Tuesday, August 19

Jurnal EBM 190808

Hm hari ni pun tak berapa produktif lah. Adakah susuku makin merudum productionnya??? Oh tidakkk!!!

9 am: 7 oz++
1 pm: 4 oz++
5 pm: 4 oz
Total: 15 oz++
Demand: 16 oz

Alhamdulillah... boleh tahan...

Tadi baca2 blog orang, terbaca kat blog lovebaby, tanda2 baby dapat kurang susu - antaranya ialah air kencing baby berwarna kuning dan berbau hancing. Alamak! Air kencing Irma memang agak pekat dan berbau. Irma tak cukup susu ke? Weight gain dia pun tak berapa sgt. Masa lahir berat dia 3.15kg. 2 bulan jadi 4.4kg. So average sebulan dia naik 625g. Padahal seingat aku doc pernah cakap baby sepatutnya naik 700g hingga 1kg sebulan. Apakah?

Mak aku pun kata Irma ni kecik tak besar2. Makin meninggi adalah. Dia ikut abang dia kut. Ntahlah.

But now aku mmg tengah dok risau lah pasal Irma nih. Aku bagi susu ikut demand dia. Siang aku supply dia 16oz ebm. Tu pun kdg2 dia tak habis. Malam, aku bagi bila2 aje dia nak. Cuma, selalu jugak la jadi - masa tengah menyusu tu dia muntah. Bukan muak susu atau terjeluak, tapi muntah segala susu yg dia minum plus isi perut sekali (ye, rupa muntah dia macam rupa susu basi - berketul2). Itu yang merisaukan aku. Agaknya dari situlah dia tak cukup susu. Lepas aje muntah dia tidur balik. Huhu. Irma, janganlah buat mama risau.

Sehari dua ni pulak, tiapkali dia minum belah kiri, aku rasa sakit. Aku try tahan rasa sakit tu. Kdg2 tahan jugak la sampai dia tertidur lepas menyusu. Tapi selalunya tak tahan. Sakit wo!

Tapi sehari dua ni sesi penyusuan Irma dah makin panjang. Lama dia menyusu. Aku lak tak reti nak bagi menyusu sambil baring (bengong kan?) So sakit2 la pinggang aku. Hehe. Takpe demi anak.

berita sedih pulak. Imran takmau minum susu aku. serius dia takmau. sedihnya! masa aku dlm pantang nak pulak dia minum. sampai 6oz pun dia boleh minum. skrg ni 1/2 oz pun dia takmo. huhu.

Ya Allah, permudahkanlah aku dalam menjalankan tanggungjawabku sebagai ibu. Dulu aku tidak dapat menyusukan anakku kerana kejahilanku sendiri. Sekarang Engkau permudahkanlah Ya Allah. Semoga anakku mendapat yang terbaik, susuibu ciptaanMu.

2 comments:

Ismahani said...

cuba jgn bg dlm botol pada anak sulung tu..maybe dia nk minum tp guna cawan biasa je kot..hehe..mcm anak sy, dia dh tau bezakan air minum dlm botol air and susu dlm botol susu..kalo tukarkan sure dia tak nak minum langsung dua-duanya..

Unknown said...

dah cuba juga dalam cawan. tapi bila bagi dia buat muka uwekkk... hehe. kena lebih kreatif la mcm ni!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!