Sunday, May 31

Jumaat, Sabtu, Ahad

.
.
Hari Jumaat saya bercuti. Tujuan asal bercuti ialah untuk menyebok menyaksikan sambutan hari jadi Imran & Irma di taska. Tapi, nasib baiklah saya cuti. Imran & Irma diserang demam dan selsema hari Khamis lepas. Selsema yang agak teruk jugak lah. Meleleh aje mukus di hidung. Huhu.


Sambutan hari jadi di taska adalah biasa-biasa aje. Hari Jumaat tak ramai kanak-kanak yang dihantar ke taska. Kenapa ye? Saya pun agak pelik jugak.


Hari Khamis dan Jumaat cuma beri Imran & Irma ubat selsema dan demam yang memang tersimpan dalam fridge. Tapi nampaknya tak jalan. So semalam pergi ke klinik. Alhamdulillah nampaknya ubat klinik kali ni berkesan la jugak kat anak-anak. Setelah dua malam saya menambahkan lingkaran hitam di bawah mata kerana anak-anak yang meragam susah nak bernafas, akhirnya malam tadi dapat jugak saya tidur dengan agak lena. Zzzz....


Malam semalam dengan keadaan tak sedar diri yang anak kurang sihat, saya masih tergedik-gedik mengikut adik-adik saya ke Mines. Oh adik saya cuma nak membeli barang di Avon sahaja. Kot ada sesapa nak beli barang Avon bolehla pesan kat adik saya. :P Saya je yang saja-saja nak ikut. Dah namanya pun tergedik-gedik kan.


Alangkah terkujat terkejutnya saya sebab kawasan parking di Mines yang selama ni suam-suam kuku telah penuh yaamat malam tadi. Sampaikan adik saya terpaksa park di bangunan sebelah. Rupa-rupanya ada pesta buku kat sana. Tapi saya tak pasti pulak kat mana.


Nak keluar dari kawasan parking punyalah jem. Sampai migrain saya dibuatnya.


Hari ni saya masih lagi migrain. Huhu. Hasrat di hati nak bawak anak-anak berjalan-jalan. Kensel lah gamaknya. En Abah pun takde. Jaga kedai. So hari ni cuma dipenuhi dengan sesi berehat-rehat sambil menternak lemak di badan.


Thursday, May 28

Ingatan Untuk Diri Sendiri

.
.
Things To Do Today
1) Confirmkan dengan teacher taska - jumlah toddlers, babies dan teachers.
2)Ambil kapkek dan brownies kat Seksyen 18, pukul 6.30 petang.
3) Beli diapers Irma (bila laa nak start fully CDing nih)
4) Beli gegula dan ceklat untuk goodies bag.
5) Packing goodies bag.
6) Layan Slumdog Millionaire yang tak sempat perabihkan tengoknya last week. Huhu.
7) Tidur lambat - layan movie or whatever yang menarik di hati.
8) Bangun lambat sikit. Esok mak cuti. Yay!


Kisah Semalam

.
.
Semalam saya cuti. Saya kena cirit birit (lagi) dan pening-pening.


Pergi ke klinik, doktor berikan saya ubat tambah darah aka iron. Kata doktor, muka saya nampak pucat bangat. Tapak tangan saya pun. No wonder saya pening-pening.


Imran pulak, dah start selsema. Pantang pi taska, mesti selsema anak teruna saya ni. Adoyai. SekianKesian dia.


Semalam hari istimewa saya dan En Abah. Tapi tak sempat nak meraikannya. En Abah sangat sibuk semalam, dia sampai rumah pukul 3.30 pagi! Huhu. Dia sibuk me-make up kedainya di Alamanda. Sekian Kesian En Abah.


Hari istimewa apa? Oh, 10 tahun yang lepas, pada tarikh inilah En Abah propose nak jadikan saya 'spesel' dia. Ekekeke. Tapi saya tak terima, dan tak tolak. Dua bulan kemudian barulah saya bagi jawapan. Ok ok. Cerita lama. Udah-udah le tu. Walau bagaimanapun, kami menyambut 'anniversary' ni setiap tahun. Takde la sambut apa pun. Sekadar wish, dan dok teringat kisah2 lama tu sekejap sambil bergelak ketawa. Hahaha.


Tuesday, May 26

Sila-silalah

Saya baru create email baru.

zetyzin [at] gmail [dot] com


Sila-silalah add saya untuk chat, atau sekadar simpan email baru saya ini untuk apa-apa saja. Jangan segan-segan. Cukuplah saya sorang je yang penyegan :)


Rasa ada sedikit patah hati selepas email Yah.oo! saya digodam oleh manusia tak bertanggungjawab. Sampai saya dapat email amaran dari pihak Yah.oo! sendiri. Encik, saya tak bersalah tahu!



Aiyak!

Alamak!

Saya ter-send satu email ni. Kat ramai orang pulak tu. Orang ofis pulak tu. Pasal meeting pulak tu. Dush!

Naya sungguh! Tak pasal-pasal nanti ada orang kata saya gila kuasa. Huhu.


Hari Pertama

Semalam hari pertama Imran dan Irma ke taska selepas 'cuti' selama sebulan lebih.


Semalam juga pertama kali Imran tak menangis semasa dijemput. Kalau tak tu, nampak je kereta Abah terus dia menangis.


Cuma Irma la yang asyik menangis je masa kat taska semalam. Kata teacher, Irma menangis sebab teacher tak bagi dia keluar baby room. Dia nak keluar, nak berjalan kat area yang ada ramai toddlers. Tapi teachernya takut abang-abang dan kakak-kakak kat situ lari-lari dan terlanggar dia. Hehe. Irma kiut beno sampai techer takut dia terjatuh.


Teacher semua terkejut badak tengok Imran.


"Imran ke ni? Tembamnya!!!!!"


Hehe.


Malamnya, bawa Irma ke klinik untuk cucuk MMR. Dia cuma menangis masa jarum tu dicucuk je, pastu diam. Good girl.


Mama tanyakan doktor pasal berat Irma. Naik 1.4kg over 6 months! Imagine that. Doktor bagi ubat cacing dan multivitamin untuk Irma. Hm... mungkinkah Irma ada cacing? Sebab dia memang selalu tidur menonggeng. Orang kata, kalau menonggeng, maknanya ada cacing. Ye ke?


Hopefully bertambahlah selera Irma lepas ni. Kata doktor lagi, as long dia aktif dan sihat, there's nothing to worry about. Cuma kena tebalkan cuping telinga menangkis kata-kata orang aje la (ni ayat Mama). Err... kalau cuping telinga tebal, boleh bounce balik suara-suara orang ke? :) Belasah aje lah.



Monday, May 25

Manusia Mudah Lupa

Manusia memang mudah lupa. Setuju?


Bukan terlupa, "Eh, hari ni kena bawak Irma pi cucuk umur setahun (a reminder for me)" atau, "Alamak, terlupa nak tutup lampu toilet tadi".


Tetapi mudah lupa budi orang. Bukan minta dibalas. Tapi cukuplah sekadar menganggap kita sebagai kawan.


Ada satu situasi. Si Atan (bukan nama sebenar) berkawan dengan si Abu (juga bukan nama sebenar). Semasa si Atan sedang bermasalah dengan bisnesnya, dia pernah meminta nasihat Abu. Abu bantu apa yang boleh. Si Atan juga pernah meminta tolong pada Abu untuk meminjam duit kerana sewaktu itu Atan amatlah terdesak.


Kemudian si Atan juga pernah meminta tolong Abu gunakan cek Abu (sebabnya saya tak ingat), dan berjanji akan masukkan duit dalam akaun Abu. Malangnya si Atan tidak masukkan duit ke dalam akaun Abu mengikut tarikh yang dijanjikan dan cek itu pun jadi cek tendang. Habis Abu di-blacklist oleh bank. Akaunnya terpaksa ditutup dan tak dibenarkan guna cek lagi, gara-gara sikap Atan. Abu walaupun sakit hati telahpun memaafkan Atan.


Beberapa bulan kemudian, perniagaan si Atan menjadi maju. Duit masuk wah wah wah kemain banyaknya. Abu berasa seronok dengan kejayaan si Atan. Tak lama lepas tu, malang pula bertimpa-timpa ke atas Abu. Dia pula berada dalam keadaan sesak napas. Pada si Atan dia mengharapkan pertolongan. Si Atan membantu acuh tak acuh sahaja. Pada Abu, dia janji hendak berjumpa waktu tengah hari. Abu tercongok di kedai si Atan selama berjam-jam. Akhirnya si Atan muncul beberapa jam kemudian, berikan pinjaman. Abu berkata dia akan cuba menggantikan duit itu secepat yang mungkin.


Malangnya, perniagaan Abu masih berada di tahap kritikal. Duit bayaran pinjaman masih belum cukup untuk diberi semula kepada Atan. Selepas seminggu, Atan menelefon Abu. Si Atan memerli Abu. Katanya Abu itu, Abu ini. Habis Abu 'disekolahkan' nya, hingga malu Abu, seolah-olah dijatuhkan maruahnya. Sungguh Abu tak sangka begini sikap si Atan.


Dua hari selepas itu, si Atan menyuruh stafnya menelefon Abu. Stafnya ok. Bukan dia sendiri. Sungguh berlagak si Atan. Mentang-mentang sudah kaya, terus lupa pada kawannya Abu. Abu berasa sungguh sedih. Dia menganggap si Atan sudah seperti saudaranya sendiri. Tapi si Atan lagaknya tak ubah seperti Along meminta hutang.


Saya sedih dengan situasi begini. Abu memang betul-betul anggap Atan ni baik. Tak habis-habis dia puji Atan. Bila tiba situasi macam ni, terduduk si Abu. Dahlah tengah bermasalah, poket pun kering, kawan baik sendiri asyik menekan-nekan menagih hutang. Puas Abu terangkan pada Atan tentang kedudukannya. Tapi Atan pula tak habis-habis nak sekolahkan si Abu.


Anda pernah berhadapan dengan situasi begini? Patutkah Abu terus berkawan dengan Atan?



Kisah Irma: Setahun Lepas

.
.
23 Mei, 2008.


Hari ni EDD saya. Tapi masih belum ada tanda-tanda nak terberanak. Ouh. Sakit pun takde. Air ketuban masih ok, that bloody show masih belum menunjukkan tanda.


Kali ni saya masih memilih untuk bersalin di Poliklinik Syahirah, tempat saya melahirkan Imran dulu. Kalau ikutkan perancangan asal, saya akan bersalin di sebuah hospital yang agak terkenal berdekatan dengan rumah mak saya. Tapi saya kenselkan pada saat-saat akhir. Kenapa?


Pertama, nak check-up kat sana sangatlah time-consuming. Dah nama pun terkenal kan. Ramainya lah ibu-ibu mengandung yang menunggu giliran. Saya tak sanggup nak ambik cuti banyak kali. Segan dengan bos, sementelah saya pun baru berpindah ke ofis itu.


Kedua, doktor di hospital itu cadangkan supaya saya ambil ujian untuk kencing manis sebab katanya berat saya dah lebih 90kg. Tapi sebenarnya saya takdelah naik banyak sangat. 8kg aje. Ye saya gemok, saya tau. Kena buat jugak ke ujian tu? Hm, buat aje lah. Resultnya? Negatif. Saya sihat. Bila doktor di Poliklinik Syahirah check, (ya, saya pi check-up kat dua tempat. ngengada kan?) dia terkejut bila tengok buku rekod yang saya kena buat ujian kencing manis tu. Katanya, sepatutnya kena tengok sejarah berat badan saya. Saya memang berat, bukannya berat yang meningkat mendadak. Masa tu saya dah tawar hati sikit nak buat check-up kat hospital terkenal tu.


Ketiga, bayaran yang bagi saya, agak mahal di hospital itu. Kalau ikut pada pamplet nya, katanya masa first time je mahal, then agak murah sikit pada lawatan kedua dan seterusnya. Tapi saya punya bil makin lama makin mahal. Padahal prosedurnya sama aje. Saya dah makin kopak masa tu. So, saya pun mulalah surrender. Tak larat nak bayar bil dah.


Keempat, setelah beberapa kali check-up kat situ, doktor di sana mengatakan yang bukaan saya dah 2cm. Masa tu lagi 2 minggu dari tarikh EDD saya. Dia aturkan supaya saya bersalin pada Isnin depannya. Kalau tak silap pada 12 Mei 2008. Katanya, dia akan pecahkan ketuban saya dan proses kelahiran akan bermula. Pada masa itu, hati saya dah terdetik, 'eh? dah nak beranak dah ke? takde tanda apa-apa lagi nih? boleh dirancang-rancang ke bila nak beranak (kecuali kes tertentu)?' Konfius di situ.


12 Mei, saya refuse untuk ke sana sebab tak rasa nak beranak lagi. Saya nak check-up biasa je. Doktor check lagi, dia kata bukaan 2cm (still). Dia suruh datang on 19th untuk bersalin. Kebetulan 19 Mei ialah cuti (Wesak). Saya dan En Abah bagitau la 19 Mei cuti. Doktor ada tak kat klinik? Then dia kata, oh ye ke? So, dia suruh datang 20 Mei pulak untuk bersalin. Ho... boleh tukar-tukar pulak tarikh bersalin saya. Bertambah konfius saya.


Saya berbincang dengan En Abah. Setelah beberapa ketika, kami buat kesimpulan yang kami nak go for second opinion. Maka, pulanglah ke pangkal jalan. Hoho. Pergi check-up semula di Poliklinik Syahirah. Doktor di sini beri pendapat berbeza. Katanya, bukaan saya memang dah 2cm. Tapi masih belum sampai masa melahirkan. 2cm tu mungkin 'hasil' proses kelahiran Imran dulu. Or mungkin jugak hasil kurang berpantang masa tempoh berpantang. Dia suggest supaya tunggu tarikh EDD yang sepatutnya. Bila scan kandungan semuanya normal. Dan EDD nya masih sekitar pada 22 atau 23 Mei 2008.


Oh. Bila tengok balik post-post lama, saya ada kisahkan pengalaman bersalin Irma. Kalau sudi nak baca, silalah ke sini.





Sunday, May 24

Happy 1st Birthday Irma!!!!

Happy 1st Birthday Irma!!!

Semoga anak mama ni menjadi anak yang solehah, baik budi pekerti, bijak pandai lagi genius, cantik comel molek, sihat walafiat, dan teruslah minum susuibu hingga sekurang-kurangnya umur dua tahun okey!

Mama syayang gegerl!

Friday, May 22

Kek

Oh ye. Mama baru je jenguk-jenguk blog tempat mama tempah kek birthday Imran & Irma hari tu. Mama tempah kat sini. So mama kopipes lah gambar kek birthday tu kat blog ni. Hari tu tak sempat tangkap gambar kek kat rumah Nek Jah sebab dah selamat disambar dek bebudak kecik.
















Rasa keknya marveles sekali. Nyum!



Imran dan Irma

.
.
Kata takde mood nak berblogging. Konon! Haha.


Tiba-tiba teringat malam tadi. Imran dah boleh count to ten. I'm so proud of you my dear! Walaupun tunggang terbalik nombor yang disebut, tapi ok lah tu kan. Berat badan Imran pulak dah makin bertambah. Dah 15kg dah! Haiyo... tak larat mama nak dukung Imran lama-lama! Nenek report semalam yang Imran asyik nak 'amm' (read: makan) aje. Harap-harap Imran tak mewarisi ke'chomel'an mama la ye nak!


As for Irma, seperti yang dijangka, dah start berjalan sebelum sambut first birthday nya. Yay! Bila dah mula dapat kaki tu, haih... tak mau stop berjalan! Walaupun berjalan seperti gadis Jepun berkimono, Irma tetap jugak nak berjalan. Jatuh bangun banyak kali. Tabah sungguh anak dara saya ni. Berat masih maintain 7kg. Kalau si abang saya mengharapkan beratnya takkan naik secara mendadak lagi, untuk si adik ni terbalik pulak. Saya mengharapkan berat badannya bertambah. Tak banyak, sikit pun takpe.


Oh ye, anak-anak saya memang agak lambat sikit berjalan. Imran masa 1 tahun 3 bulan. Irma pulak 11 bulan 3 minggu (dia dapat kaki last week masa kat Dungun). Apapun, saya berbangga dengan anak-anak saya!


Minggu depan Insyaallah saya akan bawa anak-anak pi cucuk.


Hari Ini

.
.
Hari ni terasa begitu mandom sekali.


Takde mood nak buat kerja. Blogging pun. Just pi tengok blog kawan-kawan aje. Tapi tak taulah kot-kot mood boleh berubah secara tiba-tiba.


Hari ni akan sampai lambat ke rumah (Cheras) sebab En Abah mahu bermain futsal dengan jiran tetangga. Game mula pukul 8 habis pukul 9.


Saya tak suka balik lambat ke rumah. Huhu.


Oh ye. Kepada kawan-kawann yang banyak membantu saya di Farmtown itu, ampun bebanyak dipohon sebab saya tak mampu nak membalasnya. Kena block daaa..... Habis semua tanamanku musnah. Huhu.


By the way, I'm into Mafia Wars and Sorority Life right now. Macam syok la pulak layan game nih. Haha.


Kepada yang kurang memahami apa yang saya sedang bebelkan ini, silalah jenguk ke Facebook anda. :)





Thursday, May 21

Suka

.
.
Suka bangat lagu 'Bencinta' from Faizal Tahir.

Best ah!


Wednesday, May 20

Amazing kah?

Saya mendapat award dari Umi Sufira. Thanks beb! Amazing kah ini blog?




Nyatakan 5 fakta menarik tentang pemberi award nie :

Umi Sufira aka Roza:
  1. Rakan sekolah menengah atas saya. Duduk berjiran dalam satu blok hostel.
  2. Sambung belajar di Jepun.
  3. Orangnya comel lote dan cun.
  4. Ibu kepada dua anak, Syaura dan Sufia.
  5. Seorang yang suka buat kek. Uits, bila la aku boleh rasa kek batik ngko nih?


Setiap blogger mestilah menyatakan 10 fakta atau hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award yg seterusnya :
  1. Saya suka makan sebab itu saya gemok. Hahaha. Fakta beb.
  2. Saya ada dua orang permata hati. Si teruna berumur 2 tahun, si anak dara berumur 1 tahun (Ahad ini).
  3. Saya bercita-cita hendak menyusukan anak dara saya dengan susuibu sehingga beliau berusia sekurang-kurangnya dua tahun. Mungkin dah tak sepenuhnya (memandangkan dah start pon bagi susu soya. sob sob) tapi saya dah cuba yang terbaik.
  4. Saya sokong Hafiz masa AF7. Relevankah? Kohkohkoh.
  5. Saya juga bercita-cita hendak fully-CDing anak-anak saya tapi belum cukup bajet mahu tambah koleksi CD.
  6. Saya tak pandai masak. Masak nasi terer la. Tu pun kalo guna pot. Kalo suruh sukat guna jari selalu nasik jadik lembik. Tak pun keras berdengkang. Oh, dan hanya guna rice-cooker shj ok. Atas api mak tak reti. (Kan dah kata tak reti memasak?)
  7. Saya gagal susukan anak teruna saya dengan susuibu. Hanya sebulan saja. Kes takde ilmu. Jahil yaamat.
  8. Saya berkenalan dengan husband saya (En Abah) melalui mIRC. Tapi En Abah tak pernah berchatting thru mIRC. Haa... magik kan?
  9. Saya pernah mengalami episod gelap dalam kehidupan saya dan masih ada sisa-sisa dendam di situ. Scary tak?
  10. Saya pendiam. Tak caya tanya Roza. Kan Roza kan?


Anda perlu memilih 10 penerima award seterusnye dan describe ttg mereka :
Aiseh ramainya la. Rasanya ramai yang dah diberikan award. Tapi mak try jugak yo.
  1. Umi Sufira - Pulangkan kembali kat ko. Description seperti di atas.
  2. Opie - Kawan saya ketika di sekolah menengah rendah. Seorang yang gila-gila dan member saya round bandar Klang selepas waktu sekolah. Hoho.
  3. Nana - Juga kawan saya ketika di menengah rendah. Seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup. Kawan menari iklan nano-nano ketika pementasan form one dulu. Haih... malu bila teringat balik.
  4. Iszan - Member blogger yang suka dengan Munaw. Mempunyai anak bernama Naufal yang juga suka 'Men' seperti Imran.
  5. Ealyie - Sedang sarat mengandungkan anak #2. Anak #1 nya ialah Iris si rambut kenteng yang comel.
  6. Mama Adib - Juga rakan blogger yang sedang pregnant anak kedua. Anak pertamanya Adib yang menyangkakan baby dalam perut mamanya sedang berlawan dengan dinosour. Hihi.
  7. Jua - Rakan blogger, ibu si Faris. Juga merupakan supplier sambal belacan yang sedap.
  8. Mommy Lyna - Supermommy kepada Superkids, Hafiy & Fahry. Entri-entri dalam blognya banyak memberikan perangsang kepada saya.
  9. Mimielola - Juga rakan blogger yang terlewat bangun hari ni. Mama kepada Sophia yang cute serta sedang mengidamkan scooter.
  10. Me_Czar - Rakan blogger yang merupakan rakan kepada Zufa. Bermakna beliau juga rakan sekolah En Abah. Suami beliau juga rakan sekolah En Abah, sebab beliau dan suami beliau sekelas dulu (kan?). Mempunyai 2 anak, Muqryn dan Nuryn yang comel-comel belaka.

Ok. Sila terima award ni ye.

Tuesday, May 19

Jurnal EBM 190509

.
.
Jumlah EBM buat masa ini hanyalah 5oz. *sob sob*


B saya juga masih kempis. Hadui. Malas nak stress tapi ter-stress jugak. Suka tengok stok kengkawan blogger yang masih tersusun cantik. Jeles pon ada. Huhu.


Dari sudut positifnya pula, Irma mungkin sedang dalam fasa reverse-cycling kot. Sebabnya dah beberapa malam Irma bangun lebih 5 kali untuk nenen. Tapi, saya perhatikan waktu siang dia tetap kuat menyusu jugak macam biasa. Macamana tu ek?


Hopefully masih ada rezeki Irma untuk menyusu badan. Biarlah sekurang-kurangnya hingga 2 tahun.


Oh ye, Ahad ni Irma genap setahun!


Layakkah saya mendapat degree? Huhu. Rasa macam tak layak aje sebab dah bercampur susu badan dan soya. *Sedih sangat*



Belum Blah

Cherry-berry yang melanda masih belum blah dari diri saya. Tapi dah makin berkurangan trip ke toilet. Cuma sesekali tendangan maut dalam perut menyerang. Menci.


Anak-anak pun terkena cherry-berry jugak. Irma, mungkin sebab direct bf dengan saya (boleh berjangkit ke ek?). Imran, mungkin ada tersalah makan jugak. Huhu. Kesian dengan anak-anak. Semalam rasanya 7 kali diorang masing-masing poo-poo. Lepas sorang, sorang lagi take turn lak. Nasib baik diapers yang dibawak ke Seremban cukup-cukup.


Kesian kat bebudak sebab bon-bon diorang pun dah naik melecet. Merah je. Huhu.


Semoga cepat sembuh. Both budak dan mak budak.



Kisah EBM di Terengganu



Seminggu di Dungun, Terengganu.


Hari-hari lepas habis kursus, bawa Imran dan Irma ke playground. Kemain seronok anak teruna tu main vuai. Sambil-sambil makan keropok lekor di tepi pantai. Ah... sungguh heaven.


Hari Jumaat, En Abah, ayah dan emak saya turut sama datang ke Terengganu. Diorang bertolak tengah hari. Disebabkan jumlah ahli keluarga yang ramai, dan bilik di hotel tempat saya menginap pun dah penuh, maka terpaksa la saya check-out dari hotel itu dan stay di hotel lain. No. Bukan hotel. Resort.


Resort ini peti ais nya tak mempunyai ruang freezer yang cukup luas. So EBM yang saya pamkan untuk Irma guna pada hari Selasa nampaknya terpaksa dikorbankan. Chiller pun tak sejuk. Silap saya sebab tak terfikir nak gantikan chiller dengan ais. Huhu.


Sabtu pagi, kami check-out pula dari resort kat Paka tu dan bergerak ke Kuala Terengganu. Saja jalan-jalan. Tapi tidaklah sempat ke mana sangat pun. Hanya setakat lunch dan membeli keropok di Pasar Payang sahaja. Kemudian duduk-duduk di tepi Pantai Batu Burok sekejap. Kemudian berangkat pulang. Punah harapan saya nak tengok Masjid Kristal. Huhu.


Sedikit cerita di Pantai Batu Burok. Mula-mula kami park kat depan sebuah gerai jual layang-layang. Tapi kemudian bertukar tempat parking di kawasan lain sebab takmo Imran 'tergoda' dengan layang-layang yang ada.


Sampai di tepi pantai, Imran dah melalak nak berjalan-jalan atas pasir. So En Abah pun layankan aje lah. Sedikit demi sedikit saya perhatikan dua beranak tu bergerak ke arah gerai layang-layang tu. Ooo... anak teruna saya memasang muslihat rupanya! Bijak sungguh!


En Abah yang memang tak tahan mendengar pujukan Imran pun membelikan layang-layang 'Men' dan bermain bersama Imran. Terbanglah RM12 bersama-sama dengan layang-layang itu. Hohoho.


Selepas beberapa ketika kami bergerak lah pulang. Singgah di gerai-gerai tepi jalan menjual keropok. Kononnya nak beli sebagai buah tangan kawan-kawan opis. Kata mak saya, hari tu dia beli RM1 sepeket. So bila tanya mamat yang jaga kedai tu, memula memang dia kata RM1 sepeket. Bila mak saya kata nak beli 50 peket, dia cakap apa tah dengan kawan-kawan dia kat situ (ampun, saya tak paham loghat Terengganu), terus dia kata harga keropok sepeket RM1.50! Apakah? Dia ingat kami orang KL so boleh sesuka hati je naikkan harga? Ingat kami ni dok KL kaya ke? Terus kensel. Nasib kamu le.


Frust dengan sikap mamat itu, kami terus ke Cherating. Nak singgah satu gerai yang adik sepupu saya selalu singgah sebelum balik KL. The thing is masa tu dah pukul 5.40 petang. Ikut kata adik sepupu saya kedai tu tutup pukul 6.30 petang. Dan kami masih di KT. So, apalagi. Adik saya bawa kereta persis F1 lah.


Sampai di gerai tu tepat pukul 6.30 petang. Nasib baik belum tutup. Beli keropok dengan harga RM1.20. Ok lah. At least dia tak tipu! Kemudian kami pun geraklah pulang.


Singgah di kawasan rehat Gambang, sembahyang Maghrib dan Isyak sambil makan malam. Sampai di rumah dalam pukul 12.30 pagi. Huargh. Sungguh penat.


Ahad pagi, En Abah ajak balik Seremban. Seriously saya rasa sungguh penat. Dan badan sakit-sakit. Maklumlah, naik kereta Pro.ton sambil mendukung anak kecil yang sedang tidur memang memenatkan. Sakit pinggang bagai. Tapi demi memenuhi permintaan En Abah, kugagahi jua. Ecewah.


Tapi awal-awal lagi saya pesan kat En Abah yang saya sangat penat. Disertakan dengan pakej lengkap cherry-berry hasil makanan di kawasan rehat Gambang itu. Huhu. Tak larat mak, nyah! En Abah janji dia akan uruskan anak-anak nanti.


Sampai di Seremban memang saya terbaring aje. Asyik tidur aje. Wah. tak pernah saya rasa selenguh ini. Rasa macam loser pun ada sebab asyik terbaring aja. Makan pun tak selera.


Hasil dari sakit-sakit badan ni, production susu saya merudum. Saya usahakan juga nak mengepam untuk stok Irma hari Selasa (hari ni) nanti. Malangnya saya dapat 2 oz aje sekali pam. Kemudian lagi 1 oz aje pada sesi selepasnya. Gila. Memang kempis B ku. Kempis sekempis-kempisnya. Irma pun tak puas minum. Menyesal sungguh saya sebab tak tekadkan hati simpan juga stok EBM masa kat Paka tu. Hisy.


So hari ni, bekalan EBM Irma hanya 3oz sahaja. Selebihnya terpaksalah saya beri soya Melilea itu. Irma, ampunkan mama ye sayang. Mama minta maaf banyak-banyak. Mama yang salah. Irma makan bubur banyak-banyak hari ni ye so kuranglah minum susu soya tu. Esok Insyaallah akan bertambah stok EBM buat Irma.


Ya Allah, permudahkanlah perjalanan penyusuan ini... Amin...




Aku Merinduimu...

Ting Tong! "Vince, kawan nak jumpa!"


Dear blog,


Rindu sungguh saya dengan kamu. Muah muah muah! Hari ini (Isnin) saya ambil cuti sebab kepenatan. Badan sakit-sakit tak larat nak bangun. Nantilah saya ceritakan esok ye.


Jumpa esok pagi!




Friday, May 15

Poll (Sticky Note)

Dear friends,

Saya telah create satu poll di belah atas kanan sana. Harap kawan-kawan sudi meluangkan masa menjawab soalan di poll itu ya.

Tengs!


Wednesday, May 13

Mimpi: Elaborated




Malam tadi saya bermimpi berjumpa CY. Hohoho. Apakah maknanya?


Oh mimpinya pendek aja.


Saya bermimpi CY datang ke rumah saya, menghadiri kenduri saya. Entah kenduri apa saya tak tau.


CY begitu excited berjumpa saya. Kohkohkoh. Siap peluk cium bagai. Hahaha. Saya pun tak pasti apa yang menyebabkan CY begitu teruja.


Kemudian, saya terdengar sebuah lagu. Lagu 'Teruja'.













































Oh. Lagu alarm henpon saya rupanya.


Begitulah adanya kisah saya bermimpikan CY. Sungguh short and sweet mimpinya.

Lagi Sedap...

Jika me_czar menghadapi siatuai 'ham.put', saya pula berdepan dengan ini:



Sila jegilkan mata jika tak nampak.


Atau meh saya taipkan apa yang tertera di atas.










Lagi sedap lepas dalam.


Ohhh... apakah???

Cerita di Dungun

Sepanjang dua malam saya di sini, saya ditemani En Abah dan anak-anak. Malam tadi ayah serta adik-adik saya pula datang. Pagi tadi En Abah dan ayah saya telah pun selamat tiba di KL. So malam ni hinggalah Jumaat, saya ditemani adik-adik serta anak-anak saya. Jumaat nanti, En Abah, ayah dan emak saya pun akan datang sekali. Hahaha. Gilalah. Macam dekat je Terengganu-KL.


Syukur yang amat sebab saya dikurniakan family yang sanggup ke hulur ke hilir demi untuk menjaga anak-anak saya yang bijak pandai itu.


Oh ye. Petang semalam saya satu family lepak-lepak makan keropok lekor di tepi kubur pantai. Ada seekor kucing berwarna hitam lalu. Imran dengan excitednya menjerit, "Mimi! Mimi!" Mimi ialah kucing mak saya yang berwarna putih.


Demi melayankan si anak, En Abah pun menjawab, "Haah. Mimi kaler hitam."


Terus Imran menjerit lagi, "Mimi! Itam!" Hohoho. Lawak pulak rasanya. Satu kedai dengar suara Imran.


Sepanjang tempoh saya berkursus, En Abah yang menjaga anak-anak (sehingga malam tadi). Mulanya risau jugak. Boleh ke dia melayan karenah budak-budak ni? Bila saya sampai ke bilik, Imran dan Irma terbongkang dengan jayanya. Haha. Kata En Abah, dua-dua makan bubur (ye, Imran tumpang bubur Irma) dan minum susu dengan sangat banyak! Sampaikan poo-poo pun banyak kali. Kahkahkah. Jenuh En Abah membersihkan bon-bon budak-budak ni. Tahniah En Abah kerana berjaya menjadi Abah Mithali dan Suami Mithali. I Lap U En Abah.


Sepanjang saya di Dungun ini, masih belum berkesempatan nak berjalan ke mana-mana. Hanya ke Mydin mencari brooch (brooch saya tertinggal di KL). Kohkohkoh.


Selain dari pantainya yang tak ada orang mandi, saya tak tahu apa lagi tempat-tempat yang menarik di Dungun. Ada sesiapa yang tahu? Oh dan kalau boleh, sudi-sudikanlah kongsi tempat-tempat makan yang menarik dan murah di Dungun ni.


Bercerita tentang makan, saya perhati banyak jugak kedai makan yang menjual nasi ayam. Orang Dungun memang suka makan nasi ayam ke?


Dan harga makanan adalah standard seperti di Shah Alam. Terutamanya menu masakan panas seperti nasi goreng, tomyam dan sebagainya. Saya sangkakan makanan adalah murah sikit di sini. Rupanya tak jugak ye? Ke saya yang tak tahu lubuknya kat mana?


Oh dan ini juga pengalaman saya sepanjang beberapa hari pertama di sini. Dah dua kali terjadi kat saya. Apa yang saya perhati, contohnya, kalau saya order teh o ais limau, dia sediakan teh o air laici. Adakah bunyi limau sama seperti laici? Atau saya cakap slow sangat? Atau dia sengaja bagi air yang mahal kat saya? Dah dua kali jadi tau. Being me yang malas nak argue dan suruh orang tu tukar jugak kepada air yang saya order, maka saya terima ajelah air teh o ais laici itu.


Oklah. Kelas dah nak start.


Petang ni lecturer saya nak belanja saya satu family makan keropok lekor. Wohoo.

Monday, May 11

404

Oh well. It's my 404th entry.


Mak kat Terengganu ni. Kat lab. Tengah break setengah jam.


Semalam sesat barat nak sampai ke Dungun. Bertolak lepas Zohor. Sampai lepas Isyak. Hoho.


Ok. Other student dah masuk.


Malu mak penceramah dok mention nama mak masa lecture.


I tau la I paling MUDA. Kohkohkoh.


Kalau berkesempatan curi-curi guna PC lab ni, mak memblogging lagik okeh.


Till then, tata.

Sunday, May 10

Birthday Imran & Irma @ Jalan Klang Lama

Baru pulang dari kampung saya di Jalan Klang Lama. Sambut birthday Imran & Irma kat sana. Saya tempah kek di sini.

Sambutan sederhana saja. Sekadar jemput saudara-mara terdekat, makan nasi ayam yang dimasak oleh makcik saya (sungguh syedap!), kemudian acara potong kek, makan kek serta aiskrim.

Kek birthday Imran & Irma ditempah khas dengan gambar rumah kelab Mickey Mouse, dan diletak M&Ms di sekeliling kek itu. Memula dok terpikir jugak, cukup ke kek ni sebab anak buah ramai. Sekali petang tadi masa saya ke rumah tuan pembuat kek, saya terkagum sebab keknya sungguh tebal (tinggi).

Dan, ya, kek tu cukup untuk semua orang. Siap berlebih lagik. Yang paling seronok masa tengok kek tu, budak-budaklah. Lepas potong dan makan kek, diorang still berkerumun kat kek tu. Sebab apa tau? Sebab masing-masing nakkan coklat M&Ms yang cair di mulut tidak di tangan itu. Elok je M&Ms terakhir dibahagikan, semua budak-budak pakat hilang tah ke mana. Sabo je la.
Insyaallah, pulang dari Ganu esok, saya akan upload gambar.
OK. Sudah pukul 12.40 pagi. Mata sudah ngantuk. Nak kena mengadap perjalanan yang jauh esok ni. Baju belum packing lagik! Argh!



Friday, May 8

Away...

... for a week.


Akan ke Terengganu pada Ahad ini. Dan pulang pada Sabtu depan. Blog ini akan bersawang lah kekdahnya selama seminggu ini, kerana saya tidak ada sebarang pertalian connection dengan internet.


Ouh... saya akan merindui saat-saat saya melompat dari satu blog ke satu blog.


Adakah anda akan rindukan saya juga? *wink*


Doakan saya sekeluarga selamat pergi dan selamat pulang ya.



Phew!

Oksigen! Oksigen!


Saya telah berjaya menyelesaikan hal-hal berkaitan dengan pemergian saya ke seminar itu. Kalau dah nama kerja gomen, memang banyaklah borang itu ini yang perlu diisi dan dihantar. Sekejap ke ofis sana, sekejap ke ofis sini. Semuanya saya terpaksa hantar sendiri dan berdepan face-to-face dengan ketua-ketua jabatan. Dari ofis A ke ofis B ke ofis C. Saya berjalan kaki meredah bukit-bukau dan tangga-tangga.


Semuanya kerana short notice.


Dan saya pergi seminar ni tanpa kelulusan bahagian HR lagi!* Nasiblah kalau tak lulus. Sengkek la mak tak boleh claim elaun penginapan dan perjalanan. Huhu.


Dan betapa sibuknya saya ke hulur ke hilir meminta tandatangan macam minggu orientasi semasa Tingkatan 1 dulu sampai takde masa nak mengepam! Sungguh sakit B ku! Hanya pada pukul 4 petang tadi, barulah ada masa terluang.


Lemak-lemak di badan, silalah mencair sekarang!


*Untuk menghadiri sebarang seminar atau kursus yang BUKAN dianjurkan oleh pihak HR, kami mesti dapat kelulusan. Borang permohonan kena masuk meeting dulu. Biasanya ambil masa dalam seminggu ke dua minggu.


Hmm...

Seronoknya ada kawan-kawan yang bercuti sempena Hari Wesak esok. Saya kerja. Takde makna kalau cuti am jatuh pada hari Sabtu pun.

Hm. Hari ni ada meeting bahagian. Borang permohonan pendahuluan saya masih lagi belum submit. Sebab surat jemputan dari pihak yang organize kursus tu masih belum di-email. Padahal saya dah banyak kali call suruh email. Takde surat jemputan, takleh mintak tandatangan bos. Nanti borang tak lengkap. Kalau borang tak lengkap, takleh dapat duit pendahuluan hari ni. Kalau takde duit pendahuluan tu, macamana nak ke Ganu? Huhu. Poket saya sudah kering ni.


Thursday, May 7

Tetap Juga Pergi

Makanya, saya tetap akan ke Terengganu jugak *sigh*.

Sebab tak sampai hati nak suruh orang lain gantikan tempat saya. Kalau saya tak gemar diberi short notice, orang lain pun pasti begitu juga, kan?




Ampun

Sejak akhir-akhir ini, saya perasan yang kandungan setiap entri di blog saya adalah agak mandom.

Entah kenapa takde idea nak menulis tentang benda yang best-best. Asyik cerita pasal diri sendiri aje. Mesti ramai yang dah boring nak baca blog saya ni.

Ampun ya.





Akhir-akhir Ini

Entah kenapa.

Sejak akhir-akhir ini, rasa seperti dipinggirkan kawan-kawan.

Rasa agak terasing.

Macam katak bawah tempurung, yang tahu apa yang terjadi di luar tempurung tu.

Sama macam saya. Banyak hal kawan-kawan yang saya tak tahu. Tahu-tahu, seorang dah selamat ke sana. Tapi bila ditanya perihal keadaan dia, jawab acuh tak acuh saja.

Rasa macam ketinggalan keretapi pun ada jugak.

Sedih.

Mungkin saya bukan lagi kawan yang terdekat dengannya.

Mungkin saya dah berada dalam suasana yang berlainan dengannya.

Entahlah.

Sedih-lah!




Dalam Dilema

Seriously.


Saya dalam dilema.


Nak pergi ke tak nak? Kalau pergi, WAJIB bawa Irma. Sebab saya takde langsung stok EBM. Apa yang dapat hari ini, akan digunakan esok. So, jangankan stok untuk seminggu, kalau kena tinggalkan Irma sehari semalam pun tak cukup.


Masalahnya, siapa nak jaga Irma masa saya berkursus? En Abah tak dapat ikut. Sangat-sangat sibuk. Adik-adik saya pula, ada interview hari Selasa nanti. Takkan disebabkan saya berkursus, adik-adik saya terpaksa lepaskan temuduga kerja diorang? Tak ke selfish namanya tu?


Lagi satu, saya baru dapat tahu yang kursus tu sebenarnya untuk final year IT student. So, kalau saya attend kursus tu, sayalah peserta yang paling tua sekali. Huk huk huk. Tak bestnya menjadi peserta yang paling banyak umur. Ok. Takde kaitan dengan rasa berat hati nak pergi.


Tapi (banyaknya la tapi), siapa nak jaga Irma nanti? Argh. Buntunya!



Wednesday, May 6

Cepatlah

Hm... baru habis meeting. No, bengkel. En Abah masih belum sampai. *yawn*

Cepatlah.

Mahu pulang.


Sepanjang Hari

Sepanjang hari ini saya menghadiri bengkel. Oh, bukan di Terengganu ye kawan-kawan. Itu cerita lain. Saya ada bengkel di Pusat Islam tempat saya bekerja ini.

Sepanjang hari. 8.30 pagi hingga 5.00 petang.

Hmm... Boringnya.

Nota: Ini adalah entri berjadual.


Tuesday, May 5

12 Tahun Yang Lepas

27 April, 1998


5.30 petang. Waktu riadah. Biasanya masa dihabiskan bersama rakan karibnya, D dan R. Terkadang mereka mengeluarkan peluh dengan bermain badminton di dewan dengan rakan-rakan yang lain, terkadang hanya duduk di tepi bukit menikmati angin petang, terkadang mereka menelaah pelajaran bersama. *Sungguh nerd*


Petang itu, hanya dia dan D. R? Menghabiskan masa dengan sesi kuak lentang secara sulit di atas katil di dorm. *Ponteng la tu.*


"Weh D. Jom teman aku pi tepon jap. Hari ni besday adik aku la."


Mereka berjalan menuju ke pondok telefon awam. Dia mendail nombor rumah. Berbual seketika dengan adiknya sambil mengucap selamat. Hampir tiga minit, gagang diletakkan. Diari di tangan dibelek-beleknya.


"Apa nak buat petang ni ye Z? Boring lah. Nak main, malas. Nyesal lak aku tak join R tadi," kata D. Z masih lagi membelek diarinya.


"Z! Ko dengar tak apa aku cakap ni?"


"Dengar... ha jom kita main telefon nak? Aku nak kau call nombor ni. Cakap dengan Faizal," Z menunjukkan nombor telefon yang tertera di diarinya.


"Siapa pulak Faizal ni?"


"Ada la... aku pernah chat dengan budak ni. Dia bagi nombor telefon dia. Tapi bila aku call orang yang jawab telefon tu kata takde orang nama Faizal dalam rumah ni."


"Oo... kes kena kencing la ni? Habis tu apa tugas aku lak?"


"Kau call, pastu cuba investigate sikit apa yang jadi sebenarnya? Aku tak puas hati sebab Faizal tu pernah call aku. Kalau kau dapat cakap dengan Faizal tu, kau sembur ah sikit kat dia."


"OK no prob. Aku memang pakar dalam hal-hal macam ni," gagang telefom awam itu diangkat, dan nombor yang ada pada Z didail.


+ Hello? Boleh cakap dengan Faizal?

- Er... Faizal? Faizal tak tinggal kat sini. Tapi dia tinggal dekat-dekat sini.

+ Hah? Macamana pulak tu? Awak ni siapa?

- Saya kawan Faizal....


Hendak dijadikan cerita, semasa Z berchatting dengan Faizal dulu, kawan Faizal ada di sebelah. Kebetulan semasa mereka bertukar-tukar nombor telefon, Faizal pergi ke tandas. Kawannya itulah yang memberi nombor rumahnya kepada Z.


+ Habis tu, kalau saya nak contact Faizal macamana?

- Hm... macam nilah. Nanti-nanti saya bagitahu nombor Faizal. Tapi awak kena call saya dululah. Pulak?

+ Ok... tapi dengan siapa saya bercakap ni?

- Kalau kawan saya nama Faizal, maknanya nama saya Faizol la.. Hah? Macam tu pulak? Kembar ke apa nih?


Z yang curi-curi dengar perbualan D dengan 'Faizol' mengerutkan kening.


+ Oh ye ke... Habis tu kalau saya call nombor awak ni, pastu ada pulak orang perempuan angkat, dia kata takde orang nama Faizol kat sini macamana?


Pandai kau D! Pusing-pusingkan soalan balik!


- Ha ah yek. Betul jugak. Kalau macam tu, nama saya H.


Z tidak dapat menahan tawanya. Nak tipu tapi tak reti! Hehe!


Gagang diletak. D dan Z ketawa tak putus-putus.


"Apa cerita budak ni, Z? Nak tipu tapi hampeh.. hehehe."


"Entahlah. Faizol konon." Mereka tertawa lagi. *Ni kalau cerita kat R mesti merah-merah muka dia gelak ni.*



"Jomlah. Waktu riadah dah nak habis. Jom kita kejut dak R tu, Ajak dia makan malam." Mereka berjalan bersama menuju ke Blok F. Naik ke tingkat 2. Bilik F2-13.


"La... budak ni. Tidur lagi? Hoi R bangun la! Kitorang ada cerita best ni!"


P/S: Cerita ni di-publishkan atas permintaan cik MIO kita. Dia ada tanya mcmana saya kenal dengan En Abah melalui IRC. Inilah permulaannya. Hihi. The rest of the story (yang masih lagik terbengkalai bertahun-tahun) boleh lah jenguk-jenguk kat sini. Ampun sebab tulisannya kecik. Mak kopipes aje weh.


P/P/S: Cik MIO dan Me_Czar, kamu kenalkah Faizal itu? Roza, adakah anda turut tergolong dalam kumpulan sesi kuak lentang, sama seperti saya dulu?



Ganu Kite Here I Come!

Tengah hari tadi tetiba bos datang bilik saya dengan seorang lelaki.


Dipendekkan cerita, dia menyuruh mencadangkan saya supaya menghadirkan diri ke satu seminar yang di-arrange-kan oleh lelaki tersebut. Di Terengganu. Minggu depan.


Oh!


Kenapa begitu short notice sekali?


FYI, saya tidak pernah outstation berseorangan. Biasanya hadir ke bengkel bersama-sama rakan sekerja yang lain.


FYI juga, saya ni jenis orang yang tak suka berseorangan. Sila rujuk zodiac saya.


FYI juga, saya cuak bila diberi short notice begini.


Seminar tu pada 11 hingga 15 Mei. Sepanjang minggu. Oh no. Haruskah saya bawa anak-anak? Stok EBM adalah zero. Hari ni pam, esok guna.


Siapa pulak nak jaga anak-anak sepanjang tempoh saya berseminar? En Abah sedang sibuk dengan kerja-kerjanya. Memang agak mustahillah dia akan bersetuju untuk ikut saya ke Terengganu.


Hm. Bos oh bos. Mengapakah kau mengundang kezutan ini?


Positif, Zety. Positif.


Mungkin boleh guna kuasa memujuk untuk memujuk En Abah supaya ikut sama ke Terengganu. Mungkin boleh ajak adik-adik saya. Yelah, boleh la diorang berjalan-jalan sekitar Terengganu sambil makan keropok lekor sambil menjaga anak-anak saya.


Seminar ni saya attend secara percuma. Sedangkan kalau di luar, yurannya adalah RM4,800! Huish. Jauh lebih tinggi dari gaji saya. Ini adalah lebih kepada, peluang seumur hidup.


Seminar ni pula hanya dibuat semasa office hour. So, waktu malam boleh la berehat-rehat di negeri orang sambil shopping batik Ganu.


Oh dan, saya tak pernah ke Terengganu!


Menarik juga ni. Apa-apa pun, anak-anak wajib ikut saya. Kalau tak, Irma nak minum apa? FM? Oh no. Saya tak bersedia lagi.


Terengganu, here I come! Insyaallah. Kena bincang dengan En Abah dulu daaa....


Happy 2nd Birthday Imran!

Dua tahun yang lepas....


Pukul 8 pagi. Dalam bilik air. Nak mandi. Tengok-tengok dah ada 'bloody show' itu. Memang sepatutnya hari ni due date nya. Tapi dari malam tadi cuba kira contraction, sela berapa minit. Masalahnya, saya tak rasa langsung contraction tu. Cuma baby boy kat dalam ni kuat bebenor menendang perut saya. Terutama bila bunyi lagu dari radio tu terkuat sikit.


Teringat pulak masa kat ofis. Masa tu baru nak start meeting. Meeting room berdekatan dengan meja sorang akak ni. Tetiba lagu 'Gadis Melayu' pulak yang keluar. Terus baby boy ni menendang-nendang. Amboi kemain sakan dia berjoget dalam perut mama ni. Haha.


Ok. Since ini 'show' sudah keluar, rasanya kena la bersiap-siap ke klinik. Saya buat check-up kat Poliklinik Sya.hirah, Seksyen 7, Shah Alam. Dekat sangat dengan rumah sewa saya ni. Jalan kaki pun boleh. Suka dengan Dr. Y.us ni. Baik orangnya. Saya selesa dengan dia.


So, saya kejutkan En Abah yang tengah tidur lepas Subuh tadi. Saya bagitau yang dah ada tanda darah keluar. Kami pun packing apa yang patut. Bawak sikit je. Mentang-mentang le rumah dekat. Oh ye, ada saya beritahu yang saya akan bersalin di Poliklinik Sya.hirah ni?


Lepas packing, kita makan dulu! Saya makan roti canai dengan air Milo. Kemudian terus ke klinik. Rupa-rupanya Dr memang tengah menunggu kedatangan saya. Ye lah, dah due date nya pun kan. Dr check bukaan. Dah 6cm rupanya! Dan saya boleh rileks lagi tanpa merasa apa-apa contraction. Ke saya yang tak aware contraction tu macamana? Sampai sekarang saya tak pasti. Haha.


Dr tanya pasal contraction, saya tak dapat jawab. "Saya pun tak sure la Dr. Betul ke apa yang saya rasa tu contraction?"


Dr buat kesimpulan yang saya ni jenis "tahan sakit". Entah apa maksudnya.


Dr suruh ready di labor room. Saya insist takmo pakai baju klinik. Saya pakai tshirt kelabu saya sendiri. Ye lah. Kita ni kan gumuk. Baju klinik tu saya tengok kiut aje. So pakai baju sendiri lagi selesa. Nurse pun ok je.


Lepak kat labor room, baring-baring sambil baca buku panduan melahirkan. Sambil-sambil baca doa, semoga dipermudahkan semuanya. En Abah dah calling-calling mak dan MIL saya. Klinik ditutup khas untuk saya. Ecewah. Air zam-zam saya minum, semoga dengan izin Allah, air zam-zam ni boleh bantu saya melawan rasa sakit.


Oh ye. Saya di-induced. Sebab since saya tak dapat rasa sakit contraction, dan bukaan dah 6cm, maka Dr pun induced saya untuk mempercepatkan kelahiran. Kalau lambat, plus saya lak tak rasa sakit, takut baby lemas pulak.



Saya blurkan sikit gambar sebab saya sangat gemok tak pakai tudung


Masa kat labor room, saya turut ditemani sorang makcik ni. Dia bekerja dengan Dr Y.us ni. Dia dulu bidan kerajaan. Dia bacakan dan sediakan air Yaasin untuk saya. Dia juga ajar saya doa untuk kurangkan rasa sakit. Saya nak minum air selusuh, tapi dia kata nanti dulu. Tunggu bila betul-betul sakit nak bersalin baru minum. Ok makcik.


Dalam lepas waktu Zohor kalau tak silap, saya pun mula rasa contraction sikit-sikit. Oh gitu rupanya sakit contraction. Baru kutahu. Hihi.


Pukul 4 lebih, contraction makin kerap. Sakitnya tak tertahan-tahan. Badan saya menggigil kesejukan. En Abah saya tak bagi hilang dari pandangan saya. Duduk diam-diam kat sebelah saya ok! Hoho.


Pukul 5 lebih, saya dah mula rasa nak meneran. Tapi saya takde kudrat. Oh ye lah. Saya hanya breakfast roti canai pukul 9 pagi tadi. Itulah makanan terakhir saya. Patutlah saya rasa macam lemah je. Saya cuba push, tapi tak daya. Setiap kali saya meneran, seolah-olah berhenti separuh jalan. Macam tak cukup nafas.


Dr check heartbeat baby. Degupan jantung dia makin perlahan! Saya panik. En Abah panik. Dr pun panik!


"Prepare for vacuum."


Nurse cepat-cepat buat preparation.


"Ok Zety, bila you rasa nak push, cepat-cepat bagitau I. You kena kuat Zety. Baby you dah lemah dalam ni. Please. Demi baby," kata Dr. En Abah turut beri kata-kata semangat supaya saya cuba sedaya mungkin.


"Ok." Tak lama lepas tu, "Dr, saya dah rasa nak push ni."


"Ok. Just push!" Saya meneran sedaya yang saya mampu. Saya curi nafas. Saya ucap kalimah Syahadah dan laungan Allahuakbar. Ok. Saya takde la melaung. Ucap je. Dan...


Plop! Saya dapat rasa sesuatu keluar! Kemudian saya dengar bunyi baby menangis. Ah! Lega! Saya curi-curi tengok. Bersihnya anak saya. Kemudian terasa lagi ada benda yang tertinggal. Uri. Selepas uri keluar, Dr mula menjahit luka saya akibat vacuum tadi.


Masa tu saya dah terbaring dah. Lantak ko la Dr nak buat apa kat situ. Saya dah tak kisah apa-apa. Yang saya tahu, anak saya selamat, saya selamat, dan saya letih. Rasa ngilu masa dijahit pun saya boleh buat donno je.


"15 jahitan, Zety." Huuuu....


Maka, bermulalah kehidupan seorang Muhammad Imran Danish bin Mohd Hazrin. Lahir pada 5 Mei 2007, 5.37 petang dengan berat 3.6kg. Alhamdulillah.



Permata hati mama dan abah


Hari ni, genap 2 tahun usia Imran. Semakin hari semakin bijak dia.



Imran, happy birthday sayang! Mama sayang Imran. Tak kisah la apa orang nak kata pasal Imran pun, mama tetap sayang Imran. Biarlah orang kata Imran nakal, atau hyper, atau aktif melampau, atau lambat bercakap, atau apa saja. Mama tetap sayang Imran. Lagipun, aktif maknanya bijak kan! Insyaallah, mama akan cuba sedaya upaya mama untuk berikan segala yang terbaik untuk Imran.


Mungkin mama tak mampu nak belikan mainan yang hebat-hebat untuk Imran. Atau baju yang berjenama mewah. Atau buku-buku yang banyak. Atau makanan terbaik (susuibu). Tapi percayalah, setiap hari mama cuba berikan sehabis mampu mama.


Semoga Imran akan jadi anak yang soleh, yang baik, yang sihat, yang bijak, yang cerdas, yang cergas, yang hensem, dan segala yang terbaik buat Imran. Semoga Allah berikan rahmat dan kurniaan Nya kepada anak mama ni.


Muhammad Imran Danish, yang terpuji, bersopan dan genius.



Imran dan abah - 28/03/2009


Selamat Hari Jadi sayang!





Monday, May 4

Cerita Cuti Saya

Cuti panjang saya dihabiskan dengan pulang ke kampung En Abah. Dah hampir 3 minggu tidak ke Seremban.


Perjalanan pulang (malam Jumaat) melalui highway PLUS. Mula-mula ingat nak ikut highway LEKAS. Memang lekas sampai. Tapi sebab dah malam sangat, tak jadi la pulak coz macam seram-seram sikit nak lalu situ. Hehe.


Belum sempat masuk highway, mak budak ni dah zzzz dulu bersama si anak dara. Hoho. Tak ku sedar jem ke tidak. Tapi ikut kata En Abah, jem tak hengat punya. Ampun ya En Abah sebab tak temankan masa drive tu, padahal En Abah sangat penat sepanjang hari tu.


Esoknya ada bbq. Sempena tunang SIL yang bakal berangkat ke India. Macam-macam ada. Ayam panggang, lamb chop, ikan bakar, sotong bakar, kerang, roti jala, sosej dan macam-macam lagilah. Semuanya sungguh menggiurkan. Nyam nyam. Imran dengan seronoknya makan ayam panggang tu. Irma pulak, nasib baik dia tidur masa bbq tu. So dapatlah mamanya ni makan dengan banyak aman. Naik lagi sekilo la gamaknya saya ni


Hari Sabtu, ada kenduri kahwin dua pupu En Abah. Selepas itu melawat bapa saudara En Abah yang sakit di Bangi. Malamnya pula ke sebuah restoran di Senawang. Makan beramai-ramai jugak. Saya order nasi goreng paprik ayam dan fresh orange. Menu biasa-biasa aje tapi saya punya order lah yang paling lambat sampai. Huhu. Kelaparan dibuatnya. Sempat pulak mengepau nasi goreng cina Imran barang sesudu dua. Bila menu yang diorder sudah sampai, nasi gorengnya sangatlah lembik sekali. Sungguhlah tidak berselera. Tapi saya gagahkan jugak sebab lapo. Hoho.


Malamnya, saya kena cirit-birit. Ohhh... ni penangan nasi goreng paprik ayam tu ke? Pagi Ahad pun masih lagi ke tandas menjalankan aktiviti. Imran pun banyak kali poo-poo sampai merah-merah bon-bon nya. Ohhh anak jantan saya ni kulitnya sangatlah sensitif. Pantang lambat tukar diaper (even CD sekalipun), atau pantanglah terlebih aktiviti poo-poonya, mesti akan naik merah-merah kat bon-bon. Kesian anak saya.


Hari Ahad saya dipenuhi dengan membaca novel yang saya beli semasa warehouse sale itu. Ohh saya membeli novel ini.





Saya tahu memang agak terlambat nak membacanya. Orang lain dah berkurun membacanya. Tapi being me yang memang jarang yaamat membeli dan membaca novel semenjak menjadi mak orang ini, ini adalah satu pencapaian buat saya. Hahaha.


Novel ini juga novel kedua Sophie Kinsella yang saya baca selepas The Undomestic Goddess. Hahaha. Gila tak ikut perkembangan lah saya ni. Takpe takpe. Satu-satu lah kan. Nak beli kesemua series Shopaholic tu saya belum mampu. Tunggu saya kaya sikit.


Hujung minggu yang baru berlalu ini merupakan hujung minggu yang sungguh menyakitkan. B saya luka lagi. Dan saya tertinggal Lucas Papaw kesayangan saya di rumah. Huhu. Tapi saya gagahkan juga memberi Irma B kanan saya yang luka itu. B kiri saya tidak semewah B kanan hasil susunya. So Irma tak pernah puas jika diberi B kiri, kecuali kalau dia nak minum sekejap-sekejap untuk hilangkan haus aje.


Saya lihat ada 3 luka di B kanan saya. Mak aii! Patutlah sakit gila! Adakah teknik penyusuan saya yang dah nak dekat setahun ni masih tidak betul? Sungguhlah bengong saya ini jika masih tak pandai-pandai lagi menyusukan anak. Atau kerana Irma yang suka mengemam, no, menggigit sambil menarik B saya? Huuu sakit okeh. Sudah banyak kali saya tegur dia, tapi nampaknya belum menunjukkan hasil. Sampaikan ada satu kali tu, Irma merajuk takmo nenen sebab saya tertinggikan suara selepas dia menggigit B kanan saya hingga berdarah. Menangis-nangis dia. Alahai... mama tak sengaja la sayang. Sorry ye sayang. Sakit benor sampai mama terjerit pulak.


Kesian anak saya. Kesian kat saya jugak.


Dan semalam, valve Avent Isis saya hilang. Selepas saya membasuh pam kesayangan saya di rumah MIL, saya letakkan/keringkan di dalam satu bekas di tepi sinki. Bila saya nak simpan semula ke dalam cooler bag, saya tak jumpa valve itu. Sungguh sedih! Nasib baiklah spare partnya ada. Yang terakhir. Ohh harusku order valve itu.


Maka dengan ini juga, saya ingin memohon maaf kepada kawan saya, Juliana Anis di Gombak kerana tidak menghadirkan diri ke majlis perkahwinannya. Dan juga kepada Umi Sufira kerana tidak dapat ke majlis perkahwinan adiknya. Ampun.


Kisah Tajam

Baca blog Cik Fid tentang anaknya yang tidak mahu bermain dengan benda yang tajam, teringat pula 'kisah tajam' saya dan Imran.

Gini.

Masa tu Imran makan sosej yang dicucuk kat lidi tu. Alah yang dijual RM1 sebatang tu. So saya pun saja-saja la mintak dia sikit.

"Imran, mama nak sikit boleh?"

Dia geleng-geleng kepala sambil berkata, "-jam, -jam (Read: Tajam, tajam)"

Amboii... punyalah takmo bagi mama dia rasa. Sampaikan dia pulak yang sound kita, kata lidi tu tajam. Sabo je la.



Friday, May 1

Imran Oh Imran

Imran semakin deb-deb sekarang. Berkat duduk dengan nenek selama 3 minggu. Hihi.


Kerenahnya jangan cakap lah. Macam-macam.


Ada sekali tu, tunjukkan dia gambar pisang kat dalam board book yang mama baru beli tu. Tau apa jawab?


"Nenet." (Read: Nenek)


Sebab nenek suka makan pisang. Hahaha.


Tunjuk gambar bola --> "La. Pak. Deki" (Read: Bola. Sepak. Kaki.)


Tunjuk gambar car --> "Vroom."


Tunjuk gambar aeroplane --> "Bang." (Read: Terbang)


Mama beli benda alah yang seakan-akan doodle tu tapi versi murah la. Beli kat Hinode aje. So, mama yang konon-konon nak ajar Imran kenalpasti gambar, lukislah gambar Doraemon kesayangannya tu. Bulat, siap mata, hidung, mulut dan misai kucing.


"Ni gambar apa ni Imran?"






















Tekalah apa dia jawab?



































































"Tok."

Ada ka patut? Berguling-gulinglah mamanya ni gelak. Kesimpulan? Mama tak reti melukis. Hahaha.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!