Tajuk ala-ala dialog cerita polis omputih tangkap orang jahat :D
Semalam ke Car.refour angkut Imran sekali. Niat nak beli susu irma dan diapers Imran. Ye, Imran masih berdiapers. Harap maklum. Tapi waktu malam dengan time nap aje lah. Alhamdulillah jimat sikit duit mama, nak oii...
Seperti biasa, niat hanya tinggal niat. Lagi-lagi ada budak super-aktif yang asyik mintak itu ini nih. Adeh. Layankan ajelah. Memula dia nak VCD Ultraman. Oh no no. Ikut pengalaman VCD hanya bertahan tak sampai seminggu lepas tu siap le patah la, rosak la. Sila jangan mintak VCD ori. Cetak rompak takpe :)
Tak dapat VCD, mulalah buat scene kat tengah-tengah Car.refour tuh. Adehhh... Kalau ikutkan hati ni memang saya biarkan aje dia merengek pastu pujuk dia balik. Nak buat camno anak buah kesayangan Aunties. Or aunty-aunty nya tak larat nak dengar dia merengek kot. Maka belikan dia mainan pistol berharga RM4.
Sampai rumah punyalah dia eksaited dengan toy baru dia. Kejap-kejap buat bunyi "Piung! Piung! Tembak dia!"
Ada sekali tu tah terlebih eksaited ke hape, pistol tu dia halanya ke kita, pastu dengan kondifen nya dia sebut,
"Jangan BEREGAK!"
Kahkahkah. Jangan bergerak le Imran. Camno boleh tersasul jadi beregak pulak. Lawak pulak masa tu rasanya.
5 comments:
ekekekeke.. hadoi laa imran, beregak pon beregak laa nak.. :P
budak2 ni kerenah dorang kekadang menggeramkan.....kekadang x blh blah..lawak2.apapun as mother layan jerlah..hihihi
hahahaha adoi .. imran imran ..
imran... imran.... lawak la...
wahahahaha...
mujur 'beregak' tu takde maksud lain.
Post a Comment