Wednesday, September 30

Pengumuman

Seperti Jua, saya juga ada announcement. Lebih kurang juga isi kandungannya, cuma jika Jua bercuti ke Pulau Sentosa, saya pulak bercuti dari fesbuk. Entah sampai bila tak tahulah.


Jadi kepada kawan-kawan fesbuk ku, kalau ada yang beramah mesra tapi tak mendapat apa-apa sambutan dari saya tu, ampun maaf dipinta ya! Dan er.. tengok-tengokkanlah hasil tanaman saya tu. Nak curi pun takpe. Kehkehkeh.


Dan ada lagi satu pengumuman. Dengan sedihnya saya nak bagitau, saya handphone-less (?) sekarang ni. Sebarang bentuk komunikasi hanyalah melalui email dan blog aje lah yang tinggal. Huaa....


Kalau nak menjemput ke open house ke, datang beraya ke, sudi-sudilah hubungi saya di zetyzin at gmail dot com itu ya.



Aidilfitri 2009 Ep. 2: Cheras lah Pulak

Beraya di Cheras adalah biasa-biasa saja. Raya ke-4, kami hanya ke rumah kawan lama ayah saya di Seksyen 4, Shah Alam. Kawan sekampung katanya.


Kemudian ke rumah saudara ayah saya di Klang. Alah, makcik saya yang awet muda a.k.a pengantin baru itulah. Tapi dia tak ada. Dah pindah ke rumah suami barunya. Aiseh.


Raya ke-5 dan ke-6 biasa-biasa saja. Paling pack ialah masa raya ke-7, hari Sabtu. Maklumlah hujung minggu. Semua berebut nak buat open house.


Mula-mula kami ke rumah sepupu En Abah di Seksyen 19, Shah Alam. Kemudian ke rumah sepupu saya di Bukit Bandaraya. Lepas solat Maghrib ke rumah sepupu En Abah di Seksyen 7 pulak. Then ke rumah makcik saya di Seksyen 18. Nasib baiklah semuanya di sekitar Shah Alam aje.


Hari Sabtu tu kenyang Masyaallah Tuhan sajalah yang tahu. Saya rasa saya dah macam maskot A&W tu dah. Wakakaka.


Hari Ahad balik ke Seremban sebab sambut birthday anak buah En Abah. Takdelah sambut apa pun. Cuma potong kek dan bagi hadiah saje. Saja seronokkan hati budak-budak.


Isnin saya cuti. Berehatlah konon. Kehkehkeh.


Sekianlah cerita raya saya buat masa ini.


Oh ye. Ahad ni SIL pulak buat open house di Seremban. Open house rumah saya? Erm... tengoklah tahun depan kot ada rezeki. Hihi.


Any Suggestion?

Saya dan En Abah bercadang untuk subscribe broadband. Kami dok tertanya-tanya BB mana yang terbaik dan berbaloi-baloi buat masa ni.


Ada apa-apa cadangan?




Sungguh Mendalam

Sejak akhir-akhir ni, asyik rasa tak best je badan yang semakin hari semakin gemok ni.


Dah hampir seminggu asyik bersin-bersin bila bangun pagi. Bersin yang bisa buat dada kesemputan dan kepenatan. Selama ni tak pernah pulak bersin sampai macam tu sekali. Adakah telah terkena sinus seperti En Abah?


Kemudian asyik loya-loya aje. Pantang naik kereta lama sikit, mulalah loya-loya. Untuk hilangkan loya, kenalah makan gula-gula atau jeruk atau asam. Huh. Barulah lega sikit.


Petang semalam singgah Gia.nt Seksyen 13. Nampak kedai jual jeruk. Siap ada jual buah-buah masam yang digaul dengan cili dan asam. Wah terliur mak, nyah! Teruk beli mangga muda dan epal hijau potong.


Makan dalam kereta on the way balik ke rumah. Sungguh nikmat! Terus tak loya sampai ke Cheras. Haha.


En Abah sibuk bertanya,

"Awak ni biar benar? Semacam je ni? Loya la, makan jeruk la."


Erk! Sungguh mendalam pertanyaan En Abah tu.




Tuesday, September 29

16 Oktober Ini

16 Oktober ini, family saya akan bercuti ke Kota Kinabalu. Rombongan sekolah katanya. Ini termasuklah anak saya, Imran. Saya dan En Abah serta Irma? Tinggal di Semenanjung sambil menggigit jari lah kekdahnya.


Niat di hati hendak turut serta tapi apakan daya duit tak ada. Ceh, macam pantun pulak!


Mak saya dapat rate yang sungguh reasonable. Kalau saya ikut serta, perbelanjaan akan mencecah RM2k, di mana RM2k adalah jumlah yang sangat tinggi bagi saya.


Sebenarnya saya di dalam dilema serta agak sakit hati. Sebab nenek Imran telah 'meletak' nama Imran dalam list rombongan itu tanpa kebenaran saya mahupun En Abah. Tiba-tiba je bagitau yang diorang nak pi KK dan bawak Imran sekali. Sungguh sedih, tahu!


Bukan sedih apa, sedih sebab tak dapat ikut!


Hari tu mak saya kata nak letakkan nama saya dan En Abah sekali, tapi dah penuh pulak. Sudahnya terkulat-kulatlah kami kat sini.


Tapi En Abah insist supaya kami ikut sekali. Masalahnya, kalau pi sana, bukannya kami boleh ikut tour package yang disediakan tu. Duduk kat hotel ajelah gamaknya. Bukannya boleh menumpang kasih bas pelancong tu. Hanya menjenguk-jenguk dari tingkap hotel aje. Huhu.


Tapi saya rasa En Abah tak pentingkan tu semua. Yang En Abah pentingkan ialah, anak mesti di depan mata. Suami saya yang hensem itu sungguh risaukan keselamatan anak teruna saya. Dan ayat yang paling saya gerun nak dengar dari mulut En Abah ialah,

"Saya tak nak menyesal kalau apa-apa jadi kat anak-anak"


Huhu. Nauzubillah!


Macamana ni? Hati meronta nak ikut sama. Tapi RM nya?


Alangkah indahnya hidup kalau mak saya sponsor. Haha.


Aidilfitri 2009

Tahun ni giliran beraya di rumah MIL di Seremban. Rasa thrill tu takde sangat. Mungkin sebab every week balik sana, so mood 'balik kampung' tu macam biasa-biasa aje. Heh.


Kami balik Seremban malam raya. Sebabnya En Abah tetap menjaga kedainya hari Sabtu tu. Pukul 6 petang barulah tutup operasi. Tapi kena mengemas la pulak kedai yang kat Baazar Raya tu. So, sampai ke malam jugaklah baru selesai kerja En Abah.


Sampai-sampai kat Seremban, terus tidur. Kahkahkah. Ngantuk beb!


Pagi raya, mulalah acara berebut bilik air. Haha. Nasib baik saya dah siap-siap gosok baju raya kat Cheras. So takde lah berebut iron pulak.


Tahun ni baju raya kami warna coklat dan kuning. Baju saya dan Irma kaler coklat. Baju En Abah dan Imran pulak kaler kuning. Sebab baju Melayu kaler coklat semua dah habis, kes lambat shopping raya.


Gambar raya? Tahun ni kami menumpang kasih kamera SIL sebab kamera saya rosak. Huhu. Nanti kena mintak SIL email gambarnya dululah kot then baru upload.


Pagi raya kami sambut kalangan ahli keluarga saja. Bersalam-salaman dengan MIL, PIL, SIL. Kemudian sesi memberi duit raya kat anak-anak buah. Kemudian sesi makan-makan pulak.


Paling sedih pagi raya ialah ketidakhadiran SIL saya (Alang) sebab dia kena chicken pox. Aiseh. Kesian betul. Sudahnya dia 'export' husband dan anaknya Sofia ke rumah MIL. Dia pulak mengkuarantinkan diri sendiri dalam rumahnya kat Bangi.


Tengah hari kami berangkat ke rumah saudara-mara belah PIL di Beranang dan Seremban. Makan di hari raya pertama adalah sangat mewah. Saya rasa saya sudah naik 5 kilo. Hahahaha.


Rumah pertama (rumah Maklong kalau tak silap) adalah paling heaven sekali. Kalau ikut kata SILs saya rumah Mak Long ni memang syok datang masa raya pertama. Macam-macam benda dihidang. Ada soto, nasi impit, kuah kacang, rendang, mi kari, spageti pun ada. Dahsyat ek.


Imran seperti biasa, cheeky walau di mana jua berada. Ada ke patut dia dan sepupu dia amik bergedil banyak-banyak, letak dalam mangkuk then lepak kat tangga (rumah kampung) sambil makan bergedil? Siap goyang-goyang kaki! Sungguh la anak bujangku ini.


Dan seperti biasa jugak, Imran sudah semestinya akan meninggalkan 'jejak' kat setiap rumah yang kami ziarah. Saboo je la. Nasib baik saya memang sedia bawak diapers lebih untuk Imran. Saya dan En Abah pulak sampai naik segan sebab setiap rumah yang kitorang ziarah mesti kami akan 'singgah' jenguk-jenguk toilet diorang. Kehkehkeh.


So, raya pertama kami berjaya ziarah 3 buah rumah.


Raya kedua, giliran saudara mara belah MIL pulak. Ke Shah Alam dan Klang la kami. Sempat beraya rumah Mak Long, rumah Long Jimah, dan rumah Ucu. Belah En Abah ni kebanyakan sepupu sepapat semuanya dah kerja so duit raya untuk Imran dan Irma adalah masyukkk. Hehehe.


Malamnya konon-konon nak ke rumah makcik saya kat Seremban jugak. Dah alang-alang kat Seremban, singgahlah sekali ke sana. Beriya-iya lah kitorang bersiap. Mati-mati saya ingat En Abah dah call makcik saya tu. Sekali bila saya call, dia kata dia takde kat rumah daa... Padahal semua orang dah bersiap dengan baju kurung, baju Melayu bagai.


Sudahnya kami singgah ke rumah jiran. Nasib baik jugak singgah ke sana. Dapat makan nasi dagang yang marveles dan soto Bandung (ikut kata jiran tu la) yang best. First time makan soto Bandung ni. En Abah sampai bertambah 3 kali. Kemain tau En Abah ni!


Raya ketiga, kami ke rumah makcik saya tu. Makan rendang Minang yang super duper pedas sampai meleleh air mata saya. Saya tunjuk gambar family belah ayah saya kat En Abah di dinding rumah makcik. Masa tu saya dalam 3-4 tahun kot. Adake patut En Abah gelakkan saya. Cess. Ye, saya tau saya tembam. Dulu, kini dan selamanya (?) ... Huhu.


Malam raya ketiga kami balik ke Cheras. Plus highway adalah jem. En Abah pulak taknak lalu highway LEKAS sebab dia mengantuk. Kat tengah-tengah Plus yang jem tu pun En Abah masih mengantuk. Sudahnya kat Nilai saya pulak yang drive. Tapi masa tu dah tak jem dah. So lega lah sikit.


Cerita raya kat Cheras nanti-nantilah saya sambung pulak okeh. :)





Rindu...

... kat blog ku!!! Hahaha.


Seminggu cuti... beraya sakan weh! Blog pun bersawang sana sini. Fuh! Fuh! Nyah kau wahai sawang!


Rasa macam baaanyak benda nak cerita. Tapi mood belum sampai kot. Nak menjenguk-jenguk blog kengkawan dulu. Okeh. Tata!




Sunday, September 20

Pengganti Diri

Kepada semua kawan-kawan,

Sudilah kiranya menerima ucapan selamat dari saya ni dan letak di blog korang.




Wednesday, September 16

Melepas Terlepas

Semalam En Abah ajak beli baju Melayu di Al.amanda. Dah lama dia aim baju Melayu ni. Memang cantik ah.


So selepas berbuka dengan semangatnya kami ke Ala.manda. Bawak Imran sekali sebab baju Melayu Imran pun belum beli. Konon nak beli sama-sama dengan baju En Abah la konon.


Sampai kat Al.amanda, fuh ramainya umat. Macam weekend pulak.


Terus ke tempat baju Melayu idaman tu. Sayangnya... SOLD OUT!


Dah agak dah. Tu lah En Abah takmo beli awal-awal.


Maka petang ni misi memburu hantu baju Melayu En Abah dan Imran akan diteruskan. Mungkin juga akan membeli henbeg dan kasut raya jugak *wink wink*.


Oleh itu saya umumkan yang saya amik half day hari ni demi untuk menjayakan misi itu dan misi tambahan saya.



Rosak

Baru kejap tadi dapat panggilan dari En Abah.

"Kereta rosak!"


Tapi masih boleh bergerak slow-slow.


Mula-mula En Abah nak redah jugak dari Putrajaya ke Shah Alam. Tapi saya laa risau kalau-kalau jadi apa-apa tengah jalan.


Sudahnya saya minta dia singgah ke rumah parents saya dan tukar kereta. Bawak kereta adik saya yang tersadai bawah pokok kelapa tu. Nanti nanti baru kita repair kereta.


Lagipun petang ni ada 'projek'. Kalau kereta tersadai tepi highway karang, rosaklah projek kan. Hihi.


Semoga En Abah terchenta selamat sampai ke rumah...


Harap-harap sempatlah direpair kereta kami tu. Kalau tak, beraya dengan kereta pinjam le kekdahnya.




Tanya Dalam SMS Boleh La

Semalam semasa dalam kereta, En Abah bercerita tentang seorang kawannya yang baru bercerai 2 bulan yang lepas. Anak kawan dia tu baya-baya Imran. Puncanya? Tak perlulah cerita kat sini kot. Senang cerita, pada pendapat saya, kedua-dua pihak ada kesilapan masing-masing.


Sekarang ni si anak seminggu dengan mak, seminggu dengan bapak. Sedih bila pikirkan nasib si anak. Apakah makna 'keluarga' pada si anak nanti?


Kawan En Abah cakap, dia bahagia masa tahun pertama je. Tahun kedua dan ketiga, rasa amat terseksa dengan sikap si isteri.


Terus gatal mulut tanya En Abah sambil tersengih

"Abang macamana? Tiga tahun ni, bahagia tak?"


En Abah pandang, sengih kemudian jawab

"Eh apa ni tanya-tanya soalan romantik ni? Tanya dalam SMS boleh la jawab"


Kahkahkah. Apa daa? Sungguh tak romantik En Abah ni tau. Tanya thru SMS pulak. FYI, En Abah kesayangan saya tu memang tak reti nak romantik-romatik ni. Hehe. Geli kot?



Kad Raya Kawan-kawan


From Nadiah



From Lia


Thanks kawan-kawan!


Hisap Jari

Orang tua-tua kata, baby kalau hisap jari kaki maknanya nak dapat adik. Betul ke?


Secara kebetulannya, sebelum saya tahu saya pregnantkan Irma, Imran sangat suka hisap jari kaki. Masa tu umurnya dalam 3-4 bulan. Saya biarkan aje sebab mungkin dia tengah explore tentang tubuh badan dia kan.


Tup-tup masa Imran nak dekat 5 bulan, saya dapat tahu saya pregnantkan Irma. Terus saya teringatkan habit dia yang suka hisap jari kaki sebelum tu. Jadi, suratan atau kebetulan? betul ke kata orang tua-tua ni ek?


Cerita pasal hisap jari, Irma memang suka hisap jari. Dapat aje tuala, tangan kanan menggentel tuala, jari telunjuk dan jari tengah tangan kiri masuk dalam mulut. Dah jadi habit dah. Dah tak tau macamana nak stop kan dia. Ada cadangan?


Tapi, sekarang ni yang buat saya cuak, Irma dah mula hisap jari kaki! Haiyo!


Bila dihalang, dia mengamuk. Tak pun menangis atau merajuk.


Adakah ini tanda-tanda Irma bagi green light? Erk.. takkanlah?


P/S: Kalau budak umur 1 tahun 4 bulan hisap jari kaki, dikira sebagai 'tanda' jugak ke?


Tuesday, September 15

Amboi

Sekarang ni anak teruna saya dah pandai pilih nak pakai baju apa.


"Aju mers" <--- Baju Transformers


"Aju atemen" <--- Baju Ultraman


"Aju apin" <--- Baju Upin


Kalau pakaikan baju yang bukan pilihan dia, haruslah mengamuk sakan macam apa.


Kalau tengok TV pun sama. Kadang-kadang neneknya nak tengok drama atau movie pun tak boleh.


"Anakk... abesss!!! (Tak nak... tak best!!)" sambil goyang-goyangkan tangan tanda protes. Kalau tak ikutkan kehendak dia, mengamuk la dia nanti.


Haih. Kemain dia sekarang.


Semalam semasa nak mandikan dia waktu petang, dia mengamuk sakan takmau mandi. Menangis-nangis macam kena dera. Sabooo je la.


Saya saja tiru dia menangis. Alah bukan menangis pun. Saja je dia merengek-rengek. Saya ikut la dia merengek.


Dia tau saya ejek dia. Terus dia diam, dia babap saya.


Lepas tu dia kata,


"Anak awan!" <-- Tak nak kawan


Amboi.



Monday, September 14

Kurang Meriahkah Raya Tahun Ini?

Hari ni adalah sedikit sibuk kat ofis. Maklumlah... nak audit 5S. Kehkehkeh. Dah dekat nak audit baru le sibuk mengemas sana sini. Iye, bukan takat rumah dan blog je kena berhias/kemas sebelum raya, ofis pun sama!


Sekarang ofis saya telah pun dilengkapi dengan lampu lip-lap berwarna-warni serta gugusan ketupat riben yang tergantung di siling ofis. Tak lupa jugak kad raya yang distapler dan digantung di dinding ofis. Keless kan?


Hm... saya perhatikan, raya tahun ni adalah kurang meriah berbanding tahun-tahun lepas. Setuju tak?


Kalau ditanya kepada para peniaga bazaar raya, ramai yang mengeluh sebab tahun ni bisnes adalah sangat slow.


Kenalan En Abah yang berniaga di bazaar raya kebanyakannya berkata yang tahun ni adalah tahun yang tak berapa syok dari segi hasil jualan. Sangat slow. Orang yang membeli-belah pun tak seramai tahun-tahun lepas.


Mungkin kerana H1N1, mungkin jugak kerana ekonomi yang masih tak berapa stabil, mungkin jugak kerana orang gomen tak dapat bonus. Banyak kemungkinan yang menjadi faktor kurangnya kemeriahan bazaar raya tahun ni.


Bagi diri saya sendiri, tahun ni perbelanjaan untuk raya adalah sangat sangat sederhana. Mood nak raya juga belum mari.


Perancangan perjalanan raya pun belum ada. Yang pastinya, tahun ni beraya di Seremban. Balik hari apa, duduk sana sampai raya ke berapa, aktiviti mengutip duit raya kat mana beraya ke rumah siapa, semuanya masih belum dirancang.


Even kereta pun belum diservis. Duit raya? Takde kot tahun ni. Kemelesetan ekonomi kami sekeluarga tahun ni.


Mungkin jugak kerana tahun ni tak beraya di rumah sendiri so kesibukan tu tak rasa sangat. Ada kawan-kawan yang request minta saya buat open house macam tahun lepas, tapi nampaknya tak dapek la kawan-kawan. Ampun! Tapi kalau sudi, mehla datang ke rumah mak saya di Cheras. :)


Pendapat dan pengalaman kawan-kawan sendiri macamana? Meriah ke tak raya tahun ni?




Kad Raya Dari Kak Yong

Kad raya istimewa dari Kak Yong.
Terima kasih!!





Selamat Hari Raya!!


Dah Siap Tapi...

Alhamdulillah 2 dari 3 baju raya yang ditempah dah siap. Kain yang MIL bagi je tak sempat dibuat.


Baki kain baju saya dah selamat dibuat baju kurung Irma. Sungguh comel Irma pakai baju tu.


Salah satu baju saya dibuat baju kurung Pahang. Tapi.... lengannya senteng! Aiseh. Taklah senteng sangat, tapi pendeklah jugak berbanding biasa. Bila ditanya balik rupa-rupanya kain tak cukup.


Saya beli kain yang baju lain, kain lain tu. First time beli. Beli pun dari makcik sendiri. Dia bawa balik dari Bandung. Saya ingatkan kain tu 2 meter each. Rupanya 2 ela. Masa beli tu tak terpikir pulak nak tanya makcik saya. Yelah namanya pun first time.


Ceh. Kalau 4 ela memang la tak cukup untuk mak yang gumuks nih!


So, berlengan senteng lah baju raya saya tahun ni. Huhu.


Misi seterusnya ialah... mencari kasut dan handbag baru. Handbag saya sudah ada kecacatan. Tak best pulak nak dibawa beraya.




Friday, September 11

Nak Sambut Raya Ni...

... 'rumah' di alam maya pun haruslah dihias dan dicat baru jugak.


Ok tak? Atau semak?


Berbunyi-bunyi....

... perutku yang boyak tidak ramping ini...


Berdondang sayang, berkeroncong semuanya ada. Bukan pasal lapar, tapi rasa tak sedap perut. Sekejap-sekejap asyik menjadi tetamu jamban tandas. Penat okeh.


Adakah saya tersilap makan semasa berbuka semalam ye? Chicken pie punya pasal kah?


Sungguh. Kuat benor bunyik perut saya nih. Nasib baik la saya ada bilik sendiri. Kalau dok kat cubicle, harus satu ofis dengar bunyi perut saya ni. At least kalau kat bilik, takde la orang lain dengar sangat.


Malu je kalau ada orang dengar. Hish.


Puasa: Hari Kedua Puluh

Berbuka di dalam kereta dengan chicken pie dan air strawberry yang dibeli di 7-e.


Sampai rumah, berbuka pula dengan nasi putih dan lauk-pauk ini:

Tempe dan kentang goreng berlada
Asam pedas ikan (ikan apa tak tau. mak memang fail bab ikan ni. hoho hampeh sungguh)
Sayur campur (brokoli + carrot + kobis + cendawan tiram)
Air bandung


Sejak akhir-akhir ini, mak saya suka masak sayur brokoli. Sebab Imran suka brokoli. Irma pulak suka carrot. Saya pulak suka sebab anak suka makan sayur. Yay.


Harap-harap habit makan sayur ini berkekalan sampai bila-bila ye anak-anak sekalian.


P/s: CPM, kenapakah saya di deny untuk masuk ke rumah CPM? Sedang renovate rumah kah?



Thursday, September 10

Janganlah Begitu...

Ya, susu ibu makanan terbaik untuk bayi. Saya tahu itu.


Saya juga pernah mengalami rasa 'bangga' apabila dapat menyusukan anak kedua saya dengan susu saya sendiri.


Tapi saya juga pernah mengalami zaman-zaman gelap ketika berikan FM kepada anak sulung saya.


Jadi, bolehlah dikatakan saya pernah berada di kedua-dua situasi, BF dan FM.


Dan pada pendapat saya, tak perlulah sesetengah orang memandang rendah kepada mereka yang beri FM kepada anak mereka. Bukan semua orang berpeluang BF anak diorang disebabkan bermacam faktor.


Antaranya kekurangan ilmu, info, support, pendedahan dan sebagainya.


Kita tak tahu apa sebenarnya sejarah/background/kisah di sebalik pemberian FM kepada anak dia. Kita tak berada dalam situasi dia. So tak perlulah pandang rendah, atau nak jadikan baby FM tu 'anak lembu'.


Lebih-lebih lagi dalam forum itu.


Mungkin kelakar/lucu bagi mereka yang BF anak sepenuhnya, tapi bukan kepada ibu yang beri anak diorang FM dan datang ke forum itu untuk mencari ilmu.


Semasa saya belum berpeluang BF anak saya, kadang-kadang saya sungguh terasa bila baca sesetengah post di forum itu. Masa tu saya rasa saya ni sangat bodoh lagi hina sebab bagi anak FM. Saya rasa saya takde tempat kat forum tu. Rasa macam taknak jenguk dah forum tu.


Tapi saya gagahkan jugak sebab nak kumpul ilmu.


Manusia-manusia yang suka merendahkan ibu yang beri FM pada anak, saya ignorekan aje kata-kata diorang. Padahal kalau ikutkan kata hati, mau bergaduh gamaknya dalam forum itu. Ngehngehngeh.


Kepada mereka-mereka (ada ke kata ganda untuk 'mereka'?) yang suka mempersendakan ibu-ibu yang beri FM kepada anak diorang, saya amat berharaplah diorang tak buat gitu lagi.


Berilah peluang, panduan, tips, tunjuk ajar and whatever yang positif kepada ibu-ibu ni. Bukannya dengan mempersenda, memperlekeh atau pandang rendah kat diorang.


Bersyukurlah kita berjaya BF kan anak kita. Sekarang tugas kita ialah menyebarkan dan berkongsi ilmu dengan yang lain, bukannya memperlekehkan. Kalau tak, rasanya tak ke mana gamaknya kempen penyusuan susu ibu ni kekdahnya. Setuju? No?


Nota: Ini hanya pendapat dan sesi meluah rasa saya. Bukan nak cari gaduh tau.

Nota 2: Rasa sungguh skema entri saya kali ni :P


Yang tak suka gaduh,

Sisih

Sila abaikan entri orang emo yang sedang menahan lapar ni :P


Entah kenapa sejak akhir-akhir ni rasa macam tak best aje.


Rasa macam disisihkan. Ye ke aku ni disisihkan?


Ke aku yang menyisihkan diri?





Puasa: Hari Kesembilan Belas

Hari ni singgah Jus.co Cheras Selatan sebab nak ambil spec baru. Finally!


Sampai-sampai je dah pukul 7 so kami cadang nak berbuka dulu lah baru pi ambik spec.


Mula-mula ingat nak makan kat Pondok Piza tapi penuh. Ada meja kosong kat luar. Tanya sorang pekerja ni dia kata boleh duduk. Bila kami nak duduk, ada staf lain kata tak boleh pulak.


Sudahlah kami tercongok depan pintu Pondok Piza tu tak dilayan. Dekat 10 minit jugaklah. Padahal staf punyalah ramai. Last-last saya dan En Abah blah aje dari situ.


Takmo layan sudah!


Akhirnya berbuka kat Teppanyaki. Disebabkan kami sampai lambat, so makanan pun dapat lambat la jugak.


Lepas berbuka terus ke kedai cermin mata. Setelah memakai spec yang baru, wahhh dunia yang selama ini agak blur-blur terasa begitu terang dan sharp sekali! Dah adjust power lah katakan.


Alhamdulillah.


Tapi rasanya hari ni atau esok kena ke kedai tu semula. Frame spec ni tak berapa fit sangat dengan saya. Ketat sikit bila pakai.


Dan mata saya masih dalam fasa peng-adjust-an kepada power spec baru. Dok meleleh laa airmata ni sekejap-sekejap.


Oh ye, menu sahur saya ialah nasi putih bersama ayam masak merah. Nyum nyum!



Dear En Abah



Happy 29th Birthday!!!


Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki dan happy selalu.


I'll always love you! Muah!


P/S: Harap-harap En Abah suka dengan hadiah yang saya bagi walaupun harganya murah je.



Wednesday, September 9

Yang Mana Satu?

Hujung bulan. Gaji belum masuk. Telefon tak henti-henti berdering. Panggilan dari bank suruh bayar itu ini.


Balance dalam akaun ada lagi RM250. Gaji lagi seminggu. Hutang bank kena bayar RM225. Hari ini juga sebab dah dua bulan tangguh bayar.


Tapi, susu anak pun dah habis. Diapers juga. Harga susu RM50 setin. Tak boleh ganti susu lain sebab anak allergic. Hanya susu yang itu juga. Harga diapers RM40. Tak boleh tukar yang lain sebab kalau tak naik ruam di bon-bon nya. Hanya diapers yang itu juga.


Apa yang patut didahulukan? Bank atau anak? Ditekankan, memang tak boleh nak meminjam kat sesiapa dah. Mati hidup semula pun, hanya RM250 itu sahaja yang ada.


Nota: Situasi di atas tiada kaitan dengan sesiapa, yang hidup maupun yang mati. Jika berkaitan pun hanyalah kebetulan saja.



Puasa: Hari Kelapan Belas

Semalam sampai rumah dalam pukul 10.30 malam. Sangatlah penat.


Menu berbuka semalam adalah hasil terjahan di PaRam Seksyen 18.


  • Murtabak - boleh tahan juga rasanya. tapi takde kuah kari!
  • Air tebu dan teh bunga - hamek ko sampai 2 plastik BESAR En Abah beli. Haus katanya.
  • Popiah basah dan popiah goreng - biasa-biasa aje.
  • Nasi kerabu - RM6 woo. Mahal woo. Nasi kerabu dengan ikan percik. Tapi rupa-rupanya ada daging bakar kat dalam. Cheh. Apsal dia tak bagitau dalam tu ada daging bakar. Kalo tak, takde la mak beli itu ikan percik!
  • Roti jala - tak sempat jadi bahan lantak semasa berbuka. So makan sebagai 'moreh'.


Itulah dia menu berbuka saya semalam. Menu sahur pula adalah nasi goreng kampung.


Oh ye. Kan Gi.ant ada bagi discount coupon satu buku tu kan? Semalam amik la kupon nak beli susu Irma. RM3 diskaunnya. Punyalah semangat nak beli susu dia. Sekali harga RM57.99 daaa. After discount jadi le RM54.99 = RM55. Cheh. Sama je dengan harga yang biasa beli kat kedai ubat cina.


Nasib baik susu Imran murah sikit dari biasa.



Testing *Jadi Ke Tak Nih?*

Saya sedang mencuba publish password protected entry.

Nampaknya menjadi.

Cuba klik kat bawah ni, ada keluar window mintak password tak?

Testing password protected entry :P

Untuk tutorialnya, boleh lah tengok kat sini.

Ataupun boleh jugak kalau nak saya membebel :P

  1. Mula-mula, pi kat edit html dan cari ini --> < /.head> (tanpa dot sebab nak bagi nampak masa publish)

  2. Lepas tu, sila copy paste coding ini SEBELUM tu


  3. Kemudian sila ke sini

  4. Kat sini akan ada 4 boxes yang berkaler kuning, hijau, pink dan purple.

  5. Kat box kuning tu (KEY), isikan password anda. Sila ingat password :P

  6. Kat box hijau (PLAIN TEXT), isikan luahan hati/rahsia anda yang hendak di-protect dengan password itu.

  7. Kemudian click Encrypt.

  8. Abaikan segala mala tulisan di box pink untuk mengelakkan migrain :P

  9. Copy coding di box purple (HTML Code) dan sila paste di New Post di blog anda. Nanti kat HTML code tu ada tulisan lebih kurang gini

    >Show encrypted text<>

    Bolehlah tukar ayat kaler merah tu kepada ayat yang anda suka. Macam saya, saya tukar kepada 'Testing password protected entry :P' seperti di atas.

  10. Voila! Bolehla test.

Renung-renungkan... dan selamat beramal! :)

Tuesday, September 8

Kerna Dia

Hari ni saya drive sendiri sebab En Abah jaga kedai sampai malam. Agak teruja lah sikit sebab nak balik awal tapi yang kedua terlambat antara semua ofismet.


Tup tup, En Abah call ajak berbuka sama kat kedai dia.


'Boringlah berbuka sorang-sorang'


Aiseh. Takpelah. Demi En Abah yang tercinta, ku turutkan jua. Ecewah.




Persiapan Raya 2009

Kisah Selingan

Ahad lepas gigih juga pulang ke Seremban untuk berbuka puasa sebab En Abah homesick.


Selepas berbuka, anak-anak sedara sibuk bermain bunga api. Bawak Imran tengok bebudak tu main. Si anak sedara yang paling besar, Wawan, ajak Imran main sekali.


Dengan muka penuh berlagak cuak terus Imran jawab, "Nanak! Nanak api!" sambil gerak-gerakkan tangan tanda tak mahu.


Hoho anak jantan mama takut nak main bunga api rupanya. Seriously dia sangat takut sampai mengigau malam tu.


Tajuk Utama

Macamana dengan persiapan raya kengkawan? Memandangkan tahun ni beraya tanpa rumah di rumah mak sendiri macam orang bujang so persiapan tahun ni hanya fokus kepada baju dan duit raya sajelah gamaknya.


Saya masih menantikan baju raya saya dan Irma. Aiseh bilalah agaknya makcik ni nak siapkan baju. Nanti takut tak sempat pulak nak cari tudung yang match.


Baju Melayu Imran dan En Abah belum cari lagi. En Abah sibuk benar sekarang ni. Entah bila agaknya nak shopping raya.


Kuih raya adalah jugak beli barang sebalang dua dari ofismet. Tolong kawan-kawan. Tapi mungkin koleksi kuih akan bertambah kot nanti selari dengan gaji bulan Sept Khamis ni.


Baju jalan-jalan anak-anak? Hmm... biasalah.... nenek dan atuknya lagi excited. Dah berapa pasang dah nenek dan atuk diorang belikan. Jimat sikit duit mak Yang belum beli ialah kasut jalan diorang, especially si anak dara tu. Susah bebeno nak cari saiz dia.


Saiz yang sesuai dengan Irma ialah kasut yang tapaknya lembut tu. Tak sesuai untuk budak yang dah berjalan.


Duit raya? Hm duit raya adalah limited tahun ni memandangkan orang gomen takde bonus. So hanya adik-adik saya dan anak-anak buah En Abah ajelah yang dapat duit raya yang banyak sikit. Yang lain-lain tu, dapat duit raya standard la kekdahnya.


Biasanya saya pi tukar duit kat makcik saya aje. Pas aje duit kat dia, bagitau nak note itu ini sekian sekian, nanti dia tukarkanlah. Saya pun tak pasti kenapa pas kat dia. Memang dari saya kecik macam tu. Agaknya sebab ofis dia dekat dengan bank kot? Hehehe.


Oh sampul duit raya belum ada lagi laa... Ye lah, aktiviti berbelanja kan sangat kurang bulan ni. Maka sampul free pun tak ada.


Kengkawan punya persiapan macamana? Dah settle dah semuanya? :)




Terlepas!

Weekend yang panjang.


So pagi tadi adalah agak liat untuk bangun.


Sampai terlepas sahur! Huhu.


Sudahlah tekakku rasa agak perit hari ni. Kononnya masa sahur nak minum air masak banyak-banyaklah. Sekali bila bangun, dah 6.15 pagi daaa....


Hm... semalam hajat di hati nak la pi amik spec yang sepatutnya dapat hari Jumaat lepas. Tapi diorang suruh amik hari Isnin. So pi la Jus.co Cheras Selatan dengan semangat berkobar-kobar nak dapat spec walaupun cokia tapi baru.


Sekali tu dia kata belum siap lagi! Dush!


Rabu baru dapat. Katanya, spec tu asalnya dah siap dah. Tapi bila dia check semula, spring spec tu tak berapa elok pulak. So diorang kena order yang baru. Aiseh.


Takpelah. Rabu pun Rabu lah. Selama ni boleh bersabar dengan spec yang patah ni, takkan la lagi 2 hari pun takleh tunggu kan?


Walaupun dah beli spec baru, niat di hati nak pakai contact lens. Hihi. Kata orang, kalau pakai lens power tu susah sikit nak bertambah. Betul ke?


Power mak dah naik banyak, nyah. Dah serupa macam warga emas power mataku ini.


Tapi ada orang kata, mak tak cun kalo pakai contact lens (macamlah cun kalau pakai spec pun. kahkahkah). Katanya nampak terlebih kejepunan gitu. Huhu. Apakah?



Friday, September 4

Balik Kampung, Anyone?

Masih di ofis. En Abah ada appointment jap.


Takpe, takpe. Cucur udang kan ada sebagai juadah berbuka di dalam kereta :)


Isnin ni Selangor dan beberapa negeri lain cuti Nuzul Quran. Korang yang kerja kat negeri-negeri yang cuti - balik kampung tak?


Saya tak.



Sudah Dapat!

Wahh... gambar apa ye ni?





Siap dapat kurma Yu.suf Tai.yoob (sila berbisik) lagi....
Ada ofismet sedekah sorang satu kotak, untuk semua staf.




Haa... inilah hasil kerja keras staf wanita kat ofis saya semasa lunch hour tadi.
Saya tukang rasa je tadi. Opss...


Nampak tak cucur udang dalam plastik tu? Marveles bau nya weh!
Siap ada sos cili lagi.
Tengs ye kawan-kawan.


Berbau Harum

Hari ini ofis berbau sungguh harum.


Bau cucur udang. Nyum!


Ye. Orang kat ofis saya hari ni menjalankan projek 'Mari Memasak Cucur Udang dan Bubur Jagung'.


Nanti sebelum balik kerja, bubur jagung dan cucur udang akan diagih-agihkan kepada semua staf kat ofis ni. Bagus kan diorang ni?


Last week diorang masak kuih buah melaka. Jadi hidangan berbuka saya di dalam kereta. Cucur udang ni pun mungkin mengalami nasib yang sama la kot.


Tengah hari tadi ikut ofismet ke pusat bekalan bateri bakeri. Kat Seksyen 13 Shah Alam. Nama kedai tu Ba.gus. Siapa tau angkat tangan.


Uih ramai jugak orang kat sana. Macam-macam benda yang dijual. Sempat la menyambar esen vanilla, choc chip, cocoa powder, bread crumb dan bertih beras.


Konon-konon nak buat trifle coklat ataupun choc pudding macam hari tu. Bread crumb tu pula konon-konon nak buat nugget sendiri, atau pun sardine roll ke nanti. Konon-konon ye. Entah bila nak buat pun tak sure. Hehe.


Kat situ jugak ada jual muffin mix. Just tambah air dan bakar (kot). Ada instruction dia kat situ. Rasa macam nak beli je tapi mak takde oven. Dan-dan tu jugak rasa nak beli oven. Haha.


Oh herbs pun ada jual. Rosemary la, basil la, bay leaf la, mixed herbs pun ada. Eiii rasa geram sungguh (dan penuh nafsu) menengokkan benda-benda tu.


Kalaulah saya pandai buat segala mak nenek kek ni, kan best. *Mode berangan*


Puasa: Hari Ketigabelas

Semalam sampai awal ke rumah. Tak berapa jem la pulak.


Menu semalam ialah:

Tomyam campur
Ayam masak kicap
Sambal tumis ikan bilis


Semalam takde lauk sayur la pulak. Anyway, entah kenapa semalam macam tak selera nak makan nasi. *Perasan diet*


Tapi bila timbang (selepas berbuka - nak highlight jugak tuh :P) berat sudah naik 1kg! Haiyoyo!



Thursday, September 3

Ampun Maaf Dipinta

... kepada kawan-kawan yang meninggalkan komen di blog saya. Saya tak mampu nak membalas komen-komen anda atas sebab kelembapan yang amat untuk loading blog saya (dan blog kawan-kawan).


Saya rasa PC saya ada prob lah. Sebabnya jam kat PC saya ni baru pukul 11.52 AM dan bertarikh 1 September 2009! Sebelum tu saya tengok jamnya pukul 12.40 PM. Apakah?


Adakah jamnya bergerak secara backward??? Saya rasa PC saya ni memang betul2 dah biol.


Bos, saya perlukan PC baru! (alasan!)


Insyaallah, kalau ada masa yang panjang akanku balas komen-komen kalian.


As for now, tata dan selamat berbuka puasa!




Ramadhan 2009: Buka Puasa @ Qu.ality Hotel

Semalam En Abah belanja berbuka puasa di Hotel Qua.lity, Shah Alam. Gian nak makan kambing sudah mariii katanya.


Moh layan gambar
(Ya ampun gambarnya kelabu. Almaklum guna camera handphone lopek saje)




Dimulakan dengan air jagung, Nasi Arab serta lauk-pauk (Rendang Tok, Ayam Masak Merah dan kuah dalca). Mak hangkut sekali butter prawn untuk makan dengan Nasi Arab nih.


Oh tipu. Sebenarnya dimulakan dengan kambing panggang. Tapi dah selamat masuk perut baru teringat nak snap gambar. Hehe.




Inilah dia butter prawn itu. Bersebelahan dengannya ialah sotong masak apa tah. Tapi sedap!




Sup gear box En Abah. Mak tak makan sebab En Abah letak cili kicap tu banyak sangat! Pedasss!




En Abah yang sedang khusyuk makan.
Lepas snap gambar ni, bagi dia tengok. Komen dia?
"Hensem jugak saya ni kan?"
Hahaha. Sabo je la.
Memanglah hensem. Kalau tak takkanlah mak pilih dia kan.




Desert yang dimakan sebelum waktunya. Hehe. Tapi semuanya serba tak kena dengan tekak mak.




Dim sum. Masa mak amik tinggal 3 jenis ni saje. Yang lain-lain dah habisss....
Rasa? So-so.
Pernah makan yang lagi sedap.




Tauhu bakar. Boleh tahan lah.





Last sekali, murtabak mini. Sedap jugak.



Penutup ialah ABC tapi gambar tak koser nak amik sebab sudah TERlampau kenyang.



Sebenarnya banyak lagi makanan yang lain. Tapi senak sudah perut masa tu. Tak de ruang lagi dah.



Ada ikan bakar, roti john mini, bubur kacang, pengat labu, bubur lambuk. Buah-buahan, tempura, nasi ayam, mee rojak, kerabu dan ulam, nasi putih, lauk pauk masakan India, kampung dan Cina. Laksa penang, Mee/mee hoon sup. Banyak sungguh!



Overall, kami puas hati lah dengan segala makanan yang dihidangkan. Sedapnya boleh tahan tapi ada certain masakan tu agak pedas. Kiranya, bolehlah kalau nak pergi lagi tahun depan.



Yang penting ialah kerjasama gian En Abah terhadap kambing panggang berjaya dihilangkan. Entah berapa kali tah dia dok berulang kat tempat kambing tu.



Malam tu kami sampai Cheras pukul 10.30 malam. Lepas mandi-mandi terus bawa anak-anak tidur.


Nampaknya Irma tidur sungguh lena malam tadi. Buktinya?









































































Scroll lagi......



























































Terbongkang anak dara ni tidur. Sampai tercabut butang rompers nya. Hehehe.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!