Sedang saya sibuk-sibuk klik-klik di laman web Ko.smo!, saya ternampak gambar ini:
Rasa macam kenal tak gambar kanak-kanak ini? Kalau kenal, cuba bagitau saya ya, sebab saya nak tau samada anda dan saya kenal orang yang sama. Kalau tak kenal, abaikan aje entri ini. Ngeh ngeh.
Bukan apa, kat negara kita ni dah terlalu banyak hasil plagiat atau kopipes. Dan tak ada pulak apa-apa tindakan yang boleh dibuat ke atas manusia yang suka kopipes nih. Kot-kot gambar kanak-kanak ini adalah gambar anak kepada seorang rakan, dan rakan itu tak tahu pulak muka anaknya keluar suratkhabar, apa yang harus rakan itu lakukan ye?
Or mungkin jugak pihak akhbar dah minta kebenaran amik gambar anaknya dan tepek ke dalam suratkhabar mereka? Harap rakan yang merasakan itu adalah gambar anaknya, maklumkanlah kepada saya so that segala kemuykilan saya akan hilang. Huhu.
Oh ye. Artikel di Ko.smo! itu adalah di sini.
13 comments:
macam anak nor jepun.. hafiy..
eh, ya lah.
memang anak mommy2h ni!
cuba tgk sini
http://mommy2h.webs.com/apps/blog/show/243211-hello-2009-
gambar sama kan..
itulah masa memula tengok tu rasa macam kenal jeee budak nih. nak masuk blog dia tadi untuk cari gambar tu tapi takleh masuk lak. tu yg post kan kat sini.
thanks rizza for the link.
dah email mommy2h dah pasal ni. taktau la dia dah baca ke belum.
erkh..
gambar tu adalah tidak kena langsung dgn topik..
kena belajo ni buat watermark beb..
tgk boy tu pun dah kenal.. anak mami hafiy kan? yg dok jepun tu.. kene inform dia nih!!!
-mama emma-
cop.. 1 lg, ade ke gambar nie utk entry pasal kanak2 hyperaktif.. sabar je la.. kalau hs, boleh la dmaapkan lg...
-mama emma-
zety
ko tanya aku
aku ni sah2 jenis tak cam org tapi lps aku pk2 pun aku pun berpendapat mcm pernah kulihat tapi dimana ya...
lps tu ko kata betoi....maka betoi la..
ely: itulah. sungguh tak relevan gambar dengan tajuk.
mama-emma,
dah inform kat dia thru email.
fid,
hehe tanya ko sebab ko kan kenal dia (relevan kah???)
zety ..thanks...
Zety..Thanks a lot beb aku terhutang budi dgn ko..kalau ko tak perasan nescaya sampai mati pon aku tak tahu..skrg nih kami tgh nego dgn paper bunguks tuh..kalau bole aku nak selesai cara baik malaslah gaduh2 kami nih jauhhh..tp depa nih dok buat bolayan jek..we just wait n see la kalau sampai esok lusa nih jugak depa tak contact aku kami akan amik tindakan undang2..
huh..mmg sungguh tak relevan pic tu dgn cerita bdk hyper..pi la amek gambar anak dia kat anak boss dia ker yg pi cilok gambar kat blog aku buat apa!marah nih!
hehe
Owh, sebab nie kah Rizza & mommy2H marah benar dgn Kos.mo? Eiii, sungguh melanggar etika. Takdak budget ker wahai cik wartawan, sehinggakan dgn muka seposen nya cilok gambar dari blog orang?
Sila ambil tindkan undang2 ya mommy2H! Kami sokonggggg! Jom boikot paper tak best tuh!
hishhhh.. depa ni mmg dah malampau.
Post a Comment