Wednesday, January 2

Pindah Balik....

Hmm... Rasanya dah hampir 3 bulan aku dok berulang dari rumah Mama kat Cheras ke tempat kerja kat Shah Alam. Imran pun dah lama tak pi nursery. Ni semua start masa bulan September la.. masa tu Imran demam panas. Nak hantar nursery tak sampai hati. Lagipun takut budak2 lain berjangkit dengan dia, pastu karang kena kat dia balik pulak. Masa tu aku dah ambik cuti seminggu jaga Imran. Tapi dia still belum betul2 baik. Nak ambik cuti lagi, rasa macam melampau pulak. Kebetulan masa tu adik aku dah start cuti sem. So, apa lagi, export la semuanya ke Cheras.

Lepas adik aku dah habis cuti, mak aku lak cuti. Maklumlah cikgu, cuti sekolah panjang. So, seronok la nenek Imran dapat jaga cucu dia hari-hari. Semalam dah 1st Jan. Hari ni pun mak aku dah start sekolah. Adik pun dah start kelas. Aku dgn hubby decide untuk balik ke rumah kami balik. Huhu. Tamatlah 'zaman bersenang-lenang' aku. Ye la... kat Cheras, balik kerja je, dinner dah siap. Pastu lepas makan boleh lepak2 lagi tengok tv coz adik aku + mak aku main2 dengan Imran. Rumah pun tak yah susah2 nak kemas coz mak aku dah siap kemas siang tu. Baju pun takyah basuh coz ayah aku yang in-charge basuh baju (mesin la) dgn jemur baju. Hahaha. Gila senang-lenang aku. Teruk betul. Oh pastu jimat sikit bila sampai tang belanja susu+diapers sebab biasanya nenek Imran yang beli. Hahahaha.

La ni, dah pindah balik ke Shah Alam, kenala independent kan. Balik kerja kena beli barang dapur. Hubby lak jenis tak suka beli barang dapur buat stok. So kena la beli almost everyday. Lepas tu kena masak. Tang ni yang aku tak berapa suka coz takde talent. Tapi aku rasa sebenarnya aku masak takde la teruk sangat. Cuma tak berapa kena dengan selera hubby. Yang tak bestnya hubby selalu 'buat muka' kalau masakan aku tak kena dengan dia. Patah semangat aku nak masak lagi. Maklumlah aku ni dok hostel dari Form 1 sampai la habis ACCA. Memang tak pernah belajar masak. Lepas kahwin baru start belajar. Tu pun tengah merangkak2 lagi. Kalau takat masak goreng berlada tu terer la aku. Tapi hubby tak gemar goreng berlada pulak. Huhu.

Okeh. Lagi satu susah sikit time masak ni ialah... nak berkejar2 masa between masak dgn jaga Imran. Hubby aku biasanya lepas jemput aku dari tempat kerja dia akan mengadap PC dia. Kalau dah mengadap PC tu memang payah la nak commit benda lain. So anak aku takde siapa nak layan. Aku ni mana nak masak, nak jaga anak. Huhu. Masak pun slow. So biasanya kalau aku start masak kul 7.30, kul 9.30 belum tentu siap. Hahahahahha.

Habis memasak, sampai bab kemas rumah. Hubby seorang yang pengemas/pembersih. Biasanya tugas kemas rumah ni memang bagi kat dia lah. Esp time aku tengah pregnant ni. Sampai lak bab basuh baju. Ni no prob. Aku dengan senang hati buat. Bila sampai bab jemur baju, minta tolong hubby, memang susah sikit la. Kadang2 dia buat, kadang2 tak. Ni bersangkut paut dgn mengada PC la. Dah ngadap PC memang dia terpisah jap dengan dunia realiti. Hehe.

Lepas tu, sambil basuh baju, kena masak bubur Imran untuk bawak ke nursery keesokan paginya. Pun no prob sebab senang. Sambil tu kena basuh la pinggan mangkuk periuk belanga yang guna masa masak tadi. Ni pun kerja yang aku tak suka. Hehe.

Settle hal dapur, kena kemas beg Imran pulak untuk dibawa ke nursery. Baju 3 pasang, diapers 6 helai, kain napkin untuk lap2 sehelai, susu dll. Lepas tu gosok baju pulak. Kalau ada baju yang dah kering, kena lipat baju pulak. Korang agak2 bila semuanya akan selesai kalau aku buat semua kerja ni sorang2? Aku rasa dalam pukul 12 lebih kot. Itu pun kalau aku ada energy lagi la coz pregnant yang 2nd ni aku memang cepat letih.

Hm, since kami baru pindah rumah, lepas dah settle semua kerja yang wajib tu, kena la kemas rumah sikit2. Baju yang angkut dari rumah sewa still ada dalam plastik lagi. Bilik Imran belum habis kemas. Kena mop rumah hari2 coz lantai tu kotoran degil dia memang ketegaq betul!

Lepas tu barulah aku ada masa nak main kejap dengan Imran (itupun kalau Imran belum tidur). Then barulah tidur. Oh semalam Imran dah start tidur dalam playpen dia. Satu kejayaan yang membanggakan aku! Tapi kena tidurkan dia sebelah aku dulu. Lepas dia lena baru transfer dia ke playpen.

Bila baca balik rutin harian aku takde la susah sangat (maybe it's easy said than done kot). Kot kalau baca je rasa macam simple je rutin aku. Tapi bila nak buatnya huiyo berat sungguh rasa. Atau maybe aku yang malas. Or I'm just simply a bad wife and mother? I dunno.

So, sempena tahun baru ni, aku berazam untuk menjadi isteri yang baik dan ibu mithali buat anak (anak2)!

Ya Allah, kurangkanlah tahap kemalasan aku ini!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!