... bulan mengambang ♪♫ :P
Satu malam tu, Irma dok bilik Atuk sambil membelek-belek buku agama Atuk.
Nenek: Ok Irma, baca Bismillah.
Irma: Is-mi-yaahhhhhhhh.............. (tak putus-putus)
Mama: Berapa harkat daa????
Irma: (masih tak putus) -yahhhhh.....
Mama: Hahaha. Tu lah nenek. Suruh baca Bismillah, Irma baca la Bismillah je. Orang suruh la baca Bismillahirrahmanirrahim. Hahaha.
Nenek: (tergolek-golek gelak)
Thursday, February 25
Wednesday, February 24
Geli Geleman Haku!
Ok. Dah petang baru nak baca paper. Almaklum busy bloghopping dengan kerja.
Dah baca Harian Metro dah. Geli okeh.
EEWWWW!
Berita boleh dibaca di sini.
Dah baca Harian Metro dah. Geli okeh.
Jumpa kepala biawak dalam asam jawa! Argh!!! Geli haku masa tengok gambar nih. Mak siap geli geleman berjoget depan pc bila tengok gambo nih. Ye lah, biawak kan ala-ala cicak jugak.
EEWWWW!
Berita boleh dibaca di sini.
Tuesday, February 23
Untuk Ibu-Ibu Yang Sudah Tidak Menyusukan Anak Mereka...
saya nak tanya satu soalan.
Benda ni jadi kat saya.
Seperti ramai yang sedia maklum (ramai lah sangat!), saya hanya berjaya bf kan Irma hingga umurnya setahun dua bulan sahaja. So sekarang ni dah lebih kurang 7 bulan saya stop bf.
Persoalannya,
ada masa-masanya saya rasa B saya sedikit bengkak and bila saya picit, keluar cecair warna kuning cair-tapi-takdelah-kuning-cair-sangat. Kuantitinya takdelah memancut macam zaman bf dulu, ala-ala mengalir lesu gitu, tapi berterusan lah. And, bila saya rasa, cecair tu rasa masam-masam gitu. Macam susu basi pulak.
Normal ke benda ni ye? Risau pun ada, pelik pun ada. Nak ke klinik, tapi saja nak tanya dulu kawan-kawan, kot-kot ada pengalaman yang sama dengan saya.
FB Lite
Saya adalah pengguna tegar FB Lite semasa office hour. Yelah, nak login FB yang biasa tu mak kena block, nyah. Nasib baik lah ada FB Lite ni. Kalau tak, sunyi hidup. Ngehngeh.
Apa beza FB Lite dengan yang biasa?
Yang saya perati, kat FB Lite ni, bukan semua status kawan-kawan kita dia update. Cuma certain person je. Tang mana dia pilih orang tu, saya tak tau.
Lepas tu, kat FB Lite dia kita cuma boleh update status, tengok events (eg birthdays), chat, dan tengok/balas message dalam inbox.
Nak main games? Hareemmmm....
Oh, oh dan saya totaplah tak dapek nak berchatting kat FB Lite tu sebab totapplah jugak kena block kan. Huhu.
Jadi segala aktiviti tidak bermoral berjimba-jimba dalam FB adalah selepas pukul 5.00 petang saja ye kawan-kawan. Dan minta ampun juga andai ada yang cuba menegur sapa saya thru FB chat tapi tak dilayan. Ini adalah kerana saya tak tau pun anda tegur saya. Huhuhu.
So, korang macamana pulak? Guna FB Lite atau FB biasa?
Login FB, Dapat RM100
Ada beberapa rakan di FB yang dah mulakan 'login FB, dapat RM100'.
Nampak macam best je.
Ada sesiapa yang dah join? Macamana dengan pulangannya? Masyuk tak? Ceritalah sikit kat sini. Kongsi-kongsi pengalaman. Sharing is caring tau :)
Monday, February 22
Bila Hati Terluka, Mood Juga Entah Ke Mana
Ecewah tajuk :)
But seriously, amat takde mood hari ni. Bila hati tengah tenat, jiwa pun kacau, mood bekerja juga menipis. Tak sukanya!
Even aktiviti menziarah rumah kawan-kawan pun belum cukup mampu pulihkan jiwa saya ni. Isk. Benci okeh berkeadaan macam ni.
Oh hati, cepatlah sembuh.
Entri Bergambar di Pagi Sabtu
Terima kasih kepada Nana yang sudi luangkan masa dan habiskan filem Sabtu dua minggu sudah.
Inilah hasilnya setelah lama menunggu kedai apek yang tak buka-buka sempena cuti raya.
P/S: Nana, aku edit sikit-sikit gambo nih. Jangan marah ye :)
Inilah hasilnya setelah lama menunggu kedai apek yang tak buka-buka sempena cuti raya.
Macam kenal tak tempat nih?
Susah bebeno nak suruh dia senyum masa bergambar.
Mungkin sebab baru first time jumpa si tukang tangkap gambarnya.
Imran yang control macho.
Gong Xi Fa Cai! Aum!
Nana, aku suka gambar ni.
"Ban nak main buai!"
Mak budak - Irma - Imran - Bapak budak
Sila abaikan mak budak yang gomoks itu.
P/S: Nana, aku edit sikit-sikit gambo nih. Jangan marah ye :)
Friday, February 19
Tolongggglah
jaga kebersihan di tandas. Loya tekak mak okeh!
Tadi, seperti biasa saya singgah di toilet feveret untuk menunaikan hajat yang terpendam :P tapi hilang selera bila melihatkan toilet yang tidak di-flush. Siap ada souvenir gitu. Haih.
Tolonglah jaga kebersihan. Walaupun ada kakak cleaner yang cuci toilet tu, takkan lah nak biar dia yang bersihkan 'bahan buangan' kita. Tak sesuwei tau.
Macamana kita mula-mula masuk toilet yang bersih, macam tu jugak le sepatutnya rupa toilet tu bila kita dah habis guna. Kalau lepas dah habis buat bisnes, silalah flush. Kalau takleh flush, sila masukkan air dalam tangki tu (paham ke apa yang mak maksudkan ni?) sampai kita boleh flush. Bukannya susah mana pun.
Sekian bebelan di petang Jumaat yang super busy ini :P
Thursday, February 18
En Abah
Ok Ok disebabkan sudah klik tajuk ini, maka saya pun buatlah jugak tag ni :)
1 – FIRST TIME JUMPA YOUR HUBBY BILA AND KAT MANA?
26 Julai 1999 - seminggu selepas declare. Dia datang ke kolej, jemput saya makan KFC kat Kompleks PKNS. Hehe.
2 – LOVE AT FIRST SIGHT?
Nope. Love at first sound of his voice :)
3 – WHO IS HE WHEN THE FIRST TIME U MET HIM?
Student macam saya jugak.
selepas akad nikah. orang kelaparan dalam rumah, dia dah makan dulu! haha.
4 – HOW LONG IT TAKES FOR HIM TO ASK U OUT FOR A DATE?
Setahun lebih. Satu tahun lima bulan to be exact.
5 – FIRST PLACE DATING DI?
Jawapan sama seperti soalan no 1.
6 – HOW HE PROPOSED?
Erk! Macamana boleh tak ingat nih? Rasanya biasa-biasa aje. Dia just bagitau yang kami ni perlu ada ikatan. That's it.
7 – SPECIAL DATE WITH UR HUBBY?
Ohh banyak...
27.04.1998 - first time dengar suara dia thru phone :)
27.05.1999 - dia proposed saya supaya jadi gf dia. tapi saya tak bagi jawapan pun. segan seh.
19.07.1999 - saya beri jawapan kepada soalan dia yang 27.05.1999 tu. ngee...
16.04.2005 - majlis pertunangan
10.06.2006 - sah saya menjadi isterinya.
05.05.2007 - lahirnya hero saya, Muhammad Imran Danish.
24.05.2008 - Irma Adreanna pula menyusul, temankan abangnya :)
8 – CHANGES THAT HE ASKED YOU TO DO?
Kuruskan badan. What else kan.
9 – WHAT IS ABOUT HIM THAT U LOVE SO MUCH?
Kerajinan dia mengemas rumah, sapu lantai, mop lantai, kemas dapur, basuh bilik air, kemas bilik di hujung minggu - bertuah saya kan? Dan bila dia melayan kerenah anak-anak saya (yang biasanya saya dah sah-sah akan bertukar jadi singa betina :P)
sesi kuak lentang dengan anak-anak :P
10 – WHAT IS ABOUT HIM THAT U WISH HE WOULD CHANGE?
Berhenti merokok please?
11 – YOU WILL LOSE YOUR MIND N CRACK YOUR HEAD WHEN HE?
kalau dia ada perempuan lain. Enough said.
12 – YOU WILL SMILE THROUGH YOUR EYES FOR THE WHOLE DAY WHEN HE?
says 'I Love You', since jarang bebenor ucapkan gitu. Priceless beb.
13 – COMPLETE THE SENTENCE BELOW.
‘MY LOVE TOWARDS MY HUBBY IS AS BIG AS…’?
‘MY LOVE TOWARDS MY HUBBY IS AS BIG AS…’?
the universe. Tak terjangkau akal fikiran betapa besarnya universe ni kan.
Wednesday, February 17
Terima Kasih Daun Keladi
Saya nak ucapkan berbanyak-banyak terima kat Nana sebab sudi luangkan pagi Sabtu dengan saya dan anak-anak di Tasik Raja Lumu, Shah Alam.
Nana, aku tak sabo nak nantikan hasilnya. Hihi.
Nana, aku tak sabo nak nantikan hasilnya. Hihi.
APA?!!!
Dah makin banyak perkataan yang keluar dari mulut Imran yang boleh difahami orang lain sekarang ni. Yelah. Dah nak 3 tahun pun kan.
Baru-baru ni, Imran tengah baring-baring atas katil Atuk sambil pegang tag harga yang entah dari mana dia dapat.
Dia belek-belek tag harga tu. Then tak pasal-pasal dia cakap,
"APA?!! Lima puloh?!!"
Macam orang yang terkejut gila tengok barang mahal macam dalam drama Melayu tuh. Hahahaha. Serius anak mama ni ada bakat berlakon okeh.
Sebabnya, harga sebanar kat tag tu RM10 je. :)
I Sebok!
Membaca blog QM, oh saya sangat memahami apa yang dia maksudkan. I feel you, babe! Memang sangat bahang sejak dua menjak nih!
Hujung minggu di Seremban rasa masa berlalu sangatlah slow. Anak-anak saya mandikan sampai 4 kali sehari sebab panas sangat. Lagi-lagi Imran yang tak boleh berpeluh sangat. Kalau banyak sangat peluhnya mulalah menggaru sana sini. Kulit pun jadi merah-merah sampai naik biji biji ruam. Malam sebelum tidur pun saya basah-basahkan sikit badan diorang.
Dek kerana bahang yang tak dapat ditahan, kitorang tak tidur kat bilik. Tapi tidur kat ruang tamu. Bilik En Abah tu lain sikit dari bilik yang lain sebab silingnya rendah. So bila musim panas macam ni, rasa macam dalam oven pulak bilik tu. Hehe. Ok. Exaggerate di situ.
Nak tidurkan dua orang budak ticit kat ruang tamu ni, especially the youngest one adalah sangat tricky. Kalau kat bilik tu, ye lah, ruangnya terhad, so dia ala-ala sangap lah tak tahu nak buat apa kan. Ni bila tidur kat ruang tamu, macam-macam tempatlah dia explore. Siap masuk bilik MIL saya, then kejut MIL yang hampir lena tu, "Wann.... Wan..." Sabo sajelah.
Malam Ahad tu, kitorang dah lena tidur. Tiba-tiba dengar bunyi "bedebuk!" dan diikuti dengan suara Irma menangis. Rupanya dia terjatuh lepas percubaan memanjat meja dalam gelap! Habis bibir pecah berdarah. Isk isk anak dara ni.
Malam Isnin pulak, saya dan En Abah layan movie (maklumlah tidur kat ruang tamu). Imran dah lena lepas minum susu. Tinggal Irma je yang baterinya tak habis-habis lagi. Dia main-main tepi comforter so saya biarkan ajelah sambil jeling-jeling sekali sekala. Tup tup botol air masak untuk buat susu tergolek dan airnya tumpah sikit.
Irma yang panik takut mamanya bertukar jadi singa betina marah teruslah kata, "*%&*(& $&^T i don't know!" Siap geleng-geleng kepala and gerakkan jari telunjuk tanda tak tahu okeh. Singa betina ni pun tak jadi nak bertukar lepas tengokkan gelagat Irma yang tak pasal-pasal skipping London nih. Tak mengaku buat salah pulak tu. Hahaha.
Masa on the way balik ke Cheras pulak, dalam kereta anak dara dok membebel sorang-sorang dalam bahasa dia. Tiba-tiba asyik repeat ayat ni,
"I sebok. I sebok. I sebok."
Hahaha. Sebok lah sangat. Tah mana dia dapat ayat tu tah. Tak pernah pulak saya cakap macam tu. Dapat dari drama Melayu gamak eh.
LEKAS
Bekerja semula hari ni.
Pemanduan adalah sangat smooth sebab budak-budak cuti sekolah. Sungguh heaven.
Bercakap tentang pemanduan, last week kami pulang ke Seremban guna highway LEKAS. Sangat lah tak jem! Jalan kosong.
And the best part is, keluar je highway tu, terus sampai rumah MIL. Yup. Highway LEKAS kat belakang rumah MIL je. Hoho.
Lepas ni main kerap lah balik kampung kekdahnya :)
Friday, February 12
Jalan-Jalan di Tengah Hari Jumaat
sambil temankan ofismet cuci mata mencari baju kahwin.
Sudahnya, member tak beli apa-apa (dah namanya cuci mata kan), saya pulak sambar sepasang sandal dan sehelai seluar tidur kat Kompleks PKNS. Sandal saya dah lusuh sangat dowh.
Kemudian acara melayan hawa nafsu membeli Big Apple donut. Tapi... takleh makan sekarang. Kena bawak balik rumah dulu, share dengan family. Baik mak ni kan? :P
So sekarang ni adalah sesi melawan hawa nafsu la pulak, sambil menjeling-jeling kotak Big Apple di atas meja. Huhu.
I Love Friday (especially today :P)
sebab tak jem langsung! Hoyeh!
Ramai yang bercuti hari ni ye? Bagus, bagus. Memudahkan perjalanan saya ke tempat kerja. Muahaha *Gelak jahat*
Oh ye. Saya suka dengan lagu ini. Sangat catchy dan menarik di telinga saya.
Ramai yang bercuti hari ni ye? Bagus, bagus. Memudahkan perjalanan saya ke tempat kerja. Muahaha *Gelak jahat*
Oh ye. Saya suka dengan lagu ini. Sangat catchy dan menarik di telinga saya.
Ana Raffali : Hujan Bunga Di Kuala Lumpur
Ramalan kaji cuaca kata
aku kan jatuh cinta
tapi tak pula beritahu dengan siapa.
Lalu hari ini ku berlari
mencari-cari
si dia yang bakal
miliki hati ini.
tapi tak pula beritahu dengan siapa.
Lalu hari ini ku berlari
mencari-cari
si dia yang bakal
miliki hati ini.
Mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.
tersenyum padaku,
namun malu-malu.
Hujan bunga di Kuala Lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.
Ikut rasa ingin sahaja
aku hampirinya
tapi ku takut apa pula kata semua.
Bukan senang untuk
ku meluangkan masa ini
sekadar peluang mengisi
ruang kosong hati.
aku hampirinya
tapi ku takut apa pula kata semua.
Bukan senang untuk
ku meluangkan masa ini
sekadar peluang mengisi
ruang kosong hati.
Mungkin dia ada disitu,
tersenyum padaku,
namun malu-malu.
tersenyum padaku,
namun malu-malu.
Hujan bunga di Kuala Lumpur
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.
kini sudah tiada masa
untuk mencari payung
berteduh kita bawah surat khabar
lalu terbaca berita kata
hujan ini tak akan reda.
Lyrics credit to Indie Mp3 Download
Thursday, February 11
Merpati Yang Pulang Ke Sarang
Membaca blog MIO, teringat kisah sendiri.
Selepas dua bulan berkahwin, saya dan En Abah mengambil keputusan untuk mempunyai sarang sendiri, walaupun sarang itu hanyalah bersifat sewaan. Haha.
Maka, berpindahlah kami.
Baru dua hari duduk di rumah sewa sendiri, saya mendapat email dari ayah saya. Ya, ayah saya email saya tau. Tak main telefon-telefon :) Isi kandungan emailnya cukup menyentuh naluri saya sebagai seorang anak.
Bukan saya tak biasa berpisah dengan famili. Sedari kecik lagi saya dah dibiasakan supaya tidak terlalu 'melekat' dengan parents. Pantang cuti sekolah, ke rumah sepupu-sepupu lah jawabnya.
Tingkatan satu hingga dapat ijazah, saya berpisah lagi dengan famili. Sebab tu saya tak reti masak :P So memang dah biasa berjauhan dengan mak ayah saya.
Tapi, bila berpindah terus dari rumah parents, memang lain feel nya. Terasa macam dah tak akan jumpa langsung pulak. Haha.
*****************
Saya tak dapat terbang lama. Walaupun dah ada sarang sendiri, saya tetap jugak pulang ke sarang mak ayah saya.
Kenapa?
Hm... nak cerita, karang ter over-exposed kisah sendiri pulak. Senang cerita, setiap manusia, ujian dariNya adalah dalam bentuk yang berbeza-beza. Ujian buat diri saya dan En Abah, salah satunya ialah kesukaran untuk berlindung di sarang sendiri.
Syukur mak ayah saya dengan hati yang terbuka menerima saya dan keluarga menempel di rumah mereka.
Untuk MIO, selamat bersarang di tempat baru!
Kurang
.Hari ni jalan adalah kurang jem sikit, walaupun still jem la jugak.
Mungkin dah ada yang start cuti.
Mungkin juga esok laagii kurang jem. *Happy*
Mungkin dah ada yang start cuti.
Mungkin juga esok laagii kurang jem. *Happy*
Wednesday, February 10
Berusahalah!
Mood untuk kerja dah ke laut.
Mata dok berpinar-pinar tengok macam-macam nombor kat Excel nih.
Plus dengan spek yang dah senget-benget hasil rembatan bola si anak teruna yang sempat singgah kat mata. Bertambah pening gue.
Chaiyok Zety! Mari kita sambung kerja! :)
Pagi Tadi
Dalam perjalanan ke ofis tadi, terdengar si Diana Danielle menyanyi lagu apa tah dengan Imran Ajmain & Nabil kat Hot FM. Not bad jugak suara minah ni. Setuju tak?
Tuesday, February 9
Nugget Style ZZ
Ahad malam kelmarin, saya saja-saja buatkan nugget untuk family saya. Ni first time buat nih. Haha.
Ada terbaca resepi nugget kat sini hari Jumaat hari tu. Tapi saya tak catit apa-apa. Konon simpan dalam otak je lah.
Resepinya adalah sangat simple. Tapi time saya buat, saya main belasah apa yang ada kat rumah masa tu. Hehe.
Nugget style ZZ
Bahan-bahan:
Isi ayam (bahagian dada)
Roti gardenia whole meal
Garam
Black pepper (aji.no.moto)
Telur
Breadcrumbs
Cara-cara:
- Mula-mula saya bakar dulu roti. Konon nak kasi garing-garing sikit. Muahaha.
- Lepas tu saya carik-carik roti tu kecik-kecik.
- Dada ayam siap dipotong kecik, blend bersama roti tadi.
- Gaulkan ayam dan roti bersama garam dan black pepper.
- Bentukkan nugget, coat dengan telur yang dipukul dan breadcrumbs (sebanyak 2 lapisan).
- Goreng.
- Sedia dimakan. Hoyeh.
Tapi disebabkan saya buat guna sekeping dada ayam je, so, takdelah banyak sangat nugget yang terhasil. Pulak tu macam-macam saiz ada. kejap besar kejap kecik. Hahaha. Oh rupa adalah tidak penting. Yang penting, sedap! Anak teruna makan siap takmo bagi orang lain. Cuit pun tak boleh. Hahaha.
Monday, February 8
Tajuk Yang Harus Di Edit
kerana berunsurkan lucah, bak kata As. Ngeee...
Tapi isi cerita haruslah dikekalkan jugak. Habis camno?
"Lolok! Lolok mama!!"
Tapi isi cerita haruslah dikekalkan jugak. Habis camno?
"Lolok! Lolok mama!!"
Memula saya agak confuse apa laa si anak dara ni minta. Dok sebut 'lolok' banyak kali.
Rupa-rupanya dia minta saya peluk dia masa tidur. Hihi. Siap tarik tangan saya, suh letak kat keliling badan dia. Oh cuteness! *puji anak sendiri*
Weekend @ Zoo Negara
Hello!
Hari ini sampai lambat ke ofis sebab jem yang teruk banget kat Salak Expressway. Entah apsal tah, sejak dua menjak ni jem melampau-lampau. Lambat 15 minit hokeh.
So, how was your weekend? Mine adalah sangat memenatkan, tapi seronok!
Kitorang ke Zoo Negara. Last minute plan. Start bersiap pukul 10, tapi pukul 1230 baru sampai sana. Hahaha. Tengah hari buta mak terpacak depan gate Zoo Negara tu.
Sampai rumah petang semalam budak-budak dah keletihan. Sempat la diorang nap sejam lebih. Malamnya tidur lena, tak bangun langsung! Hehehe. Penat la tu kott.
Detailsnya, nanti-nanti lah ye. Kita tunggu gambar dulu, baru best nak cerita.
Ok lah. Later, peeps!
Saya yang tengah tahan sakit kaki akibat jem,
Nuffnang Charity Project - Baby Ammar
Marilah kita membantu takat yang termampu....
We’ve always thought that the great thing about Nuffnang is that not only do we get to share the fun times together with all the contests, movie screenings and events that we have, we end up forging real bonds and friendships along the way. On that note, we’d like to share with all of you in the Nuffnang community something that has touched our hearts recently.
2-year-old Ammar Danish has suffered from Patent Ductus Arteriosus (PDA) since birth. He has a hole in his heart which results in oxygenated blood and non-oxygenated blood mixing together, which in turn puts a lot of strain on his heart and lung arteries. In some cases, the hole eventually seals itself up after some time, but during a routine checkup on 11 January 2010, it was clear that that wasn’t the case with Baby Ammar and doctors pronounced surgery as being necessary to prevent the situation from growing worse.
Baby Ammar’s mother is Nuffnanger Azmaniza bt Mohamad Kamal, who blogs at http://mylife-asz.blogspot.com. When this misfortune was brought to our attention by some concerned Nuffnangers, we immediately felt compelled to do something to help a member of our community. The deposit for the surgery to close the PDA will cost RM12,000 and is a tremendous burden for Azmaniza, a full-time working mom with five children to feed.
There are a few ways you can help Baby Ammar get the surgery that he needs; we’re sure everyone would be able to contribute through one of the ways as mentioned below:
1. Enable ‘Show Charity Ads’ in your Blog Manager preferences for the duration of this fundraiser. You will not be paid for displaying the ads, but the ads will greatly help to promote this cause to more people who might be willing to do something for Baby Ammar.
2. Blog about Baby Ammar’s condition, and include a link to this Nuffnang blog post so that your readers will know where to go for more information. Again, this will also do a great service to Baby Ammar by spreading the word about his condition.
3. Make a donation to Azmaniza Mohamad Kamal – 514093114912 (Maybank). Every little bit helps, so please do contribute any amount you can.
Baby Ammar’s surgery is scheduled for 22 February 2010, and the fund-raising effort will end on midnight at 17 February 2010. It is indeed a short period of time, but let us all rise to the occasion and prove to everyone the strength of a blogging community like ours. We’ll update in this post from time to time on the amount of donations raised.
Thank you all very much for your support on behalf of Azmaniza and Baby Ammar. You can check out this blog post to read more about Baby Ammar’s condtion, and if there you have any questions about this cause, please drop us a message via our helpdesk.
Friday, February 5
Tukar Lain Ajelah.
Kesian En Abah. Penat dia drive ke sana. Alih-alih, kelas kensel sebab lecturer MC. Dah lah jauh gila U dia.
Masalahnya, dah berapa kali dah kelas lecturer ni kensel. Takde notis lak tu. Dan, berdasarkan cerita-cerita student kat situ, 60% student nya gagal semester lepas.
Macamana la student tak gagal kalau kelas asyik batal je. Dah la dia je satu-satunya lecturer yang ada untuk subject tu. Kalau tak, sure semua student tukar nak masuk kelas lecturer lain.
Hm... tukar uni lain ajelah En Abah. Huhu.
Sebelah Tangan
Pagi tadi masa tengah breakfast kat kafe, ternampak satu student ni sedang sibuk ber-sms. Dia guna dua-dua tangan dia. Wah. Saya rasa pelik dan sedikit kagum di situ. Sebab saya kalau sms guna jari-jemari kasar sebelah tangan (read: tangan kanan) je. Tak reti lah guna dua-dua tangan.
Tadi dengan lawaknya saya try guna dua-dua tangan untuk hantar sms ke En Abah. Ye, gigih mak, deknon! Tapi hasilnya banyaklah typo di sana sini. Hahaha.
Korang guna sebelah tangan ke, dua-dua tangan masa sms?
Fuhh....
Setelah beberapa hari hidup kesunyian kerana line Internet yang mengalahkan kura-kura, akhirnya pagi ini dapat jugak saya masuk ke blogger. Hopefully sepanjang hari la ok.
Saya ingatkan PC saya prob ke hape, rupanya memang satu tempat kerja saya internet nya lems nak mati. Semalam masa ada discussion, time nak tengok website agensi gomen, Ya Allah... slow gila! Discussion pun jadi laama la kekdahnya.
So, hopefully hari ni dapat le mak jengah-jengah rumah kawan-kawan yang tak dapek mak nak jengah semalam.
Wednesday, February 3
Ikutkan Saja Atau Tak?
Agak buntu dengan perangai anak teruna saya sekarang ni.
Kalau dia nak apa-apa, seboleh-bolehnya kena tunaikan. Kalau tak, malam nanti dia mengigau dan mengamuk sakan macam apa. Kalau setakat ngigau sikit-sikit tu takpe lah jugak, ni menangis meraung-raung macam kena dera. Lepas tu mengamuk-ngamuk nak dekat sejam jugaklah. Huhu.
'Nak apa-apa' yang saya maksudkan bukanlah apa sangat. Takat nak tengok dvd ultraman atau dvd alif ba ta lah, contohnya. Biasanya, time orang tengah sedap tengok TV, time itulah dia nak tengok dvd. Bila tak bagi, mulalah tantrum nya. Tapi sekejap aje. Lepas tu ok dah. Dia sambung main balik. Tapi, tunggulah pukul 1 atau 2 pagi. Haaaa... masa tu rasa macam mamanya pulak nak throw tantrum gila-gila. Hahaha.
Kalau turukan semua kehendak dia, saya rasa tak elok untuk perkembangan dia. Yelah, ikutkan je semua kehendak dia tanpa bantahan, kan ke tak elok? Ke saya salah? Tapi, kalau tak turutkan, get ready ajelah tengah-tengah malam buta tu. Bukan sekali dua jadi macam tu. Tiap-tiap kali. Macam ada switch pulak dalam badan dia. Memori 'tak dapat' tu terbawak-bawak sampai ke tidur.
Normal ke macam ni? Apa caranya supaya dia tak ngamuk-ngamuk macam tu ye? Ke, patut ikutkan aje apa yang dia nak?
Tuesday, February 2
Mama Anges
Mama: Malam ni Imran nak tidur dengan mama ke dengan abah?
Imran : Ngan bapak.
Mama: Tidur dengan mama la.
Imran: Ngan bapak.
Mama: Mama la.
Imran : Mama anges (Read: Mama nangis dulu)
Sabo je la. Dia suruh kita nangis dulu baru dia nak tidur dengan kita. Konon ala-ala merayu kat dia dulu lah. Hehehe.
*Tidur dengan mama/bapak = tidur sebelah mama/bapak.
Monday, February 1
2 Down, Another 1 To Go!
Sudah lama tidak membaca novel Bahasa Melayu. Last novel yang saya baca ialah Breaking Dawn.
Memandangkan saya baru saja membeli 3 buah novel Jumaat lepas, maka semangat untuk membaca novel adalah berkobar-kobar. Haha.
Jumaat malam tu saya baca Cinta Kepala Batu. Saya ni jenis kalau dah start membaca memang susah nak stop. Sudahnya saya tidur pukul 4 pagi semata-mata nak habiskan novel tu! Hahaha. Gila ah. Dah lama tak buat gini. Dahla tidur pukul 4 pagi, siap dengan nangis-nangis macam hape. Menghayati habislah kononnya.
Sudahnya pagi Sabtu saya adalah sangat mengantuk dan mata juga adalah bengkak-bengkak dek menangis tersedu-sedu di tengah malam.
Hari Ahad saya berjaya habiskan novel Yang Sebenarnya. So, 2 down, 1 to go! Hoyeh!
Nota ZZ: Serasa mau ke sana lagi hari ini, nak beli novel yang lain pulak. Ah sudah. Mulalah start balik hobi mengumpul novel ini. Hahaha. Ada sesiapa yang nak ke sana jugak hari ini? Hari ni last day tau!
Empat Tolak Satu Jadi Tiga
Kalau Umi Sufira tidur berduaan dengan suaminya yang terchenta, Sabtu lepas kami tidur bertiga tanpa En Abah. Huhu.
En Abah ikut BIL nya pi memancing kat Linggi. Katanya balik dalam pukul 2 pagi. Tapi sampai tengah hari esoknya baru nampak muka! Sebab air laut surut. Pukul 4 pagi baru start pasang. Hahahaha. Lainkali sila buat persediaan rapi ye En Abah.
Biasanya budak-budak ni memang payah betul nak tidur, lagi-lagi kalau kami kat Seremban. Yelah, sepupu-sepupunya ramai. Seronok la diorang ni bermain sampai lupa nak tidur. Kadang-kadang sampai MIL dah tutup lampu kat ruang tamu pun diorang takmo tidur gak. Over stimulate gamak eh.
Tapi, Alhamdulillah Sabtu malam tu senang pulak budak-budak ni tidur. Sebelum tidur tu saya siap pesan kat diorang, "Malam ni tidur awal ye. Abah takde. Tinggal kita aje. So kita kena tidur awal ok."
Imran lepas minum susu terus zzzz.... As for Irma, masa nak tidur tu memanglah cepat je dia lena, tapi malamnya banyak kali dia meragam. Asyik bangun aje. Lepas tu asyik mintak susu. Biasanya tiap-tiap malam dia bangun sekali je. Saya rasa sebab cuaca agak panas kot malam tu. Tu yang dia pun tak selesa nak tidur. Sampaikan bantal dia pun basah dek peluh.
Sudahnya, saya tak buat susu, tapi bagi dia air masak. Banyak jugalah dia minum. Nampak sangat dia haus. Lepas tu barulah dia lena sampai pukul 9 pagi.
Sepanjang En Abah pi memancing, Imran asyik la dok tanya, "Bapak gi apa?" Lepas tu dia jawab sendiri, "Bapak gi ancing ikan." Hehehe. Tapi kesian jugak tengok dia asyik laa dok tanya mana En Abah. Tu baru satu malam tu. Macamana la agaknya kawan-kawan yang suaminya kena kerja jauh-jauh dalam masa yang lama. Memang saya tabik habis lah dengan korang!
Labels:
Anak-anakku,
Balik Kampung,
Hubby,
Imran,
Irma,
Parenting
Subscribe to:
Posts (Atom)