Friday, July 30

Diet Oh Diet

Sempena bulan puasa yang bakal menjelang tiba tak lama je lagi ni ha, dan sempena baju yang dah makin banyak yang tak muat dan ketat, saya nak ambil kesempatan untuk cuba sedaya upaya saya menurunkan berat badan yang makin hari makin naik dan naik dan naik ni.


Hopefully by the time nak raya esok, dapat la saya berposing sakan dan menjadi sedikit vogue seperti KNV kita tu. Tak dapat banyak, sikit pun jadi laaaa.... Ececeh. Macam syahdu pulak bunyinya :P


Lapan, Lapan Lagi!

Fuh! Berpeluh sakan mak hari ni! *Lap-lap peluh di dahi*


Hari ni tempat mak bekerja buat aktiviti senam seni. Ala-ala aerobic tapi ala-ala menari jugak :)


So lemak-lemak mak yang dah laaaama goyang kaki sambil bertepuk tangan kesukaan dalam badan ni pun mulalah tak senang duduk. Ekekeke. Kejap lenggok ke kiri, kejap ke kanan, kejap melompat, kejap menari tarian Bangra la, zapin la. Macam masuk sehati berdansa pulak. Ecewah! Perahsantan di situ.


Sekali sekala berkumpul beramai-ramai sambil menggedik-gedik ke kiri kanan mengeluarkan peluh ni seronok jugak. Takde lah macam zombie je dalam ofis tu kan. Cuma... ye lah... rasa kurang sesuai pulak acara senam seni ni diselangkan pulak dengan ceramah agama. Lepas ko dah berpeluh-peluh tu, ko duduk pulak dengar ustaz kat depan bagi ceramah. Rasa macam... tak seswaii laaa... dengan sesetengah orang rasa rimas berpeluh-peluh, tak selesa, lagi-lagi orang kiri kanan jenis yang ada BO yang ashem kan. Aiseh. Eh ni contoh ye. Contoh. Takde point kat sesiapa. Jangan perasan. Ekekeke.


Mungkin seeloknya kalau nak dibuat ceramah agama tu, lepas buat bacaan Yasin ke, tahlil ke, sesuai la kot. Tapi senamrobik + ceramah agama? Hmmm.... tah la ek. Mungkin nak kejar waktu sementara belum nak puasa ni. Kang kalau buat masa bulan puasa, tah berapa kerat aje lah yang datang kan.


Thursday, July 29

Ikhlas Tiada Lagi

Mula-mula, rasa excited nak join sama.


Tiba-tiba, wajib join katanya. Aiseh. Terus hilang rasa keikhlasan untuk menghadirkan diri esok.


Nota ZZ: Hari ini entri mode emo belaka. Maka entri juga menjadi pendek-pendek untuk mengelakkan bebelan yang tah hape-hape.


Sakit Dada

Baca suratkhabar sekarang ni selalu buat saya rasa sakit dada. Sesak napas. Banyak sangat berita yang sungguh membencikan.


Tarik nafas. Lepas. Tarik nafas. Lepas.


Semoga kita semua dijauhkan dari benda-benda yang tak elok. Amin.


Nota ZZ: Tiba-tiba terasa rindu dengan anak-anak. Rasa macam nak balik rumah dan-dan ni jugak.



Tanggungjawab

Bukan mudah untuk memikul sesuatu tanggungjawab. Ianya adalah sesuatu yang amat berat. Bukan semua orang berani memikul tanggungjawab. Bukan semua orang boleh memikul tanggungjawab.


Titik.


Wednesday, July 28

Sayang Anak Tinggal-Tinggalkan?

Pagi tadi terdengar di HotFM pasal kes kereta dibawa lari semasa si ibu bapa keluar kejap tinggalkan anak berdua dalam kereta. 


Bila baca kat paper online nih, oh ok. Anak-anaknya ada yang dah besar. Umur 17 tahun. Mungkin disebabkan anaknya dah besar si parents ni rasa ok je kalau tinggalkan anak-anak dalam kereta yang tidak dikunci dan enjinnya masih hidup. Tapi, anak-anaknya tidur okeh.


Bagi saya, at least kejutkan si anak yang besar tu dan suruh dia kunci pintu. Sekurang-kurangnya langkah keselamatan dah diambil. Biarlah anak mengamuk sebab dikejut dari tidur, dari anak hilang kan lagi naya? 


Syukur anak-anaknya tak diapa-apakan. Bak kata En Abah, ni perompak jenis baik sikit kot. Hehe.


Lepas tu tadi sempat le dengar pendapat pendengar HotFM tu. Dia kata, dia biasa tinggalkan anak dia yang berumur EMPAT TAHUN sorang-sorang dalam kereta. Dia dah ajar anak dia kunci pintu dan jangan bukak selagi dia tak balik. Ada sekali tu dia tinggalkan anak dia sorang-sorang, dia pi shopping sejam. 


Apa pendapat kawan-kawan? Patut ke tak patut? Patut ke tak? Saya dengar penjelasan tanpa bersalah perempuan tu, terus saya beristighfar. Mak aii... For god's sake, dia baru 4 tahun!!! Too small to be THAT independent kan? And dia boleh tinggalkan anak dia selama SEJAM sebab nak pi shopping. Sejam okeh. Bukannya 5 minit ke apa. 


Kot kalau tengah driving rasa nak terkucil jenis yang tak tahan punya tu, pastu singgah toilet kat petrol pump ke hape, mungkin masih boleh diterima akal la kot (walaupun bagi saya, tetaplah TAK PATUT tinggalkan). Tapi ni dahlah pi shoping, sejam pulak tu. Astaghfirullah. Kalau anak hilang, awak juga yang menangis tak berlagu nanti. Huhu.



Monday, July 26

Oh Imran

Kisah 1

Mama: Mama sakit gigi la... Sian mama kan?

Imran: Mama tak gosok gigi ke?


Kisah 2

Kat tepi tasik tempat nak bagi ikan makan...

Imran: Anti beli la ni makan ikan ni (tunjuk makanan ikan). Ban tade duit, Ban ade pempes je...

Anti - Aunty
Ban - Imran
Pempes - Pampers


Kisah 3

Masih kat tepi tasik yang sama. Imran baru lepas penat berlari sana-sini. Ada la dalam 5-10 minit...

Imran: Yay! Ban dah kurus!!!


Macam-macam lah hero saya ni tau.Ada je benda dia nak cakap. Ekekeke.



Mari Kita Mulakan Entry Dengan....

Huargh! 


Haha kemain entry hari ni dimulakan dengan nguapan(??). Pagi ni bangun rasa sakit-sakit satu badan. Semalam bawa anak-anak ke Zoo Negara (lagi). Masa kejutkan Imran pagi-pagi tu, dia komplen,

"Asyik giiii je?" --> Asyik pergi (Zoo) je?


Tapi bila tanya nak ikut ke tak, laju je dia jawab "nak!"


Ingat nak upload gambar tapi kamera tertinggal la pulak. Hm.


Kami kalau ke zoo memang tak naik tram tu. Kalau berjalan kaki budak-budak ni lagi seronok. Oh kali ni siap bawak bekalan mihun goreng lagi. Tapi tang air memang kami kalah la. Panas-panas terik tu air sejuk jugak jadi pilihan. Takat air masak yang kitorang bawak ni memang tak berapa laku la. Tu yang bagitau En Abah, lenkali kita bawak air dalam cooler bag, siap letak ice brite tu sekali. Baru lah sejukk je air tu nanti kan. Hehe.


Kalau dah namanya berjalan satu zoo tu, memang sah-sah la lenguh-lenguh kaki bila sampai rumah. Anak-anak yang tertidur dalam kereta, bila bangun je komplen sakit-sakit kaki. Siap sapu minyak bagai. Hehe. Kesian jugak nengokkan.


Punyalah mak kepenatan semalam, sampai 'kawan baik' pun datang menjenguk. Bagus kawan baik mak ni kan. Hahaha.


Ok lah. Tetiba jadi blank tak tau macamana nak end entry kali ni. Mungkin kerana Monday blues. Ceh. Hari Isnin jugak yang disalahkan.


Friday, July 23

No More Old Town White Coffee okey!

Sumber dari Kosmo!

 


KLANG - Seorang pelajar kolej swasta semalam menfailkan saman terhadap Artisan Natural (M) Sdn. Bhd. dan Kopitiam Asia Pacific Sdn. Bhd. yang didakwa cuai sehingga menyebabkan hidangan mi goreng yang dimakannya mengandungi sepasang kaki katak.

Writ saman itu difailkan oleh plaintif, Aliff Shanaz Hairi Hariharan, 24, menerusi Tetuan Adnan Rahim & Co. di pejabat pendaftar Mahkamah Sesyen di sini.

Palintif menamakan Artisan Natural iaitu sebuah syarikat yang didakwa mengusahakan perniagaan restoran makanan dan minuman dinamakan Old Town White Coffee yang beroperasi Bandar Bukit Tinggi di sini sebagai defendan pertama.

Kopitiam Asia yang beroperasi di Subang Jaya dan Ipoh, Perak dinamakan sebagai defendan kedua. Ia ialah syarikat yang didakwa bertanggungjawab menyedia, memproses dan membekalkan makanan serta minuman bagi perniagaan yang dijalankan di premis defendan pertama.

Mengikut pernyataan tuntutan, pada 11 Mac lalu antara pukul 8 hingga 10 malam, plaintif bersama keluarga mendakwa pergi ke premis defendan pertama dan memesan mi goreng Dry Egg Noodles.

Ketika makan, plaintif mendakwa terjumpa sepasang kaki katak dalam makanan itu yang menyebabkannya hampir muntah.

Plaintif kemudian mendakwa menunjukkan kaki katak itu kepada kakitangan restoran dan meminta penjelasan daripada pengurus bertugas tetapi dia enggan keluar sebaliknya mengarahkan juruwang untuk mengambil gambar.

Perjuangan Sudah Selesai

untuk edisi 2010.


Tadi baru je lepas habis exam. Resultnya entah bila tak tahu lagi. Harap-harap resultnya nanti memuaskan hati lah kan.


Kebetulan pulak, kat ofis ni ada sesi makan-makan. Ada bacaan Yaasin dan tahlil sempena kedatangan bulan Ramadhan (alamak, hutang puasa belum habis bayar :P).


Macam-macam menu lah yang ada. Menu utama nasi beriyani dan lauk-pauknya.



Pastu ada pulak roti jala.




Desert pon ada.





Buah-buahan tidak dilupa.



Tapi saya belum lagi menjamah menu kat atas ni. Tunggu lunch hour lah baru terjah dan terkam. Nom nom nom!


Opss... dah lunch hour dah pun. Jom terjah! :P

*pic credit to my colleague's FB


Thursday, July 22

Tak Perlu

Ada sesetengah perkara tak perlu diberitahu kepada semua, tak perlu nak cerita dalam blog, mahupun FB.


Enough said.


Esok...

exam lagi!


Kali ni paper Khusus pulak. Mari kita pulun study malam ni. Yang penting, balik rumah jangan tidur dulu. Kot tak, haruslah study bertukar jadi studo.


Doakan saya ye kawan-kawan. Kot dapat 4 untuk dua-dua paper, boleh le mak open table nanti. Muahaha.


Penat Punya Pasal

Semalam saya request pada En Abah untuk berbuka puasa kat luar sebelum balik rumah. Terasa gatal tekak nak makan kat luar. Ahaha.


Berfikir punyalah lama nak makan kat mana. Sudahnya kami makan kat JM Beriani kat Tesco Shah Alam. Dah lama tak makan kat situ. Last time 2 tahun lepas kot rasanya. Bila sampai rasa terkejut sebab harganya dah lain dari yang last time kitorang pi tu. Yelah, dah 2 tahun kan. Of course la harga dah naik.


Sampai rumah nak dekat pukul 9 malam. Entah kenapa malam tadi saya penat sangat, sampai je rumah terus naik bilik, baring atas katil. Tak menyempat nak tukar baju. Mandi apa tah lagi. Tak senonoh kan.


Kebetulan anak-anak ikut aunty-aunty nya keluar. Tak tau la pi mana. Pasar malam kot. So rumah adalah sunyi dan sangat sesuai le untuk aktiviti atas katil. TIDO ye. Jangan pikir yang bukan-bukan.


Saya sendiri tak sedar bila saya terlena. Niat di hati nak baring kejap-kejap je sebelum mandi. Tapi terus terlena okeh. Dengan baju kurungnya. Haih.


Sedar-sedar, bila terjaga dah pukul 1.45 pagi. Anak-anak pun tak tidur dengan saya. En Abah pulak, rupa-rupanya terlena jugak. Haha. Masing-masing kepenatan rupanya.


Sedih juga sebab semalam langsung tak main dengan anak-anak. Dah la sepanjang hari takde kat rumah sebab bekerja, lepas tu sampai rumah saya bantai tido pulak. Langsung tak jumpa anak-anak. Huhu. Lainkali sila jangan tidur dulu ye Zety.


Wednesday, July 21

Gerhana

Ok. Saya dah tengok.




Ceritanya best. Tapi, sila jangan compare dengan novel --> ayat common.


Yang kelakarnya, En Abah boleh kata pulak, dia takmo tengok Breaking Dawn lepas ni. Sebab nyampah dengan Bella. Suka-suki kejap nak Edward, kejap nak Jacob. Haha. En Abah emo pulak lepas habis tengok wayang.


Honestly, kalau dalam novel, saya memang sangat suka Edward. Sweet, romantic, protective and sangat mencairkan jiwa raga beta ok.


Tapi version wayang, sorry. Tah le. Rasa macam lakonan Robert Pattinson 'tak sampai' kat saya. No offense ye team Edward :)


Bab paling best dalam Eclipse bagi saya ialah tang 'perang' antara the new-borns dengan the Cullens plus werewolves tu. Yang lain-lain tu, sila refer kat novel lagi feel kot. (Tadi kata jangan compare dengan novel ek? Apa daa Zety?)


Next project: Despicable Me. Tah bila nak tengok tak tau le. 




Monday, July 19

Hujung Minggu @ PD

Hujung minggu kami dihabiskan di sebuah resort yang terletak di PD. Resort ni ada ala-ala taman tema kat dalamnya. Seperti biasa, saya ikut rombongan sekolah mak saya yang mengadakan bengkel kat sana. So, kalau nak ikut, kena bayar lah sikit. But still murah dari harga bilik resort tu.


Bila tengok dalam internet, wahhh mahal banget ya harga bilik tu. Tak sesuai dengan kedudukan poket kami laki bini lah kiranya. Tapi disebabkan dapat harga murah, maka kami pergi lah.


Bila sampai sana, hmm... pendapat saya, indah khabar dari rupa. Tak berbaloi dengan harga bilik tu. Mungkin kerana kos bilik adalah termasuk kos penyelenggaraan taman tema air tu, maka biliknya pun jadi sempoi.


Pintu bilik kitorang takleh kunci. So pakai selak je. Pastu kipas berpusing pada kadar kelajuan sellowwww gila NM. Sampaikan anak bujang dok tanya,

"Mama, nape fan tu?"

"Dia rosak."

"Siapa buat?"

"Dia rosak sendiri."

"Dia sakit pinggang ke?"

"Hoh?" 


Mungkin sebab saya selalu mengadu kat En Abah yang saya sakit pinggang, dan berjalan pada kelajuan sangat selow, maka anak bujang buat kesimpulan kipas tu selow yaamat sebab dia sakit pinggang. Hehehe,


Anak-anak main air dengan sangat lama. Dua round lagik. Memula dengan saya dan En Abah. Lepas tu dengan aunties nya pulak. Anak bujang mengigau masa nak tidur malam. Kejap-kejap dia menggelupur lepas tu cakap,

"Takot air!"


Kesian anak bujang saya. 


Kesian lagi sekali sebab almaklum budak kulit sensitif ni senang bebenor naik merah-merah. Agaknya air pool tu tak berapa nak bersih, maklum le beratus orang mandi dalam pool yang sama, naik biji-biji merah kat muka anak bujang. Syukurlah tak lama. Malam tadi nampak dah ok lepas sapu krim.


Kami laki bini banyak habiskan masa kat bilik je sementara anak-anak main air dengan aunties diorang. Hepp jangan pikir bukan-bukan ye. Dok bilik sebab penat bebenor layan budak-budak mandi. Oh mungkinkah badan sudah tua (walau hati berjiwa muda) sampaikan main dengan anak-anak kejap je dah sakit-sakit satu badan?


Pagi ni pula saya dan En Abah kena cherry berry. Sudah 6 kali kunjungan saya ke toilet. Huhu. Sakit montot makcik! Niat di hati nak puasa tapi tak larat weh. Terasa begitu dehydrate sekali. Sampai je ofis terus pi klinik. Dapat le 3 jenis ubat dan doktor suruh minum 100 plus. Baiklah doktor.


En Abah pula telah mendapat perintah berkurung dari doktor untuk mengurangkan 3 favourite utama dia - makan pedas, kopi dan rokok! Sebabnya En Abah sakit perut memulas dan pernah keluar darah masa kunjungan ke toilet 2-3 minggu lepas. Takut ada luka dalam perut, or something like that. 


Bercadang nak balik awal hari ni. Mak letih la noks. Letih ke toilet.


Thursday, July 15

Lap-Lap Habuk

Banyak jugak habuk kat blog saya ni. Maklumlah dah tiga hari tak menulis apa-apa dalam blog. Hihi.


Dua tiga hari ni hidup adalah sedikit busy dan bergelumang dengan buku. Orang nak exam le katakan. Gila ah dah berkarat otak nak amik exam-exam nih.


Alhamdulillah paper 1 dah selesai. Saya keluar awal sebab dah tak reti nak goreng apa lagi. Kekekeke. Nasib lah. Hopefully lulus.


Next week ada lagi satu paper menunggu. Sigh. Cuak nih. Cuak-cuak tapi weekend ni saya tetaplah ke PD ikut family bersuka ria. Hoyeh. Hahaha. Mari kita tutup buku dulu.


Jom siapkan kerja dulu.


Lepas tu, kita enjoy! :P

Monday, July 12

Plan

Plan untuk study di hujung minggu tak berapa nak berjaya.

Sempat le study beberapa topik, tapi ada baaaaanyak lagi yang nak kena baca. Haih. Sempat ke tak nih.


Oh. Dan hari ni kena call orang sistem untuk buat follow-up pasal PC tua saya yang rosak tu. Berjaya ke buat back-up semuanya???? 


Kalau tak berjaya, menangis tak berlagu la saya 7 hari 7 malam. Huhu.



Yang masih mamai,

Status Pagi Ini

Pagi ni adalah sangat mengantuk. No, no. Bukan pasal World Cup. Tak tengok pun.


Tapi sebab anak dara tidur pukul 4 pagi!!!!


Entah apasal tah, asyik merengek je. Kejap nak susu, kejap nak tuala, kejap nak bear, lepas tu yang paling tak reti nak respon ialah bila dia kata nak 'satu tiga'. 


"Mana shatu tiga? Mana shatu tigaaaa??!!!!" Oh Irma. Mama tak paham apa yang Irma nak! Huhu.


Sudahnya saya serahkan kepada En Abah untuk handle Irma, sebelum singa betina membuat 'special appearance'. 


Seriously, saya perlukan tidur sekarang ni. Yang terbayang di mata ialah bantal dan tilam di rumah yang melambai-lambai sambil memanggil-manggil kerinduan. Fuh.


Oh ye. Tahniah kepada pasukan dan penyokong setia Spain atas kejayaan menjadi champion WC tahun ni :)


Zzzzzzzzzz.....


Friday, July 9

Entri Tah Hape Hape

Busy sepanjang hari ini, ditambah rasa kurang selesa kerana tidak berada di tempat sendiri.


PC saya sudah selamat dihantar ke bahagian sistem. Entah bila akan dapat semula saya pun tak pasti. Risau juga sebab macam-macam fail dan dokumen ada dalam PC tu. 5 tahun punya kerja tu beb. Naya je kalau hilang, kan. Harap2 nya tak pape lah.


Minggu ni WAJIB study. Tinggal berapa hari je lagi nak exam ni. Kecuakan mula melanda. Huhu.


Tah pape entri hari ni. Ni entri sangap namanya. Ok lah. Nak menunggu En Abah datang jemput. Babai.


Thursday, July 8

Rosak Lagi!

Minggu ni memang minggu rosak agaknya.


PC saya rosak lagi daa. Dari semalam sebenarnya. Tu yang agak menyepikan diri je dari alam maya. Ecewah.


Dah bagitau orang sistem. Bagitau means, isi borang online lah. Pastu siap call lagi, minta technician yang betulkan PC saya kelmarin datang tengok-tengokkan. Tapi dia takde la pulak.


Sepanjang hari saya menunggu kedatangan En Technician, tapi batang hidung pun tak nampak. Isk isk. Macamana nak buat kerja nih?


Sudahnya sepanjang hari saya habiskan dengan study untuk PTK. Haha. Study lah sangat kan.


Gila sangap ah takde PC.


Pagi tadi dah try tanya Unit Sistem office saya ni, ngendeng-ngendeng mintak PC baru. Ekekekeke. Eh memang patut saya dapat pun. PC saya ni dah 5 tahun okeh. Dah takde value dah. Kalau net book value lepas tolak depreciation, memang dah negatif dah pun. No wonder la PC tu dah tenat kan. 


Tapi, kalau guna PC baru, sistem yang saya guna tak compatible dengan Window Vista. Windows 7 takyah citer ah kan. Vendor sistem saya ni pulak dah takde dah. Hmmm....


Syok jugak kalau dapat PC baru nih. Kalau lah kan.


Yang menumpang kasih PC lain,

Wednesday, July 7

Kancil Oh Kancil

Semalam drive shaft rosak. Hari ni tingkap pulak kena pecah. Radio dah selamat diambil oleh pencuri durjana.


Kata jiran, tingkap kereta kena pecah around 4am gitu. Dia kata masa tu anjing menyalak-nyalak. Tapi sikit pun saya tak terdengar. Huh. Jiran saya tak sempat nak kejar pencuri tu. Dia dah selamat lari dengan radio.


Orang yang disaspek adalah berbangsa I***a.


Hmm... inilah namanya takde rezeki. Melayang lagi beberapa ratus untuk ganti tingkap tu.


Tapi syukurlah kereta tak kena curi.


Tuesday, July 6

Cerita Pendek-Pendek

Serasa macam sangat lama tak bersiaran. Hehe. Hari ni entri adalah pendek-pendek, maka ditulis dalam bentuk bernombor.

  1. Minggu lepas PC saya rosak. Kena tukar onboard battery katanya. Maka saya menumpanglah PC meja lain.

  2. Hari ni PC sudah ok. Terima kasih lah pada orang bahagian sistem sebab buat kerja dengan pantas dan tuntas :)

  3. Hmm. Perancangan Jumaat lepas dah hanyut ke laut sudahnya. Ekekeke. Cuba jugak mengadap buku. Tapi tiapkali selak page 1, dan dan mata mengantuk bagai nak rak. Oh my. Sudahnya saya ke mana, buku tah ke mana.

  4. Hari Ahad ada kursus pulak. 30hb ni Insyaallah saya akan attend lagi satu kursus. Sekali-sekala pergi kursus-kursus motivasi ni rasa best pulak kan.

  5. Saya sangat mengantuk hari ni, saya tak tahu kenapa.

  6. Tadi telefon En Abah, katanya kereta kena tarik. Pastu terus letak telefon. Saya adalah panik. Haku tak bayar duit kereta ke???

  7. Baca status En Abah kat FB. Rupa-rupanya kereta kena tarik dengan tow truck sebab rosak tersadai tepi jalan daa. Haih En Abah ni buat panik je tau.

  8. Oh ye. Saya sudah dapat beg senget (tapi tak senget pun!) Cik Fid kita Jumaat lepas. Sudah selamat dijadikan diaper bag semasa balik ke Seremban Sabtu lepas. Marvellous! MIL siap puji beg cantik! Terima kasih ye Fid!

  9. Saya teringin nak makan durian IOI sampai pening. Muahahaha.

  10. Tak lama lagi Insyaallah dalam office saya akan ada beberapa orang yang bergelar 'new mommy'! Rasa seronok untuk diorang. And tak pasal-pasal rasa 'berkobar-kobar' pulak. Apakah maksud?? :P

Cukuplah sepuluh dulu. Kot angin membebel datang lagi karang, tunggu aje lah ye :)


Friday, July 2

Cita-Cita Ku

Aktiviti hujung minggu ini:

CUBA untuk study.


Whoa. Murni sungguh cita-cita saya kan?


Happy weekend!!



Thursday, July 1

Poll

Boleh refer ke sidebar belah kanan, atasss sekali.


Kalau sudi, jawab lah ye :)


Perang

15 dan 23 haribulan Julai ni Insyaallah saya akan pergi berperang. Berperang dengan exam! Yikes!


PTK la. Apa lagi.


Jadualnya baru keluar 2-3 hari lepas. Gila cuak la okeh. Maklumlah, dah berkurun tak amik exam bagai nih. Last time rasanya tahun 2004 dulu kot. Macamana la agaknya nak study nih.


Sukatan PTK pun belum keluar lagi. Bila try tengok-tengok kat Google, mak aiii banyaknya nak kena baca!!! Boleh ke otak yang dah karat ni nak menampung semua info tu???


Seriously memang terasa seperti berperang. 


Doakan saya dapat 4 ye kawan-kawan :)


Akhirnya...

Mengaku jugak ye!

Tapi ada statement dia yang saya kurang berkenan lah. *Ceh kalau dah tak suka tu, ada je la kan kan kan :P* Tengok yang saya merahkan tu.


KUALA LUMPUR - Teka-teki mengenai hubungan pelakon popular, Fasha Sandha, 26, dengan bekas suami aktres Nora Danish iaitu Rizal Ashram Ramli, 34, akhirnya terjawab apabila Fasha mengaku mereka adalah pasangan kekasih.

Menurut Fasha, mereka berkawan sejak tujuh tahun lalu dan bercinta secara rasminya pada Mei lalu di Pulau Lang Tengah, Terengganu.

"Ya, Rizal adalah kekasih saya dan kami bahagia sekarang. Kami memang sudah lama berkawan dan bila kita kenal seseorang itu, maka timbullah perasaan sayang.

"Setakat ini kedua-dua keluarga kami sekadar tahu yang kami berkawan sahaja. Tentang penerimaan keluarga Rizal, saya tidak kisah sebab kami belum rancang untuk berkahwin. Mereka suka atau tidak, yang penting saya dan Rizal bahagia.

"Apapun orang kata mengenai Rizal, saya terima seadanya. Begitu juga dengan Rizal, dia menerima baik buruk mengenai saya," katanya ketika ditemui pada sidang akhbar drama bersiri Duyong Aridinata di Ampang, semalam.

Pada Mei lalu, Rizal telah membuat kejutan pada Fasha apabila dia hadir ke lokasi penggambaran Duyong Aridinata di Lang Tengah dengan menaiki helikopter.


Sukati kamu le FS!


Artikel dari Kosmo!


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!