Wednesday, April 20

Adui Kesian Irma

Sedang sedih sekarang ni.


Malam tadi Irma jatuh tersembam. Jangan tanya macamana boleh jatuh sebab takmo dan tak sanggup ingat dah macamana.


Punya la kuat dia menangis. Bibir pecah, gigi patah. Darah menitik-nitik turun. Huhuhu.


Gigi patah bukannya macam kita cabut gigi ke apa, tapi gigi kapak dia patah macam kena kikir. Gigi kapak yang belah kanan tu dah tak sama besar dengan gigi kapak belah kiri. Dah sama level dengan gigi susu yang lain. Dapat bayangkan tak?


Lepas tu bila cek rasanya gigi tu goyang sikit. Alahai. Siannya anak aku. Malam tadi nak minum susu pun takleh. Kena guna straw. Bibir dia bengkak gila. 


Ingat nak bawa dia gi klinik gigi hari ni. Tapi pagi tadi satu rumah terlewat bangun. Kelam kabut semuanya. Lepas tu tengok Irma lena je tidur. Tak sampai hati pulak nak bawak sampai ke Shah Alam. Huhu.


Kesian anak dara aku senyum dah tak secomel dulu. Nak salahkan sesiapa pun dah tak guna. Benda dah jadi kan. 


Pagi tadi masa on the way gi kerja En Abah kata kat jam tangan dia ada lagi kesan darah Irma. Terpalit darah kat situ masa En Abah dukung dia bawak gi klinik.


 Sedih.


Agak-agak gigi Irma tu kena cabut ke ek?


Finally

Hahahahahahaha.


Hahahahahahahaha.


Inilah yang haku rasa lepas habis bagi ceramah tadi.


LEGA! Walaupun ada gak point-point yang lupa nak disebut tadi dek nervous tahap gaban, tapi akhirnya berjaya jugak dihabiskan dengan ok.


Plus point nya - takde orang tanya masa sesi Q&A. Hahaha. Samada diorang semua paham, atau tak paham langsung, idak le teman tau. Hehehe.



Ok. Mari sambung buat kerja :)


Nota ZZ: Jangan lupa print screen hits counter 33,333 dan email pada saya! :)


Friday, April 15

Dua hari

... bercuti maka hari ni agak M untuk ke kerja. Siap terlajak tidur sampai pukul 6.50 pagi! Hamek ko!


Cuti bukan saja-saja. Cuti jaga anak. Rancang cuti Rabu tu je tapi tup tup kena ambik EL pulak semalam.


Cuti Rabu sebab takde siapa jaga anak. Mak ayah saya bercuti dengan makcik-makcik saya. Sekaligus meraikan mak saya yang dah tukar status kepada 'pencen' start Sabtu lepas. Hehe. So, atuk dengan nenek takde maka mama lah yang kena jaga.


Rancangnya hari Rabu saya jaga, Khamis En Abah, Jumaat adik saya. Tapi hari rabu tu Irma asyik muntah-muntah. Asal lepas makan atau susu dia muntah. Muntah bukan takat sikit-sikit. habis semua isi perut dia keluarkan balik. 


Malam rabu tu pun dia muntah lagi. 3 kali saya tukar cadar. Adeh. Kesian tengok anak dara tidur dengan perut kosong. Nak tinggalkan dengan En Abah saya tak sampai hati plus kesian pulak En Abah nak handle dua2 anak. Boleh ke?? :P So saya EL la semalam.


Bawa Irma ke klinik doktor bagitau tekak dia merah. Lepas tu perut dia kembung. Mana la tak kembung. Takde isi. Asal makan je muntah. Alahai anak omak.


So doktor kata takleh bagi dia minum susu atau makan apa-apa aje yang bersusu untuk dua hari. Malam tadi sebelum tidur banyak kali bagitau Irma dia takleh minum susu. Boleh minum jus atau air suam je.


Tengah malam dia terjaga. Asyik merengek je. Maybe sebab rasa 'kekurangan' sebab tak dapat susu kot. Tapi dalam merengek-rengek tu saya rasa tersentuh sangat bila dia kata, "Mama, Ima nak air."


Tersentuh sangat sebab dia sangat memahami keadaan diri dia yang takleh minum susu. Ye lah, selama ni kalau terjaga tengah malam tu mana pernah mintak air. Susu sokmo. So bila dia mintak air tu rasa sungguh terharu :)


Haih anak mintak air pun nak sensitip kan? Hihi.


So hari ni datang kerja dengan rasa berat hati sebab anak dara tak sihat sepenuhnya lagi. Sampai-sampai ofis nampak surat bercop 'SEGERA' atas meja. Waduh waduh sudah dup dap dup dap jantung.


Bukak sampul rupa-rupanya haku kena.....







































































... jadi PENCERAMAH! Whoa! Apakah?


FYI mak bukan jenis yang reti bercakap depan public nih. Haku nervous tahap gaban nyah!


Bab nak membebel tu mungkin boleh la diampunkan lagi. Tapi ada slot Q&A pulak dah!!! Huwaaa ni yang haku lemah ni!


Nak buek camno. Colleagues yang sepatutnya dan selayaknya jadi penceramah cuti bersalin la pulak kan. Bos pulak MC 6 minggu sebab eksiden. Maka tinggallah saki-baki kat ofis ini iaitu haku.


SYMP, big boss....


Tuesday, April 12

2nd Check Up

Baru balik dari 2nd check up.


Alhamdulillah blood pressure dah turun. 110/70. Berat badan pun turun setengah kilo, which is good for me kata doktor. Memang kena kontrol gila-gila berat badan kali ni sebab takmo kena hypertension atau diabetes. Risiko tinggi katanya.


Baby sudah 11 minggu. Sudah 42.4 mm. Alhamdulillah semua nampak smooth. 


Macam biasa, kena kawal pengambilan gula, carbs & garam. Kena banyakkan sayur, buah & protein. Ginilah kalu orang gemoks pregnant. Haha. Sedar-sedar diri sikit ye ZZ.


Masih perlu teruskan folic acid. Insyaallah next appointment ialah 18 Mei nanti.


Oh EDD baby ialah 1 November 2011. 011111. Kemain nombor kan? :)


Monday, April 11

Lain Kali

Dialog ni dah letak dalam FB tapi tetaplah jugak nak tepek kat sini. Saja buat kenangan.


Semalam main dengan Imran. Konon dia ni nak amik order kat kedai makan lah konon (nampak sangat selalu makan kat luar :P)


Imran: Cik nak makan apa? *sambil buat2 jot down order*

Mama: Saya nak daging. Daging masak tomyam ye.

Imran: Ye *buat2 ambik order lagi*

Mama: Er... encik boleh ulang tak apa yang saya order? Saya order apa tadi ek?

Imran: Daging.

Mama: Daging masak apa? *saja konon nak test memori anak*

Imran: Daging masak LAIN KALI

Mama: Huh? *pengsan!*


Teruslah haku ketawa terbahak-bahak. Dengan si Imran sekali join gelak. Ooo kenakan mama ye!


Wednesday, April 6

Keywords Oh Keywords

Macam-macam keyword yang ada dalam Nanang saya ni.Tapi yang paling tak tahan keyword untuk minggu ni ada dua ni haa. Hahaha. Kalau ada typo tu sebab saya main c&p aje ye :)


"Berdosakah bayi tumbuh gigi atas dulu"
Apakah??? Kenapa berdosa???? Dah kalau gigi belah atas yang tumbuh dulu nak wat lagu mana? Apa kaitan dengan dosa pulak? Kompius haku.


Ok yang ini 18SX

"jagan tekan kuat-kuat batang abang tu"
Wahahahahahahahahaha. Lawak okeh. Berkerut dahi bila baca tadi. Hahahahaha. Jangan tekan kuat-kuat ye. Meletop karang! Hahahaha.


Kalau tengok kat stat Blogger ni pun apa kurangnya.


"mama mana tahan"

Tahan apa? Tahan kencing? Tahan kentut? Tahan nak terberanak? Tahan apa? Ce citer ce citer :P


"adakah susu ibu menyebabkan anak lambat bercakap?"

Setahu saya, tidak. Bukan ke dengan direct feeding lagi dapat membentuk rahang dan susunan gigi anak? Eh ada kaitan ke ek? Hehe. Sila tanya kepada yang pakar. Saya bukan pakar. Saya hanya seorang ibu yang menyusukan anak sulungnya selama sebulan dan anak keduanya selama setahun lebih. Harap maklum.


Adeh. Ni ada lagi 18SX punya keyword.

"cerita mama di surh sex paksa anak sendiri"

Waddehel??? Tak guna punya anak!





Siapa Yang Kunci?

Malam tadi saya tidur awal. Letih sangat setelah mengadap jem sejam setengah dek kerana hujan semalam. Plus badanku sudah ber-hangin-hangin sampai asyik membuang angin je :P


Irma pulak tidur lambat malam tadi. Sebab tidur petang lama sangat. So dia lepak bilik nenek dia tah buat apa. 


Dalam pukul 2 pagi tetiba Irma masuk bilik nak tidur dengan saya. Tak lama lepas tu mak saya pulak datang menjenguk. Just nak make sure Irma dah masuk bilik saya dan bukannya main air kat toilet. Hui budak tu bukan kira masa. Ada-ada je projek dia.


Lepas mak saya jenguk dia pun tutup dan kunci pintu bilik saya. FYI pintu bilik saya ni takde tombol macam biasa tu. 


Kuncinya macam pintu bilik kat ofis saya.


Pintu bilik saya lebih kurang gini ler.


Lepas tu ada selak dari dalam macam kat hotel tu. Dapat bayangkan tak?


Selak. Tapi saya punya macam yang kat hotel tu. Siap ada segala mala rantai tu.


Ok. Lepas mak saya dah jenguk tu, kitorang pun tidur. Saya ni sikitpun tak bangun dari bantal mahupun katil masa Irma masuk tu.


Pukul 3.45 pagi, Irma merengek nak susu. Saya pun bangun lah nak bukak pintu.


Guess what?


Selak pintu bilik saya tu berkunci. Aik? Siapa pulak yang pasang selak ni? Takkan saya kut sebab saya memang tak bangun langsung dari katil. Takkan Irma pulak? Selak tu punyalah tinggi. Mana lah dia sampai. Takkan mak saya pulak kut? Selak kan kat belah dalam bilik. Kalau mak saya yang pasang, macamana pulak dia nak keluar, kan?


So, siapa yang kunci sebenarnya? (En Abah tak tidur kat Cheras malam tadi. Hanya saya dan Irma aje ada dalam bilik)


Huish. Misteri, misteri.


Kalau korang, korang rasa siapa? Huuuuu....



Pic googled.


Cerita Hantu

Saya adalah seorang yang anti cerita hantu. Tak kisah la movie ke atau sekadar series kat TV. Tak kira la cerita tu seram bangat atau tak seram langsung. Ataupun hantu tu dari Malaysia ke, Indonesia ke, Thailand ke, Jepun ke, mahupun hantu omputih.


Oh kecuali cerita Supernatural atau Ghost Whisperer atau yang sewaktu dengannya tu lah. Sebab cerita-cerita tu more like nak investigate pasal hantu tu dan bukannya jenis hantu yang suka suki takutkan orang dan buat orang terkejut.


Selalunya bila ada cerita hantu kat TV ni saya terus masuk bilik je. Kalau En Abah ajak temankan dia (nak tengok cerita hantu tapi suruh orang teman. ceh! :P) biasanya saya buat la benda lain. Baca paper ke, novel ke. Paling-paling tidak pun saya tidur krohhh krohh depan TV.


Yang kaki cerita hantu ni ialah En Abah. Dan Irma. 


Imran? No no no. Kalau nampak je kelibat hantu dalam TV, terus dia komplen, "Kita tengok citer lain la mama. Citer ni tak beh (best) laaa..."


Kalau Irma, huh. Melekat depan TV tu okeh. Tak berkelip mata. Pastu nanti dia bebel la, "Alaa tak takut. Hantu tipu-tipu je. Dia metap-metap (mekap-mekap) je... Ima tak tatot (takut). Ima baani (berani). Ima pandai, kan mama?" 


Hamboi!


Berbalik pada cerita asal, semenjak pregnant ni, awat la saya suka bebenor tengok cerita hantu haa??? Walau niat di hati takmo tengok, tapi mata tu dok melekat jugak kat TV. Menci tau. Kadang tu sampai termimpi-mimpi. Hish. Tak suka tak suka. 


Dah la sekarang ni baaaaanyak sangat cerita hantu kat TV. Mungkin Ast.ro kena wujudkan satu channel yang dedicated khas untuk cerita hantu je. Lepas tu caj untuk langgan pakej hantu. Sure takkan langgan punya sebab makin bertambah le komitmen nak bayor duit Ast.ro setiap bulan. Maka selamatlah saya dari melayan cerita hantu seantero dunia :P


Oh cerita hantu kategori seram bangat tu still tak mampu la nak tengok. Takat cerita Misteri Alam Mistik yang biasa-biasa tu boleh la layan. 


Saya penakut.


Monday, April 4

Resepi Bila Dah Takde Bahan

Last Saturday entah angin kus-kus mana yang menyinggah sampai En Abah pun naik heran, saya cakap kat dia hari ni (Sabtu) saya nak masak.


Hah amik ko. Punyalah dah lama bercuti dari menjenguk dapur kan.


Konon nak masak simple-simple aje lah. Masak lemak atau asam rebus jadi lah kan. Kesian kat laki mak tak lunch lagi masa tu walaupun masih kekenyangan makan nasi lemak masa breakfast.


Punggah punya punggah, takde benda la pulak dalam freezer. Nak ajak En Abah ke kedai, awal-awal lagi dia dah sound dia tak koser nak keluar rumah hari tu. Nak lepak depan TV je kekdahnya.


Aiseh. Takkan nak makan nasi dengan telur je kot. Sungguh bosan.


Lepas tu baru la idea mari. Jom kita try buat sambal gesek. Try ok. First time buat. Sempat le tanya En Google.


Gila sempoi ah nak buat sambal gesek ni kan.


Takat ikan bilis, cili api dengan bawang merah. Tumbuk-tumbuk maka siap. Makan pulak dengan nasi panas dengan telur mata. Pergh. Terbaek wok!


Pic from here


Kalau ikut resepi katanya guna ikan bilis mentah je. Ai takut ai takleh telan maka ai goreng sekejap la ikan bilis tu sebelum menggesek dengan bahan lain. 


Tapi kalau ikut version orang N9, harus letak air limau. Ini versi Jawa katanya. Ah belasah sajalah labu. Lenkali kita try tambah air limau ok.


Malam tu kami ke kampung saya nunnn jauh kat Klang Lama tu. Mak Jah saya buat sambal belacan tumis. First time makan nih. Bahan-bahannya lebih kurang macam sambal gesek tu. Cuma bahan tambahannya ada belacan. Tumbuk-tumbuk. Pastu panaskan minyak, tumis. Pastu tambah pulak air asam sikit. Biar sampai garing. Fuh. Memang best! Makan pulak dengan jeruk limau yang dihiris nipis-nipis, tambah bawang dengan cili api potong. Mak ai!!! En Abah makan bertambah weh. Tak pandang dah lauk lain.

Malam tu selamat lah En Abah dok terbersin-bersin macam nak tercabut hidung gara-gara makan belacan :)




Imran & Toilet

Benda ni jadi Sabtu lepas.


Imran ni kalau masuk toilet dia tak bagi orang lain teman. Lepas tu siap suruh tutup pintu rapat-rapat lagi. Lepas tu mulalah berangan tah apa-apa dalam toilet tu :)


Ada sekali tu, atuk nya sempat intai dia dari celah-celah pjntu toilet. Dia tengah pegang berus toilet macam pegang mikrofon. Lepas tu buat announcement,

"Pembenangnya (Pemenangnya) ialah..." tapi ayat tak sempat habis sebab terkantoi atuk tengah ngintai. Hahaha.


Sabtu lepas, macam biasa dia suruh tutup pintu toilet rapat-rapat. Ni kat toilet cangkung. Atuk ngintai. Nampak dia tengah pegang batang paip toilet tu, then dia cakap,

"SAYA BOLEH LAKUKANNYA!"


Elok je habis ayat dia, celepop! Jatuh la seketul 'kona-kona' bersaiz besar. Hahaha. Agaknya dia tengah motivate diri dia la tu tadi. 


Macam-macam anak bujang haku nih.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!