Friday, January 14

Hish Hangin Betul!

Saya memang hangin betul kalau ada orang mengada-ngada nak potong Q kat cashier.


Semalam gi satu kedai runcit ni. Masa nak bayar, adik saya beratur kat depan, saya kat belakang dia. Biasalah guna duit sendiri-sendiri kan. Bayar pun asing-asing lah.


Tetiba ada sorang minah senget ni cuba nak menyelit between saya dan adik saya. Memula tu tak obvious sangat. Ala-ala konon-konon nak letak barang je sebelum gi cari benda lain.


Saya buat tak tahu je la mula-mula tu. Elok je adik saya gerak ke depan, dia menyelit depan saya, letak barang kat kaunter, terus beratur buat bodoh. Hish!!! Hangin betul!!!


Saya pandang muka dia macam singa nak terkam orang, dia buat dekkk je! Takdak sivik punya orang!


Baru saya nak bukak mulut, adik saya yang perasan saya dah nak meletup kat situ terus ambik barang-barang saya. Bayar sekali.


Saya injak ke depan. Barang dia saya seretkan ke belakang. Nasib kau lah!


Lepas tu saya dengar cashier tu cakap-cakap dengan dia. Konon cashier tu kesian dengan dia ah. Kononnya sebab dia dari mula dah beratur kat situ tapi dia teralit pulak tengok benda lain kat tempat lain.


So???


Masa kitorang beratur kat situ tak nampak langsung batang hidung dia, tetiba dia claim dia dah lama beratur kat situ. Apa kes?


Siapa suruh ko beratur awal-awal pastu ngengada gi tempat lain pastu ngengada nak beratur dengan memotong Q balik? Hishhh. Hampes betul. Lain la kalau dia letak barang kat kaunter tu ke, atau apa-apa aje lah attempt dia untuk tunjukkan kat orang yang dia dah lebih awal kat situ, bolehlah saya consider kan.


Kalau sayalah kan, biasanya kalau saya dah amik barang pastu dah beratur pastu tetiba teringat nak ambik barang lain, walaupun saya letak dulu barang-barang saya tu kat kaunter, saya tetap akan beratur semula tanpa memotong Q. Takdelah terus menyelit je tak tentu pasal.


Panas betul hati saya masa tu. Nasib baik adik saya cecepat ambik barang. Kalau tak memang haku dah berleter dah kat situ. Hish!


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!