Friday, September 30
Pukul 11 Malam
Wednesday, July 27
Zzz
Tuesday, June 14
5th Anniversary
Thursday, May 5
I Miss My Supir...
Monday, July 26
Mari Kita Mulakan Entry Dengan....
Monday, July 19
Hujung Minggu @ PD
Monday, May 31
1, 2, 3
Esoknya (Sabtu), pagi-pagi lagi En Abah dah ajak balik Seremban. Saya yang dah agak dah rancangan En Abah (eceh) memang dah pack baju anak-anak malam tu. So pagi tu pack baju laki dengan baju sendiri aje lah.
Sampai Seremban lepas breakfast En Abah ajak pi Ulu Bendul. Aik En Abah ni dia tak penat2 ke ek? Confuse mak tau. Tapi saya ikutkan aje lah walau mulut membebel-bebel jugak. Hahaha.
En Abah punyalah excited nak pi Ulu Bendul sampai terlupa nak bawak tikar. Benda paling basic okeh. Sudahnya terpaksa la mak letak punggung
Anak teruna saya sepanjang berada di Ulu Bendul boleh la disimpulkan gini:
Imran + sepupu sepapat + air sungai = Excited sampai tak mau balik
Irma pulak mandi kejap-kejap aje. Anak dara yang sorang ni bukannya main air. Dia main pasir. Lepas tu campak-campak pasir kena rambut dia. Jenuh nak hilangkan pasir tu.
En Abah pulak, hmm... lelaki dan bbq. Kenapa lelaki dan bbq ni macam tak boleh dipisahkan ha? Macam... 'it's a guy thing' lah konon kan? Betul tak? Hehe.
Hari ni penat takde lah sangat cuma rasa lenguh pinggang sebab anak dara ni asyik nak melekat aje. Asyik la 'nak dok (duduk) mama', 'nak atom (dukung) mama'. Tak mo berenggang langsung.
Penat III
Ahad. Ada dua jemputan kenduri. Satu kat Klang, satu kat Sekinchan. Dan kitorang kat Seremban. Dan saya bangun lambat. Almaklum dalam sesi lawatan kawan baik kan.
Dan yang paling best, lupa bawak sekali kad jemputan. Maka takde map. Idea En Abah ialah call mak saya, minta alamat pengantin dan serahkan kepada google map. Tapi lepas berjaya dapat alamat, internet pulak takde. Yilek. Padahal malam tadi ok je. So, macamana nak pi ni?
Tengok alamat kat Klang, saya rasa saya macam tau tempat ni. Klang kan tempat saya bermain selama tiga tahun. Eceh. Bajet tau sangat lah konon. So, yang nak ke Sekinchan pulak, kitorang pasrah je karang. Haha.
Itu ini itu ini, pukul 1 lebih kitorang sampai Klang. Hm nampaknya macam tak sempat je nak pi Sekinchan. Perjalanan dalam 2 jam kot. Tu pun kalau tak sesat. Dah la takde map kan. Kerja gila ke apa. So sudahnya terpaksa la lupakan. Huhu. Ampun ye Hani.
Petangnya kitorang sampai Cheras. Saya dah flat dah. Sakit pinggang satu macam. Lepas tu sekali dengan pakej migrain. Saya pun tak tahu lah kenapa akhir-akhir ni sakit pinggang dengan migrain senang sangat menyerang. Sakit pinggang la especially.
Kalau lah ada orang tolong urutkan pinggang saya ni kan ke best. *Hint untuk En Abah :P*
Thursday, May 6
Rombongan Ke UTP
Kelmarin aku ikut rombongan tempat kerja aku ke UTP, Tronoh. Bertolak pukul 9 lebih, sampai UTP pukul 3 petang. Gila? Memang gila! Bukannya jauh sangat kan Shah Alam – Tronoh tu. Tapi dek asyik berhenti makan, maka perjalanan menjadi 5 jam lebih. Hoho.
Pukul 10.30 berhenti untuk breakfast kat R&R mana tah. Rawang kot? Aku bab nama tempat R&R ni memang selalu fail. Ampun. Hehe.
Lepas tu teruskan perjalanan. Nak dekat pukul 1 masuk persimpangan Ipoh Selatan. Singgah lunch kat Restoran Tasik Raban. Fuh marveles beb. Banyak gila lauk dia sampai aku naik migrain nak memilih lauk.
Ingatkan dah dekat-dekat le dengan UTP nih. Sekali patah balik ke selatan daa… Rupa-rupanya singgah lunch kat Restoran Tasik Raban tu adalah atas suggestion beberapa bos yang sama-sama naik bas dengan kitorang. Hoo sampai gitu sekali.
Maka pukul 2 lebih kitorang dah masuk le fate UTP tu. Then singgah sembahyang dulu kat masjid dia yang cantik tu. Memang cantik.
Lepas solat baru la jumpa orang-orang berkenaan. Bersoal jawab, berbincang-bincangnya tak sampai dua jam, lepas tu habis. Minum petang pulak. Fuh. Makan lagi. Soto pulak tu. Nom nom nom la kan. Haha.
Oh ye, walaupun perjalanan sangatlah lama, nasib baik la dihiburkan dengan DVD cetak rompak ‘My Name Is Khan’. Sedih okeh cerita ni. Mak menangis meleleh-leleh hingus. Pedulik orang lain nampak ke tak. Haha.
Perjalanan balik ‘diserikan’ pulak dengan cerita Under The Mountains. Biasa je la cerita ni. Takat nak isi masa lapang boleh le. Macam cerita hantu untuk kanak-kanak pun ye. Ekeke. Teringat kat tv dulu ada cerita ‘Goosebump’.
Maghrib singgah R&R. Solat sambil isi perut. Tapi aku tak larat nak makan berat-berat. So makan waffle je lah.
Sampai Shah Alam dalam pukul 9.30 ke 9.45 tah. Jejak tanah terus aku berjalan laju-laju nak pi kat kereta, sebab dah tak sabar nak balik. Haha. Aku sampai rumah pukul 10.30 malam.
Sangatlah penat. Penat duduk dalam bas. Sampai rumah timing adalah cantek sebab adik aku terus bawak keluar kek birthday Imran. Oh perut sudah berbunyi-bunyi. Maka malam Selasa itu aku telah menggemokkan diri dengan memakan kek coklat pada pukul 11 malam. Hahaha. Nice.
Thursday, January 28
Kembali
Tuesday, January 26
Lambat
Thursday, November 26
Cuak!
Tuesday, August 25
Menolong En Abah
Nak tahu berapa harga 2 pinggan nasi beriani? RM18!!! Terjojol bijik mata mak masa mendengar harganya! Mahalnya! Takdelah sedap mana pun! Masin adalah! Huhuhu. Semalam ialah kali pertama dan terakhir saya beli nasi beriani kat situ. Lepas ni, no more!
Menemankan En Abah menjaga gerai adalah penat. Sampai rumah pukul 11.10 malam. Sangat mengantuk dan badan pun rasa sangat letih. Nak main dengan anak-anak pun tak larat. Anak-anak pun dah mengantuk sebab tunggu mama dan abahnya lama sangat.
Macamanalah En Abah boleh jaga gerai ni setiap hari ye? Hari Ahad tu lagilah. Pukul 2 pagi baru sampai rumah sebab dia bawa stafnya pergi berurut.
Alkisahnya staf En Abah tergeliat tangan sampai lebam-lebam kat belakang badan. Nak bergerak pun susah. So En Abah bawa la stafnya pergi berurut. Semalam masih sakit lagi. Tu yang dia cuti tu. Hopefully hari ni dah sihat la dia.
Bukan apa, saya kesian dengan En Abah asyik keletihan je setiap hari. Gigih sungguh En Abah bekerja demi nak menyara kami anak-beranak.
Semoga berkat Ramadhan ni, murahlah rezeki kami. Amin.
Tuesday, May 19
Kisah EBM di Terengganu
Seminggu di Dungun, Terengganu.
Hari-hari lepas habis kursus, bawa Imran dan Irma ke playground. Kemain seronok anak teruna tu main vuai. Sambil-sambil makan keropok lekor di tepi pantai. Ah... sungguh heaven.
Hari Jumaat, En Abah, ayah dan emak saya turut sama datang ke Terengganu. Diorang bertolak tengah hari. Disebabkan jumlah ahli keluarga yang ramai, dan bilik di hotel tempat saya menginap pun dah penuh, maka terpaksa la saya check-out dari hotel itu dan stay di hotel lain. No. Bukan hotel. Resort.
Resort ini peti ais nya tak mempunyai ruang freezer yang cukup luas. So EBM yang saya pamkan untuk Irma guna pada hari Selasa nampaknya terpaksa dikorbankan. Chiller pun tak sejuk. Silap saya sebab tak terfikir nak gantikan chiller dengan ais. Huhu.
Sabtu pagi, kami check-out pula dari resort kat Paka tu dan bergerak ke Kuala Terengganu. Saja jalan-jalan. Tapi tidaklah sempat ke mana sangat pun. Hanya setakat lunch dan membeli keropok di Pasar Payang sahaja. Kemudian duduk-duduk di tepi Pantai Batu Burok sekejap. Kemudian berangkat pulang. Punah harapan saya nak tengok Masjid Kristal. Huhu.
Sedikit cerita di Pantai Batu Burok. Mula-mula kami park kat depan sebuah gerai jual layang-layang. Tapi kemudian bertukar tempat parking di kawasan lain sebab takmo Imran 'tergoda' dengan layang-layang yang ada.
Sampai di tepi pantai, Imran dah melalak nak berjalan-jalan atas pasir. So En Abah pun layankan aje lah. Sedikit demi sedikit saya perhatikan dua beranak tu bergerak ke arah gerai layang-layang tu. Ooo... anak teruna saya memasang muslihat rupanya! Bijak sungguh!
En Abah yang memang tak tahan mendengar pujukan Imran pun membelikan layang-layang 'Men' dan bermain bersama Imran. Terbanglah RM12 bersama-sama dengan layang-layang itu. Hohoho.
Selepas beberapa ketika kami bergerak lah pulang. Singgah di gerai-gerai tepi jalan menjual keropok. Kononnya nak beli sebagai buah tangan kawan-kawan opis. Kata mak saya, hari tu dia beli RM1 sepeket. So bila tanya mamat yang jaga kedai tu, memula memang dia kata RM1 sepeket. Bila mak saya kata nak beli 50 peket, dia cakap apa tah dengan kawan-kawan dia kat situ (ampun, saya tak paham loghat Terengganu), terus dia kata harga keropok sepeket RM1.50! Apakah? Dia ingat kami orang KL so boleh sesuka hati je naikkan harga? Ingat kami ni dok KL kaya ke? Terus kensel. Nasib kamu le.
Frust dengan sikap mamat itu, kami terus ke Cherating. Nak singgah satu gerai yang adik sepupu saya selalu singgah sebelum balik KL. The thing is masa tu dah pukul 5.40 petang. Ikut kata adik sepupu saya kedai tu tutup pukul 6.30 petang. Dan kami masih di KT. So, apalagi. Adik saya bawa kereta persis F1 lah.
Sampai di gerai tu tepat pukul 6.30 petang. Nasib baik belum tutup. Beli keropok dengan harga RM1.20. Ok lah. At least dia tak tipu! Kemudian kami pun geraklah pulang.
Singgah di kawasan rehat Gambang, sembahyang Maghrib dan Isyak sambil makan malam. Sampai di rumah dalam pukul 12.30 pagi. Huargh. Sungguh penat.
Ahad pagi, En Abah ajak balik Seremban. Seriously saya rasa sungguh penat. Dan badan sakit-sakit. Maklumlah, naik kereta Pro.ton sambil mendukung anak kecil yang sedang tidur memang memenatkan. Sakit pinggang bagai. Tapi demi memenuhi permintaan En Abah, kugagahi jua. Ecewah.
Tapi awal-awal lagi saya pesan kat En Abah yang saya sangat penat. Disertakan dengan pakej lengkap cherry-berry hasil makanan di kawasan rehat Gambang itu. Huhu. Tak larat mak, nyah! En Abah janji dia akan uruskan anak-anak nanti.
Sampai di Seremban memang saya terbaring aje. Asyik tidur aje. Wah. tak pernah saya rasa selenguh ini. Rasa macam loser pun ada sebab asyik terbaring aja. Makan pun tak selera.
Hasil dari sakit-sakit badan ni, production susu saya merudum. Saya usahakan juga nak mengepam untuk stok Irma hari Selasa (hari ni) nanti. Malangnya saya dapat 2 oz aje sekali pam. Kemudian lagi 1 oz aje pada sesi selepasnya. Gila. Memang kempis B ku. Kempis sekempis-kempisnya. Irma pun tak puas minum. Menyesal sungguh saya sebab tak tekadkan hati simpan juga stok EBM masa kat Paka tu. Hisy.
So hari ni, bekalan EBM Irma hanya 3oz sahaja. Selebihnya terpaksalah saya beri soya Melilea itu. Irma, ampunkan mama ye sayang. Mama minta maaf banyak-banyak. Mama yang salah. Irma makan bubur banyak-banyak hari ni ye so kuranglah minum susu soya tu. Esok Insyaallah akan bertambah stok EBM buat Irma.
Ya Allah, permudahkanlah perjalanan penyusuan ini... Amin...
Monday, March 23
Konon-Konon Je La
Pagi ni mama bangun dengan mata yang tersangat lah beratnya. *Huargh*
Ngantuk beb.
Friday, March 13
Waktu Rehat Yang Terlebih Panjang
Sampai rumah, first thing yang mama buat ialah mengepam. Ouh production ku makin berkurang pulak hari ke hari *sob sob*...
Selepas mengepam, rehat kejappp.... wargh ngantuk pulak mata... malam tadi mama tidur pukul 1 pagi. Pukul 4.30 dah terjaga sebab Irma nak nenen. Pastu dia takmo tidur pulak sampai la pukul 5.30. Ngantuk seh! So, mama nak amik short nap la kejap.
Zzzzz.......
"Ety, bangun la. Awak tak nak pi kerja ke?" Terpisat-pisat mata mama selepas dikejut oleh abah. Tengok jam kat henfon.
2.30 petang????
Takde maknanya nak jemur baju. Mama dah lambat nak ke ofis. Huhuhu.
Wednesday, March 11
Cuti-cuti Penang 3
Friday, December 19
Abah Sakit Lagi
Semalam abah uruskan kedai barunya tu. Pagi-pagi lagi dah jemput staf lama dia kat Alamanda, hantar ke Tropicana City Mall. Lepas tu jumpa supplier pulak sebab barang sikit sangat untuk mulakan kiosk. Lepas tu pergi beli rak-rak untuk display barang-barangnya. Kata abah, satu KL jem. Mana-mana dia pi pun jem sokmo.
Kemudian abah terima panggilan telefon yang sungguh membencikan. Apa dia mama takmo lah cakap. Personal gitu. Terus abah pening kepala, migrain then demam.
Dekat-dekat Maghrib abah sampai rumah. Terus baring atas sofa berselimut bagai. Dua comforter mama balut tapi abah tetap kata dia sejuk. Masa tu badan abah tak berapa panas lagi.
Pukul 10 malam pi jemput pulak stafnya kat Tropicana, hantar balik ke rumah di Putrajaya. Sungguh baik hati abah ni sanggup jemput pergi-balik staf nya. Sebabnya bagitau budak tu last minute kan. Dia lak takde transport. Abah kata start esok budak tu kena pandai-pandai sendiri la ke kedai.
Mama, Imran dan Irma ikut abah hantar stafnya balik. Memula mama yang drive tapi tetiba Irma meragam nak nenen, terpaksalah abah drive. Kesian abah. Menggigil-gigil dia bawa kereta. Tapi dari Putrajaya nak balik ke Shah Alam, mama drive semula. Irma pun dah lena. So senanglah abah nak jaga.
Ikut Elite nak balik ke Shah Alam tapi jem gila-gila. Bayangkan pukul 12 malam boleh jem? Oh Imran pulak ter-poo poo dalam kereta. Mama tak bawa diaper extra coz ingatkan sekejap aje. So baunya semerbak le satu kereta! Nak tau tak kenapa jem? Sebab orang tengah nak pasang tiang billboard kat tepi highway tu. Habis ditutup jalan dari 3 lane jadi satu lane aje. Huhu.
Sampai rumah pukul 1 lebih. Imran dah terlena despite of diaper nya yang penuh dengan poo. Mama terpaksa tukarkan diapernya dan guna kaedah lap dan buang aje. Nak kejutkan dia tidur tak sampai hati. Ohhhh bau poo poo budak umur setahun lebih sungguuuhhhhh dot dot dot. Sila imagine sendiri baunya yang dah macam org besar punya dan mama terpaksa bersihkan tanpa guna air. Guna wipes ajo. Huhu.
Lepas dah settlekan Irma dan Imran (abah awal-awal dah tertido. sian abah), mama settlekan dapur pulak. Oh disebabkan abah dah tertidur atas sofa kat living hall, makanya kami semua pun tidur kat living hall. Imran tidur kat sofa jugak (sofa lagi satu), Irma tidur kat playpen. Mama? Tidur atas lantai aje. Nak bentang toto, abah dah guna buat selimut. Tak sampai hati tengok abah kesejukan.
Mama tertidur pukul 2 pagi.
Pagi pukul 6 mama dah terjaga. Tengok-tengok Imran ada kat sebelah mama. Entah pukul berapa dia turun dari sofa mam tak perasan. Mama touchy touchy gitu sebab rasa:
- Imran nak jugak tidur sebelah mama tak kisah la atas lantai ke kat mana.
- Agaknya Imran kesian tengok mama tidur sorang-sorang di atas lantai yang sejuk lalu temankan mama. Hehe.
Tapi mama kesian pulak tengok Imran tidur atas lantai. Tak sakit-sakit badan ke? Aduhai anakku.
Pagi tadi bawa abah pergi klinik, suhu badan 39.3 Celcius. Panas gila! Abah minta injection sebab nak cepat baik. Kalau boleh dia nak jugak pi kursus tu. Tak seswai tau abah! Tapi doktor cuma bagi ubat tahan sakit dan ubat demam. Doktor suruh abah minum air masak banyak-banyak dan makan bubur sahaja.
Kesian abah kan?
Wednesday, December 10
Penat Lagi
6-6.30 am : Bangun pagi. Nenenkan Irma. Gosok baju. Bersiap.
7.00 am : Masukkan baju kotor dalam mesin. Set delay 10 jam. Siapkan susu Irma dan pam. Angkut handbag, cooler bag berisi pam, cooler bag berisi EBM, beg sekolah Imran dan Irma ke dalam kereta. Angkut Imran dan Irma ke dalam kereta.
7.30 am : Hantar Imran dan Irma ke taska. Breakfast jap kat mapley.
8am - 5pm: Office hour. Plus pumping session, lunch etc.
5 - 5.30pm: Jemput Imran dan Irma kat taska.
5.30 - 7pm: Keluarkan baju kotor budak2 dari dalam beg. Keluarkan botol2 EBM yang kosong, dan pam ke dalam sinki. Botol2 berisi EBM simpan dalam fridge. Keluarkan baju yang baru dibasuh dari dalam mesin. Angkat baju yang dah kering kat ampaian. Jemur baju yang baru basuh tadi.
7-9pm : Mandi (kalau sempat sebab biasanya masak dulu). Masak (kalau ada bahan atau rajin). Atau makan kat luar. Biasanya time2 macam ni Imran dan Irma akan poo-poo. Tukar diapers budak2. Layan TV.
10pm : Tukar diaper Imran dan Irma untuk night time. Tukar baju budak sekali. Mandi (kalau tak sempat mandi masa petang tadi). Basuh dan rebus botol dan pam.
11pm-12am: 'Berperang' nak tidurkan Imran dan Irma. Lepas diorang tidur barulah mama tidur.
Nota: Aktiviti meng-vakum dan mengemop rumah biasanya abah yang buat. Rajin sungguh hubby ku itu. Mama? M.A.L.A.S.
See? Bukannya banyak kerja yang mama buat pun kan? Tapi kenapa rasa penat yaamat dan asyik mengeluh aje ek? And the obvious part is, baju kering/bersih makin membukit-bukit. Konon-konon nak bangun pukul 5 pagi untuk spend masa lipat baju. Tapi asal pegang je handphone, mama tekan snooze. Abh camno? Salah sendiri. Haha.
Sebarang cadangan untuk mengurangkan rasa penat atau menambahkan ke-efisyen-an mama amat dialau-alukan.
Tuesday, November 25
Dan Keputusannya....
Dapatlah ubat lawas, antibiotik dan ponstan (betulkah ejaanku ini?) sebab mama migrain sekali.
Balik rumah mama terus terbaring sebab tak larat nak buat apa-apa. Asal berdiri je rasa melayang. Abah pulak terus keluar pi farmasi. Beli home pregnancy test.
Masa mama mandi, mama pun menge-test lah. Dan keputusannya....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Jeng jeng jeng
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Negatif
Iye. Negatif ya kawan-kawan. Imran dan Irma masih belum bersedia untuk terima adik lagi. Dan badan mama pun rasaya belum cukup kuat untuk pregnant lagi.
Entahlah. Mama ni sekarang asyik rasa sakit-sakit badan aje. Macam orang tua (muda sangat ka?)
So today mama amik cuti walaupun takde mc. Mama nak rest. Jap lagi nak hantar Imran & Irma pi taska, dan mama nak rest sepanjang hari. Pinggangku sakit doh!
Thursday, October 30
Open House
Menu mama - mee kari (nenek masak), soto (mak wan masak), puding coklat (nenek buat), sate kambing (tempah), kuih apam dan karipap (tempah), kek coklat (mak ngah buat), buah oren, air sirap lemon.
Tetamu boleh tahan ramai la. Jiran-jiran yang dijemput semua datang, Officemate mama ramai juga yang datang. Kawan-kawan abah pun ramai. Sedara-mara belah mama hampir semuanya datang. Belah abah tak berapa sangat coz ada bapak sedara abah yang buat open house jugak. Kawan-kawan mama? Hm ni part yang sedih ni. Tak ramai yang datang. Huhu. Rasa-rasanya mama jemput semua kawan mama. Mana yang mama takde contact num tu, mama minta tolong kawan-kawan mama yang lain bagitau. Tapi last Monday ada dalam 11 orang je kawan-kawan mama yang datang (thanks for coming, guys!). Sedih tak?
Mungkinkah promosi mama tak cukup hebat? Atau ramai yang balik kampung? Atau tak sudi kot datang ke rumah kita ini? Atau takde masa? Huhu. Entahlah. Masing-masing ada alasan masing-masing. Tapi mama agak terkilan jugaklah. Terasa macam takde kawan pulak. Uh uh. Ter emo pulak mama ni.
Well, benda dah lepas jangan dikenang. Ok lah.
Tetamu terakhir Isnin lepas datang pukul 9 lebih. Masa tu mama dah tutup pintu dah. Abah dah terlantar kepenatan. Tup-tup abah dapat call. Pintu rumah pulak diketuk-ketuk. Jenguk jenguk rupa-rupanya kawan abah. Hehe. Kata kawan abah tu, memula bila tengok jam dah malam, dia ingat tak jadi la nak datang. Tapi sebab dah janji, dia datang jugak. Wah... mama salute betullah kawan abah ni. Dengan wife dia yang tengah sarat-sarat tu, datang jugak dia.
Kitorang duduk-duduk la depan rumah layan tetamu terakhir tu. Sempat pulak abah promote susu ibu kat bakal ibu tu. Kemain abah bercerita. Pasal kepentingan sejam pertama lepas melahirkan lah, kolostrum lah, cabaran-cabaran orang bf lah, pam lah, and last but not least, abah promote susuibu.com (padahal abah sendiri tak pernah masuk susuibu.com. Haha).
Wah terharu sungguh mama dengan kesungguhan abah. Kitorang siap bagitahu yang kitorang pi kelas bf before lahirkan Irma dulu. And bagitau jugak betapa kitorang nampak beza antara baby yang nyusu fm dgn bf.
Bukan ada niat apa-apa pada ibu yang tak bf ya. Hope tak salah faham pulak. Masa intro nak cerita pasal bf tu, abah tanya dulu that lady dia nanti nak nyusu badan ke fm. Bila dia kata bf, baru la abah promote pasal kelebihan bf. Otherwise, kami hormati pilihan dia kalau jawapannya ialah fm. Lagipun kami cerita based on pengalaman sendiri, bukannya memburuk-burukkan atau melebih-lebihkan sesiapa.
Ok berhenti takat tu aja.
Bercakap pasal tetamu, walaupun rasa sedih sebab tak ramai kawan yang datang, tapi mama sangat happy dapat jumpa kawan-kawan lama mama yang dah bertahun-tahun tak jumpa. Ada yang sanggup datang rumah mama padahal dia baru aje sampai dari kampung yang jauh tu. Sure penat tak ingat punya. Ada yang sanggup cancelkan plan untuk balik kampung sebab nak jumpa mama. Oh terharunya daku.
Conslusion nya, open house yang julung-julung kali mama dan abah buat ni, memang banyaklah kekurangannya. Tapi mama happy dengan kehadiran semua tetamu. Dan sangat-sangatlah penat nak mengemas rumah. Haha. Sampai sekarang rumah tak habis kemas lagi. Nasib baik periuk-periuk yang besar tu mama dah berjaya cuci dan simpan malam tadi. So takdelah sesak sangat dapur mama tu.
Kepada kawan-kawan yang sudi menghadirkan diri, mama ucapkan terima kasih. Mama minta maaf kalau mama tak dapat nak layan kawan-kawan mama dengan sempurna. Mama jugak minta maaf dengan segala kekurangan yang ada masa open house mama tu.
Jangan serik datang rumah mama lagi ye.
.