Thursday, October 28

Surat Untuk Mu

Wahai En Posmen,


Apa khabar? Saya harap En Posmen sihat-sihat sahaja hendaknya. Tujuan saya menulis ini adalah untuk menyatakan rasa prihatin saya terhadap En Posmen.


Apa?! En Posmen kompius?!


Baiklah. Tak apa. Tak apa. Biarlah saya terangkan ya.


Saya sepatutnya menerima sebuah bungkusan hari ini. Sepatutnya masa-masa begini bungkusan tersebut sudah sepatutnya berada di dalam tangan saya. Akan tetapi sehingga saat ini jangankan bayang-bayang bungkusan, batang hidung En Posmen pun saya tidak nampak kelibatnya!


Saya begitu prihatin kerana saya seorang yang memahami masalah En Posmen. Memang sudah menjadi lumrah ramai encik-encik posmen serta mat-mat despatch sebelum ini yang berada di dalam kesesatan sesat barat dalam usaha untuk mencari pejabat saya ini.


Oleh itu, untuk mengelakkan En Posmen tersesat hingga entah ke mana-mana, mungkin hingga sempat ngeteh di mamak-mamak berhampiran maka saya tuliskan alamat selengkap-lengkapnya untuk rujukan En Posmen. Saya siap menyatakan akan kedudukan pejabat saya yang terletaknya di Bangunan X Lama. Oh X itu tidak bolehlah saya nyatakan di sini. Nanti ramai pula peminat saya yang datang hendak berjumpa dengan saya. Kohkohkoh. 


Ehem ehem. Maafkan saya kerana perasan terbatuk. Mungkin kah En Posmen yang menyebut-nyebut nama saya sehingga saya tersedak begini??


Beginilah En Posmen. Jika En Posmen masih tidak menjumpai pejabat saya, saya sarankan agar En Posmen bertanya kepada PakGad-PakGad dan MakGad-MakGad seantero tempat kerja saya ini. Untuk pengetahuan En Posmen, tempat kerja saya ni ada beratus-ratus PakGad dan MakGad bertauliah. Jadi saya rasa ianya bukan satu masalah untuk En Posmen mencari mereka. Mereka memakai uniform berwarna biru muda ya, En Posmen. Diulangi, biru muda. Bukan hijau, bukan kuning, bukan juga merah. Lagi sekali, biru muda ya.


Jika En Posmen berasa malu-malu kucing untuk bertanya kepada PakGad atau MakGad, En Posmen bolehlah bertanya kepada sesiapa sahaja yang berada di dalam kawasan pejabat saya ini. Mereka ini kebanyakannya adalah peramah dan berkebolehan untuk menjadi penunjuk arah. Atau paling tidak pun, mereka cuma akan menjawab, "Sorry saya tak tahu. Cuba tanya orang kat sana tu", sambil menunjuk kepada orang lain di sekitar mereka. Oh, saya dah beritahu yang mereka ini kebanyakannya berkebolehan menjadi penunjuk arah kan?


Maka bolehlah saya simpulkan bahawa tidak sepatutnya En Posmen boleh tersesat mencari pejabat saya ini. Betul, bukan?


Saya bukannya apa. Saya amat berharaplah En Posmen dapat menghantar bungkusan itu hari ini. Kerana bungkusan itu bolehlah dikatakan agak penting juga bagi saya. Saya hendak menggunakan isi dalam bungkusan tersebut dalam minggu ini juga. Esok sudah hari Jumaat dan saya sudah tidak sanggup menunggu wahai En Posmen.


Akhir kata, CEPATLAH HANTAR PARCEL AKU WEH!!!


Yang Benar,

16 comments:

Unknown said...

Punyalah panjang melebar berleter kat En Posmen tu...tapi point sebenar yg tulisan warna merah jer...apapun, seronok baca..:D

Unknown said...

ahahaha. tengah tension parcel tak sampai2. eh tapi memang selalu posmen/mat despatch ni sesat tak jumpa ofis saya. hihi.

Ealyie said...

kelas ko nyahh.. berleter ngan Encik Posmen pun meleret2s.. Koser tau aku baca.
Apa pon jaman skrg Pak Posmen mmg glammmssss..:D

FAM said...

selalu ada masalah kan? eh, tp aku xpenah pulak ada masalah gini. hehehe

Unknown said...

ealyie,
membebel pun mestilah ada style. hahaha. konon.

fam,
oh kat sini memang selalu la haku dapat call dari mat-mat despatch dok tanya kat mana ofis aku. susah sangat kot nak cari gamaknya.

m-i-o said...

errr. nyah, hang tunggu parcel Premium Beautiful eh?

ekekekeke.

maknanya tak jadila kita sedut lemak ni? :P

Unknown said...

mio,
premium beautiful? di saat-saat poketku kering begini? oh tidak!!!!

hahahaha.

buat masa ini sesi sedut lemak ditukar kepada sesi membakar lemak secara manual. ekekeke.

noor said...

hihihi suspens2...

Unknown said...

zimironamia,
hihi

Anonymous said...

petanda stress disitu beb? hihihihi...
apalah agaknyer kandungan parcel tu? ngehehe :p

ibusumaiyah said...

Hehehe..nanti kalau en posmen/despetch tu jumpa akak..akak akan tunjukkan bilik zety terus..leh ler kenalan sekali...

ibusumaiyah said...

Hehehe..nanti kalau en posmen/despetch tu jumpa akak..akak akan tunjukkan bilik zety terus..leh ler kenalan sekali...

Ila said...

hehehhe..nice entry Zeti..
suka aku..tapi kalau kes aku, bukan Encik posmen yang buat stress cam ni...
Aku tujukan stress aku kat Abang yang jaga kaunter kat pejabat ni hehehheh sian dia...

Anyway, harap ko dah dapat parcel mu ye:)

TopsyTurvyMum said...

Haha..
posmen..posmen..
pernah tak baca berita posmen buang surat2 ngan parcel tepi sungai??kat m'sia laa
ngeri sehh kalau ada surat/parcel kita yg penting tepi sungai tuu..


rupanya mereka ni penting jugak dlm hidup kita:)

Unknown said...

madamoiselleczar,
tau takpe. bila sudah stress mula la meroyan kan hehehe.

ohhh isi parcel itu adalah berstatus sulit. khas untuk aktiviti di pantai klebang hujung minggu ni.

er... bukan bikini tau. bukan juga burqini (ejaan?). body terlebih montok adalah tidak sesuai dengan benda2 sebegitu hahahaha.

Unknown said...

kak linda,
haaa jangan lupa tunjuk tau! hihihi.

ila,
walau stress di hati dan kepala, muka aku kena maintain cumel. buleh? hahaha.

ttm,
kalau lah parcel mak kat dalam sungai tu, memang bertuah sungguh la sesiapa yang jumpa isi parcel tu. tinggal muat tak muat aje la. hahahaha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!