Tuesday, November 30

Meh Nak Cerita Sikit

Memandangkan kamera pinjam tak berada dalam tangan saya sekarang, maka tidak dapat lah nak upload gambar masa kat Vietnam sana. Tak syok pulak cerita kalau takde gambar macam entri dulu-dulu tu kan. Jadi hari ni takde lah cerita pasal travelling kat sana.


Tapi, saya nak share sedikit sebanyak pengalaman/tips membeli belah perabih duit saya kat sana. Kalau boring atau malas nak baca boleh klik X kat belah kanan atas tu ye :)


Night Market dan Ben Thanh Market di Ho Chi Minh City

  1. HCMC ni penuh dengan motor tapi takde masalah nak melintas jalan sebab kat sana takde Mat Rempit. Hehe. Kebanyakan penunggang bawa motor dengan berhemah (walaupun bawa motor main belasah je masuk lorong sana sini) dan beri laluan kepada pejalan kaki.

  2. Harga T-shirt di pasar malam agak tinggi (saya terkena 110,000 Dong) padahal kualiti zero. Ada juga yang ok tapi harga pun 'ok' jugak. Kena pandai tawar menawar la kot. Better beli kat Ben Thanh market. T-shirt pada kualiti yang sama cuma 30,000 Dong je. Dalam RM5. Kedai dekat dengan pintu nombor 4.

  3. Tips shopping di Vietnam (especially area HCMC) - kalau tak berminat nak beli, JANGAN tawar harga. Boleh tanya harga, tapi jangan tawar. Nanti dia akan paksa kita beli. Kalau tak beli nanti dia mengamuk. Ok bukan mengamuk la. Tapi marah-marah. Bayangkan di Petaling Street. Macam tu lah situasi nya di HCMC. Tawar-menawar kalau betul-betul berminat nak membeli. Tapi kalau pandai tawar harga, memang boleh dapat murah.

  4. Ikut kata tourist guide kami, sentiasa jaga harta benda anda sebab penyeluk saku berleluasa. Alhamdulillah kami tak terkena.

  5. Kalau beli barang elakkan beli sorang-sorang. Bawa kawan untuk jadi saksi berapa Dong yang kita dah bayar so tak tertipu masa pulangkan balance duit. Ada sekali tu saya nak beli air. Harganya 15,000 Dong (dalam RM2.50). Bagi duit 100,000 Dong. Patutnya balance 85,000 Dong kan? Mula-mula tu dia pulangkan 80,000 Dong je. Dia layan customer lain. Bila minta balik lagi 5,000 Dong tu, baru la dia bagi. Tu pun sebab En Abah ada sebelah saya. Kalau saya sorang-sorang agaknya mungkin dia tak pulangkan kot. Silap-silap dia ngaku dah pulangkan duit. Huhu.

  6. Harga barangan sering bertukar ikut currency USD. Kalau USD naik, naiklah harga barang and vice versa. Harga masa weekend pun berbeza dengan harga masa weekdays.

  7. Tawar harga 50% - 70% dari harga yang dia buka. Ada sorang tu beli beg, harga asal 500,000 Dong (dalam RM83). Dia tawar dapat 200,000 Dong (dalam RM33). Kan jauh bezanya tu.

  8. Kalau boleh kaji dulu harga semua kain/souvenir kat both pasar malam dan Ben Thanh market. Then pilihlah gerai yang kita puas hati dengan harga dia. Kami tak sempat nak kaji semua gerai disebabkan faktor anak dara yang asyik nak jadi koala bear. Patah pinggang makcik!

  9. Ada penjual-penjual yang bawa barang kat kita masa kita keluar hotel. Tips membeli dari peniaga jalanan ni - tunggu masa last day. Bila dia nampak kita bawa luggage besar-besar, dia tau kita nak balik so dia akan jual pada harga murah. Desperate nak jual barang. Bagi mereka, better untung sikit dari tak untung langsung. Barang yang dijual macam-macam. Ada beg, mainan, kapal, buah-buahan, etc.

Trung Tam Thuong Mai Tan Binh

Kawasan borong macam-macam barangan kat sini.
  1. Kat sini ala-ala kedai borong macam kat Chow Kit sana. Kebanyakan barang yang dijual adalah baju-baju t-shirt dan kemeja, blouse etc. Ini bukan kawasan tourist kot sebab bila kitorang masuk sini semua orang pandang.

  2. Kualiti kain blouse kat sini bolehlah disamakan dengan kain kat pasar malam.

  3. Saiz ikut saiz Vietnam. Kecik-kecik aje. Macam saiz orang Cina kat sini (yang kurus-kurus la. yang obes sila abaikan :P)

  4. Ada juga jual kain cotton tapi yang dah siap potong 2 meter. Yelah diorang mana pakai baju kurung kan :P

  5. Air kelapa sangat best. Fresh-fresh dan disimpan dalam ice box. Sejuk! Harga dalam 5,000 Dong ke 30,000 Dong. Ikut tempat. Kalau tepi-tepi jalan tah mana-mana memang murah la. Tapi kalau kawasan tourist macam kat Muzium ke, Ben Thanh market ke, memang dia tekan la. Kat Tan Binh ni dalam 10,000 Dong.

Cu Chi Tunnel

Ini ialah tempat di mana orang Vietnam dulu bina terowong bawah tanah sebagai perkampungan diorang masa zaman perang dulu. Memang agak dahsyat diorang ni survive bawah tanah. Dah la terowong dia kecik aje. Ada yang sebesar 60cm lebar x 70cm tinggi aje. Camno nak lalu tu??? Mak memang tak yah cerita panjang lah kan. Memang tak lepas punyaaa... Hahaha.

  1. Make sure pakai t-shirt yang selesa dan serap peluh masa ke sini. Kalau nak masuk tunnel bawah tanah tu, sila pakai baju gelap so kalau baju kena tanah pun takde la nampak kotor sangat.

  2. Kalau boleh bawa bekalan air minuman. Tapi kat luar tu ada juga jual air sejuk-sejuk (air tin/botol) dalam 12,000 Dong.

  3. Souvenir kat sini murah-murah especially jewellery box yang dibuat dari kayu. Kat HCMC mahal (sebelum tawar). Saya habis 185,000 Dong dan dapat 2 jewellery box sederhana besar, satu tea set. Kat Ben Thanh market saya tengok, satu jewellery box saiz sederhana harga 250,000 Dong (dalam RM42)! Nak mintak murah pun takut! Hehehe.

  4. Orang yang ada penyakit macam lemah jantung ke, darah tinggi ke disarankan agar tidak masuk ke dalam tunnel. Oh, tidak lupa juga orang yang terlebih comel macam saya. Harus tersekat kat dalam tu nanti. Muahaha.


Perkampungan Sungai Mekong

  1. Perjalanan dari HCMC ke Sungai Mekong agak lama (2 1/2 jam) so kalau ada bawak biskut dari Malaysia tu boleh la jadikan bekalan dalam bas.

  2. Ada snek ringan yang dijual kat sini. Makanan tradisi ala-ala macam cakar ayam gitu la. Harga standard 5 peket 100,000 Dong. Satu peket dalam 3 ringgit lebih la. Kalau bernasib baik dapat 6 peket 100,000 Dong. Makanannya halal sebab asasnya cuma gula, santan dan buah-buahan. Dah macam dodol pun ada.

  3. Souvenir kat sini agak mahal so takyah beli pun takpe.

  4. Teh madu campur limau dia sangat menyegarkan walau dihidang panas.

  5. Yang ada ular dan kala jengking dalam botol tu bukan madu tapi arak ye kawan-kawan. Saya tak ambil gambarnya so saya letak gambar dari pakcik Google aje lah ye.

Geli kan?


Ok lah so far itu aje benda yang saya boleh fikir. Kot kalau ada lagi yang saya teringat saya akan update nanti.

Monday, November 29

Ola!

Jejak kaki ke LCCT dalam pukul 11 malam tadi. Tapi menunggu luggage, menunggu bas, akhirnya sampai ke Cheras dalam pukul 2 pagi.


Hari ni cuti sebab sangat tak larat nak drive ke tempat kerja.


Update dan gambar kendian nanti ye :)


Thursday, November 25

Hahahaha

Sesaja klik kat Stats kat Dashboard tu... nak tengok-tengok le keyword yang membawak manusia-manusia ni ke blog nih.


Adeh.


Terasa seperti ai mempunyai blog lucah pulak.


Ada keyword yang 'mama kena rogol' la, polis kena rogol' la. Ni mesti kes cerita pasal lelaki pun kena rogol tu.


Pastu yang paling lawak sekali ialah 'tempek paling besar di dunia'. Kahkahkah.


Seperti yang pernah ai bagitau dulu, tempek orang Malaysia tak sama dengan tempek jiran kita di tanah seberang tu. Kalau kita sebut tempek, maksudnya tepek ke, lekat ke kan. Jiran kita pulak kata tempek tu ialah aset perempuan tang belah atas tu. Breast! Ekeke.


Tapi mengapakah hendak dilihat tempek paling besar di dunia itu? Saya suggest orang tu guna keyword in English lagi mudah. Berlambak boleh jumpa kalau tanya Mr Google :)


-Scheduled Entry-


Wednesday, November 24

Esok

Esok pagi Insyaallah kami akan jejakkan kaki di bumi Vietnam.




Antara tempat yang bakal kami lawati:

Mak yakin 500% mak takkan muat masuk dalam nih! Hahaha.




Water puppet show


Doakan saya sekeluarga selamat pergi dan selamat pulang bersama-sama hasil rembatan yang tak tahu lah banyak mana akan merobekkan poket :P.


Doakan juga saya dapat beli barang best-best so boleh le buat giveaway. Nak tak? Nak tak? Kalau nak baik cakap. Kalau tak nak saya simpan sendiri :P


Tuesday, November 23

Berita Gembira & Berita Tak Berapa Gembira

Berita Gembira


Alhamdulillah. Setelah hampir setahun penantian, akhirnya termakbul juga.


SIL yang berkahwin hujung tahun lepas akhirnya disahkan mengandung.


Syukur dan tahniah buat SIL sulung saya. Semoga segalanya berjalan lancar sepanjang tempoh kehamilan beliau.



Berita Tak Berapa Gembira


Baru dengar berita tak berapa gembira dari En Abah tadi. Aduh. Terlalu sulit untuk diceritakan tapi cukuplah kalau saya katakan betapa kusutnya fikiran kami laki-bini sekarang ni.


Moga Dia tunjukkan jalan kepada kami...


Lusa

Lusa sudah mahu bertolak tapi tak packing apa-apa lagi. Hihi. En Abah pun esok petang baru sampai. 


Even duit pun tak tukar lagi. Tak senonoh, I know. Ngeh ngeh.


Eh nak tanya sikit lah kat sesiapa yang pernah gi Ho Chi Minh tu. Kalau ke sana takat nak beli souvenir sikit2 , belanja untuk diri sendiri, berapa duit nak kena bawak eh? 1 juta? 2 juta? 10 juta? Berjuta-juta? Wahhhh merasa la jadi jutawan sekejap kat sana. Hahaha.


Kot sesiapa yang dah pernah jejak sana meh la sudi-sudi kongsi tips dengan mak ni ha :)


Friday, November 19

Tag Dari Ila

Dah lama tak buat tag ni. Tetiba ditag oleh Ila. Layannn...


1. apa benda paling penting dalam hidup korang?
benda ye? hmm. my spec la kot. kalu dak mak tak nampak hape noks...

2. benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
bayar tol aci tak? :P

3. dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
saya sudah kahwin. sekian terima kasih.

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
kalau tak bercinta tak dapek le imran & irma lol

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
selagi siizinkanNya
 
6. di manakah korang selalu jumpa kekasih korang? 
rumah le mana lagi?

7. novel/buku/majalah terakhir dibeli?
Pa&Ma keluaran Nov
8. apakah nama penuh korang?

ni interview apa ni? kerja ke? kahkahkah

9. antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
dua-dua ok
10. namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
right now? En Abah la. huhu
11. adakah korang basuh baju korang sendiri?
Mesin yang basuhkan. Hihi.



12. dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
rindu nak ke Tanah Suci


13. pilih salah satu, peluk atau cium?
XOXO

14. beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
satu sekolah dengan saya
orangnya kecik molek, tak macam saya
skrg jadi cikgu kat sekolah kitorang :)

15. Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
benda? aiseh.
saya sayangkan spec saya dengan reason yang sama di no 1
henfon cokia saya sebagai penghubung dengan en abah serta sebagai alarm clock saya :P
pc kat ofis ni sebab ada banyak gambar2
blog ini sebagai tempat saya merapu meraban
t-shirt lusuh warna hitam saya sebab sejukk je pakai t-shirt tu hahaha 

16. lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
paling suka adalah banyak. antaranya lagu rock kapak jiwang - gadisku by search. hihi.
selalu dengar lagu kat radio je. sila buka radioa kalau nak tau :P 
17. bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
15 Oktober 
tak sambut pun.
 
18. Lima rakan Blogger yang korang nak tag.
dah lama tak buat kerja tag-mengetag ni kan.
mari serang:


Nota ZZ: Penat haku betulkan spacing entri ni tapi asyik buruks je. Lantak lah ye. Hehe



Thursday, November 18

Tak Sabarnya

menunggu 25hb... walaupun satu hape pun barang tak pack lagi. Lepas tu boleh tahan panjang pulak list 'to buy' walaupun hakikatnya poket sudah rabak. Takpe, list aje. Lepas ni kita potong le mana2 item yang patut supaya bersesuaian dengan bajet yang seciput :P



Aidiladha Yang Sederhana

Petang Selasa tu kalau ikut perancangan saya akan memandu bersendirian bersama anak-anak ke Seremban. Tapi bila mengenangkan anak dara yang bijaksana serta tak suka mamanya drive untuk tempoh masa lama sebab nak duduk kat riba mama, maka terpaksalah tukar plan B - En Abah balik ke Cheras dan bawak kitorang ke Seremban.


MIL masak ketupat, rendang ayam dan kari kerang. Sampai je Seremban terus la ketupat tu kena serang dengan menantu hantu nya nih. Ekekeke.


Kami kat Seremban sekejap aje. Maklumlah cuti tengah minggu. Khamis (hari ni) kerja pulak. So pepagi lagi dah balik ke Cheras. Huhu. 


Sampai Cheras, tengok-tengok takde orang la pulak. Sah la family saya balik ke kampung saya yang 'jauh' tu. Disebabkan kebosanan dan lapar, so kitorang pun balik kampung la jugak.


Sampai kampung rupa-rupanya mak serta makcik saya masak laksa la pulak. Nyum nyum. Apalagi, jomlah makan! Hehehe.


Lepak-lepak kejap sampai petang, lepas tu balik. Gitu aje lah kisah raya haji saya tahun ni. Hihi.


Nota ZZ: Tahun ni tak merasa pulak daging korban. Biasanya dapat juga makan sup daging MIL atau mak saya. Tapi tahun ni lepak Seremban pun sekejap sangat. Surau area rumah saya pun takde buat korban tahun ni.


Tuesday, November 16

Selamat Hari Raya Aidiladha

Ramai ke yang bercuti hari ni? Siapa yang terpaksa bekerja, ketuk keyboard!!!!! Hehehe.


Saya pun salah seorang yang bekerja tu jugak lah. Nak buek camno, cuti tinggal seciputtt je.


Insyaallah petang ni akan balik ke Seremban.


Nota ZZ: Mood agak ke laut hari ni kerana ketibaan 'kawan baik' yang secara langsungnya membuatkan badan rasa tak sedap. Nak menyusun ayat pun jadi bengong secara tiba-tiba.


Thursday, November 11

R.I.N.D.U.

Saya merindui insan ini :(






Sangat-sangat rindu T_T



Feeling-feeling Nostalgia

Moh layan lagu rock leleh sekali sekala


Karam - Zabarjad

dapatkah putik kan menjadi bunga
kiranya cuaca sering gerhana
dapatkah kasih bersemi selamanya
ataupun aku harus berserah
KepadaNya Yang Maha Esa..


mestikah ada satu pengorbanan
sehingga terjadinya perpisahan
kiranya itu satu permintaan
perlukah kau dan ku merelakan..


kita hanya insan yang selalu mengharapkan
suatu yang indah dalam percintaan
di kala tiba dugaan mendatang
aku kau tinggalkan..


karam aku di lautan duka
bila wajahmu hilang di mata
tiada berita mengubat rindu
di kala sendu..


ku biarkan luka di hati..berdarah
sehingga kering di mamah mentari
apakah salahku.. disakiti.. sebegini..


perlukah aku terus mengharapkan
camar yang hilang kembali ke sarang
apakah masih ada kerinduan
yang tersimpan di hati mu sayang..


Adeh... terasa syahdu pulak nyanyi lagu ni tetengah hari buta nih :P


Siapalah Aku

*sigh*


Rasa sungguh down hari ini.



Ke Muar

Selepas saja saya post entri semalam, terus apply keluar pejabat, rushing balik Cheras dan terus ke Muar. Oh sebelum tu singgah Seremban untuk pick-up En Abah.


Kami diberitahu jenazah akan dikebumikan pukul 6. Bertolak dari Cheras pun dah pukul 3 lebih gitu. Dengan skill yang ada pada driver aka adik saya, sempatlah kami sampai dalam pukul 5.45 gitu. Sampai-sampai orang tengah sembahyang jenazah.


Sempat juga lihat muka allahyarham sebelum dibawa ke kubur. Saya tak ikut ke kubur sebab belum solat lagi masa tu. Heee.


Masa orang lelaki ke kubur, orang perempuan kat rumah sibuk memasak untuk kenduri tahlil lepas Isyak nanti. Takde masak apa pun. Cuma sup ayam dihidang dengan roti. Orang belah-belah sana suka sup-sup ni kan? Teringat masa duduk hostel kat Melaka, breakfast roti cicah sup daging. Jakun sekejap masa mula-mula dihidang dengan menu tu. Eheh. Mana lah pernah ai makan gitu. Ai makan nasi lemak ke, mee goreng ke, bihun goreng ke kan. Tengok body lah :P


Kembali ke cerita asal.


Bila tengokkan muka mak sedara saya, nampak tenang aje. Anak perempuannya pun sama. Diorang dah berikan yang terbaik semasa bapa saudara saya tu sakit. 


Last time ziarah bapa saudara saya ni minggu lepas. Masa Deepavali. Masa tu dekat-dekat leher dia tu baru lepas kena tebuk untuk masukkan tiub. Tiub apa jangan tanya saya. Tapi memang berdarah la area tu. Kesian sangat. Nampak macam sakit sangat. Huhu.


Lepas Isyak, orang masjid dan jiran-jiran sekampung pun datang bertahlil. Boleh tahan ramai juga. 


Dalam nak dekat-dekat pukul 10 tu, kami satu family pun terpaksa undurkan diri. Ikutkan hati nak aje tidur sana semalaman, temankan mak cik dan sepupu saya tu. Tapi apakan daya. Kami masing-masing ada komitmen kerja. Nak tak nak kena juga balik.


On the way balik, singgah makan kat gerai mana entah. Hehe. Kalau dah perut saiz XL, mana cukup makan roti je kan. Hahaha. Tak senonoh sungguh.


Singgah sebentar ke Seremban untuk hantar En Abah. En Abah parking kat Giant. Masa tu dah pukul 12.45 malam. Gate Giant pun dah tutup. So En Abah tak dapat lah ambil kereta. Huhu. So direct hantar En Abah ke rumah MIL.


Sampai ke Cheras pukul 2 lebih. Punyalah penat badan duduk berjam-jam dalam kereta. Bila pikirkan esok nak pi kerja, aiyak... wa lase sangat malas. Tapi kena jugak pergi kerja sebab annual leave tinggal seciput


Maka pagi ini mata adalah sembab lagi mengantuk.


Nota ZZ: Semoga allahyarham tenang di sana. Amin.


Wednesday, November 10

Innalillah

Ingat tak entri ini?


Saya baru dapat berita yang bapa saudara saya telah pun meninggal dunia tadi.


Innalillah.



Tuesday, November 9

Positif Negatif

Apa saja doa kita, apa saja kata-kata motivasi yang kita ucapkan pada diri sendiri, gunakanlah ayat positif. Ayat negatif lebih mudah terlekat di minda dan hati kita, jadi elakkanlah.


Contoh ayat motivasi diri yang berbaur negatif ialah, "Aku tak gemuk. Aku tak gemuk." Perkataan TAK itu bunyinya pelan saja berbanding perkataan GEMUK. Perkataan GEMUK itu lagi melekat di kepala kita. Jadi, kalau asyik cakap "Aku tak gemuk" maka sebaliknya akan terjadi, iaitu kita akan semakin gemuk.


Oleh itu, gunakanlah ayat positif ye puan-puan.


Ayat positif hari ini ialah "AKU KURUS".


Sekian. Renung-renungkan dan selamat beramal! :P


Bebelan mengarut dari

Comment Moderation

... dan word verification terpaksa diaktifkan kerana kemunculan spam spam yang tah hape-hape. Bagi sepam baru tau!


Sekian harap maklum :)


Ini Namanya Takde Rezeki...

Pagi tadi fikiran saya sedang kusut dan terleka bermonolog dengan diri sendiri.


Ditambah pulak dengan peel sesetengah driver yang tah apa-apa di pagi hari, terusss la bertambah stress haku nih.


Dah tengah stress tu, sampai kat tol Grand Saga (RM1), saya bayar duit tol dan kemudian terus blah. Masih dan mode mari bermonolog.


Sampai pulak kat tol Metramac (RM0.50), saya menggagau mencari duit.


Alamak!!!! Lupa nak amik baki duit tol tadi la!! Dah la bagi RM10! RM10 okeh, bukan RM1! Rugi RM9 mak! Huhuhuhu.


Itu lah dia kalau terlampau asyik sangat berfikir sampai boleh terlupa yang saya bagi RM10 kat tol pertama tadi.


Nak buat macamana. Bukan rezeki saya lah RM9 tu....


Thursday, November 4

Had

Sesetengah orang mulut memang takde insurans.


Suka suki nak perli-perli orang, suka-suki nak tengking-tengking orang. Tak pernah nak pikir orang tu lagi tua dari dia ke apa.


Sekali-sekala perli-perli boleh la tahan lagi, walaupun yang memerli tu lagi muda dari kita, walaupun takde nak hormat kita sebagai orang yang lagi tua. Sabar... sabar...


Tapi kalau dah asyik kena, taik telinga pun dah cair asyik menadah kutukan dia je, memang meletus la Gunung Merapi mak nih kan! Nasib la orang lain dengar ke apa ke.


Sabar haku ada hadnya!


Wednesday, November 3

Walaupun Menyampah Tapi Aku Tetap Tengok Juga

Nyampah betul dengan watak Chinta tu. Bukan aku sorang. Mak aku pun nyampah sama. 


Memang anti betul dengan watak merampas hakmilik orang lain nih. Or, mungkin kah sebab dalam real life pun dia camtu, maka tahap kemenyampahannya adalah terlebih-lebih sudah. Ehehe.


Peminat FS sila jangan marah haaa...


Hahahaha. Tengok drama pun boleh emo. Pape tah.


Monday, November 1

Weekend @ Klebang

Hujung minggu baru-baru ni kami ke Klebang Beach Resort - ikut rombongan tempat kerja En Abah buat family day kat sana.


Sampai sana dalam pukul 1.30 petang dengan bantuan GPS. Kalau takde GPS memang melopong le sebab memang tak tau jalan langsung. Hehe.


Acara bermula pukul 3.00 petang. Acara pertama ialah sukaneka kanak-kanak. Imran masuk pertandingan rebut gula-gula. Anak teruna ai ni memang bersopan santun gamak eh. Dia amik sebiji je gula-gula. Ye lah, dah biasa bagitau dia, makan satu-satu jangan ngap semua benda serentak. Maka gula-gula pun dia amik sebijik aje. Ekekeke.


Tapi gula-gula nan sebiji itulah yang bawa tuah kat Imran. Gula-gula yang dia pilih ada tulis nombor 1. So imran dapatlah hadiah. Hehehe.


Lepas tu acara untuk budak-budak besar serta mak bapak budak. Tapi saya jadi tukang tengok aje la sebab kena jadi lifeguard anak-anak. Kalau dah nampak swimming pool tu kan, mana la Imran dengan Irma tahan. Kena jugak temankan diorang mandi.


En Abah masuk macam-macam games. Isi air dalam botol la, baling dadu la, ehhh macam-macam lah sampai tak ingat pulak saya. Dan kalau dah namanya family day, semua orang la dapat hadiah walaupun dapat nombor last kan. Ehehehehe.


Malamnya pulak ada bbq. En Abah ditugaskan membuat montage. Saya tolong-tolong apa yang patut la. Pilihkan lagu, buat caption dan godek-godek sikit guna movie maker tu. Alhamdulillah orang yang sempat tengok montage tu kebanyakannya suka dengan hasil kerja En Abah dan *ehem ehem* saya* ehem ehem*.


Bbq malam tu saya tak berapa puas makan sebab asyik main kejar-kejar dengan anak dara tu. Kejap dia ke depan. Kejap ke belakang pulak. Lajuuuuu je dia jalan. Kita ni nak kejar dia celah-celah meja memang tak dan lah kan. Mentang-mentang dia kecik dan maknya pulak beso, susup sasap dia lari sana-sini. Kalau saya pun berlari sama mengejar dia, memang habis la tunggang-langgang meja tu nanti. Hahahaha.


Anak teruna saya pulak kalau makan memang agak behave la. Duduk diam-diam kat kerusi sambil makan dengan khusyuk. Yang adiknya ni aktif lain macam sikit. Bukannya tak pernah tegur. Kadang tu sampai hilang sabar kita dibuatnya. Kadang segan jugak sebab orang lain pandang je kat anak kita kan. Habis tu takkan nak pukul dia depan orang pulak kan. Malu le ai kalau ai transform jadi transformers singa betina bersuara petir depan colleagues En Abah. Hehehe.


Lepas makan apa yang patut En Abah pulak tak sabar-sabar nak masuk bilik. Hepp jangan nak berfikiran biru pulak ye. En Abah nak tengok bola daa.... Tapi berakhir dengan kekecewaan sebab Negeri Sembilan kalah. Muka frust gila. Hehe.


Untuk hilangkan frust En Abah keluar berborak-borak dengan member dia. Tinggal le saya sorang berperang dengan anak-anak nak suruh diorang tidur.


Fuh. Ingatkan dah puas main air siang tu, senang le diorang nak lena. Takde maknanya! Yang si abang asyik usik si adik. Kejap-kejap dia kejara, lepas tu tolak lah, tarik rambut lah. Yang adiknya pulak, tiapkali abang kejar mula lah dia menjerit sebab takut. Hihi. Tak larat mama nak tegur dah nak oii.


Tapi disebabkan si abang tak sudah-sudah bergurau kasar dengan si adik, adik pulak menangis-nangis macam kena buli, maka si mama nya pun bertukar lah *ting!*


Haku tak sure la kalo suara lemak merdu persis guruh di langit ni boleh kedengaran satu resort tu. Ekekeke. Udah le tengah malam buta. Ai tak larat noks. Kalau En Abah ada, terkawal sikit budak-budak ni. Kalau dengan saya? Hmm... kemsalam je la. Kadang tu jadi singa pun tak jalan, jadi harimau pun tak jalan. Kang haku jadi godzilla baru jalan gamak eh. Hishh... sungguh la saya ni bukan dalam kategori ibu yang penyabar *sob sob... mode insaf sekejap*


Esok paginya, pepagi lagi saya dah kejut budak-budak ni untuk breakfast. Bilik kitorang berdepan dengan tempat makan. So masa bangun Subuh tu dah boleh nampak diorang tengah susun makanan atas meja buffet tu. Terus la perut ai berbunyik riang.

Budak-budak ni terkulat-kulat le kena bangun pagi. Ehehehe. Makan pun sikit je. Lagipun godaan swimming pool sebelah tempat makan tu lebih dahsyat dari godaan nasi goreng berlauk ayam masak asam pedas yang sedap tu. 


Tak sempat ai nak melantak banyak-banyak, budak-budak ni dah heret mama dia nak masuk swimming pool. Sudahnya 2 jam lebih mak jadi lifeguard tepi kolam kanak-kanak tu. Eheh. Tu pun ai paksa budak-budak tu naik. Kalau tak, sampai check out nanti pun diorang takmo keluar agaknya.


Oh satu je mak nak komplen la. Dari mula sampai hinggalah nak checkout tu, kitorang ni asyik try call nak mintak iron dengan sejadah. tapi sampai ke sudahnya takde orang angkat. En Abah gi kat lobby tapi takde orang. Tu je la.


Kesimpulannya, tempatnya biasa-biasa aje lah. Takat nak tidur, nak lepak-lepak dalam bilik masa hujung minggu, nak bagi budak-budak mandi swimming pool boleh le. Makan ok la ikut tekak mak yang tak berapa memilih ni. Ai makan je semua. Ehehe. 


Tapi kalau nak mengharapkan tempat nya cantik, nak mandi laut ke apa, better pi tempat lain la kot :)




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!