Tuesday, March 31

Tensi Sungguh!

Dari beberapa minggu lepas saya buat kerja itu. Kerjanya mudah tapi remeh. Sangat remeh.

Tiba-tiba hari ini...

Semua data yang saya dah masukkan habis hilang! Argh! Bukannya sikit tau! Banyak gilaaaa!!! Kenapa jadi macam ni?

Dua minggu lepas data yang sama hilang juga tapi masa tu tak banyak sangat. Masih mampu la nak masukkan sendiri balik. Tapi kali ni... banyak woo!!! Data untuk setiap bulan, setiap tahun, setiap program di setiap cawangan. Banyak hokeh!

Dah la Isnin ni sistem tu dah kena complete. Owh... sempatkah nak siapkan semuanya ni???

Tensi!!!!


Monday, March 30

Sekadar Catatan

Apa yang Imran dah boleh sebut?

1) mama = mama
2) abah = bapak
3) digi = dei-jei
4) jom = tom
5) irma = ma
6) atuk = tuk
7) nenek = nie-niek
8) mak wan = ma-wan
9) cat = tet/mao
10) bank = beng
11) jem = tem
12) nak = nak
13) tak nak = na-nak
14) Ultraman = men
15) bendera = la-la (apakah kaitan?)
16) car = tar
17) Bye bye = babaiiiiee
18) Ber*k = yak (sambil pegang diaper)

itulah serba sedikit yang aku ingat.

apa yang imran paham?

Dia kenal mama, abah, irma, atuk, nenek, aunty. Dah boleh terima arahan sikit-skit. contoh: tolong ambik tuala tu; bola imran mana?; cari botol susu imran dulu etc.

Dah tahu mana mata, hidung, telinga, mulut, pusat, tangan, kaki. tapi in BM la. In English belum lagik.

Syukur Alhamdulillah banyak dah progres Imran ni. Mungkin tak secepat budak-budak lain. Tapi mama tetap bangga dengan Imran.

Irma & Susu

Pukul 11 pagi tadi, bawa Irma dan Imran ke klinik. Irma dah 3 hari demam, plus selsema berpanjangan. Imran pulak selsema dan batuk dah 2 minggu lebih.

Doktor check, Imran kena bronkitis (ejaan?). Ouh. Sian anak mama. Doktor tanya bagi ubat selsema apa? Mama pulak ingat-ingat lupa. Tridine kot kalo tak silap. Kata doktor, ubat tu hanya boleh dimakan dalam tempoh seminggu aje. Kalau tak, selsema akan datang balik. Patutlah.

Sebenarnya ubat selsema tu dapat masa pi klinik last time. Huhu.

Jadi,doktor bagilah ubat lain. As for Irma, dapat ubat yang sama plus ubat demam dan antibiotik.

Kesian anak-anak mama kena makan ubat je.

Timbang Imran tadi, beratnya dah cecah 12kg. Wah. Anak jantan mama ni memang kuat makan. Teacher kat taska pun ada bagitau.

Irma pulak, susut beratnya. 5.8kg aje! 5.8kg @ 10 months ok! Aiseh.

Terkedu jap mama.

Doktor kata, Irma underweight. Doktor tanya, bagi susu apa. Mama kata lah susu badan. Doktor tanya, jaga makan tak? Tehehehe... Mama sengih ajo.

Jagan makan tu, macamana ek? Memang mama avoid kafein, makan seimbang etc. Nak jaga makan tang mana lagi ek? Uih sungguh la cetek ilmu di dadaku.

Doktor suruh mama makan oat. Saya makan, doktor.

Doktor suruh mama minum susu. Irma macam Imran, doktor. Kalau saya minum susu terlebih sikit, mesti naik ruam-ruam kat badan dia. *Ekzema la*

Solid food? Makan, doktor. Tapi tak berapa sangat. Dia tak berapa suka nak makan.

At last, doktor kata, mungkin kena bagi dia susu lain *formula la tu*? Doktor suggest bagi Iso.mil. Mama angguk-angguk geleng-geleng kan aje walau dalam hati Allah je yang tahu.

Oh ye, sila ke blog mama yang lagi satu untuk dapatkan info terkini berkenaan dengan baby & solid food. Sila beri komen anda ye.

BTW, doktor tu bukanlah anti-bf. Tapi bukanlah seorang pro-bf juga.

Ah, Irma oh Irma. Insyaallah semuanya akan ok, kan?

Earth Hour

Sabtu lepas, kami satu family pun sokong Earth Hour juga, dengan tidak menyalakan hatta satu lampu pun di rumah, sehinggalah malam tadi! Sebabnya, kami pulang ke kampung dan attend kenduri kahwin semasa Earth Hour tersebut! Ngeh ngeh ngeh. Aci tak?



Friday, March 27

Update on Fenugreek

Pagi tadi sebelum breakfast saya telan dua biji pil fenugreek, sambil berdoa semoga usaha saya dalam menambahkan production susu saya ini diberkatiNya.

Alhamdulillah! Syukur padaMu Ya Allah!

Jika sebelum ini saya hanya dapat 2oz setiap kali selesai sesi mengepam, kali ini meningkat menjadi 4oz. Alhamdulillah. Walaupun tak banyak macam dulu-dulu, sekurang-kurangnya ada peningkatan, kan?

Saya mesti bekerja kuat untuk meet Irma's demand; 20 oz.

Irma, semoga murah rezeki anakanda puteri! Semoga kita berjaya dalam perjuangan kita yang masih jauhhh lagi ni. Amin.

Tag by Mamaaina

Kena tag dengan mamaaina.

1.If u can have a dream to come true, what would it be ?

Money. Lots of money.


2. What would u do with a billion dollars?
Tidak mengikut urutan:
- Seperti mamaaina, settlekan semua hutang.
- Berhenti kerja.
- Haji
- Travel satu dunia
- Shopping sampai pengsan
- Invest sebahagian duit tu
- Start my own business
- Bagi sikit kat parents dan PIL


3. How would u see yourself in ten years time ?
Telah berusia 38 tahun, Imran dah darjah 6 dan Irma dah darjah 5. Mungkin dah ada adik(s) jugak. Berapa jumlah adik(s) tidaklah diketahui lagi. Insyaallah masa tu hidup dah stabil, hutang dah banyaaakkk kurang. Mungkin sudah mampu untuk bergelar 'Hajjah'?


4. What's the first thing u do when u wake up ?
Tengok Imran & Irma. Position tido membahayakan diorang tak? Mana lah tau kot-kot dah sampai hujung tilam ke.


5. Name a friend whose name starts with the letter 'F'
Nama kazen aci tak? Faezah.


6. Why did u answer & post this ?
Di-tag oleh mamaaina.


7.List 6 people to tag :
Opie
Fid
CY
Rose Zan
Nana
Umi Sufira


Beli Apa?

Selepas habis waktu bekerja dan ambil anak-anak dari taska, me and En. Suami terus memecut ke Jusco Bukit Tinggi, Klang. Well, tak la memecut sebab jem yaamat. Huhu.

Kenapa saya ke sana kamu tanya?

Untuk permulaan, sampai saja di sana, seperti biasa, isikan tembolok yang berbunyi dulu. Makan di food court. Lepas tu, cari ATM pula untuk mengurangkan lagi jumlah RM di dalam akaun bank.

Selepas tu, bermula adegan mencari kedai 'itu'. Usha map, menajamkan mata mencari lokasi sebenar kedai. Ah! Kat situ rupanya. Bergegas ke sana. And....

Tada!!!!

Mak beli barang ini!


Semuanya kerana kisah di sini, sini dan sini.

Harap-harap dengan pengambilan fenugreek ni dapat membantu production susu saya. Amin....


Thursday, March 26

Legaaaaa

Berikutan daripada kepanikan saya berkenaan hal ini, maka saya YM dengan Puan Kamariah, LC di Susuibu.com

Hasil luahan perasaan saya pada beliau amatlah positif.

Untuk memendekkan cerita, kata beliau, secara puratanya bayi memerlukan 8-12 kali waktu susuan untuk mendapat cukup susu.

5 -6 kali (waktu penyusuan Irma di rumah) boleh dianggap bayi mendapat lebih kurang 3/5 dari keperluan kalori sepanjang hari. Oleh itu, baki kalori yang diperlukan adalah lebih kurang 2/3 sahaja sewaktu zety keluar bekerja.

Kesimpulannya, saya tidak perlu merasa risau dengan keadaan Irma yang tak cukup bekalan susu itu.

Kata Puan Kamariah lagi, seringkali berlaku salah tanggap terhadap keperluan bayi. Disebabkan kebanyakan bayi di bawah umur 2 tahun (yg kebanyakannya minum susu formula) hanya bergantung kepada susu sahaja – kurang makan, maka penjaga berpendapat bayi tidak boleh survive jika tidak minum susu.

Sedangkan bayi yg minum susu ibu sudah bersedia untuk memulakan pemakanan biasa sejak umur 6 bulan. Oleh kerana keperluan kalorinya boleh dipenuhi dengan makanan selain dari susu – berbeza dari bayi hanya minum susu formula (memang tak minat dengan makanan – less taste bud)

Ahhh... lega hati saya.

Balik ni saya akan minta balik susu formula yang saya bagi tadi.

Terima kasih Puan Kamariah atas nasihatmu. Menceriakan saya hari ini!

Yay!

I'm Feeling Down...

In fact, sangat-sangat down.

Hari ni bekalkan Irma 4 x 3oz susu. Biasanya 5 x 4oz. Itu je yang mampu aku pam semalam. Oh, seperti yang telah aku nyatakan di sini, stok EBM ku adalah ZERO maka aku hanya bekalkan EBM yang aku pam semalam.

Pukul 11.30 pagi, teacher Irma call. Bagitau aku, susu Irma dah habis. Katanya, Irma tak puas minum satu botol. Tak cukup. Menangis tak puas susu. Lepas sebotol, terus sambung lagi sebotol. Maknanya sekali minum 6oz! Ouhhh....

Aku pesan kat teacher, masa lunch break nanti aku datang. Masa tu, aku baru berjaya pam 4.5oz. Itu SAHAJA EBM yang aku ada. Aku dah fikir, mesti tak cukup sampai petang ni. Macamana Irma nanti? Takkan nak biar dia kelaparan? Kesian anak aku. Solid dia tak makan sangat. Dia nak susu jugak.

Sudahnya.... huhuhu... inilah part paling menyedihkan aku....

Aku terpaksa beri dia soy-based formula. Sedih! Sangat sedih! Aku menangis sepanjang perjalanan ke taska tengah hari tadi.

Betul ke tindakan aku ni? Aku pun tak pasti.

Argh! Tensi nyaaaa!!!!!!

Wednesday, March 25

Zaman Sekolahku...

Menjawab sahutan dari Arnie, saya teringat zaman sekolah saya.

Dulu semasa di Tingkatan 1, saya dapat tawaran ke asrama under Yayasan Sel.angor. Bersekolah di sekolah perempuan di Klang. Duduk pula di asrama pusat, di mana pelajar-pelajar Yayasan ini dihantar ke beberapa sekolah harian terbaik di sekitar Klang kekdahnya. Di asrama bercampur lelaki dan perempuan.

Di sekolah, seperti yang sedia maklum, semua pelajar adalah perempuan, manakala cikgu lelaki hanya seorang (masa saya tingkatan 1). Ya, penasihat Kelab Renang di sekolah (kemain tau cikgu laki jadi penasihat kelab renang). Beliau amatlah terkenal di seluruh sekolah, walaupun sudah berumur. Maklumlah satu-satunya guru lelaki di sekolah tersebut. Saya gelarkan beliau Cikgu S di sini.

Oh, maaf. Ada juga guru lelaki lain di sekolah itu. Guru kelas saya ketika di Tingkatan 1. Beliau meninggal semasa saya baru saja menginjak ke Tingkatan 2. Mendiang guru saya ini (beliau berbangsa Cina) sangat baik dan pandai menulis jawi.

Semasa saya tingkatan dua kalau tak silap, ada la sorang guru baru, lelaki Cina yang mengajar di situ. Saya gelarkannya 'Cikgu Tadika' kerana rupanya yang amat innocent dan... muda. Kehadiran beliau ke sekolah saya umpama satu tsunami, kerana beliau amat amat amat glemer ketika itu. Ye lah, Cikgu S sudah tua berumur, sedangkan Cikgu Tadika ini sangat muda. Saya rasa umurnya dalam 20 gitu. Kelakar bila diingatkan balik sebab Cikgu Tadika ini pada saya takde la hensem pun. Cute pun tidak. Tapi menjadi pojaan hati hampir semua pelajar (tidak termasuk saya). Itulah akibatnya kalau jarang nampak kaum berlainan jantina kat sekolah.

Teringat pula ketika saya buat projek sejarah. Masa tu buat projek berkenaan sejarah sebuah sekolah lelaki di Klang. Saya dan kawan2 se-projek kenalah ke sekolah tu. Masa kami sampai, rasanya hampir semua budak-budak laki menjengukkan muka ke luar kelas semata-mata nak tengok kami. Kahkahkah. Sungguh jakun mereka, dan sungguh mak terasa femes masa tu. Perasan!

Berkenaan hubungan sejenis, yahhh memang saya akui ramai yang terjebak dalam kisah-kisah begini kalau bersekolah di sekolah sejenis. Seperti yang saya bagitau, maklumlah, jarang jumpa kaum lain. Lebih-lebih lagi ada sesetengah pelajar yang mukanya macho dan hensem gitu, walaupun namanya ada 'binti'. Pakai pula bengkung di bahagian dada, dan berpakaian ala-ala macho, ber-cap bagai. Memang nampak oh-so-menawan-macho-dan-hensem. Serius. Nama pula berbunyi seperti lelaki. Hafizah jadi Hafiz contohnya. Lagak juga seperti lelaki. Berambut pendek dan gaya jalan dikengkangkan sedikit. Memang sebijik macam lelaki!

Tapi bukanlah semuanya terjebak. Memang ada sesetengah darinya punya gaya begitu. Tapi hakikatnya masih punya naluri sebagai perempuan.

Ada juga kenalan yang saya tahu terjebak dalam hubungan cinta sejenis. Bukan setakat dengan mereka yang hensem dan macho sahaja (pengkid), dengan yang jambu dan ayu (lesbo) pun ramai. Siap ada yang bergaduh-gaduh bagai sebab kononnya A rampas B dari C dan sebagainya.

Yang seronoknya sekolah sejenis ni, dressing code tak begitu ketat. Semasa di makmal contohnya, atau di kelas, kalau cuaca tengah panas, dengan selambanya kain disentengkan, lengan baju disinsingkan (ejaan?) Ekeke. Tak payah control ayu. Cakap juga kuat-kuat, tak control suara (macamlah mak kontrol suara depan lelaki. hoho).

Ah... zaman sekolah ku.

Nak hantar anak ke sekolah co-ed atau sejantina? Hmmm.... mak belum pikirkan lagilah. Rasanya better hantar yang co-ed kot. Pendapat mak lah. Tapi.... kisah budak2 zaman sekarang menakutkan kan? Sekolah rendah pun dah pernah merasa sek.s. Takut mak. Patutkah HS kan aje anak-anak kita? Huhuhu. Persoalan yang harus difikirkan.

Nota: Mak tak pernah pun rasa jakun bila tengok lelaki masa sekolah kat sini. Mungkin sebab kat asrama bercampur laki pompuan. So, nak jakun kan apanya kan.

Nota 2: Ini hanya kisah pengalaman mak. Lain orang lain kisahnya ye.

Nota 3: Mak sekolah harian, so bebudaknya bukan semua duduk hostel. Kalau SBP mungkin la terkawal kots.

Irma@10 months.

Semalam Irma genap 10 bulan. Mari kita tulis taip development dia. Sekadar catatan memori mama untuk anak-anak mama.

Saiz
Sekarang Irma masih lagi kiut miut. Beratnya mama tak sure. Tapi baju umur 0-3 months masih boleh pakai, cuma ketat sikit ah. So, sekarang sudah simpan semua baju NB itu dan tukar isi almarinya ke baju-baju 6-12 months pulak. Owh, gedobos la pulak anak dara tu pakai baju saiz gini. Ekekeke.


Makan Minum
Alhamdulillah, Irma masih menyusu badan. Satu achievement yang sangat-sangat besar buat mama.

Seperti yang mama mention pada entri sebelum ini, Irma makin kuat menyusu. Sekarang minum dalam 20oz sehari, which is mama sangat happy sebab kuat menyusu = berat badan bertambah, Insyaallah. Cuma, demand dah cukup tinggi, supply pulak low. Huhu. Rilek Zety, rilek. Jangan panik. *Tarik napas dalam-dalam*

As for solid, Irma tak berapa suka makan bubur yang diblend halus dah. Suka makan yang kasar-kasar.


Progress
Irma dah boleh mula berdiri sendiri tanpa perlu pegang apa-apa. Takat 5, 10 saat. Hehe.

Oh, anak dara mama ni sangat la aktif. Dalam kereta takmo duduk dalam carseat. Nak berkepit bawah ketiak mama dengan mama sentiasa. Tapi tak reti laaa nak duduk diam-diam. Sekejap ke sana sekejap ke sini. Nasib baik la ko ni kiut Irma. Kalau gagah perkasa (pinjam ayat Fid) macam abang Imran, harus naik segala muscle mama.

Sudah boleh sebut "maa maa, baa pak (bapak? ikut abang Imran la ni!)

Dah pandai mengamuk kalau kita ambil barang yang dia pegang. Ni esp kalau abang Imrannya ambik la.

Suka menari bila dengar lagu 'Hotdog' from Mickey Mouse Clubhouse tu. Even kalau abahnya nyanyikan lagu tu pun dia boleh goyang-goyangkan badan.

Gigi masih 2 batang. Fuh. Takpelah kalau tumbuh lambat sikit pun. Sebab Irma rajin geget B mama. Huhu.

Suka kalau kita bacakan buku untuk dia. Dia boleh fokus dengan agak lama.


Okeh la tu kot. Karang letak banyak-banyak muntah pulak orang baca. Macam la mama sorang je ada anak. Hahaha.

Dum Dum Dum!

Sejak dua tiga hari ini, production susu mama merudum! Merudum dum dum dum!

Ok. Demand dari Irma ialah dalam 20oz sehari (itu pun teacher dia asyik kata tak cukup!). Mama pulak lately ni hanya mampu produce dalam 10oz sehari, termasuk la kat rumah! Huhuhuhuhu. Disebabkan itu, maka dari sehari ke sehari stok EBM terpaksa dikeluarkan.

Status terkini stok EBM: zero.

Mampus!

Minum air longan sudah, hasilnya ada tapi tidak begitu meriah macam memula minum. Minum horlicks+oats juga tak membantu. B kiri terasa macam ada ketulan tapi bila dipam, hanya dapat dalam 0.5 ke 1 oz sahaja. Oh... sedih okeh! Sudah dituam dengan tuala panas suam tapi takde hasil. Masih ada ketulan tu, except selepas direct feeding.

Hari ni mama cuma mampu bekalkan 12oz untuk Irma. Mama tau sure tak cukup. Semalam pukul 4 petang teacher Irma call, bagitau yang susu Irma dah habis. Mama suruh ganti dengan solid. Teacher kata dah bagi tapi Irma muntahkan balik. Kesiannyaaa anak dara mama ni!

Argh. Takmo tension tension. Rileksss... Insyaallah rezeki untuk Irma masih ada.

Hm... kalau dah sampai tahap kritikal, takpe ke kalau mama tambahkan susu soya untuk Irma eg Melilea (ejaan?) tu?

Kepada kawan-kawan yang lagi banyak pengalaman dari mama ni, ada apa-apa cadangan?

Tolong!

Semalam...

...saya EL. Ada masalah dalaman urusan peribadi. Family matters.

Jadi, di sini saya ingin mengucapkan Happy Belated Birthday kepada Cik Yan. Tahniah di atas hadiah hari jadi paling awal CY itu juga. Semoga kali ini dapat gegerl pula.


Monday, March 23

Konon-Konon Je La

Kononnya...
Weekend lepas takmo balik memana. Nak duduk rumah. Nak kemas rumah yang dah bersawang tuh.

Kononnya...
Weekend lepas nak settlekan kerja-kerja melipat baju yang makin hari makin menggunung tu.

Kononnya...
Weekend lepas nak berehat-rehat kat rumah sambil layan movie etc.

Tapi...
Weekend lepas penatnya mengalahkan weekdays! Hohoho. Penat yaamat! Tapi, kemas rumahnya entah ke mana, baju makin menggunung. Movie? Kem salam je la.

Pagi ni mama bangun dengan mata yang tersangat lah beratnya. *Huargh*

Ngantuk beb.


Friday, March 20

Rama-rama

Gambar rama-rama yang sempat saya tangkap semasa di Butterfly Park di Batu Feringghi, Penang. Layannzzz....



Thursday, March 19

Gambar@Genting

Aku tau gambar ni dah basi lama tapi nak letak gak. Tak kira.

Ni gambar masa pi Genting hari tu. Lambat tempek kat sini sebab aku baru je beli memory card reader. Cable untuk camera aku hilang tah kat mana.

So, layanzz...
Irma senyum sambil tunjuk giginya yang berjaya lukakan B mama dua batang itu.


Irma dan mama di atas monorail aka 'Keretapi Ulat'
Sila ignore mamanya yang selekeh dengan tudung senget-benget itu.


Imran yang kelaparan minum susu sambil berbaring di riba abah - dalam Keretapi Ulat gaks nih.


Dah dapat susu... eksyen takmo pandang kamera. Huh.


Mom of The Year

Dapat award dari Rizza.




Comelnya gambar ni. Siap pakai sling lagik.

1. Admit one thing you feel awful about (involving being a mom). Once you have written it down, you are no longer allowed to feel bad. Remember you are a good mom!
Mama paling menyampah kat diri sendiri sebab selalu ter-marah Imran. Lagi-lagi semenjak Irma ada. Mana taknya, ada ke patut dia cakar muka Irma. Adoyai anak terunaku. Tapi itu bukan alasan untuk mama tinggikan suara dan babab Imran. Mama pun tak tau la apasal semenjak dua menjak ni senang sangat temper. Tak baikkan? Mama minta maaf ye Imran sayang. Mama akan cuba sedaya upaya untuk jadi lebih penyabar. Huhuhu.

Kalau tang Irma pula, mama minta maaf sebab tak berapa jaga makan dulu-dulu. Main belasah je makan pucuk ubi, pucuk paku. Last-last Irma yang terima padahnya, kembung perut sepanjang malam. Mama minta maaf ye Irma gegerl.

2. List 7 things you love about your kids, you love doing with your kids, or that your kids love about you.



- Imran
1) Anak yang bijak. Senang ikut apa yang diajar.

2) Hensem dan comel. Ikut mama la ni. Ah ah ah (gelak gaya CY)

3) Kuat membebel walaupun mama tak paham apa yang dia cakap. Tapi mama suka dengar Imran membebel.

4) Suka buat muka cute - senyum sampai telinga pastu sengetkan kepala (dapat bayangkan ke?) ke kiri ke kanan.

5) Mama suka main bola dengan Imran. Harus aku kurus kalau selalu main bola dengan dia. Hahaha.

6) Imran paling suka pi playground. Lagi-lagi kalau kawasan playground tu luas. Wahh... tak cukup kaki dia lari sana sini. Tak cukup kaki gak abah atau mama mengejarnya.

7) Mama suka tengok bila Imran makan. Anak terunaku ini suka makan! Seronok tengok nasi yang kita suap habis. Tapi kalau biar dia suap sendiri, habis jugak. Habis bersepah kat bawah meja!

- Irma
1) Anak dara mama yang bijak dan cepat tangkap.

2) Suka senyum. Saja nak tunjukkan lesung pipit dia yang kiut tu. Ini pun ikut mama jugak ni ada lesung pipit. Ah ah ah (lagi sekali gelak CY)

3) Mama suka bila time bf dengan Irma. Nikmatnya tak terucap. Maklumlah masa Imran dulu mama tak berpeluang nak bf dia.

4) Pantang kalau mama hilang dari mata. Mesti melalak. Unless kalau dia tengah leka tengok kartun. Owh terasa mama sangat2 diperlukan oleh Irma.

5) Irma suka duit. Pantang nampak mama keluarkan duit dari wallet, mesti dia nak sambar. Haiyo. Suka duit untuk simpan takpe tau Irma. Suka duit mama untuk belanja/habiskan, tak mau la.

6) Kalau Imran dengan doraemon nya, Irma pulak dengan tuala. Tak kira la tuala apa. Besar ke kecik ke. Kalau nak tidur, dia akan sambar tuala, gentel-gentel tuala tu sambil jari tangan sebelah lagi masuk dalam mulut (jari telunjuk dan jari tengah). Nampak begitu heaven sekali.

7) Suka bergambar. Kalau dia nampak mama halakan kamera/henpon kat dia, automatically dia akan senyum sambil tunjuk lesung pipit dia.



3. Send this to 5 other moms of the year that deserve a reminder that they too are the best moms that they can be. Remember to send them a note letting them know you have selected them, and also add a link to your post that directs people back to the person who nominated you

Sekian. Mama beri award ni kepada sesiapa yang belum dapat lagi.

Imran dan Ultraman Mebius

Sehingga semalam, Imran hanya mempunyai satu DVD Ultraman Tiga, yang dibeli secara terpaksa di Tes.co Shah Alam. Hampir setiap hari Imran asyik minta mama atau abah pasang DVD tu, sampai mama dah nak naik muntah tengok cerita 'Men' dia tu.

Jadi semalam abah pun belikanlah DVD Ultraman cetak rompak baru untuk Imran. Kali ni Ultraman Mebius pulok. Penjual DVD tu kata cerita ni tak dialihsuarakan ke Bahasa Melayu. Dah namanya cetak rompak kan. Abah pun angguk-angguk dan terus belikan DVD 8 in 1 tu.

Sampai rumah, terus pasangkan DVD tu. Setkan supaya ada subtitle BM. Macamlah Imran reti membaca. Haha.

Sudahnya.....

Akibat boring sebab tak paham satu hape pun, tak lama lepas tu pun Imran tertidur kebosanan. Jangankan lapan, satu cerita pun tak sempat habis. Last-last mama dan abah pulak yang layan cerita 'Men' Imran tu. Hahaha. Layannzzz.


Wednesday, March 18

RM0.89

Kelmarin semasa saya membeli belah kat Pasaraya Bintang Seksyen 7, saya telah membeli air tin Longan & Red Dates jenama Sea.sons. Satu tin harganya RM0.89. Murahnya. Saya pun beli la 5 tin.


pic dari linsharliana.com. (mak mintak tolong pakcik google dapat gambar ni)

Saya minum 1 tin waktu pagi dan 1 tin lagi sebelum tidur. Hasilnya, Alhamdulillah susu saya ada peningkatan production-nya. Pagi tadi saya mampu menghasilkan 9oz susu. Lepas ni bolehlah saya beli lagi air ini dengan banyaknya kat sana.

P/S: Ini adalah pendekatan orang yang ada 'M' besar kat bahunya. Sila abaikan. Longan kering yang direbus sendiri lagi bagus sebenarnya. Plus lagi ekonomi.


Tag Oleh As

Mama ditag oleh As.

1) Apakah nama blog anda sekarang dan kenapa anda memilih nama itu?
Permata Hati Mama - sebab asalnya blog ni nak cerita semuanya pasal anak-anak. Sekarang macam dah lari tajuk pulak. Macam-macam ada! Ahaks.


2) Apakah link blog anda sekarang dan bagaimana boleh timbul idea untuk menamakannya seperti itu?
http://bungacintamama.blogspot.com
Asalnya nak letak permatahatimama.blogspot.com tapi dah ada tuanpunya. Kalau tak silap la.


3) Apakah 'method' penulisan dalam blog anda?
Apa-apa je la dik non... belasah je.


4) Pernah terasa nak hapuskan blog anda? Sebabnya?
Apasal pulak nak hapuskan?


5) Apakah pendapat anda mengenai blog kepada pemilik blog yang tag anda ni?
As - blognya best. Ada je cerita pasal aktiviti hariannya.


6) Senaraikan 5 orang yang akan anda tag.
Opie
Cik Yan
Fid
Mimielola
Iszan



Tuesday, March 17

Tag Oleh Umi Sufira

Mama ditag oleh Umi Sufira

Do you swear to tell the truth the whole truth and nothing but the truth?
Kena sumpah ke? OK laaaa.

Where were you last night?
Pi Pasaraya Bintang, then kat rumah.

What is today's date?
17 March 2009..

Who was the last person to call you baby/babe?
Entah tak ingat.

When you're at the grocery store do you use the self checkout?
No

Anyone crushing on you?
Hubby

What is your relationship status?
Married

Has anyone ever sang to you?
Takde. Huhuhu. Eh, ada. Encik Suami pernah nyanyikan lagu 'Pada Syurga Di Wajahmu' untuk mama. Kenapa? Jangan tanya.

Has anyone ever given you roses?
Encik Suami masa mama konvo.

If you were abandoned in the wilderness, would you survive?
Mungkin

Who do you text the most?:
Hubby

How do you make your money?
Permanently employed

First person to text today?
Encik Suami

What is your favorite color?
Pink + Purple

What color are your eyes?
Dark Brown

What is a compliment you receive often?
Pandai jugak awak ni ek? - Encik Suami

How tall are you?
162cm

Who was the last person to say they loved you and when?
My hubby this morning

Do you like your parents?
Of course (what kind of questions is this?)

Do you secretly like someone?
No

Why did your previous relationship end?
Dont have any 'previous relationship'

Who was the last person you said you loved on the phone?
My hubby

Where is the furthest place you've traveled?
Penang, baru-baru ni (how pathetic)

Which do you prefer, to eat or sleep?
Sleep

Do you look more like your mom or your dad!!!
My mom

How long does it take you to shower?
Depends. 5 mins the least and half an hour the most. Haha.

Can you do splits?
Not at all..

Are you flexible?
Sometime yes sometime no..

What did you do on New Years Eve?
Tido.

Was your mom there?
No

Can you speak any other language than English?
Bahasa Melayu

What is the last letter of your middle name?
i don't have a middle name

How many hours of sleep did you get last night?
Less than 5 hours I think. Irma asyik nak nenen and berdukung je.

Do you wear your seatbelt in the car?
Kalau duduk depan, yes. Kalau duduk belakang, no. Opss! Kantoi!

Are you scared of flying?
Not really

What do you sleep in?
Unlike Umi Sufira, mama pakai big tee (banyak angin masuk. hahaha) and kain batik.

Who was the last person you kissed?
Hubby

Do you like funny people or serious people?
Funny

What are you listening to?
Bunyi keletak keletuk keyboard yang mama tekan ni ha.

What jewelry do you wear all the time?
Necklace, a ring, and a bracelet.

What do you have planned for tonight?
Laundry project yang tak sudah2.

Is the last person you kissed older than you?
No

Do you prefer friendster or facebook?
FB sebab frenster mama takleh masuk time office hour.

Do you have a favorite item of clothing?
casual - t shirt+jeans

Do you like messages or comments better?
messages

Last movie you saw in theaters?
Ala.. cerita yang Will Smith jadi superhero tu. Mende tajuk nya ha? Lupa la.

Last thing you ate?
KFC fries

What was last thing you drank?
Air masak

Are you happy right now?
So-so

If you could have one thing right now what would it be?
Lots of money to pay my debts

Who makes you happiest right now?
My family

What were you doing at midnight last night?
breastfeeding Irma

Are you left handed?
No

What was for dinner tonight?
Tak tau lagi

What is the last thing you thought about?
Nak siapkan projek mama ni.

When is your birthday?
15 Oct 1981

Do you want to get married & have children one day?
Done with 2 kids



Family Member

Malam tadi kami satu family ke Pasaraya Bintang, Seksyen 7. Seperti biasa Imran duduk di carseat nya di depan. Elok je kereta bergerak, abah berborak dengan mama. Imran pulak membebel sorang-sorang. Sambil borak, mama pasang telinga nak dengar apa yang Imran bebelkan.

"Mama, bapak (abah), ma (irma), nieniek (nenek), tuk (atuk) ma-wan (mak wan), -nti (aunty) bla bla bla..."

Hahaha. Mama dah start gelak dah. Rupa-rupanya Imran sebut semua family member yang dia tahu.

Dah jadi rutin bila dalam kereta mama sebut nama family and Imran ikut. Tapi kali ni belum sempat mama cakap apa-apa, Imran dah sebutkan dulu.

Agaknya dia pikir, 'sebelum mama dok sebok-sebok suruh aku ikut apa yang dia cakap, baik aku sebut SEMUA nya dulu. lepas ni takdek la mama suruh cakap lagi'. Kehkehkeh.



I sang to a goat in my car because I'm NOT crazy.

Tag by Mrs Noba.

Keep this going. Type out the sentence you end up with in the TITLE of your note and tag your friends.Have fun. :D


Pick the month you were born:

January-------I kicked

February------I loved

March--------I karate chopped

April----------I licked

May----------I jumped on

June----------I smelled

July-----------I did the Macarena With

August--------I had lunch with

September----I danced with

October-------I sang to

November-----I yelled at

December-----I ran over





Pick the day (number) you were born on:

1-------a birdbath

2-------a monster

3-------a phone

4-------a fork

5-------a snowman

6-------a gangster

7-------my mobile phone

8-------my dog

9-------my best friends' boyfriend

10-------my neighbour

11-------my science teacher

12-------a banana

13-------a fireman

14-------a stuffed animal

15-------a goat

16-------a pickle

17-------your mom

18-------a spoon

19------ - a smurf

20-------a baseball bat

21-------a ninja

22-------Chuck Norris

23-------a noodle

24-------a squirrel

25-------a football player

26-------my sister

27-------my brother

28-------an iPod

29-------a surfer

30-------a homeless guy

31-------a llama





What is the last number of the year you were born:

1--------- In my car

2 --------- On your car

3 ----------- In a hole

4 ----------- Under your bed

5 ----------- Riding a Motorcycle

6 --------- sliding down a hill

7 --------- in an elevator

8---------- at the dinner table

9 -------- In line at the bank

0 -------- in your bathroom





Pick the color of shirt you are wearing:

White---------because I'm cool like that

Black---------because that's how I roll.

Pink-----------because I'm NOT crazy.

Red-----------because the voices told me to.

Blue-----------because I'm sexy and I do what I want

Green---------because I think I need some serious help.

Purple---------because I'm AWESOME!

Gray----------because Big Bird said to and he's my leader.

Yellow--------because someone offered me 1,000,000 dollars

Orange--------because my family thinks I'm stupid anyway.

Brown---------because I can.

Other----------because I'm a Ninja!

None----------because I can't control myself!





Now type out the sentence you made, write 'em in my comment box and also as the TITLE line and tag your friends in the note!

I sang to a goat in my car because I'm NOT crazy.

Okey. Ku tag pula orang-orang ini:

Umihannie
Izan Starla
Opie
Nana
Rose Zan
Tata
Umi Sufira
Ealyie
Mama Dhea

Monday, March 16

Laporan Serangan Ke Atas Imran

Ini gambar-gambar basi lama yang diambil beberapa bulan yang lepas, masa Irma berumur dalam dua bulan lebih. Baru transfer ke PC hari ni. Ngehngehngeh.

Helo. Nama saya Irma. Belakang tu abang saya, Imran bersama puting kesayangannya.
Oppsss... sekarang abang Imran dah 'paci? no more...' laaa... lupa pulak saya.

Tiba-tiba abah saya datang 'menyerang' abang Imran. Nampak tak abang Imran cuba menangkis serangan abah?
Saya malas nak layan so saya cebik aje.... :P


Hmm... apa sajaaa laa yang abah dan abang Imran ni buat.
*Hiyarghh... Dush! Dush!* --> sound effect dalam cerita ini.

Tengok ni kawan-kawan! Abang Imran melakukan teknik serangan 'Kuak Lentang Peringkat ke-3' nya ke atas abah. *Yahhh!!!*


Abah pasrah atas kekalahannya kepada abang Imran.
*Makan abah! Aummm!*
Padan muka abah. Siapa suruh kacau Imran. Haha.
Nampaknya serangan abah tidak menjadi, sebaliknya abah yang diserang semula.
Sekian, saya Irma melaporkan dari (daripada?) tempat kejadian.



P/S: Cuba tengok rambut Irma masa ni. Mencacak-cacak kan? Hehehe. Sekarang ni rambutnya sejemput aje. Kalaulah lebat macam dulu kan best.





Kenali Encik Suami

Saya di-tag pula oleh Fid. Mari kita buat.

Rules:

Here’s a chance to see how well you really know your husband/boyfriend/lover.
Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do.
The real challenge is to send it to your husband/boyfriend/lover to see how right you really are.

1. He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?
-Berita, sports or movie. Depends.

2. You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?
-Encik Suami tak makan salad.

3. What’s one food he doesn’t like?
-Ikan goreng.

4. You go out to eat and have a drink. What does he order?
-Kopi O/Kopi (panas/suam/ais)

5. Where did he go to high school?
- TIKL

6. What size shoes does he wear?
- 8

7. If he was to collect anything, what would it be?
- Ntah. Orkid? Ngeee

8. What is his favorite type of sandwich?
-Encik Suami tak makan roti.

9. What would this person eat every day if he could?
-Asam rebus

10. What is his favorite cereal?
-Encik Suami tak makan cereal. (Macam-macam yang laki aku tak makan ek?)

11. What would he never wear?
-PINK (tiru Fid)

12. What is his favorite sports team?
-Barcelona

13. Who did he vote for?
-Mak tahu tapi rahsia laa kan.

14. Who is his best friend?
-Aku kot?

15. What is something you do that he wishes you wouldn’t do?
-Moodswing. Betulkan bang? :P

16. What is his heritage?
-(Bugis + Jawa) + (Minang N9)

17. What is his favourite colour?
-Not sure lah.

18. What is his habit?
-Gigit towel. Hihi.

19. What is he proud of?
-Muhammad Imran Danish & Irma Adreanna

20. Lastly, do you think he will read this?
-Tak kot.

Maka dengan ini ku pas kan kepada Opie, Rose Zan dan Umi Sufira untuk membuatnya.



Sisterhood Award

The rules:
*Place the award logo on your blog.
*Nominate 10 other blogs which show “Attitude and/or Gratitude”
*Link to the nominees on your blog post.
*Comment on their blog that you have nominated them.
*Share the love and link to the person who nominated you



Trimas Kak Non kerana memberikan award ini kepada saya.

Ok, nak pass award ni kepada orang-orang ini:

Sister sejak dulu:

1. Izan - Ini kawan aku dari kecik. Kenal masa tadika. Baik dengan dia sampai sekarang. Gila Gila-gila tapi baik hati.

2. Umihannie - Ini kawan sejak sekolah rendah, merangkap pengapit aku. Oh, Izan juga pengapit aku masa kenduri belah En. Suami.

3. Opie - Bestfriend aku masa sekolah menengah rendah. Sesama buat nakal, sesama fly sana sini. Huahuahua.

4. Nana - Kawan masa sekolah menengah rendah jugak. Seorang yang cool, ceria dan tabah. U rock bebeh!

5. Kak Zura - Member satu ofis (dulu).

6. Umi Sufira - Member satu sekolah menengah/jiran aku masa kat hostel. Dulu idak le rapat dengan dia tapi bila dah terjebak dalam blog ni, boleh ngam pulak.

Sister yang aku suka baca blog diorang (ini tidak perlukan penerangan panjang lebar sebab blog diorang memang best):

1. CY

2. Fid

3. Mimielola

4. Mrs Noba

5. Iszan

6. Jua

7. Kak Ana

8. Rizza

9. Cikgu Intan

10. Mama Danish

11. Mommylyna

12. Mommy Sarah

13. As

14. MamaDhea

15. MIO

16. Kak Ina

17. Arnie




Friday, March 13

Waktu Rehat Yang Terlebih Panjang

Uhhh pagi tadi ada meeting yang terasa sangatlah panjang masanya. Sampaikan mama tak sempat nak mengepam. Pukul 12 calling-calling abah minta jemput balik rumah (baik kan mak tak meronggeng ke mana-mana kala waktu rehat yang panjang), sebab nak jemur baju yang mama washing machine basuh pagi tadi.

Sampai rumah, first thing yang mama buat ialah mengepam. Ouh production ku makin berkurang pulak hari ke hari *sob sob*...

Selepas mengepam, rehat kejappp.... wargh ngantuk pulak mata... malam tadi mama tidur pukul 1 pagi. Pukul 4.30 dah terjaga sebab Irma nak nenen. Pastu dia takmo tidur pulak sampai la pukul 5.30. Ngantuk seh! So, mama nak amik short nap la kejap.

Zzzzz.......




































































"Ety, bangun la. Awak tak nak pi kerja ke?" Terpisat-pisat mata mama selepas dikejut oleh abah. Tengok jam kat henfon.

2.30 petang????

Takde maknanya nak jemur baju. Mama dah lambat nak ke ofis. Huhuhu.


Thursday, March 12

Jurnal EBM 120309

Pagi: 6oz
Tengah hari: 4oz
Pukul 3 ptg: 3oz

Uh.. harap yang pukul 5.30 ni adalah hasilnya sikit.


Adab Di Meja Makan

Bagaimana anda mengajar anak anda adab sopan di meja makan?

Anak teruna ku itu tersangat hyper ketika di meja makan. Makan bersepah satu hal. Kendian dicampak-campaknya makanan tu ke mana-mana secara rawak. Huhu. Panjat-panjat kerusi, panjat-panjat meja pun merupakan perkara biasa bagi anak teruna saya itu.

Apa yang perlu saya buat untuk sekurang-kurangnya mengurangkan tahap ke'aktif'an dia di meja makan?

Warning sudah, kadang-kadang ku piat juga anakku itu. Apa lagi langkah seterusnya?

Agaknya orang lain kalau tengok pe'el anak saya mesti diorang akan kata, "mak bapak tak ajar anak makan elok-elok". Kan?

Paling sadis ialah ketika sesi mengemas meja makan. Sungguh horror. Sungguh sakit pinggang.

Any tips?


Blur

Hari ni rasa blur tak tahu nak bebel apa dalam blog. Mood belum mari daa... Mungkinkah kerana belum lunch? Haha.


Wednesday, March 11

Cuti-cuti Penang 3

Memang lama sungguh perjalanan pulang kami.

Mula-mula sebab jem. Kemudian berhenti makan kat R&R mana ntah. Aku ni jenis tak ingat nama tempat, harap maklum. Lunch kat sana. Kemudian teruskan perjalanan. Dalam kereta, Imran muntah. Berhenti pulak kat perhentian mana entah. Bersihkan Imran. Aku siap tersilap masuk toilet lelaki lagik. Hahahaha.

Kemudian berhenti lagi kat R&R mana ntah untuk sembahyang. Aku tak ingat R&R mana tapi yang ada jual buah-buahan tropika tu. Aku beli jambu epal yang dah siap potong-potong tu. Manis yaamat. Dia rendam dalam air gula ye? Tapi sedap!

Stesen berikutnya, entah perhentian mana pulak. Serius memori aku ni dah makin kronik tahap pelupanya. Berhenti sebab tukar diaper Irma plus aku tak tahan nak terkucil. Ekekeke. Makan malam kat situ sekali. Ada pulak agro bazaar. Tapi aku tengok macam takde mende je.

Lastly, berhenti kat restoran jejantas Sungai Buluh untuk sembahyang Maghrib dan Isyak. Aih... banyak sangat berhenti kitorang ni. Mana laa tak lambat sampainya. Sampai Cheras dalam pukul 10 malam. Malam tu Irma tidur tak bangun-bangun sampai la ke pagi. Sama la dengan mamanya ni. Hehehe.

Selasa. Aku ambik cuti konon nak berehat la konon. Konon nak balik Shah Alam awal la konon. Konon je. Tetiba ayah aku kata nak bawak cucu-cucunya pi Sungai Congkak. Ah sudah. Ikutkan aje lah. Pukul 3 petang, Imran & Irma dah tergolek atas tilam. Pukul 6 baru diorang bangun. Sudahnya, Sungai Congkak entah ke mana. Terus le kami balik Shah Alam pukul 6 lebih tu.

Kesimpulannya, cuti ke Penang memang seronok. Cuma tak banyak tempat yang sempat kitorang pi. Ye lah, pi ramai-ramai, semua tak tahu jalan pulak tu. Main redah je. Bawak pulak budak-budak kecik. Sekejap aje dah penat. Bukan budak-budak yang penat, mak budak yang letih tak hengat!

Pastu yang aku perasan, sepanjang kat sana B aku asyik bengkak je walaupun Irma asyik bergayut. Aku rasa sebab aku makan nasi kandar la. Kan ke kuah dia tu ada macam-macam rempah ratus yang boleh bantu tambah susu kan? Ishhh... sayang bilik kat hotel tu takde fridge. Kalau tak, boleh aku jalankan aktiviti mengepam dan buat stok.

Satu je yang aku benci masa pi Penang. Berat aku naik 2kg!!!! Benci tau!


Cuti-cuti Penang 2

Tak best betul sebab punyalah panjang beratur nak beli tiket. Tapi tiketnya untuk ketapi pukul 3.45 petang, walhal masa tu baru je pukul 12 lebih! Takkan nak tunggu sampai 3 jam? Kesian le kat bebudak ni. So... kensel la trip to Penang Hill aka Bukit Bendera. *sigh*

Maka berangkat la kami ke Batu Feringghi. Tengah hari buta cenggini mana ada pasar malam dia tu kan? Hampa sungguh. Kedai pun tutup semuanya. Tak dapek le nak beli fridge magnet buat seorang teman yang memesannya kat aku. Sedih tau.

Disebabkan dah tengah hari so perut masing-masing dah menyanyi boria. Mak sedara aku teringin nak makan nasi kandar. Ikut kata kawan En. Abah, nasi kandar paling sedap ialah kat Masjid Kapitan Kling. Tapi disebabkan kami kat Batu Feringghi, maka bernasi kandar kat area situ aje lah. Maka singgah la kami kat Restoran Khaleel. Aku makan nasi kandar *again*, lauk ayam madu. Sedap ke idak ku pun tak pasti sebab dah lapar sangat. Kahkahkah.

Lepas lunch, berangkat ke Taman Rama-Rama kat area Batu Feringghi juga. Tiket berharga RM10 kalau ada MyKad. Nasib baik anak-anak aku kecik lagi so tiket free aje. Agak lama jugak kat dalam Taman Rama-Rama tu. Bukannya heran sangat tengok rama-rama tapi teruja tengok memacam spesis serangga yang rupanya pelik-pelik. Macam rupa ranting ada, daun ada, bunga orkid ada. Owh paling geli ialah ulat gonggok giant! Sungguh besar! Bayangkan kalau korang terserempak ulat ni kat laman rumah korang, atau dalam rumah korang? Eewwww!

Hm. Aku dengan En. Abah lama kat dalam gift shop kat Taman Rama-Rama tu. Mencari souvenir untuk family En. Abah.

Lepas Taman Rama-Rama, kami ke town semula. Nak cari jeruk. Lagi skalik, tersesat-sesat dibuatnya. Terasa macam apa pulak asyik sesat sokmo. Akhirnya jumpa jugak. Borong jeruk berplastik-plastik, kalah orang pregnant. Ekekeke. Murah gila beb! Bayangkan kalau jeruk buah salak tu kalau kat KL 100gm aje dah berapa RM. Ini aku beli 1/2kg beb. 1/2kg! Baru RM3.50! Sungguh heaven. Nasib baik la jeruk ni bukan makanan ragi. Kalau tak, harus aku borong satu kedai gamaknya. Haha. Lepas beli jeruk, pekena cendol pulut yang dijual kat tepi jalan. Pergh!!!! Kaw tak ingat punyalah! Memang tak jumpa kat KL mahupun SA cendol macam ni punya sedap. Teringat-ingat sampai sekarang keenakan cendol tu. Slurp!

Lepas penat shopping jeruk, kami surrender dan balik ke hotel. Lepas Maghrib kononnya nak meneruskan perjuangan ke Padang Kota, tapi pihak majoriti nak makan tomyam kat tepi laut. Huhuhu. Tomyam lagi ka? Bila nak makan laksa, pasembor segala macam makanan lain ni? Tensen seh. Tapi ku ikutkan aje la.

Sampai kat gerai tomyam tu. Hm... nama je tepi laut tapi pemandangan sungguh la meloyakan. Tepi gerai tu lautnya penuh dengan sampah. Kenapa takde sesiapa yang ambik tindakan ke atas gerai tu, atau sekurang-kurangnya bersihkan pantai/tepi laut tu? Sungguh kotor okeh! Food pun biasa-biasa aje (sebab hatiku takmo makan tomyam so rasa semua benda tak sedap). Lepas makan kami pun beransur pulang. Malamnya ku lepak tengok TV dengan En. Abah, layan cerita Tok Guru yang banyak potong-potong dan anti-climax tu.

Isnin. Bersiap pagi-pagi sebab nak berjuang kat Bukit Bendera. Hehehe. Pukul 8.45 pagi sampai sana. Aku diarahkan beratur sebab takut ramai orang. Surprisingly, tak ramai orang pun. Tiket untuk ketapi pukul 9 pagi. Lepas beli tiket terus masuk ketapi. Oh inilah hikmahnya dukung anak kecik. Sentiasa diberi tempat duduk. Hehehehe. Tapi ada jugak bangsa yang selfish takmo bagi orang yang memerlukan ni duduk. Sibuk nak bagi cucu dia yang dah besar bagak tu duduk. Kesian kazen aku yang tengah sarat berdiri aje.

Sampai kat puncak, kami jalan-jalan menghirup udara yang sejuk ala-ala dalam air cond tu. Jumpa gerai, makan laksa penang. Wow! Maveles beb! Aku dengan En. Abah makan sorang satu setengah mangkuk. Sungguh la sedap laksanya. Aku teringat-ingat sampai sekarang. Siap bagitau En. Abah, "jangan laaa kalau akan datang pregnant, teringin nak makan laksa ni. Nanti kena pi sini pulak." Hahahaha. Tapi siyes memang sedap!

Lepas makan, shopping-shopping souvenir pulak. Aku beli keychain untuk kawan-kawan opis, beli baju untuk Imran dan Irma, fridge magnet untuk kawan aku (you know who you are), dan souvenir untuk anak-anak buah belah En. Abah. Untuk diri sendiri? Kenangan cukuplah. Ecewah. Bajet tak cukup sebenarnya. Hahaha.

Turun semula ke bumi, kami pun pulang. Packing untuk balik ke KL.

Bertolak pukul 12 lebih, sampai rumah pukul 10 malam! Lamakan? Itu dalam episod lain pulak. Tunggu....


Saya rasa....

Saya rasa saya kena tukar background saya sebab signature saya nampak tak cun dan 'tenggelam' di dalam background ini.

Setuju?


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!