Friday, August 26

Cerita Nak Raya

Ramai yang dah start bercuti ke? Dah ada yang balik kampung?


Aku masih kat ofis. Tapi Insyaallah hari ni amik half-day. Malam ni atau esok pagi balik Seremban sebab ada orang tu teringin nak berbuka kat Seremban sebelum raya ni hehehe. Ahadnya terus balik Shah Alam balik. Tah sempat ke dak nak siapkan rumah.


Tahun ni Insyaallah untuk pertama kalinya nak masak-masak untuk raya. Selama ni menumpang kasih mak aku dengan MIL je. Eheh. So meraban le aku mencari resepi.Tahun lepas aku pernah le masak rendang untuk En Abah tapi aku tak ingat la mana aku simpan resepi tu. Hampes betul. En Abah kemain suka rendang tu. Tah mana aku google resepi tu pun aku tak ingat haha.


Baju raya Alhamdulillah dah jumpa. Jadi Mak Arab le aku tahun ni dok pakai jubah je hihi. Dah le saiz pun macam Mak Arab kan. Tang mata je sepet. Baju jalan anak-anak pun boleh la dikategorikan dah settle. Untuk raya kendian-kendian tu diorang pakai le baju jalan yang sedia ada kot. Tak pun tengok le kot balik Seremban nanti gatal tangan aku nak keluarkan duit lagi boleh le belikan sepasang lagi untuk diorang.


Yang belum settle baju En Abah ni ha. Asyik tak menyempat je nak gi beli. Almaklum En Abah ni kalau bershopping mau amik masa 2-3 jam untuk sehelai baju. Tak suka rushing katanya. Ikutkan ajelah.


Maka kawan-kawan. aku nak amik kesempatan nak ucapkan Selamat Hari Raya, mohon maaf sekiranya sepanjang aku berblogging kat blog suam-suam kuku ni aku pernah buat sesiapa tersinggung ke apa. Yang drive tu bawak kereta elok-elok ok. Temankan le En Suami memandu jangan tidur je manjang (macam aku).


Sempena cuti raya ni blog aku pun bercuti la jugak. Ok see ya!


Wednesday, August 24

Raya Oh Raya

Waduh waduh. Aku rasa tahun ni lah raya paling tak ready persiapannya.


Baju raya En Abah dan anak-anak dah settle. Tapi baju jalan diorang belum lagik! Kasut anak-anak pun belum beli lagi. Takkan dia nak pakai selipar buruk tu kot? Buruk bebenor pada pandangan mata aku. Sandal aku pun kena cari gak nih.Dah macam nak putus je sandal yang sedia ada sekarang nih.Paling penting - baju raya aku takdak lagi! Huwa! Gini le nasib mak yong bersaiz besor. Nasib le. Haha.


Kuih raya as usual adalah kuih tunjuk-tunjuk. Ikiki. Insyaallah esok dapat. Oh tadi dapat sebungkus besar kerepek ubi ehsan Kelab Kebajikan kat opis aku nih. Semua staf dapat sorang sebungkus. Boleh le buat penambah koleksi kuih raya nanti.


Angpau raya tahun ni banyak aku dapat. Adalah dalam 8 peket. Kira banyak la tuuu... Aku nak bagi siapa je pon. Duit raya pun dah tukar.


Rumah? Masih banyak belum settle. Oh tadi En Abah panggil lori sewa untuk amik barang-barang perabot kitorang yang dah tak boleh pakai. Nak suruh diorang amik and sukati diorang le nak buat apa dengan perabot tu. Dalam tepon kata upahnya RM150. Sekali bila dia dah angkut masuk dalam lori, dia caj RM320! Hamek ko! Gila pentipu betul! En Abah bertekak bagai nak rak dengan dia. At last bayar RM280. Adeh. Gila jauh beza dari RM150 tu. Hampeh punya orang.


Hm rumah ni cat pun dah habis lagi. Hehehe. Entah sempat ke tak nak siapkan before raya ni. Paip belakang tu bocor. Esok plumber sampai. Railing untuk langsir tak pasang lagi. Bila tah nak pasang. Lain-lain tu benda-benda keperluan la yang nak kena beli. Haih penat betul nak pindah rumah ni. 


Dulu last time kitorang dok sini, Irma baby lagi. Tidur kat playpen. Imran pulak tidur sekatil dengan kitorang laki bini. Now masing-masing dah besar dan tidur pun boleh tahan lasak, kena pulak belikan tilam baru sorang satu. Pastu masing-masing dah sound awal-awal nak cadar Ultraman dengan cadar princess. Amboi. Masalahnya tilam pun mama tak beli lagi nak oii. Hahaha.


Pinggan mangkuk untuk kegunaan harian tu ada la tapi kalau ada tetamu datang (ada ke?) aku tak tau la nak hidang dalam pinggan apa. Keh keh keh. 


Yang dok buat tertangguh-tangguh nak siapkan rumah ni bukan apa. Sebab kitorang tak duduk situ. Pastu bulan puasa pulak kan. Sibuk nak berbuka kat Cheras. Dah sampai Cheras adalah tak kuasa nak ke Shah Alam balik. Plus dengan aku yang dah bolehlah dikatakan tengah agak sarat ni memang cepat bebenor penatnya. Sudahnya selalunya En Abah le yang buat kerja sorang-sorang. Sian dia.


Hopefully sempat le kami nak rasmikan rumah ni before raya. Plan En Abah - nak suruh aku masak ketupat kuah kacang rendang bagai kat rumah sendiri. Haiyo. Mampu ke aku ni? Hahahaha. Anyam ketupat pun aku fail. Hahahaha.


Tuesday, August 23

Confirm...

... aku obese kencing manis. Huhu. Padan muka kerana tak jaga makan. Bacaan adalah tinggi. 8.7. Jadi test seterusnya ialah BSP test. Jangan tanya aku apa maksud BSP tu hehehe.


Tapi secara umumnya aku kena gi klinik untuk dapatkan bacaan gula sepanjang hari, and aku kena rekodkan apa yang aku makan. Bermula pukul 8 pagi, 12 tengahari, 6 petang dengan 9 malam. Kalau ok, Alhamdulillah. Kalau tak ok, kata doktor aku kena amik insulin and takut ada problem masa nak deliver nanti.
Haiyoyo. Cuak seh.


Maka raya nanti haruslah aku menjaga makan. No ketupat and nasi impit (kena kurangkan nasi), no lontong, no air manis, kuih raya pun kena jaga. Aku kena buat BSP test ni before 9 September. Tapi kena buat sebelum raya sebab kalau buat time puasa tak accurate pulak bacaannya nanti.


Jadi Zety, silalah jaga pemakanan anda!


Oh as for berat badan aku hari tu naik 3 kg. Tapi kali ni turun 3.5kg. Sungguh terkejut sebab aku expect berat aku naik banyak. But Alhamdulillah berat baby adalah ok. 1.5kg kalau tak silap.


Baby sungguh aktif dan EDD masih tak lari dari yang asal ie 1/11/2011.


Monday, August 22

Ahad Yang Penat

Semalam menghabiskan hari Ahad dengan shopping raya. Eheh. Asalnya nak gi hari Sabtu. Tapi masa tu dah dekat tengah hari dah. Sampai je dekat-dekat dengan Kompleks PKNS gil12a jemmm!!! Terus kensel. Maka plan shopping dibawak ke hari Ahad semalam.


Budak-budak kena tinggal kat rumah Atuk dia sebab aku tak larat nak handle budak-budak aktif kat tempat sesak macam kat Kompleks tu. Mau pengsan aku nanti haha.


Dek kerana nak elakkan jem dan nak senang dapat parking maka aku dan En Abah sampai ke Kompleks pukul 9 pagi. Muahaha. Eh tapi tu pun parking kat luar tu dah nak penuh tau. Gila tak gila la kan. 


Start pukul 10 lebih macam tu umat manusia dah ramai. Sesak ya amat nak berjalan pun susah. Dari pagi sampai ke petang kitorang dapat le cari baju anak-anak dengan baju En Abah. Tu pun lepas Zohor siap duduk berehat kat kerusi depan Pusat Zakat. Sempat le En Abah terlelap setengah jam. Haha. Kalau orang yang lalu lalang tu tengok mesti diorang ingat En Abah kena paksa dengan bini shopping raya. Hihi.


Baju aku? Gila susah nak cari jubah saiz mak yong 7 bulan yang sedia comel ni. Kebanyakan jubah moden sampai saiz 50 and saiz tu menyebabkan perut aku tersangkut kalau lepas makan ketupat mesti terkoyak baju tu nanti. Ahaha. Kalau jubah ni saiz 52 baru le rasa selesa. Baju pregnant lak saiz 48. Tapi aku nengok baju pregnant kat Pe.ace dengan Opt.imo semuanya tidak membangkitkan mood raya. Aiseh.


Kalau kat Opt.imo lagi la. Ada free size, saiz 46 & saiz 54. Aiyark. Free saiz sah sah le aku tak muat. Saiz 46 tersangkut di dada gitu. Saiz 54 ayomak gedobos sungguh aku pakai. Huwaa. Ngape la takde saiz 48? Memang takde rezeki sungguh nak cari baju raya kat Shah Alam.


Abaya pulak takde yang bunganya kaler hijau. Macam-macam kaler ada. biru purple pink brown tapi hijau lak takde. Aiseh. Oh ye tahun ni kaler tema untuk raya pertama kitorang anak-beranak ialah kaler hijau.So anak-anak dengan En Abah dah settle dah kaler hijau. Cuma aku je la yang tak ketemu lagi baju kaler tu. Hmmph. Aku rasa last resort nanti aku beli je la abaya biasa pastu pakai dengan tudung hijau. Aci tak? Ahaha.


Pukul 6 kitorang sampai Cheras. Tak sabar aku nak suruh budak-budak test baju. Sekali Imran punya baju besar daaa... Besar gila padahal kitorang bawak baju contoh. Huhu. Sudahnya sebab takut baju dia takde stok kitorang pergi la Shah Alam balik pukul 6.30 tu. Bawak Imran sekali. Woh penat gile ok.


Alhamdulillah ada rezeki Imran. Baju asal saiz 6 tapi saiz untuk Imran saiz 4 je. Aku ingatkan saiz tu ikut umur rupanya tak. Hoho. My mistake. Ye lah dah terbiasa belikan Imran baju umur 7-8 tahun. Sampai terbawak-bawak pulak masa beli baju melayu dia.


Sampai rumah pukul 10 malam. Pergh. 14 jam berjalan cari baju raya. Ni baru baju untuk 1st day raya. Baju jalan budak-budak dengan En Abah aku tak cari lagi. Baju aku? Dek kerana frust semalam aku malas dah nak pikir pakai baju apa masa berjalan rumah orang nanti. Tengok le nanti kalau ada rezeki aku nak dapat baju baru, ada la.


Friday, August 19

Tak Pasal-Pasal

...aku kena amik cuti free free je hari ni.


Adeh.


Sepatutnya aku ada appointment untuk MGTT kali kedua kat klinik. Elok aku sampai pukul 8.30 pagi, klinik tutup la pulak! Aku paham kalau diorang tengah ada kes. Tapi kenapa tak inform aku? Tensen hokeh. Dah la aku amik cuti semata-mata untuk MGTT ni. Dah tu dah namanya kena minum air gula hari ni, memang sah-sah le tak posa.


Ponteng puasa pun free free je. Haiyo. Nanti kalau kena reschedule appointment ni, kena ponteng puasa lagi. Tak suka! Tak suka! Tak suka!



Thursday, August 18

Macam-macam Hal

Sempena cuti Nuzul Quran semalam maka aku tolong le mak aku buat puding karamel. Mak aku pun 1st time gak buat nih. Eheh. So sama-sama le belajar.


Senang rupanya buat puding karamel ni ek.


Tapi kitorang buat terlebih manis pulak karamel tu. Mungkin lenkali kena kurangkan sikit gula tu kot.


En Abah dah 4 hari demam tapi start dari semalam memang panas betul badan dia. Semalam gi klinik, doktor siap bagi ubat batuk paling kuat punya. Lepas makan ubat terus tumbang. Eheh.


Pagi ni badan En Abah still panas. Aku suruh dia gi klinik lagi sekali untuk mintak MC dengan cek lagi sekali kat doktor sebab suhu badan makin lama makin panas pulak. Simptom dah macam masa En Abah kena denggi dulu. So better jumpa doktor lagi sekali.


Tadi aku call dia kata dia tak gi klinik lagi sebab tak larat. Suara pun slow je. Habih camno ek? Haruskah aku amik half day untuk bawak En Abah gi klinik? Huhu.


Imran pulak pagi tadi hidung dia berdarah. Tak tau la apa sebab. Sebab panas ke atau sebab melombong ganas sangat? Hihi. Bawak gi klinik, doktor tengok bahagian luar je yang ada darah. Dalam bersih. So aku saspek sah-sah le Imran menjalankan kerja-kerja melombong bijih dengan agresif atau pun dia gonyoh-gonyoh hidung dia kuat sangat.


Lepas gi klinik hantar budak-budak ke tasak. Seperti biasa drama taska yang dibintangi oleh Irma masih on. Adeh penat ok nak pujuk dia. Imran dah ok Irma pulak yang mengamuk takmo gi sekolah. 


Sudahnya aku masuk kerja kul 10 pagi tadi. Haru. now tengah dalam dilema patut ke dak aku amik half day nih. *Garu garu kepala*


Tuesday, August 16

Drama Taska

Baru baru ni hantar anak-anak ke taska setelah hampir 3 tahun diorang lepak rumah Atuk.


So far si abang ok cuma masa bangun pagi tu selalu le ngamuk. Irma ni yang takmo gi skolah manjang. Adeh pening kepala mikirkan cara nak tarik minat dia pi taska. Padahal dari yang aku perhatikan taska tu nampak ok je. Budak-budak pun nampak ok. Bila tanya cikgu Irma ada masalah ke kat taska, kata cikgunya dia ok je. Cuma tak habis-habis nak 'alen basah' dia je lah.


Bila balik je dari taska aku selalu le soal siasat budak-budak ni. Kat sekolah belajar apa, teacher ada marah tak, kawan-kawan ok tak etc. Jawapan sentiasa positif and tak pernah buat aku susah hati. Tu yang aku pelik apasal laaa Irma ni takmo langsung gi taska.


Pagi tadi sebelum sampai taska aku singgah le beli air kotak Milo nak umpan budak-budak ni gi taska. Si Imran suka la. Yang Irma pulak buat drama. Siap dengan skrip sekali.


"Mama buang la air Milo yang mama beli tu. Irma tak nak. Irma tak nak gi skolah." Sambil nangis-nangis. Boleh? Bila dengar sebijik la macam skrip cerekarama. Punyalah aku tahan gelak. Adoyai. Drama queen sungguh la budak nih!


Friday, August 12

ola!

Testing testing one two three! 1st time cuba post entry dari henpon. Hehe sangat ketinggalan i know.
Published with Blogger-droid v1.7.4

Monday, August 1

1st Day

Selamat berpuasa!!!


Wah sudah Ramadhan dah. Kawan-kawan puasa tak hari ni? :)


Pagi tadi sahur boleh tahan berat jugak. Ikut tips doktor soh minum susu, makan oats pastu makan kurma. Then lepas tu kalau nak makan nasik jugak, dipersilakan. tapi kat rumah takde oats so aku makan le nasik. Siap dengan lauk rendang super pedas MIL lagik.


Lepas tu? Hamik ko dah 4 kali aku gi toilet. Mana taknya. Dah la pagi-pagi tu minum susu. Pastu makan pedas-pedas pulak tu. Sudahnya memang jadi ratu tandas la hari ni. Hehehe.



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!