Thursday, July 23

Scan

Pagi Isnin hari tu Irma jatuh katil semasa saya sedang mandi. Saya sendiri tak pasti macamana dia boleh jatuh. En Abah pulak tengah bersiap.


Hari Isnin, Irma ada muntah. Dua kali. Dua² selepas minum susu atau makan nasi. So saya tak risau sangat. Muntah biasa² la kot.


Hari Selasa, ok. Tak muntah. Lega sikit.


Rabu (semalam), Irma muntah² lagi. Kata adik saya, kadang² tetiba aje dia muntah. Saya dah naik risau. So semalam saya ke Klinik Pakar Kanak-Kanak Saiful di Sg Chua, Kajang.


Dr check kepala, dada, perut. Kepala ok, takde benjol ke, melekuk ke dalam ke. Dada ok. Perut ada bunyi². Doktor tanya, Irma suka kutip² benda masuk dalam mulut ke? So saya pun jawablah, iye.


Doktor kata mungkin ada benda yang dia kutip itu ada kuman dan bakteria so bila dia telan bakteria membiak dalam perut. That's why perut dia berbunyi. Doktor bagi prebiotik (ke probiotik eh?) untuk 'cuci' perut Irma.


Tapi, kalau Irma masih lagi muntah² secara tiba² satu dua hari ni, doktor suruh datang balik, atau terus ke hospital untuk scan otak dia. Takut ada darah beku.


Oh my! Risaunya saya!


Dan kata doktor, kos sekali scan tu makan about few hundreds jugak lah. Oh my kuasa dua!


Bukanlah saya lebih pentingkan duit dari anak. Tapi ekonomi keluarga memang agak merudum sekarang ni. Mana mak nak korek duit, nyah? Kalau tak scan, takut menyesal kemudian hari. But then, kalau scan, mana nak didapatkan duitnya tu? Haih.


Tapi doktor cuba legakan hati saya dan En Abah dengan berkata, "Tapi saya rasa mungkin tak ada apa-apa kot. Sebab dia nampak aktif je. Lagipun kesannya biasanya immediately. Biasanya kalau baby you tak aktif, murung, atau mata dia macam lari sikit, atau aktiviti dia lain dari biasa, then you should worry. Rasanya ni takde apa² kot."


Harap² nya begitulah.


Tolong doakan Irma ye kawan². Huhu.



P/S: Dear, lepas ni jangan biarkan Irma atas katil tanpa pantauan bila dia dah terjaga tau. Sebab dia memang suka jalan² laju² atas katil.



11 comments:

Nieza Ishak said...

kalo camni mmg risau ..

tp nieza ada baca sebelum ni,
kalo ada darah beku tue dia punya effect immediately macam yang doc bgtahu la ..

rasanya takde apa2 kot zety ..
insyaallah ... takde apa2.

Zulaikha dah 2kali jatuh katil .. adeiiii .. suffiya dulu tak pernah pulak ..

~Umi.Sufira~ said...

InsyaAllah Irma takde pape Zety..amin..

Anonymous said...

InsyaAllah
Takder apa2..
Jgn risau k..
May Allah Bless youn family

Zuraimah Ismail said...

Insya-Allah, semuakan selamat. Pray a lot ya...

babycomel said...

insyaAllah takde apa2...

aina pena jatuh katil 4x so far ok...paed kata kena monitor anak klu pas jatuh dia ok (makan, minum, main, perangai), takde muntah2 should be ok...

Anonymous said...

i sejak ada anak, i buat rule no katil. so katil we all cabut & pasang dlm guestroom. tu pun dr atas tilam tu slalu jugak jatuh. pernah jatuh kepala dulu, rupa flowerhorn sekejap miya.

now dia ada hobi panjat coffeetable & tau2 dah terlentang. alhamdulillah ok sebab lantai rumah ni papan & beralas karpet.so impact dia sama cam org wrestling kat tv tu aje.

apa2 hal i tetap kena monitor, ye la takut apa2 kat otak kan?

about kutip2 makan benda tu, mmg kena jaga. Miya dulu almost nak makan lipas mati waktu kat rumah nenek. so i buat trick yg agak kejam. i potong garlic, then buat2 tabur kat lantai. dia dtg kutip, masuk mulut...kerenyin dia..melalak mintak susu. so now jarang tgk dia kutip2 benda & masuk mulut dah.

doa2 irma ok la eek..

Unknown said...

Nieza,
Sebelum ni pun Irma pernah jugak jatuh katil 2-3 kali. Tapi takde la muntah² macam ni. Tu yang risau tu.

Roza,
Harap²nya gitulah.

Mamadanish,
Hopefully. Thanks ☺

CT,
Will do.

Babycomel,
Harap² ok lah. Mintak² muntah tu sebab dia suka kutip² benda.

Mama-Miya,
Ngaaa.... lipas mati? Huhuhuhu. Bahaya betul. Teringat kat sorang member, dia cerita masa dia kecik² suka kutip² jugak. Ada sekali tu tau² mak dia tengok tinggal kaki lipas aje kat mulut dia. Hiiii...

Tabur² garlic? Menarik jugak idea tu. Tapi kena tabur satu rumah la ye?

Mommy Harith Hannah said...

Hopefully Irma OK. Insya Allah.

p/s : Zety, saya selalu jenguk sini, tp, ader problem laa nak load your blog, browser 'hang' kejap. Time nak komen pon sama, 'hang' lagi skali. Tue yg jarang tinggal komen. So, nak cepat, saya baca kat google reader ajer. :)

MS said...

Semoga Irma ok

cysev3n said...

insya-ALLAH takde pape.. tapi just monitor for the 1st 24 hours ni..

Unknown said...

arnie: aiseh ye ke? kenapa ek? mungkinkah blog saya terlalu berat macam tuannya jugak? huhu.

mma: tengs

cy3.5: so far rasanya takde pape kot. alhamdulullah. tengs.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!