Monday, June 7

Adab-Adab Perbualan di Telefon

Antara benda yang membuatkan saya agak hangin ialah bila berkomunikasi dengan manusia-manusia yang tak berapa reti pasal adab sopan di telefon.


Oh saya rasa macam pernah baca pasal adab-adab di telefon ni. Tapi di mana ya? Lupa lah. Ampun!


Tapi itu pendapat dan pengalaman dia. Ini pulak pendapat dan pengalaman saya.


Satu

+ ialah orang yang menelefon.

- ialah saya.

Perbualan biasanya macam ni

+ Hello.

- Hello.

+ Siapa tu?

- Nak bercakap dengan siapa ye?

+ Err... ni kat mana ni?

- Encik nak cakap dengan siapa?

+ Er... tak pe lah. Salah nombor kot.


Hangin tak? Hangin tak? Eiiii...


Dua

+ Hello.

- Hello.

+ Zety, bos you ada tak?

- Er.. (blur nak recognize suara siapa) bos ada.

+ Ok thanks.

Haih. Tak boleh ke at least perkenalkan diri masa call tu. Tak luaknya air liur tu. Penat tau nak cam suara. Kadang-kadang bila tanya siapa yang tengah cakap tu, boleh pulak dia jawab,

+ Hai, takkan suara i pun you tak kenal?

Saboo je la.


Tiga

Ok tak dapat nak pikirkan dah apa lagi. Rasa macam ada banyak tapi tetiba ala-ala mental block pulak. Hehe. 


Pengalaman korang macamana? Meh share.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!