Monday, September 30

Kandungan Vivix Yang Awesome!


Ramai yang telah akui 'keajaiban' Vivix Shaklee dalam membantu mengurangkan pelbagai penyakit. Jadi hari ini jom kita tengok apa kandungan di dalam Vivix yang menjadikannya sungguh luarbiasa.


Japanese Knotweed (Polygonum Cuspidatum)

http://www.co.stevens.wa.us/weedboard/other%20weeds/jk1.jpgPolygonum Cuspidatum mempunyai banyak faedah kesihatan dan digunakan di dalam makanan tambahan anti penuaan seperti Resveratrol dan banyak ubat-ubatan tradisional Cina. Para saintis telah menjalankan banyak ujian yang menyimpulkan resveratrol yang membantu melambatkan proses penuaan, mengurangkan kolesterol, tekanan darah rendah, meningkatkan prestasi olahraga, dan menggugurkan kilo yang tidak diingini.

Vivix Shaklee Amalan Kesihatan Ayu Raudhah

Vivix Shaklee Membantu Meningkatkan Tahap Kesihatan Anda.

Gaya hidup hari ini penuh dengan tekanan. Tekanan kerja, tekanan kewangan membawa kepada pemakanan yang tidak seimbang dan menyebabkan sel kita ‘diserang’. Ditambah pula dengan keadaan alam sekitar yang tercemar, mudah untuk toksin singgah ke tubuh badan kita.

Vivix-Shaklee-Ayu-Raudhah


Tuesday, September 24

5 Tips Penurunan Berat Badan Yang Berkesan

Berat badan berlebihan memang merunsingkan sesiapa sahaja yang mengalaminya.

Individu dengan berat badan berlebihan bukan sahaja mengalami kesukaran secara fizikal, seperti mencari saiz baju yang sesuai, kepayahan untuk melakukan sesuatu aktiviti kerana mudah berasa letih, malahan juga kesukaran dari segi emosi dan keyakinan diri.


Berat badan berlebihan juga boleh membawa kepada obesiti serta terdedah kepada pelbagai risiko penyakit yang lain seperti darah tinggi, kencing manis dan lain-lain.

Pelbagai cara dilakukan untuk menurunkan berat badan, termasuklah berlapar. Tetapi wajarkah seseorang itu berlapar demi untuk menurunkan berat badannya? Baca artikel di bawah untuk mendapatkan sedikit tips berdiet, tingkatkan metabolisme, dan hilangkan berat badan dengan cara yang sihat.

Thursday, September 19

Mengapa Wanita Tidak Subur?

Antara perkara yang menakutkan wanita ialah apabila dikaitkan dengan ketidaksuburan, yang juga sering dikaitkan dengan tidak upaya mendapat zuriat.

Tapi, apa punca yang menyebabkan ketidaksuburan?

Ketidaksuburan boleh disebabkan oleh banyak perkara yang berbeza. Dalam 25-30% kes, puncanya tidak dapat dikenal pasti.


ESP Produk Hot Shaklee

ESP Soy Protein Isolate Powder adalah antara produk Shaklee yang paling laris. Kenapa? Dah tentu kerana keistimewaannya yang pelbagai.

Ia merupakan sumber protein biologi yang lengkap berasaskan tumbuhan yang secara semulajadi rendah lemak, bebas kolestrol dan kaya dengan asid amino penting. Ia terbukti secara klinikal dapat mengekalkan tenaga berjam-jam lamanya.


Wednesday, September 18

Tingkatkan Tahap Kesuburan Anda Dengan Set Kesuburan Shaklee

Set Kesuburan Shaklee telah membantu ramai pasangan untuk mendapat zuriat. Alhamdulillah, dengan syor daripada pakar nutrisi dan pakar Set Kesuburan ini, ternyata ianya berkesan buat pelanggan dan sahabat kami.

Anak anugerah Allah yang paling istimewa. Dialah racun, dialah penawar. Pasangan yang berkahwin pastinya ternanti-nanti kehadiran insan yang dipanggil anak ini. Suara tangisan, tawa mengekek-ngekek menjadi muzik di telinga ibu dan ayah.

Tuesday, September 17

Sudah Naik Ka?

Sempena cuti Hari Malaysia semalam, saya dan En Abah bawa anak-anak ke Zoo Negara untuk kesekian kalinya.

Plan asal ialah ke Bukit Cerakah (eh apa nama baru dia ek?) tapi disebabkan Imran asyik sebut-sebut pasal Zoo Negara, jadi tak sampai hati pula. So, Zoo Negara lah kami terjah.

Dari Shah Alam ke Zoo Negara kami lalu highway Duke. Memang sekejap aje dah sampai. Sebelum tu singgah beli makanan di stesen minyak tepi highway NKVE buat bekalan dalam zoo nanti. Jimat sikit :)

Sampai di Zoo Negara, Subhanallah urut dada saya dibuatnya. Ramainya umat manusia!!! Selama saya ke Zoo Negara, tak pernah-pernah saya parking di Parking B. Kali ni ke sana tempat kami parking. Parking A ditutup sebab penuh. Dahsyat!

Lepas parking kereta, kami masuk melalui gate belakang zoo, tembus ke area akuarium. Masa nak bayar tiket, saya usha-usha harga tiket. Oh my. Harga tiket dah naik rupanya ye. Kalau dulu harga tiket dewasa RM20. Sekarang dah jadi RM30! Sejak bila harga naik ni? Ada sesiapa boleh bagitau?

Terkejut badak nengokkan harganya. Hehe.

Nak cerita pasal pengalaman ke zoo ni pun rasanya dah banyak. Cuma benda baru yang sedang jadi kat dalam zoo tu ialah, pihak Zoo Negara tengah buat pembinaan bangunan. Rasanya untuk dijadikan tempat penyelidikan dan penempatan giant panda.

Wahhh ada panda tak lama lagi. Bangunan dijangka siap November tahun ni. So maybe hujung tahun ni boleh la kita tengok panda yang super cuteness tu.

Ok satu tips yang baru saya pelajari (padahal dah banyak kali ke sana), kalau nak beli makanan, sila beli di kedai berhampiran dengan pentas pertunjukan haiwan tu. Elakkan beli makanan kat Savannah Walk sebab super mahal! Kalau kat area pentas tu harga air dalam tin RM2.80 tapi kalau kat Savannah Walk harganya RM3.50. 

Naik tram semalam pun rasa kejappp sangat. Mungkin sebab kami naik sekadar nak round-round satu zoo tu. Sebelum tu dah round jalan kaki dah. Saja lepas jalan kaki kita naik tram lah pulak kan. Ambik angin sambil keringkan peluh

Well, yang pentingnya, lepas balik dari zoo, malam tu anak-anak tidur lenaaaaaaaaa sangat. Hehehe.

Oh ok nak share satu benda. Sebelum ni balik dari zoo saya memang capek banget. Penat macam apa. Tapi semalam, "I am sweating and thirsty but I'm ok". Mungkin sebab pagi tu ambil Vita-Lea jadi rasa sungguh energetic.


Till then. Tata!


 

Set Kurus Extra Shaklee - Bukan Sekadar Turunkan Berat Badan

Set Kurus Extra Shaklee ini merupakan tambahan kepada Set Kurus Basic.

Kalau dalam Set Kurus Basic Shaklee ada Lecithin dan Alfalfa, dalam Set Kurus Extra ini pula ada tambahan Vita-Lea dan ESP/Cinch Shake Mix.


Vita-Lea

Set-Kurus-Shaklee


Ia merupakan supplemen seimbang dan paling komprehensif di dalam sains Shaklee yang mampu dimiliki. Vita-Lea diformulasikan khusus dengan 28 vitamin dan mineral penting yang diperlukan oleh orang dewasa.

Thursday, September 12

Lecithin Si 'Penarik' Lemak Berlebihan

Lecithin merupakan antara produk terhangat dalam deretan produk Shaklee, terutama sekali kepada mereka yang ingin mengurangkan berat badan atau mengekalkan berat badan seimbang. Ianya produk yang wajib ada dalam Set Kurus Shaklee.

Jadi apa yang istimewanya Lecithin ini?

Wednesday, September 11

Kehidupan Yang Harmoni Bersama Alam Semulajadi

Ibu Pejabat Shaklee di Pleasanton, California bukan sekadar pusat operasi, malah ia adalah simbolik kepada falsafah yang didokong oleh Shaklee.

Ia direkabentuk oleh arkitek terbilang - Gensler, menjadikan bangunan ini mesra pengguna dan mesra alam sebagai refleksi kepada komitmen Shaklee terhadap "Kehidupan Yang Harmoni Bersama Alam Semulajadi".

http://lh5.ggpht.com/-TCz41sdyTcQ/Teqiq6XnAhI/AAAAAAAAJFs/qN-hhK7za-c/20110519_5019_thumb.jpg?imgmax=800

Anda boleh menikmati pemandangan indah - langit, tumbuh-tumbuhan, bukit-bukau dqan kehijauan tanah lapang, tidak kira di mana posisi anda berada di dalam bangunan ini.

Rekabentuknya yang serba moden dan maju, membolehkan ia diterangi secara semulajadi oleh cahaya luar, serta pembinaannya daripada bahan dan warna secara semulajadi.

Di antara keunikannya seperti:

  • Bahan-bahan kayu dan pintu diambil dari kawasan hutan mampan.
  • Pembuatan permaidani daripada bahan yang dikitar semula.
  • Kerusi-kerusi diperbuat daripada bahan yang dikitar semula.
  • Tanaman landskap yang dijaga rapi terdiri daripada sebahagian tumbhuan botanik yang terdapat di dalam produk-produk Shaklee.
  • Penggunaan sensor pergerakan bagi mengawal suis lampu untuk tujuan penjimatan tenaga.
  • Penghadang tingkap yang dikawal leh sensor elektrik, bagi membolehkan 80% cahaya luar menerangi ruang dalaman dan pada masa yang sama menapis kepanasan.
  • Penggunaan "Low-E glass" di seluruh bangunan untuk penggunaan tenaga yang efisien.
  • Peredaran udara melalui bawah lantai untuk penggunaan tenaga yang lebih efisien dan menjamin kualiti udara.
  • Ruang dalaman yang luas bagi menggalakkan susana kerja yang lebih harmoni dan menjamin peredaran udara segar.
  • Orientasi bangunan yang mesra alam dan kedudukannya yang berhampiran dengan pengangkutan awam.


Shaklee Independent Distributor
ID 1001018
SMS/WhatsApp 0192929796


Klik sini untuk dapatkan info dan berita tentang produk Shaklee



Ingin tahu harga produk Shaklee? Sila klik sini



Daftarlah sebagai ahli Shaklee hari ini dan nikmati pelbagai kelebihannya!


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

Set Kurus Basic Shaklee - Mudah dan Berkesan!

Set Kurus Bajet Shaklee ni dah ramai yang akui keberkesanannya. Jika diambil secara konsisten, mengikut dos yang betul, Inshaallah dapat membantu dalam menjayakan misi mengurangkan berat badan.

Umum tahu berat badan berlebihan juga boleh mengundang pelbagai penyakit. Oleh itu penting untuk kita dapatkan berat badan yang ideal, bukan sahaja untuk kelihatan lebih menawan tetapi juga untuk tubuh badan yang lebih sihat dan cergas.

Jadi, apa yang boleh dibuat?

Tuesday, September 10

Legasi Shaklee

Selama tempoh lebih 5 dekad, syarikat Shaklee telah meneraju barangan dan produk kesihatan semulajadi yang terulung di dunia.

http://sidshoppe.files.wordpress.com/2012/09/dr-shaklee.png
Dr. Forrest C. Shaklee


Pada tahun 1915, Dr. Forrest C. Shaklee telah mencipta "vitalized minerals", iaitu merupakan multivitamin yang pertama di dunia. Pada tahun 1956, beliau telah menubuhkan Shaklee Corporation.

Info Sihat: CoQ Health Plus Shaklee Untuk Jantung Yang Lebih Umphh!

Hari ni jom kita borak-borak pasal kesihatan. Your health, your wealth kata orang.

Saya nak cerita pasal CoQ10.

Apa itu CoQ10? 

CoQ10 juga dikenali sebagai Coenzyme Q10, ubiquinone, ubidecarenone, atau coenzyme Q. CoQ10 dihasilkan oleh tubuh badan manusia, namun penghasilannya semakin berkurangan seiring dengan usia seseorang. Kandungan CoQ10 juga dilaporkan rendah bagi seseorang yang mempunyai penyakit jantung, Parkinson, kanser, diabetes dan HIV/AIDS.

Vitamin-Untuk-Jantung

Monday, September 9

Hello World!

Assalamualaikum...


Halu halu! Ingat saya lagi tak? Hihi.


Saya sebenarnya dalam mod menyepikan diri (sejak hari tu lagi) dari dunia blog. Kat fb pun sekadar jadi pemerhati sambil menahan diri post status mengikut rasa demi menjaga hubungan sesama manusia.


Ecewah ayat.


So, apa update terbaru ye?


Saya masih mama kepada 3 orang anak. No 4 tak tahu bila nak start memandangkan Raisha ni tak menunjukkan tanda-tanda nak adik. Manja kemain hai. Bak kata En Abah, Raisha ni 'die hard fan' mama!


Imran dan Irma, Alhamdulillah sejak pindah kindy baru, so far ok-ok saja. Irma dah boleh membaca, Alhamdulillah. Imran masih merangkak-rangkak tapi ada progres. Imran nampak lebih cenderung kepada Maths. Pastu suka tanya tentang kebesaran Allah. Siapa cipta semut, siapa cipta kereta, macamana orang tu boleh cipta kereta. Benda-benda gitulah. Dan kata En Abah hari tu dia dengar Imran boleh baca ayat Kursi sikit-sikit.


FYI, Imran ni dulu jenis tak suka cerita apa dia buat kat sekolah. So agak susah bagi saya nak nampak takat mana progres dia. Bila kita tanya buat apa kat sekolah, dia jawab tak buat apa-apa. Agak frustrated jugak la masa tu.


Tapi sekarang ni dia lebih open dan senang nak cerita aktiviti kat sekolah. And sekolah dia ni ada macam-macam aktiviti jugak. Hari tu ada camping. Cuti sekolah yang lepas Imran kena bawak balik kelas dia punya pet and jaga for the whole two weeks. Tau apa binatang yang dia kena jaga? SIPUT B*BI okeh! Melompat mama dia ni masa tengok dia bawak balik siput tu. Hahaha.


So kesimpulannya saya agak berpuas hati la dengan progress Imran dan Irma walaupun bengkok jugak le membayar yurannya hahaha. Takpe demi anak-anak mama akan cuba yang terbaik ye hihi.


As for Raisha, dia dah boleh berjalan start umur setahun 3 bulan. Hahaha 7 bulan lepas punya cerita kan. Suka menyanyi dalam bahasa dia, dan suka joget. Sangat comel bila dia joget sebab liuk lentok dia tu lain macam sikit. Hihihi.


Hmm banyak pulak benda nak cerita rasanya tapi masa tak mengizinkan. Nak kena ke post office kejap hantar barang pada customer.


Tata then!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!