Monday, May 31

Projek Baru

Saya dan En Abah tengah buat ada projek baru. Masih dalam progress lagi.


Insyaallah bila projek ni betul-betul menjadi, akan saya war-war kan. Eceh ayat.


Cuma, saya harap kawan-kawan dapat doakan projek ni berjaya, ye? :))


Nak? Nak Ke?

Seperti kanak-kanak lain (ke anak saya sorang je?), Imran memang kuattt sangat berpeluh. Lari sana sini sikit, berpeluh-peluh. Especially kepala. 


Tuala memang sentiasa ready je. Bila dia berpeluh, lap lah kepala, muka dia. 


Ada sekali tu, Aunty Baya tegur Imran,

"Hisyyy Imran ni. Berpoloh-poloh!" --> Poloh-poloh ialah sebutan Imran. Aunty Baya saja je tiru :P


Lepas tu, dengan selamba dia hulur kepala dia yang basah-basah dengan peluh tu dan cakap,

"Nak?"


And I was like, hoh? Apakah anak aku ni? Selamba tak hengat. Lepas tu terus saya gelak. Hahahahahaha.


Benda yang sama jugak kalau dia berak. Oh anak saya masih pakai diaper. Entah bila nak potty train saya pun dah tak tau dah. Asyik terlepas je. Tak larat ayah saya nak pantau. Kesian pulak ayah saya. So biar je lah dulu, boleh? Hehe.


So bila dia dah berak tu, bau nya Subhanallah Tuhan aje lah yang tahu kan. Bila ada orang tegur dia,

"Imran berak ehhh???"


Terus dia tunjuk bon bon dia then cakap,

"Nak ke???"


Hampes betul. Wakakakakaka.


1, 2, 3

Cuti hujung minggu yang panjang kali ni sungguh memenatkan badan saya. Saya pun tak tahu kenapa sejak akhir-akhir ni badan cepat sangat rasa sakit-sakit. Buat kerja sikit, sakit. Berjalan sikit, sakit. Rasa macam... tubuh badan ni dah nak expired. Boleh??


Penat I

Jumaat lepas En Abah ajak kami anak-beranak ke Petrosains. Lepas solat Jumaat kitorang pun gerak naik lrt dari Kerinci ke KLCC. Sampai je kat Petrosains, En Abah pun beli tiket. RM12 untuk dewasa. Free untuk kanak-kanak bawah 4 tahun. Dan, kitorang berjaya mendapatkan tiket terakhir. Fuh. Kalaulah lambat beberapa minit, memang melepas laa...


Anak-anak adalah sangat excited, especially masa Dark Ride tu. Lepas tu masa tengok dinosaur si anak dara adalah sangat takut sampai menangis-nangis masa nak amik gambar. Sudahnya tak jadi la amik gambar. Huhu.


Masa helicopter simulator tu pulak, Irma tak dapat naik sebab tak cukup tinggi. So Imran dengan En Abah je la yang masuk. Saya dengan Irma tunggu kat luar. Nasib baik ada area untuk budak-budak kat sebelah helicopter simulator tu so boleh lekakan Irma main. Kalau tak, haru jugak kalau dia nak ikut.


All in all, memang seronok lah bawak budak-budak ke sini, walaupun diorang kecik lagi tapi saja En Abah dan saya nak dedahkan diorang kat benda-benda yang boleh menarik minat diorang. Ye lah, anak-anak saya ni asyik duduk rumah aje. Kalau berjalan pun takat ke Carrefour atau Jusco je. So bila bawak diorang ke tempat-tempat gini memang seronok sangatlah diorang.


Yang penatnya mamanya ni lah. Haha. Asyik mengejar Irma dengan Imran. Imran boleh tahan lagi. Irma ni lari macam lipas kudung. Mentang-mentang le dia ringan, lajuuu je dia lari. Bukan tau nak takut orang pulak tu. Main belasahhh je berjalan tah mana-mana. Kalau tak diperhatikan kejap je dah hilang depan mata. Bahaya betul.


Lepas tu kepenatan, Irma tertidur sepanjang perjalanan, sampai rumah, bawak ke malam. Tu lah, berlari sana sini. Kan dah penat. Hihi.


Penat II

Esoknya (Sabtu), pagi-pagi lagi En Abah dah ajak balik Seremban. Saya yang dah agak dah rancangan En Abah (eceh) memang dah pack baju anak-anak malam tu. So pagi tu pack baju laki dengan baju sendiri aje lah.


Sampai Seremban lepas breakfast En Abah ajak pi Ulu Bendul. Aik En Abah ni dia tak penat2 ke ek? Confuse mak tau. Tapi saya ikutkan aje lah walau mulut membebel-bebel jugak. Hahaha.


En Abah punyalah excited nak pi Ulu Bendul sampai terlupa nak bawak tikar. Benda paling basic okeh. Sudahnya terpaksa la mak letak punggung montoks mak nih atas batu. Haih. Cramp bon bon ai tau!


Anak teruna saya sepanjang berada di Ulu Bendul boleh la disimpulkan gini:

Imran + sepupu sepapat + air sungai = Excited sampai tak mau balik


Irma pulak mandi kejap-kejap aje. Anak dara yang sorang ni bukannya main air. Dia main pasir. Lepas tu campak-campak pasir kena rambut dia. Jenuh nak hilangkan pasir tu.


En Abah pulak, hmm... lelaki dan bbq. Kenapa lelaki dan bbq ni macam tak boleh dipisahkan ha? Macam... 'it's a guy thing'  lah konon kan? Betul tak? Hehe.


Hari ni penat takde lah sangat cuma rasa lenguh pinggang sebab anak dara ni asyik nak melekat aje. Asyik la 'nak dok (duduk) mama', 'nak atom (dukung) mama'. Tak mo berenggang langsung.


Penat III

Ahad. Ada dua jemputan kenduri. Satu kat Klang, satu kat Sekinchan. Dan kitorang kat Seremban. Dan saya bangun lambat. Almaklum dalam sesi lawatan kawan baik kan.


Dan yang paling best, lupa bawak sekali kad jemputan. Maka takde map. Idea En Abah ialah call mak saya, minta alamat pengantin dan serahkan kepada google map. Tapi lepas berjaya dapat alamat, internet pulak takde. Yilek. Padahal malam tadi ok je. So, macamana nak pi ni?


Tengok alamat kat Klang, saya rasa saya macam tau tempat ni. Klang kan tempat saya bermain selama tiga tahun. Eceh. Bajet tau sangat lah konon. So, yang nak ke Sekinchan pulak, kitorang pasrah je karang. Haha.


Itu ini itu ini, pukul 1 lebih kitorang sampai Klang. Hm nampaknya macam tak sempat je nak pi Sekinchan. Perjalanan dalam 2 jam kot. Tu pun kalau tak sesat. Dah la takde map kan. Kerja gila ke apa. So sudahnya terpaksa la lupakan. Huhu. Ampun ye Hani.


Petangnya kitorang sampai Cheras. Saya dah flat dah. Sakit pinggang satu macam. Lepas tu sekali dengan pakej migrain. Saya pun tak tahu lah kenapa akhir-akhir ni sakit pinggang dengan migrain senang sangat menyerang. Sakit pinggang la especially.


Kalau lah ada orang tolong urutkan pinggang saya ni kan ke best. *Hint untuk En Abah :P*

Thursday, May 27

Jangan Malas!

Sedang dalam misi mencari charger untuk camera kami yang dah selamat jadi discontinue product tu. Ekeke.


Dulu pernah la ikut En Abah ke Lo.w Ya.t untuk cari charger ni. Tapi kata orang tu, Ni.kon tak jual charger separately. Maka aku dengan lurusnya terima aje lah apa yang dia cakap. Dia kata ada charger klon punya. Harga boleh tahan RM70 okeh. Disebabkan masa tu desperate nak guna kamera maka beli lah jugak charger cap ayam tu.


Kitorang siap beli bateri baru lagi sebab bateri lama dah dirosakkan oleh charger yang dah rosak tu. Harga bateri RM150. Fuh. Berpeluh masa bayar tu weh!


Balik rumah dengan excitednya charge bateri baru guna charger baru. Tapi alangkah sedihnya. Dek kerana charger cap ayam, maka rosaklah both bateri dan charger baru tu. Huhuhu. Jumlah kerugian adalah RM220. *Nanges*


Tadi aku tanya En Google, rupanya ada je jual charger original. Harga RM98 je. Tak jauh beza pun dari yang cap ayam. Arghh tensi tensi. Sangat tensi sebab percaya sangat dengan peniaga bengong yang tipu aku dan En Abah.


Dan sangat tensi jugak dengan diri sendiri sebab senang benor tertipu. Oh dan bangangnya la aku sebab pi Lo.w Ya.t tanpa membuat research kat Google. Kalau tak, takde la terlebur RM220 tu. Boleh beli stok susu setengah bulan untuk anak-anak aku tau!


Kesimpulannya, sekarang info sudah di hujung jari. Sila jangan malas mencari maklumat!





Happy Anniversary, En Abah!

Aku dan En Abah mempunyai banyak tarikh-tarikh anniversary. Erm, takdelah banyak mana. 3 tarikh je. Bunyik macam menyampah kan? Pehal minah ni sambut sampai 3 anniversary? Kehkehkeh.


Salah satu tarikh anniversary nya jatuh pada hari ini. Kisah 11 tahun yang lepas. Err... patut ke nak cerita kat semua? Tak payah la kot kan. Kang ada yang muntah la pulak. Haha.


Tapi biasanya kami takde la sambut anniversary. Sekadar wish aje. Tang bagi-bagi hadiah pun takde dalam senarai. Bukan budaya dalam hidup kitorang kot. Tapi tengoklah kot aku rajin pulak nak jalan-jalan cari hadiah karang kan. Atau jalan-jalan cari makan ke malam karang, atau esok. Banyak nya la 'atau'.


So, to En Abah sayang, Happy 11th Anniversary! I love you so much! (Sila jangan muntah ijo ye kawan-kawan)






Wednesday, May 26

Kawan Baik

datang menjenguk setelah seminggu lebih lambat berbanding bulan-bulan lepas. Agaknya sebab itu ke aku ni sampai migrain, demam-demam?


Kata En Abah, bukannya demam sebab kawan nak datang, tapi demam sebab kawan tak datang-datang. Nampak tak bezanya di situ? Kalau tak nampak, buat-buat nampak aje lah. Hehehe.


Hari ni adik ipar aku konvo. So masa lunch hour tadi aku keluar sekali dengan the whole family. Lunch sesama. Sekali sekala makan kat tempat mahal ni, best jugak. Boleh berangan jadi orang kaya jap. Tak gitu? :P


Ok lah. Perut rasa tak sedap. Nak merapu panjang-panjang pun jadi tak reti. Sebagai penutup entri hari ini, aku nak ajak kawan-kawan jenguk sini - 10 Amazing Little Heroes.


Till then, tata!


Nota ZZ: Dah lama tak nampak Tata. Sudah menyepikan diri atau tukar alamat rumahkah?



Tuesday, May 25

Masihkah Kau Ingat???

pada entri ini?


Apa sudahnya kisah soap opera kita ye, kawan-kawan? Hehehe. Bila baca balik memang merapu sungguh la. 


Aku dah lost track ke mana akhirnya soap opera Sofea Jun tuh. Ada sesiapa yang tahu apa endingnya? :)


Guess What??

Blog LV telah 'selamat' di block tempat kerja saya. Society and Lifestyles categories katanya.


Apakah?


Maka tidak dapek le saya masuk ke blog LV yang vadevas itu. Huhuhu. Sedih tau!


Happy Belated Birthday, Irma Adreanna!

Malam Ahad, tepat pukul 12.44 pagi, maka genaplah Irma berusia 2 tahun. Mama tak sempat nak wish kat blog sebab mama tak sihat. 


Semoga anak dara mama ni akan jadi anak yang solehah, mendengar kata, bijak pandai, sihat walafiat dan segala yang baik-baik lah :)


Happy Birthday, sayang...


Migrain dan Konvo

Semalam aku cuti. Migrain dari Ahad malam sampai la ke malam tadi. Pastu berpeluh sakan. Pagi ni aku menggigil-gigil macam hape. Tapi aku gagahkan jugak le ke ofis. Nak ke klinik adalah tak koser sebab sekarang tengah konvo. Sure susah nak cari parking karang.


One thing yang aku tak berapa berkenan tentang orang yang nak berkonvo ni. Kenapa lah diorang ni nak jugak parking kat tempat yang diorang tak sepatutnya parking? Kan ke dah disediakan parking yang luas, bas yang hantar diorang dan parents betul-betul kat pintu dewan. Pastu siap berjemput balik ke tempat parking.


Kenapa nakkkk jugak parking kat parking bertingkat yang khas untuk staf ni? Kadang-kadang kesian aku tengok makcik pakcik yang dah berumur 60 tahun ke atas terpaksa naik turun tangga yang dah serupa macam tangga Ba.tu Ca.ves ni, semata-mata si anak nak parking dekat dengan dewan. Tak sampai hati aku. Aku nengok anak-anak nya dah kat depan, mak ayah nya jalan slow-slow kat belakang. Kalau dipimpin mak ayahnya takpe la jugak kan. Hmmm.


Tapi cakap je orang aku nih. Dulu masa aku habis degree aku pun buat gitu jugak. Kesian mak ayah aku berpeluh-peluh berjalan naik turun bukit. Huhu. Tapi masa grad untuk profesional, aku dah pandai sikit :P Maka aku parking le kat padang kawad tu. Mak ayah aku pun suka hati sebab best je naik bas aircond, jejak tanah terus jumpa dewan. Tak yah susah-susah naik turun bukit.


So kepada pembaca blog aku yang ada sedara mara yang bakal berkonvo kat tempat kerja aku ni, silalah nasihatkan diorang ikut je kat mana pihak keselamatan suruh diorang parking. Dalam surat dah bagitau dah semua tu. Jangan le nyusahkan mak bapak. Kesian diorang. 


Saturday, May 22

Live From Seremban

Setelah beberapa hari menyepikan diri, hari ni aku bersiaran secara langsung dari Seremban. Khamis & Jumaat memang tak jenguk ofis langsung. Aku melepek melepakkan diri kat bengkel anjuran ofis aku sendiri.


Kan hari tu aku kata sepatutnya ada kursus mekap free tu kan? Sudahnya make up artist tu tak jadi datang. Huhu. Kensel. Tapi mungkin akan ditangguh ke minggu depan, Insyaallah.




Wednesday, May 19

SExcited

Masih berkursus hari ni. Sambung yang semalam punya. Kalau ikut apa yang penceramah tu kata, hari ni dia jemput sorang make-up artist untuk ajar cara-cara mekap dengan betul. 


Wahh aku adalah sangat excited uols! Maklumle kan buta mekap. Pastu dapat attend bengkel gini free free aje. Oh my company, I lap yuh!


Semalam dapat email dari bos. Nampaknya bukan takat Khamis je aku takde kat ofis. Jumaat ni ada bengkel lah pulak. Maka sesi membalas komen serta mengupdate blog adalah pada kadar minimum kekdahnya.


Tuesday, May 18

Happy

Ramai sepupu sepapat aku yang datang masa birthday Imran & Irma hari tu. Seronok betul. Dua kazen aku ni datang dengan baby masing-masing yang baru 9 & 4 bulan. Dua-dua ni bukan anak pertama.


Tapi, part yang paling best ialah bila semua sepupu aku ni bf kan anak diorang. Syok betul. Dulu diorang tak tahu pasal susu ibu ni. Aku la yang dok promote secara tak langsung kat diorang masa bf kan Irma. Alhamdulillah dua-dua terbuka hati nak bf. Aku rasa seronok sangat!


Semoga diorang tabah dalam perjalan penyusuan diorang. Hopefully dapat tamatkan tempoh sekurang-kurangnya 2 tahun. Bukan macam aku. Amin.


Semalam dan Hari Ini

Semalam kursus pengurusan konflik & perundingan berkesan. Banyak konflik aku ni, jangan tak tau. Hahaha.


Hari ni kursus penampilan imej/diri. Ye lah, mak pun nak jadi voks jugak kan! Kursus ni dua hari. Sampai esok. Lepas ni mak akan transform menjadi lebih voks dan ayu gitu. Jangan jealous. Hahaha.


Ok lah. i see you when i see you. Tata.


Monday, May 17

Perhatian! Perhatian!

Kepada semua pembaca blog ini...


Bila aku baca entri KNV yang voks itu, aku pun tertanya-tanya adakah blog aku ni salah satu daripada blog yang dimaksudkan???


Sesiapa antara kawan-kawan rasa blog aku ni berat seberat tuan punya blog nak loading, sila ketuk keyboard!!! Sila mengaku okeh supaya aku boleh menambah baik blog aku yang mempunyai gajah yang comel tak seberapa ni.


Thanks!


Sambutan Birthday Imran & Irma

Maka Sabtu lepas berlangsunglah sambutan belated birthday Imran & advanced birthday Irma. Ramai gak sedara-mara aku yang datang.


Final menu ialah nasi lemak, sambal ikan bilis + petai, sambal sotong, rendang kerang, macaroni soup, choc moist cake, kuih muih - karipap, seri muka, cucur badak, dan of kos kek birthday.


Huargh. Nak cerita panjang-panjang maa adalah mengantuk. Maka sambung esok ajelah ye. Tu pun kalau sempatlah. Mak ada kursus esok, noks.


Good night!

P/s: Ini adalah entri berjadual


Hello!

Morning everybody!


Hari ni aku adalah orang kedua sampai ke ofis, which is jaaarang berlaku lah kat aku ni kan. Biasanya orang second last yang sampai. Hahaha.


Hari ni lepas Subuh terus keluar rumah. Hantar En Abah ke komuter BTS. Terpaksa hantar awal sebab laluan ke komuter bukanlah laluan perjalanan aku. Lepas tu konon-konon nak lalu federal sebab nak jimat tol NPE. Sudahnya jem jugak kat federal. 


Jem bukan sebab apa tau. Sebab kat laluan motor tu ada la divider jalan yang tergolek senget menyembah bumi kat laluan motor. So jem lah kan kat laluan motor tu. Tapi yang kelakarnya laluan kereta pun jem jugak sebab orang yang bawak kereta sibuk nak tengok divider yang bengkok tu. Termasuklah aku. Ceh. Pastu rasa tertipu, "Laaa ingatkan eksiden, rupanya divider yang eksiden." Ekekeke.


Elok je lepas kes divider tergolek tu, terus smooth je perjalanan ke Shah Alam. 


Hari ni aku ada kursus sepanjang hari. Kang kalau sempat balik ofis masa lunch hour kang, boleh le nak hapdet ke, nak menziarah blog kengkawan ke ok.


Till then, Happy Monday!


Aku yang mengantuk tapi buat² tak ngantuk,

Saturday, May 15

Apa Menu Anda


... ketika menganjurkan majlis hari jadi anak?


Untuk birthday anak-anak aku kali ni mak aku masak nasi lemak sambal sotong. Dan roti arab cicah kari. Or mungkin bamia (ejaan?) yang dimakan dengan roti. 


Apakah bamia?


Aku sendiri tak tau asal-usul makanan ni. Dan entah siapa yang kenalkan menu ni dalam family aku. Mak sedara aku kot. Bamia ni macam ala-ala sup tomato, tapi dia cair dan ada daging. Ni apa yang family aku masak lah. Tak tau lah kot resepi asalnya lain ke apa kan.


Kalau dalam family aku bamia ni makan cicah dengan roti. Atau hirup macam tu je. 


Pernah sekali tu family aku buat kenduri doa selamat. Mak aku masak bamia ni. Mihun goreng pun ada. Pastu jemput le jiran-jiran dengan orang surau.


Bamia tu dah disusun elok sebelah roti.


Sekali bila time makan, jiran-jiran aku ni makan bamia tu dengan mihun goreng. Alamak! Tau lah kan, mihun goreng ala-ala pedas, bamia tu pulak masam-masam. So gabungannya sungguh tak serasi. Agaknya mesti jiran-jiran aku kata, tak sedap nya lah menu mak aku. Hahahaha.


Tak kisah la tu kan. Mungkin orang ingat mak aku masak mihun bandung ke apa kot.


So, apa menu korang masa sambut birthday anak?





Friday, May 14

Ayoyo!

Macam-macam keyword pelik bila jenguk kat nanang kan?


Dulu antara keyword pelik ialah 'aku entot mama dari belakang'. Hoh.


Ni hari ni punya keyword ialah....


Kenduri tetek.


Apakah?


Aku nak tergelak pun ye, sakit hati pun ye.


Ok, aku malas nak printscreen, edit, letak watermark gambar tu. So, percayakan aje lah apa yang aku cakap ni ye. Malas nak letak bahan bukti.


Antara keyword lain ialah 'bedung puting'. Ni aku tak pasti orang nak cari bedung untuk baby dia, atau bedung untuk breast dia sendiri. Kot dia nak sorokkan breast dia ke? Atau ini hasil carian budak pengkid? Hoho. Macam-macam.


Cuti-Cuti Malaysia Di Rumah


*Sila baca dengan intonasi kanak-kanak umur 7 tahun yang sedang membaca di depan cikgu.*

Hari ini saya cuti.

Ini ialah entri berjadual saya. Entri ini berjadual kerana saya tidak mempunyai internet access di rumah. Kasihan saya.

Hari ini ada aktiviti anjuran jabatan saya. Malangnya saya tidak dapat ikut serta, sebab saya cuti.

Walaubagaimanapun, saya tetap mempunyai aktiviti sendiri di rumah, iaitu mengemas rumah. Itu pun kalau saya tak bangun lambat :P Saya begitu beriya-iya mengemas rumah kerana esok rumah saya mempunyai raaaamai tetamu. 

Kemungkinan besar semasa anda membaca entri ini, saya sedang sibuk menyinsing lengan mengemas rumah. Kemungkinan juga saya sedang bergolek tidur di atas katil :P

Selepas mengemas rumah, saya akan berjalan-jalan mencari kek birthday anak-anak saya. Atau kebarangkalian yang lain ialah saya akan terus-terusan mengemas rumah sehingga malam *poyo*

Sekian sahaja entri berjadual saya. Kepada kawan-kawan, selamat bekerja di pejabat :P


Thursday, May 13

Ada Ke Takde Ni?

Aku tak pasti la pasal benda ni tapi kenapa aku macam dah lama giler tak nampak banner Nanang kat blog aku ni eh? Bukan yang ads unit tu.Yang tu sejak aku kunci blog aku memang jaaarang ada lah. Ni yang secoet bila takde apa-apa iklan tu, macam kat gambar bawah ni:




Ke aku sorang je yang tak nampak? Korang nampak tak benda-benda ads unit Nanang kat blog aku nih? Kalau ada sila bagitau ye.


Wednesday, May 12

Oh Yeah!

Sekali lagi aku tukar cat rumah nih. Alaa cat free kan. Hahaha.


So, apa komen? Ok kah? Tulisan kecik sangat ke, susah nak baca ke apa ke... silalah komen dengan jujur. Aku terima apa juga komen mahupun kutukan. Hehe.


Aku dah try tengok guna IE. Hmmm nampaknya tang bloglist yang kat sidebar belah kiri ni still ada strikethrough tu. Cis. Takpe takpe. Karang aku godek2 le lagi kalau rajin.


Oh ye, gajah comel berwarna biru itu mewakili aku ye. Aku kan besar macam anak gajah. Besar tapi comel. Itulah aku. Hahaha.


Oklah. Sila jangan segan-segan bagi komen ek. Tengs.


UPDATE:

Dah berjaya menyingkirkan strikethrough itu. Yay! Akhirnya kini pasti ku merasai cinta abadi berjaya jugak!

Oh ye (lagi), font yang aku gunakan untuk Blog Title, tarikh dan sidebar sebenarnya guna font 'Girls are Weird', mungkin kat sesetengah pc tak keluar font tu kot. Oleh itu kalau nak nampak blog aku ini ikut mata aku, silalah download font 'Girls are Weird' tu :)

Tuesday, May 11

Sabtu Ini dan Berita Terkini

Sabtu ni akan ada sambutan belated birthday Imran dan advanced birthday Irma.


Kalau ikutkan aku nak sambut birthday ni secara kecil-kecilan je. Sekadar berkumpul adik-beradik, mak ayah aku, potong kek, udah. Tapi mak ayah aku nak buat kenduri doa selamat bagai. Panggil sedara-mara. Mak aku sampai pening-pening kepala nak masak apa.


Tak kisahlah. Layan kan aje. Dah orang nak sponsor, kan :P


Maka Jumaat ini cutilah aku untuk mengemas rumah. Hoho. *Terima kasih En Bos sebab luluskan cuti saya.*


Hadiah untuk anak-anak masih belum difikirkan lagi. Haih. Ni la dia kalau anak-anak lahir dalam bulan yang sama. Kopak poket aku ni nak beli hadiah. Harap-harapnya projek no 3 nanti lahir bulan lain la pulak kot. Kena rancang nih. En Abah nak pilih bulan berapa, En Abah? Eh tapi kalau lahir bulan yang sama, jimat duit nak buat birthday party, ye dak? Haha. Apa la aku melalut nih.


Next week, atau next two weeks, buat birthday budak-budak ni lagi. Kali ni edisi Seremban. Hehe. Kenalah adil kan. 


Oh ye, latest news pasal kereta aku - En Abah kata tengah hari tadi ada lagi dua ekor cikli tergolek dog dalam kereta. Mangsa dijumpai berhampiran dengan ubat gegat serai wangi. Kematian disahkan berpunca daripada ubat gegat itu sendiri.


Ubat gegat serai wangi itu mungkin menggunakan modus operandi dengan mengumpan cikli datang ke arah ubat gegat, makan ubat gegat itu lalu mengalami sesak nafas, kekejangan dan seterusnya kiok. Terima kasih diucapkan kepada ubat gegat serai wangi yang berharga RM3 sebungkus itu. 


"Ubat gegat serai wangi boleh didapati di pasaraya-pasaraya besar berhampiran rumah anda." --> iklan hari ini.


Sekian berita mengarut tapi benar bukan cobaan dari saya :P


Aku yang sedang weng kesejukan di dalam ofis sebab hujan di luar sana,

Golongan ibu mengeluh tiada ruang susu anak

Sumber dari sini.


SERDANG: Kementerian Kesihatan sering menerima keluhan golongan ibu yang mengadu mereka tidak disediakan ruang atau waktu fleksibel oleh majikan masing-masing untuk memerah susu badan bagi tujuan menyusu anak mereka.


Timbalan Kementerian Kesihatan, Datuk Rosnah Shirlin Abdul Rashid Shirlin, berkata akibatnya ibu terbabit menjadi kurang bersemangat, tertekan hingga menyebabkan mereka gagal menjalankan tanggungjawab untuk menyusu anak dengan susu badan.


Sehubungan itu, beliau meminta majikan terutama syarikat swasta untuk lebih memahami keadaan pekerja mereka yang terdiri daripada golongan ibu dengan menyediakan ruang kondusif bagi memudahkan kakitangan wanita yang mempunyai anak kecil memerah dan menyimpan susu badan.


“Majikan perlu beri sokongan dengan menyediakan ruang sesuai untuk tujuan memerah susu atau sekurang-kurangnya menyediakan sebuah peti sejuk supaya pekerja mereka boleh menyimpan susu yang diperah sebelum dibawa pulang untuk anak masing-masing,” katanya.


“Situasi ketika ini majikan tidak prihatin, tidak beri sokongan, malah ada yang yang tidak beri kelonggaran pun kepada pekerja mereka untuk meluangkan masa bagi tujuan memerah susu,” katanya pada sidang media selepas merasmikan majlis prapelancaran Persidangan Laktasi Susuibu.com Antarabangsa 2010,” di sini, semalam.


Turut hadir, Ketua Pengarah Eksekutif Nurturing Concepts Sdn Bhd, Rita Rahayu dan Pengurus Projek Rakan Kaunselor Penyusuan Ibu Malaysia, Nor Kamariah Mohamad Alwi.


Rosnah Shirlin berkata, penyusuan susu ibu secara eksklusif sekurang-kurangnya enam bulan sangat penting dalam melahirkan generasi baru yang sihat dan menjalani tumbesaran sempurna.


Selain itu, beliau menyarankan supaya semua pusat beli-belah di negara ini menyediakan kemudahan bilik menyusu bayi dalam menyahut seruan kerajaan bagi menggalakkan dan memberi sokongan padu kepada ibu untuk menyusukan bayi mereka secara eksklusif.


“Kementerian juga melalui klinik kerajaan sering memberi motivasi kepada golongan ibu untuk memberi susu badan kepada bayi mereka dan kami galakkan pakar kesihatan, persatuan dan kumpulan sokongan untuk terus memberi galakan sama,” katanya.


Beliau berkata, usaha itu dipandang serius memandangkan menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), seramai 40,000 kanak-kanak mati setiap hari akibat kekurangan zat makanan manakala 25 peratus lagi mati sebelum mencapai usia lima tahun di negara membangun.


Katanya, data juga menunjukkan risiko kematian bertambah bagi bayi yang tidak menyusu badan ibu dalam masa tiga hingga empat bulan pertama kelahirannya selain di Barat dan Amerika Syarikat, Sindrom Kematian Bayi Secara Tiba-Tiba (SIDS) berlaku di kalangan bayi yang menyusu botol.


Persidangan Laktasi Susuibu.com Antarabangsa 2010 yang dianjurkan Nurturing Concepts Sdn Bhd pada 5 hingga 7 Oktober depan bakal menggabungkan pakar kesihatan dan penulis penyusuan ibu dari beberapa negara termasuk Kanada dan Australia untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman masing-masing dalam usaha menggalakkan penyusuan susu badan di negara ini.


Nota ZZ: Kalau dapat sediakan peti sejuk khas untuk simpanan EBM sahaja, kan ke best. Takde lah timbul fitnah dan gurauan yang bukan-bukan daripada orang yang tak memahami. Tapi, dah ada peti sejuk pun sebenarnya dah cukup bersyukur dah. *insap*  


En Bos, memandangkan kerajaan sendiri menggalakkan majikan supaya menyokong penyusuan ibu ni, apa kata kalau surau tu ada tempat plug... boleh le saya beli electric breastpump untuk anak no 3 nanti *wink wink*






Jadual Minggu Depan

Ini ialah jadual aku untuk minggu depan:

Kursus I - Isnin (17 Mei 2010)

Kursus II - Selasa & Rabu (18 &19 Mei 2010)

Tender  - Khamis (20 Mei 2010)


Whoa nampaknya 4 hari la aku tak de kat ofis. Mungkin blog ni akan sunyi lah kot sepanjang minggu depan. Mungkin ye. MUNGKIN :P







Misi Pemusnahan

Rentetan dari entri semalam maka malam tadi aku dan En Abah ke Car.refour mencari solution untuk kereta kitorang tuh.


Maka terjumpa la serai wangi yang dibuat ala-ala macam ubat gegat. Lepas tu terjumpa spray khas untuk lipas yang berbau serai wangi (cap Mor.tein kalau tak silap). Ada jugak serai wangi dalam bentuk liquid yang kena campur dengan air. Tapi yang tu kitorang tak beli. Oh dan ada jugak aerosol lipas yang berbau minyak tanah. Ingat tak entri semalam - guna minyak tanah halau lipas? Tapi aku tak beli lah yang bau minyak tanah punya. Nanti habis kereta berbau berminggu-minggu.


Rupa-rupanya sekarang ni banyak betul produk untuk menghalau lipas ek? Sungguh aku jakun kejap semalam. Hehe.


Balik rumah, terus sembur kereta hijau itu. Masa tengah sembur tu pun, nampak la cikli tergedik-gedik tak cukup oksigen memanjat tingkap. Waaarrghhhh scary dowh!!!


Baiklah. Semburan aerosol untuk misi pemusnahan. Untuk operas pencegahan maksiat pulak, kitorang campak-campakkan ubat gegat serai wangi tadi kat dalam kereta. Habis satu paket tu  (dalam 15 ketul) kitorang letak. Haha.


Pagi tadi telefon En Abah tanya progress. Kata En Abah, tak kurang 20 ekor lipas keras kejung atas alas kaki dalam kereta tu. It took him almost 30 minutes untuk buang bangkai-bangkai lipas tu. Hissyyhhh meremang bulu kaki aku bila En Abah kata ada 20 ekor lipas dalam kereta. Tu yang nampak. Yang tak nampak??


Maknanya selama ni aku bagi tumpang free free je kat satu perkampungan lipas untuk ke sana ke mari. Kot kalau boleh kutip duit tambang, harus kaya aku sekarang ni. Hahaha. Boleh fikir macam tu? Bengong ah Zety.


Satu lagi petua/peringatan untuk memusnahkan lipas ye kawan-kawan - ni untuk pengajaran aku sendiri gak la nih - sila guna aerosol/spray khas untuk lipas. Jangan guna yang untuk nyamuk punya. Tak jalan!


Sebab aku baca mana entah (ye, siap google tanya pasal lipas :P), lipas ni daya ketahanan dia sangat tinggi. So kalau guna aerosol untuk nyamuk tu dia susah sikit nak mati. Kalau tak, takkan lah lipas ni boleh wujud sejak zaman dinosaur lagi, ye dak?. Dan bertahan pulak sampai hari ni.


So sekarang ni aku nak create satu perumpamaan baru. Sila jangan marah aku ye En Karam Singh Walia :P - kereta bersih jangan disangka tak ada lipas!


Haha.


Renung-renungkan, dan selamat beramal! :P

Monday, May 10

Bagaimana Nak Halau Lipas Dari Kereta Anda

Bunyinya macam Bagaimana Melatih Naga Anda lah pulak. Hehe.


Entri ni bukan nak bagitau cara-cara halau lipas, tapi nak bertanya. Macamana nak halau lipas dari kereta haa???



Buruk Tau!

Selama ni aku jenguk blog aku ni menggunakan Musang Berapi. Tadi tetiba gedik untuk menggunakan Google Krom dan jugak IE. Haish sungguh buruk rupanya blog mak ni ek???


Kat sidebar yang ada senarai link ke 'My Bloglist' dan link-link lain. Kenapa dalam Musang Berapi takde strikethrough, kat Krom dan IE ada? Kat 'Older Post' pun gitu. Kenapa? Kenapa? Macamana nak hilangkan benda tu? Grrr.... tak suka lah. Buruk tau!


Lagi satu, pasal blog gak. Dulu aku pernah le tukar template kat blog ni guna menatang XML ke hape tah aku tak tau maklumlah buta IT. Memang comey lah blog aku masa tu (perahsan! sila muntah!), tapi banyak jugak le setting yang kena godek sana sini. Contohnya kat archive dan date.


Lepas dah bosan dengan template tu maka aku pun gatal la nak tukar cat dinding rumah aku ni. Maka aku pun pi la kat sini dan menempek kertas dinding baru. Tapi setting untuk date masih tak berubah. Bila aku cuba ubah something 'funny' pulak yang terjadi. Date tu tak keluarlah, hapelah. So end up aku tak berani nak tukar apa-apa setting lagi. Camner nak ubah ha?


Pastu kat header aku nak la tempek banner yang satu set dengan wallpaper aku ni kan. Tapi tak keluar2 jugak. Nape haa??? Adakah something wrong kat HTML itu? Oh sungguh la aku ni bukannya reti nak godek2 HTML tu. Puas dah cuba tempek tapi tak jugak keluar2. Alahai...





Tak Suka

Hari ni mood tak berapa okey.


Tension betul kena tuduh melulu macam tu. Memang pantang betul. Kan aura amukan puaka Zety Zin dah keluar! 


Sila jangan suka-suki buat tuduhan melulu. Aku tak suka.


Happy Mother's Day

Rasanya masih belum terlambat aku nak ucapkan 'Selamat Hari Ibu'.


So, kepada semua ibu-ibu bapak-bapak,


Happy Mother's Day!


:)


Friday, May 7

Hello!

Kembali bersiaran secara public. Tukar cat dinding rumah ni sekali :)


Apa komen rupa baru rumah aku? Ok kah? Tada ok kah? Sila komen.


Thursday, May 6

Rombongan Ke UTP

Kelmarin aku ikut rombongan tempat kerja aku ke UTP, Tronoh. Bertolak pukul 9 lebih, sampai UTP pukul 3 petang. Gila? Memang gila! Bukannya jauh sangat kan Shah Alam – Tronoh tu. Tapi dek asyik berhenti makan, maka perjalanan menjadi 5 jam lebih. Hoho.

 

Pukul 10.30 berhenti untuk breakfast kat R&R mana tah. Rawang kot? Aku bab nama tempat R&R ni memang selalu fail. Ampun. Hehe.

 

Lepas tu teruskan perjalanan. Nak dekat pukul 1 masuk persimpangan Ipoh Selatan. Singgah lunch kat Restoran Tasik Raban. Fuh marveles beb. Banyak gila lauk dia sampai aku naik migrain nak memilih lauk.

 

Ingatkan dah dekat-dekat le dengan UTP nih. Sekali patah balik ke selatan daa… Rupa-rupanya singgah lunch kat Restoran Tasik Raban tu adalah atas suggestion beberapa bos yang sama-sama naik bas dengan kitorang. Hoo sampai gitu sekali.

 

Maka pukul 2 lebih kitorang dah masuk le fate UTP tu. Then singgah sembahyang dulu kat masjid dia yang cantik tu. Memang cantik.

 

Lepas solat baru la jumpa orang-orang berkenaan. Bersoal jawab, berbincang-bincangnya tak sampai dua jam, lepas tu habis. Minum petang pulak. Fuh. Makan lagi. Soto pulak tu. Nom nom nom la kan. Haha.

 

Oh ye, walaupun perjalanan sangatlah lama, nasib baik la dihiburkan dengan DVD cetak rompak ‘My Name Is Khan’. Sedih okeh cerita ni. Mak menangis meleleh-leleh hingus. Pedulik orang lain nampak ke tak. Haha.

 

Perjalanan balik ‘diserikan’ pulak dengan cerita Under The Mountains. Biasa je la cerita ni. Takat nak isi masa lapang boleh le. Macam cerita hantu untuk kanak-kanak pun ye. Ekeke. Teringat kat tv dulu ada cerita ‘Goosebump’.

 

Maghrib singgah R&R. Solat sambil isi perut. Tapi aku tak larat nak makan berat-berat. So makan waffle je lah.

 

Sampai Shah Alam dalam pukul 9.30 ke 9.45 tah. Jejak tanah terus aku berjalan laju-laju nak pi kat kereta, sebab dah tak sabar nak balik. Haha. Aku sampai rumah pukul 10.30 malam.

 

Sangatlah penat. Penat duduk dalam bas. Sampai rumah timing adalah cantek sebab adik aku terus bawak keluar kek birthday Imran. Oh perut sudah berbunyi-bunyi. Maka malam Selasa itu aku telah menggemokkan diri dengan memakan kek coklat pada pukul 11 malam. Hahaha. Nice.

Takde Mood

Sangat takde mood hari ni.

 

Jiwa kacau. Hati panas. Serba tak kena dibuatnya.

 

Tension.

Wednesday, May 5

Sudah Selamat

menyerahkan kunci kepada penyewa rumah Jumaat lepas.

 

Aku sedih. Siap menangis masa dalam kereta. Ye laaa…. rasa macam, harta kita, kita serahkan kat orang lain. Dalam keadaan paksa rela lak tu. Memang sungguh emo masa tu. Sob sob.

 

Walaupun kitorang jarang ada kat rumah tu, tapi rumah tu tetap menyimpan macam-macam kenangan. Itulah harta pertama kitorang (aku tak anggap kereta sebagai harta. no offense ye). Kat laman rumah aku tu lah uri Irma ditanam.

 

Walaupun rumah kami tu kosong je takde barang perhiasan cantik-cantik, takde pokok-pokok hiasan mahupun malus domestica, barang keperluan pun sekadar apa yang ada je, tetaplah aku sayang rumah tu. Huhu. Ni dah start rasa sayu balik dah ni.

 

Aku harap penyewa tu jaga rumah kitorang baik-baik, macam jaga rumah sendiri. Diorang nak lenjan perabot aku takpe, tapi jangan sampai rumah aku dah takde rupa rumah. Harap-harap diorang paham la.

 

Dan aku amat berharap jugak lah kitorang (aku dan En Abah) dapat mempercepatkan tempoh untuk ‘burung kembali ke sarang’. Bezanya kali ni bukan pulang ke sarang mak bapak, tapi sarang sendiri.

 

*Sigh*

 

Semoga apa yang aku dan En Abah buat ni merupakan jalan terbaik buat kami dan anak-anak. Amin.

Benci!

Office aku sudah block akses ke blog. Benci okeh. Macamana aku nak luahkan perasaan kalu gini. Huhuhu. Masih boleh baca blog-blog kekawan via google reader. Tapi baca ajelah. Tinggalkan komen? Haremmm tak dapek. Sedih weh.

 

Ni pun aku guna WLW. Kalu dapat pos, ada lah. Kalu dak, kita simpan le buat pekasam dulu. Kang lepas office hour boleh le post. Sedih siot.

 

*Update*

Akses ke personal blogs adalah dihadkan kepada 60 minit sehari. Aiseh. Dah main catu-catu lak sekarang ek? Kemain. Nyampahs tau.

Happy 3rd Birthday Muhammad Imran Danish!!!

3 tahun lepas, tepat jam 5.37 petang, lahirlah Muhammad Imran Danish bin Mohd Hazrin.

 

Ye. Anak teruna ku sudah berusia 3 tahun hari ni!!!

 

Imran Is 3

 

Semoga anak mama menjadi anak yang soleh, baik budi, hormat orang tua, semua yang baik-baiklah!

 

Takde sambutan istimewa untuk Imran hari ni. Tapi Insyaallah akan sambut sama-sama dengan birthday Irma minggu depan.

 

Ni la specialnya kalau anak-anak lahir dalam bulan yang sama. Jimat duit kek. Kihkihkih. Tapi agak kopak nak beli hadiah. Hahaha.

 

Happy Birthday Imran! Mama cuma nak Imran tau yang Mama, Abah dan Irma saaayang Imran! Muah muah muah!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!