Monday, November 30

HiGoat - My Way

Saya sudah jemu mahu minum susu kambing HiGoat itu. Bukan pasal tak sedap. Sedap! Tapi sebab takde perisa lain (unless kalau saya nak makan tablet lah). So saya pun membuat eksperimen untuk menjadikan susu itu lebih sedap lemak berkrim.


Eksperimen #1

200ml air sejuk
1 peket susu kambing HiGoat
2 sudu besar Milo

Masukkan dalam shaker dan shake shake shake! :P
Sedap! En Abah pun suka.


Eksperimen #2

Sama macam kat atas cuma saya tambahkan sedikit Nescafe. Rasa mocha gitu.


Baru 2 eksperimen je. Ehehe. Nanti kot saya dah jemu dengan yang ini, saya try buat eksperimen lain pulak. 







Apo Nak Dikato...

Hujung minggu ini SIL saya akan melangsungkan perkahwinan. Sebagai seorang menantu hantu yang baik, seharusnya saya pun meringankan tulang membantu mana yang patut.


Awalnya En Abah suruh saya ambil cuti Jumaat dan Isnin. Elok je cuti saya dah approved, En Abah suruh tukar ke Khamis dan Jumaat pulak. Aiseh.


Hari ni saya ingat nak tambah la cuti hari Khamis ni. Baru je nak apply cuti, datang pulak surat suruh attend talk apa tah.


Yang tak bestnya, talk tu ialah pada hari Khamis.


Hm. Macamana ni En Abah?




Dah Potong!

Saya dah potong rambut. Free je.


Kualiti? Boleh tahan la, walaupun hairstylist saya tu bengang sikit kat saya sebab saya asyik membebel kat dia. Hihi.


Siapa hairstylist saya tu?


En Abah. Haha. Ye, suami saya yang potongkan rambut saya. Walaupun senget-benget tapi saya suka, sebab free. Muahaha.




Thursday, November 26

Takde La Tuu....

Half day? Balik awal?


Berangan je la Zetyyyy.....



Mengantuk

Ngantuknya saya kat ofis ni. Mungkin kerana ofis adalah sangat senyap sunyi hari ni. Atau mungkin juga kerana Irma yang masih belum baik demamnya.


Ya, malam tadi Irma still tak lena tidur. Asyik terjaga sambil menangis-nangis dan diselang seli dengan muntah-muntah. *Mama baru je tukar cadar. Huhu*


Tapi durasi tidurnya dah semakin panjang. Kalau kelmarin dia asyik terjaga 15-30 minit, malam tadi adalah sejam sekali.


Semoga cepat sembuh ye sayang.


Cuak!

Semalam saya meredah jem dari pukul 6.20 petang sampai pukul 8.15 malam.


Silap sendiri.


Biasanya saya lalu NPE. Tapi lately ni NPE pun jem jugak. So saya try lah redah Federal. Hah hamek ko! Jem tak hengat punya.


Tapi itu bukanlah jadi isu yang besar.


Isu besarnya, temperature kereta adik saya naik mendadak sepanjang tempoh saya ter-stuck kat dalam jem tu. Yelah, kan kereta adik saya tu menunggu masa nak terbarai je kan?


Punyalah cuak masa tu Allah saja yang tahu. Saya call En Abah. Dia suruh saya berhenti dulu. Masalahnya masa tu saya kat lane yang kanaannn sekali. Nak ke kiri adalah agak susah penakut sebenarnya. Saya redah lagi. Meter temperature kereta tu pulak kejap naik kejap turun. Hish!


Saya betul-betul tawakal je masa tu. Doa banyak-banyak - Ya Allah aku takmo tersadai kat sini! Aku takmo jadi penyebab menambahkan lagi jem ni (baik la konon). Dan paling takut kalau kena approach dengan entah siapa-siapa. Serious. Saya dan En Abah dah pernah berdepan dengan situasi tu masa kereta adik saya yang lagi sorang buat hal. Gerun okeh tengok orang yang approach kitorang tu.


Alhamdulillah lepas-lepas tu trafik pun dah makin lancar. So temperature pun dah tak naik. Saya teruskan perjalanan. Siap singgah isi petrol lagik. Dan minum air penambah tenaga. Capek gue!


Tobat. Saya tobat takmo dah bawak kereta Kancil adik saya tu meredah jem di Federal Highway. No no no!




Selamat Hari Raya Haji

Sikitnya orang kat ofis hari ni. Yang lain-lain semua pakat cuti dah. Bila ofis senyap sunyi begini, mulalah mata pun menjadi berat. *Yawn*


Korang balik kampung tak Raya Haji ni? Saya stay di Cheras rasanya. Tak de pulak tanda-tanda En Abah mengajak pulang ke Seremban. Lagipun minggu lepas dah balik. Minggu depan pun balik lagi. SIL saya kahwin. So, bagi chance lah ye En Abah *kenyit mata kat En Abah*.


Saya nak ambil kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya Haji kat semua kawan-kawan (macam ucapan Sampaikan Salam kat radio pulak :P). Yang memandu pulang ke kampung tu, bawak kereta elok-elok okeh?


Hm... saya masih berharap supaya tempat kerja saya ni keluarkan announcement dapat half day hari ni. Hihi. Raya Puasa hari tu Big Boss yang paling besar bagi staf-staf half day. Seronoknya diorang. Hopefully Raya Haji kali ni pun dapatla jugak.


Kalau masih ada entri mengarut saya petang-petang karang, itu bermaksud yang kitorang tak dapat hal day lah tu.



Wednesday, November 25

Potong!

Rambut saya sudah panjang. Kalau cantik tak apalah jugak. Ni asyik gugur je macam masa lepas bersalin dulu.


Dah lama plan nak potong tapi entah kenapa asyik tertangguh-tangguh.


Sudah hampir 10 tahun saya stick pada potongan rambut yang sama. Apa orang panggil... layer ek? Dan saya dah boring dengan potongan tu. *10 tahun beb. Mana la tak boring*




Lebih kurang gini le rambut tu (rambut je ye. bukan muka :P)
Pic googled.


Tapi masalahnya sekarang, saya tak tahu potongan rambut yang macamana sesuai untuk saya. Maklumlah dengan pipi yang semakin membulat dan badan yang makin dipam-pam ni, bukan semua stail sesuai kan?


Kawan-kawan ada cadangan stail apa yang sesuai untuk mak budak yang gemoks saya ni?


Oh ye. Lagi satu. Saya agak kompius. Kaler rambut (selain inai) dibolehkan dalam Islam ke tak sebenarnya? Macamana kita nak tau produk mana yang boleh, produk mana yang tidak? Maksud saya, produk yang membolehkan laluan air ke rambut etc.


Kalau bleach rambut boleh dak? Ke, takleh jugak ye? Oh banyaknya soalan saya.





Siapa Cantik?

Iklan syampu kat TV


Nenek : Siapa dalam TV tu Ban?

Imran : Mama...

Nenek : Mama?? Ye ke mama?

Imran : (Diam sekejap) Kann... kann (read: bukann... bukann...) (goyang tangan tanda tak setuju)

Nenek : Bukan mama? Hm.. cantik tak kakak dalam TV tu?

Imran : Takk...

Nenek : Habis siapa cantik? (Nenek budget Imran jawab 'nenek')

Imran : Mama!

Nenek : Mama?? Mama cantik ke? Siapa cantik... kakak tu ke, mama?

Imran : Mama!

Nenek : Bukann... kakak dalam TV tu lagi cantik... (saja je nenek ni tau :P)

Imran : Takk... mama antekk!

Mama : (Kembang... ) Good boy!


Seharusnyalah saya yang dah sedia kembang ni bertambah kembang kan? Walaupun hakikatnya model iklan syampu tu jaaaauh lagi cantik dari saya ni *kuis-kuis kaki kat lantai opis*.




Demam, Sate & Seluar

Semalam genap Irma berumur 18 bulan. Dan, Irma siap dapat 'hadiah' lagi.


Demam panas, muntah-muntah dan selsema.


Maka semalam saya pun cuti. Bawa anak-anak ke klinik kat Kajang. Ingatkan klinik bukak pukul 10, rupanya 10.30 pagi. So, En Abah ajak singgah makan sate Hj Samuri.


Sate Hj Samuri pun bukak pukul 10.30 jugak. Ceh. Lepak-lepak dulu lah kat situ sementara nak tunggu lagi 15 minit.


Lepas 15 minit, kaunter still tak bukak lagi. Staf kat situ pun buat bodoh je dengan kitorang. Oh bukan kitorang je yang tengah menunggu. Ada la 2-3 meja yang lain.


Masa tu, Imran dengan Irma poo-poo la pulak. Biasalah budak-budak ni kalau projek mesti nak berjemaah. Saya bawa Irma ke toilet. Ada signboard 'tandas sedang dicuci' la pulak. Fine. Duduk balik. Dalam 10-15 minit pergi lagi ke toilet. Masih dicuci. Saya dah start hangin dah. Ye lah. Budak-budak dah rimas. Menangis sebab geli bon-bon dah basah. Mamanya pun naik rimas sama.


Kali ketiga, signboard masih kat depan pintu toilet. Kali ni saya tak pedulik. Tengah cuci ke, tengah overhaul ke, saya redah jugak. Masuk dalam toilet, ceh! Takde orang pun. Cuci lah sangat! Sakit hati saya masa tu. Staf-staf yang tengah sibuk potong bawang dekat-dekat dengan toilet tu pulak takde nak bagitahu saya suh masuk je toilet tu. Takkan diorang tak nampak anak saya tengah melalak nak masuk toilet? Haih.


Masa saya masuk toilet tu pun staf kat situ buat muka tak puas hati. Macam... tak suka saya masuk toilet tu. WTF??


Pukul 11 pagi, barulah kaunter tu bukak.


Sate yang sampai pulak, ada yang tak masak. Haiyo. Memang makin tah apa-apa pulak servis diorang sekarang ni. Agaknya diorang rasa walau apa pun terjadi, orang tetap mencari sate diorang gak kot. So, diorang pedulik hape kalau takat ada sorang dua pelanggan yang tak puas hati kan? Agaknya lah. Harap-harap owner nya tak berpikiran gitu.


Oh lupa nak cerita. Masa nak basuh bon-bon Imran, aisehmen... itu seluar sudah terkena itu poo-poo yang diapers nya sudah bocorrr... habis camno nih. Saya takde pulak bawak baju lebih. Ye lah. Takat pi klinik kan. Mana nak sangka eksiden gini pulak yang jadi. Sudahnya, Imran seluar-less. Haha. Kalau pakai cloth diaper takpe la jugak kan. Ada lah comel sikit. Ni pakai dispo diaper jek. Haha lagi sekali.


Sampai kat klinik semua orang pandang. Pehal budak nih tak pakai seluar??? Saya terpaksa lah buat muka stone aje. Kehkehkeh.


So...  dipendekkan cerita, Imran dapat ubat selsema. Irma pulak dapat ubat demam dan antibiotik.


Malam tadi Irma kejap-kejap bangun. Tidur 15 minit, bangun. Tidur setengah jam, bangun. Hidung tersumbat. Kesian kat dia. Mamanya yang mamai mamai ni pun layan kan aje. Kejap nak susu. Kejap muntah. Kejap nak bertepuk. Kejap nak mama peluk. Macam-macam. Sudahnya pagi ni mata saya adalah seperti mata beruang panda. Dah lah badan pun memang macam beruang :P


Harap-harap semakin sembuh lah anak-anak saya tu.



Monday, November 23

Weekend@Ulu Bendul

Semalam keluarga saya dan SIL pi Ulu Bendul, Kuala Pilah.









Pic googled.


Biasanya kalau kami dah sampai memang ramai orang tengah piknik kat situ. Tapi semalam tak ramai pulak. Sangat heaven. Air pulak jernih aje.


Imran kemain suka mandi. Tak mau keluar dari sungai langsung!


Sepupu-sepapat nya yang lain semuanya dah menggigil-gigil. Tapi Imran, anak teruna saya yang gagah perkasa lagi macho itu rileks aje. Tak menggigil langsung!


Mungkin kerana lapisan lemaknya yang 'tebal' berbanding sepupunya. Hehe. Ye lah, Imran macam mamanya jugak. Dah berendam lama-lama dalam air pun maintain lagik. Tak mainlah menggigil-gigil ni. Hahaha.


Maaflah takde gambar sendiri pulak dalam entri ni. Punyalah excited nak mandi sungai sampai lupa bawak henpon merangkap kamera saya tu.


En Abah pulak sibuk menjaga BBQ. SIL saya dengan rajinnya membawa ikan, ayam dan sotong sebagai mangsa BBQ. Pastu siap bawak bubur nasi, nasi putih, sambal sardin, sambal ikan bilis dan roti canai lagik. 


MIL saya pulak siap masakkan mee goreng untuk cucu-cucunya dan menantu hantunya yang sorang nih. Memang best in-laws saya kan? Hehe. Bab makan memang terjaga. Tu yang menantu perempuan tunggal ni pun makin dipam-pam hasil penjagaan rapi in-laws saya. Hihi.


Lepas mandi-mandi, of kos lah acara makan. Lepas tu bebudak ni sambung mandi lagi. Saya pulak, tengokkan Irma dah 'layu' semacam, terus bawa dia naik, tukarkan baju. Tak lama lepas tu Irma pun selamat zzzz dalam khemah yang SIL saya bawak.


As for Imran, punyalah lama dia berendam sampai saya pulak yang naik risau. Yelah. Sejuk kan. Takut selsema pulak dia nanti. Tapi, dia memang takmo keluar. Sampai menangis-nangis masa En Abah bawak dia naik. Tapi paksakan jugak sebab semua orang dah naik. Tinggal dia dengan En Abah je dalam sungai! Haiyo.


Nak dekat Zohor tu, awan pun dah start mendung. Cepat-cepatlah kitorang kemas barang dan khemah. Nasib baik sempat masuk dalam kereta. Kalau tak, memang habis basah kuyup.


Petang tu, kitorang semua tengah leka layan TV, yang En Abah pulak main Saidina dengan budak-budak. Tiba-tiba baru perasan yang Irma takde! Punyalah mengagau mencari Irma satu rumah!


Rupa-rupanya dia duduk rileks je dalam besen tempat MIL tadah air kat bilik air tu. Hmm... tak puas mandi sungai ye Irma? Hihi.


Syukur lah tak de apa-apa jadi kat Irma. Kebetulan air dalam besen tu pun seciput je. Kalau tak, naya jugak. Peringatan untuk diri sendiri - lain kali tutup pintu bilik SIL yang ada attached bathroom itu.









Kau Buat Ku Tersenyum

Ini adalah gambar-gambar terbaru yang mampu membuat saya tersenyum, biar macamana teruk pun rasa sakit hati atau tension saya masa tu. Kiranya, gambar-gambar penyejuk jiwalah :)




Irma sedang memakai sunglass abang Imran.
Gambar semasa dalam perjalanan ke kenduri kahwin anak jiran :)
Sila abaikan gambar mamanya yang tembam penuh dengan parut jerawat itu :(



Ini ialah gambar terbaru Imran yang berjaya dirakamkan oleh Aunty Adik nya.
Tiapkali tengok gambar ni, saya mesti senyum meleret. takpun tersengih.
Sungguh. Saya tak tahan tengok muka Imran dalam gambar ni.
Tengoklah pipi dia. Saya terbayang pipi Santa Clause yang tembam dan kemerahan itu. Tinggal takde jambang putih je.
Haha.
Siap dengan senyum sampai tak nampak mata.
Sebenarnya, Aunty Adik tangkap gambar ni masa Imran tengah mamai-mamai nak tidur.
Bila Aunty Adik suruh senyum, maka inilah hasilnya.


Korang pulak macamana? Apa gambar yang mampu buat korang tersenyum sepanjang hari?


Hm... dah lama tak buat tag. Apa kata saya tag kan 'assignment' Kau Buat Ku Tersenyum ni kat kawan-kawan? Hehehe.


Kawan-kawan yang bertuah itu ialah:


Sila tepek gambar apa saja yang mampu buat korang tersenyum, walaupun tengah berada dalam mood tensi teramat.


Kemudian sila tag 3 kawan yang lain. Tak banyak kan? 3 aje :)


Selamat membuat tag! :)




Friday, November 20

Warehouse Sales

Saja bagi link.


Ada Cadbury warehouse sale starting from today sampai laa Ahad ni.  So kepada sesiapa yang berminat bolehlah ke sana.


Details boleh tengok kat sini :)


Oh ye. Tak lupa juga Corelle punya Warehouse Sale. Dari 4 Disember hingga 6 Disember ni. Try tengok sini.



Lunch

Baru balik dari bank. Lepas keluar dari bank, jalan-jalan cari pasal makan. Tak tahu nak makan apa. Bajet pun adalah semput-semput sementara nak tunggu Isnin ni *gaji yeay!*.


Sudahnya singgah di Giant membeli roti dan chicken salad yang agak murahan. Kalau ML kata ayam panggang kat Tesco adalah tak sedap, saya pun nak bagitau chicken salad kat Giant itu sungguh tak sedap tapi habis jugak saya makan sebab lapar :P.


Sekian laporan menu makan tengah hari saya :P




Mari Menyanyi Bersama Imran

Selama ni, kalau nyanyikan apa-apa lagu untuk anak, saya hanya menyanyi dan anak hanya mendengar.


Baru-baru ni, saya saja nak uji Imran, samada dia tahu atau tak lirik lagu yang selama ni saya nyanyikan untuk dia.


#1 Lagu Barney

Saya : I love you, you love~

Imran : ~miii...

Saya : We are happy fami~

Imran : ~liii...

Saya : With a great big hug and a kiss from me to~

Imran : ~yuu..

Saya : Won't you say you love me~

Imran : ~tuu...


Ok, lulus. Jom kita cuba lagu lain pulak.


#2 Lagu Tanya Sama Pokok (ini ke tajuknya?)

Ini adalah lagu versi saya. Lirik adalah main belasah saje.

Mama : Tanya sama pokok, apa sebab go~

Imran : ~yangg...

Mama : Nanti jawab pokok, angin yang gon~

Imran : ~cangg..

Mama : Tanya sama angin, apa sebab goncang, nanti jawab angin, tanyalah~

Imran : ~anginnn... (?? angin tanya angin balik? hehe)

Mama : Awan nanti kata, aku kandung ~

Imran : ~angin (hoh?)

Mama : Sampai tempat sejuk, aku pun~

Imran : ~angin.. (ni kes dah malas nak layan mama lah nih. muahaha)

Mama : Tengok dalam air, nampak bayang-bayang, campak satu batu, bayang pun~

Imran : ~ngok weee... --> tengok tv 


Hahaha. Apasal boleh melalut sampai tengok TV lak ni Imran?




Wednesday, November 18

Honk! Honk!

Baru je publish entri berkenaan kereta kecik semalam. Tup tup hari ni saya nyaris nyaris eksiden!


Saya tahulah saya bawa kereta kecik. Tapi kereta saya warna merah menyala ok! Takkan kamu tak nampak saya sedang memandu?


Kamu kat simpang nak belok ke kanan kan? Dan saya datang dari kanan kamu. Dah la kamu tak bagi signal. Lepas tu kamu teruusss je nak keluar simpang tanpa lihat kiri kanan. Padahal saya dah dekattt sangat dengan kereta kamu.


Kamu masih mamai kah pagi-pagi begini (tadi)? Atau warna kereta saya tak cukup 'menyala'? Atau kamu lupa pakai cermin mata?


Nasib baik saya sempat hon dan brek, tahu? Kalau tak, kita berdua pasti sedang tersadai di balai polis trafik. Tahu pula kamu terkejut ketika saya hon. Saya tak suka hon-hon kereta lain ni. Tapi kalau dah lagi beberapa inci kereta saya hampir bercium dengan kereta kamu, maka sudah seharusnya saya terpaksa membunyikan hon.


Nasiblah.



Tuesday, November 17

Dia Dah Tak Akan Hantar/Jemput Saya Lagi

Tajuk kemain.


Mulai hari ini saya bawa kereta sendiri ke ofis. Well, bukanlah kereta sendiri. Kereta pinjam adalah lebih sesuai. :)


En Abah dah tak boleh hantar/jemput saya dah. Kenapa? Oh, bukanlah kerana En Abah tak sudi. Tapi dia harus berulang-alik ke Seremban setiap hari. Sampai bila? Sampai bila-bila lah kot nampaknya.


Dah lama tak bawa kereta adik saya ni. Kereta Kancil yang saya rasa bila-bila masa aje boleh terburai dan terlerai di tengah jalan. Sungguh menyeramkan okeh. Tapi saya terpaksa beranikan diri. Huhu.


Memandu Kancil harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi tahu? Mana taknya, mentang-mentang kamu kecik dan tak pick-up macam kereta lain, kamu mestilah selalu beri jalan kepada kereta-kereta yang besar ini.


Kamu juga harus terima hakikat yang kebanyakan orang beranggapan mereka yang memandu Kancil adalah mereka yang baru aje lepas belajar memandu/habis lesen P. Jadi kebarangkalian kamu akan dihon, di-beam dan dipotong secara kurang berhemah adalah tinggi.


Yang peliknya, ketika kamu memandu kereta yang besar sikit dari Kancil, dengan gaya pemanduan yang sama, takde pulak kereta lain hon, beam atau potong kamu begitu. (Tak selalu lah.)


Pelikkan?


I love Malaysia (tiba-tiba).




Bersiaran dari makmal komputer....


Masih lagi berkurus berkursus hari ni. Rajin betul saya kan?


Borang SKT belum isi lagik nih. Nasib baik En Bos belum berada di ofis.


Harap-harap kandungan kursus hari ni tak se-boring semalam.


Till then, tata!



Monday, November 16

Short & Sweet

Ok. Entri ini adalah short and sweet sahaja.


Saya tengah lunch break. lepas ni sambung kursus balik.


Aktiviti hujung minggu lepas:


#1 Makan-makan di rumah SIL
Kami ke Bangi malam kelmarin. SIL buat makan-makan sempena rumahnya yang baru siap diubahsuai (eceh ayat).


Macam-macam yang SIL saya masak. Soto, mangga santan, nata de coco pun ada, sate (beli), bubur pulut hitam, dan yang paling syok sekali ialah donat Big Apple. Rupa-rupanya SIL saya mendengar membaca rintihan saya di fesbuk. Wakaka.


#2 Kenduri kahwin di Putrajaya
Ini ialah majlis perkahwinan anak jiran mak saya.


Seronok sebab dapat makan nasi beriani yang sedap (makan saje lah haku nih). Dan dapat jumpa abang kepada pengantin lelaki yang juga kawan merangkap musuh saya sejak kecik lagik. Muahaha.


Seronok dapat jumpa anak beliau yang dah pun berumur 5 bulan. Kemain bolat matanya ikut mata maknya yang comel.


Kesimpulannya, hujung minggu lepas adalah menyeronokkan, berbanding hujung minggu sebelumnya.




Friday, November 13

There's Two Of Me?!

Hm... selama ni ingatkan ada sorang je Zety Zin dalam dunia ni. Oh, bukanlah dalam dunia. Dalam fesbuk.


Rupa-rupanya ada dua. Sungguh tak sangka!


Kawan-kawan yang ada fesbuk sila try search 'Zety Zin' kat ruang mencari di fesbuk itu. Sure ada dua orang yang memegang 'nama' yang sama.


Saya ialah yang profile picture nya gambar budak lelaki yang sedang bergaya memakai cermin mata neneknya sambil memakan popok keropok itu ya. Boleh tengok kat ikon FB kat sidebar blog ini.


Saya tidak akan sesekali meletakkan gambar muka saya yang bolat lagi tembam ini di profile picture saya. Muahaha.




Semalam Yang Hangat Memberi Semangat

Selepas tamat kursus semalam, sempat saya ucapkan terima kasih kepada tenaga pengajarnya.


Berbual sekadar berbasa-basi, beliau bertanya pada saya,

"Kerja kat Zon mana?"


"Oh, saya kat bla bla bla."


"Baguslah you ni. Cepat tangkap."


"Ye?" --> as in "Pardon?"


"You ni... cepat tangkap apa yang diajar. Boleh nampak."


Wah... blushing saya kalau orang puji begitu. Dah lama tak dipuji. Hihi.


Seperti yang selalu saya tulis di bahagian 'profile' kat mana-mana, be it Friend.ster atau FB, atau di autograf sejak zaman sekolah dulu,


'I'm not weird. I'm gifted.'


Amboi... angkuh gitu. Haha.Tak sesuai tau.




Comel

Siapa baca Kosmo semalam?


Comel sungguh baby ni kan?



Kenapalah sanggup buang baby yang comel macam ni? Tak sanggup saya tengok mata dia.


Saya harap siapa jugak yang buang baby ni akan dihantui perasaan bersalah sampai mati.





Thursday, November 12

Nak Jugak

Sedang menghadiri kursus.

Ni tengah lunch break.

Nak jugak update blog tu! :)


Wednesday, November 11

Kawan Dunia Akhirat

Sesetengah orang hanya berkawan dengan kita bila dia rasa dia perlukan kita.


Bila dia ada masalah dan tak tahu nak luahkan kat siapa, dia cari kita. Kononnya kitalah kawan dia dunia akhirat.


Bila dia jumpa dengan kawan-kawan lain, dia lupakan kita. Macam kita tak wujud.


Jangan kata tegur, senyum pun tidak!


Sungguh membencikan lah orang macam ni!




Saya yang sedang emo,

Tuesday, November 10

Cerita Basi Pagi Tadi

Siapa kat sini yang ada lalu tol Grand Saga Batu 9 pagi tadi??


Jem gilaaa!!!!


Dari sebelum tol lagi dah jem dah. Rasanya dah lama tak jem macam ni. Bila lalu depan Plaza Phoenix, terus lancar perjalanan, macam takde apa-apa terjadi. Pelik betul.


Maka hari ini saya adalah lambat 6 minit. Huhu.




Monday, November 9

Ops Nyah Cik Ti: The Details

Semalam dari pagi sampai ke petang kami menjalankan Ops Nyah Cik Ti secara besar-besaran.


Saya panggil kakak In.don yang pernah kerja sebagai cleaner di ofis lama saya untuk membantu. Kakak ni namanya Kak Sara. Kecik molek orangnya. Tapi buat kerja... fuh... memang cekap dan cepat!


Sampai-sampai je kat rumah terus dia buat keje. Bukak cushion cover, angkut sofa ke luar, jemur segala kusyen yang ada. Bilik stor bawah tangga yang jadi tempat Cik Ti berkampung habis diredahnya.


Barang-barang kedai lama En Abah, even hadiah kahwin *mati la hadiah kahwin pun still dalam kotak* pun dia keluarkan semua dari bilik stor tuh.


Hasilnya, seekor anak Cik Ti mencicit-cicit lari. Dan berlonggok ta.ik diorang satu kampeni kat dalam bilik stor tu. *Eww*


Saya minta tolong Kak Sara ni sebab saya geli dengan Cik Ti dan 'tinggalannya'. En Abah? Err... no komen. Hahaha.


Lepas habis dikemas bilik stor, di sapu, mop, susun balik barang kat dalam stor, dia beralih kemas ruang tamu lak. Saya nak tolong sekali tapi dia tak bagi. Maybe dia selesa buat kerja sorang-sorang kot. Yelah, mana sama pace saya dengan dia. Dia buat kerja laju gila. Saya lak terhegeh-hegeh. Ngehngehngeh.


Lepas ruang tamu saya licin berkilat berseri-seri lagi wangi, dia beralih ke bilik belakang pulak. Ye... kat situ pun ada baaanyak 'kesan peninggalan' Cik Ti itu. *Geram*


Oleh kerana takmo termangu-mangu tercongok sahaja maka saya beralih ke tingkat atas. Vakum dan kemas bilik-bilik. En Abah pulak basuh bilik air.


Lepas saya dan En Abah selesai, kami turun bawah... *tinggg*... dapurku sudah bersih uols! Almari dapur gas tu habis Kak Sara sental. Banyak betul ta.ik Cik Ti dalam tu! Plus, lagi seekor berjaya dihalau.


Saya ingat nak basuh segala cushion cover dan baju-baju yang saya tinggalkan selama ni, sebab risaulah Cik Ti ada kencing ke hape ke. Sekali, washing machine rosak daaa... Saya saspek sensor dia (or something) rosak. Mungkin jugak ada wire ke hape ke yang kena geget dengan Cik Ti ni. Hish.


Ke dobi lah kekdahnya. *Habis RM*


Dalam pukul 4 petang tu, tingkat bawah berjaya dibersihkan oleh saya Kak Sara. 7 jam! 7 jam operasi Ops Nyah Cik Ti I dijalankan. Mungkin Ops Nyah Cik Ti II akan dimulakan minggu depan, Insyaallah.


Di sini saya ingin megambil kesempatan untuk meninggalkan pesan kepada Cik Ti,


"TOLONGLAH KELUAR DARI RUMAH HAKU!"


Sekian terima kasih.


Hujan

Hujan lebat kat luar.


Siap berdentam dentum bunyi guruh.


Sejukk...


Berpesan

Semalam kami menjalankan misi yang satu ini. Dua ekor berjaya dinyahkan dari rumah.


Hopefully itu adalah saki-baki kaum keluarga mereka yang terakhir.


Sempat saya berpesan kat diorang,

"Janganlah datang rumah aku lagi. Rumah aku ada anak kecik. Pi cari rumah lain. Rumah orang bujang pun ok apa."


Hehehe.



Friday, November 6

Hiburan Hujung Minggu Ini

Apa aktiviti anda hujung minggu ini?


Saya dan En Abah bercadang nak menjalankan Ops Nyah Cik Ti.


Sejak akhir-akhir ni banyak betul Cik Ti yang berleluasa dalam rumah. Siap ada yang bunuh diri dalam rumah kami. Baunya tak yah cerita lah kan. *Eww!*


Harap-harap operasi kali ni berjalan dengan suksesnya. 





Thursday, November 5

Imran: 2 Tahun 6 Bulan

Hari ni genap umur Imran 2 tahun 6 bulan.




Masih allergy pada protein susu lembu, walaupun dah bolehlah makan/minum dairy product sikit-sikit.


Ayam pun takleh makan banyak-banyak. Takleh makan hari-hari. At least selang sehari. Kalau tak, habis naik merah-merah dan gatal-gatal, especially kat peha dan pangkal peha dan leher.


Teringat masa pi KK hari tu. Hotel kami berdekatan dengan KFC. Si Imran pulak bila nampak KFC je, kompem mintak singgah. Being the eldest grandchildren, atuk, nenek dan aunties nya ikutkan saja kehendaknya. Kalau saya, harus saya buat dekk je dengan permintaan anak. *Pengsan la kalau makan KFC hari-hari!* Dah saya tegah family saya supaya jangan ikutkan sangat, tapi....


Sudahnya, 3 hari 2 malam di sana, Imran asyik makan ayam. Tak banyak, sikit mesti ada masuk perut dia. Ubat allergy dia pulak habis semasa hari kedua di sana.


Balik ke Cheras, satu badan Imran merah-merah. Kesian anak terunaku. Huhu.


2 tahun 6 bulan... apa perkembangan terbarunya?


Suka bertanya! Walaupun pelatnya masih 'pekat', Imran suka sangat bertanya. Benda yang dia dah kenal pun, dia tanya.


Contohnya semalam semasa ke klinik. Adik saya cerita, sepanjang perjalanan dia asyik tanya,

"Ti, ni apa?" -->gt; Aunty, ni apa?

"Pokok"


Selang dua tiga saat, tanya lagi,

"Ni apa?"

"Pokok"


Dan ulang-ulang-ulang lagi. Macam iklan raya burung murai tu pulak. Hihi. Pening kepala aunty nya nak melayan.


Bangun pagi-pagi pun masih rajin bertanya.

"Mama, ni apa ni?"

"Beg"

"Beg atok lat mosk" --> Beg atuk, solat, mosque - Kononnya beg tu atuk nya bawak pi solat kat mosque. Padahal sling bag yang bawak pi haji tu. :D


Kalau kita jawab lain dengan jawapan dia, contohnya,

"Bukan. Beg tu atuk simpan barang."


Haruslah dia marah. Jawapan mesti ikut skema jawapan dia okeh.


"Kann...! Kann...! Beg atuk lat mosk!!" --> Bukan! Bukan! Beg atuk solat mosque!!


Haih. Ye lah Imran oii... Sudahnya saya iyakan aje. Hehehe.



Go Away

♪♫Rain rain
Go away
Come again another day...♫♪
[Lagu dari Barney :)]


Ini bukan hujan di luar sana.


Tapi hujan di dalam hati.



Proses Pertukaran 3

Semalam Irma ke klinik. Bon-bon nya merah-merah dek selalu sangat poo-poo, dan atuk pulak tak perasan dia poo-poo, so tukar diaper pun lambat. Bila tukar diaper lambat, pepaham ajelah kulit bon-bon baby jadi macamana.


Menangis-nangis Irma setiapkali nak tukar diaper.


Plus, badannya naik bintik-bintik merah. Kat belakang, ada satu bintik merah yang besar dan dah 'pecah'. Mak saya saspek Irma kena chicken pox.


Di klinik, Dr kata perut Irma masuk angin. Itu antara sebab dia selalu poo-poo. Pasal bintik merah tu, Dr suruh tunggu 2-3 hari lagi. Kalau makin banyak naiknya, kena ke klinik semula. Tapi kata Dr, itu bukannya chicken pox.


Mak saya kata, agaknya Irma alah dengan susu baru yang saya belikan untuk Irma tu. Hmm.. mungkin jugalah kot.


Sejak malam kelmarin (Selasa), saya dah stop beri Irma susu-susu baru tu. Saya beri semula Pediasure.


Nampaknya, buat masa ini, hanya Pediasure saja FM yang sesuai buat Irma. Saya pun belum ada masa yang sesuai untuk meneruskan misi mencari FM murah baru.




Tutup

Laparnya. Cafe tutup pulak tu. Tetiba pulak tutup hari ni. Takde notis takde apa. Ke saya yang tak alert? Ngee...


Laparnya....



Wednesday, November 4

Kenapa Menangis?

Satu petang, atuk dan nenek terdengar Irma menangis di balik sofa. Lalu atuk dan nenek pun cubalah jenguk apa yang menyebabkan Irma menangis.


Terjatuh ke? Kena cakar dengan kucing ke? Terhantuk ke?


Bila atuk dan nenek duduk sebelah Irma, Irma masih lagi menangis.


"La... Irma menangis sebab ni ke?"


Tau kenapa Irma menangis?






















































Dia menangis sebab tengok gambar mamanya yang 'comel' ni!


Hahahaha.


Nak tergelak pun ada, terharu pun ada.


Rindu bebeno dengan mama gamaknya, ye Irma? :)





Susu Kambing, Anyone?



Inilah dia susu kambing yang dimaksudkan semalam. Maaf, kualiti gambar yang kureng. guna handphone je.


Susu kambing ni ada banyak khasiatnya. Antara kelebihan yang dapat saya tulis taip balik (rujuk pada flyers nya):

  • Susu terbaik SELEPAS susu ibu
  • Tidak menyebabkan alahan
  • Menguatkan sistem imunisasi tubuh
  • Bersifat alkali
  • Meningkatkan daya kepekaan, tumpuan dan ingatan
  • Melancarkan sistem penghadaman & usus
  • Membantu mengubati Kanser, Demam Kuning, Gastrik, Ulser, Asthma (Lelah), Penyakit Kulit, Sukar Tidur
  • Membantu merawat Senggugut, Darah Tinggi, Lemah Jantung, Kencing Manis, Batuk Kering, Gout dll
  • Mengimbangi gula dalam darah & kolestrol
  • Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit & tisu saraf)
  • Tidak menyebabkan kahak
  • Memulihkan tenaga batin
  • Awet muda


Kandungan nutriennya pulak:
~ Tenaga
~ Protein
~ Lemak
~ Karbohidrat
~ Gula
~ Kalsium
~ Zat Besi
~ Vitamin A
~ Vitamin B1
~ Vitamin B2
~ Vitamin C
~ Vitamin D
~ Vitamin B12
~ Asid Folik
~ Inositol
~ Sodium
~ Potassium
~ Selenium


Susu ni tak menyebabkan alahan (bagi mereka yang eczema). Juga tak berbau hamis. Boleh diminum bersama Milo atau minuman lain. Boleh dibuat milkshake, atau dimasukkan dalam puding gak. Tapi saya minum macam tu je.


Susu kambing juga mengandungi kalsium dan potassium yang lebih tinggi berbanding susu lembu.


Ada yang berminat nak beli? :)


Kalau rasa-rasanya tak lalu nak minum susu, ada juga dalam bentuk kopi. Tapi kopi ni dicampurkan dengan spirulina. Ada juga dalam bentuk tablet kunyah. Ada 3 perisa pilihan - asli, strawberry dan coklat. Saya rekomen kan perisa coklat *peminat coklat sejati :P*.


Buat masa ni gambar kopi susu kambing (SpyHRu Cafe) dan tablet susu kambing takde lagi. Nanti kalau dah ada saya upload ok :)


Kalau teringin juga nak minum susu kambing HiGoat, tapi nak cuba je dulu, takmo beli sekotak, trial pack disediakan. Satu set trial pack ada 2 sachet.


Harga bagi sekotak susu HiGoat (15 sachet) cuma RM36.60. Trial pack (2 sachet) pula cuma RM5.00.

Harga sekotak SpyHRu Cafe (20 sachet) pula RM22.00.

Harga tablet kunyah (50 tablet) ialah RM22.00.


Kalau ada yang berminat bolehlah email kat saya di zetyzin at gmail dot com.


Boleh juga rujuk sini untuk keterangan lanjut :)




Tuesday, November 3

Resdung No More!

Ingat tak kes saya terbersin-bersin setiap pagi. Memang tak best langsung! Pagi-pagi sepatutnya hidung yang tak berapa mancung ni menghirup udara yang segar, bukannya kebas dek bersin yang berlebihan.


Saya yakin yang saya menghidap resdung. Sebab sudahlah bersin-bersin, muka jadi tak cun naik jerawat pulak. Gusi pun sakit-sakit (kata En Abah, resdungnya selalu membuatkan gusi dia bengkak/bernanah).


Tapi sekarang saya Insyaallah resdung-free. Alhamdulillah. No more bersin-bersin. Gusi pun dah baik. Cuma parut jerawat jek belum hilang.


Resdung ni hilang selepas saya minum susu kambing Hi Goat keluaran HR. Ala... yang jual sabun susu kambing kotak hijau tu.
 
Pic from here


Mula-mula saya tak perasan tau kemujaraban susu kambing ni. Pada mulanya saya cuma makan pil susu kambing perisa coklat yang adik saya bagi. Sebenarnya pil ni kata adik saya, sekadar supplemen. Saya pun makanlah. Masa tu memang dok terbersin-bersin je tiap pagi.


Lepas dua tiga hari saya makan pil tu, saya perasan yang saya dah kurang bersin-bersin. Tapi lepas tu saya stop makan pil tu sebab adik saya dah tak offer lagi dah pil tu kat saya. Haha.


Kemudian bersin-bersin menyerang kembali. Tapi tak teruk macam dulu. Sikit-sikit je dan saya masih boleh tahan lagi. Lepas tu nampak pulak stok susu kambing ni kat dapur. Ayah saya punya. Saya pun pau lah satu sachet. Minum sebelum tidur.


Esok paginya, wah. Saya tak bersin lagi! Sangat heaven!


Saya ingatkan kesannya tak berpanjangan. Tapi amazingly, sampai hari ni, which is selepas 5 hari, saya masih lagi resdung-free. Dan saya jarang-jarang minum susu tu (sebab ayah saya punya kan - saya pau aje :P) Cuma saya amalkan basuh muka guna sabun susu kambing + madu sebab nak hilangkan parut jerawat (yang ni pau adik punya. hahaha. kaki pau jugak saya nih). Buat masa ni parut jerawat (dan jerawat) dah makin mengecik. Alhamdulillah.


Oh dan, Imran selepas makan pil susu kambing tu (tablet kunyah sebenarnya. tapi dia namakan pil) takde pulak naik rashes ke, eczema ke. Padahal makan pil tu banyak kali la jugak. Sebab dia suka! Maknanya, protein susu kambing tu tak menyebabkan alahan.


Saya tengah sabar menanti hujung bulan (read: gaji) sebab nak beli susu kambing HiGoat untuk saya dan En Abah, dan juga set pencuci muka susu kambing ni, :)


Saya memang recommend lah susu kambing ni kat kawan-kawan semua. Mak saya yang sakit-sakit lutut pun dah tak rasa sakit lepas minum susu ni. Kanak-kanak pun boleh minum/ambil pil. FYI, susu kambing ni takde bau hamis. Rasa vanila. Sedap. Boleh diminum bersama Milo jugak. Yang penting, kena minum guna air sejuk atau air masak. Takleh guna air panas sebab nanti khasiat dia hilang.


Kepada yang berminat, saya sangat alu-alukan pertanyaan.





Proses Pertukaran 2

Pertukaran ke penukaran ek? Belasah sajalah :D


Nampaknya, Dugro juga tidak sesuai dengan Irma. Sudahlah poo-poo cair, muntah-muntah pulak. Muntah sikit punya ashem daaa baunya.... Tak boleh blah!


Saya saspek Irma lactose-intolerant lah. Nak kata CMPA macam Imran, masa minum Pediasure ok aje. Tapi Pediasure ni memang sesuai jugak untuk budak yang lactose intolerant kan? So, mungkin lah Irma ni takleh minum FM biasa gamaknya.


Misi pencarian FM murah masih berterusan...


Nota ZZ: Teringat kata-kata seorang doktor, "ni high maintenance punya baby ni... " masa dia sahkan Imran ada CMPA dulu. Mungkinkah Irma pun mengikut jejak langkah abangnya? Huhu.



Akukan Adik (Yang Baik)

Semalam, mak saya ceritakan kepada saya perihal Irma & Imran.


#1
Imran terjaga dari tidur sambil menangis, dengan mata tertutup. Melalak kemain tak hengat dunia.


Irma yang ternampak abangnya menangis, pergi ke meja makan. Dikutipnya something di bawah meja. Oh... bantal peluk Hello Kitty Irma rupanya.


Irma pun terkedek-kedek bawak bantal Hello Kitty, dia bagi kat Imran. Imran yang tengah menangis (sambil mata tertutup) terus peluk bantal tu, sambung tido. --> Dia sangkakan bantal Hello Kitty tu, Mon dia. Kehkehkeh.


#2
Imran menangis melalak-lalak. Irma datang bawa tuala. Dipegangnya hujung tuala, dilapnya airmata Imran. Terdiam Imran. :)


Baik betul Irma ni :) (puji anak - siapa lagi nak puji kalau bukan diri sendiri kan?)




Monday, November 2

Kalau Kau

Kalau kau betul-betul kesiankan dia, kau tak patut tinggalkan dia di saat dia amat memerlukan kau.


Kalau kau anggap dia sebagai kawan baik kau, kau tak seharusnya biarkan dia terkapai-kapai keseorangan.


Kenapa kau sanggup buat dia macam tu. Tak baiklah kau ni!



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!