Monday, August 30

Caca Marba

Waduh waduh tetiba aje dengar bunyi guruh berdentam dentum. Hujan ke? Baru ingat nak teman En Abah berniaga petang ni.


Hujan, cepatlah berhenti.


Eh, esok Merdeka kan? Cuti lagi lah nampaknya. *Yay dalam hati*


Ada ke sambutan apa-apa malam ni? Jangan pulak dalam tempoh 9 bulan akan datang, berita buang bayi makin banyak kat surat khabar. Anak malam merdeka katanya. Merdeka lah sangat kan kalau macam tu. Benci ok baca berita-berita buang bayi ni. Dah sampai tak terlarat pulak nak baca. Banyak sangat!


Hm... petang ni gerai air En Abah beroperasi semula setelah seminggu dipaksa bercuti. Bercuti bukan apa, sebab tokeynya demam panas seminggu! Huhu.


Menu air petang ni ialah air kelapa, kelapa laut, teh bunga, soya panas, soya sejuk, asam boi. Mari mari mari!


Oh ye tengah hari tadi saja round2 ke Alam Sentral menengok2 baju kurung. Ada yang berkenan, tapi bajet pulak tak berkenan. Tak pun takde saiz. Huhu. Gitu le kalau orang badan saiz besar kan. Jenuh mencari baju. 


Eh tapi ai dah turun 3 kilo tau sepanjang puasa ni. Kelesss tak? Bukannya senang tau orang macam mak nih nak turun hatta walau sekilo pun dek nonss!! So, 3 kilo ni kira dasat lah kan. Haha. Ayat penyedap hati.



Hai!

Hello!


Setelah lama tidak bersiaran, hari ini saya kembali. Ececeh. Macam apa je kan. Hehe.


So, macamana persiapan raya? Saya tahun ni macam biasa lah - biasa-biasa je. Baju untuk raya pertama dah ada untuk satu family. Ulang suara - raya pertama saja ye. Bermakna, pencarian baju raya untuk raya-raya berikutnya masih diteruskan. Kekeke. 


Tahun ni apa kaler tema korang? Kitorang pilih biru. Huhu. Mak ni tak reti nak pakai baju kaler biru. Kenapa ntah. Maka pemilihan baju raya diserahkan kepada En Abah le jawabnya.


Ok lah. Mood berblogging belum mari daa... Nak melawat tapak rumah kengkawan dulu lah kot. Almaklum nak dekat seminggu mak cuti kan. 


Tata.



Wednesday, August 25

Dari semalam badan rasa tak sedap walaupun badan ai ni 'sedap-sedap' :P. Kat ofis, tisu mesti sentiasa ada kat depan mata. Balik rumah, badan dah mula rasa seram sejuk. In fact, sampai je rumah saya cari bantal dulu. Terus tertidur sampai waktu berbuka.


Malamnya saya menggigil satu badan. Sejuk sangat! Kena air rasa macam kena ais! Tidur bertemankan sweater dan berselubung comforter lah jawabnya.


Pagi tadi kepala rasa beratnya yaamat! Sudahnya saya ke klinik. Sampai kat klinik, pandai pulak demam tu 'lari'. Ceh. Tapi dapat MC dari doktor. Dua hari. Dapatlah berehat. Alhamdulillah.


As for En Abah pulak, demamnya pun on and off. Macam biskut. Kejap2 ok. Kejap2 tak ok. Gerai dah beberapa hari tutup dek kerana kesihatan En Abah yang tak menentu. Kalau esok still macam tu keadaannya, nak tak nak saya terpaksa 'paksa' En Abah ke klinik untuk ambil darah. Harap-harap bukan demam denggi. Bukan juga sakit yang bukan-bukan. Harap2 demam biasa lah. Semoga En Abah cepat2 sembuh.


Anak-anak, Alhamdulillah dah makin sihat. Cuma Imran aje yang masih selsema. Cepat2 lah sembuh ye Imran. Mama sayang anak-anak mama.

Tuesday, August 24

1000th post

sepatutnya bila dah entri ke-1000 tu biarlah entri yang best-best kan.


Tapi saya pula dilanda kerisauan.


Rentetan daripada entri ini, nampaknya demam Imran berjangkit kepada Irma dan En Abah. Semalam saya bercuti untuk bawa En Abah dan anak-anak ke klinik. Alhamdulillah anak-anak nampak makin sihat, walaupun selera makan masih berkurang.


Yang merisaukan saya ialah En Abah. Suhu badannya mencecah 39 darjah Celcius. Sangat panas. Rasa macam boleh panaskan lauk atas badan En Abah. Ok tipu. Tapi panas ok.


Selepas sehari makan ubat, suhu badan En Abah masih tak turun-turun. Jadi En Abah ke klinik lagi sekali, hari ini.


Keputusannya? Suhu badan masih lagi 39 darjah Celcius. Dan tuan doktor minta tunggu sehari lagi. Kalau esok keadaannya tak berubah, mungkin En Abah kena ke hospital. Suspek denggi katanya.


Denggi. 


Mesti En Abah sangat fobia dengan perkataan 'denggi' tu. Huhu.


Harap-harap ianya cuma demam biasa. Kesian tengok keadaan En Abah masa duduk di hospital dulu.


En Abah, semoga cepat sembuh ye sayang.


As for me, saya pun dah mula tunjukkan tanda-tanda nak berjangkit demam ni. Kepala dah mula berat, mata dan hidung berair, tekak tak sedap. Harap cepatlah sembuh. Kalau saya sakit, siapa nak jaga En Abah dan anak-anak walaupun atuk, nenek, aunties ada untuk jaga anak-anak?


Saturday, August 21

Of Imran dan Menu Hari Ini

Pagi tadi rasa dahi Imran, masih lagi panas. Macam tak berkurang pun. Jadi decide untuk bawa dia ke paed yang biasa kami pergi.


Rupa-rupanya ubat yang diberi tak sesuai dengan keadaan Imran.

Sudahnya Imran dapat paracetamol dan antibiotik yang lain. Oh dos yang diberikan juga tak sesuai. Sepatutnya 5ml saja, tapi disuruh ambil 7.5ml pulak. Huuu. Nasiblah tergerak nak jumpa paed nih.


As for ubat selsema pulak, paed kata tak perlu. Tambah dia lagi, "Lagipun ubat tu tak sedap!"


Memang pun. That's why Imran yang selama ni suka makan ubat boleh give up nak makan ubat selsema tu. 


Balik rumah, lepas makan ubat, Alhamdulillah suhu badannya dah turun.


Petangnya, saya buat baked potato sempoi. Walaupun sempoi, tapi habis juga 3 biji kentang dimakan satu family. *Sukaaa...*


Resepinya sempoi aje. Ikut style ex-officemate saya tapi saya adjust sikit ikut apa yang ada kat rumah.


Bahan-bahannya ialah kentang, sosej (potong cube halus-halus), cheddar cheese, butter, black pepper, grated parmesan cheese.


Basuh kentang dengan kulitnya sekali, pat dry dengan kitchen towel, masak guna microwave dalam 5-10 minit (high). Lepas tu balut kentang dengan aluminium foil. Bila rasa dah sejuk sikit, potong kentang 1/4. Isi kentang yang 1/4 tu dimasukkan dalam mangkuk bersama-sama dengan sosej, sedikit cheese, black pepper dan butter. Gaul rata. 


Kentang yang 3/4 tadi disapu butter. Kemudian bahan gaul rata tadi dimasukkan semula dalam kentang yang 3/4 tadi tu. Balut dengan aluminium foil, tabur sedikit grated parmesan cheese dan black pepper. Masukkan semula dala microwave. Masak pada suhu medium high selama 3-5 minit, atau sehingga cheese cair.


Siap!

Friday, August 20

Lagi Beberapa Minit

sebelum mengetuk punchcard. Hehehe.


Hopefully jalan tak berapa nak jem hari ni. Ingat nak masak black pepper chicken sempoi petang ni. Lepas tu kita goreng fries. Then buat coleslaw sekali. Disertakan dengan mushroom soup sebagai pembuka bicara selera.


 Oh sedapnya.


Oh oh takpun ayam tu makan jek dengan nasi goreng. Ekekeke. Ok apa?


Tentang Irma

Tentang Irma pula.


Hari tu bawa dia ke klinik untuk injection booster 2 tahun. Ye tau lambat hantar. Lambat 3 bulan. Ekeke.


Kebetulan masa tu Imran batuk dan selsema, so bawak sekali la Irma untuk injection tu.


Irma sangat bagus. Tak menangis sikit pun. Good girl!


Esoknya badan Irma naik biji-biji. Memula ingatkan ruam panas. Mungkin sebab lepas injection budak biasanya demam so keluar la heat rashes tu kan. Tapi, Irma tak demam la pulak.


Banyak gila biji-biji tu ok. Satu badan penuh, except kat muka. Muka menten kulit licin berseri :)


Yang paling harunya bila Irma asyik mengadu dia sakit kat 'situ'. Gatal kan. So bila pakai diapers takde pengudaraan kot tu yang jadi makin merah-merah tu. Isk. Saya tengok pun ngeri. Huhu. Sian Irma. Lepas tu kat betis dia, dia asyik garu-garu, especially masa tidur. Gatal sangat la tu kot. Habis betis anak mak berdarah-darah, berkudis-kudis. Huhu. Bila dia nak garu, saya tak bagi. Saya kata nanti kulit tak cantik. Tau apa dia jawab?


"Nanti takleh jadi pinses."


Hihi.


Lepas tu bawak la Irma ke klinik. Doktor tu kata tak mungkin la allergic pasal injection tu. Erk, kenapa tak mungkin pula ek? Habis tu kenapa biji-biji tu naik lepas injection? Doktor tu takmo langsung terima alasan yang injection tu MUNGKIN menyebabkan naik rashes tu. So, malas nak argue, saya jawab ajelah, "Kebetulan."


Nak kata Irma makan apa-apa yang boleh mencetuskan ruam-ruam tu, takde pulak dia makan yang pelik-pelik. Takde pulak makan seafood ke, kacang ke apa. Entah la.


Sudahnya doktor bagi ubat sapu dan ubat makan untuk allergic. Alhamdulillah biji-biji tu dah berkurang sikit. Masih ada lagi tapi tak obvious sangat la macam hari pertama dia kena tu. Kudis-kudis tu dah jadi parut. Harapnya bukan parut kekal la.


Down With Fever

Dah beberapa hari Imran batuk + selsema. Dan dah beberapa hari juga saya ambil EL untuk bawa anak-anak ke klinik. Oh Irma pun ada kisahnya jugak. Tapi tu kita cerita kejap-kejap lagi ok :)


Malam tadi Imran ikut aunties nya ke Carr.efour. Masa balik tu mata dia nampak dah kuyu je. Mungkin sebab siang dia tak tidur, so dia ngantuk. Lepas tu tetiba dia merengek kata, "Sejuk! Sejuk!"


Bila ditanya apa yang sejuk, dia tunjuk kaki. Dia kata kaki dia rasa sejuk. Eh? Apasal tetiba kaki sejuk pulak kan. Bila rasa, takde la sejuk pun. Cuba nak selubung kaki dia dengan selimut, tapi dia takmo. Rasa dahi dia. Ya Allah! Panas kemain! Cecepat la saya bagitau En Abah.


Lepas tu terus la bergegas ke KP.MC Kajang. Sebenarnya kami tak familiar dengan medical center yang ada kat Kajang ni. Selalunya pi klinik panel je. Takpun ke klinik paed. Tapi masa tu dah dekat pukul 11. Mana ada klinik yang bukak lagi kan. KP.MC ni lah satu-satunya medical center yang terlintas dalam kepala masa tu. Plus pernah bawa Imran ke sana, sekali. 


Sampai sana, doktor shift malam belum sampai pun lagi. Dok melepak la tengok 'TV betar' (bak kata Imran) layan drama Melayu yang kat TV3 tu. Apa tajuknya eh? Tak pernah tengok pun selama ni. Eheh.


Masa menunggu tu nampak Imran macam dah aktif semula walaupun badannya still panas. Siap menceceh kata, "Mana ni? Lambat nyeeeee....!" Ceh. Padahal tunggu doktor dalam 15 minit je pun. Haha.


Kitoranglah satu-satunya patient malam-malam buta tu. Hehe.


Masa doktor panggil, cek itu ini, kata doktor Imran ada infection disebabkan selsema dia tu. Hm... lama jugak sebenarnya selsema dia tu berlarutan. Nak dekat seminggu jugak lah. Ubat makan, tapi macam takde effect. 


Ekceli memang dah lama detect dah. Kalau pi klinik panel kat CP tu, memang selalunya ubat-ubatnya tak jalan. Last-last orang yang sakit biasanya baik sendiri, padahal ubat dah habis makan pun. Kena pi kali kedua then baru okey. Hmm... ni strategi nak kaut untung lebih ke hape, tak tau lah. Pepaham je lah kalau klinik panel claim kat company, memang tetiba je ubat-ubat tu semua jadi mahal kan. Padahal kalau bayar sendiri around RM15 je. Bila tengok bil yang diorang claim tetiba jadi RM40 -RM50 gitu. 


Dulu masa En Abah sakit pergelangan tangan tu, memula doktor A kata takde pape. Terseliuh gitu la lebih kurang. Bagi ubat sapu je. Tapi makin hari makin sakit pulak tangan En Abah, sampai nak drive pun susah. Dah la pakai kereta manual kan. Tangan kiri tu penting nak tukar-tukar gear.


Lepas few days, datang balik kat klinik tu, tetiba doktor B pulak kata kena xray. Oh. Retak rupanya. Kalaulah En Abah biarkan aje sakit tu, entah apa jadi agaknya kat pergelangan tangan dia. Huhu.


Ok. Balik pada cerita asal :P


Balik KP.MC, singgah drive-thru McD. Konon nak ala-ala manjakan Imran la kan sebab tak sihat. Punyalah dia suka.


Sampai je rumah, bila time makan ubat, meraungnya tak hengat! Padahal selama ni dia jenis suka makan ubat. Suka okeh. Sampaikan kalau ubat untuk adik dia pun dia nak tumpang sama kalau boleh. Malam tadi pulak dia takmo. Mungkin ubat tu tak sedap kot. Plus rasa tak sedap badan ke apa kan. 


Punyalah susah nak bagi dia makan ubat! Memula tu siap 3 orang pegang dia nak bagi makan ubat. 3 orang tuu. Anak mak memang kuat okeh. Kalau takat sorang je nak pegang dia masa dia meronta-ronta, alamatnya kena la tumbukan manja ke apa kat pipi, hidung, dagu dan yang sewaktu dengannya :)


Lepas dah beberapa kali tu, dia surrender. Takmo kena pegang ramai-ramai. Sakit kot. Tapi tetaplah menangis masa makan ubat. Lepas tu taknak orang lain suapkan. Nak Aunty Adik je yang suap. Orang lain boleh blah. Hehe. Maklumla Aunty Adik tu memang suka manjakan Imran. Belikan toys la, bagi main game kat hp la. Bukan macam mamanya ni. Hihi.


Selesai adegan berkungfu berkuntau, barulah Imran tidur. Fuh lega.


Pagi tadi lepas sahur, Imran terjaga. Meraung-raung lagi. Badan dah panas balik. Panas gila! Ikutkan hati nak je amik cuti. Tapi untuk bulan ni tah berapa kali tah saya dah amik cuti. Cuti anak sakit, cuti saya sendiri sakit. Ah. Banyaklah. 


Nasib baik Aunty Adik sudi ambil half-day hari ni. Maklumlah bos dia takde petang karang. Kekekeke. So lepas makan ubat tadi Imran tidur, mungkin dia akan bangun dalam pukul 12 kot. By that time Aunty Adik dah on the way balik lah kot.


Oh. Doktor kata biasanya lepas dua kali makan ubat ni, Insyaallah demamnya akan kebah. Tapi kalau after 3 days demam masih tak baik, kena ke sana semula untuk ambil darah. Huhu.


Harap-harap takde apa-apa la. Cepat-cepatlah sembuh ye sayang. Risau mama.


Thursday, August 19

Jawapannya ialah...

Nampaknya saya tak menerima apa-apa jawapan. Ke takde orang baca kot blog ni? Ekekeke.


So, korang nak tau cengkaruk tu apa?


Ekceli, mak sendiri pun tak pasti le asal-usul nama air ni. Kata En Abah, family belah MIL yang dok sebut-sebut nama air nih.


Cengkaruk itu ialah....





























































































Air kelapa + Sirap!!!


Hehehe. Sedap woo! Dah la air kelapa memang sedap kan. Lepas tu tambah pulak dengan aroma sirap ros yang wangi tu. Minum pulak masa cuaca panas-panas. Pergh. Memang mengancam jiwa raga!


Semalam sesaja En Abah bawa balik air cengkaruk tu. Mula-mula saya agak skeptikal la, habis ke air ni karang? Semua orang macam dah kekembungan kekenyangan je.


Sekali tu habis daaa! Licin satu jag besar 2 liter tuh. Hamek! Hehehe.


Oh En Abah takdelah letak nama 'air cengkaruk' masa kat pasar. Kang takut pulak orang nak beli kan. Bunyi macam ganas je. Hehe. En Abah tukar nama cengkaruk kepada 'air kelapa ros'. Haaa sedap sikit bunyinya kan.

Setelah Seminggu Berpuasa Baru Hari Ni Nak Letak Menu Berbuka :P

Tapi gambar tetaplah menggunakan sumber dari Makcik Google kan kan. *Koser haku nak amik gambor makanan depan mak bapak. Ekekeke.*


Setiap tahun biasanya kami berbuka dengan nasi dan lauk-pauk. Oh memang makan heavy punya. Tengok body lah kan.




Tapi tahun ni mood nak makan nasi tu kureng sikit lah. So far, masa hari pertama dengan kedua je kot berbuka makan nasi. Lepas-lepas tu start makan benda selain dari nasi. Eheh.


Ada sekali tu berbuka makan cucur udang dengan tauhu sumbat aje. Kenyang!






Menu berbuka semalam ialah bihun goreng dengan bamia. Bamia ni makan dengan roti. Sedap weh. Mak sukak. Oh ada jugak roti john yang adik saya beli kat param dekat2 rumah ni. Air pulak air durian belanda lebihan jualan En Abah. Slurpp! Terbaekk wok!




Setelah menggoogle barulah mak tahu yang bamia ni resepi dari Iraq. Ekekeke.




Bercakap pasal jualan En Abah, menu En Abah semalam ialah soya panas, soya sejuk, air jagung, anggur laici, cengkaruk, teh dan teh o panas. 


Haa... siapa pernah dengar cengkaruk ni? Mak first time dengar lepas kahwin dengan En Abah la. Terkebil-kebil bijik mata bila MIL sebut cengkaruk tu. Hoh? Apakah cengkaruk? Macam cengkerik je bunyinya??


Jadi, soalan untuk hari ini ialah - apa itu cengkaruk? Hehehe. Tapi takde hadiah disediakan ye. Ekekeke.


Gambar adalah ihsan Makcik Google.


Wednesday, August 18

Terbalik

Baru perasan saya pakai tudung terbalik hari ni. Hahahaha.


Cepat2 le masuk dalam surau, betulkan balik. Haiyo. Ni kes ngantuk sangat pagi tadi lah ni.


Hujan Oh Hujan

Semenjak start Ramadhan ni, rasanya setiap petang hujan kan?


Hujan itu rahmat. Namun hujan yang sangat lebat turut membuatkan bisnes En Abah sedikit terganggu. Cuaca sejuk-rasa-macam-nak tido-dalam-ofis, siapa pulak nak beli air sejuk-sejuk kan. Apapun kami percaya, rezeki itu tetap ada.


Jadi, Insyaallah hari ni, selain dari air sejuk-sejuk, ada jugak air panas-panas. En Abah bercadang nak jual air teh dan teh o panas petang ni. Tapi, boleh juga request kalau tetiba customer nak teh ais pula :)


Kalau time hujan, korang suka minum air apa?


Nota ZZ: ZZ teringin nak kupas pasal satu isu ni. Tapi rasanya tak sesuai nak diceritakan sekarang. Mungkin lepas raya nanti boleh diselongkar pasal benda ni. Huhu.


Monday, August 16

Pinter Pinter Lit-les Sta

Pinter pinter lit-les star
How I *^%##()&^% are
Up ebev *^%##&( high
Like a *^$%#^&(( sky
Pinter pinter lit-les star
How I &%$^*(*&$^ are...


Pandai!!!! *clap clap clap*



Ini ialah hobi Irma di masa lapang sekarang ni. Dia nyanyi lagu Twinkle Twinkle Little Star sorang-sorang. Pastu puji diri sendiri pandai. Ekekeke.


Erm... adakah budak lelaki memang malu-malu nak nyanyi? Hehehe. Sebabnya, kalau suruh Imran nyanyi lagu 'Pinter-Pinter' tu terus dia cakap, "Abang tak tau arr..."


Tapi kalau kita nyanyi sama-sama dengan dia, pastu tang perkataan hujung tu kita senyap, pandai pulak dia sambung. Contohnya kalau saya nyanyi "Twinkle Twinkle Little~", nanti cepat-cepat dia sambung "~Tar". Hehehe.


Imran sekarang dalam proses potty train. Ye, memang agak lambat. Different kids, different pace, kan? Potty train masih tak dapat nak berjalan sepenuh masa. Cuma time malam (until sebelum tidur) dan weekend sahaja. Time ayah saya jaga saya redhakan ajelah pakai diapers. Kesian kat ayah.


So far, dia masih belum boleh nak bagitau bila dia nak kencing. Bila dah terbabas baru bagitau. Kalau terlambat sikit je kita bawa dia ke toilet every 15-30 minutes, ready ajelah nak mengelap lantai. Hehehe.


Doa Kami Untuk Beliau

Semalam family saya berkejar ke Muar. Kata sepupu saya, bapanya nazak.


Sebenarnya bapa saudara saya dah agak lama dimasukkan ke ICU. Puncanya saya kurang pasti. Apa yang saya tahu, bapa saudara saya sedari dulu menghidap penyakit kencing manis dan darah tinggi. 


Beberapa minggu lepas saya ikut family saya ke Muar untuk menziarahi beliau. Masa tu dia masih dalam ICU, diberi ubat tidur. Mungkin untuk beri ruang dia berehat selepas pembedahan.


Selepas beberapa siri pembedahan, bapa saudara saya masih koma. Kalau tak silap saya, kuman dah merebak ke seluruh badan.


Sedih juga sebab tak dapat ikut ke Muar semalam. En Abah pun sedih sama. Apa boleh buat. Berita yang kami terima agak lewat. Masa tu En Abah dah siap segala persiapan untuk berniaga petang semalam. Ayah saya pun agak keberatan untuk biarkan kami turut serta ke Muar. Maka tinggallah kami berdua.


Alhamdulillah, bapa saudara saya tak apa-apa walaupun masih lagi koma. Semoga beliau cepat sembuh dan sedar dari komanya. Kesian kat mak saudara saya yang menyambut puasa tanpa suami di sisi. Diorang suami isteri memang cukup akrab. Tengoklah gambar kat bawah ni.



 Semasa majlis perkahwinan saya


Semoga Pak Atan/Bapak cepat sembuh. Aminn...


Menu Hari Ini

Menu gerai minuman En Abah hari ni. Insyaallah.

Durian belanda

Teh bunga

Anggur laici


Kiwi


Jagung


Tembikai Susu




Gambar dicilok dari En Google.

Thursday, August 12

Berapa Harga Dia Ek?

Saya nak tumpang tanya. Ada tak sesiapa yang tahu berapa harga meja plastik yang foldable tu ye? Ala... meja yang biasa ada kat kedai makan tu. Tapi bukan yang topnya kayu (4 segi sama). Top dia plastik, bentuk segi empat tepat.


Berapa harga dia ek?


Kalau harga dia RM75 seketul mahal ke berpatutan?


1st Ramadhan @ Bazaar Seksyen 18

Alhamdulillah. Berlalu sudah hari pertama berpuasa.


Semalam tepat pukul 4.30 petang saya dah punch card. Hehe. Memula ingat nak terus balik rumah. Tapi tergerak pula hati nak menjenguk En Abah. As I mentioned before, En Abah buka gerai minuman kat bazaar Ramadhan Seksyen 18. 


So, ke Seksyen 18 lah saya.


Gerai En Abah sebelah dengan gerai mee rebus. Sebelah lagi saya tak sure dia jual apa, tapi rasanya gerai tu jual macam-macam jenis cucur kot.


Masa memula sampai tu, bila tengok meja tempat En Abah letak air, dah terdetik kat hati saya, 'eh meja ni semacam je'. So saya bagitau la En Abah. Tapi mungkin masa tu En Abah busy, dia tak dengar kot apa yang saya cakap.


Tak lama lepas tu, bedebush! Meja runtuh daa... Habis air soya satu balang. Huhu. Alhamdulillah lagi 5 balang tu tak apa-apa. Air yang dah siap-siap dibungkus tu terpaksa la letak belakang. Takkan nak jual kat orang kan. Tu jadi hidangan berbuka puasa kami la. Hehe.


Lepas tu terus pecut ke Gi.ant, beli meja baru. Dugaan hari pertama. Kata akak gerai sebelah, tu tandanya rezeki. Yup. Bukan rezeki kami nak jual air soya semalam.


Alhamdulillah, lepas je setup gerai semula, orang tak putus-putus datang. Syukur lah En Abah dan staf-stafnya tak patah semangat. 10 minit sebelum Maghrib, semua balang berjaya dikosongkan. Alhamdulillah.


Masa berbuka, kitorang semua minum air je. Tak larat oh nak makan apa-apa. Ececeh macam la saya tolong En Abah. Saya tolong tengok je. Eh bukan. Saya tolong temankan je. Bagi moral support. Ekekeke. 


Sampai rumah, kerjanya membasuh semua balang-balang air dan segala mala peralatan yang ada. Lepas tu, masak air gula pulak. Pagi ni En Abah kena sediakan pati dan jus buah-buahan. Pati dan jus mesti dibuat setiap hari. Tak boleh disimpan-simpan. Tak boleh buat stok seminggu. Habis la tak fresh airnya kan. 


Letih. Memang letih. Tapi puas. Jangan sangka mudahnya menjual air. Komitmennya bukan sedikit. Bila En Abah melompat masuk dalam bisnes ni, barulah terbuka mata saya. 


Hm. Itulah cerita hari pertama puasa saya. Apa cerita hari pertama kawan-kawan? :)


Wednesday, August 11

Salam Ramadhan....

Sempena hari pertama Ramadhan ini, saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Berpuasa kepada semua pembaca-pembaca blog saya. Saya juga ingin memohon ampun dan maaf sekiranya adaterkasar bahasa, terlebih bicara yang membuatkan kawan-kawan tersinggung atau terasa hati.


Selamat Menyambut Ramadhan al-Mubarak...


Nota ZZ: Kepada warga Shah Alam, sudi-sudikanlah berkunjung ke gerai minuman En Abah di Bazaar Ramadhan Seksyen 18. Menu air hari ni Insyaallah ada air tebu, soya, tembikai laici, mangga, milo ais, iced lemon tea. Jom jenguk! :))


Monday, August 9

Entri Bergambar: Zoo Negara

Amaran : Entri ini juga penuh dengan gambar. Sila sediakan baldi atau klik saja X di bahagian atas kanan PC anda. Baldi boleh ditempah pada CIB. Ekekeke.


Ini gambar-gambar masa pi Zoo Negara hari tu.


 Tengah tunggu En Abah beli tiket. Ini adalah gambar sebelum disuruh senyum.


Selepas disuruh senyum :D


Lagi sekali, sebelum disuruh senyum. Moncong jek.


Lepas disuruh senyum. Ekeke.


"Tu apa tu mama?"


Oo... tu bear tengah meroyan :P


Kambing pun ada. Manja-manja lagi.


Nak tau kenapa budak yang basah dek peluh ni gelak sakan? Dia baru lepas masukkan jari dalam hidung kambing tu!!! Haih.


Ok. Jom amik gambar dengan mama. Imran diri depan mama ok. Kasi cover perut mama. Kalau tak cukup, kita cover dengan watermark :P


Berposing tanpa gambar perut adalah lebih afdholll....


Anak bujang sorang ni suka betul dengan topi berkipas dia tu. Mama dia pun pakai jugak. Pakai Irma punya. Best woo! Sejukk je rasa. Peluh-peluh kat dahi pun tak sempat menitis :P


Imran naik 'gajah'. Irma takut. Dia ingat tu gajah betul kot.


Kontrol macho beb.


'Terima kasihlah sebab bagi saya makan sayur daun(?) nih.' -->;Dialog rekaan untuk binatang yang paling kenyang kat Zoo Negara.


Penatnya berjalan. Jom kita rehat kejap.


'Ai punya tebu mana??? Meh bagi sikit!' --> Dia ni pun antara binatang yang paling kenyang kat zoo.


Fuh. Dapat lepak kejap kat dalam bilik ber-air cond tengah hari buta ni memang heaven!


Irma posing kat binatang apa tah ek. Lupa lah.


"Tiger tangkap fish, mama!" kata Irma.


Best tak gi zoo nih?
"Best!!"


Best sangatsampai takmo bukak topi ada kipas nih. Oh sila abaikan perut anak bujang mak tu yeaa... Ekekeke.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!