Monday, January 31

Kelenjar Bengkak

Rabu lepas Irma terjatuh. Tak sure dia terhantuk tang mana. Tapi tengok-tengok bawah telinga dia bengkak. Risau takut ada effect kat kepala ke apa ke, saya bawa dia jumpa paed.


Kata paed, rasanya kena kat muscle dan Insyaallah tak effect otak ke apa. Tapi kalau dalam masa 2 hari still tak hilang bengkak tu, kena bawa Irma ke klinik semula.


Hari Jumaat, bengkak dia still ada. Bawa ke klinik, klinik tutup pulak. Hari Sabtu pun klinik tutup. Malam Sabtu, kaki Imran terkena kat bengkak Irma tu. Makin besar bengkaknya. Irma nangis tak henti-henti. Takut saya tengokkan dia. Malam tu dia tidur tak lena. Kejap-kejap nangis. Dia asyik pegang bahagian belakang kepala.


Pagi Ahad tu bengkak Irma dah jadi nanah. Nanah dia dah pecah. Meleleh je. Bawa ke klinik biasa sebab klinik paed tu masih tutup. Kali ni doktor kata kelenjar Irma membengkak dan dah jadi bisul. Dapat 3 jenis ubat makan dan 1 ubat sapu. 


Lepas makan ubat tu Irma tidur. Masa tidur ada lagi satu nanah pecah. Setiap minit saya kena sapu lelehan nanah tu. Aduhai. Tak sampai hati tengok. Nak dekat 6 helai tisu saya guna untuk sapu lelehan nanah tu barulah nanah tu berhenti.


Alhamdulillah malam tadi Irma tidur lena. Maybe sebab nanah dah keluar so rasa sakit dia dah berkurangan. Malam ni nak bawa ke klinik paed lagi sekali. Hopefully takde apa-apa yang membahayakan :(


Last Minute: Penang

Macam yang saya dah bagitau hari tu, saya dan En Abah buat perancangan last minute untuk ke Penang. Well, takde perancangan pun sebenarnya. Hoho.


So, kitorang bertolak hari Khamis dalam pukul 4 petang. Lambat sebab tunggu En Abah dari Jelebu. Lepas tu sempat pulak dia nak potong rambut. Sabau je la.


Sampai Penang dalam pukul 8.30 malam. En Abah masih menyempat lagi nak ke Queensbay Mall mencari blazer. Haku dah risau dah takut takde hotel yang sesuai dengan bajet ciput yang available. 


Lepas ke Queensbay Mall, sempat pulak makan tomyam kat area Gelugor. Sedap ok tomyam dia. Tapi nama gerai tidaklah hamba ingat. Yang saya ingat gerai tu betul-betul sebelah kedai Juaimurah


Dah mengisi tembolok memasing, bermulalah pencarian kitorang. Memandangkan urusan En Abah kat USM, so kitorang nak cari tempat yang dekat-dekat ajelah. Bukak GPS, cari nearest hotel/motel. Terkeluar le nama Anggerik Lodging. Disebabkan dah malam plus penat, so gi ajelah ke sana.


Rate bilik sini RM70 per night. Bilik memang kecik gila ah. Tapi tak kisah lah sebab sekadar nak rehatkan badan aje kan. Yang penting bersih. Owner pun Melayu. And kepada yang belum berkahwin dan bercadang nak mencari hotel bajet untuk buat maksiat, sila pi jauh-jauh. Kat sini hanya pasangan berkahwin aje yang boleh duduk sebilik. Bagus kan.


Esok paginya kitorang pun ke USM. Tanya kat pakgad, alamak... rupanya En Abah patut gi ke tempat lain. Kat Bayan Lepas daa... Nasib baiklah ada GPS. Kalau tak menggagau le kitorang.


Settle urusan, kitorang gi breakfast. En Abah bawak makan kat Pasar Gelugor. Dekat je dengan Anggerik Lodging tu. Lepas makan, kitorang check out. Mula ingat nak terus balik. Tapi still keletihan lagi, so decide untuk stay lagi satu malam kat Penang. Kitorang gerak ke Batu Feringghi.


Kat Batu Feringghi pun gigih gak nak mencari hotel. Almaklum le sana semua hotel 4-star, 5-star kan. Kalau hotel bajet tu, bajet bebenor la pulak rupanya. Last-last kitorang try Sri Sayang Resort Service Apartment. Apartment satu bilik takde. Yang ada apartment 2 bilik. Harga RM138 je. Murah kan? So apa lagi kitorang terus le ambik bilik tu. Bilik last pulak tu.


Apartment ni quite spacious la jugak. Dah la kitorang berdua je. Lagi la terasa luasnya. Hehe. Ada satu katil queen, 2 katil single, ada TV kecikkkk aje sakit mata haku nak baca subtitles, ada Astro (bayaran tambahan), kitchen, dapur gas, peti ais, aicond, water heater. Not bad huh?


Lepas dah check in kitorang just lepak-lepak je. Mak layan TV, En Abah pulak sedap tido. Lepas dah rest kejap, kitorang gi makan kat satu gerai ni. Ada sup tulang power. Dekat dengan Restoran Khaleel kat Feringghi tu. Saya makan mee rebus which is sedap dan sangat banyak! Nyum!


Dah makan, balik apartment balik. En Abah teringin nak mandi kat pool. Layankan aje lah. Mak tak dapek la nak mandi kat pool so tengok aje la En Abah terjun kolam. Haih.


Malamnya kami ke Feringghi Walk tu. Jalan kaki dari apartment sampai ke Holiday Inn. Dalam 1.2 kilometer la jugak. Cair sekejap lemak kat badan ai tau. Hahaha. 


Kat sana kitorang sekadar jalan-jalan cuci mata aje la. Handbag imitation banyak la. Cantik jugak hihi. Ada jugak jual barang-barang home deco macam tempat lilin, lampu. Tapi kalau kitorang beli pun nak letak katne kan. Nak belikan mainan untuk anak-anak, kat KL pun berlambak benda yang sama. So sudahnya sekadar berjalan aje lah.


Tadi cairkan lemak. Elok je lemak baru nak pecah, kitorang ke Padang Kota pulak menambah lemak semula. Hehe. Sekadar makan pasemboq je la. Sebabnya? Sebab harga pasemboq kitorang RM15 woo. Hoho. Kalau dah belanja sampai RM15, ini bukanlah percutian bajet namanya kan? Kan? Kan? Hehe. Nasib baik kenyang giler makan. Kenyang sampai pagi :) Kitorang makan kat gerai yang dicadangkan LV masa dia pi sana hari tu. Memang sedap!


Malamnya nak tidur adalah cuak okeh. Ye lah, kitorang berdua je. Apartment 2 bilik. Bilik lagi satu takde orang. And kat floor tu takde orang lain. Kitorang aje. Masa nak dekat tidur tu dengar bunyi macam ada orang ketuk-ketuk besi. Kejap-kejap ada. Kejap-kejap takde. Pastu ada. Ketuk laju gila. C.U.A.K haku tau! Tapi buat bodo je la masa tu.


Dah kat atas katil mata terkebil-kebil takleh tido. En Abah dah lena siap berdengkur dah. Mak pulak try pejam mata tapi takleh. Dah la kejap-kejap ada bunyi mat rempit merempit motor kat depan hotel tu. Huuuu. Last-last haku tak kira, kejut jugak En Abah. Kalau mak takleh tidur, dia pun takleh tidur! Muahaha.


Dah berapa lama tu mak tertidur la jugak akhirnya. Bangun pagi, bunyi orang ketuk-ketuk besi tu ada lagi. Apa ke hey nya sampai ke pagi bunyi benda alah ni wehh??? Rupa-rupanya, air dari aircond orang tingkat atas jatuh kena besi daa.... Hahahaha. Penat je mak cuak-cuak malam tadi.


Pagi tu kitorang breakfast kat Khaleel tu. Lepas breakfast lepak-lepak jap tengok TV. Pastu check out. Dalam perjalanan balik nampak pulak orang jual laksa tepi jalan kat Pantai Miami. Singgah makan laksa pulak. Hahaha. Memang membina badan betullah. Asyik makan je. 


Kitorang singgah Perai beli jeruk. Dekat dengan terminal bas. Kalau nak ke sana kena lalu tol RM1.30. Gerai jeruk ni nama dia MakNdak Jeruk Istimewa. Sila cari gerai no 18 ye. Ini En Abah yang rekomen sebab hari tu kan dia gi rombongan sekolah ke sini.


Apa specialnya jeruk kat sini? Yang speselnya, pakcik yang jual jeruk tu. Sangat baik hati. Banyak gile jeruk dia bagi kitorang rasa. Lepas dah membeli jeruk tu, pakcik tu bagi pulak keropok free buat bekalan dalam perjalanan katanya. Banyak lak tu dia bagi. Sampai naik segan le kitorang. Hehe. Air pun dapat free sorang satu.


Lepas tu mari kita gerak balik KL. Singgah R&R Bukit Gantang. Rest kejap sambil makan kacang rebus :) Jalan lagi. Singgah pulak R&R Sungai Perak. Beli buah jambu air dengan pomelo.


Sampai Cheras nak dekat pukul 7.00 malam. Pergh penat gile. Short holiday yang memenatkan, tapi berbaloi rasanya :)



Macam-Macam Benda Nak Cerita

Hai korang!


Setelah 4 hari bercuti, hari ni dah start kerja balik. Dan mata adalah mengantuk sangat! Tapi ku gagahkan jugak sebab pukul 11 karang kena attend meeting. Hopefully takyah present apa-apa. Hoho.


Banyak benda nak cerita. Pasal Penang, pasal kelenjar Irma yang bengkak... tapi sekarang ni adalah busy. 


Later peeps!



Wednesday, January 26

Last Minute

Jumaat ni En Abah ke Penang sebab ada urusan.


Dan... saya ikut sekali! Hehe. Giler last minute nih.


Bertolak esok sebab urusan di pagi Jumaat adalah pukul 9.45 pagi. Kitorang drive je noks. Nak naik flight last-last minute ni adalah mahal.


Monday, January 24

Miscommunication

Jumaat lepas saya ambil cuti. Kononnya nak spend masa dengan En Abah (ehem ehem) di Seremban lama sikit lah kan. Rupa-rupanya En Abah kena kerja hari Sabtu tu. Siap ada event sampai ke malam.


Aiseh. Miscommunication di situ.


Jadinya cuti hari Jumaat dihabiskan di Cheras dengan anak-anak. Pagi Ahad baru lah gerak ke Seremban.


Psstt nak bagitau 'kawan baik' saya tak jenguk-jenguk lagi bulan ni. Memandangkan projek usahasama dah mula dijalankan, maka saya pun tuju le ke farmasi untuk membeli 'alatan tertentu' sebagai pengesahan :P


Keputusannya?




















































































































Negatif, noks.


Belum rezeki saya lagi. Insyaallah kalau diperkenan olehNya, adalah tu nanti kan. Insyaallah.

Wednesday, January 19

Projek Usahasama

CHERAS - Pagar utama kilang telah dibuka semula sempena projek usahasama menyemai benih berkualiti tinggi bagi tahun 2011 ini.


Semuanya gara-gara bos paling kecik asyik sebut 'nak adik, nak baby' serta arahan bos besar yang keluarkan kenyataan 'rindukan bau baby'.


Oleh itu, pihak pengurusan operasi kilang sewajarnya akur dan menerima arahan tersebut selaras dengan motto kilang iaitu SYMP :)


Harapan semoga kilang akan membuahkan hasil yang memberangsangkan dan berkualiti tinggi. Perolehan hasil masih belum dapat dijangka bila, namun pihak kilang dan bos besar mengharapkan usahasama ini membuahkan produk yang hebat pada tahun ini juga.


Sekian berita nasional :P


SYMP - Saya Yang Menurut Perintah


Monday, January 17

Jusco Kuasa Dua

Hari Sabtu kami anak-beranak ke Jusco aje. Tujuan asal keluar nak ke bank. Tetiba En Abah ajak ke Jusco pulak. Layannn....


Mula tu cuma nak cari sepasang baju kerja untuk En Abah. Masa tu cuma dapat sehelai seluar je sebab susahnyaaa nak pilih barang. Ramai gile orang, pastu anak-anak pun asyik kejap nak ke sana kejap nak ke sini. Fuh. Lepas dah selesai membeli En Abah ajak karok la pulak. Lepas gian ye, En Abah?


Melalak dalam bilik kaca Greenbox tu dalam sejam lepas tu gi makan pulak. Lepas tu balik.


Dalam perjalanan balik, baru laaa teringat. Alamak! Pagi tadi hantar dobi (untuk keringkan aje) lupa pulak nak ambik! Lalu depan kedai dobi tu. Aiseh. Sudah tutup la!


Baju-bajan yang dihantar semuanya baju En Abah. Biasalah orang PJJ ni kan. Ehehe. Nak jemur tapi cuaca mendung je. Ampaian pun dah penuh dengan baju sebab malam sebelumnya hujan lebat. Tu yang hantar dobi tu. Tapi terlupa pulak nak ambik. Kisahnya.


Macamana ni? Kata En Abah. Semua baju dia kat dobi tu. Macamana nak gi kerja? Nak tak nak, kena la gi Jusco balik keesokannya. Semata-mata nak cari baju kerja.


Hari Ahad ke Jusco lagi. Kali ni anak-anak tinggal kat rumah nenek :P


Mak aiii punyalah ramai orang. Berapa kali pusing-pusing cari parking. Ngalahkan MidValley!


En Abah ni pulak kalau mencari baju kalah orang perempuan. Lepas dua jam dapat le sehelai seluar dengan sehelai kemeja. Hoho.


Dah sampai rumah barulah En Abah bagitau kat Seremban ada lagi beberapa helai baju yang dia boleh pakai sampai Rabu ni. Cett. Baru nak bagitau. Sebenarnya dia saja je nak beli baju tu. Cakap ajelah kan senang. Ehehehe.


Friday, January 14

Haiyah!

Lupakan kisah tadi. Hari Jumaat gini tak elok la marah-marah lama-lama kan.


Ni pasal Imran lagi. Malam tadi masa kat kedai runcit tu, ada la diorang jual hamper banyak-banyak sempena CNY tak lama lagi.


Si Imran ni tengok-tengok la hamper tu. Pastu dia panggil Aunty Adik dia.


"Aunty, haiyah!"


"Ha??" Aunty dah kompius apasal la ber-haiyah macam orang c1n4 berkungfu pulak kan.


"Haiyah!"


Aunty terdiam. Pastu baru le paham.


"Oooo.... hadiah..."


Hahahaha. Lawak la pulak rasa. Tergelak kitorang satu kedai dengar. Ingatkan amende la Imran dok ber-haiyah-haiyah. Hahahaha.


Hish Hangin Betul!

Saya memang hangin betul kalau ada orang mengada-ngada nak potong Q kat cashier.


Semalam gi satu kedai runcit ni. Masa nak bayar, adik saya beratur kat depan, saya kat belakang dia. Biasalah guna duit sendiri-sendiri kan. Bayar pun asing-asing lah.


Tetiba ada sorang minah senget ni cuba nak menyelit between saya dan adik saya. Memula tu tak obvious sangat. Ala-ala konon-konon nak letak barang je sebelum gi cari benda lain.


Saya buat tak tahu je la mula-mula tu. Elok je adik saya gerak ke depan, dia menyelit depan saya, letak barang kat kaunter, terus beratur buat bodoh. Hish!!! Hangin betul!!!


Saya pandang muka dia macam singa nak terkam orang, dia buat dekkk je! Takdak sivik punya orang!


Baru saya nak bukak mulut, adik saya yang perasan saya dah nak meletup kat situ terus ambik barang-barang saya. Bayar sekali.


Saya injak ke depan. Barang dia saya seretkan ke belakang. Nasib kau lah!


Lepas tu saya dengar cashier tu cakap-cakap dengan dia. Konon cashier tu kesian dengan dia ah. Kononnya sebab dia dari mula dah beratur kat situ tapi dia teralit pulak tengok benda lain kat tempat lain.


So???


Masa kitorang beratur kat situ tak nampak langsung batang hidung dia, tetiba dia claim dia dah lama beratur kat situ. Apa kes?


Siapa suruh ko beratur awal-awal pastu ngengada gi tempat lain pastu ngengada nak beratur dengan memotong Q balik? Hishhh. Hampes betul. Lain la kalau dia letak barang kat kaunter tu ke, atau apa-apa aje lah attempt dia untuk tunjukkan kat orang yang dia dah lebih awal kat situ, bolehlah saya consider kan.


Kalau sayalah kan, biasanya kalau saya dah amik barang pastu dah beratur pastu tetiba teringat nak ambik barang lain, walaupun saya letak dulu barang-barang saya tu kat kaunter, saya tetap akan beratur semula tanpa memotong Q. Takdelah terus menyelit je tak tentu pasal.


Panas betul hati saya masa tu. Nasib baik adik saya cecepat ambik barang. Kalau tak memang haku dah berleter dah kat situ. Hish!


Tuesday, January 11

FREEZE!

Tajuk ala-ala dialog cerita polis omputih tangkap orang jahat :D


Semalam ke Car.refour angkut Imran sekali. Niat nak beli susu irma dan diapers Imran. Ye, Imran masih berdiapers. Harap maklum. Tapi waktu malam dengan time nap aje lah. Alhamdulillah jimat sikit duit mama, nak oii... 


Seperti biasa, niat hanya tinggal niat. Lagi-lagi ada budak super-aktif yang asyik mintak itu ini nih. Adeh. Layankan ajelah. Memula dia nak VCD Ultraman. Oh no no. Ikut pengalaman VCD hanya bertahan tak sampai seminggu lepas tu siap le patah la, rosak la. Sila jangan mintak VCD ori. Cetak rompak takpe :)


Tak dapat VCD, mulalah buat scene kat tengah-tengah Car.refour tuh. Adehhh... Kalau ikutkan hati ni memang saya biarkan aje dia merengek pastu pujuk dia balik. Nak buat camno anak buah kesayangan Aunties. Or aunty-aunty nya tak larat nak dengar dia merengek kot. Maka belikan dia mainan pistol berharga RM4. 


Sampai rumah punyalah dia eksaited dengan toy baru dia. Kejap-kejap buat bunyi "Piung! Piung! Tembak dia!"


Ada sekali tu tah terlebih eksaited ke hape, pistol tu dia halanya ke kita, pastu dengan kondifen nya dia sebut,

"Jangan BEREGAK!"


Kahkahkah. Jangan bergerak le Imran. Camno boleh tersasul jadi beregak pulak. Lawak pulak masa tu rasanya.


I Will Follow U

Bukan 'will', tapi memang dah follow pun. Hihi. Saja tajuk kasi sedap sikit la kan :P


Udah lama tak dapat award. Tup tup pagi ni dapat pulak award dari hot mama yang baru aje selamat melahirkan. Siapa lagi kalau bukan empunya blog beruang bersalji tu. Thanks beb.




Ucapan anda
Terima kasih bebanyak ye Isabelle.  Memang follow blog dia nih sejak dari MSK gathering yang 1st dulu.


Berikan 4 ciri girl/boy idaman untuk dijadikan wife/husband:
Hm... penyayang, penyabar, of course ada sense of humor, family-man. Pendek kata, macam En Abah lah kan :)


Berikan satu tips untuk kekalkan relationship korang dengan partner korang.
Trust each other.


Pernah anda jumpa doa perdekat jodoh & putus cinta?
Pernah.


Letakkan 10 link pilihan anda & tell them that they have won this award
1. Cikgu Intan
2. Lia
3. Nieza
4. mamaDhea
5. KV
6. sisdee
7. Ealyie
8. TTM
9. Ila
10. Madam Bling-Bling




Tentang GA

Saya pindahkan entri tentang giveaway Vietnam ke kanan sidebar blog so tak perlulah letakkan sticky post lelama kat atas ni :)

Ikhlas Dari Saya

*ENTRY MELEKIT - SILA SCROLL DOWN UNTUK ENTRY TERBARU KALAU ADA :P*


Seperti yang dijanjikan, setelah hampir sebulan balik dari Vietnam, barulah terhegeh-hegeh nak buat giveaway. Ekekeke.


Hadiahnya biasa-biasa saja. Cuma secubit kenangan dari sana. Ecewah ayat.


Nak join ke?


Kalau nak join, silalah capture gambar hit counter yang bernombor 33,333 ye. Lepas berjaya capture, boleh lah email ke zetyzin at gmail dot com :)


Nota ZZ: Tahniah buat MIO atas kelahiran baby boy. Selamat berpantang dan happy breastfeeding ye nyah!


Monday, January 10

Cuti Panjang Minggu Lepas

Whoa.


Minggu lepas saya cuti panjang. Bukannya berjimba-jimba ke mana-mana. Tapi ayah saya kurang sihat. Ayah demam dari hari Selasa lagi. Demamnya asyik terbaring aje.


Hari Rabu, adik saya ambil cuti memandangkan saya ada tugasan yang perlu disiapkan. Hari Khamis, ayah still tak berapa sihat so saya pulak punya giliran untuk ambil cuti.


Khamis lepas Maghrib, tetiba badan Irma pulak panas semacam. Terus terbaring lesu je sedangkan siang tu punyalah aktif main dan usik semua orang. 


Malam tu Irma start muntah-muntah pulak. 3 kali kalau tak silap. Adeh. Ini tak boleh jadi. Dah la Ayah belum betul-betul sihat. Takkan saya nak tinggalkan anak-anak sendirian dengan atuk diorang macam tu je. Kesian kat Ayah. Kesian jugak kat Irma. Irma ni kalau kurang sihat memang asyik cari saya je. Dengan orang lain tak jalan.


Sudahnya terpaksalah ambil cuti Jumaat tu. 


Malam tu selain bagi ubat demam saya pakaikan jugak Bye-Bye Fever tu. Risau jugak takut Irma takmo pakai. Selama ni kalau saya pakaikan benda alah tu, adalah dalam 5-10 minit je terlekat kat dahi dia. Lepas tu dia cabut. Tapi Alhamdulillah malam tu dia pakai benda tu sampai ke pagi.


Bye-Bye Fever versi Indonesia kut :)


Sabtu pagi nampak Irma dah ok. Main macam biasa. Tapi malam tadi badan dia dah start panas balik. Hidung tersumbat so dia nak tidur pun tak berapa selesa. Asyik merengek aje. Ubat selsema dah habis tapi selsema still tak baik-baik lagi. Kena jumpa doktor lagilah nampaknya.


Hopefully Irma cepat-cepatlah sembuh ye nak.


Wednesday, January 5

Kona-Kona

Alhamdulillah nampaknya Imran dah berjaya di potty train kan. Credits to Atuk &AuntyAdik yang rajin memantau. Sekarang ni Imran pakai diapers masa tidur dengan masa keluar berjalan je.


A-P-A?! Umur dah nak 4 tahun baru diaperless?! Anak orang lain umur 2 tahun dah tak pakai diaper dah.


Kenapa? Takleh ke? Dosa ek kalau umur 4 tahun pakai diaper lagi? :P Biarlah lambat potty train pun. Kalau train awal-awal nanti asyik 'terlepas' aje (pernah cuba masa dia 2 tahun lebih). Kesian la kat Atuk nanti kena bersihkan lantai sokmo.


Sekarang ni kalau nak poo-poo pun dah tak reti dah kalau pakai diaper. Hehe. Good job, Imran!


Semalam masa dia poo-poo, tetiba je dia cakap, "Kenapa dia kona-kona (corner) lah?" --> lah' ni macam ayat pelengkap dia. Habis semua soalan mesti ada 'lah' kat belakang :)


"Apa yang kona-kona?"


"Tuuu... ber*k tu kona-kona."


Hahahahahaha. Memang lawak okeh bila tengok kona-kona yang dia maksudkan. Sabo je la. Tapi... camner nak tunjuk gambar eh? Rasa kurang sesuwei pulak letak gambar poo kat sini kan. Haha.


Hmm... mungkinkah boleh digambar cenggini?


Whipped cream


Hehehe. Inilah 'kona-kona' nya. Apa-apa je lah nak oii...



Tuesday, January 4

HKLBR

Ahad lepas kami satu family tengok cerita ini.




Ye... kami satu family termasuklah mak dan ayah saya. Hehe. Tak pernah-pernah mak ayah saya join tengok wayang. Cerita Mamat Khalid ni berjaya tarik minat parents saya masuk panggung.


Komen? Hmm... kelakar memang kelakar lah cerita ni. Tang yang lawak nya memang saya menangis sampai keluar air mata. Haha. Especially tang hantu tet*k tu. "Panjangnya kop*k dia..." bak kata Zami Ismail. Haha. But personally saya rasa Zombie Kampung Pisang lagi menyengat.


Nak sipnosis ke? Tak yah la kut. Kalau tanya kat Pakcik google tu berlambak sipnosis yang ada. Meh nak cerita benda lain lak. Masa dalam panggung hari tu, kan sebelum start movie tu ada iklan movie lain kan? Saya kurang berkenan sikit tang iklan nih. Bukan apa, HKLBR rated as U, untuk tontonan umum. Tapi diorang ni siarkan gazette movie yang selain dari U. Tak kisah le 18SG ke, PG13 ke. 


Time tu diorang tunjukkan movie hantu yang lain. Khurafat kot kalau tak silap. Memang agak seram la gazette tu. Yang kesiannya ada budak baya-baya Imran yang tengok iklan tu terus menangis tak ingat dunia. Takut kot. Kesian budak tu. Sampai bapaknya kena bawak dia keluar untuk tenangkan dia.


Ye lah. Taulah HKLBR tu cerita hantu. Tapi hantu tak seram langsung ok. And rated as U. Bukannya PG13 atau lain-lain. Kalau dah U, mestilah semua lapisan umur gi tengok kan. Tak adillah tunjukkan gazette movie yang menakutkan. Kalau ada wanita hamil ke, orang sakit jantung ke, orang penakut nak mampus macam mak ni ke macamana? Tak ke naya namanya? Hisyy... tak sensitif betul diorang ni.


Hopefully pihak-pihak berkenaan tolonglah siarkan gazette movie yang bersesuaian dengan jenis movie yang ditayangkan. Bukannya letak ikut suka-suki je.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!