Wednesday, March 31

Subhanallah!!!

Sesungguhnya Allah itu Maha Mendengar.


Terima kasih kepada Saudah sebab ingatkan saya untuk baca surah Ad-Dhuha 12 kali tu.


Elok je saya habis baca, saya refresh FB saya. Sekali adik saya bagitau yang kamera tu ada kat dia.




Syukur sangat-sangat.


Silap saya jugak. Semenjak akhir-akhir ni masalah pelupa saya makin menjadi-jadi.


Asalnya saya bawa kamera tu ke ofis sebab nak transfer gambar ke Zoo Negara ke dalam PC dan blog dan FB. Lepas tu boleh pulak lupa bawak balik. Simpan dalam laci.


Lepas tu adik saya ada mintak kamera tu. Tapi saya lupa bawak balik. Esoknya sampai je kat ofis, saya bukak laci, kamera ada lagi. Phew.


Saya simpan balik dalam case dia (tengok tu, punya la pelupa sampai kamera terbiar je dalam laci tak masuk dalam bekas dia). Then lepas tu saya tak ingat saya simpan balik dalam laci atau bawa balik rumah. Hilang ingatan.


Seingat saya, saya bawa balik. Tapi bila time saya nak amik kamera tu dalam handbag, eh? Takde? So saya assume mungkin tertinggal kat ofis lagik.


Tengah hari tadi bila bukak je laci, ayoyo!!!! Kamera tak dak! Tu yang cuak tu. Siap google tengok berapa harga kamera tu (sebab nak ganti balik. kan ayah saya punya). Bila nampak harga, terjojol bijik mata mak yang sepet ini! Mahal nya!! (ini pun masih ada hati nak dslr. cett!)


The rest is history. 


Alhamdulillah!
 


P/S: Dila a.k.a adeq, baca blog akak ke? Kalau baca sila bagitau :P
 

Hilang!!!!

Kamera saya hilang!! Jangan tanya macamana boleh hilang. Dah tak penting dah. Yang penting, kamera tu hilang kat ofis. 


Sangat down. Dah la bukan kamera saya pun. Kamera ayah saya. Dan ada juga beberapa gambar yang saya tak sempat nak pindahkan ke PC. 


Siapalah yang ambik kamera tu. Tolonglah pulangkan. Kesianlah kat saya yang takde duit nak ganti kamera ni. 


Sedih. Sedih. Sedih. Marah dengan diri sendiri. Marah dengan orang yang ambik kamera tu. 


Sedih. Sedih. Sedih!



Mayat Janin Dalam Balang Gula-Gula

Makin menjadi-jadi kes buang bayi ni. Tapi kali ni janin lah.


Tengoklah gambar ni. Apa agaknya perasaan si ibu bila tengok gambar ni keluar dalam suratkhabar ye?




Mengalir air mata saya bila tengokkan gambar ni.


Sumber dari sini.


Tuesday, March 30

Tidak Mampu Untuk Memandang PC Ini Lagi....

Masih belum sihat sepenuhnya. Cherry berry nampaknya sudah makin ok. Tapi sekarang ni rasa macam ala-ala nak pitam pulak tapi masih gediks nak update blog. Nak pandang skrin pc ni pun rasa sakit bebenor kepala ni.


Isk... boleh ke mak nak drive ni karang???


4 Hari Yang Memenatkan

Haih. Kenapalah setiap Isnin mesti ada something yang terjadi? 


Semalam saya MC. Cherry berry sampai kebas bon bon okeh. Dah la tumpang kereta En Abah, yang bermaksud, walaupun saya MC, saya kena ikut En Abah ke mana jua dia pergi. Sekejap ke Shah Alam, sekejap Puchong, sekejap ke Putrajaya.


Saya yang kepenatan dek sesi berulang-alik ke toilet banyak kali, tidur ajelah dalam kereta.
Sampai hari ni badan juga adalah sakit-sakit.


Lepas sesi memerah keringat konon! Jumaat lepas, Sabtu pula ada sesi mengemas rumah MIL dan bersedia untuk kenduri. Masa kenduri baru nak mula, anak-anak kepenatan dan tertidur dalam bilik. Tapi masa orang tengah baca Yasin pulak anak bujang terbangun. Terkejut agaknya, dia asyik nangis je. 


Yang paling 'best', dia nak mamanya sahaja yang dukung dia. Sahaja okeh. Orang lain tak boleh dukung dia. Patah pinggang mama nak dukung anak teruna nih.


Hari Ahad pulak, En Abah ajak balik awal sebab nak ke Pesta Buku. Punyalah ramai umat. Sempat le rembat 3 buah novel, dan 7 buku untuk anak-anak.


Ahad malam, perut dah start meragam. Cherry berry rupanya. Isnin pagi saya gagahkan juga pi kerja. Tapi perut still memulas. Ajak En Abah ke klinik, doktor bagi 1 hari MC. Malamnya saya dah tak larat gila. Semalam 7 kali keluar masuk toilet. Dah lah penat dari Jumaat tak hilang lagi, tambah pulak dengan perut yang memulas. Huhu. Masa tengah gosok baju pun saya boleh terlelap. Hahaha.


Pagi ni sakit dah berkurang. Tapi dah mula sendawa angin busuk tu. Sah saya ni keracunan. Harap-harap trip ke toilet dapat dikurangkan hari ni. Penat weh!


Friday, March 26

Kisah Rumah

Hujung minggu ni ada kenduri di Seremban, sempena SIL yang akan berangkat ke negara orang tak lama lagi.


Dan tak lama lagi juga kemungkinan kami akan berpindah ke rumah SIL tu. Kiranya macam menjaga rumah tu lah. Cuak juga nak 'take over' rumah orang ni. Almaklum rumahnya cantik bersih kemas. Anak-anak saya pula aktif belaka. 


Rumah di Shah Alam? Insyaallah akan disewakan. Ada sesiapa yang berminat? :)


Sekarang ni adalah confuse samada nak guna agent atau cari sendiri penyewa. Kalau guna agent, dia yang uruskan semua kan? Kita tunggu je sampai ada orang nak menyewa. Kalau cari sendiri, kalau orang nak tengok rumah, kita kena turun sekali, which is takde lah masalah bagi saya pun. Cuma En Abah yang risau. Tak bagi saya jumpa orang asing sorang-sorang. Kot takut jadi apa-apa hal.


Oh kalau seriously ada orang berminat nak menyewa rumah dua tingkat di Shah Alam, bagitau lah saya ye ;) 


Lunch Hour Nanti

Memandangkan lutut saya sudah beransur pulih, so hari ni Insyaallah nak berjimba-jimba di gym semasa lunch hour nanti.


Ohh haruslah sakit sakit satu badan ni memandangkan dah berkurun mak tak menggerakkan segala mala otot-otot dan anggota badan pada tahap optimum. Asyik dok ngadap pc ja.


Selepas ke gym, Insyaallah nak ke sauna pula. Hihi. Tak sabar nak tunggu lunch hour.


Thursday, March 25

Tak Tercapai Akalku

Doa ibu sangat powerful, kan?


Wajarkah seorang ibu mendoakan yang buruk-buruk untuk anaknya hanya kerana anaknya cenderung kepada aliran politik yang berbeza?


Argh. Tak tercapai akal ku.



Imran Pulak!

Selepas banyak kes misteri Irma, sekarang ni Imran lah pulak. 


Malam tadi selepas pulang dari Carr.efour BTHO, En Abah teringin nak makan kat luar (bukan 'makan luar' ye :P). Biasanya kami akan ke satu kedai makan dekat-dekat Pekan Batu 9 sana. Malam tadi lalu kat satu gerai ni, nampak macam happening aje. Macam ramai orang. So ajak le En Abah tukar angin ke sana pulak.


Sampai kat gerai tu, eh... apasal tak ramai orang pun?? Dari jauh nampak meriah je. Padahal ada lah dalam 2-3 meja je yang ada orang. Tapi kami tetap le makan kat situ.


Duduk kat meja kat bahagian luar gerai. Imran duduk membelakangkan ada kawasan pokok-pokok dan semak. Tengah tunggu order, tiba-tiba je Imran cakap,

"Ade antu kat situ."

Ok-ow.... ni dialog sambungan antara Imran dan En Abah:

En Abah : Hantu? Mana?

Imran : Kat situ (tunjuk kat semak-semak kat belakang dia), kat situ pun ada (atas pokok)

En Abah : Ada berapa hantu?

Imran : Ade nam. Banyak antu! --> Enam ialah nombor random Imran. Biasanya bila tanya 'ada berapa?' Imran akan jawab samada dua, empat atau enam. Hehehe.

En Abah : Enam????


Mula-mula ingat macam, alaaa... Imran ni saja-saja je kot cakap macam tu. Budak-budak biasalah kan cakap ikut suka hati je. Tak pun imaginasi dia ke kan. Tapi dia asyik dok ulang-ulang "ada antu banyak kat situ", hmmm terpikir mungkin memang betul-betul ada. 


So En Abah baca-baca lah sikit, hembus ke arah tempat yang Imran tunjuk tu. Tak lama lepas tu, Imran cakap lagi lepas dia pandang ke arah pokok-pokok tu,
 .
"Antu mana? Antu dah tak dhe."


Apa perasaan korang bila jawab macam tu? Huhu. Rasa macam, ishh.... memang betul ada la tuh. Itu yang saya rasa.


Saya saspek hantu yang Imran maksudkan tu ialah pelaris gerai tu. Ye lah, kenapa masa lalu kat situ, saya nampak gerai tu macam menarik je. Macam diajak-ajak singgah ke situ. Padahal, food adalah biasa-biasa je. 


Lepas habis makan, barulah perasan gerai tu macam kotor. Ada lipas okeh. En Abah nak termuntah dibuatnya bila nampak lipas tu. Saya dok terpikir, kenapa lepas makan baru perasan kedai ni kotor? Kenapa masa sampai, rasa macam kedai ni ok je? Hish.


Then barulah perasan semua orang kedai tu ialah orang In.don. Baru nampak muka sorang-sorang yang 'tak berapa bersih'. Subhanallah.


Kami takkan ke kedai tu lagi. Tobat!


Kepada peniaga-peniaga, tolonglah jangan guna pelaris yang bukan-bukan. Lagi-lagi kalau yang jual makanan tu. Teringat MIL cerita. Ada satu restoran yang amat popular kat Seremban ni. Memang ramai gila ah makan kat situ. Penuh sentiasa.


Satu hari ni sorang perempuan ni (perempuan ni yang cerita sendiri) datang makan kat situ bawak sedara dia kot kalau tak silap. Sedara dia ni jenis alim lah. Boleh nampak benda-benda halus ni. Sampai je kat situ, sedara dia cakap, dia nampak ada baaaanyak binatang macam mawas/monyet atas bumbung restoran tu. Tengah kencing dari atas bumbung tu, air kencing tu mengalir masuk ke dalam kuali-kuali yang orang tu tengah guna untuk masak. Eww.... 


Ada lagi satu, kat Seremban gak. Ni jiran MIL yang terkena sendiri. Restoran ni memang terkenal dengan sate nya (bukan Hj Samuri). Jiran MIL ni minta kuah kacang lebih. Lama menunggu, kuah kacang tak sampai-sampai. So dia pergi sendiri ke periuk kuah kacang tu. Kaut punya kaut, terkaut pad daaaaa!!!! Pad yang berdarah ye kawan-kawan. Banyak pulak tu!!!! Semenjak kes tu, restoran tu memang kurang lah pengunjungnya. Yang datang mungkin yang tak tahu pasal cerita tu kot.


Ya Allah. Janganlah guna benda-benda kotor sebagai pelaris. Orang lain makan, jadi darah daging. Duit yang dapat tu, kira halal ke? Pastu duit tu pulak digunakan untuk menanggung anak bini. Astaghfirullah. Janganlah disebabkan duit, kita jadi macam tu pulak. 


Isk.


Wednesday, March 24

Panggilan Hangit Yang Menggembirakan

Selepas meluahkan perasaan dalam entri ini dan ini, rasa hati pastilah sangat tidak best.


Tiba-tiba telefon berdering minta diangkat. Ecewah ayat tak hengat :P
Angkat telefon, terdengar suara seseorang,

"Mama, tutu Ban abih. Mama eli tutu Ban." --> Mama, susu Ban habis. Mama beli(kan) susu Ban.


Hihi. Siap request pulak ye. Ye lah. Mama tak lupa nak oii...


Lepas letak telefon, berbunyi sekali lagi. Kali ni orang lain pulak.

"Mama, Ima syusyu habish."


Kekeke. Ni lagi sorang. Susu Irma ada kat biliklah. Mama lupa bawak turun pagi tadi.


Anak-anak sememangnya penawar emo duka.




Testing Testing

Saya baru terhegeh-hegeh nak belajar guna WLW ni. Akakaka.

 

So ini adalah entri untuk saja-saja testing. Keluar ke idok.

Hidup Ini Sekejap Sahaja

Politik ofis kadang kala menyesakkan jiwa raga. Hidup seseorang boleh jadi kacau bilau disebabkan politik ofis.


Kadang-kadang terfikir, jadi baik pun kena henyak, jadi bi**h kena umpat. Garang pun salah, baik punnnn salah. Kalau garang atau suruh orang buat kerja, katanya bossy. Kalau beralah, kena buli pula. Sudahnya bos yang buat semua kerja staf.


Bila duduk senyap-senyap membaca blog buat kerja pun boleh jadi umpatan orang. Haih. Manusia. Manusia. Tak boleh nak tengok orang hidup dengan tenang ya? Orang takde cari pasal dengan kamu, kamu sibuk-sibuk jaja cerita orang. Kamu ingat kamu sempurna sangatkah?


Sebelum sebok menjaja cerita orang lain, carilah cermin. Lihat wajah anda sedalam-dalamnya, muhasabah lah diri.

'Adakah aku begitu sempurna hingga orang lain nampak begitu hodoh sekali di mata aku?'

Tanya soalan yang sama kepada diri sendiri sebanyak 44 kali. Nak tanya 8 juta kali lagi bagus. Kalau jawapannya tetap 'Ya', itu bermakna anda sebenarnya adalah perahsan! Perahsan nak mamp*s! :P


Kalau kita rasa kita bagus, ada orang lain yang jaaaauh lebih bagus dari kita. Kalau kita rasa orang lain lemah, banyak kekurangan, kita pun begitu juga. Kalau kita rasa kita ni berkuasa hingga mampu buat orang lain terduduk down macam nak mati, ingatlah, Dia yang Paling Berkuasa. Jangan sampai Dia tarik kuasa yang kita ada, sampai kita pula yang terduduk tak boleh bangun-bangun nanti.


Hidup ini sekejap saja. Alangkah ruginya hidup yang sekejap ini diisi dengan perkara-perkara yang mendatangkan marah orang lain.


Terasa macam pakar motivasi pulak :P

Bagaimana Untuk Membuat Teguran Terhadap Orang Lain?

Bagi saya, ianya bukan sesuatu yang mudah.


Latarbelakang diri dan cara komunikasi yang berbeza menambahkan lagi kesukaran untuk menegur perbuatan orang lain dengan cara yang berhemah.


Sesetengah orang memang jenis yang straight to the point je. Tak reti nak berlapik, berbasa-basi. Bukannya tak mahu, tapi memang caranya begitu. Cakap pula memang style kasar. Mungkin pada dia, apa yang dia cakap tu hanya sekadar satu teguran biasa. Bukan bertujuan berdengki, menunjukkan kuasa, apatah lagi nak cari gaduh. Dah memang cara dia dibesarkan gitu. Nak salahkan dia 100% pun tak boleh juga. 


Apa yang dia tahu, dia cuma membuat teguran demi kebaikan bersama. Cuma, mungkin caranya tak berapa kena dengan semua orang. Mungkin ada orang yang mudah rasa kecil hati bila ditegur begitu. Silap-silap, orang tak ambik port pun apa yang ditegur. Kiranya, dibalas dengan cara memberontak lah gitu. Tapi mungkin juga 'teguran kasar' begini lebih terkesan di hati kita. Entahlah. Ikut cara orang yang ditegur itu menerima teguran tersebut lah kot.


Ada sesetengah orang pula lebih bijak berkata-kata. Cakapnya lembut, berlapik-lapik. Siap ada mukadimah sebelum membuat sebarang teguran. Cara begini lebih mudah diterima kebanyakan orang. Tapi, bukan semua orang akan ingat benda yang dia tegurkan tu. Silap-silap, ibarat mencurah air ke daun keladi. Tegur banyak kali pun tak lekat di kepala, tak disemat di dalam hati. Bila jadi kes begini, yang memendam rasa tentulah orang yang menegur tu.


Medium untuk berkomunikasi pun mainkan peranan juga. Cara terbaik tentulah secara bersemuka. Cakap face-to-face. Tapi, janganlah depan-depan orang lain. Malu lah dia. Panggil ke pejabat/meja, tegurlah secara baik. 


Tapi sesetengah orang (berapa banyak sesetengah daa) tak reti nak tegur depan-depan. Takut maksud tak sampai kot. Maka alternatifnya ialah melalui email. 


Tapi (ah sekarang banyak 'tapi' la pulak :P), teguran melalui email ni banyak juga yang buruknya. Satu, terjadinya salah faham. Kadang-kadang si penghantar email maksudkan dengan cara yang baik, tapi (lagi) si penerima sangkakan si penghantar ni marahkan dia, dan vice versa. 


Lagi satu, takut si penerima ni tak baca email. Aiseh. Cerita dah basi, baru nak baca email. Susah juga kan?


Walaubagaimanapun (wah rasa macam buat karangan SPM lak), orang yang menerima teguran ni nak tak nak kenalah berfikir secara rasional. Fikirkan dulu, adakah tegurannya berasas atau melulu? Kalau berasas, eloklah kita ambil secara positif. Ini untuk kebaikan bersama juga. Mungkin teguran itu tidak ditujukan kepada sesiapa, ianya bersifat general. So, kita take note dan perbaiki diri. Tapi kalau melulu, hmmm.... lu pikirlah sendiri kan.


Apa-apa pun, bagi saya susah sebenarnya nak buat teguran kat orang lain. Lagi-lagi persekitaran tempat kerja yang dikelilingi bangsa kita, m3l4yu ni. Maklumlah, bangsa kita bangsa yang suka cakap ayat tersirat, mudah terasa, sensitif, dan bahasa kita sendiri penuh dengan kelembutan. Jadi, memang kena fikir panjang sebelum nak buat satu-satu teguran.


Kalau kerja dengan bangsa cha, memang direct je kena. Dush terus ke muka. Ini berdasarkan pengalaman saya yang seciput ni lah. Kalau ko dah salah, dan-dan tu jugak dia sound. Depan-depan orang. Rasa macam dibogelkan aje. Malu. Tapi biasanya kita (saya) takkan ulangi lagi kesilapan yang sama, dek kerana takmo dimalukan lagi. Serik!


Bagaimana anda menegur subordinate/staf/colleague anda?


Aktiviti hari ini: Ada berapa banyak perkataan 'tegur' dalam entri kali ini (termasuk yang ada imbuhan)? Hadiah tidak disediakan :P



Tabik Spring Sama Brunei

BANDAR SERI BEGAWAN (Brunei): Menteri Hal Ehwal Agama Brunei, Zain Serudin menolak usul ahli Parlimen, Goh King Chin supaya zon khas jual beli arak diwujudkan untuk pelancong bukan Islam.


Zain menegaskan, andai ia diwujudkan, Brunei yang mengharamkan penjualan arak pasti dilaknat Tuhan.


“Yang paling kami takuti ialah laknat Allah. Laknatnya bukan pada mereka yang melakukannya sahaja tapi semua yang berada di negara ini.


“Pelancong yang ingin minum arak boleh minum di negara mereka, malah mereka boleh mandi arak.


“Hari ini mereka mahu zon arak, lepas ini mungkin zon pelacuran, kasino. Kami perlu tolak semuanya dan kekalkan kemakmuran,” tegasnya. - AP


Sumber: Harian Metro


Tuesday, March 23

Yanie Mentor Meninggal Dunia

Boleh baca di sini.


Kesian kat anaknya. Kecik lagi tapi dah kehilangan ibu. T_T




Sabtu @ Sungai Duyung

Sabtu lepas ikut family En Abah ke Sungai Duyung, Melaka. Makan-makan ikan bakar dan seafood kat sana. Best betul. Part paling best ialah, semua perbelanjaan ditanggung beres. Hehehe. SIL belanja sempena keberangkatan familynya ke oversea. Duduk kat negara orang tiga tahun. Lama tuuu.... 







Sampai-sampai aje, kita pekena nasi lemak dulu. Hehe. Alah nasi lemak yang 50 sen tu. Kecik comey aje haku makan dua bungkus. Nasi lemaknya sedap. Cukup lemak, sambal pun boleh tahan.








Appetizer seterusnya ialah otak-otak dan jeli kelapa. Jeli kelapa kat sini sangatlah sedap. Jelinya lembuttt aje. Masuk dalam mulut terus telan. Hahaha. 


Irma pun suka otak-otak ni.


Imran pun. Tak percaya?? Tengoklah muka Imran sebagai bukti. High semacam. Hahaha.


Haa... tengoklah ye puan-puan semua. Bersepah seafood atas meja. Tu banyak lagi yang belum sampai tu.


Total makan untuk lebih kurang 16 orang ialah RM260++. Bagi saya cukup berpatutan sebab order macam-macam benda! Ketam lah, kupang lah, ikan bakar, ikan sweet sour, lala, udang, sotong dan macam-macam lagi yang saya dah tak ingat.


Lepas makan, SIL ajak ke dataran depan Majlis Bandaraya Melaka tu. Luas tempatnya. Imran sangat excited bila sampai sini. Jejak je tanah terus berlari-lari satu dataran tu. Penat sepupu-sepupunya mengejar. Haha.




Banyak gambar yang blur lah. Mama Imran pun excited sama gamaknya. Hehe. Ini ajelah gambar yang jadi. Sebenarnya dekat-dekat dengan pokok-pokok biru ni ada air pancut yang keluar dari bawah tanah tu (err dapat bayangkan tak?). Alah yang airnya keluar seminit pastu stop, pastu keluar lagi kejap-kejap. Haih tak reti le mak nak terangkan noks. Pepaham sendiri lah ye :P


Mula-mula Imran setakat 'cicah-cicah' tangan je kat air pancut tu. Lepas tu, agaknya dia geram, dia main jalannn je atas air tu. Habis baju basah lencun. Nasib baik le bawak baju spare. Kalau tak, sampai ke Seremban le kesejukan. *Gambar tak ada sebab Mama si Imran tengah bertukar menjadi singa betina (yang mendiamkan diri menunggu masa untuk mengaum sebab takleh mengaum depan MIL, ai segan) menengokkan anak terunanya bermain air sampai lupa diri*








Irma dan 'babysitter' yang setia. :)


Dalam perjalanan balik Seremban, Imran duduk dengan MIL kat belakang. MIL pun borak-borak le dengan Imran. 


MIL : Tadi Imran makan apa?

Imran : Makan ayam (macamle ada ayam), makan itan (ikan), makan fish (? fish tak sama dengan ikan ke? hehe).... hm... edas! (pedas)


Tetiba ada suara budak kecik yang tengah minum susu menyampuk dari seat depan, dengan mulut penuh dengan puting dia cakap sorang-sorang (macam merungut la konon),

   "Mane de pe-das. Tipu je. Tak pe-das."


Hahaha. Haku tergelak besar depan MIL okeh. Suka-suki je anak dara ni menyampuk orang tengah berborak kat belakang. Siap claim abang dia tipu pulak tu. Sabo je la.



Friday, March 19

Sauna

Baru balik dari sauna. Oh sauna ni kat gym tempat kerja saya. FOC je. 


Lama jugak saya lepak kat dalam tu. Lebih setengah jam kot. Tak sedar pun masa berlalu sebab borak-borak dengan member.


Syok je rasa berpeluh-peluh. Err tapi saya rasa, wap air yang lagi banyak melekat kat badan saya berbanding peluh yang terhasil. Hehe.


Sekarang saya adalah mengantuk. 


Dan lapar. Boleh?


Niat Di Hati

hendak berjimba-jimba sambil mengeluarkan peluh di gym semasa lunch hour yang panjang nanti, tapi apakan daya....


Dek kerana peristiwa memalukan semalam, lutut saya membengkak. Jangankan berlari, berjalan pun rasa sakit. Nak naik tangga jangan cakaplah.


So, Insyaallah kita bersauna saje lah hari ni.


Pic googled


Dah lama gila tak bersauna. Rasanya last time dulu adalah sebelum kahwin. Entah berapa lama agaknya saya mampu bertahan dalam bilik sauna tu. 10 minit je kot? Hehe.




Thursday, March 18

Malu Beb!

Adeh!


Malu campur sakit!


Tadi terjatuh depan toilet maaa!!! Tak perasan ada air depan pintu toilet. Huhu.


Serentak masa jatuh tadi terdengar kakak cleaner menjerit nama saya, "Cik Zety!!!"


Huahuahua. Sudahlah jatuh macam nangka busuk, ada saksi pulak tu. Malu beb!



Pic googled


Cerita Bulan Lepas: Zoo Negara

Hahahahaha. Sebelum mula kita gelak dulu atas keterlupaan diri sendiri.


Setelah hampir sebulan setengah baru le teringat nak load gambar-gambar masa kat Zoo Negaraku hari tu.


Nak letak gambar-gambar binatang adalah terlalu banyak. So kita letak gambar-gambar orang lah ok.


Ni masa baru-baru sampai. Muka masing-masing eksaited. Ini adalah ekspresi wajah selepas mendapat arahan Mama, "Senyum!!" Sila perhatikan 'anak tiger' itu :D


Alamak kasut Ban tercabut lah. Irma still menten 'senyum!'


Mama, katut Ban! Ame! Ame! Katut btar!
(Translation: Mama, kasut Ban! Sama! Sama! Kasut besar!)


Tengah tunggu Bapak beli air buat bekalan di kemudian hari.


Anak teruna yang suka berposing.


Ntah kenapa Irma suka buat muka senyum gini. Hehe. Cuteness.





Kan dah kata anak teruna ni suka bergambar walaupun senyum dibuat-buat



Ambing! Bekkk!


Ok gambar ini adalah sangat blur. Tapi saya suka sebab Imran tengah pimpin tangan Irma sambil memandang sampah yang dibuang merata-rata. Hmph.


Ekor anak harimau tergantung-gantung. Ekekeke.


Memberi zirafah makan. Harga makanan adalah RM3 seikat. Bak kata Nana, zirafah dan gajah adalah binatang yang paling kenyang kat Zoo Negara. Hehehe.



Erm... belakang tu burung kasawari, kan? Kan? Mak pun tak sure. Dok sibuk tangkap gambar anak. Hohoho.


Penatnya berjalan. Kitorang tak naik tram. Saja nak feel lelebih masa tengok binatang. Sudahnya semua kepenatan. Duit pun banyak habis beli air yang sangat mahal kat dalam Zoo. Reminder: Lain kali bawa bekalan air yang sangat banyak kalau nak ke Zoo Negara.


Berpeluh-peluh anak dara ku ini.


En Abah kepenatan sebab kena dukung Imran. Patah pinggang beb!


Ahhaaa.... last sekali barulah ada gambar si tukang tangkap gambar. Ekekeke. Imran dah menguap, Irma masih lagi dengan senyum ganas dia. Hihi. Nana, kat sini le aku nampak orang utan.


Nota ZZ:
  1. Walaupun tiketnya mahal (RM20 untuk dewasa, RM6 kanak-kanak 3 tahun ke atas), tapi rasanya berbaloi-baloi. Lagi-lagi bila pandang muka anak-anak yang kepuasan dapat tengok macam-macam binatang. Oh jangan lupa bawa MyKad dan MyKid ye. Kalau tak, harga tiket adalah lebih mahal.

  2.  Irma agak menjadi tumpuan disebabkan baju tiger yang dia pakai tu. Hehe. Kebetulan pulak masa tu nak dekat-dekat Chinese New Year and tahun ni pulak Tahun Harimau kan.

  3. Secara tanpa sedar, baju kitorang satu family ada berunsurkan kaler oren. En Abah dengan t-shirt orennya, Irma of kos dengan baju tiger nya, Imran pulak cap senget oren dan saya sendiri tudung oren. Hehehe. What a coincidence.

  4. Mula-mula cadang memang nak naik tram tapi ramainyaaa orang beratur masa tu. So kensel lah. Lagipun berjalan kaki lagi berbaloi rasanya.

  5. Sila bawa map yang disediakan. Kalau tak, boleh tersesat dalam zoo tu.

  6. Air (dan makanan lain) adalah sangat mahal kat dalam tu. Maklumlah dah takde choice kan. Air mineral (hmm rasanya air RO je) RM2 untuk botol kecik. Air 100 Plus yang saya dan En Abah minum baaanyak gila RM3 untuk botol 500ml. Aiskrim kalau tak silap RM5.90 untuk satu scoop. Peel fresh kotak kecik pulak RM4.50. Terjojol biji mata mak, nyah! Nasib baik budak-budak tak mintak aiskrim. Huhu. Tapi tak boleh celen harga makanan kat Genting lah kan :)

  7. Zoo Negara jauh lebih bersih dan terjaga berbanding masa kali terakhir saya dan En Abah ke sana dulu.

  8. Kami terlepas peluang nak tengok animal show (pukul 3 petang kalau tak silap) sebab masa tu tengah tengok orang utan. Area orang utan kat belah utara sana, animal show pulak berdekatan dengan pintu masuk.

  9. Petang tu hujan lebat selebat-lebatnya. Nasib baik masa tu kami kat dalam Akuarium.

  10. Dalam perjalanan balik, dek kepenatan yaamat, Imran dan Irma tidur lena. Malamnya pun tidur lena tak bangun-bangun. Hehehe.

  11. Oh ye, jangan tak tahu. Boleh buat birthday party atau family day sini jugak tau. Boleh rujuk sini. Err... ada sesiapa nak buat wedding kat sini tak? Manalah tau kot-kot ada kan :P

Ok lah. Panjangnyaaa entri kali ni. Ampun sebab lambat letak gambar kat blog ni.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!