Tuesday, November 17

Dia Dah Tak Akan Hantar/Jemput Saya Lagi

Tajuk kemain.


Mulai hari ini saya bawa kereta sendiri ke ofis. Well, bukanlah kereta sendiri. Kereta pinjam adalah lebih sesuai. :)


En Abah dah tak boleh hantar/jemput saya dah. Kenapa? Oh, bukanlah kerana En Abah tak sudi. Tapi dia harus berulang-alik ke Seremban setiap hari. Sampai bila? Sampai bila-bila lah kot nampaknya.


Dah lama tak bawa kereta adik saya ni. Kereta Kancil yang saya rasa bila-bila masa aje boleh terburai dan terlerai di tengah jalan. Sungguh menyeramkan okeh. Tapi saya terpaksa beranikan diri. Huhu.


Memandu Kancil harus mempunyai tahap kesabaran yang tinggi tahu? Mana taknya, mentang-mentang kamu kecik dan tak pick-up macam kereta lain, kamu mestilah selalu beri jalan kepada kereta-kereta yang besar ini.


Kamu juga harus terima hakikat yang kebanyakan orang beranggapan mereka yang memandu Kancil adalah mereka yang baru aje lepas belajar memandu/habis lesen P. Jadi kebarangkalian kamu akan dihon, di-beam dan dipotong secara kurang berhemah adalah tinggi.


Yang peliknya, ketika kamu memandu kereta yang besar sikit dari Kancil, dengan gaya pemanduan yang sama, takde pulak kereta lain hon, beam atau potong kamu begitu. (Tak selalu lah.)


Pelikkan?


I love Malaysia (tiba-tiba).




6 comments:

FAM said...

err..sy penah bwk kancil & sy yg high beam bmw di dpn sbb amoi tu bwk tehegeh2 di lane plg kanan.

m-i-o said...

ha, mak dulu pun sama tau. masa tempek lesen P dulu, owh sungguh sengsara hokey.

asal naik bukit je mesti ada lori besar hon tau, sungguh keji punye lori - saja je nak buat mak terperanjat. maklumlah dulu kan baru nak belajar balancing clutch ngan minyak masa naik bukit - sebarang gangguan akan merencatkan tumpuan, tahu? kompem mati enjin punyela.

tup tap lepas tanggal lesen P, takde pulak sesapa hon. mak yg hon orang balik adalah. kahkahkah!

Queenin Murni said...

hahah.. sgt setuju..

kalau bwk keta kecik, mmg selalu kena buli.. nak2 pulak driver pompuan. kesian kita kan?

:P

Jiey^Mien said...

owh saya adalah pemandu tegar kancil.
tak brani bwk kete lain selain kete rasmi belaja memandu neh..
kete en.hubby? lagi la cuak nk bwk..
:P

Unknown said...

MD,
haih bawak BMW pun slow2 ke? kalau mak haruslah mak pecut. muahaha.

mio,
hmm ni takde lesen P pun sengsara jugak. tapi so far belum kena hon lagik lah. mungkin kerana saya begitu berhemah sekali. *bluerk!*

Unknown said...

QM,
memang kesian. kena pakai kereta besar2 gamaknya :)

terus teringat satu sticker yang tertepek kat satu Kancil ni - 'when I grow up, I want to be a Mercedes!'

haha.


Jiey,
saya dulu pun cuak jugak. tapi saya telah di'paksa' habis-habisan oleh hubby untuk belajar bawak kereta kitorang.

yelah, nanti kalau balik kampung, kot dia malas nak drive boleh la saya take over. ceh. boleh alasan gitu? sabo je lah. haha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!