Thursday, January 7

Dendam Yang Terindah Kesumat

Bayangkan situasi ini:

Sedang korang sedap-sedap tidur di tengah malam, tiba-tiba je terjaga. Then nampak satu bayangan kat tingkap bilik tidur. Seorang perempuan, berbaju putih berambut panjang bertaring tengah pandang dari tingkap rumah korang yang berada di tingkat 4. Apa yang akan korang buat?


Dalam situasi yang hampir sama, terjaga tengah malam, lepas tu kat sebelah korang, betul-betul sebelah ni, cik ponti tengah ngadap muka korang!! Jarak tak sampai beberapa inci pun dari muka korang!! Dengan baju putih, rambut panjang mengurai, gigi panjang tajam-tajam, tengah pandang... Apa yang korang rasa??


Itulah yang pernah dihadapi oleh seseorang yang aku kenal. Tak perlu sebut siapa.


Ngeri kan? Scary gilaaa!!!


Dan, rupa-rupanya dia kena macam tu sebab perasaan dengki, busuk hati, dan jealous seseorang kat dia dan suami. Gila ah macam dalam cerita Santau lak. Tapi ni real tau, bukan rekaan semata-mata.


Dan yang paling menyedihkan, orang yang hantar 'utusan' berbaju putih itu adalah orang Melayu kita. Dan sudah ada anak. Dan yang menguruskan 'special delivery' tu ialah mak kepada pendengki tu sendiri!


Tak paham aku dengan perangai diorang ni. Apa yang diorang dapat dengan buat semua ni? Diorang nak orang tu jadi gila? Sewel? Tak bahagia laki-bini? And then what's next? Lepas diorang dah tak bahagia, apa yang si pendengki tu dapat? Puas hati sebab dapat runtuhkan masjid orang?


Boleh jadi kaya ke lepas musnahkan hidup orang? Boleh bahagia ke hidup kita kemudian nanti lepas balas dendam sampai macam tu sekali? Tak ke nanti hidup si pendengki tu nanti dihantui rasa bersalah, dosa yang entah terampun entah tidak (Wallahualam). Apa effect pada anak dia nanti kalau anak dia dapat tahu perangai emaknya? Ishhh. Nauzubillah.


Oh ye. Bukan takat orang yang aku kenal tu saja yang kena ye. Si suami pun kena jugak. Tapi dengan 'kaedah' yang berbeza. Sakit perut, tak boleh berak, tak senang duduk, bau busuk kat mana-mana, sakit-sakit - itu yang si suami rasa. Tak sedahsyat si isteri kena, but still, terseksa la jugak. Kesian aku tengok diorang. Tapi bila depan-depan kita diorang nampak macam biasa je. Happy, borak-borak macam biasa. Lepas dah pulih baru diorang cerita semuanya.



Ye, diorang dah ok. no more cik pon di sana sini, sistem perkumuhan pun dah berfungsi. Alhamdulillah. Kalau tak silap aku, si suami ni dihantar 21 ekor menatang tah apa-apa kat dalam badan dia, especially perut. Tu yang takleh berak, perut pun buncit semacam kot. Ya Allah, buruk sungguh perangai si pendengki tu.


Aku harap si pendengki dan emaknya sekali tu bertaubat lah. Kembali ke pangkal jalan. Nanti kalau benda-benda yang diorang buat ni semua makan diri diorang balik, macamana? Masa tu baru nak taubat nasuha? Allah Maha Adil. Setiap perbuatan mesti ada balasannya, tak kiralah kat dunia ke kat akhirat. Tolonglah bertaubat. Ceh aku ni macam ustazah pulak. Sungguh tak qualify okeh.


Nota ZZ: Guna mode 'aku' sebab geram sangat kat pendengki tu. Eiii....





Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!