Thursday, March 31

RVCC Percuma!

ENTRY MELEKAT. SILA SCROLL DOWN UNTUK ENTRY TERBARU


Waduh waduh... macam tau tau je haku tengah ngidamkan RV. Tak kisah le kek atau cupcake. Ai Baby ai teringin nak makan tau.


Nak dapatkan RVCC percuma? Moh baca kat bawah ni.



***

Giveaway by CUPPIES4YOU

Giveaway prize:
A box of SIX (6) large size Red Velvet Cupcake (RVCC)
for FIVE lucky winners!

So, how to be a winner in this GA? Caranya mudah saja.

  1. Copy & paste (blog ni tak boleh 'right click' - maka anda kena tekan button 'ctrl' dan 'c' serentak untuk copy, kemudian 'ctrl' dan 'v' untuk paste) bermula part *** kat atas ni ke dalam blog anda dan jadikan sebuah sticky post sampai tarikh tutup GA. Bermula 23 Mac 2011 dan akan berakhir pada 31 Mac 2011 tepat jam 11.59 malam. <-- secara tak langsung, GA ni terbuka kepada mereka yang bergelar blogger sajalah
  2. Jangan lupa letak link blog ni http://cuppies4you.blogspot.com ke dalam entry anda.
  3. Letakkan link/URL blog post's anda di dalam comment box entry ini sebagai bukti penyertaan.
  4. LIMA (5) lucky winners akan dipilih secara rawak melalui kaedah cabutan bertuah (kami akan guna sama ada random.org ataupun cabutan nama secara manual).
  5. Pemenang akan diumumkan pada hari Isnin 04 April 2011.
  6. Para pemenang perlu collect hadiah pada hari Sabtu 09 April 2011. <-- ni penting kepada mereka yang nak join ya? Kalau rasa tak boleh nak collect atau wakilkan sesiapa untuk collect hadiah, tak payah le masuk HE HE HE. Bagi chance pada mereka yang betul-betul available untuk collect hadiah pada tarikh yang telah ditetapkan.


***

Pemenang untuk lima orang tau kawan-kawan. Satu saya dah book (ceh konon). Apa lagi? Moh join!


Tuesday, March 29

Tak Best, Berkat & Pulu-Pulu

Hai dah lama tak blogging. Mood ke laut dan cerita-cerita menarik pun tak de untuk dikongsi. 


Lately ni angin dalam badan dok mencucuk-cucuk sampai pening kepala. Badan lak rasa serba tak kena. Duduk tak kena, baring tak kena. Biasalah tengah first trimester ni. Muntah-muntah takde tapi serangan angin tu pergh... 


Last Friday kitorang balik Seremban setelah dua minggu tak balik. Kebetulan SILs baru balik bercuti dari Switzerland, melawat SIL no 3 saya kat sana. So macam-macam lah ole-ole kitorang satu family dapat *sengih sampai telinga*


Petang Sabtu pulak buat bbq. Bakar ayam, ikan, sotong, udang. Nyum nyum! Anak-anak tak berapa nak makan sangat sebab sibuk main dengan sepupu diorang. Malam tu tetiba Imran cakap kat Mak Wan dia,

"Abang tak best la duduk sini. Umah Mak Wan tak best."


Erk! Mak Wan pun tanya kenapa. Tapi dia tak nak jawab. Tak lama lepas tu Ucu nya goreng telur makan dengan nasi & kicap. Imran pun request nak benda yang sama jugak. Lepas dah habis makan nasi, terus lah keluar statement ni,


"Best la duduk umah Mak Wan ni."


Hoooo! Rupanya dia kata tak best tu sebab bagi hint yang dia lapar agaknya! Haha. Macam-macam trick kamu ye anak.


Bercerita pasal Imran ni memang macam-macam hal lah. Ada sekali tu dia main bola dengan bapak nya. Kat bola tu ada la tulis nama bank tempat bapak nya kerja dulu. Sekali tu masa turn dia baling bola tu, sempat pulak dia buat-buat baca tulisan kat bola then sebut,

"Bank Rakyat... berkat!!!" Lepas tu terus baling bola tu kat muka En Abah, boleh? Hahaha! Tang 'berkat' tu yang tak tahan tu. Oh bola tu bukannya tulis 'Bank Rakyat' ye tapi bank lain. Imran sebut ikut suka suki dia je. Hehe.


Lepas tu ada sekali tu dia kejar Irma sambil buat gaya monster nak kejar orang. Lepas tu dok sebut,

"Pulu pulu! Pulu pulu!"


Tau tak pulu pulu tu apa? Kalau tak tau sila tengok Upin Ipin episod yang diorang kena tangkap kat pulau mana tah tu. Hehe.


Ehhh kata takde benda nak cerita kan? Biasalah kalau cerita pasal anak memang ada-ada je la ceritanya ek. Hehe.


Thursday, March 24

Ikatan Keluarga Lebih Penting

Berbeza ideologi politik antara ahli keluarga adalah sesuatu yang tak dapat dielakkan. Nak buat macamana. Darah sama yang mengalir dalam tubuh, tapi hati dan pendapat tak sama. 


Yang tak bestnya berbeza ideologi ni ialah bila mana ianya boleh membawa kepada pertengkaran dan pergaduhan. Sungguh tidak manis. Sungguh makan dalam.


Bagi saya, walau kita berbeza ideologi, kita tetap keluarga. Bila berkumpul satu family, cerita-cerita berkaitan politik tak perlulah dijadikan topik utama. Lagi-lagi kalau kita tahu orang tu tak sehaluan dengan kita. 


Kalau salah seorang dah tercerita pasal politik dengan tak sengaja, pihak yang lagi satu rasanya tak perlulah nak bertikam lidah pulak dengan dia. Nak menegakkan benang yang entah basah entah tidak. Diam sudah. Takpun balaslah dengan cara berhemah yang tidak berbunyi seperti sebuah provokasi.


Banyak lagi cerita-cerita yang bukan berunsurkan politik yang boleh dijadikan topik untuk berbual mesra. Sudahlah jarang berjumpa. Bila berjumpa, bertekak pula. Silap-silap boleh bawa kepada bermasam muka dan terus tak bertegur sapa sampai bertahun-tahun lamanya. Tak ke dah jadi satu kerugian pada kita sebab renggangnya hubungan keluarga dek kerana politik? Bukan takat kita saja yang rugi, anak-anak pun turut rasa tempiasnya. Tak dapat berjumpa sepupu sepapat dek kerana ibu/ayah mereka yang tak sehaluan. Rugi rugi.


Berdebat itu tak salah andai tahu batasnya. Kalau rasa dah semakin tegang, undurkan diri. Kendurkan perasaan yang meluap-luap nak menangkan pemimpin pilihan masing-masing tu.


Wednesday, March 23

1st Check Up

Baru balik dari my first pregnancy check up untuk no 3 ni. So better buat entri sebelum terlupa eheh.


Saya check up di Poliklinik Syahirah. Oh operation hours dah berubah rupanya kat sini. Kalau dulu 10 pagi sampai 2 petang. Sekarang 8.30 pagi sampai 12 tengah hari. Kata doktor, anak dia dah sekolah. So kena la sesuaikan dengan waktu persekolahan anak :)


Blood pressure saya agak tinggi compared dengan pregnancy sebelum ni. 140/80 kalau tak silap. Berat tak yah cerita la kan. Ni lah berat yang paling berat dalam sejarah hidup saya. Ngeh ngeh. Harus diubah cara pemakanan ni. Terpaksa la lupakan (kejap) cravings kat RV huahua.


Baby sudah ada heartbeat. Panjang dia dalam 1.3cm. Oh sungguh kiut yet mengapakah perutku membesar macam sudah pregnant 4 bulan? Seriously haku seram dengan keadaan diri sendiri.


EDD kalau doktor kira manually 31 Oktober. Kalau masa scan pulak 4 November. Kita tunggu je lah bila dia nak jenguk dunia nanti. Kalau bulan 10 bolehlah kita sambut besday sesama ye baby :)


Bertanya pada doktor pasal berat badan ni, doktor kata just kena make sure berat badan naik tak lebih dari 10kg nanti. Hoho kalau ikutkan sejarah, anak first masa tarikh akhir sebelum bersalin, berat naik 13kg. Whoa. Anak no 2 berat naik 11 kg. Oh mungkinkah kali ni dapat kontrol kenaikan berat badan ai ni? Hopefully.


Part paling best masa mula-mula datang nak daftar tu, doktor tak berapa ingat nama saya. Tapi dia ingat nama En Abah. Ekekeke. Sabo je la mak. Nasib baik adik dia (kerja kat situ jugak) siap ingat nama penuh saya lagi. Wah bagus diorang ni memory kuat.


So, next appointment will be on 12th April. Rasanya tarikh tu saya kena amik cuti jaga anak. So, 2 in 1 lah nampaknya. Sambil cuti boleh gi check-up sekali :)


Guru Bercinta Dengan Pelajar

He's 25. She's 16. Both are singles.


What say you?


Monday, March 21

Pengalaman di PPUKM

Jumaat lebih kurang pukul 2.15 pagi ayah saya serbu masuk dalam bilik saya kejut saya dan En Abah. Ayah kata badan Imran panas lepas tu dia kejang.
Masa saya masuk tengok dia, badan dia dah lembik macam jelly. Macam takde tulang. Tapi suhu badannya Subhanallah panas kemain!


Untuk elak risiko kami bawak jugak Imran ke PPUKM. Walaupun saya tahu tak perlu panik kalau anak kena sawan tapi masa tu tak dapat nak elak rasa risau yang amat bila tengok anak sendiri lembik tak bermaya macam tu. 


Sampai di PPUKM kitorang terus ke emergency. Alhamdulilah kami dilayan dengan serta-merta. Disebabkan badan Imran panas, terus dia diberi ubat demam. Lepas tu ambil darah. Lepas tu kena sponging untuk turunkan suhu badan. Masa tu suhu dia 39 darjah Celcius.


Antara saat paling melegakan hati saya masa tu ialah masa dengar suara Imran menangis sambil membebel nak balik, nak balik. Hehe. Sebabnya sebelum tu dia tak bersuara pun. Sekadar merengek "uuu...uuu.." macam tu je.


Dalam sejam setengah macam tu doktor dari wad kanak-kanak pulak sampai. Lepas kena soal-siasat lebih kurang, dia kata Imran kena stay kat hospital untuk pantauan. Dia kena buat test air kencing.


So dalam pukul 5 pagi, Imran dipindahkan pulak dari wad kecemasan ke wad kanak-kanak. Lega dapat keluar dari wad kecemasan sebab kat situ sejukkkkk gila. 


Masa pindahkan Imran ayah saya balik dulu untuk bawa baju dan susu Imran. Saya dan En Abah stay untuk temankan Imran.


Bila tengok kiri kanan katil kat wad kanak-kanak terus saya rasa aduhai tak layaknya Imran duduk kat wad ni. Sekadar demam panas apalah sangat kan. Tapi dah doktor suruh stay kita ikutkan aje lah.


Duduk di wad kanak-kanak PPUKM bagi saya stafnya mesra dan baik. Ruang antara satu katil dengan katil pesakit yang lain agak luas dan selesa. Makan pun sodap. Sedap la untuk standard makanan hospital kan. Kalau Milo tu standard la dapat air Wahi. Hihi.


Pukul 6 petang tu Imran dah boleh balik. Doktor pun tak dapat nak detect apa punca Imran demam sampai kena sawan. Cek darah ok, telinga ok, paru-paru ok, air kencing ok. Mungkin demam biasa je kot. 


Sementara nak tunggu keputusan air kencing tu, Imran tersangat boring lepak atas katil Demam dah kebah le katakan. Dok bebel,
"Abang nak tuwun (dari katil) lah. Abang bowing. Bowing sangat-sangat."

"Jom la mama kita jalan-jalan. Abang bowing la."


Hehe.


Ini pengalaman pertama Imran masuk hospital. Hopefully lepas ni takkan masuk lagi, walaupun layanan kat PPUKM cukup baik.


Wednesday, March 16

Hikayat Merong Mahawangsa

Oh macamana boleh lupa pulak pasal ni? Hoho.


Last week saya dan En Abah tengok cerita ini di TGV Jusco Cheras Selatan.


Pic googled


Sebenarnya tak rancang pun nak tengok. Saja pi Jusco sebab nak makan teppanyaki hehe. Tetiba En Abah pulak yang terlebih semangat nak tengok HMM ni. Ai tak kisah. Ai ikut aje.


So, En Abah berjaya dapatkan tiket pukul 6 twin seat lagi.


Pandangan saya? Saya rasa filem ini satu filem Melayu yang lain dari filem-filem Melayu biasa. Cukup menarik dan saya fokus tengok cerita ni dari mula sampai habis. Cuma kadang-kadang tu ada gak la terhilang fokus dek kerana terpandang benda-benda yang sungguh menyakitkan mata saya dalam panggung tu. Tapi itu cerita lain.


Bab CGI ni ada juga sesetengah scene yang agak kaku tapi taklah obvious sangat pada pandangan mata saya. Plus saya takde pengetahuan yang luas pasal CGI ni so rasanya tak sesuai le komen bendalah ni. Just janganlah nak compare HMM dengan filem-filem epik yang gunakan CGI yang lain macam LOTR ke kan. Diorang punya budget berapa? Kita punya budget berapa? Tak adillah nak compare budget RM8 juta dengan filem budget ratus-ratus juta khenn.


Ada satu scene masa Rahim Razali tengah buat keris tu yang agak kureng sikit. Macam nak tak nak je dia ketuk besi panas tu. Berat kot benda tu hehe.


Bab kostum saya agak pelik jugak le especially kostum orang-orang kampung tu. Kenapa semua orang kena pakai baju kaler putih ek? Uniform ke hape? Kenapa Ummi Nazeera je pakai baju kaler lain? Confuse di situ. Adakah masa tahun 120 AD tu orang Melayu zaman tu memang suka kaler putih? Hoho. But again, benda gitu idak le mengganggu jalan cerita. Mengganggu fikiran mak je. Eheh.


Oh lagi satu part Jehan Miskin. Sangat obvious yang diorang ni nak 'kempen' muka si Jehan. Sekejap-sekejap muka dia yang ditayang masa tengah berperang tu. Promote eh? :)


All in all bagi saya filem ini cukup menarik bagi saya. Boleh la kalau nak tengok lagi 2-3 round. Saya berikan 4.75 bintang daripada 5 bintang. Kenapa banyak sangat? Banyak kerana berjaya buat saya terpaku mengadap screen tu.


Oh kembali dengan cerita yang buatkan saya hilang fokus.


Macam yang saya cakapkan tadi, kitorang duduk couple/twin seat. So biasanya memang couple pakwe makwe lah yang rajin duduk seat ni kan.


Sebelah saya ada satu girl ni duduk dengan boyfriend dia. Tak sampai seminit cerita start si lelaki dah selamat lingkarkan tangan dia kat pinggang pompuan tu. Ok fine. Lantok korang le walau dalam hati saya dah mula panas. Haha. Plus saya cuba bersangka baik oh maybe diorang husband & wife yang suka nak lovey-dovey dalam panggung.


Tak lama lepas tu that girl selamat dah baring letak kepala kat peha lelaki tu. Baring okeh bukan bersandar kat dada ke apa. Kaki dia siap diangkat letak atas seat sambil terkuis-kuis terkena peha saya. WTH?


Lepas tu siap bukak tudung lagi. Oh mungkin dia jenis on and off pakai tudung. Fine. But then, mengapakah korang tergelak-gelak manja malu-malu masa adegan kat skrin yang takde pun nak buat haku gelak or even senyum pun? Apakah yang sedang korang lakukan sebelah haku ni weh??? Sungguh mak nyampah okeh. Getik!


Terus hilang sangkaan baik saya yang diorang ni husband & wife. Kalo h&w adakah akan buat aksi-aksi lucah dalam panggung? Takat peluk je kot kan? Takkan le nak meraba-raba tahap max dengan bini sendiri? Teruja tengok Ummi Nazeera berkemban kah? 


Sekian review saya. Oh tolonglah kepada couple di luar sana. Kot nak bermanja dalam panggung pun janganlah menyakitkan mata dan menanahkan telinga orang lain. Tension gua!


Asam

Sekarang ni saya kembali mempunyai driver menghantar dan menjemput saya di ofis. Hehe.


En Abah ada banyak urusan di KL dan Shah Alam jadi secara tak langsungnya saya bolehlah berehat daripada memandu untuk sementara.


Semalam lepas kitorang sampai rumah, anak-anak 'serang' bapak diorang. Memang selalunya macam tu. Biasanya diorang bergusti bergomol dalam bilik. 


Entah macamana si Imran pi bau pulak tiak En Abah. Hahahahaha. Terus dia keluar statement,

"Bhusukk!!!! Macam bau asam!!!"


Hahahahahaha. Lawak la pulak. Bau asam tu bau masam la kot.


Macam-macam lah Imran ni hihi.


Monday, March 14

Irma & Ulser Mulut

Irma kena ulser/mata ikan kat dalam mulut dia. Banyak pulak tu. Kesian nengok kan dia. Semalam sebutir nasik pun tak masuk dalam perut. Susu minum sikit sangat sebab mulut sakit. 


Malam tadi pun asyik terjaga je. Mamanya pun sekali terjaga la. So pagi ini kepala adalah sedikit weng. Lagi pulak dua tiga hari ni dah start loya-loya waktu pagi. Muntahnya idak pun. Loya je lebih. Tension jugak. Kalau dapat muntah mungkin rasa lega sikit.


Paling tak tahan kalau bau goreng-goreng la. Memang terus rasa loya macam hape, lepas tu pening, then moody manjang. Hoh.


Malam tadi bawa Irma gi klinik pasal ulser dia tu. Doktor cek sekali tangan dengan kaki kot terkena HFMD. Syukur takde. Memang ulser semata. Kurang sangat minum air kot. Memang sekarang ni payah benor nak bagi Irma minum air, even lepas makan pun. Ada la seteguk dua je dia minum. Huhu.


So, lepas cek tu, Irma kena demam sekali rupanya. Dapatla ubat sapu untuk ulser tu, ubat demam sekali dengan tahan sakit, antibiotik dengan ubat untuk kembung.


Tapi, macamana nak bagi budak ni makan ubat kalau perut dia kosong? Susu pun dia takmo. Adeh. Risau sungguh!


Hopefully nenek dia berjaya la pujuk dia makan atau minum susu hari ni. Kalau dengan mama dia ni, manja tu ada extra sikit. Hehe.


Friday, March 11

Aku Budak Kampung

Tajuk je gitu tapi hakikatnya saya bukan budak kampung huhu.


Pagi tadi dengar HotFM cerita pasal budak kampung. Dengar pengalaman zaman kanak-kanak mereka yang ada kampung atau tinggal di kampung. Mesti best kan?


Macam saya, saya memang dilahirkan di KL, dibesarkan di Cheras hingga membesar dengan jayanya :P dan saya takde kampung. Kampung saya nun di Jalan Klang Lama. Satu lagi kat area Bukit Anggerik, Cheras. 'Jauhhhh' sangat. Hehe.


Masa kecik-kecik dulu sangat jealous dengan kawan-kawan yang nak balik kampung. Balik Johor la, balik Perak la. Jealous dan sedih sebab tak de kampung. Kecik-kecik dulu pun berangan bestnya kalau ada kampung yang ada sawah ke, sungai ke. Huhu.


Siapa kata semua budak bandar takmo duduk kampung? Saya teringin! Oh ok mungkin saya bukan lah budak bandar sangat. Lebih kepada pekan kecik la kot. Tak tau la kalau Pekan Batu 9 tu boleh digelar bandar ke tak hehe.


Agaknya macamana la perasaan anak-anak kita ye? Ok lah macam anak saya still ada kampung kat Seremban. Tapi, kampung lah sangat kalau rumah Mak Wan nya pun kat taman perumahan kan.



Wednesday, March 9

Kisah No 3 (Or should we address him/her as No 2.5? Or 2.25? :P)

Seperti pengalaman yang lepas-lepas, biasanya saya tak mengalami morning sickness waktu pagi. Tapi bila start je pukul 10 malam... ting!! Terus la rasa loya-loya, dengan angin mencucuk-cucuk satu badan. Rasa nak baring je sepanjang masa. Sungguh tak best.


Tak best sebab waktu malam lah saya ada masa dengan family. Bila dah pening-pening mood pun bertukar jadi singa betina. Tak pun monster *makan budak!!!*


Tapi syukur juga sekurang-kurangnya saya boleh memandu waktu pagi macam biasa. Cuba kalau loya-loya waktu pagi? Haruslah perjalanan 45 minit jadi sejam setengah gamaknya. Boleh juga tumpu update blog buat kerja kat opis.


Yang tak bestnya lagi, selera makan di waktu siang adalah macam biasa. Waktu malam bila dah settle makan beberapa jam baru start rasa loya.


Bukan apa, saya adalah concern dengan berat badan saya sekarang. Bukan niat nak diet masa pregnant, tapi cukuplah sekadar takde peningkatan berat badan yang mendadak. Naya nanti weh. Kot nanti timbul pulak macam-macam komplikasi kan. Selagi kita boleh elak/kurangkan risiko, kita buatlah. Lagi satu, karang kalau dah start kena pakai 'uniform', susah pulak nak cari saiz yang bersesuaian. Hoho. 


Eh, ada sesiapa tahu kat mana boleh cari baju mengandung yang plus plus plus size? Ehh baru pregnant 5 minggu dah kecoh cari uniform ka ZZ? Hehe. Saya rasa saya dah tak muat nak pakai baju pregnant yang dulu-dulu tu. Haaa bayangkan betapa saya membesar dengan jayanya? Serious, siapa yang tahu kat mana boleh cari baju pregnant yang plus plus plus size, sila bagitahu saya wokeh. Boleh la buat bajet beli baju pregnant hihi.


Sepanjang pengalaman mengandung 2 kali sebelum ni, Alhamdulillah saya tak berdepan dengan apa-apa komplikasi masa pregnant. Harap kali ni pun sama. Moga dipermudahkan. Amin.


Tuesday, March 8

Usaha & Tawakal

Rabu lepas genap 5 hari kawan baik lambat menjenguk dari biasa.


Petangnya balik dari ofis maka singgah sekejap ke farmasi membeli alatan yang bersesuaian untuk menguji samada kawan baik sengaja lambat menjenguk ataupun ada halangan lain.


Ini bukan kali pertama untuk bulan ni saya beli alatan yang sama. Dua hari sebelum tu saya dah test dah tapi alatannya rosak la pulak. 


So kali ni saya berdoa supaya alatan itu berada dalam keadaan yang baik dan berikan jawapan yang tepat serta tidak membazirkan duhet haku.


Manusia hanya mampu berusaha. Setelah 'berpenat-lelah' menjalankan projek usahasama maka kita hanya tawakal sajalah kepadaNya.


Maka keputusannya...






































































































Alhamdulillah positif. Sorry tiada bahan bukti disertakan :)


Rasanya sekarang ni dah 5 minggu kot.


Belum jumpa doktor lagi. Mungkin dalam minggu ni. Tengoklah macamana.


Monday, March 7

Setiap Apa Yang Berlaku Pasti Ada Hikmahnya

Dalam berdepan dengan perkara paling menyedihkan minggu lepas, terselit perkara yang menggembirakan. Sesungguhnya Dia Maha Kaya lagi Maha Pemurah. Dia dah aturkan semuanya, dan tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.


Syukur Ya Allah!


Insyaallah akan saya khabarkan berita baik tak lama lagi :)


Tungguuuu....


Wednesday, March 2

Hari Ini Aku Sangat Sangat Sedih. Dan Down.

Hari ini, hari yang paling membuatkan aku terduduk. Terduduk sampai menitis air mata ku. Bukan takat menitis tapi berjurai-jurai sampai basah tudung.


Ya Allah, Kau berikan ujian pada hambaMu yang mampu menghadapinya. Tapi mampukah aku hadapi semua ini? Aku sendiri tak pasti. Hanya Dia yang tahu.


Berikanlah aku kekuatan. Demi anak-anak.


Aku tak tau nak tulis apa lagi. Hati aku tengah pedih sangat-sangat sekarang ni. Rasa macam dah hujung nyawa pun ya. Rasa terputus nafas aku. Degup jantung aku.


Mungkin inilah yang terbaik untuk aku.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!