Friday, April 24

Kisah Anak-anak

Malam tadi saja-saja la timbang berat anak-anak ku yang sihat itu.


Imran: 13kg. Naik sekilo lepas dua minggu duduk rumah nenek.
Irma: 7kg. Pun naik sekilo selepas 'kisah itu'.
Mama: Pun naik sekilo. Berapa beratku? Wahaha tak payah tau. Biarlah rahsia.


Syukur sangat-sangat Irma makin menunjukkan perubahan positif.


Duduk rumah nenek macam-macam yang diajar. Harapkan mama... hm... Hihi. Irma dah pandai 'flying kiss' dan dah pandai salam sambil cium tangan. Ohhh anakku itu juga semakin becok mulutnya. Dan dah pandai tiru suara kucing nenek si AJ yang bersuara halus itu. Hahaha.


Imran? Imran telah ada minat baru pulak... Ben 10! Nenek dan aunty nya telah membelikan mainan Ben 10. Alah jam dia tu lah. Siap berlampu berbunyi bagai. Kemain anak mama dapat macam-macam. Cucu sulung lah katakan.


Semalam mama pi pasar malam belikan baju Ben 10 dua pasang untuk Imran dan dress 2 pasang untuk Irma. Huhu... anak teruna mama sudah semakin besar rupanya. Kedua-dua pasang baju Imran tu muat-muat aje. Nampak perutnya yang bolat itu. Seluar pun betul-betul takat paras buku lali. Hehe. Muatlah untuk pakai barang sebulan dua.


Oh part yang best semasa membeli baju budak-budak ni ialah, harganya RM5 je sepasang! Hahaha. Murah je. Alah baju pakai hari-hari. Tak kisah la baju murah pun kan? Yang penting anak mama suka! Dan poket mama pun tidaklah rabak sangat!


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!