Wednesday, January 6

Ani Sup Utara Seksyen 7

Saya lunch di Ani Sup Utara Seksyen 7 tengah hari tadi. Kebetulan En Abah datang Shah Alam, so haruslah deting lunch bersama-sama :)


Antara banyak-banyak cawangan Ani Sup Utara, yang kat Seksyen 7 saya paling suka sekali.  Sebab isi supnya mewah! Banyak woo. Nasik dah habis tapi daging tak habis-habis lagi. Kalau kat tempat lain, isi dah licin tapi nasik banyak lagi.


Cuma satu je yang tak best - especially lepas dah habis cuti semester - student ramai sangat & parking adalah susah. Macam nak cari parking kat MidValley pulak gayanya.


Lagi satu, sup ni ada dua jenis cili kan? Yang cili kicap, dengan yang merah tu. Lately ni kebanyakan restoran Ani Sup Utara ni macam kekurangan cili yang merah tu. Kenapa ek? Cut cost ke? Saya suka letak cili tu banyak-banyak. Sungguh sedap!


Nasib baik kat Seksyen 7 ni cili merah tu ada lagi. Kalau tak, mau meroyan mak!





Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!