Monday, February 28

Kadang Kita Rasa Kitalah Insan Yang Paling Malang. Alangkah Silapnya.

Hari ni ada taklimat zakat dan sedekah di ofis saya.


Selain bercerita tentang ke mana perginya duit zakat dan sedekah yang akan disalurkan kepada fakir miskin, terselit jugak cerita-ceriti tentang kepayahan manusia lain.


Antaranya, ada antara staf yang di pay slipnya cuma tinggal RM1 setiap bulan. Huhu. Memang insaf sungguh laaa saya mendengarnya.


Terkadang kita rasa kita ni hidup susah. Tapi kita selalu lupa, ramai lagi insan lain yang jauh lebih susah dari kita. Cliche I know. Dah ramai cakap macam tu kan?


Macam yang saya cakap tadi, kita selalu terlupa. 


Syukur masih ada yang sudi mengingatkan.


Oh kat tempat kerja saya sekarang ni ada pula kempen sedekah. Sedekah yang dipotong dari gaji setiap bulan. Terpulanglah berapa RM kita nak sedekah pun. Ikut masing-masing. Takmo sedekah pun takpe. Tiada paksaan. Nak tukar amaun setiap bulan pun boleh.


Seronok pula ada sistem potongan gaji macam ni. Ye lah, macam saya ni setiap hari pergi-balik kerja, kadang tu susah nak dapat peluang menderma dan bersedekah. Bila ada peluang macam ni, sekurang-kurangnya ada juga ruang untuk saya sedekahkan duit sekurang-kurangnya sebulan sekali.


Syukur Alhamdulillah.



Friday, February 25

Kenapa Aku Diuji?

Love the post from As jadi telah dicopy paste dalam blog ini buat peringatan diri sendiri. Muhasabah gitu.

KENAPA AKU DIUJI ?

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami telah beriman," sedang mereka tidak diuji lagi? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang dusta. "
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KENAPA AKU TIDAK DAPAT APA YANG AKU IDAM-IDAMKAN ?

" ..... Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui. "
-Surah Al-Baqarah ayat 216


KENAPA UJIAN SEBERAT INI ?
"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286


RASA KECEWA ??

"Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah (pula) kamu bersedih hati, padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi derajatnya, jika kamu orang-orang yang beriman. "
-Surah Al-Imran ayat 139


BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA ?

"Hai orang-orang yang beriman, bersabarlah kamu dan kuatkanlah kesabaranmu dan tetaplah bersiap siaga (di perbatasan negerimu) dan bertakwalah kepada Allah supaya kamu beruntung. "
-Surah Al-Imran ayat 200

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan shalat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', "
-Surah Al-Baqarah ayat 45


APA YANG AKU DAPAT DARIPADA SEMUA INI ??

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min, diri dan harta mereka dengan memberikan surga untuk mereka ..... "
-Surah At-Taubah ayat 111


KEPADA SIAPA AKU BERHARAP ?

" ..... Cukuplah Allah bagiku; tidak ada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal. Dia adalah Tuhan yang memiliki 'Arsy yang agung. "
-Surah At-Taubah ayat 129


AKU DAH TAK DAPAT BERTAHAN LAGI !!!!!!!!!!

" ..... dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir. "
-Surah Yusof ayat 87


Amin...


Sedetik Lebih

Hari ni mood adalah ke laut jadi mari kita letak lirik lagu abang saya iaitu Anuar Zain yang tengah hot sekarang ni.

Setiap nafas yang dihembus
Setiap degupan jantung
Aku selalu memikirkanmu

Dalam sedar dibuai angan
Dalam tidur dan khayalan
Aku selalu memikirkanmu

Ternyata kuperlukan cinta dari dirimu sayang
Barulah terasa kubernyawa

Kasihku... ku amat mencintai kamu
Kerana kau beri erti hidup
Ku kan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya

Di kala penuh ketakutan dengan badai kehidupan
Ku bersyukur adanya kamu

Biarlah kehilangan semua yang dimiliki di dunia
Asal masih adanya kamu...


En Abah, this song is for you... :)


Thursday, February 24

Oh Sungguh Heaven Sekali

Antara kuih favourite saya ialah karipap. Yang terbaik dah tentu-tentulah air tangan mak saya sendiri. No 2 ialah karipap buatan Mak Jah saya. Penuh dengan daging. Nyum!




Pic from here


Sebelum saya kerja kat Shah Alam ni, saya bekerja kat Damansara Heights. Tak lama pun. Dalam tiga bulan je. Lepas tu dapat offer ke Shah Alam. Masa kat Damansara Heights ni, selalu jugak tertunggu-tunggu kehadiran seorang pakcik yang jual karipap panas-panas. Pakcik ni memang datang dari satu building ke satu building. Eh ke dia datang ke building saya je ek? Tahle tak sure pulak.


Apa pun, memang kehadiran dia biasanya akan disebarkan ke satu ofis lah.


"Curry puff uncle is here! Curry puff uncle is here!" Bak kata ex-officemate saya tu. Lepas tu mencicit la semua orang turun ke lobby rebutkan karipap panas dia. Siapa lambat memang kempunan lah.


Agak susah bagi saya nak dapat karipap yang kena di tekak saya. Tapi, pagi tadi, saya telah pun jumpa karipap yang sangat best. Pulak tu masa saya beli still panas-panas lagi.


Kat mana beli? Saya beli kat Petronas Federal Highway yang sebelum simpang ke Kawasan Perindustrian Shah Alam tu.


Saiznya memang besar lah. Sebesar tapak tangan saya. Harga sebiji RM1. Mungkin sebab saiznya yang besar gila tu, makan sebiji pun dah kenyang. Hey, kalau saya kata kenyang tu, memang kenyang sungguh la kan. Saiz perut ai kan besar.


Idok le sebesor ni. Pic from here.


Karipap tu inti biasa je (kentang) tapi tah la sedap pulak rasa. Yang buat tambah sedap sebab dia letak sepotong kecik telur rebus dalam tu. First time makan karipap ada telur rebus. Hehe. Sedap la pulak eh. Macam... tengah-tengah syok makan karipap tetiba je "Surprise!!" ada telur rebus :P


Mungkin jugak sebab makan masa panas-panas jadi rasanya sungguh heaven sekali.





Wednesday, February 23

Update on Irma dan Gelak Sampai Keluar Air Mata

Alhamdulillah nampaknya chicken pox Irma dah makin menjauh. Kat badan dah kering. Tinggal macam kudis + parut. Hmm... Berapa lama agaknya masa yang diambil untuk hilangkan parut tu ye? Kalau letak Bio Oil tu ok ke?


Kat nappy area nampak dah makin ok. Cuma still dia rasa pedih kalau kita cebokkan dia atau masa mula-mula pakai diapers tu. Adeh. Ngilu pulak haku rasa.


Sekarang ni area yang paling perlu diberi perhatian ialah tang dalam mulut dengan kat mata tu. Rasanya kalau petang ni nampak macam tak ok lagi haruslah ke paed balik. Ubat pun dah habis. Kot mana la tau virus nya belum betul-betul hilang kan.


Ada jugak few kudis tu yang terkopek sebab dia garu-garu masa tidur. Mana la kita nak perasan. Kita pun tidur sama, kan. Hehe.


Baca kat blog Azza pasal link yang buat dia pecah perut tu. Haku pun click le kat link tu untuk mengisi masa time lunch hour tadi. Gila menahan gelak sampai berjejer-jejer air mata okeh. Hahahaha. Serious habis dua helai tisu untuk mengelap air mata mak nih. Adeh.




Tuesday, February 22

Jangan Buat Hal Dengan Gua

Sudah hampir pukul sebelas pagi. Perut berkeroncong sebab satu hapa pun tak masuk dalam perut lagik. Dengan semangat aku memanjat tangga 4 tingkat untuk ke kafe membeli makanan yang lauknya asyik samaaaaa je hari-hari semenjak entah beberapa tahun dulu lagi. Lutut menggigil aku tolak ke tepi :P


Tengah beratur sambil perut berbunyi kreok-kreok tetiba ada orang mencelah beratur depan aku. Sungguh la nak kena budak ni. Udah la gua lapar lu lagi mau buat hal depan gua. 


Aku bagi pandangan tajam tak boleh blah punya sambil tunjukkan jari telunjuk aku ke arah belakang. Suruh beratur kat belakang laa. Budak itu yang 5 inci lebih rendah dari aku serta berkilo-kilo lagi ringan dari aku terus mencicit ke belakang. Beratur dengan yang lain. Muahaha. Gelak aku dalam hati.


Jangan buat hal dengan ZZ yang tengah kelaparan okeh.


Irma Dan Chicken Pox

Assalamualaikum!


Wah dah lama rasanya tak berblogging hehe. Dari hari Jumaat saya terpaksa EL. Anak dara saya kena chicken pox. Kalau nak dibandingkan dengan abangnya dulu, rasanya Irma punya chicken pox ni agak teruk jugak lah.


Pic from here


Hari Khamis masa saya tengah dalam perjalanan nak balik rumah, adik saya call bagitau badan Irma naik biji-biji. So malam tu kami ke klinik jumpa paed. Confirm chicken pox. Dapat antivirus dan paracetamol. 


Irma asyik merengek je masa tidur malam. Sakit plus badan dia rasa tak selesalah tu kot agaknya. Memang malam Khamis tu saya tak mampu nak tidur lena. Sekejap-sekejap Irma nangis. Selang 4 jam bagi dia ubat antivirus tu (apa namanya saya tak ingat). Memandangkan ubat tu dalam bentuk tablet so kena la masukkan dalam susu dia.


Weekend saya memerap je dalam rumah sebab Irma tak sihat lagi. Makin hari makin banyak biji-biji naik satu badan. And dia pun asyik merengek je. Lagi-lagi kalau saya ada. Hehe. Memang manja lain macam sikit.


Paling kesian tengok Irma sebab area yang paling banyak naik biji-biji ialah kat nappy area. Bila dia kencing je memang menangis lah kan. Pedih. Lepas tu kalau poo-poo lagi laaa menjerit dia bila kita nak basuh. Huhu. Saya sorang je yang berani cuci. Yang lain tak sanggup. Takut. Habis nak buat macamana. Takkan tak basuh pulak kan.


Hari Isnin ingat nak pergi kerja. Demam Irma pun dah kurang. Cuma biji-biji kat badan tu je lah yang tinggal. Tapi bila check balik, aiseh. Tempat terbaru biji-biji naik ialah kat dalam mulut, and kat tubir mata. Kat bahagian bawah mata tempat air mata keluar tu. Huuuu saya tengok pun ngeri. Macamana lah Irma rasa. Kesian sungguh.


Lepas tu kat nappy area dia belum kering lagi biji-biji tu. Habis siapa pulak nak jaga dia time dia rengek-rengek nanti kan? Nak tak nak terpaksa la ambil cuti lagi sehari.


Malam tadi tengok kat nappy area tu dah kering sikit biji-biji tu. Rasanya ok kot kalau saya tinggalkan dia dan pergi kerja hari ni. Malam tadi pun dia dah mula aktif dan dah start kacau-kacau orang. So I guess dia dah ok la kot.


Kalau esok mata dengan mulut dia tak baik-baik jugak, kenalah jumpa paed lagi sekali. Ubat pun takat untuk sampai hari ni je.


Irma, cepat-cepat lah sembuh ye nak. Kesian mama tengok penuh biji-biji satu badan. Lepas tu tangan pulak asyik gatal je nak menggaru. Cepat-cepat sembuh ye. Minggu ni ada wedding nak kena attend. Kalau dah baik boleh la Irma ikut sekali :)


Thursday, February 17

Ingat Kita Ni Tak Reti Fikir Ke?

Pepagi bukak email dapat benda ni:


From: "FITSKO, MICHAEL"
To:
You have a confidential message from the United Nations, you have been awarded a grant sum of $500,000.00USD. Please contact the Executive secretary on E-mail richard.danielundp@yahoo.com.hk or call +44 70457 57261 for more information 

Adeh. Apa ke hey nya asyik dapat benda-benda scam nih?


Setelah menggoogle, maka ada lah macam-macam 'cerita' yang si scammer ni dok karang. Boleh tengok kat sini, sini dan sini.


Macam-macam hal lah.


Wednesday, February 16

Masih Wujud Lagi Rupanya

Last week masa sibuk berkonferensi saya dapat satu text message dari nombor yang tak dikenali.


Katanya sim card saya terpilih untuk contest dan  menang apa ntah (sorry tak ingat sebab awal-awal lagi dah buang sms tu). Dia minta saya call someone ni untuk confirmkan hadiah tu. Kalau tak silap, namanya Encik Nazri.


Yang bengongnya, nombor tu dari Indonesia. Apa ke hey nya sim card terpilih untuk contest dari sana? Apa ingat haku tak reti pikir ka? Sorry le saya nak layan sms gini. Tak sampai dua saat lepas habis baca sms tu terus saya delete.


Tak sangka wujud lagi penipuan macam ni. Harap-harap janganlah ada orang yang tertipu dengan benda-benda gitu. Huhu.



Monday, February 14

Tak Baik, Dek Non!

Macam-macam kisah dalam dunia blogger sekarang ni. Takut pulak nak cerita lelebih pasal aktiviti harian dalam blog picisan saya ni. Ye lah, kang mana lah tau kot-kot kisah harian kita ni boleh jadi bahan umpatan orang pulak satu hari nanti. Hati orang mana kita nak tau hitam ke putih kan?


Blog ni bagi saya online diari saya. Walaupun bukan semua benda saya cerita, tapi kebanyakannya saya tulis sebagai catatan peribadi dan kenangan saya sebab saya ni pelupa orangnya :P. Saya rasa kebanyakan blogger pun macam tu jugak. Terpulanglah apa benda yang diorang nak tulis pun.


Kalau tak suka baca blog diorang, klik ajelah X kat belah atas kanan tu. Tak payah nak canang-canang cerita dia kat orang lain. Siap sentuh isu-isu yang sensitif dan sangat peribadi. Tak baik, dek non!


Friday, February 11

Kerna Dia Mata Yang Ngantuk Terus Terbuntang Besarrr

Hoh. Tengah break dari Academic Conference kat tempat kerja saya ni ha. Kang pukul 3 kena ke sana balik. Petang ni ada fashion show la pulak.


Kalau mendengar benda-benda ilmiah ni, mata automatically berat macam ada seguni beras 10kg kan.


Pic from here

Tapi masa sesi kedua tu hilang terus ngantuk ai tau.


Semuanya kerana kehadiran dia.


Fahrin Ahmad. Gambar dari FB kawan. Curi Pinjam gambar ye Kak Azni :P


Terus ai segar bugar uols. Oh abe Fahrin! :P Fahrin Ahmad jadi pengerusi majlis untuk sesi forum tadi.


Sesiapa yang berkaitan dengan conference ni, esok wajib datang ye. Wajib pakai baju batik tau!


Wednesday, February 9

Quote of The Day

I think everybody should get rich and famous and do everything they ever dreamed of so they can see that it's not the answer. ~Jim Carrey


Monday, February 7

Menjadi Bidan

Apa aktiviti korang masa cuti panjang last week?


Saya, selain melepek melepak kat rumah MIL, saya juga telah melakukan satu aktiviti bidan terjun dengan jayanya.


Menyambut kucing beranak!


Hahaha. Yup. Betul tak tipu punya.


Kebetulan masa tu time sembahyang Jumaat. En Abah dan PIL ke masjid. SILs pulak berjimba-jimba ke Mid Valley. So dalam rumah tu cuma saya, MIL dan anak-anak.


Tengah syok layan cerita apa tah kat TV, terdengar MIL menjerit panggil nama saya.


Risau takut jadi apa-apa, teruslah saya dengan gagahnya berlari ke depan pintu bilik SIL saya kat bahagian belakang rumah tu.


Rupa-rupanya si Chombi Chanduri, kucing adik ipar saya tengah dok terbongkang atas alas kaki depan pintu bilik akak ipar saya. (Psstt... sedap tak nama kucing tu? Hihi keless khannn...)


Rupa ala-ala si Chombi. Neva Masquerade cats. Kemain nama breed dia. Patut le nama pun glemer haha. Gambar dari sini.



MIL datang bawak kotak. Saya lah yang mengangkut si Chombi dengan anaknya masuk dalam kotak. Masa tu baru seekor je yang dah berjaya dilahirkan. Tapi... saya tengok semacam je anak kucing ni. Mulut ternganga, badan berselaput tapi tak disentuh langsung oleh Chombi. Biasanya kucing terus jilat anak dia kan? Ni tak, si Chombi macam takmo layan anak dia tu.


Rupanya nyawanya tak panjang. Lepas tercungap-cungap kejap, terus dia kaku. Kesian... dah la comel!


Dalam sejam macam tu, keluar pulak anak no 2. Itupun kebetulan saya terdengar bunyi anak kucing mengiau. Jenguk ke dalam bilik SIL, si Chombi tinggalkan anak dia yang no 2 tu terkapai-kapai. Kesian saya nengokkan. Si Chombi ni baru first time beranak. So agaknya dia tak tau apa-apa la kot. Ibu muda bak kata MIL saya. Hehe.


Saya pun angkat le anak no 2 ni dengan tisu, letakkan dekat Chombi. Baru la si anak diam and Chombi pun bersihkan anak dia. Masa tu saya tengok kat 'jalan' si Chombi ni dah nampak kepala lagi sekor. Hoho. Saya pun bagitau le kat MIL. MIL  tak berani tengok sebab geli. Yang tengok si Imran dan Irma. Hehehe. Berani sungguh budak-budak ni tengok kucing beranak.


Dalam setengah jam macam tu jenguk lagi sekali. Oh... dah selamat dah yang no 3 tu. Syukur... Si Chombi masih terpinga-pinga macam blur aje tak tau apa-apa. 


So, Chombi dah selamat. Dah ada 2 ekor anak. Sekor belang-belang kaler coklat. Sekor lagi putih tapi maybe akan ada tompok-tokpok oren atau coklat.


Now tengah tunggu lagi sekor je yang tak terberanak lagi ni. Si Molly. Nampak dah sarat sangat dah. Minum air pun sambil baring. Hahaha. Dah tak larat la tu kot. Dengar cerita kalau hari ni (Isnin) Molly still tak beranak jugak, maybe SIL akan bawa jumpa vet kot. Kena operate kekdahnya. Hooo... baru saya tau kucing pun ada yang takleh beranak normal ek. Kagum sekejap.


Gini la lebih kurang rupa si Molly. British Shorthair Cat. Gambar dari sini.


Saturday, February 5

Cuti CNY

Bersiaran secara langsung dari Seremban :)


Cuti panjang kali ni dihabiskan dengan melepak di rumah MIL sambil menghabiskan masa dengan anak-anak dan En Abah.


Hari Khamis kami habiskan masa di Secret Recipe sambil makan Chocolate Indulgence dan secawan kopi free. Lepas tu melalak di MyBox selama sejam. Mula-mula ingat kena charge ikut harga cuti umum. Tah macamana budak yang jaga kaunter tu bagi kami rate hari Khamis ie RM12 sejam. Murah gituk!


We had a blast.


Hari Jumaat sekadar bawa anak-anak ke S2 City Park. Ada tasik kecik kat situ. Ada jugak budak-budak main layang-layang. Layang-layang Imran patah la pulak huhu. So round satu tasik sambil tengok ikan yang bagak-bagak yang paling kecik pun besar lengan saya yang tak kurang bagaknya.


Seronok tengok Imran & Irma berlari-lari atas padang. Hihi. Malam tu diorang tidur lena sebab penat sangat. Double seronok mak di situ :P.


Hari ni ikut En Abah ke Jelebu. Saja nak tengok rumah sewa dia kat sana. Kebetulan jiran sebelah En Abah ada. Siap jemput kitorang masuk rumah makan mi kari. Aiseh. Segan sungguh rasa masa tu. Dah lah mak tengah selekeh macam hape.


Cuti kali ni walau tak lah ke mana-mana hotel atau tempat-tempat menarik, tapi rasa sungguh... bliss... 


Bukan tempat percutian yang menjadi ukuran, tapi masa yang dihabiskan dengan family tu yang lagi penting. Tak gitu?


Macamana korang habiskan cuti CNY korang?


Wednesday, February 2

Siapa Tak Suka Barang Free Kan?

Siapa kerja hari ni ketuk keyboard!!!! *Ketuk-ketuk keyboard*


Sepanjang perjalanan ke ofis jalan saaangat lah lengang. Ngalahkan time cuti sekolah pulak. Terima kasihlah ye kepada yang bercuti tu sebab mengurangkan kesesakan jalan raya dan jugak menjimatkan duit minyak saya *mode jelaous*


Update on Irma - Alhamdulillah nampaknya nanah kat bawah telinga tu dah berhenti keluar. Kudis pun dah hilang. Sekarang ni tinggal parut aje sikit. Bengkak pun dah surut. Syukur Alhamdulillah. Tidur pun dah lena. Cuma selera makan dia pulak bertambah-tambah sekarang ni. Malam tadi sebelum tidur dia minum susu 4x4oz! Cukup banyak bagi saya. Sebab biasanya satu botol pun tak tentu habisnya.


Semalam masa sampai rumah saya nampak satu bungkusan atas meja. Tengok-tengok ehhh ni saya punya ni. Bila masa pulak saya order apa-apa online? Blur sekejap masa tu *garu garu kepala*


Bila bukak bungkusan tu, wahhh!!!! Itu free sample sudah sampai maaa....


Saya dapat EAU THERMALE AVĖNE Cleanance Set punya sample.


Pic from here


Ada 4 item dalam sample ni.


Soapless Gel Cleanser
Pic from here


Anti-shine Purifying Lotion
Pic from here


Anti-shine Regulating Lotion
Pic from here


K Cream-Gel
Pic from here


Wah wah wah. Syoknya dapat barang free hihi. Belum berpeluang nak try benda ni. Insyaallah balik karang boleh le try :)


Korang takmo ke free sample gini? Kalau teringin, boleh la try tengok kat sini. Bukan takat produk kat atas ni je. Macam-macam produk lagi yang ada. Setiap hari boleh apply 3 produk sebagai free sample. 


Apa lagi kawan-kawan. Moh klik!


Tuesday, February 1

Selamat Hari Wilayah

Selamat bercuti kepada mereka yang layak bercuti :)


Hari ni jalan adalah lengang. Sangat best bawak kereta. Perjalanan biasanya ambil masa 45 minutes jadi 25 minutes too late aje. Tu pun bawak takat 80km/j je. Kalu dak haku speed 110km/j. Opss! :P


Malam tadi sempat lah buat nugget sendiri untuk snek anak-anak pagi ni. Tapi bekalan hari ni tinggal seciput aje sebab si abang request suruh masak jugak nugget tu malam tadi.


Update on Irma - semalam bawa dia ke klinik pakar tapi klinik tu still tutup lagi. Cuti CNY kah doktor? Nampaknya bisul tu dah kering sikit. Masih ada baki nanah yang belum habis keluar. Kalau tengok rasa geram macam nak picitkan aje nanah tu keluar biar habis. Tapi doktor dah pesan jangan picit. Biar dia keluar sendiri. 


Sekarang bawah telinga Irma tempat nanah tu dah macam rupa kudis pulak. Hopefully takde la berparut. Malam tadi pun dia tidur lena. Maknanya rasa sakit tu dah takde la kot. 


Imran pulak dah selamat dibotakkan oleh atuknya. Sedih ai. Dah banyak kali pesan kalau ye pun nak gunting rambut dia jangan la botakkan. Huhuhu. Tapi nak buek camno. Terima ajelah. 


Selamat Hari Wilayah!


Cuti ni tak ke mana-mana ke? :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!