Thursday, April 29

Macam-Macam Cerita

Banyak benda berada dalam fikiran aku sekarang nih.


Semalam Imran demam. Petangnya dah okey sikit. Pagi tadi demam balik. Risau dibuatnya. Almaklumlah gelombang kedua H1N1 kan dah mula menunjukkan tanda-tanda. Ingat nak cuti lah konon. Tapi memandangkan semalam aku dah amik half day, takkan hari ni nak cuti pulak. Nak kena lempang dengan bos?


Nasib baik En Abah sudi meng-half day kan diri hari ni.


Kata En Abah, doktor kata demam Imran biasa-biasa aje. Syukur Alhamdulillah. Doktor suruh pantau. Kalau lepas 2 hari tak baik gak demamnya, kena pergi klinik balik.


Itu satu cerita. Cerita lagi satu ni, Sabtu ni penyewa dah nak masuk rumah. Masalahnya rumah aku tu masih ada barang yang belum berjaya dieksport. Semalam dah habis kemas simpan dalam kotak. Tinggal nak angkut je. Tapi, pengangkutannya pulak yang tak sesuweiii. Tak muat kereta nak masukkan semua barang tu. 


So En Abah re-schedule sesi eksport mengeksport ini kepada esok (Jumaat). Hm... nak amik cuti ke? Agak-agaknya bos aku tu nak ke approve kan cuti aku nanti? Dilema di situ.


Cerita nombor tiga. Sabtu ni aku dan En Abah sepatutnya akan berjimba-jimba di Bukit Kiara. Malangnya  mood nak berjimba-jimba dan agak ke laut sikit lah gara-gara cerita nombor satu tu.


Haih. Mukadimah kemain kan aku ni. Bajet macam ada masalah besar je. Padahal bukan apa sangat pun. Hahaha.


Oh ye. Berita terkini. Aku baru balik dari Jak.el kat belakang opis aku ni ha. Adakah aku sorang je yang berperasaan begini, atau memang harga kain kat situ mahal? Ke aku yang tak layak masuk ke sana?


Tuesday, April 27

Sombong

Sesetengah orang memang sombong tak bertempat. 


Sesetengah orang pula, muka nampak sombong, tapi dalam hati ada taman, der! (Macam mak la :P)


Sesetengah orang, sombong kat certain manusia je. Bajet orang lain tak bagus ah kot. Mana yang tak setinggi pangkat dia, atau tak seglemer dia, dia tak layannn. Baik dengan orang yang dia punya kepentingan saja.


Sesetengah orang sombong sebab memilih kawan. 

'Kau takde iPhone, takyah kawan dengan aku.'

'Kau gemok. Tak macam aku kurus ramping macam kerengga. Sila jauhkan diri.'

'Kau tak pandai speaking. Blog kau pun skipping Malay sokmo. Boleh blah.'

'Blog ko tak glemer. Aku tak hingin nak add ko. Ptuih.'

(Sekadar contoh)


Haha. Pernah jumpa tak dengan manusia-manusia begini? Atau kita sendiri berada dalam salah satu kategori di atas?


Saya selalu disalah ertikan sebagai sombong. Mungkin sebab muka saya ni 'muka sombong' kot. Tapi saya baik tau (hahaha tak tahan puji diri sendiri). Saya bukan sombong, saya pendiam. Hihi.


Kalau ternampak saya kat mana-mana, silalah tegur dulu. Sebab biasanya saya adalah menonong saje. Almaklumlah rabun kan :P



Happy Birthday Dear Sis

Hari ni genap adik saya berusia 25 tahun.


Happy Birthday Baya!


Monday, April 26

Sunyi Je...

... rasa bila rumah dikunci begini. Almaklumlah blog tak glemer. Tsk. Time 'open to public', ngengada nak kunci. Time dah kunci banyak komplen pulak. Hoho.


Serasa mahu public kan semula blog ni. Bila ada feedback, barulah syiok kan. Tapi rasa macam tak ready je. Haih.


Berapa lama agaknya tempoh bertenang yang diperlukan ye?


Irma @ 23 Months

Sabtu lepas, genap Irma berusia 23 bulan.


Apa yang Irma suka buat sekarang ni?

  1. Suka mengajuk orang lain bercakap

    Ye. Suka sangat-sangat ajuk orang bercakap. Kalau Mama tengah bebelkan Abang Imran, Irma pun bebel sama.

    "Imran, takmo main kat situ. Licin. Nanti jatuh."

    "Abang Imban, nanak men itu. Anti atoh."

    Kalau tanya apa-apa kat dia pun, dia ulang balik apa yang Mama tanya.

    "Canntik baju Irma ni, kan?"

    "Antek, kan?"

    Teringat iklan McD yang Ako Mustapa berlakon tu.


  2. Suka nyanyi

    "Pish pish pish, __ anan akal..." --> Jangan Nakal by Alif

    "&*%$&%#.... ap ebev *^#&(..." --> Twinkle Twinkle Little Star

    Nyanyi tak kira masa. Kadang-kadang Mama dengan Abah kena dengar bebetul lagu apa yang anak dara ni nyanyikan. Kadang-kadang lagu Doraemon la, Barney la.


  3. Dah boleh baca doa tidur (sikit-sikit)

    "Bish mi aahh i ghah maaannn ii (ra)himmm... Awwa (hum)ma (bis)mita (ah)ya (wa) amuttt. Aminn..." *raup muka dengan tapak tangan*

    Yang dalam kurungan tu ayat Mama. Irma tukang sambung je.Pelat pulak tuh. Jadi la kan. Budak umur 2 tahun baca doa, what to expect kan? Sejukkk hati mama.


  4. Memilih baju

    Tak nak pakai baju ni. Nak baju tu. Hishhh mana boleh pakai baju tiger masa nak tidur nak oiii...


  5. Mekap

    Memang anak dara sejati. Padahal maknya jarang bebeno bermekap. Entah macamana dia boleh dapat lipstick Nenek, dia pakai. Kat bibir. Tak comot okeh. Macam pro. Haha.


    Tapi lepas tu dia pakai lipstick Nenek kat bulu kening, kat pipi (blusher lah konon)... entah ikut siapa la agaknya.

    Takde siapa dalam family saya yang gemar/pandai bermekap. Setakat pakai compact powder dan lipstick aje. Maybe dia pernah nampak dalam TV kot. Ataupun masa dia tengok-tengok katalog Avon Aunty Aya kott? Hihi.


  6. Merajuk

    Ini memang tak perlu nak cerita banyak. Sejak dulu lagi. Kuat sangat merajuk.

    Sabtu lepas masa dalam kereta, Irma duduk dengan Nenek kat depan. Irma ni memang tak reti duduk diam dalam kereta. Masa tu dia ketuk-ketuk mainan dia kat dashboard. Nenek pun ambik lah mainan dia tu.

    Terus dia tersentap.

    Lepas tu Nenek ingat dia tidur. Siap pejam mata kemain. Rupa-rupanya dia merajuk. Bukannya pejam mata, tapi dia pandang bawah. Muncung kemain sedepa.

    Lama Nenek pujuk. Tak jalan. Siap geletek, dia gelak tapi tak pandang Nenek. Pandang bawah je.

    Ikut perangai sape la kuat merajuk ni. *mama nya la*


Ok lah itu je lah kot yang sempat Mama senaraikan.


Keletah budak-budak masa umur-umur gini memang macam-macam kan.


Kenduri Kahwin & Birthday

Selamat pagi semua!!!!


Last weekend kami ke kenduri kahwin kawan lama saya. Kawan dari sekolah rendah dulu. Akhirnya kahwin jugak ko Sarah! Hehe.


Majlis kat Precint 14, Putrajaya. Mula-mula tu macam tak berapa yakin, eh, betul ke kat sini? Sebab area situ sunyi je. En Abah siap sound lagi, "Entah-entah awak salah tengok masa tak?" Hehe.


Tapi saya tak salah ok. Memang betul pun kat situ. Parking kat basement, dewan kat tingkat 2. Tu yang nampak macam takde orang je tu.


Tema adalah hitam, putih, merah. Sungguh gothic pada pandangan mataku. Tapi sungguh kelasss....


Imran & Irma seperti biasa tak boleh duduk diam, kecuali masa makan. Asyik nak berlari keliling meja makan. Bila saya atau En Abah nak amik makanan, diorang pun nak ikut sama. Haih penat mengejar. Nasib baik kawan saya, merangkap pengapit saya dulu, ada untuk layan anak-anak saya.


Bila pengantin datang, ramai yang amik gambar pengapit. Apa kes? Kesnya kerana si pengapit adalah Fara Fauzana. Fafau ok. Dan sungguhlah kecik kurus orangnya. En Abah dan komennya,

"Kenapa orang kata Fara Fauzana tu peha besar lah, gemok lah. Kecik je tengok. Apalah si Faizal (Ismail) ni selalu ejek dia."


Hahaha. 


Semalam (Ahad) kami ke kampung saya yang 'jauh sangat' tu. Sepupu buat birthday untuk anak bongsunya. Dah lama saya tak ke sana. Seronok jumpa sepupu-sepupu yang lain. Dan seronok tengok anak-anak sepupu yang makin membesar.


Dan semalam ada satu insiden yang membuatkan saya bangga dengan En Abah. Tak perlu cerita kat sini. Tapi, sungguh, En Abah, I'm very proud of you!


Friday, April 23

Tak Jadi

Nampaknya niat untuk berlari tak dapat diteruskan hujung minggu ini sebab dapat jemputan kahwin dari kawan masa sekolah rendah dulu.


Lain lain kali la ye, En Abah? :)


Thursday, April 22

Ingin Berlari

Teringin nak melarikan diri dari kesibukan kota agar tahap stress dapat dikurangkan. Ecewah ayat tak hengat!


Ingat nak spend hujung minggu ni ke kawasan pantai. Paling dekat PD lah kot. 


Boleh dak kawan-kawan bagi cadangan hotel/resort yang ok kat PD ni. Kalau boleh yang bajet lah kot. Janganlah disuggest Avillion dan yang sewaktu dengannya. Memang tak mampu ah kan (buat masa ini :P)


Tuesday, April 20

1 Mei Ini...

Teka ke mana kami (saya dan En Abah) akan pergi 1 Mei ini?


Yeyeahh!!! Rock bebeh!!! :P


Block

Hari tu block FB, sekarang FB Lite pun kena block jugak. Oh oh oh.




Monday, April 19

Thanks Fid!

Owh owh baru perasan ada award dari Fid. Mekasih ya!



Ok syaratnya...


Bagi ucapan terima kasih kepada siapa yang bagi award ni & postkan award ni dalam blog…. 
DONE!


Listkan tarikh lahir anak 1st dan seterusnya, letak sekali nama anak yang ke 2,3,4,…

Anak 1st
Muhammad Imran Danish 
5 Mei 2007
5.37 petang

Anak 2nd
Irma Adreanna
24 Mei 2008
12.44 pagi


Sila serahkan award kepada sape2 yang anda rasakan hot mama

Semuanya hot mama tau

1) eza
2) iszan
3) ealyie
4) MIO
5) saudah
6) me_czar
7) jannah
8) arnie
9) cikgu intan
10) KV
11) lailasani
12) CY
13) rizza

Bagaimana Melatih Naga Anda?

Jumaat lepas saya dan En Abah tengok cerita ini.





Ok ok memang dah agak basi lah and ada aku kesah? memang best giler!!! Well, untuk peminat kartun macam saya ni, ofkos akan kata best lah kan.


Tapi, suprisingly, En Abah yang ku paksa heret jugak masuk panggung yang sikit pun tak layan kartun ni, sangat-sangat suka tengok cerita ni. Sangat best uols!


Kisahnya pasal seorang budak Viking ni, Hiccup namanya, yang tak terer berlawan dengan dragon yang selalu menyerang kampung dia. Padahal Hiccup ni anak ketua kampung kat situ.
Dipendekkan cerita, dia berjaya secara senyap-senyap tangkap dragon spesis Night Fury - satu-satunya dragon yang tak pernah ditangkap orang kampungnya. Tapi time dia nak bunuh dragon tu dia tak sampai hati la pulak. So dia berkawan le dengan dragon tu. Siap diberi nama Toothless lagik.


Dipendekkan lagi cerita, akhirnya dek kerana persahabatan diorang ni, diorang berjaya menjernihkan keadaan huru-hara kampung Viking yang asyik diserang dragon ni.


Ceritanya memang best giler lah. But being me yang tak pandai bercerita ni, tak reti le ai nak cerita panjang-panjang kat sini. Better korang pi tengok atau sambar dvd pirate cerita ni sendiri. Recommended!!!




Kalau Diikutkan...

... hari ni arwah abang saya genap berusia 30 tahun. Dia meninggal masa kecik dulu. Seminggu selepas lahir. Saya tak sure pasal apa tapi kalau tak silap ada kaitan dengan paru-paru. 


Dulu-dulu, mak saya ada bawak saya ziarah kubur arwah abang. Masa tu saya dalam dua tahun gitu la....


Apa yang saya ingat, kuburnya sangat jauh ke dalam hutan. Entah hutan ke, atau kawasan perkuburan terbiar ke, lama ke, entah. Memorinya adalah blur gitu.


Yang saya ingat, masa menziarah tu, saya nampak abang saya. Saya nampak dia entah duduk ke berdiri tah, di atas kubur, melambai-lambai (kot) kat saya. Lepas tu saya bagitau mak saya pasal abang tu. Setakat tu je la memori saya.


Bila timbul isu Irma atau Imran nampak apa-apa yang pelik, mak saya pun cerita la balik pasal ni. Mak saya kata, saya beriya-iya cakap yang saya nampak abang. Huhu. 


Lagipun, sebelum tu (ke selepas kejadian ni ek? entah tak ingat), saya pernah terserempak dengan penunggu bilik kat rumah arwah nenek. Kata orang, itu penunggu pokok jambu sebelah bilik tu. Pak Usu saya pun pernah kena 'gigit' dengan benda tu kat peha dia.


Sampai sekarang saya boleh recall mukanya. Sebelah elok, sebelah tak elok. Berulat bagai. Yang peliknya masa nampak penunggu tu saya tak nangis pun. Saya just keluar bilik, tidur kat ruang tamu sesorang. And I was two at that time. Muahaha. Gila berani ah. Kalau sekarang? Sure menjerit satu kampung punya.


So, nampaknya, apa yang terjadi kat saya masa kecik-kecik dulu, jadi pulak kat anak-anak saya. Nasiblah. Anggaplah itu satu kelebihan, kan.


Kepada arwah abang saya, Mohd Hezri bin Mohd Zin, al-Fatihah. Semoga abang tenang di sana... amin....




Friday, April 16

Kepada Pengguna Jalan Raya Kajang - PJ/Shah Alam

Terowong bawah tanah depan Plaza Phoenix tu dah dibuka! Yay!!


Saya sendiri tak perasan bila dah start dibuka. Adik saya yang tanya pagi tadi, "akak lalu bawah ke semalam?"


Mula-mula blur ah. Bawah mana? Rupanya terowong depan Phoenix tu. So tak payah la bersesak-sesak berebut jalan dengan orang yang dari Alam Damai/Len Sen. Tapi lepas tu, jem sikit lah kat Connaught. Takde lah jem teruk macam biasa. Masih mampu meredah dengan hati yang senang :P


Yang penting, dapat sampai awal kat Metramac, dan tembus keluar ke NPE. Biasanya dapat masuk Metramac tu dalam pukul 7.20, keluar ke NPE dalam pukul 7.30 - 7.40 gitu. Itupun kalau saya *cough* lalu *cough* emergency lane *cough cough cough* :D


Kalau tak, cubalah bayangkan berapa lama saya tersangkut kat Metramac tu. Haih.


Hari ni, pukul 7.15 dah masuk NPE uols. Sangat happy! Jimat masa, jimat duit minyak mak. 7.50 dah selamat sampai ofis. Kalu dak, 8.15 pun dah kira awal sangat dah tu.


Happy Friday everybody! *tiba-tiba*


Thursday, April 15

Sangap

Makin hari makin takde idea yang nak dibebelkan kat dalam blog ni. Mungkin sebab adanya halangan-halangan tertentu yang buatkan mood berblogging tah ke mana.


Minggu ni mungkin pulang ke Seremban. Dah dua minggu tak ke sana. Mesti En Abah dah homesick :P


Banyak benda bermain dalam kepala saya sekarang ni. Serabut betul rasanya. Huhu. Untuk mengurangkan serabut, saya godek-godek folder dalam PC saya dan tengok gambar-gambar ni :)






















Punyalah sangap sampai tak koser nak letak watermark. Huhu.


Wednesday, April 14

Aku Masih Di Sini

Kereta rosak on the way En Abah nak jemput saya. Huhu. Apsal kereta W.aja banyak problem mehh?? Ada je tau.


Repair kereta = RM RM RM


Huwaaaa.... bertambah pening lah kepala makcik nih!!!


Monday, April 12

Sangat-Sangat

Saya berada dalam keadaan yang sangat-sangat tertekan saat ini. Jangan tanya kenapa. Hanya beberapa orang yang tahu sebabnya. (I think you know who you are, beb. Thanks sebab jadi tempat aku bebelkan semua benda.)


Sangat-sangat tensi.


Saya tak tahu apa akan jadi esok, lusa, tulat. Akan datang. Serius. Semuanya saya serahkan padaNya.


Saya mengalah untuk hari ini. Tak mampu nak berada di ofis lagi. Dah tak ada kekuatan. Saya pulang dulu ye.


Please doakan yang terbaik buat kami sekeluarga. Thanks :)


Misi Memenatkan Badan

Sabtu dan Ahad ialah misi memenatkan badan.


Kemas barang untuk persediaan mengosongkan rumah. Khamis ni Insyallah penyewa dah nak masuk. 


Punyalah banyak hadiah kahwin yang masih elok lagi dalam kotak. Ekeke. Hadiah yang paling banyak ialah pinggan mangkuk dan tea set. Sebab tu banyak lagi yang belum dibukak. Sebab takde keperluan nak guna kan. 


End up kami mempunyai hampir 20 kotak barang (termasuk hadiah kahwin) yang perlu diangkut. Plus tilam yang tebal gilos tu. Nasib baik laaa En Abah pinjam Hilux kawan dia. So, berbekalkan Hilux tu lah kitorang bawak segala barang-barang ke Seremban.


Ye, simpan barang-barang tu kat Seremban noks. Tak jadi nak sewa rumah. Nampaknya masih terus le duduk menumpang kasih kat Cheras.


Punyalah slow bawak Hilux tu. Siapa-siapa yang lalu highway Elite semalam, nampak ada Hilux hitam dok terkedek-kedek bersama tilam kat dalamnya, itu kitorang lah tu. Haha. Nasib baik tak hujan masa dalam perjalanan. Kalu dak, habis laa semua barang basah.


Ada banyak lagi barang yang belum diangkut keluar. So sepanjang minggu ni En Abah ambil cuti dan duduk kat rumah kemas barang. 


Pagi ni saya tersangatlah penat dan stress atas beberapa sebab sulit :P. Badan sakit-sakit serta sangat berat nak bukak mata. Hopefully boleh le survive kat ofis sepanjang hari ni :)


p/s: Ini ialah entri berjadual.


Oi Tetek Aku!!

Di satu malam semasa En Abah sedang bergurau senda dengan saya Imran...


En Abah sibuk geletek Imran sana sini satu badan. Imran pun membebel ah, "Oii geli lah! Geli! Geli!"


En Abag teruskan jugak geletek dia. Tiba-tiba Imran boleh cakap, "Oii gelilah!!! Oii tetek aku!!!"


Hahahaha. Sabo je la budak sorang ni. Terus En Abah tak jadi nak geletek dek gelihati dengan skrip Imran :)))


Friday, April 9

Ban Sayang Bapak!!!

Sabtu lepas dek kerana banyak aktiviti yang dibuat, sampai lupa pulak nak cerita keberangkatan SIL #3 ke luar negara. Hehe.


SIL #3 satu family akan duduk kat oversea selama 3 tahun. Husbandnya kerja kat sana. SIL #3 pulak terus berhenti kerja, ikut husband dia. Syoknya la hai. Rezeki masing-masing.


Flight nya pukul 12 malam. Biasalah kena masuk 2 jam awal kan. Kitorang ni nak menghantar le diorang kat KLIA. Bertolak dari Cheras lepas Isyak. Bajet kurang sejam sampai lah kat KLIA tu.


Siap singgah kedai ubat cina beli susu Imran lagik.


Sekali sampai lambat daa..... Lambat punya pasal, En Abah parking je kat depan pintu departure tu. Nasib lah. Dari tak dapat jumpa SIL #3 kan. 3 tahun tu lama wooo....


Masa kitorang berjalan nak masuk dalam tu dah perasan dah ada polis yang jaga. Tapi both polis and kitorang memasing buat donno je.


Fuh. Sempat jugak jumpa SIL #3. Masa jumpa family En Abah memasing dah sot set sot set dah menangis. Saya tak sempat nak feeling-feeling sebab sampai lambat bebeno kan. Sampai je, salam-salam amik gambar, terus le SIL #3 dan family kena masuk dalam. Huhu. Sedih je rasa. Siap sampaikan pesan yang dia tinggalkan satu beg baju anak dia untuk Irma. 


Lepas dah menghantar tu, Imran dok sibuk nak ikut sepupunya. So, kitorang bagi la dia ikut, karang before tol amik la dia balik.


Sampai kat kereta je, jeng jeng jeng......


Kena saman la, apa lagi!!!! Koser tau abang pulis ni saman dalam diam-diam. Hahaha. Dah la pinjam kereta mama saya. Haruslah kena settlekan saman cecepat kan.


Nak keluar dari KLIA tu ada pulak road block. Fuh nasib baik le pinjam kereta mama. Kalau naik kereta En Abah, memang sah-sah le kena saman. Dua kali saman di situ! *No worries now kereta En Abah dah renew roadtax dah :)*


Lepas tu tunggu SIL #2 kat tol. Nak ambik Imran balik. Masa En Abah ambik dia, dia nangis tak ingat punyaaa!!! Bila tanya SIL #2, dia cakap Imran nangis pastu dok sebut-sebut,

"Nak bapak. Ban sayang bapak!!!!"


Hoho. Dia ingat kitorang tinggalkan dia. Padahal dia yang beriya nak ikut sepupu dia tu. Sedih ada, kelakar pun ada. Hehe.


Saya terpikir la kenapa pulak Imran cakap gitu. Then baru teringat. Tengah hari tu masa kitorang on the way nak pi tengok En Abah main futsal, saya tanya Imran,

"Imran sayang bapak tak?" 

Geleng.

"Nape Imran tak sayang bapak? Emm... Kalau bapak gi kerja jauh-jauh, tak duduk dengan mama, tak duduk dengan Ban, Ban tak sedih ke?" 

"Tak."  Huhuhu.


FYI, semenjak dua menjak ni Imran memang tak mau rapat dengan En Abah, kecuali masa main-main Ultraman-lawan-raksasa atau main polis-polis, atau masa kat Seremban. Selebihnya, dia lebih senang dengan atuknya. Mungkin sebab atuknya yang jaga dia kot. Or mungkin juga sebab memang dia berada di dalam fasa 'memilih orang' kot.


So kadang-kadang En Abah terasa la jugak kan. Saya sendiri serba salah dibuatnya. Takkan nak paksa-paksa Imran rapat dengan bapaknya? Tapi kalau dibiarkan, takut Imran tak mahu langsung dengan En Abah nanti. Kan susah. Ke... saya yang terlebih concern ni?


Anyway, berbalik pada cerita tadi, tak sangka pula borak-borak ringan saya dengan Imran masa tengah hari tu terpahat dalam otak dan hati dia. Seriously saya tak sangka.


Kesian pulak tengok Imran masuk kereta sambil badan tersengguk sengguk menahan tangis. 


Salah saya ke? Salah ke cara saya? Atau betul ke cara saya tu untuk 'merapatkan' balik En Abah dengan Imran?


Huhuhu.

Happy Birthday, Mama!

Hari ni hari jadi mama saya yang ke-55. Malam tadi dah siap-siap beli kek dah. Nak suprise kat dia pukul 12 malam. Tapi saya pulak yang dah zzzz dulu. Ngantuk gila ah malam tadi! Nak bukak mata pun susah.


Anyway, kepada mama saya yang saya tau memang tak baca pun blog saya ni,


Happy 55th Birthday!
 

Semoga mama dipanjangkan umur dan happy selalu!!!


Thursday, April 8

Sedang Sibuk

mencari rumah yang sesuai dengan bajet untuk disewa.


Kalau ada terjumpa rumah sewa kat area Cheras (Batu 9) roger saya ok! Bajet adalah tidak melebihi RM600 sebulan.


Thanks!

Wednesday, April 7

Tag Dari Mast

Mast telah mengetag saya :)


 *Edited* Apa yang anda jenguk di internet hari-hari? - lebih kurang gitu le bunyiknya :)


Sampai je kat ofis sah-sah lah kena bukak email rasmi dulu. Kemudian barulah boleh berjimba-jimba.


Mula-mula kita buka blog sendiri dulu.



Sambil-sambil tu kita buka FB Lite. Tapi saya tak dapek pulak nak letak gambar kat sini sebab takleh login dari tadi. Apsal tah.


Lepas dah sibuk-sibuk baca status orang lain, saya jenguk ke sini pulak.





Dan ke sini.



 OK OK saya mengaku saya memang prefer baca paper picisan yang ringan-ringan berbanding paper perdana gitu. Hehe.


 Bila poket kering kontang hujung bulan, atau bila gaji masuk, saya ke sini :P




Cukuplah tu kot. Mari kita tag orang lain pulak:

1. fid
3. LV
4. eza


Dah Buat Ke?

Dah isi e-Filing?


Saya sedang dalam proses lah ni sambil-sambil update blog huahuahua.


Marilah kita menjalankan tanggungjawab sebagai rakyat Malaysia.


Tuesday, April 6

Imran @ 35 Months

Semalam.


Tapi sebab semalam meeting dari pagi sampai ke petang, maka tidak sempatlah nak menulis apa-apa.


Meh nak kopipes dari Babycenter 


Your 35-month-old 


Your 2-year-old seems more like a big kid every day. Bonks and bruises from daredevil tricycle stunts give her an air of experience. And the lies that trip off her tongue can seem all too grown-up. Rest assured: It's all a normal part of being 2. 

Baby steps to independence

Your 2-year-old now

Try not to take it personally if your preschooler has begun preferring one parent over another (and you're the odd man — or woman — out). She might decide one day that only Daddy can read the bedtime story, not Mom. --> So true. Imran takmo dengan En Abah. Kalau masa main takpe :)


Habit is sometimes the reason: If Mom has driven to the babysitter every day, there's a fuss when Dad does it. More obviously, a parent who's been away on a trip might be shunned. It's your child's way of saying, "I really, really missed you and didn't like it ... I'm afraid you'll do it again."


Know that these whims are temporary. If you're the one on the outs, don't take it personally. If you're on the ins, specify some activities that are done with the other parent so that you'll get an occasional break. Continue about your usual routines with your child and things will fall back to normal.


Whatever you do, don't try to win back your child's affection with special toys or relaxed rules. You'll only set a bad precedent and reward her behavior. Besides, the one thing she really wants (even when she's acting like she doesn't) is you.

  
Why preschoolers lie

For preschoolers, the line between fantasy and reality is blurry, which may explain their tendency to lie. Your child's intent isn't to deceive you. Rather, she wants to say what will make you happy — even if it isn't true. Make it less scary for her to tell the truth and you'll help her avoid fibbing. For example, if she denies drawing on the wall, calmly help her clean up and point out that crayons are for coloring books and paper. Counterintuitively, humor can be another useful response. Go along with the tall tale and embroider it yourself, and your child will probably catch on to the absurdity of her story.--> Imran kalau berak selalu takmo ngaku. Ngape heh? Dia takut mamanya marah ke? Tak pernah pulak haku marah kalo dia berak. Hmmm.... 


Two-year-olds' lies also sprout from their active imaginations. They come to believe certain things they've imagined really did happen: Maybe it was the dragon under the bed who messed up all those clothes all over the floor. --> adakah insiden nampak hantu tu pun termasuk dalam kes ni??? 


And sometimes what seems like a lie is sheer forgetfulness. You ask, "Did you put your finger in the frosting of that birthday cake?" and if it happened much earlier in a busy day, she just might not be sure whether she did it or her big brother did. 


The "ouch" years 

Most children master a tricycle between ages 2 and 3. It takes large-muscle power and coordination to manage this feat. Starting with a low-slung model made of plastic can help your child feel secure (it's less likely to tip) and get the hang of moving his legs. Then you can move up to a taller trike if you like. Your child won't have the necessary balance and coordination for a two-wheeler until closer to the elementary-school years (some kids can handle training wheels before that, but rarely before the late threes).--> Imran pun baru-baru je pandai kayuh basikal dia tu:)  


Safety tips: Realize that low-to-the-ground vehicles can't be seen easily by motorists backing up, so always supervise your little rider. The American Academy of Pediatrics recommends a child wear an approved safety bicycle helmet even in the preschooler years, and even when she's a passenger on your bike — it protects her brain as well as gets her in the helmet habit right from the start. 


His first collection 


Older preschoolers are as passionate about collecting things as adults. They may be trading in rocks instead of oil paintings, but the idea is the same. Developmentally, your preschooler is working hard to classify the world around him into groups and subgroups (mammals, cats, pet cats, white and yellow cats). Collecting suits this kind of mental function perfectly (big rocks, little rocks, white rocks, shiny rocks). Toy collections are fun, but a grown-up has to purchase them — your child can't do it himself. That's why so many starter collections tend to involve natural items (sticks, shells, feathers), because the child can be in control. 

Give your child a special place to store her collection, such as a box or shelf. Encourage her to talk with you about it, which helps her articulate what she's thinking. Ask, "Why did you pick that one?" and "Which are your favorites?"--> kumpul VCD Ultraman boleh dikira sebagai collection dak? Ngeee.... 


Tinggal sebulan je sebelum birthday Imran. Tahun ni cadangnya nak buat kecil-kecilan aje. Mungkin setakat beli kek dan hadiah, tiup lilin kat rumah Atuk nya aje.



Terima Kasih Jua, Ealyie dan Cik Laili

Terima award ini dari Jua, Ealyie dan CikLaili. Thanks babe! Ai tau ai memang cantek cuma ai ni size xxxxxl hahahaha.



Here are the rules to accept the award :
1. Thank & link the person that gave you the award. --> Done.
2. State 7 things about yourself. --> Done
  1. Ok saya tak tahu nak tulis apa. Hm. Ok ok. Saya teringin sangat nak kurus tapi saya suka makan. Hahaha.

  2. Saya teringin nak bercuti berdua-duaan dengan En Abah tapi saya tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak. Kadang-kadang takat pi kedai runcit atau 7 Eleven pun saya tak sampai hati nak tinggalkan diorang, lagi kan pulak kalau pi bercuti. Tapiii, saya teringinnnn... (ah diamlah ko!)

  3. Saya tak ada plan nak anak berapa ramai. Kalau boleh, seberapa ramai yang boleh. Tapi kenalah ikut kemampuan dari semua segi dan sudut. Karang anak berderet-deret tapi semuanya terabai tak ke naya.

  4. Masa kecik-kecik dulu saya pernah plan nak kahwin umur 20 tahun. Haha. Kecik-kecik lagik dah plan nak kahwin awal. Pape tah. Kononnya sebab takmo gap antara saya dan anak jauh sangat. Konon-konon nanti senang laa nak geng dengan anak-anak. Padahal sebenarnya diri sendiri yang kebudak-budakan dan nak jadi kanak-kanak sampai bila-bila.

  5. Saya pernah buat analisa tarikh lahir dan saya dikatakan mempunyai sangat banyak tanggungjawab, dan hidup dikelilingi dengan tekanan dari kiri kanan depan belakang. Betul ke?? Biarlah rahsia, bak kata Tok Ti.

  6. Masa saya sekolah jugak saya pernah berangan untuk bukak bisnes sendiri, yang mana masa tu, konsep kedai tu tak pernah wujud lagik kat Malaysia. Tapi, beberapa tahun lepas tu, masa saya kat U, dah mula wujud kedai gitu. Aiseh. Kalaulah masa sekolah dulu saya ada modalnya, agaknya sayalah pioneer bisnes tu. Ekekeke. Perahsan!

  7. Menurut analisa tarikh lahir tu jugak, kerjaya saya sekarang tak sesuai dengan tarikh lahir saya. Saya juga pernah terfikir yang saya ni macam ala-ala dah silap bidang kerja. Huhu. Patut ke mak cuba bidang lain? Tapi ai dah pilih opsyen pencen instead of EPF. Kena kerja sampai pencen lah dulu kan?

3. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic --> Done

15 orang rasanya tak cukup. Tapi nak buek camno dah itu yang dia suruh. Ikutkan ajelah.
  1. MIO
  2. Cikgu Intan
  3. anasfadilah
  4. Fara
  5. Jiey
  6. Izan
  7. QM
  8. Ealyie
  9. me_czar
  10. Umi Sufira
  11. Nana
  12. Azza
  13. Yaya
  14. puteri
  15. Watie
Ikutkan hati nak tag semua orang. Tapi, dah disuruh 15 je, buat je lah kan.
4. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award - mak pon tak larat nak contact sorang-sorang :P


Hujung Minggu Yang Sibuk

Bermula dari Jumaat lepas.


Lepas kerja En Abah kata ada orang nak tengok rumah. So bergegas le ke rumah untuk kemas-kemas sikit. Eceh. First impression lah konon.


Orang yang nak tengok rumah tu student. Mula-mula kata jadi. Pastu tak jadi pulak sebab ada geng dia yang takmo. So tak cukup orang.


Hari Sabtu En Abah main futsal kat Shah Alam. Pagi-pagi lagi dah keluar. Saya menyusul dengan anak-anak nak dekat tengah hari gitu. Cadangnya lepas habis game nak bawak budak-budak pi Akuarium sebelah tasik tu. Saja tengok ikan.


Tapi tunggu punya tunggu lama la pulak game En Abah nih. Bila sampai je turn En Abah nak menunjukkan bakat menjadi goalkeeper untuk pertama kalinya, hujan la pulak..... So terpaksa lah batalkan game dan pulang ke rumah. Kesian En Abah. Dari pagi menunggu peluang nak main futsal, sekali hujan daaa.... Itulah namanya takde rezeki.


Lepak-lepak kat rumah kami, Imran dengan Irma seronok bebenor. Ye lah, jumpa mainan lama diorang, jumpa CD lama. Macam-macam lah. Siap layan Kung Fu Panda lagi. Kensel nak pi Akuarium tu. Hujan lagipun.


Terus rasa ala-ala kompius dan serba-salah. Patut ke sewa kan rumah kami ni?? Kalau ikutkan hati memang takmo. Ye lah. Rumah sendiri kan. Tapi terpaksa. Better disewakan dari dibiarkan kosong. 


Ahad pulak, bawa En Abah ke klinik. Bahagian dalam dada En Abah membengkak sebab masa practice main bola hari tu dia terjatuh. Pastu dada pulak berlaga dengan kepala lutut orang. Sebelum ni dah pi klinik dah tapi ubat tak jalan. Makin sakit adalah.


So kali ni siap ber X-ray bagai. Syukur takde apa-apa. Ubat kali ni pun nampaknya ok. 


Lepas ke klinik En Abah ajak pi Jusco Cheras Selatan. Oh ye hari ni J-Card Day kat sana :) 


Bawak budak-budak makan McD. Lepas ke Jusco, pi Carrefour BTHO pulak. Dah janji dengan Imran nak belikan dia CD. Ingatkan dia lupa tapi masa dalam kereta dia mention pulak pasal CD tu. Huhu. CD kat Carrefour murah, hari tu ada promotion CD RM5 saje.


Biasanya kami letak budak-budak dalam troli shopping tu. Ini untuk mengelakkan anak-anak saya yang aktif tu berlari ke sana sini dan mamanya semput nak mengejar. So bila letak dalam troli tu takde lah diorang capai apa-apa kemudian diam-diam masukkan hasil capaian ke dalam troli. 


Pernah jadi okeh. Tau-tau kat cashier ada je la benda yang takde dalam senarai. Tetiba je ada mainan lah, syampu lah, tah bila-bila diorang amik. Haha.


So masa nak balik, kat parking lot tu, saya letak troli yang 'terisi' dengan Imran dan Irma kat belakang kereta. Saya ke tempat driver nak start enjin. Biasanya En Abah ada la kat sebelah troli tu. Entah kenapa kelmarin saya macam bengong-bengong, En Abah tak sampai lagi kat troli, saya dah tinggalkan budak-budak tu. 


Tengah start enjin, tetiba.... GEDEGANG!!!! Troli jatuh!!!!!!!!


Budak-budak kat dalam troli of kos jatuh sama. Rupa-rupanya tah macam mana troli tu 'hilang kawalan' dan tergolek. Agaknya Imran bersandar kot.


Apa lagi melalak la budak-budak tu. Saya tak habis-habis salahkan diri sendiri. Huhuhuhu. Dan kena marah teruk jugak dengan En Abah. Huhuhuhuhuhuhuhuhu.


Nasib baik takde apa yang luka. Diorang melalak sebab terkejut kot. Moral of the story, jangan sesekali assume ada orang akan sentiasa jaga anak kita, tak kiralah siapa pun orang tu. Sila jaga sendiri. 


Semalam pulak, lepas habis kerja ada 3 orang nak tengok rumah. Yang peliknya salah sorang tu kata, ada orang lain yang offer rumah kami tu, dengan sewa yang lebih rendah dari yang kami offer. Aik??? 


Rupa-rupanya ada orang amik kesempatan. Ejen lah siapa lagi. Suka-suka hati je bagitau student tu suruh datang, then siap kata sewanya murah dari yang kami nak. Eh eh. Lepas tu siap SMS En Abah, kata lepas budak-budak tu setuju nak rumah, bagitau dia and dia sediakan agreement. WTF?


Kitorang tak pernah suruh mana-mana ejen pun carikan orang. Kitorang yang advertise sendiri, siap letak banner kat depan rumah ok. Tetiba je dia pepandai nak buatkan agreement lah apa lah. Whatever lah dikk.... 


So, rasa-rasanya kami dah jumpa la kot penyewanya. Insyaallah. Kalau takde aral, tengah bulan ni rumah kami akan mula diduduki. Sob sob. Sedih la pulak. Tapi, kenalah tabahkan hati.


Hopefully penyewa ni ok lah perangainya. Janganlah dapat jenis yang bawak balik perempuan, atau yang menganggu ketenteraman jiran, atau yang buat benda yang menyalahi undang-undang. Amin...



Friday, April 2

Al-Fatihah Buat Din Beramboi

Walaupun saya bukanlah peminat Din Beramboi, tapi kadang-kadang seronok tengok dia kat dalam Raja Lawak tuh.


Arwah meninggal dunia pukul 12.30 malam tadi. Rujuk sini.


Al-Fatihah untuk arwah dan takziah untuk keluarga beliau.


Thursday, April 1

Bedak dan Toddlers...

... tidak dapat dipisahkan. At least untuk Irma lah.


Selasa lepas, tengah dok sibuk membasuh pinggan kat dapur. En Abah pulak sibuk 'fogging' kat luar (lepas ni sila jangan fogging ye En Abah as dikhuatiri ada sel darah babi dalam bahan itu). Imran dengan Irma kat atas dengan aunty-aunty nya. So ruang tamu tu senyap aje lah.


Selesai basuh pinggan pergi le ke depan. Eh Irma ada kat depan (ruang tamu) rupanya. Tapi apasal senyappp je???


Rupa-rupanya dia ada projek daaa....




Sila abaikan patung 'Mimi' dan Tiger kat belakang tu.


Dah serupa macam hantu ju-on je aku nengok


Cantik tak Irma?

Mentang-mentang le dah boleh capai barang atas cabinet. Lepas ni kena letak bedak kat tempat tinggi sikit la kot.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!