Friday, July 24

Macam Macam Cerita *Edited*

Hari ni adalah agak busy tapi mak tergedik-gedik jugak nak menulis blog. Hehe. Disebabkan busy maka entri hari ni adalah entri bernombor (diinspirasikan oleh Nana).


1. Alhamdulillah Irma dah tak muntah-muntah dah. Aktif seperti biasa. Syukur sangat-sangat.


2. Ofismet saya cerita, semalam dia temankan adiknya ke pusat kesihatan di kampus ni. Kata beliau raaamai sangat student di sana. masing-masing ada yang batuk, selsema dan demam. Oh. Adakah kampus ini juga bakal ditutup?


3. Ofismet yang sama juga berkata, dengar-dengarnya dah ada kes H1N1 di sini. Tapi belum diwar-warkan lagi. Saya takut!


4. Beralih ke cerita yang lain pula. Imran sekarang suka menyanyi! Ya. Menyanyi. Siap ada gaya pegang mikrofon lagi - samada guna botol atau wayar (or is it cable?). Menyanyi bukan sebarang menyanyi okeh. Menyanyi adalah dengan penuh perasaan. Sampai tertutup² mata. Ohhh... Ikut gene siapa ni nak oii... Hahaha.


5. Hmm... kalaulah kampus ni tutup, staf dapat cuti seminggu ke ek? Hihihi. *Tanduk dah mula tumbuh* Tapi saya harap janganlah ada sesiapa yang berdekatan saya atau saya sendiri terkena serpihan virus itu. Nauzubillah!


Cerita Tambahan :P


6. Ohhh lupa pula nak tambah cerita. Semalam saya dan En Abah telah memfoya-foyakan diri menonton Harry Potter and the Half-Blood Prince. Erm... jalan ceritanya ok lah. Tapi endingnya tergantung. Sangat. Sampaikan En Abah komplen, "Tak pernah saya tengok movie yang ceritanya tergantung macam cerita Harry Potter ni." Dan yang paling kelakarnya, En Abah tak paham satu hape pun tengok cerita tu. Kekekeke.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!