cerita mama sakit perut dan rupa-rupanya kena kencing kotor?

Okeh. Actually mama patutnya dah period dah empat-lima hari lepas. But until now masih clean & clear gitu. Mama tak pernah ada masalah kelewatan tarikh ke whatsoever. Is it normal for bf mother berdepan dengan masalah gini? Nak kata 'berisi', hari tu dah check, kosong. Apa ke halnya ek?

Ada tak kawan-kawan mama yang pernah berdepan dengan masalah gini?

Diapers Incident

Last weekend balik rumah Mak Wan di Seremban. Erm... takde apa yang special berlaku. Cuma... masa nak balik ke Cheras, singgah dulu di satu kedai di Seremban untuk membeli diapers Imran & Irma yang dah menyusut stoknya itu.

Mama tak sempat keluarkan duit so cadang nak guna credit card. Masa nak bayar tu, tetiba budak cashier tu kata takleh bayar guna cc kalau beli diapers. Eh? Gitu pulak? Masa beratur tu mama nampak ada notis tulis takleh bayar guna cc kalau beli liquor, rokok, susu tepung dan offer item. Takde pulak tulis diapers. Diapers ni under offer item ke? Nape takde mention apa2 pun kat rak diapers tu? So mama yang curious ini pun bertanyalah baik-baik.

Mama: Kenapa diapers tak boleh bayar guna credit card?
Amoi: Tak boleh. Baca sana. (Tunjuk pada notis tu)
Mama: (Pandang notis untuk double check. Takde tulis diapers pon) Takde pun tulis diapers?
Amoi: (Tak tau nak buat apa, terus panggil tokey.) Uncle! Uncle! (Sambil cakap in Kantonis)

Uncle tua datang terkedek-kedek.

Tokey: Ini pampers tala boleh guna card! (Suara dikuatkan. Sangat kuat okeh! Satu kedai pandang!)
Mama: Mana ada tulis? Takde tulis pun? (mama pun tinggikan sikit suara. Sapa suruh tengking customer?)
Tokey: Tala boleh! Tala boleh! (Smabil buat isyarat tangan 'tak boleh' dan blah pi layan customer lain)

Mama sangat hangin!!! Hangin satu badan!

Mama: (Dengan suara yang kuat jugaklah kot. Amoi tu cuak aje) LAIN KALI, KALAU TAK BOLEH, TULIS LA BETUL-BETUL! DAH, CANCEL! (Lalu mama pon blah keluar dari kedai tu)

Semua orang dalam kedai pandang. So what? Salah mama kah? Cakap elok-elok tak boleh ka? Kena tengking-tengking ka? Nak bagitau satu dunia 'ooo ini kedai wa punya. suka ati wa mau buat apa lor'?

Adakah kerana mama pakai sempoi masa tu? Oh well, mama cuma pakai t-shirt lusuh, skirt labuh dan tudung style a la hidup-segan-mati-tak-mau. Dok dalam kereta je, tak kuasa nak pakai cun-cun!

Sudah lah apek. Mama pon tak hingin pi sana lagi. Walaupun dispo diapers kat sana sangat murah compared to other places. Lenkali mama suruh abah aje pi. Haha.

Ni yang buat lagi berkobar-kobar nak pakai cloth diaper ni. Hoho.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!