Thursday, October 31

Vivix Shakee: Misi Berhenti Merokok Bermula!

Alhamdulillah.

Tak sabar rasanya nak kongsi pengalaman ni sampai tak tahu nak start dari mana :)

Suami saya, En Abah kesayangan saya tu memang dah lama nak Berhenti Merokok.

Beberapa tahun lepas dia kena denggi. Masa tu Irma dalam setahun lebih rasanya.

Lepas kena denggi, dia kata takmo merokok dah sebab tak nak masuk hospital. Serik. Hehehe.

Memang dia tak merokok. Selama sebulan. Sebulan yang paling sihat masa tu sebab saya tak perlu bau asap rokok.

Friday, October 25

Semoga Dipanjangkan Nikmat Kesihatan Buat Ayah

Assalamualaikum

Agak sibuk seminggu kebelakangan ni.

Saya lebih banyak di FB berbanding blog.

Plus, ayah saya dimasukkan ke IJN.

Kisahnya ayah memang dah lama sakit-sakit dada. Bila naik tangga dia akan kepenatan seolah-olah tak cukup oksigen.

Monday, October 21

Vitamin C Terbaik Untuk Anda

Vitamin C.

Vitamin C tidak dapat dihasilkan oleh tubuh badan kita. Oleh itu penting untuk kita pastikan bahawa tubuh kita mendapat bekalan vitamin C yang secukupnya.

Banyak vitamin C yang terdapat dalam pasaran. Masuk saja farmasi, bermacam pilihan yang ada.

Tetapi sebelum anda membeli vitamin C, ada beberapa perkara yang harus anda tahu.


Sunday, October 13

Selamatkah Vitamin Yang Anak Anda Makan?

Tahukah anda bahawa kebanyakan vitamin berbentuk kunyah atau chewable untuk kanak-kanak mengandungi kandungan gula yang tinggi, pewarna dan perisa sintetik?

Dan tahukah anda kesan jangka panjang pengambilan makanan yang mempunyai pewarna dan perisa sintetik?

Ya, pelbagai penyakit akan hinggap dalam tubuh badan kita, dan juga anak-anak kita.

Kajian di United Kingdom's Food Standard Agency pada tahun 2007 menunjukkan bahawa pengambilan makanan yang mempunyai pewarna tiruan boleh meningkatkan sikap hyperactive di kalangan kanak-kanak.

Wednesday, October 9

Kenapa Perlu Minum Air Masak?


Air merupakan sumber kehidupan. Tanpa air, tumbuhan dan haiwan tidak dapat meneruskan kehidupan. Begitu juga manusia. Air anugerah Allah ini amat penting kepada manusia untuk hidup. Bukan saja untuk minum, tetapi juga untuk melakukan rutin-rutin harian yang lain.

http://img.gawkerassets.com/img/18fsfy70t9rxwjpg/ku-bigpic.jpg


Kenapa air amat penting kepada tubuh badan kita? Apa manfaatnya kalau minum air masak banyak-banyak?

Tuesday, October 1

Shaklee Collagen Powder: Kulit Lebih Cantik Dan Gebu

Saya telah pun merasakan kehebatan Shaklee Collagen Powder ini. Terasa pipi semakin anjal dan kulit pula lembut macam bayi.


Tapi sebelum tu jom kita baca dulu apa itu kolagen.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!