Friday, January 29

Saya Rasa

saya ni macam ada tanda-tanda nak kena selsema je ni. Kepala rasa berat dan sedikit weng. Hidung pun ala-ala tersumbat sikit. Hm.





Menahan Nafsu Itu Susah

Lunch hour hari ni saya telah berjaya mengopakkan duit gaji sendiri dengan jayanya. 


Saya ke sini. Kalau dah ke sini, sah-sah la memang akan terlebur duit mak. Berjaya membeli 3 novel Alaf 21, dan beberapa majalah. Kalau ikut nafsu memang nak beli jaaaauh lebih banyak dari 3 bijik novel. Tapi nafsu itu haruslah ditahan. Kalau tidak nanti menyesal di hujung bulan kemudian hari.


Tapiii... geramnyaaa tengok novel yang banyak-banyak itu. Huhu. Teringin nak ke sana lagi.But then, mari kita tengok berapa lama masa yang diambik untuk habiskan 3 biji novel itu. haha.


Oh lepas selamat menghabiskan duit untuk santapan minda (ecewah), kita habiskan duit untuk santapan tembolok perut pulak.



image from here 


Akhirnya dapat gak mak makan prosperity burger yang diidamkan sejak akhir tahun lepas. Kasi up double lagik!






Thursday, January 28

Bye Bye & Welcome

Bye Bye Kancil merah yang bergegar-gegar-rasa-macam-boleh-terburai-bila-bila-masa. Sudah sampai masanya kamu menjadi milik orang lain.


Welcome Kenari hijau milik adik saya yang saya pinjam aje sebab belum mampu nak beli second car. Selamat memberikan khidmat kepada saya.


Berita tak berapa penting yang lain - Teman tak berapa baru saya sudah tak berjoget-joget lagi kat dalam kereta. Hanya mampu jadi hiasan yang dah keras kejung aje. Gara-gara anak dara yang menggodek habis teman saya tu. Huhu.




Kembali

Semalam saya adalah cuti. Bangun pagi badan adalah sakit-sakit macam orang tua. Sengal sana, lenguh sini. Hoho. Mungkin kerana telah mengadap PC selama 9 hari tanpa rehat dan dari pagi hingga malam selama 4 hari berturut-turut. Eceh. Macam hape je explanation. Tapi, serius, mak rasa sakit-sakit nok!


Hari ini telah kembali bersiaran dari ofis. Ada assignment baru yang menanti. Hoyeh. Clap clap clap.




Saya yang masih bengong bengong,

Tuesday, January 26

Jangan Biarkan Anak Hisap Puting Tanpa Pengawasan!!!

Sumber: Harian Metro

KULIM: Sungguh menyayat hati apabila seorang bayi lelaki berusia 16 bulan maut selepas dipercayai tertelan puting semasa tidur di rumah pengasuhnya di Taman Jati, dekat sini, kira-kira jam 3 petang semalam.


Difahamkan, ketika kejadian, mangsa Ahmad Shaqif Firdaus Yuzamberi dari Taman Sri Petaling, di sini, dikatakan sedang menghisap puting sebelum tertelan bersama pemegang puting berkenaan.


Menurut sumber, pengasuh berusia 30-an itu, terpaksa memegang puting dengan jarinya untuk mengelakkannya terus ditelan mangsa sebelum dia membawa bayi berkenaan ke hospital untuk rawatan kecemasan.


“Bagaimanapun, bayi terbabit meninggal dunia selepas berada beberapa minit mendapat rawatan di wad kecemasan Hospital Kulim (HK) dipercayai akibat kesesakan nafas,” katanya.


Difahamkan, sebelum kejadian, pengasuh bayi terbabit menjenguk Ahmad Shaqif dalam bilik kerana terdengar seakan bunyi benda tersekat sejurus beberapa minit bayi itu tidur.

“Pengasuh terbabit terkejut dan panik apabila melihat puting terbabit berada di dalam mulut bayi berkenaan.


“Untuk mengelakkan puting itu masuk lebih jauh dalam tekak mangsa, pengasuhnya terpaksa menggunakan jari untuk menahan puting berkenaan sehingga ke hospital,” katanya di sini, semalam.


Sebelum dibawa ke hospital, bayi terbabit dibawa ke pusat kesihatan Taman Selasih untuk rawatan lanjut.


“Bagaimanapun, selepas mendapat rawatan lanjut di situ, pihak pusat kesihatan meminta kes ini dirujuk ke HK dengan ambulans untuk dirawat di wad kecemasan,” katanya.


Namun, katanya, ketika dalam perjalanan ke Hospital Kulim, tubuh bayi terbabit berubah kebiru-biruan.


Difahamkan, pengasuh terbabit terus memaklumkan kejadian itu kepada ibu bapa bayi berkenaan yang masing-masing bekerja di sebuah bank di Prai dan Bukit Mertajam, Pulau Pinang, mengenai kejadian malang yang menimpa anak tunggal pasangan berusia 33 tahun itu.


Difahamkan, kedua ibu bayi bayi malang itu tidak membuat sebarang laporan polis dan tidak membenarkan anak mereka dibedah siasat pihak hospital.

Jenazah Ahmad Shaqif akan dikebumikan di kampung keluarganya di Kampung Kedah, Parit Buntar, Perak, hari ini.


Bagaimanapun, ibu bapa bayi itu enggan ditemuramah kerana terlalu sedih dan masih terkejut dengan kejadian yang menimpa anak mereka.


Nota ZZ: Sedihnya baca berita gini T_T

Lambat

Punch card pukul 8.57 pagi hari ni. Lambat nyaaa!!!


Temperature kereta naik gila-gila pagi tadi. Bayangkan, sampai jarum penunjuk tu dah terlebih dari line maksimum temperature kereta.


Sudahnya saya berhenti kat tepi highway Grand Saga.


Dah lah kredit prepaid saya dah expired. Terpaksa la menapak ke petrol pump terdekat. Huhu. Lepas dah top up, call ayah saya, call En Abah, call ofis. Masa tu dah pukul 7.25 pagi.


Lepas tu, adik saya sampai. Isi air, patah balik ke rumah, tukar kereta. Saya pinjam kereta adik saya, adik saya pakai kereta ayah. Tak berani nak bawa kereta ayah saya sebab kena lalu parking bertingkat. Lorong dia kecikk aje. Kereta ayah saya agak panjang. Oh no no. Karang kalau bergesel naya haku. Mak tak berani, nyah!



Haih macam-macam hal. Semalam sampai rumah pukul 10 malam, terus saya KO. Pagi ni lambat ke ofis pulak. Sabar... sabar...




Monday, January 25

Kalaulah...

Saya kat ofis lagi. Busy menunggu sistem yang lembab itu. Bengkek betul.


Kalaulah boleh claim OT, harus masyuk saya bulan ni. Hahaha.


Imran & Irma, mama minta maaf dah berapa hari tak main dengan anak-anak mama. Mama sibuk la sayang. Sampai rumah anak-anak dah ngantuk. Nak bermanja lama-lama pun tak sempat. Sedih saya.


Alaahh Zety. Orang lain tetiap hari balik malam. Tak kecoh pun :P



...

Huargh.


Ngantuk sungguh hari ni.


Sepanjang weekend saya menghabiskan masa di ofis. Dari pagi sampai petang. Jumpa anak-anak waktu malam aje :(


Dan sekarang saya adalah mengantuk tahap gaban.


Saturday, January 23

Semangat

Hai hai hai...


Hari ini saya dengan bersemangatnya datang ke ofis untuk menyiapkan kerja. Yezza...


Hopefully dapatlah siapkan sebanyak yang boleh.


Friday, January 22

Aku Masih Di Sini

Di ofis ini.


Weekend adalah meaningless sebab esok dan lusa totapp lah kena datang ofis.


Thursday, January 21

Review: Adnan Sempit

Layan cerita ni kat Ber.jaya Tim.es Sq.uare.





Pergi dengan adik saya. Duduk kat row ketiga dari depan. Tak sangka ramai yang layan cerita ni. Haha.


Asalnya saya tak terpikir pun nak tengok cerita ni. Nampak macam biasa-biasa je. tapi sebab kawan-kawan adik saya nak gak tengok, saya ikut ajelah.


Well, cerita ni bolehlah tahan. Tapi Intan Ladyana berlakon memang nampak agak kaku lah. Or maybe sebab saya memang tak minat dan tak suka dia. Sejak cerita Jelatang lagi. Haha.


Sam, lakonan boleh tahan untuk watak komedi. Not bad lah. Mungkin boleh diperbaiki lagi kot. Nampak agak berlebih-lebih sikit lakonan dia. Macam bersungguh sangat nak hidupkan watak dia tu. Tapi untuk certain-certain part aje lah. Most of the time dia adalah best. Especially bila dia speaking london yang tah hape-hape. Memang lawak lah part tu.


Kat dalam panggung tu, row belakang kitorang ni budak-budak laki yang duduk. Masa mula-mula cerita ni start, ada lah lawak spastik kat cerita tu, which is bagi saya, tak lawak sangat pun. Takat bagi saya senyum ajelah. Tapi mamat-mamat belakang row kitorang ni gelak macam nak gila. Entah apa yang lawak sangat tah. Lawak orang laki kot. Atau lawak mat rempit gamak eh.


Ada part yang saya kurang senang masa si Adnan (Sam) tu terintai satu group teenager yang bercamping belakang rumah bos dia tu - budak-budak tu tengah syok suruh budak perempuan (bohsia la kot) bukak baju. Then ramai-ramai dok kerumun perempuan tu. bohsia tu pun syokk je. Siap di-blur kan gambar bahagian dada perempuan tu lagi okeh. Sungguh getiks dan gediks.


Along dan Yana (kot namanya. tak ingat) berlakon best. Better dari Intan Ladyana. Walaupun ada gak time over over diorang tu.


Untuk cerita Adnan Sempit ni, saya bagi tiga setengah bintang. Ok lah kan untuk filem Melayu. Hehe.


Review: Zombieland

Minggu lepas layan cerita ni.



Pic from Google


Cerita ni berkisarkan tentang penduduk US yang dah jadi zombie. Satu US beb. So sorang mamat ni terselamat dari jadi zombie sebab dia ada rules dia sendiri. Rules nak mengelak dari jadi seekor (?) zombie.


Well, antara rules dia yang saya ingat ialah - kena fit dan healthy (senang lari dari zombie), pakai seatbelt masa drive (kalau zombie ada dalam kereta, brake dan zombie akan tercampak keluar - yay), berhati-hati dalam toilet (zombie suka attack masa kita berada dalam keadaan paling fragile) dan beberapa rules yang lain.


Lepas tu, dalam dok kesorangan sebab dia sorang je yang survive, dia terjumpa pulak dengan sorang mamat yang dok ketagih twinkies (twiggies kalau kat sini), sorang perempuan dan adiknya yang belum jadi zombie.


Bla bla bla. Kesimpulannya cerita ini dok tak habis-habis dengan zombie yang sebok nak makan manusia.


Pendapat saya? Mula-mula rasa nak muntah sebab asyik nampak zombie je. Sana sini ada mayat hidup yang sungguh tak menyelerakan. Biasa-biasa je la cerita ni. Tak tengok pun tak rugi kot. or maybe simply because bukan selera saya cerita-cerita gini.


Adalah gak part-part yang lawak, tapi... hm... senang cerita, saya bagi dua setengah bintang lah. Boleh?


Ada sesiapa yang dah tengok cerita ni? Apa pendapat anda pulak?





Hati-Hati Ya

Ada seorang ex-officemate saya masa kat ofis lama dulu kena H1N1. Ye, H1N1 dah memulakan aktivitinya semula.


Mula dengan demam biasa-biasa saja. Lepas tu katanya menggigil satu badan. Lemah-lemah. Doktor check, ada virus. Tak lama lepas tu ada infection kat paru-paru. Last time saya dengar berita, dia koma dan ditempatkan kat ICU PPUM.


Oh my.


Ada dua current officemate yang pergi melawat sebelum dia koma tu. Sorang tu, Alhamdulillah dah pi check, negatif. Maknanya tak berjangkit la H1N1 tu kat dia. Yang lagi sorang cuti pulak hari ni. Pi klinik kot. Hopefully negatif le jugak.


Just nak inform kat kawan-kawan, kalau demam tu cepat-cepat pi klinik ya.




Padam lampu awal rangsang kelahiran

Sumber dari sini.

SEOUL: Kementerian Kesihatan Korea Selatan - yang ditugaskan mengatasi masalah kadar kelahiran rendah negara itu - mengarahkan lampu pejabatnya ditutup awal sekali sebulan bagi menggalakkan kakitangannya pulang awal dan berasmara.


Dalam kenyataan dikeluarkan semalam, lampu ditutup pada jam 7.30 malam setiap Rabu ketiga dalam usaha kementerian itu ‘membantu kakitangan menyumbang kepada peningkatan kadar kelahiran negara’.


Bagaimanapun, kakitangan yang terpaksa menyiapkan tugasan penting dikecualikan daripada peraturan itu.


Ketua projek kementerian, Choi Jin-sun, berkata pulang awal mungkin tidak ada kaitan secara langsung dengan kehamilan.


“Namun, anda tidak boleh mengetepikan langsung kemungkinan kaitan itu tetap ada,” katanya.


Kadar kelahiran rendah kini menjadi isu penting dalam masyarakat Korea Selatan.


Pada 2008, kadar purata kelahiran negara itu adalah 1.19 bayi bagi setiap seorang wanita dan dianggap antara paling rendah di dunia.


Jika keadaan tidak diperbaiki, pelbagai pihak bimbang populasi negara itu bakal menguncup dalam tempoh satu dekad.


Menteri Kesihatan, Jeon Jae-hee, berkata tidak lama lagi anak muda Korea Selatan akan dibebani tanggungjawab menyara orang tua masing-masing.


“Korea Selatan mungkin kalah dalam persaingan ekonomi global akibat kekurangan sumber manusia.


“Sebenarnya, ini adalah isu paling penting dan mendesak dihadapi negara,” katanya kepada akhbar Korea Times. Ketika ini, kadar kelahiran di kalangan kakitangan yang berkahwin di Kementerian Kesihatan hanya 1.63 bayi berbanding 1.82 bayi di kalangan penjawat awam lain.


Kementerian mahu meningkatkan kadar itu sebanyak dua peratus dalam tempoh dua tahun. - AFP


Komen saya: Wah, kalau saya disuruh balik awal, haruslah pi shopping ke, tengok wayang ke, balik masak sedap-sedap ke. Ekekekeke.




Budak Geng Bas Sekolah

Setiap pagi saya kena lalu sekolah menengah sebelum dapat keluar ke highway. Dah nama pun sekolah, so macam-macam gelagat lah yang saya nampak setiap pagi.


Mana yang merokok, yang berdating tepi tempat sembahyang c1.n4, budak-budak laki berkumpul ramai-ramai ala-ala geng bas sekolah gengster jalanan lah konon, dan macam-macam hal lah lagi.


Semalam semasa saya ter-stuck tak dapat nak keluar simpang dek perangai sesetengah parents yang suka-suki parking tengah-tengah jalan, saya ternampaklah satu Myvi putih berhenti tepi jalan.


Myvi tu budak sekolah yang bawak. C1.n4. Boleh tahan hensemnya sebab tak muka c1.n4 sangat. Ala-ala mixed gitu. Masa tu terdetik kat hati saya, wah hensem jugak budak sekolah ni bawak kereta pi skolah ke? Ada lesen ke dak nih? Kompius sikit.


Tapi ada sikit pemotongan markah di situ. Kat celah jari budak hensem yang bawak Myvi tu terselit rokok yang tengah berasap. Haih breakfast rokok ye dik?


Lepas tu, yang paling buat saya terkejut, orang yang ambil alih role sebagai driver ialah seorang pakcik tua. Tak pasti la bapaknya ke, atau datuk budak tu. Oh sangat terkejut ok.


Ye lah, dahla budak tu bawak kereta, hisap rokok lagi. Lepas tu, orang tua pulak yang hantar. Macam menggalakkan pulak anak/cucu dia buat macam tu. Macam tak ambil pedulik je.


Haih. Nasib baik la cha ya nun alif. Kalau melayu haruslah bulat mata mak pandang bapaknya tu. Siap menjeling-menjeling ku bertentang lagi gamaknya.




Tuesday, January 19

Atas. Mama, atas. Tuu! Tuu!

Irma agak susah nak tidur akhir-akhir ni. Kadang-kadang pukul 12 malam, atau 1 pagi baru dia betul-betul lena. And sometimes, saya tak tahu bila Irma start lena sebab saya dah terlena dulu!


Apa yang saya perhatikan, bila nak dekat pukul 12 malam, atau dah pukul 12 lebih, and Irma pun tak tidur-tidur lagi, mesti ada je komen dia pasal bilik tidur.


Irma tunjuk arah almari, then cakap, "Antu. Antu. Hoh hoh hoh."


Ataupun, tunjuk siling, "Atas. Mama, atas. Tuu! Tuu!"


Mak aii. Cuak dibuatnya! Biasanya, saya buat donno je. "Haah. Atas. Ok, Irma tidur sekarang ok?" ataupun "Ye lah. Ye lah. Dah, tidur jom!"


Sebenarnya itu ialah ayat untuk menganggap takde apa-apa, padahal saya dah saspen semacam.  Kadang-kadang terasa tegakkk je bulu roma. Huhu. En Abah? Dia dah berdengkur dulu. Ye lah dah anak dara mak ni tidur lambat sangat!


So sekarang ni before tidur kitorang akan bacakan Irma tiga Qul dulu. Tapi kadang-kadang terlupa jugak nak buat. Hehe. Dan biasanya bila terlupa tu, adalah dialog Irma tengah malam nanti.


Hiieeii... cuak den!




Pengakuan Panas Saya :(

Malu, segan nak mengaku. Tapi, inilah hakikatnya. Maafkan saya, En Abah.


Saya dah ada teman baru. Setiap hari, dia temankan saya ke tempat kerja. Dia juga temankan saya pulang dari tempat kerja ke rumah.


Bila saya stress sebab jem, dialah penghibur hati saya. Bila saya tengok je muka dia, mesti saya tersenyum. Dia sangat comel. Suka sangat buat muka comel. Mana lah saya tak tersengih-sengih bila tengok dia.





Oh... yang ini tetap cinta hati saya sampai bila-bila. Biar apa pun terjadi.


In fact, En Abah kenal dengan dia sebenarnya. En Abah pernah jumpa dia. Kitorang pernah naik kereta bersama-sama.


Dengan dia, saya boleh sumpah seranah sesiapa saja yang buat saya sakit hati masa tengah drive. Dia takkan marah, atau komen apa-apa. Dia senyummm je. Tapi mukanya tetaplah blushing. Malu kot bila dengar saya sumpah seranah orang. Hehe.


Inilah dia, teman baru saya.



Comel tak?


Isy... takkanlah saya sanggup menduakan En Abah. Dialah raja di hati saya sampai bila-bila. Sampai syurga. Amin. I love you, En Abah!



Monday, January 18

Ulu Bendul Lagi

*Edited* - Haha baru perasan takde tajuk :P


Semalam kami ke Ulu Bendul dengan family En Abah.


Kitorang sampai lambat sebab buat last minute decision. Huahua. Family SIL saya awal-awal lagi dah sampai.


Well, nothing much to tell... just enjoy the pic yang blur sebab guna kamera handphone aje :P!



Gambar pertama yang di-snap oleh Irma menggunakan hp saya yang ketinggalan zaman itu.
Ya. Itu tangan chubby saya :P




Ampun atas kualiti gambar yang kureng :)




Adegan pujuk memujuk En Abah dan Imran yang tak mau naik ke darat.
Oh yang terapung itu anak SIL saya :)






My fav pic at the moment. Suka tengok muka sendrik gedik tak sedar diri Irma dalam gambar ni. Nampak happy bebenor (sebenarnya mama dia geletek dia hahaha).


Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat (16/1 - 24/1)

Wow CY4.0 buat lucky draw ler pulak. Bukan calang-calang lucky draw ni weh. Lucky draw untuk kurus gituk. Sangatlah sesuai dengan jiwa raga fizikal mak yang 'chomelll' ni. Haha.


Dengan ini, saya nak join Lucky Draw by CY4.0 : Kurus Cara Sihat yang CY4.0 buat kat blog dia.

Tak payah create slogan. Tak payah perah otak nak buat karangan. Tak payah jadi follower pun.

Simple & easy mcm alif ba ta kaedahnya..

  • Lucky draw ini bermula dari 16/01/2010 sampai 12 midnite 24/01/2010.
  • Terbuka kpd blogger yg beralamat di Malaysia sahaja
  • Pemenang akan ditentukan oleh random.org. Kalau rajin, mungkin anak2 teruna saya akan buat cabutan.

  • Pastikan sebarang link yang terkandung dalam kandungan entry adalah betul.

  • First 3 lucky bloggers akan dapat 2 keping Detox Slimming Patch manakala 4 org lagi akan dapat 1 keping Detox Slimming Patch.

  • Keputusan adalah muktamad kaedahnya.

CY, mehh aa tolong mak nak kuruskan badan :P





Friday, January 15

Tak Sesuai Nak Oii!!

Ayah saya jenis yang suka tukar-tukar channel kat Astro, tanpa rujuk kat 'info' terlebih dulu. Dia akan browse dari satu channel ke satu channel, and stop kat mana yang dia berkenan.


Malam tadi tengah ayah saya asyik browse channel sports, salah satunya tengah tunjuk wrestling. Ayah saya tak minat, jadi dia tukar ke channel lain. Tapi, ada pulak orang yang marah. Tau siapa?


Ya. Imran. Hahaha.


Bersungguh-sungguh dia suruh atuknya tukar tengok wrestling balik. Lepas tu, dia layan la wrestling tu. Siap mulut bebel-bebel dengan bahasa separa Jerman. Ayah saya tukar je, dia mengamuk.


Haih anakku. Janganlah kecik-kecik lagi dah layan acara sukan begitu (yang bagi saya, tak sesuai dikategorikan sebagai sukan). Better la layan bola macam bapak Ban, dari layan wrestling. Tak sesuai nak oii!!


Lepas-lepas ni kena ingatkan ayah saya supaya jangan sekali-kali tayang rancangan wrestling kat anak saya lagi. Huhu.




Thursday, January 14

Training Pants

Saya di dalam misi mencari training pants untuk Imran. Buat masa ni, mencari secara online ajelah.


Tapi susah bebeno nak cari training pants saiz Imran. Huhu. Kebanyakan trainers yang murah ni sampai berat 14kg atau 16kg aje. Huhu. Imran pulak beratnya 21kg.


Kot ada pun yang sesuai dengan berat Imran, mahal la pulak harganya. Sungguh tak sesuai dengan saiz poket saya.


Kat mana ada jual training pants yang besar ye??



Takde Idea

Ohh sungguh takde idea nak tulis apa hari ni. Blur je rasa.


Mungkin kerana perut kosong yang hanya diisi nestum 3 in 1 secawan pagi tadi.




Wednesday, January 13

Ada Dua Benda

yang sedang mengganggu fikiran saya.


First, ini:-


 'aku ent*t mama aku dari belakang'


Siapa pulak yang mencari benda bukan-bukan dari blog yang tak seberapa ni weh??? Dengan mak sendiri??? Gilos.


Keduanya, ini:-




'Vakum punca anak pelat'. Betul ke??


Hm... kebetulan, memang saya kena vakum masa lahirkan Imran. kebetulan juga, Imran still pelat sikit-sikit. Tapi dia dah boleh buat ayat dengan baik (abaikan tatabahasa la ye).


Dan kebetulan ada juga anak rakan-rakan saya yang masih pelat, walaupun bersalin normal ke, c-sect ke etc.


Dan anak sepupu saya bercakap dengan jelas dan lancar masa umur dia (berapa tah tak ingat) kecik lagi.


Dan, SEMUA kanak-kanak dah pasti akan melalui fasa PELAT. Ada ke budak (yang normal la. yang genius ke, lain dari yang lain ke, tu cerita lain ye) yang terus lancar cakapnya?


Tapi, saya tak tau la kot vakum memang akan beri kesan terhadap perkembangan kanak-kanak. Apa yang saya tahu, masa tu heartbeat Imran dah lemah, dan doktor dah lakukan yang terbaik untuk selamatkan anak saya. Dan anak saya, Alhamdulillah selamat dilahirkan.


Sila rujuk doktor untuk dapatkan penjelasan lanjut berkenaan kesan vakum ke atas perkembangan anak-anak. Sekian terima kasih :)



Sakit Gusi

*Phew*


Morning people!


Baru start kerja hari ni. Dua hari EL sebab Irma demam. Last Saturday bawak dia ke klinik kat Seremban. Doktor suspek denggi.


Hari Ahad malam, Irma meragam takmo makan, takmo minum susu. Tidur pun tak lena.


Isnin, mama cuti sebab Irma asyik nak dengan mama je. Demam dah kebah sikit. Tapi still takmo makan and minum susu. Badan pun susut dah. Punyalah susah nak naikkan berat badan dia, tapi dalam masa 2 hari je badan susut macam apa.


Mama perasan tiap kali Irma makan, dia dok pegang mulut dia then nangis. Mama suspek gusi dia sakit. Gigi taring, which is gigi terakhir dia yang tak tumbuh lagi, kat bahagian bawah (kiri kanan) nak tumbuh la tu. Alahai siannya dia. patutlah tak nak makan.


Kalau kita yang dah tua bangka ni sakit nak tumbuh gigi bongsu tu pun boleh demam-demam, ni kan pulak budak kecik kan. Mama dulu siap merayu mintak ubat tahan sakit kat doktor. Sebab tension takleh makan. Haha.


So, bagi Irma makan bubur nasi. Hah hamek ko punyalah dia lapar. Habis semangkuk.


Isnin malam tu, Irma tak boleh tidur langsung. Berguling-guling dia atas katil. Seriously. Lepas tu asyik laa pegang mulut dia. Kesian betul.


Hari Selasa, mama cuti lagi. Bawa Irma jumpa paed. Bila paed check, tengok-tengok memang dah bengkak sangat gusi dia. So paed bagi gel untuk sapu kat gusi dia tu. Gel tu untuk surutkan bengkak and kurangkan rasa sakit.


Alhamdulillah lepas sapu Irma ok sikit. Siap boleh makan biskut lagi. Hehe. Bubur pun dia makan dengan banyaknya. Siap bertambah-tambah.


Malam tadi, Irma dah start tidur lena balik. Secara automatik nya, mamanya pun dah tidur dengan lena jugak. Krohhh krohhh :P




Thursday, January 7

Yeyeah!

Oh, lupa nak bagitau.


Semalam saya telah pun dapat cek dari Nanang. My first cheque ever! Oh yeah! Thank you ye Nanang.


Sekian, terima kasih.


*Gambar takde sebab duitnya pon seciput aje. Malu nak tunjuk. Hahaha. aci tak?





Dendam Yang Terindah Kesumat

Bayangkan situasi ini:

Sedang korang sedap-sedap tidur di tengah malam, tiba-tiba je terjaga. Then nampak satu bayangan kat tingkap bilik tidur. Seorang perempuan, berbaju putih berambut panjang bertaring tengah pandang dari tingkap rumah korang yang berada di tingkat 4. Apa yang akan korang buat?


Dalam situasi yang hampir sama, terjaga tengah malam, lepas tu kat sebelah korang, betul-betul sebelah ni, cik ponti tengah ngadap muka korang!! Jarak tak sampai beberapa inci pun dari muka korang!! Dengan baju putih, rambut panjang mengurai, gigi panjang tajam-tajam, tengah pandang... Apa yang korang rasa??


Itulah yang pernah dihadapi oleh seseorang yang aku kenal. Tak perlu sebut siapa.


Ngeri kan? Scary gilaaa!!!


Dan, rupa-rupanya dia kena macam tu sebab perasaan dengki, busuk hati, dan jealous seseorang kat dia dan suami. Gila ah macam dalam cerita Santau lak. Tapi ni real tau, bukan rekaan semata-mata.


Dan yang paling menyedihkan, orang yang hantar 'utusan' berbaju putih itu adalah orang Melayu kita. Dan sudah ada anak. Dan yang menguruskan 'special delivery' tu ialah mak kepada pendengki tu sendiri!


Tak paham aku dengan perangai diorang ni. Apa yang diorang dapat dengan buat semua ni? Diorang nak orang tu jadi gila? Sewel? Tak bahagia laki-bini? And then what's next? Lepas diorang dah tak bahagia, apa yang si pendengki tu dapat? Puas hati sebab dapat runtuhkan masjid orang?


Boleh jadi kaya ke lepas musnahkan hidup orang? Boleh bahagia ke hidup kita kemudian nanti lepas balas dendam sampai macam tu sekali? Tak ke nanti hidup si pendengki tu nanti dihantui rasa bersalah, dosa yang entah terampun entah tidak (Wallahualam). Apa effect pada anak dia nanti kalau anak dia dapat tahu perangai emaknya? Ishhh. Nauzubillah.


Oh ye. Bukan takat orang yang aku kenal tu saja yang kena ye. Si suami pun kena jugak. Tapi dengan 'kaedah' yang berbeza. Sakit perut, tak boleh berak, tak senang duduk, bau busuk kat mana-mana, sakit-sakit - itu yang si suami rasa. Tak sedahsyat si isteri kena, but still, terseksa la jugak. Kesian aku tengok diorang. Tapi bila depan-depan kita diorang nampak macam biasa je. Happy, borak-borak macam biasa. Lepas dah pulih baru diorang cerita semuanya.



Ye, diorang dah ok. no more cik pon di sana sini, sistem perkumuhan pun dah berfungsi. Alhamdulillah. Kalau tak silap aku, si suami ni dihantar 21 ekor menatang tah apa-apa kat dalam badan dia, especially perut. Tu yang takleh berak, perut pun buncit semacam kot. Ya Allah, buruk sungguh perangai si pendengki tu.


Aku harap si pendengki dan emaknya sekali tu bertaubat lah. Kembali ke pangkal jalan. Nanti kalau benda-benda yang diorang buat ni semua makan diri diorang balik, macamana? Masa tu baru nak taubat nasuha? Allah Maha Adil. Setiap perbuatan mesti ada balasannya, tak kiralah kat dunia ke kat akhirat. Tolonglah bertaubat. Ceh aku ni macam ustazah pulak. Sungguh tak qualify okeh.


Nota ZZ: Guna mode 'aku' sebab geram sangat kat pendengki tu. Eiii....





Wednesday, January 6

Ani Sup Utara Seksyen 7

Saya lunch di Ani Sup Utara Seksyen 7 tengah hari tadi. Kebetulan En Abah datang Shah Alam, so haruslah deting lunch bersama-sama :)


Antara banyak-banyak cawangan Ani Sup Utara, yang kat Seksyen 7 saya paling suka sekali.  Sebab isi supnya mewah! Banyak woo. Nasik dah habis tapi daging tak habis-habis lagi. Kalau kat tempat lain, isi dah licin tapi nasik banyak lagi.


Cuma satu je yang tak best - especially lepas dah habis cuti semester - student ramai sangat & parking adalah susah. Macam nak cari parking kat MidValley pulak gayanya.


Lagi satu, sup ni ada dua jenis cili kan? Yang cili kicap, dengan yang merah tu. Lately ni kebanyakan restoran Ani Sup Utara ni macam kekurangan cili yang merah tu. Kenapa ek? Cut cost ke? Saya suka letak cili tu banyak-banyak. Sungguh sedap!


Nasib baik kat Seksyen 7 ni cili merah tu ada lagi. Kalau tak, mau meroyan mak!





Mari Berduet

Sesi bermula dengan nyanyian Irma dulu. Nyanyian mulanya adalah slow sahaja. Malam tadi dia tidur dengan En Abah atas katil while me & Imran tidur atas tilam bentang kat lantai.


Bila Irma terjaga tengah malam tengok mamanya takde, tu yang dia mula menyanyi tu. Makin lama makin kuat pulak volumenya. So mak tukar le position dengan En Abah (erk. lain macam je bunyinya :P)


Bila kita dah kat atas, yang kat tilam tu pulak menyanyi sama. Aiseh. En Abah pujuk semuanya tak jalan. Kejap nak susu, kejap nak air.


Sesi berduet tamat dengan Irma, Imran & mamanya atas katil, En Abah kesorangan di atas tilam. Hehe.


Tapi, itu sesi berduet. Lepas selesai berduet, rupa-rupanya Irma still tak puas nak menyanyi. Irma meneruskan aksi solo pulak. Dia sambung-sambung sekejap-sekejap saaammmpai la pukul 5.15pagi ie alarm berbunyi *sigh*


Oleh kerana mata masih mengantuk, maka mamanya ini decide untuk snooze kan saje alarm tu. Dan mamanya juga telah menjadi singa di pagi hari kerana si anak dara tak mahu berhenti menyanyi walau telah dipujuk, diberi towel, dibuat susu, didodoi-dodoi, disapu minyak telon, dan macam-macam di- lagi. Haih. Bad mom. Jahat. *geleng-geleng kepala*. Menyesal tak sudah rasanya.


Dan pagi ini juga drive Kancil merah bergegar-gegar itu tanpa perasaan. Blurr sepanjang jalan. Tau-tau dah sampai ofis. Sungguh ngantuk.


Huargh!



Pelik

Hari Isnin dan Selasa saya menggagahkan diri untuk keluar awal semata-mata untuk mengelakkan jem. Tapi, tak dapat elak pun. Jem jugak.


Hari ini saya jangkakan jem adalah lagi mengerikan berbanding semalam dan kelmarin, sebab hari ni mungkin parents yang ambil cuti/masuk lambat ke ofis dah start kerja. Tapi saya tetap keluar macam biasa.


Peliknya, jangkaan saya jauh tersasar. Tak jem weh! Memanglah banyak kereta, tapi perjalanan adalah lancar. Saya sampai ofis tepat pukul 8 pagi! Wah. Sungguh awal. Semalam dengan kelmarin sampai dalam 8.15 gitu.


Kalau macam ni gayanya, seronoklah saya. Tapi, waktu pagi ajelah. Petang tak dapat tidak mesti ngadap jem jugak. Nak balik awal saya menunggu menu spesial saya siap dimasak kat kafe saya tu sebab boleh main game lepas office hour je :P jem pulak sepanjang jalan nak keluar ke gate utama tempat kerja saya ni. Sudahnya untuk mengurangkan tahap jem tu, kenalah keluar lambat sikit. Dalam pukul 6.30 ke 6.45 oklah kot. Petang ni kita tengok macamana nanti.


Oh lagi satu sebab saya tak koser nak keluar awal ialah saya takmo sampai kat area rumah saya masa budak keluar sekolah. Gila jem hokeh! Dah la jem kat bukit, habis minyak kereta mak! Gila tak gila, nak dekat 15 minit boleh tersangkut kat area sekolah tu. Padahal nak sampai ke rumah saya mak saya tak sampai seminit je dari rumah tu. Horror sungguh!


Nampaknya juga, expenses untuk petrol telah meningkat dari RM10 sehari ke RM12 - RM15 sehari. Time to adjust my monthly budget!





Monday, January 4

Play School?

Saya sedang mencari-cari play school untuk Imran. Ye, baru hegeh-hegeh nak cari. I know, I know.


Hujung minggu lepas berborak-borak dengan En Abah. Rasa-rasanya, dah tiba masa untuk hantar Imran ke play school. Sekadar 2-4 jam sehari. Nak bagi Imran berkawan. Not that Imran tak suka berkawan. Tapi, dia prefer berkawan dengan budak-budak yang jauh lebih tua dari dia; ie umur 6 tahun ke atas. Kalau yang baya dia, tak herannya dia. Entah kenapa.


Bukanlah benda yang tak baik berkawan dengan budak-budak yang jauh lebih tua dari dia. Cuma kan ke elok kalau dia berkawan dengan semua tak kira umur?


Mungkin juga bila dah bercampur dengan rakan-rakan sebaya, Imran takdelah 'buas' sangat. Bukan saya kata anak saya nakal, cuma kadang-kadang dia 'terlebih aktif'. So hopefully bila berkawan kuranglah sikit tahap 'keaktifan' dia, if you know what i mean.


Dan saya nak dia lebih berdikari. Serta boleh tambahkan minat dia terhadap buku, atau belajar. Saya nampak yang anak teruna saya ni minat belajar. Bila buka VCD alif ba ta (or abata bak kata Imran), saya perhati dia boleh fokus agak lama. VCD Barney pun macam tu. Tapi bila kita tunjuk buku, dia fokus tak sampai 5 minit. Mungkin method pembelajaran yang dia suka ialah through VCD, tapi alangkah bagusnya kalau method pembelajaran tu boleh dipelbagaikan, kan?


Buat masa ini Imran boleh count 1 to 10 in English dengan agak lancar walaupun pelat le jugak sana sini. Kalau kira dalam BM dia akan kira ikut suka hati. Ilan, Ujuh, Apan, Ilan, Ujuh, Apan. Itu yang dia dok ulang-ulang. Hehehe.


Kalau alif ba ta, kan ada VCD kumpulan Alif tu, yang dia nyanyi-nyanyi alif sampai ya tu... haaa tu kalau Imran menyampuk-nyampuk sikit dia boleh la. Dia hafal la jugak turutannya, which make me amazed la jugak. Tapi saya tak pasti dia kenal ke dak huruf-huruf tu.


Apa pun, saya yakin anak saya minat belajar. Tapi duduk di rumah bersama-sama atuknya dari pagi sampai ke petang tanpa buat apa-apa (kecuali tengok VCD dan kartun) mungkin menyempitkan peluang dia untuk explore dengan lebih meluas lagi. Bila malam, saya agak penat (dan malas. ye saya mengaku saya a bit malas) dan kesuntukan masa. Masa yang ada diperuntukkan untuk bergurau dengan Imran dan Irma. Nak belajar, rasanya better bermain dengan anak-anak. Hehehe. Mungkin kat situlah silap saya. Saya kena buat lebih research supaya boleh ajar anak-anak dengan cara yang seronok instead of formal. Kan kan kan?


Itu untuk malam dan weekend. Siang yang panjang macamana pulak? Thats why saya terfikir untuk hantar Imran ke play school. Plus beri lebih masa kepada atuknya untuk berehat dan tumpukan pada kerja-kerja lain. Plus kurangkan sikit manja Imran dengan atuk. Bukannya jealous, tapi kesian dengan ayah saya.


Ada masa-masanya Imran takmo orang lain buatkan susu, kecuali atuknya. Mandi dan cuci poo-poo pun macam tu. Kesian kat ayah saya. Bila tengah malam, kadang-kadang tu bila angin Imran tak baik, kejap-kejap dia suruh ayah saya dukung dia ke bawah, kejap-kejap naik ke bilik balik. Orang lain dia takmo. Ayah saya tu bukannya kuat macam masa muda-muda dulu. Tak sampai hati tengok ayah saya. Menggigil dia nak dukung budak berat 21kg naik turun tangga.


Jadi, kawan-kawan tahu tak kat mana play school yang best dan affordable kat area Cheras/Kajang ni? :) Preferably dekat-dekat area Bandar Tun Hussein Onn/Cheras Perdana.


Panjang berjela betul hujah sebelum sampai ke main point. Ampun.



Jelawat dan Asam Pedas Bungkus

Morning people! Selamat Tahun Baru!


Hari ni keluar awal. Maklumlah, first day sekolah. Sure jem tak ingat punya. Dah lah kalau nak keluar dari kawasan perumahan saya kena lalu sekolah. Kat situ aje dah start jem dah. Belum kira yang kat tol Saga & Metramac lagi. Haih.


Oh ye. Saya tak jadi nak ke sini semalam. Ramai pulak yang kensel plan. Isk.


Kelmarin (Sabtu) saya ikut En. Abah memancing dekat-dekat dengan Hutan Rekreasi Sungai Tekala. Biasanya saya memang tak kuasa nak ikut. Boring lah duduk diam-diam kat situ tak buat apa-apa. Hehe. So sebelum ke sana haruslah beli majalah dengan suratkhabar untuk mengurangkan tahap keboringan.


Bayaran ialah RM25 untuk 4 jam. 3 jam pertama memang hampeh. Saya dah menguap-nguap macam hape. Majalah dah habis baca, suratkhabar pun dah berapa kali belek. Huargh. Memang bosan habis :P


Pukul 3.30 petang, tengah borak-borak dengan En Abah, tetiba pulak pancing En Abah kena sentap. Ohhh... dapat ikan!!! Ikan jelawat uols. Besar boleh tahan. Saya agak dalam 3kg lebih. Ada jugak rezeki kami memancing kat kolam tu hehe.


Balik rumah, terus siang, perap dengan asam limau kejap & masak ikan tu. Saya buat asam pedas bungkus. Ala... macam yang ada jual kat food court tu. Saya ikut resepi dari buku Kak Liza. Memang sedap!


Caranya mudah aje. Masak macam asam pedas biasa (kuah sahaja, jangan campur ikan), tapi buat pekat-pekat. Jangan campur air (kecuali untuk air asam jawa ajelah). Lepas tu, dalam aluminium foil tu, masukkan kuah asam pedas tadi, bendi, serai, ikan. En Abah alter sikit. Letak daun kari & hirisan bawang putih. Lepas tu bakar dalam 20 minit. Pergh! Memang best lah!


Hari Ahad En Abah ke kolam tu lagi. Tapi kali ni saya tak ikut. Dia pi dengan member-member ofis lama dulu.


Dapat ikan jelawat jugak. Tapi kecik sikit lah berbanding hari Sabtu tu. Tak tahu lagi nak masak apa.


Malamnya, En Abah bawak saya dan anak-anak ke Jusco Cheras Selatan. Bawak anak-anak main kat playland dia tu. Kemain seronok budak-budak. Tapi, punyalah payah nak pujuk Imran balik. Sudahnya, En Abah angkut je dia. Hehehe. Satu Jusco tu lah dengar suara Imran melalak. Nak buat macamana. Jusco dah nak tutup.


So macamana dengan cuti tahun baru korang? Ada buat apa-apa aktiviti menarik? :)



Sunday, January 3

Tika Ini....

... saya mungkin berada di Cheng Ho bersama family, pakcik makcik, sepupu sepapat dan anak-anak sedara.


There goes my diet! Ngee....




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!