Thursday, September 30

Makan Makan Makan

Hari ni ada jamuan raya kecil-kecilan kat ofis. Kecil-kecilan bermaksud buat untuk kitorang2 ni je. Biasanya siap jemput orang dari ofis2 lain. Tahun ni bajet selim-melim so tak dapek la nak jemput orang lain.


Walaupun kecil-kecilan makan tetaplah mewah. Nasi hujan ribut panas, ayam masak merah, rendang (ke opor? tah. mak tak makan lagik) ayam, acar, dalca, rendang paru+limpa (ai tak reti makan limpa. huhu), buah-buahan dan kuih-kuihan :P


Mintak maap gambar takde sebab mak punya ofismet belum upload kat FB. Hehe. Nak harap kamera sendiri nan ado. Kot nanti dah ada mak tepek la dalam blog ye.


Alhamdulillah kenyang banget hari ni. 


Part tak best hari ni ialah tak pasal-pasal nama naik kena attend entah ceramah apa ntah. Tak de submit nama apa-apa tetiba dapat email suruh pergi. Terkejut badak ko. 'Saya yang menurut perintah' aje lah nampaknya :)


Wednesday, September 29

Kunci Kereta

Pagi tadi seperti biasa saya nak bertolak ke ofis. Cari kunci kereta yang memang biasanya letak kat dalam satu bakul kecik atas meja. Tapi tak jumpa.


Puas geledah satu rumah. Tak jumpa juga. Sudahnya saya pinjam kereta adik saya yang kebetulannya sedang outstation di Terengganu.


Baru tadi dapat panggilan telefon dari ayah saya. 


"Imran bangun, ayah tanya dia mana kunci kereta bapak. Lepas tu dia tunjuk 'Kat citu la atuk'."


Kunci kereta elok terletak dalam salah satu 'lubang' speaker kat sebelah TV. Heh. Kat situ pulak dia letak. Mana la nak terpikir ada kunci kat dalam speaker tu kan. Bertuah punya budak.


Tuesday, September 28

Proses Pertukaran Lagi

Tak habis-habis nak cuba tukar susu anak si ZZ ni kan? Ni lah susahnya kalau minum FM. Nota untuk diri sendiri - untuk anak ketiga, sila BF sepenuhnya sampai besau!


Memandangkan harga susu Pediasure sudah toing toing toing naik harga macam roket, terpaksalah saya ambil inisiatif untuk tukarkan susu Irma. Try susu murah, dia muntah-muntah, berry cair lah. Lepas tu try pulak susu yang boleh tahan mahal - Sustagen dan Enfakid (ke Enfagrow eh) - naik pulak merah-merah kat private part dia.


Kali ni, saya try susu yang saya sendiri minum masa baby dulu. (Yup, saya pun salah seorang baby yang tidak diberi susu ibu. Huhu.) Susu apa? Susu S26. Tapi bukan yang Gold tu. Yang Gold tu pun boleh tahan jugak harganya kan? Ni yang kotak kaler purple pink tu.


So far, Alhamdulillah Irma boleh minum susu ni. Takde muntah-muntah, takde merah-merah. Syukur sangat. Kalau tak, tercekik jugak la rasanya nak beli susu Pediasure tu. Huhu. Bayangkanlah harga baru nya RM65 (900 gm). Harga asal dalam RM56. Tak ke meroket namanya tu?


As for Imran, masih setia dengan Isomil. Still tak boleh consume cow's milk dalam kuantiti yang banyak. Takat minum vitagen ke, Milo kotak ke, yogurt ke, boleh la. Tu pun tak boleh banyak-banyak. kalau tak, get ready aje lah untuk stay up malam nanti. Ngee...


Monday, September 27

Jangan La!!

Semalam masa En Abah nak balik ke Seremban, Irma menangis-nangis nak ikut. Mula-mula dialog biasa dia, "Nak ikut bapakk!!!"


Lepas tu, masa kereta En Abah dah sampai dekat simpang tu, Irma siap meraung lagi, "Jangan la bapak!! Jangan laa!!!"


Aiseh. Sayu hati mak.



Takpe la Irma. Jumaat depan bapak balik :)



Friday, September 24

Lalu Sini La

Semalam entah macam mana masa borak-borak dengan Imran, timbul la cerita pasal pregnant.


"Dulu Abang duduk dalam perut Mama ni tau. 9 bulan Abang duduk. Lamaaa!" kata saya.


Lalu Imran sangat amazed. Pelik agaknya bila dia compare kan diri dia dengan perut saya.


"Ye ke? Abang duduk dalam pewut ke?"


"Iye."


"Abang nak masuk balik lah." Hoh?


"Hehehehe. Macamana Abang nak masuk?? Abang dah besar laa... "


"Te-ai (Try) la. Abang nak masuk la."


"Abang nak masuk lalu mana?"


"Lalu sini la." --> Tunjuk pusat. Hihihi.


Thursday, September 23

Pegawai Penguatkuasa (Yang Boleh Tahan Garang Lah Jugak)

Kalau dia nampak kita nak makan, dia cakap, "Makan baca doa dulu lah!"


Padahal dah baca doa dah pun.


Kalau dia terdengar orang sebut perkataan 'gila' atau 'bod*h', dia cakap, "Nape cakap-cakap gila/bod*h?!"


Padahal ayat penuh yang ada perkataan 'gila' tu adalah seperti "Huiyo... cantik giler ah baju tu!" 


Ok. Tiada alasan untuk perkataan 'bod*h'. Memang tak patut sebut pun kan.


Kalau kita tegur dia bila dia campak-campak mainan dia, atau bila kita tegur adik dia sebab panjat-panjat tangga dengan aksi ekstrem, dia cakap, "Nape malam-malam cakap jerit-jerit?!!"


Padahal hari tengah siang. Padahal tak jerit-jerit pun. Padahal dia yang menjerit-jerit (tinggi suara).


Haiyoh ini budak. Macam pegawai penguatkuasa! Macam pengawas sekolah pun ada. Manyak galang woh.


Wednesday, September 22

Kisah 28 Ramadhan 1431H

Kisah dua minggu lepas tapi mak tetap nak cerita jugak.


Kisahnya, hari-hari terakhir puasa staf En Abah dah pun ambil cuti balik ke kampung masing-masing. Kerana ingin menjadi isteri mee-tali mithali saya pun tolonglah En Abah menjual air di param. Kekok ok! Nak ikat plastik air bagi nampak gelembung-cantik-macam-belon-lagi-menaikkan-nafsu-akibat-dahaga pun terkial-kial. Hoho.


Tapi kisah kegagalan mengikat plastik air bukanlah kisah utamanya.


Teruskan membaca :P


Lepas tutup gerai maka dengan langkah lemah gemalai persis ratu cantik kepenatan saya pun pergi lah ke kereta warna hijau saya tu. Buka pintu, masuk, tutup pintu, start enjin. Eh, tak boleh. Try lagi. Tak start jugak. Ah sudah.


Minta tolong En Abah tengok. Rupa-rupanya bateri kereta dah kong! Aiyakk! Macam mana ni? Jump start lah, apa lagi. 


Lepas beberapa kali cubaan untuk jump start kereta, maka kereta hijau saya tu pun mengaum lah. Dek kerana saya ni penakut lagi tidak berani, saya tukar kereta dengan En Abah. Pape hal jadi kang tak pasal-pasal haku panik tak ke naya.


Lepas tol RM1.10 dekat Subang tu, En Abah bagi signal kat saya suruh berhenti. Rupa-rupanya enjin kereta mati sendiri. Sah! Bateri kereta memang dah weng habis. Jump start lagik. 


Lepas tu kat tol Batu 9, lagi sekali enjin mati. Ehh... pandai pulak kereta ni pilih lokasi ye. Semuanya lepas tol. So, jump start lah lagi. 


Dekat traffic light simpang nak masuk ke rumah saya, mati lagi. Adeh. Kali ni lokasi sungguh tak strategik. Betul-betul berhenti kat simpang antara traffic light dengan simpang ke kiri yang gila banyak kereta lalu. Ah sudah. Camno pulak nak bagi kereta saya dan kereta En Abah ni mengadap? Yelah, nak jump start kena la dua2 kereta tu dok dekat2 kan.


Nasib baik la laki mak ada. Kalu dak, sumpah mak call je adik mak soh jemput. Tinggal jek kereta tu tetengah jalan. Huahuahua. Lepas jump start, siap baca-baca, hembus-hembus sikit kat kereta tu. Oh kereta tolonglah jangan mati enjin lagik selagi tak sampai depan rumah. Tup-tup, betul-betul depan rumah enjin mati untuk kesekian kalinya. Haha.


Oh nampak macam sekejap je nak jump start kereta tu kan. Tapi tidak ye puan-puan. Perjalanan yang biasanya 30-45 minit jadi 2 jam lebih okeh. Gila penat! Pukul 11 lebih baru le sampai rumah!


Lepas tu, atas permintaan En Abah, saya masakkan pulak rendang untuk jualan di param keesokan harinya. Hah. Dengan bahan-bahannya takde. Nasib la ada kedai runcit 24 jam kat area rumah tu. Pukul 2 pagi baru mak start memasak okeh. Sampai tertidur-tidur. 


Sudahnya, mak cuti emergency lah esoknya. Udah le kereta rosak. Kalau dak, boleh je nak menggagahkan diri ke ofis. Huhu. Seminggu lepas raya baru le ada chance nak tukar bateri. Memang kong habis la bateri tu rupanya. 


Tapi, Alhamdulillah, rendang air tangan saya laku habis kat param tu! Whoa. Dah la first time masak rendang nih. Serius! Ye lah, siapa boleh resist bau rendang yang sungguh marveles kan. Eh tapi rendang ai memang sedap okeh. Bukan saya yang kata, En Abah yang kata. Hihi.

Ramadhan kali ni memang bagi 1001 macam pengalaman baru kat saya. Lain dari tahun-tahun lepas. Bila ingat-ingat balik, kelakar pun ada.


Nota ZZ: Baki cutiku tinggal seciputtt...


Tuesday, September 21

Brrrrr....

*Ini bukan iklan Coke. Harap maklum.*


  1. Sejuk gila kat ofis nih. Walaupun boleh control suhu aircond tapi tetap rasa sejuk. Brr... menggigil-gigil mokcik.

  2. Bila menggigil cenggini, secawan hot cocoa adalah sangat melazatkan lagi menghangatkan badan.

  3. Pagi tadi dapat berita gembira dari En Abah. Dan... berita yang tak berapa best juga dalam masa yang sama. Huhu. En Abah akan mula bertugas di jelebu mulai esok, Insyaallah. So, bermula esok, En Abah akan jadi weekend husband. Sob sob. Takpelah. Demi tugas kan.

  4. Malam ni shopping raya baju kerja untuk En Abah. Bolehlah shopping mekap untuk diri sendiri jugak. Kohkohkoh. Eh silap. Shopping barang untuk hilangkan jerawat yang semakin bermaharajalela kat muka ni. Huwa!! Itu lebih penting dari mekap, tahu. Demm yuh kuah kacang. Kuah kacang pulak yang salah. Apahal lak kan.

  5. Setelah secawan hot cocoa habis, badan sudah kurang sejuk. Tapi hati pulak rasa tak keruan. Mari stop menulis dan bersedia untuk balik ke rumah.


Monday, September 20

Kad Raya dari Nadiah Sidek

Haih baru le hegeh2 nak mengutip kad raya orang bagi :P


Maklum le blog pun dah bersawang macam hape kan.


Kepada Nadiah... terima kasih atas ingatan :)




Cerita Raya 2010

Sana cerita raya, sini cerita raya. Seronok sungguh baca blog orang. Bila diri sendiri nak bercerita, rasa macam cerita basi pulak. Hihi.


Cerita raya kami, kisahnya, tahun ni mentang-mentang le LEKAS tu dah siap kan, so sekejap ke Cheras, sekejap ke Seremban. Gitu lah kekdahnya.


Pagi raya sambut di Cheras dulu. Lepas solat sunat raya, salam-salam, makan-makan, ambik gambar sikit2, barulah gerak ke Seremban.


Seperti biasa... mari kita menggunakan anak-anak untuk cover perut. Muahaha.


Tema caca marba hehehe



Memandangkan raya pertama jatuh pada hari Jumaat, sesi ziarah menziarahi sanak saudara ditangguhkan lepas solat Jumaat. So lepak-lepak dulu rumah MIL, then ke rumah SIL pulak.


Tema tahun ni - biru~~


@ SIL's


Lepas solat Jumaat barulah gerak ke Beranang, rumah saudara-mara En Abah.


Malamnya, balik ke Cheras semula. Hoho. Kata dah ada LEKAS kan. Highway belakang rumah MIL je.


Sabtu, kami ke Muar. Jenguk bapa saudara saya yang sedang tenat di ICU. Sayu je tengok mak saudara saya. Tapi syukur Alhamdulillah keadaan bapa saudara saya sudah semakin baik. Dah sedar, dah boleh bercakap sikit-sikit walaupun suara tak keluar.


Beraya di hospital :)


Ahad, duduk-duduk di rumah sambil menanti kedatangan saudara mara.


Isnin kami bertolak ikut konvoi in-laws. Mula-mula ke Jeram, kampung MIL. Jumpa saudara mara MIL kat sana. Sempatlah beraya 4 rumah. Lepas tu ke Klang pulak. Rumah Mak Long En Abah. Lepas ke Klang, kami ke Shah Alam pulak. Ke rumah Ucu En Abah. Fuh. Kenyang sakan hari tu.


@ Jeram


Yang paling 'menarik' nya, Imran seperti biasalah... bila dia sangat-sangat aktif, segala sistem dalam badan dia pun aktif sama. Asyik pi melawat tapak bilik air orang aje lah. Haha. Rasa-rasanya, ada lah 5 kali dia 'melawat tapak' dengan mamanya ni. Hehe.


Selasa, masih di Seremban. Gerak ke Melaka pulak. Rumah adik angkat MIL saya. Dari muda sampailah sekarang ni diorang masih berhubung. Dahsyat kan. Lepas ke rumah adik angkat MIL, ke rumah mak kepada adik angkat MIL pulak, juga di Melaka.


Hahaha terpaksa lentokkan kepala ikut Irma :P


Malam tu kami singgah rumah makcik saya kat Seremban. Rumah makcik punyalah dekat dengan rumah MIL, tapi tah raya keberapa baru laaa sempat jejakkan kaki. Hihi.


Rabu balik ke Cheras sebab mak saya jemput saudara mara datang makan-makan. Kiranya datang in one shot la kan. Senang. Sekali harung. Takyah susah-susah pikir nak masak apa. Menu utama ialah laksa. Lepas tu ada capati!! Home made okeh. Ni lah namanya 1Malaysia ye dok? :)


 Antara tetamu yang hadir. Mak? Mak jadi OD je. Orang Dapur... basuh pinggan aje lah keje haku.


Khamis pulak in-laws datang rumah mak saya. Lepas tu ikut diorang ke Sepang. Lepas tu ke open house kawan pulak. Giler lambat kitorang sampai. Majlis pukul 2-6 petang. Kitorang sampai pukul 6 lebih. Hihi bikin malu aje lah.Nasib baiklah masa sampai tu kawan En Abah ada lagi 2-3 orang. Cover malu sikit kan. Hehe. Lepas tu gerak ke Sri Petaling pulak. Rumah Pak Long saya.


Jumaat, kami ke rumah Mak Lang saya kat Cheras jugak. Siangnya tak buat apa-apa pun. Lepak depan TV je. Hoho. Sabtu kami ke Klang. Rumah dua pupu saya. Lepas tu ke Setapak pulak. Pergi ke sana mintak bantuan En Garmin. Tapi tetaplah sesat jugak. Hahaha. Camno tu? 


Ahad balik semula ke Seremban. En Abah ada urusan sikit. Oh family saya sempat lah datang beraya rumah MIL :) Petangnya SIL bawa budak-budak (dan mak budak nih) beraya kat McD. Muahahaha.


Oh panjangnya entri ni. Janganlah muntah pulak baca entri ni ek. Kohkohkoh. Gitu le aktiviti kami anak-beranak sepanjang cuti seminggu ni. Asyik beraya sakan. Badan mak pun beraya sakan uols. Naik le sikit. Nyampahs tau. Nak turunkan 3kg sebulan punyalah payah. Naiknya berdesup laju, tak sampai seminggu. Huhu. Apa boleh buat. Takkan datang rumah orang, tak makan pulak kan. Karang ada yang kecik hati. Ahahaha. Alasan je tuh Zety oii! Podah!!


Waduh Waduh

Seminggu bercuti raya, blog juga bercuti. Bukan takat bercuti dari berblogging, malah background blog pun 'bercuti' jugak untuk selama-lamanya. Baru hari ni ada peluang nak jenguk blog bersawang nih, tetiba je blogku sudah tunggang terbalik dek kerana background picture yang entah dah ke mana. Aiseh. Berserabut dan sakit mata bila tengok blog sendiri. Huhu.


So, for the time being, inilah rupa blog gue. Nantilah kot ada masa karang boleh le adjust apa-apa yang patut.


Mintak ampun mintak maap la kepada yang datang menjenguk blog ni masa raya hari tu. Gerenti sakit mata korang kan. Ampun ye!!!


Monday, September 6

Dari Saya Untuk Semua

Khas untuk semua kawan-kawan dan pembaca blog ni, terimalah kad raya saya yang seadanya ni :)






Pic from here, edited by me :)

Kad Raya Dari Kak Yong

Saya terima kad raya dari Kak Yong. Terima kasih ye :) Tiap tahun dapat :))




Ni lah kad pertama yang saya dapat tahun ni. Hihi. Ada jugak orang yang sudi bagi. Ai terharu :)


Kemunculan Yang Tidak Disangka

Raya dah dekat. Tapi kenapa time-time ni pulak dia muncul! Oh tidak!! Sakit hati gue. Tension okeh.


Kalau dia datang masa awal-awal puasa tu takpe la jugak. Ada masa mak nak 'halau' dia. Ni lagi empat hari je lagi nak raya. Sempat ke nak halau??!!!


Tension... tension!


Bukannya kecik. Besau yaamat!


Bukan gambar sebenar. Tapi kat situ le dia duduk. Huhu. Saiz pun sama kot. Huwaaa!!!


Oh jerawat! I hate yuh!





Friday, September 3

Pot Pet Pot Pet

Budak umur 3 tahun lebih mulut memang tak berhenti cakap ke ek? Anak bujang saya cuma senyap masa tidur dan minum susu. Kadang-kadang masa dia khusyuk tengok TV. Masa lain? Potpetpotpetpotpet. Hehe.


Ada sekali tu, kitorang dalam kereta. Saya dan En Abah borak-borak pasal apa tah. En Abah tengah bercerita pasal satu benda dia baca kat FB kot. Pasal betapa dia (dan saya) tak setuju dengan satu statement nih. So saya pun menmbah le perisa cerita tu. Dan suara adalah sedikit kuat, tanda menyokong En Abah yang tak suka dengan statement dalam FB tu. Err... ayat agak berbelit so pepaham sendiri je lah. Hehe.


Lepas tu terus Imran cakap, "Nape mama marah bapak?!"


Kuat ok dia cakap. Siap tanya dua kali. Dia marah, ingat saya marah En Abah. 


Cerita lain pulak, kawan lama saya menjemput saya berbuka puasa kat rumah dia. Ada beberapa orang kawan-kawan saya yang lain pun dijemput jugak. First time nih datang rumah dia.


Masa kitorang tengah mengadap makanan masa berbuka, tetiba je Imran cakap, "Makan kena baca (doa) dulu la!" Padahal kitorang dah baca doa pun. Hii... selamba je dia sound tau.


Then masa tu kawan saya nak ambilkan nasi & lauk untuk husband dia. So dia tanya la husband dia, "Abang nak ayam tak?"


Tak pasal-pasal Imran jawab, "Nak!" Eh. Orang lain pulak yang jawab. Haha. Maklumlah, kitorang kadang-kadang panggil Imran 'abang'. Sekarang ni pun dia panggil diri dia 'abang' instead of 'Ban'.


Macam-macam lagilah sekarang ni. Mulut becok kemain. Lepas tu selalu tepet orang. Bab bertanya tu takyah cerita la kan. Sampai tak reti nak jawab apa. Budak-budak tengah membesar memang banyak betul persoalan dalam kepala diorang agaknya.


Layan kan ajelah :))


Missed Call

Malam tadi ada 2 missed calls kat handphone saya nih. Dalam pukul 11.15 gitu. Saya kat toilet kot masa tu. Nombornya saya tak kenal. So, saya ignore aje lah. Koser nak call balik. Dah la memalam buta kan.


Pagi tadi tah macamana lupa pulak nak lock keypad handphone masa simpan handphone dalam handbag. Sampai ofis cek tengok2 ehhh saya ter-call pulak nombor malam tadi. Hm takpelah kot.


Few minutes later, dapat panggilan dari nombor tu. So saya jawab la. Dia kata nak cakap dengan Zainuddin. Saya cakap le salah nombor. Lepas tu, orang tu (perempuan) macam tak percaya pulak. Asyik cakap, "ye ke? ye ke?" as if saya ni nak sorokkan si Zainuddin tu.


Dia asyik kata la, ni nombor yang dia biasa call. Zainuddin tu dulu kerja Seremban la apa la. Segala sejarah dia cerita. Saya tetaplah menafikan saya tak kenal orang nama Zainuddin. Zinedine Zidane saya kenal la. Ok tu jawab dalam hati :)


Tapi dia tetap dengan skrip "ye ke?" dia. Terpaksa la saya explain panjang lebar yang nombor saya ni agak baru jugak la. Ada la dalam 5-6 bulan gitu. Agaknya En Zainuddin tu dah lama tak aktifkan nombor ni, tu yang Celcom cancelkan nombor dia and jual balik kot. 


Nasib baik la dia terima explanation saya. Kot tak percaya jugak, tak tau le. Kot dia ingat saya ni bercinta dengan Zainuddin tu ke, kena hambur sumpah seranah ke kan tak ke naya. Hihi.


Thursday, September 2

Simpan Dulu

Niat nak meronda-ronda tengah hari tadi ke Kompleks PKNS. Konon nak tengok-tengok kot ada kuih raya/baju raya/tudung raya/kasut raya yang berkenan di hati. Tengok je dulu. Belinya kendian.


Tapi niat yang suci murni untuk perabihkan duit tu terpaksa la kekal sebagai niat je dulu.


Tiba-tiba dapat call ada perbincangan pula petang ni. Tak sempat le nak berjimba-jimba. Takut tak dapat nak sampai ke tempat perbincangan tepat pada masa. Tak best la rushing rushing kan.


Esok lah kot.


Untuk Penjawat Awam...

Siapa yang dah dapat RM500 tu, angkat mouse!!


Adik saya dah dapat semalam. Saya belum lagi. 6hb katanya. Hui lambatnya... hehehe. Macam-macam benda yang dah bermain-main dalam kepala otak ni. Kekekeke.


Sabar Zety, sabar :P


Cuti Raya

Raya dah dekat so cerita asyik berkisar pasal raya je lah kan.


Saya belum apply cuti raya secara rasmi. Takat baru isi jadual cuti aje. Tahun ni tak berapa ramai officemate yang bercuti sakan. Tak macam tahun-tahun lepas. Kenapa ye?


Insyaallah tahun ni saya ambil cuti raya bermula 9hb sampailah 17hb. Lama ke tak lama? Tapi total annual leave yang diambil dalam 5 hari lah. 10hb memang sah-sah la cuti umum kan. Lepas tu 16hb pun cuti umum lagi. Cuti Hari Malaysia kan?


So, kawan-kawan dah apply cuti raya ke belum?


Wednesday, September 1

Style Orang Tua

Anak dara saya memang ada macam-macam style kalau merajuk. Latest ialah style orang tua. Hikhik.


Ada sekali tu, ayah saya nak bawa Imran pi jumpa kawan dia. Kalau bawa Irma sekali, agak susah ayah saya nak kawal kalau ada dua orang kanak-kanak yang super active nih. Jadi, bawa sorang aje lah. 


Kata ayah saya kat Irma, "Irma tinggal ye. Irma tolong nenek masak."


Irma anggukkan aje tapi mulut moncong sedepa. Lepas tu, ayah saya jadi kesian. Dia ajak la Irma ikut sekali.


Irma geleng-geleng kepala. Jawab Irma, "Ima tindal (tinggal). Ima tolon nenek masyak," sambil menyorok belakang kerusi. 


Bila ayah saya cuba pujuk jugak, ajak jugak, Irma tetaplah takmo pergi. "Taknak. Ima tindal yarr (laa)... Ima taknak itot (ikut)."


Taknak ikut tapi nangis-nangis konon sayu la sebab ayah saya tak bagi ikut. Hihi. Tak ke macam orang tua merajuk macam tu? Macam-macam lah anak dara nih.


Persiapan Raya

Salam 1Malaysia semua...


Ececeh. Tetiba jadi patriotik pulak. Maklumlah sempena genap 53 tahun Malaysia merdeka kan. Hehehe.


Macamana cuti merdeka korang? Saya duduk-duduk lepak kat rumah aje. Nak shopping raya, En Abah takde kat rumah pulak. Tak best lah kalau dia takde.


Apa menu berbuka semalam? Kitorang punya menu sempoi je. Mihun goreng basah dan jugak bubur nasi, request dari ayah saya. Lepas tu adik saya siap beli pizza frozen. Rumah takde oven, maka panaskan guna microwave. Hasil daripada 'selalu sangat' guna microwave tu, pizza pun menjadi keras-berdengkang-balik-kat-anjing-pun-boleh-mati. Haih. Nasib la weh. Nasib baik takde yang patah gigi masa mengunyah pizza tu. Haha.


Pagi tadi sahur dengan menu yang sama. Masalahnya gas pulak tetiba habis. Nak panaskan mihun, terpaksa la gunakan dapur gas yang portable tu. Tapi lamanyaaaa mak aiii nak panaskan mihun. Last-last makan dalam keadaan sedikit kelam-kabut sebab dah nak imsak. Tercekik mak. 


Oh ye, tahun ni kuih raya berapa jenis? Saya pun tak sure la berapa jenis yang ada tahun ni. Tapi yang pastinya, semua kuih tunjuk je. Ekekeke. Saya sendiri order sejenis je dari opismet ni. Jadilah kan. 


Sambutan raya tahun ni rasa sangat sederhana. Puasa pun tak terasa sangat penatnya berbanding tahun-tahun lepas. Mungkin sebab kali ni saya keluar kerja awal. Jalan pun tak berapa jem. Kalau tahun-tahun lepas tu, kalau tak spend masa lebih 2 jam dalam kereta, tak sah! 


Mungkin juga sebab tahun ni banyak kali hujan waktu siang. Rasa panas tu kuranglah sikit kan.


Or mungkin juga sebab tahun ni En Abah berniaga di bazar Ramadhan instead of bazar Aidilfitri. Kalau kat bazar Aidilfitri tu, rasa macam tak sabar-sabar nak raya. Sebab tengok orang datang beli-belah untuk raya kan. Kalau kat bazar Ramadhan ni pulak, rasa macam... biarlah lambat lagi raya. Makin dekat nak raya, makin pendek jugak la masa yang ada untuk berniaga kan. Ekekeke.


Papehal pun tak kisah la sambutan raya tu macamana. Ikut poket masing-masing. Yang penting, jangan membazir dan berbelanja mengikut nafsu.


Renung-renungkan, dan selamat beramal! :P


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!