Friday, August 28

Event Esok Tapi Tak Jadi

Sepatutnya esok saya dan kawan-kawan hostel zaman saya sekolah menengah rendah dulu ada gathering. Berbuka puasa bersama-sama. Syoknya jumpa kawan-kawan lama. Ada antara kawan-kawan saya ni yang saya tak pernah berjumpa selama 13 tahun! Lamanyaa! Macamana la rupa masing-masing kan?


Teringin sangat nak pi gathering tu. Tapi malam ni saya balik Seremban. Tak de rezeki nak jumpa kawan-kawan lama.


Kepada kawan-kawan yang akan ber-geder-geder esok, bestnya korang!!!!! Kirimkan salam aku kat yang lain ye. Insyaallah kalau diizinkan tuhan berjumpa jugaklah nanti dengan kawan-kawan lama. Bila dan di mana? Wallahualam.



~Dayang's Giveaway~

Saya terbaca giveaway menarik dari Dayang bila baca di sini. Walaupun tarikh tutupnya dah dekat bebenor, tapi saya saja-saja nak join jugak. Ngee...


Cara-cara untuk join giveaway ini adalah sangat simple.

1. Tinggalkan komen di entri giveaway itu.
2. Bagitau apa barang yang paling kita suka yang ada dalam blog dia (dalam komen tu)
3. Pastu buat entri berkenaan giveaway itu di blog kita.


Senang kan?


Oh, saya semestinya paling suka barang ini:



Bolehlah dihias di rambut anak dara saya tu :)



Puasa Penuh

Kanak-kanak zaman sekarang memang lagi dahsyat dari zaman kita dulu kan? Mana taknya, ada yang berumur 4 tahun pun dah mula dilatih berpuasa. Kagum betul! Siap ada yang berpuasa penuh pulak tu!


Saya mula berpuasa semasa berumur 7 tahun. Tapi hanya 8 hari saje. Ngehngehngeh. Sebab saya muntah darah kot pada hari ke-9 tu. Terus mak saya tak bagi puasa dah.


Darjah dua, saya berpuasa penuh tolak sehari. Sayang je kan? Sebabnya apa tau, sebab saya ikut parents saya pi shopping raya kat Jalan TAR sana tu. Lepas tu tak tahan tengok air sejuk yang berwarna-warni yang dijual di gerai-gerai tu. Terusss request nak air. Masa tu tak kira dah puasa ke tak. Dengan panas teriknya, dengan penatnya, memang tergodalah jiwa ragaku melihat air sejuk berais itu. Fuh!


Bila start darjah tiga, barulah saya berpuasa cukup sebulan. Sampailah sekarang (kecuali bila 'kawan baik' datang aje la kan).


Korang pulak macamana? Start puasa umur berapa tahun ye? :)


Muhasabah

Perbualan antara saya & En Abah ketika di bilik tidur selepas waktu berbuka (nak solat Maghrib ye. sila jangan fikir yang bukan2 di bulan puasa ini :P)


"Imran ni tinggi kan. Tak nampak macam budak umur 2 tahun."


"Haah."


"Sebab kita tengok dia tinggi, kita selalu rasa dia macam dah besar. Selalu treat dia macam budak umur 4 tahun ek."


"Haah kan. Padahal baru umur 2 tahun lebih je."


"Kesian jugak kadang-kadang."


Betul. Imran ni agak tinggi sikit berbanding dengan sepupunya yang lain. Bukan mengada-ngada nak banding-bandingkan tapi hakikatnya begitu. Agak pelik sebab saya bukanlah tinggi sangat dan En Abah pun biasa-biasa saja. Mungkin ada keturunan atok nenek kami yang tinggi tapi kami tak tahu kot :)


So, disebabkan Imran ni tinggi dan juga badannya solid, tak rasa macam sedang melayan budak berumur 2 tahun. Lagi-lagi Imran pulak memang jenis yang lasak dan lebih prefer bermain dengan sepupu-sepupunya yang jauh lebih tua dari dia. Mungkin sebab boleh dibuat gusti kot. Haha. Kalo dengan budak yang sebaya dia harus menangis sakan budak tu. Kesian pulak nanti. Sedang sepupu dia yang darjah 2 pun pernah 'tewas' sampai melalak dikerjakan Imran, lagikan pulak budak-budak baya Imran!


Ye, anak saya sangat aktif. Sebut je 'Ultraman', boleh dia terus 'bertukar' jadi Ultraman yang sedang melawan raksasa. Siap diserangnya raksasa (read: En Abah) tu. Kadang-kadang saja saya sakat En Abah. Saya sebut, "Ultraman, bertukar!" terus Imran serang En Abah. Haha. Siap berguling-guling macam wrestling ok.


Dan saya rasa tulang dia sangat padat. Lebam muka bila kena 'back hand' dia. Huhu. Spec saya yang patah ni pun hasil back hand dia jugak la.


Oh saya bukan nak anak saya jadi ganas. Saja main-main dengan dia sekali-sekala.


Berbalik kepada topik asal. Disebabkan Imran ni tak nampak macam budak umur 2 tahun sangat, kadang-kadang kami ni layan dia macam budak besar. Bukannya sengaja, tapi tak sedar. Tu yang kadang-kadang dia kena marah, kena babab bila dia buat salah. Padahal dia mungkin tak paham pun apa yang dia buat tu salah. Padahal kami sepatutnya tegur dan nasihatkan dia elok-elok dulu sebelum ke stage seterusnya.


Haih. Rasa bersalah saya dibuatnya. Umur dia baru saja 2 tahun, tapi saya layan dia macam budak besar yang dah paham macam-macam. Tak patutlah kan. Sepatutnya kena la layan dia macam budak umur 2 tahun jugak - perlukan perhatian dan belaian yang sepatutnya.


Dan mungkin disebabkan perbezaan saiz fizikal yang ketara antara Imran dan Irma, saya kadang-kala over-protective terhadap Irma. Beza umur diorang setahun 19 hari tapi Irma hanya setinggi bahu Imran.


So, saya terasa macam sedang melayan baby yang berumur 8-9 bulan sedangkan Irma dah 15 bulan pun. Terlalu over protective pun tak baik jugak kan? Contohnya tak bagi dia ke sana ke sini, ke tangga ke dapur. Padahal dia cuma nak explore dunia keliling dia aje.


Saya rasa saya sepatutnya beri Irma lebih space untuk dia explore, lagi-lagi masa musim H1N1 ni kami tak bawak dia ke playground so ruang untuk dia explore hanya terhad di rumah saja. Oh beri space bukan bermakna saya biarkan aje dia naik tangga ye. Kena la ikut jugak dari belakang takut2 dia terlepas, terjatuh ke kan. Maksud saya, janganlah masa dia baru je nak ke tangga tu kita dah halang. Naik turun tangga kan satu jenis exercise dan latihan jugak kan (untuk both anak dan mama :P).


As for Imran, mungkin saya kena spend masa yang lebih dengan dia. Dia masih kecil lagi. Banyak benda yang saya kena tunjuk kat dia. Saya tak boleh expect dia well-mannered macam budak-budak yang lebih besar dari dia. He's only 2!


Muhasabah diri di tengahari Jumaat yang mulia :)



Puasa: Hari Keenam

Semalam En Abah sampai dalam pukul 5.45 petang. Wah berjaya juga dia datang awal. Hihihi.


Dan yang bestnya, kami berjaya melalui short cut untuk keluar dari kawasan tempat kerja saya. Dah la takde siapa lalu situ. Heaven gile! Kalau biasanya ambil masa 15 minit ke setengah jam untuk keluar ke highway, semalam hanya 5 minit aje. Sangat seronok!


Tapi dek semalam hujan lebat, jalan jem dan kami sampai rumah pukul 7 lebih. Penat gila sebab saya yang drive. Tapi syukurlah sempat sampai sebelum waktu berbuka. Sempat suapkan anak-anak makan.


Menu semalam ialah ikan masak taucu, pucuk ubi masak lemak dan terung+tempe goreng berlada. Saya sangat suka lauk last tu sebab mak saya potong nipis-nipis terung tu. So terung tu bentuknya bulat2 dan ala-ala rangup. Bestnya!


Malam ni Insyaallah kami akan berbuka di kampung saya yang 'jauh' sangat tu. Then lepas berbuka kami akan pulang ke Seremban.


Hari ni birthday MIL. Yang keberapa saya tak pasti sebab anaknya sendiri pun tak tau umur MIL saya. Sabo je lah. Bila ditanya dia jawab '50 lebih kut?' 'Eh 60 lebih lebih kut?' 'Entah la tak sure'. Hehe.


Mana la En Abah nak ingat umur maknya, umur dia sendiri pun kadang-kadang dia lupa. Tak koser tau En Abah ni. Haha. Kadang-kadang bila kena isi form ke apa ke boleh dia tanya kita balik, 'Eh berapa umur saya ek?'


Selamat Hari Jadi, Mak. Nantilah saya belikan hadiahnya, Insyaallah.



Thursday, August 27

Tak Baik Tau

Tak baik mengata paras rupa anak orang kan. Lagi-lagi bulan puasa yang mulia ni. Tak paham aku dengan perangai sesetengah manusia.


Tak kisah la rupa seseorang tu macamana pun. Kan ke itu semua ciptaan Yang Maha Esa. Kalau kita dok mengata ciptaanNya, bukan ke secara tak langsung kita mengata Dia jugak? Astaghfirullah.




Puasa: Hari Kelima

Seperti biasa, Khamis ialah hari berdiskusi sedunia. Huahuahua. So lambat le sikit mak nak bermarathon membaca blog kawan-kawan.


Semalam menu berbuka saya ialah ayam masak lemak cili api, kentang+tempe masak goreng berlada, salad sempoi (telur rebus+timun+tauhu+tomato+daun salad dan sos cili). Dessert ialah lompat tikam mak saya yang shedap.


Since semalam pun lambat jugak, tapi awal beberapa minit dari hari tu, so sampai rumah pun 10 minit lepas berbuka la kekdahnya. Berbuka air kotak soya dan popia basah dalam kereta. Ok la tu.


Tapi ok jugak lah balik lambat sikit dari orang lain sebab tak jem sangat but still jem lebih teruk dari hari biasa. Mungkin sebab saya tak masak so takde la rushing nak balik rumah kan. Huhu. Bilalah nak masak lauk berbuka untuk En Abah ni.


Hari ni saya dah request kat En Abah supaya jemput saya awal sikit. Tak best lah jadi the last person yang keluar dari ofis. Hari-hari pulak tu.


So kita tengok hari ni camne. Boleh ke dak En Abah datang awal sikit. Hehehe.


P/S: Saya dapat merasakan tanda-tanda yang kawan baik saya akan datang menjenguk. Tapi bukan ke baru je datang hari tu?? Takkan awal sangat kot? Ke penat sangat meredah jem sampai sakit2 urat saraf tunjang mak?


Wednesday, August 26

Lambat Lagi

Hari ni En Abah lambat lagi. Sigh.




Tora Dugaan Datang Lagi

Haih. Dugaan datang lagi. Bukan calang-calang pulak tu. melibatkan baaaanyak pihak. Bulan puasa macam ni, rasa macam nak pengsan je bila berdepan dengan macam-macam ujian.


Kadang-kadang rasa nak je pejam mata, tido. Then bila terjaga terus kata, 'oh mimpi rupanya'. Dan semua adalah ok. Pernah tak rasa macam tu?


Bukanlah mengeluh walaupun mengeluh la jugak, tapi saya sebenarnya agak buntu nak temukan jalan penyelesaian hal ni. Entah bila la agaknya akan selesai. Penat ok bila berdepan hal-hal gini.





Puasa: Hari Keempat

Semalam En Abah selamat sampai ke ofis saya pada pukul 6.15 petang. So disebabkan dah lambat, kami decide nak singgah petrol pam dan beli apa-apa yang patut untuk bekalan berbuka. Plus nak isi minyak sekali.


Beli di seven-e Shell yang sebelah UiTM (Federal Highway) tu. En Abah beli ma.mee kari berapi tu. Siap dah rendam awal2 dah. Hish. Tak kembang semangkuk ke waktu berbuka nanti? Saya beli roti yang ada sosej tu saje. Pastu dapat pulak kurma free.


Lepas tu singgah pulak surau lepas tol RM1.10 tu. En Abah baru nak solat Asar. Sabor je lah. Masa tu nak dekat pukul 7 okeh. Asar gajah ke dinosaur gamaknya. Then bergerak lah kami pulang ke Cheras.


Perjalanan adalah smooth and silky sahaja. Syok la pulak sebab tak jem pun. Ye lah dah dekat2 waktu berbuka kan. Saya dah dok terdetik dalam hati, kot-kot sempat agaknya nak sampai rumah sebelum waktu berbuka.


Sekali kat Connaught jem jugak daa.... Jem biasa-biasa aje lah. Kat situ kan memang jem sokmo. Then berkumandanglah azan Maghrib. Berbuka lah kami dalam kereta jugak kekdahnya.


Sampai rumah dalam pukul 7.40 malam. Orang lain baru je lepas habis makan. Mak ni terhegeh-hegeh nak jugak join makan nasi walaupun dah jamah roti dengan kurma. Hehehe. Tak kira.


Menu berbuka semalam ialah daging masak kicap yang marbeles, sayur campur (brokoli + cendawan tiram + kobis), sambal udang dan ayam masak goreng berlada (lauk lebih semalamnya). Alhamdulillah kenyang.


Lepas makan perut adalah memulas-mulas. Actually lepas makan roti sosej tu dah rasa memulas dah. Saya suspek saya diracun keracunan makanan. Masa dok sakit perut tu lah baru teringat yang tempat display roti tu adalah terbuka. Mungkinkah ada lalat dah masuk kat situ? Naya sungguh la. Dan padan muka diri sendiri sebab tak berhati-hati.


So saya pun terpaksa lah membuat lawatan ke toilet. Sangat sakit perut okeh. Lawatannya hanya sekali tetapi mengambil masa yang lama.


Pagi tadi lepas sahur pun masih ada sisa sakit perut tu tapi now dah ok kot. Hopefully semua 'racun-racun' tu dah habis laa saya 'keluarkan' malam tadi. Hehehe.


Oh pagi ni sangat mengantuk saya pun tak tau kenapa. Padahal malam tadi tidur awal sikit dari biasa dan Irma pun takde pulak bangun banyak kali.


Kenapalaa saya rasa entri pagi ni sungguh membosankan? Layan aje la ek. :P





Tuesday, August 25

Masih Di Sini

Pukul 6 petang dan saya masih bersiaran secara live dari ofis. Huhu. En Abah terperangkap dalam traffic jam.


Berbuka dalam keretalah nampaknya hari ni.


Jurnal EBM 25082009

Puasa kali ni begitu menguji ketabahan saya dalam dunia breastfeeding. Saya hanya mampu produce 1 ke 2 oz per sesi sepanjang 4 hari berpuasa ini.


Mungkin perlu increase lagi sesi mengepam dan makan apa-apa yang patut.


Korang pulak macamana? Adakah production ok atau KO macam saya jugak?


Jem Tak?

Kawan-kawan yang sudi menjawab persoalan saya yang banyak tanya ni,


Macamana trafik di KL ye semalam? Soalan khusus untuk di Federal Highway, NPE, Metramac (Salak Expressway ke nama dia ek?). Or senang cerita, sepanjang-panjang jalan dari Shah Alam ke Cheras la. Hehehe.


Adakah jem seperti biasa, atau super jem, atau super duper jem?


Nak berkira-kira pukul berapa sampai rumah ni. Maklumlah semalam balik nak dekat pukul 11 malam gitu so memang sah-sah la tak jem kan.


So, any info yang boleh dikongsi bersama? Sharing is caring tau :)



Irma @ 15 Months

Semalam genap umur Irma 15 bulan. Cepatnya masa berlalu...


Berat Irma dah naik sekilo, jadi 8kg. Alhamdulillah. Takpelah Irma kiut pun. Asal sihat dan happy. Asal ada peningkatan.


Tapi, itulah, bila saiz badannya kiut, kita akan terpsiko jugak bila layan dia. Asyik nak dukung dia aje padahal dah boleh berjalan laju. Oh tapi berjalan masih tak stabil walaupun laju. Asyik jatuh aje. Hehe.


Masih nenen walaupun tak sepenuhnya. Syukur Alhamdulillah. Mungkin berkat air nenen mama ni dia sangatlah rapat dengan mama. Kalau balik kerja, selagi kita tak dukung dia selagi tu dia ikut je bontot kita ke hulur ke hilir. Orang ke dapur nak cuci tangan, dia ikut. Sambil hulurkan tangan mintak dukung.


Irma... Irma... semoga membesar jadi anak yang solehah ye nak. Sihat tubuh badan, dikurniakan akal yang cerdas dan pintar, bijak, sopan, dan segala yang baik-baiklah of course.


Haih. Rindu pulak kat anak-anak.


Menolong En Abah

Semalam saya menemankan En Abah di gerainya di Seksyen 18 sebab stafnya sakit. Waktu berbuka kami beli nasi beriani dekat2 gerai kami.


Nak tahu berapa harga 2 pinggan nasi beriani? RM18!!! Terjojol bijik mata mak masa mendengar harganya! Mahalnya! Takdelah sedap mana pun! Masin adalah! Huhuhu. Semalam ialah kali pertama dan terakhir saya beli nasi beriani kat situ. Lepas ni, no more!


Menemankan En Abah menjaga gerai adalah penat. Sampai rumah pukul 11.10 malam. Sangat mengantuk dan badan pun rasa sangat letih. Nak main dengan anak-anak pun tak larat. Anak-anak pun dah mengantuk sebab tunggu mama dan abahnya lama sangat.


Macamanalah En Abah boleh jaga gerai ni setiap hari ye? Hari Ahad tu lagilah. Pukul 2 pagi baru sampai rumah sebab dia bawa stafnya pergi berurut.


Alkisahnya staf En Abah tergeliat tangan sampai lebam-lebam kat belakang badan. Nak bergerak pun susah. So En Abah bawa la stafnya pergi berurut. Semalam masih sakit lagi. Tu yang dia cuti tu. Hopefully hari ni dah sihat la dia.


Bukan apa, saya kesian dengan En Abah asyik keletihan je setiap hari. Gigih sungguh En Abah bekerja demi nak menyara kami anak-beranak.


Semoga berkat Ramadhan ni, murahlah rezeki kami. Amin.



Monday, August 24

Choc Pudding Tadaa!

Jumaat lepas sepatutnya saya akan attend sesi makan-makan di ofis. Temanya adalah potluck so saya pun bercadang nak bawak trifle.


Tapi disebabkan resepi mak saya ni memerlukan banyak bahan serta RM so saya bercadang untuk mengubahsuai apa-apa yang patut supaya jadi lebih sempoi dan simple untuk dibuat. Kiranya, trifle Tadaa! (bak kata ML) lah konon.


Jadi saya pun bertanyakan kepada Makcik Google (bila bercakap pasal resepi haruslah ubah dari Pakcik kepada Makcik). Maka setelah dikorek dari sini, saya ubah daripada trifle Tadaa! kepada choco pudding.


Bahan-bahan
  • Kek swiss roll (saya beli kek London swiss roll sebab ada jual kat seven 11. kes malas nak ke supermarket)
  • 1 pek jeli kristal tanpa perisa (saya guna perisa raspberry sebab itu aje yang available kat rumah)
  • 1/2 cawan serbuk koko
  • 1 cawan gula (untuk kes saya, sila kurangkan gula sebab jeli kristal perisa raspberry dah cukup manis dah)
  • 1/2 cawan susu tepung (saya gantikan dengan hot choco 3-in-1 1 pek)
  • 1/2 sudu teh garam
  • 4 1/4 cawan air
  • 1/2 sudu esen vanilla (ni saya tak letak sebab takde)
  • 3 sudu besar butter

Cara
  1. Masukkan segala bahan kecuali kek swiss roll dan butter ke dalam periuk.
  2. Kacau selalu hingga mendidih.
  3. Masukkan butter. Kacau lagi hingga pekat.
  4. Susun kek swiss roll dalam bekas acuan.
  5. Tuangkan choco pudding yang dah pekat/masak tadi ke dalam acuan.
  6. Sejukkan.


Sebenarnya saya nak buat yang lagi dahsyat punya. Berangan nak susun buah strawberry atau peaches atas kek tu, then baru tuang choc pudding tu. Kemudian bila dah sejuk nak letak whipped dan tabur coklat sagat di atas puding tu. Wahhh... sure dahsyat kan?


Tapi dek masa tu hujan lebat dan saya sendiri tak koser nak ke pasaraya, maka gunakan aje apa yang ada di dapur.


Dan teringin juga nak buat trifle yang seperti di bawah (sila tahan nafsu makan di bulan puasa).











Oh cukuplah 3 gambar sahaja. Karang dengan saya sekali terpaksa telan air liur banyak-banyak.


Tapi choc pudding saya hanya dapat dijamah oleh family saya aje sebabnya Irma demam pagi Jumaat tu dan saya pun EL. Tak dapat orang ofis saya merasa choc pudding saya. Takpelah. Jamuan raya nanti ye? :)


Nota tiba-tiba: Hm... hari ni nampaknya saya berbuka di Seksyen 18 Shah Alam sebab terpaksa teman En Abah jaga booth nya di Ole-Ole. Stafnya sakit hari ni. Pukul 9.30 malam karang barulah kami bertolak balik. Huhu.



Panic!!!

Gagagagagaga....


Baru dapat tau pihak audit nak datang sini. Huhuhu.


Puasa Oh Puasa

Wah... rata-rata blog yang saya jengah semuanya menceritakan tentang juadah berbuka puasa.


Memandangkan tahun ini saya berpuasa di Cheras maka menu berbuka disediakan sepenuhnya oleh bonda tercinta. Hehehe.


Hari pertama puasa, berbuka dengan fillet ikan sweet sour, sayur campur dan tomyam ayam+sotong. Minum teh o suam. Untuk desert ada juga sago gula melaka.


Hari kedua, En Abah request nak berbuka di ruma MIL. Maka ke Seremban lah kami. Oh kalau di Seremban memang mewah bila berbuka.


Semalam makan ikan masak kicap tapi pedassss, asam rebus ikan pari (menu khas untuk En Abah), kari ayam, ulam kacang panjang, salad dan petai belalang. Pastu siap ada air tebu, buah tembikai dan betik serta pengat. Wow. Sendat perut mak, nyah!


Er... korang pernah tak makan petai belalang? Rupanya macam petai tapi saiznya kecik2 aje.



Haaa inilah petai belalang



Sebenarnya saya baru first time tengok petai belalang ni. So agak jakun di situ. Hahaha. Tapi entah kenapa saya kurang berminat pulak nak cuba makan semalam. Mungkin next time kot.


Bercakap tentang puasa, biasanya keadaan trafik amat-amatlah sesak selepas habis waktu bekerja. Setuju? Saya tak tahulah kat tempat korang tapi kalau kat tempat saya ni, jemnya mengalahkan apa. Kat gate depan tu sure sesak banget lah. Agaknya semua menyerbu nak balik cepat2 sebab nak masa atau nak pi PaRam*.


Entah pukul berapalah agaknya saya akan sampai di Cheras. Kalau ikutkan sejarah tahun-tahun lepas, biasanya memang akan berbuka dalam kereta aje lah. Huhu. Nak dekat habis waktu Maghrib baru la selamat sampai Cheras.


Tapi untuk seminggu pertama ni cuti sekolah kan? Pagi tadi jalan adalah smooth sahaja. Tapi tak tau lah petang ni kot-kot parents semua berpusu-pusu nak balik awal berbuka dengan anak-anak.


Harap-harap kurang lah sikit kesesakan lalu lintas kali ni. Kalau tak, nampaknya terpaksa la saya dan En Abah berbuka dulu di Shah Alam, then baru balik ke Cheras. Setiap hari. *sigh*


Oh ye. Nak promote sekali lah kat sini. Sesiapa yang tinggal dekat-dekat area Seksyen 18, Shah Alam tu, jemput lah ke area Ole-Ole ok. En Abah ada buka gerai depan Hari-Hari tu. Ada jual capal kulit dan jugak belt. Insyaallah tak lama lagi ada jual wallet jugak. :)


*Param dah meninggal kan? Tetiba je teringat bila sebut PaRam (Pasar Ramadhan).


Alhamdulillah

Alhamdulillah semalam Irma dah pun beransur pulih. Badan dah tak panas dah. Tapi benda lain pulak yang jadi.


Irma ni suka joget. Pantang keluar muzik apa-apa kat TV tu, mula la dia tergedik-gedik joget. Then kelmarin dia tengah syok joget kat tepi meja. Tetiba aje, Irma terpeleot dan mukanya tersembam kena meja kopi mak saya tu. Hadoiii.... apa lagi, menangis la anak dara tu.


Saya angkat dia, tengok-tengok mulut dia penuh dengan darah. Huuuuu.... kesian sangat. Menangis memang tak hengat punya kuat lah.


Saya pujuk2 dia sambil bersihkan darah tu. Rupa-rupanya gusi dengan bibir dia berdarah. Alahai kesiannya anak mama. Malam tadi tengok bibir dia dah bengkak dah.


Itulah. Mama dah banyak kali halang Irma main kat meja tu, tapi nakkk jugak. Siap joget-joget lagi. Lain kali takmo joget kat tepi meja ok.


Saturday, August 22

Irma Demam...

Salam Ramadhan semua!!!!


Saya baru selesai bersahur.


Belum pun start hari pertama puasa, tapi tekak saya dah mula rasa kering dan susah nak telan air liur. Owh...


Semalam saya tak datang kerja. Irma demam. So kena la amik EL.


Starting dengan kes muntah-muntah pada pukul 3 pagi (kot). Habis keluar segala isi perut. Bubur nasi, susu, dan segala benda lah.


Lepas dah bersihkan muntah tu, Irma sambung tidur balik. Tak lama kendian dia bangun semula, nangis-nangis. Masa tu saya rasa badan dia dah panas gila.


Paginya terus bawa ke klinik panel. Nak bawa jumpa paed yang biasa kami terjah tu tapi hari Jumaat siang dia takde la pulak.


So, Irma disahkan demam. Masa tu suhu badan dia dah turun sikit. 38.5 celcius. Doc pesan kalau lepas 3 hari demam masih tak baik, datang semula ke klinik. Dan perhatikan jugak kalau2 Irma dah mula batuk, selsema atau mengalamai kesukaran bernafas. Huhuhu. Takut gila masa dengar pesanan doktor tu.


Balik rumah, Irma aktif macam biasa. Cumanya dia meragam la jugak. Sikit2 nangis, sikit2 merajuk. Pastu muntah2. Tak banyak muntahnya, tapi banyak kali. Alhamdulillah takde pulak dia muntah masa makan ubat.


Irma, cepat2 le sembuh ye nak. Mama dah risau gila babeng dah ni. Cepatlah sembuh!


Oh ye. Kepada semua kawan-kawan, pembaca blog ini, selamat menjalankan ibadah puasa. Ampun dan maaf dipinta andai saya pernah terkasar bahasa, terlanjur kata. Selamat Berpuasa!


Thursday, August 20

Calling for KNV Pulak...

Hari ni ialah Hari Calling-Calling Sedunia ye... muahahaha.


KNV, saya sangat sedih sebab tak dapat nak join rombongan Cik Kiah sesi makan-makan bersama blogger-blogger tersohor itu. Waa!!!!


Tapi, ye lah, setiap apa yang berlaku tu ada hikmahnya kan? Kan? Kan?


Dengan tak semena-mena kengkawan alam nyata saya di ofis ini ingin pulak membuat pot luck tengah hari esok sempena kedatangan Ramadhan yang mulia (fuh panjang betul ayat nih).


Jadi, memang tak dapat nak join jugak lah kekdahnya.


Takpelah Kak Non, ku melambai dari jauh saja lah gamaknya. Tak dapat nak hantar ke pelabuhan. Hehe.


P/S: Kirimkan salam saya kepada blogger-blogger yang datang tu nanti ye. Ada rezeki, berjumpa lah kita nanti.

I lap yu Kak Non! Muah! Muah!


Update on Faiz

Sekarang di rumah. Kuarantin bersama-sama umi dan abiy nya.


Ikut kata suami kepada sepupu saya tu, doc bagitau dia, kalau pesakit yang meninggal dunia, ianya adalah disebabkan gabungan dua influenza. Influenza A & influenza B.


Influenza B? Apa tu ek? Sila rujuk sini. Dan kisah di sini.


Kalau kena influenza A sahaja, risiko kematian adalah rendah.


Hm... info baru ni. Er... doktor-doktor sekalian, boleh sahkan tak statement ni?


Faiz terkena jangkita influenza A sahaja. Insyaallah akan pulih. Umi dan abiy Faiz juga dah check, dan mereka bebas dari virus tersebut. Tapi masih perlu kuarantin di rumah.


Alhamdulillah.


Calling For Rizza & Aishah!

Ingat tak tentang ini? Hehehe. Memang dah lama berlalu. Tapi saya masih belum lagi memberikan hadiah kepada orang yang sepatutnya itu.


Mesti mereka tertanya-tanya. Huhuhu. Ampun ye.


Kepada Cik Rizza dan Aishah, dengan ini saya dengan rasa rendah dirinya ingin memberikan hadiah kepada kalian kerana berjaya meng-capture nombor bertuah itu.


Oleh itu (macam buat surat formal pulak), saya ingin menjemput Rizza dan Aishah ke sini untuk memilih hadiah yang berkenan di hati.


Hadiah yang boleh dipilih ialah - sehelai tudung plain (mana-mana antara Kod TEP001 - TEP006).


Lepas memilih mana yang berkenan di hati, silalah emailkan saya tudung pilihan, dan jugak nama, alamat & contact nama.


Err... untuk Cik Rizza yang bakal menjejakkan kaki kembali ke Malaysia ini, silalah beri alamat di Malaysia.


Semoga korang suka dengan hadiah mak nih.




Wednesday, August 19

Dengan Ini Saya Mengumumkan...

... saya telah berjaya membayar semua hutang puasa saya (berkuatkuasa semalam). Hoyeh!


Hahaha. Gila last minute ah ganti puasa kali ni. Takpe, yang penting, selesai hutang.


Nak sambut 'raya' la. Nak ajak En Abah makan kat memana lepas office hour. Ngehngeh.




Tidur Awal Konon

.
.
Lanjutan dari kisah di sini, maka malam tadi saya masuk tidur awal, dengan harapan anak dara saya itu akan tidur awal jugak.


NOT!


Puaslah saya tutup lampu la, kasi nenen puas-puas la, nyanyi-nyanyi, cerita-ceriti, tapi nampaknya Irma tetap tak mo tidur awal.


Ok, takdelah awal sangat. Saya bawa Irma masuk bilik pukul 10.30 malam. Biasanya pukul 11.30 malam. Saya mama yang tak senonoh, saya tau.


Memula itu Irma memang dah agak mamai-mamai. Mata dah luyu. Saya pun dah mula hepi sebab lepas dia tidur bolehlah saya buat kerja lain seperti menonton movie gosok baju ke kan.


Tup-tup, takde angin takde ribut, tetiba aje Irma bangun, berjalan ke arah kepala katil, dan main-main kat situ. Tengok gaya dia membebel-bebel, macam orang tengah jaga kaunter apa aje lagaknya. Hahaha.


Tapi saya tak jadi hepi baliklah walaupun rasa kelakar tengok Irma sebab saya sendiri pun dah start mengantuk masa tu. Haih.


Yang pastinya, Irma ni jenis tak suka orang dodoikan masa tidurkan dia. Dodoi means dukung dia, hayun-hayun ke kiri ke kanan sambil nyanyi-nyanyi tu lah.


Saya suspek dia pening kot kalau orang buat begitu. Sebabnya kalau saya buat gitu, dia akan melalak-lalak. Then bila saya letakkan dia, cepat-cepat dia cari tuala/hanky/blanket, hisap jari, tutup mata dan tidur konon-konon.


Lepas few minutes dia bukak mata balik and aktif seperti biasa. Haa.. pening la tu kot kan?


Malam ni nak try tidur awal setengah jam pulak. Pukul 10. Mampukah?




Semoga Cepat Sembuh

En Abah dapat panggilan telefon daripada suami sepupu saya.


Anaknya disahkan menghidap H1N1. Umur baru setahun lapan bulan (kalau tak silap).


Dah la sepupu saya tengah pregnant anak kedua, dan mengalami alahan yang agak teruk kali ni. Sekarang suami sepupu saya tu yang jaga anaknya kat hospital.


Sebenarnya anak sepupu saya tu dah start demam sejak minggu lepas lagi. Pergi klinik, katanya demam biasa saja. 3-4 hari lepas tu dah baik.


Then kena demam lagi sekali. Pergi lagi klinik. Katanya demam biasa juga.


Tiba-tiba, pagi ni pulak.... huhu. Terduduk kami laki bini bila mendapat berita tu.


Semoga sihatlah hendaknya anak sepupu saya tu.


Saya tak pasti anak sepupu saya tu ada athma ke tak. Sebab saya pernah dengar dia cerita yang anaknya pernah amik nebulizer tu. Nebulizer tu untuk orang yang ada athma saja ke ek?


Yang tambah merisaukan, suami sepupu saya tu kerja sama-sama dengan En Abah. Kami berdua agak risau kalau-kalau kot nanti En Abah pun terjangkit, then kena anak-anak ke.


Nauzubillah. Minta dijauhkan.


Semoga Faiz cepat sembuh.



Tuesday, August 18

Tiga Malam Tanpa Bintang Kali

Saya sudah tidak tahu mahu buat apa. Saya buntu.


Sekali dibuat, saya tahan. Dua kali, saya tegur elok² sambil jegilkan mata yang sepet ini.


Tapi kali ketiga berturut²?






























































































































Haruslah mak picit hidung anak dara mak ini!


Ya, Irma sekarang SANGAT SUKA gigit nenen mamanya ini. Masa tengah menyusu tu, 3 kali berturut² dia gigit nenen saya! Woooo sakit woooo!!!!!!!


Biasanya dia akan gigit sekuat-kuat hati kalau nenen saya kempis atau kekurangan susu. Tapi semalam, nenenku membengkak macam orang dalam pantang pun tetappp digigitnya. Huhu. Kenapakah wahai anak?


Sekarang nenen saya sudah luka. Sedangkan baruuu je lepas baik dari luka Ahad lepas. Pun hasil gigitan suami anak jugak.


Bukannya saya tak pernah tegur, atau merajuk, atau picit hidung, atau mogok. Tapi Irma tetap dengan hobinya itu. Luka bukan sebarang luka. Terkopek okeh. Saya tengok pun ngeri sikit-sikit.


Macamana nak mengelakkan/mengurangkan habit anak yang suka gigit nenen ini ye?




Dua Kisah

Kisah 1


Alhamdulillah, nampaknya usaha untuk potty training Imran semakin menampakkan hasil.


Imran dah reti nak sound bila dia rasa dia nak kencing. Dan juga nak poo-poo. Pastu, kalau pakai diapers, dia cepat rasa rimas kalau orang lambat tukarkan diapers bila dia kencing atau poo-poo.


Oh, teringat mama pasal satu insiden ni. Malam Ahad tu, Imran nak kencing. So bawaklah dia ke toilet. Sampai toilet, dia pun mencangkunglah. Mencangkung mengadap sinki. Tengah syok-syok melepas, lalulah seekor cicak durjana ke arah sinki tu.


Mama ternampak cicak tu, terus la kata, alamak, ada cicak la pulak. Imran pulak, apa lagi, terus berdiri, keluar toilet. Muka cuak tak hengat punya!


"Cak! Cak!" Muka panik gila. Mama tak tahan terus gelak. Nasib baik la dah selesai membuang. Kalau tak, harus tercicir-cicir hasil buangan tu.


So sampai sekarang Imran takmo membuang kat toilet tu. Tapi mandi boleh pulak. Sungguh la mama tak paham nak oii...


****************


Kisah 2


Saya sebenarnya agak risau dengan sleeping pattern anak-anak saya. Diorang ni tidur lambat gila. Kadang-kadang pukul 1.30 pagi baru tidur.


Agak susah bagi saya nak tidurkan kedua-dua budak aktif ni serentak. Bila sorang dah mamai, yang sorang masih aktif. Bila sorang aktif, yang si mamai ni nakk jugak main. Ataupun, bila sorang dah tidur tapi tak berapa lena, yang sorang lagi sukaaa la menjerit-jerit sampaikan yang sorang lagi tak jadi tidur.


Buat masa sekarang ni, tugas menidurkan anak-anak dibahagi kepada dua. Saya tidurkan Irma sebab dia nak nenen. Adik saya tidurkan Imran di bilik lain. Tapi, still, dua-dua ni tetap nak tidur selepas pukul 12 malam. Kalau pukul 11.30 malam tu boleh menjerit huha-huha lagi.


Ohh saya sangat jeles bila anak orang lain tidur seawal 9.30 malam. Nak kata anak-anak saya tidur siang, kadang-kadang tu tidur kejap je dalam setengah jam gitu.


Macamana ek nak bagi anak tidur awal? Saya sudah tidak larat nak ke ofis dengan mata panda nih. Nak korek idea berblogging pun susah (haha relevankah?). Saya selalu weng di jam-jam pertama saya di ofis. Oh saya tidak suka!


Monday, August 17

Super Busy

Oh hari ini saya super busy.


Nak menjenguk ke rumah kawan-kawan juga adalah tidak berkesempatan lagi.



Sini

Entri terbaru di


SINI



Thursday, August 13

Terima Kasih Kawan-Kawan...

... kerana mendoakan anak sepupu saya yang dikatakan mempunyai komplikasi jantung.


Mengikut kata mak saya yang telah menelefon sepupu saya semalam, Alhamdulillah baby telah disahkan sihat dan tidak ada apa-apa yang perlu dirisaukan.


Saya pun tak berapa paham sangat keadaan sebenar tapi kisahnya lebih kurang begini. Sepatutnya jantung manusia mempunyai dua saluran untuk mengepam darah, tapi anak sepupu saya ada satu sahaja. Lebih kurang gitu lah. Nanti bila saya jumpa sendiri sepupu saya tu, akan saya interview dia habis-habisan dan update di blog ini.


Terima kasih sekali lagi.






Wednesday, August 12

Promo 2

Ingat tak saya bagitau yang saya dalam proses untuk membuka blog baru?


Oh sekarang blog itu rasanya sudah boleh dipertontonkan kepada umum kot.


Sila-silalah ke sana ye


Confession of A Chocoholic

Tag dari MIO.


Uhhhh.... puasa-puasa ni kena jawab tag pasal makanan la pulak. Haih.
Saya memang suka coklat. Tengok body lah kan. Kekekeke.
So untuk menjawab tag ini saya sertakan sekali gambar-gambar untuk menjamu perut mata.


1. Kek Coklat kegemaran anda?
Chocolate Indulgence, Chocolate Cheese, Brownies (with ice cream) SR








Chilli's Molten Chocolate Cake





2. Kek Coklat jenis apa yang anda minat?
Brownies, Moist, Muffin


3. Biskut Coklat kegemaran anda?
Famous Amos jugak. Ohhh aromanya sungguh menggoda! Tapi takleh makan selalu nanti berlubang besar poketku dan bertambah kuantiti lemakku :P





Oh ye. Saya suka juga biskut Chips Ahoy dan Oreo.
Dulu masa zaman belajar selalu jugak melantak makan biskut nih.








4. Coklat bagaimana yang anda suka?
Seperti yang sedia maklum, saya suka makan apa saja coklat. Ekeke.


Tapi paling saya suka ialah dark chocolate. Oh dan saya juga suka coklat Twix yang semakin mahal tu.








5. Di manakah anda biasa membeli Kek Coklat kesukaan?
Chocolate Indulgence, Chocolate Cheese dan brownies di SR.


Untuk Chocolate Muffin, saya suka kat Kenny Roger's.



Kek coklat kukus pun suka juga, hasil air tangan SIL saya.


Ada juga beli choc moist via online, kat sini.


6. Apakah mengenai Coklat yang anda suka?
Bau, warna dan rasanya. Heheheh. Apa saja mengenai coklat adalah best, kan?


7. Berapakah harga sebiji kek yang biasa anda beli?
Oh kalau kat SR saya beli sepotong aje. Tapi dah lama tak beli. Berapa ye harganya sekarang?


Homemade Chocolate Moist (untuk birthday Imran & Irma) RM90 (1.5kg)


Untuk kek coklat kukus pula adalah free :P


8. Adakah anda hanya beli sebiji cupcake aje?
Kalau ada yang jual sebiji-sebiji mungkin saya beli sebab nak rasa dulu. Kalau best lenkali bolehlah beli berdozen-dozen!


Silalah kepada hantu coklat macam mak ni sesiapa yang sudi untuk membuat tag ini.
Sekian.


Pic credit from Uncle Google

Bagi Komen, Please?

Kawan-kawanku yang disayangi,


Saya ingin menanyakan pendapat anda.
Align Center

Apa pendapat kawan-kawan mengenai (template) gambar di bawah?


Adakah ianya menarik? Kelihatan 'semak'? Sangat huduh? Tak menarik langsung? Atau apa-apa aje komen anda. Silalah jujur dan ikhlas dalam memberi komen.





Segala komen dan kritikan anda amat saya hargai.


UPDATE:


Oh nampaknya ada kawan-kawan yang kompius akan soklan saya.


Soklan saya ialah: susunan gambar, template, dan segala yang berkaitan dengan template (tidak termasuk tudung dan modelnya :P) itu okeykah?


Pasal model dan tudung itu tidak perlu dipertikaikan lagi kerana model memang cun dan sangat sesuai dengan tudung itu. Bluergh! Sila muntah. Kahkahkah.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!