About

Assalamualaikum...

Saya merupakan ibu kepada tiga orang anak. Anak pertama lahir pada 2007 dan kini berusia hampir tujuh tahun. Anak yang kedua pula menyusul setahun selepas itu. Si kecil pula kini berusia hampir tiga tahun dan masih menyusu badan. Alhamdulillah.


Pengedar Shaklee Cheras


Saya mula mengambil Shaklee sebagai makanan tambahan sekitar awal 2012. Tujuan utama saya ketika itu ialah untuk menambah susu badan kerana saya bertekad untuk menyusukan anak ketiga saya selama yang boleh. Sejarah penyusuan saya dengan anak-anak yang sebelum ini tidaklah begitu memberangsangkan.


Anak pertama tidak berjaya saya susukan kerana tidak mempunyai ilmu penyusuan ketika itu. Bermula dari hari dia dilahirkan lagi anak sulung saya telah diperkenalkan dengan botol susu. Malahan susu formula merupakan makanan pertama anak sulung saya. Memang sedih jika diingatkan semula namun apa yang berlaku semuanya ada hikmahnya kan.


Set Anak Pintar Shaklee


Waktu pantang anak pertama memang agak memilukan jika dikenang semula. Anak saya langsung tidak mahu menyusu dengan saya. Saya cuba mengepam dan beri susu saya melalui botol. Tetapi cara ini hanya berkesan selama sebulan saja. Tambahan pula susu formula merupakan makanan utama anak saya menggantikan susu ibu.


Susu formula telah menyebabkan anak saya menghidapi CMPA (Cow's Milk Protein Allergy). Pendedahan susu formula yang terlalu awal telah trigger elergi anak saya memandangkan suami mempunyai penyakit resdung. Anak saya tidak boleh minum susu berasaskan susu lembu. Ekzema naik satu badan. Anak berusia sebulan menangis meronta-ronta ketika dimandikan. Losyen badan berjenama mahal mesti sentiasa disapu dibadannya. Sabun mandi juga mesti jenama yang sama kerana sabun tersebut dapat 'lock' kelembapan kulit. Kulit tidak boleh kering dan tidak boleh berpeluh kerana peluh menyebabkan kulitnya gatal dan merah-merah, menyebabkan dia menggaru-garu sehingga berdarah. Sedihnya saat itu hanya Allah yang tahu. 


Lalu anak saya terpaksa bertukar ke susu formula berasaskan soya. Ketika itu pengetahuan tentang susu ibu amat sikit. Hampir tiada. Saya bergantung sepenuhnya kepada nasihat doktor. Tidak langsung mencari maklumat dari mana-mana sehinggalah saya dipertemukan semula dengan sahabat lama melalui YM. Laman susibu diperkenalkan dan dari situ saya mempelajari betapa pentingnya susu ibu kepada seorang bayi.


Ketika itu juga saya sedang mengandungkan anak kedua. Jadi saya bertekad saya akan menyusukan anak saya selama yang boleh.


Lahir anak kedua, saya menyusukan anak saya. Alhamdulillah. Dan susu yang banyak ketika dalam pantang turut dikongsi oleh si abang. Sikit pun jadilah. Bersyukur ketika itu. Alahan si abang juga semakin berkurangan. Mungkin kerana usia yang semakin meningkat, mungkin juga kerana diberikan sedikit susu badan. Wallahualam.


Set Kanak-Kanak Shaklee


Anak kedua berjaya saya susukan sehingga berusia 14 bulan. Kemudian diperkenalkan kepada susu formula atas alasan ketika itu, anak saya bersaiz kecil dan susu saya tak cukup untuk menampung keperluan tubuhnya. Saya beralah dengan orang keliling lalu diberikan susu formula bernutrisi lengkap tersebut.


Lalu untuk anak ketiga saya bertekad untuk mengambil supplemen ketika tempoh penyusuan. Shaklee menjadi pilihan saya kerana ianya natural, tidak ditambah dengan bahan sintetik serta diperakui oleh ramai ibu-ibu yang menyusukan bayi mereka.


Set Kanak-Kanak Shaklee


Alhamdulillah hasilnya memang nampak. Susu menjadi lebih pekat dan banyak. Stok sentiasa mencukupi untuk anak ketiga saya. Yang penting ilmu penyusuan juga harus seiring dengan pengambilan supplemen tersebut. Fahami konsep supply dan demand dan jaga jadual mengepam.


Selain hasil susu yang bertambah dari segi kuantiti dan kualiti, saya juga perasan yang saya semakin bertenaga berbanding sebelum ini. Hasil yang memberangsangkan ke atas diri sendiri membuatkan saya yakin dengan Shaklee.


Saya bertambah yakin dengan Shaklee apabila suami tersayang juga berjaya berhenti merokok dengan Vivix Shaklee.

Set Bersalin Premium Shaklee


Mula sebagai pengguna, akhirnya saya mengambil keputusan untuk menjadi pengedar Shaklee yang sah. Syukur Alhamdulillah Allah telah menggerakkan hati saya untuk menyertai Shaklee.


Sertai saya dan rasai pengalaman hidup lebih sihat bersama Shaklee.

Set Kanak-Kanak Shaklee

Zety Zin
Shaklee Independent Distributor
ID 1001018
0192929796

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!