Friday, March 25

Kek 5 Minit Versi ZZ

Assalamualaikum

Lama betul blog ni berhibernasi. Hihi.

Sampai bersawang weh!

Jom kita sapu-sapu sawang blog ni dengan entri baru. Kali ni entri sempoi-sempoi saja la ye.

Disebabkan ai ni memang hantu cekelat, kita start entri dengan resipi suka-suki '5 Minutes Mug Chocolate Cake'.

Resipi ni resipi yang lebih sihat sebab ai kurangkan tepung dan tambah ESP Shaklee


5 Minutes Mug Chocolate Cake Versi ZZ

Bahan-bahan:

Bahan kering:
3 sudu besar tepung all-purpose
1-2 sudu besar ESP
1-2 sudu besar serbuk koko (kalau suka rasa pahit-pahit koko boleh la tambah)
2-4 sudu besar gula (untuk resipi yang lebih sihat boleh ganti dengan stevia, atau kurangkan gula)
1/2 sudu teh baking soda
Secubit garam

Bahan basah:
3 sudu besar minyak masak (vege oil)
1 sudu teh esen vanila
1/4 cawan susu kotak


Cara-caranya:

Masukkan bahan kering ke dalam mug dan gaul guna garpu. Sila guna mug saiz besar, atau kalau saiz mug kecik atau sedang-sedang aje, boleh la gaulkan dulu bahan-bahan dalam mangkuk. Nanti kita bahagikan bahannya ke dalam 2 mug nanti.

Masukkan bahan basah ke dalam mug/mangkuk tadi. Gaul hingga sebati dan rata.

Masukkan mug ke dalam microwave oven. Guna suhu 'high'. Masakkan 1 ke 2 minit. Tempoh masa ni depends pada microwave masing-masing ya. 

Tips: Masa mug tu tengah ada dalam microwave boleh la jenguk-jenguk dari luar. Bila dah nampak kek tu naik bolehlah tutup microwave oven tu.

Ok siap dah! Tunggu sejuk sikit baru ngap. Karang ada yang melecur mulut tu nanti makan kek panas-panas macam saya

Meh belanja gambar yang diambik dari Google je :P


ESP Shaklee
Dap dap!

Resipi Guna ESP
Yummeh!


Pada yang suka bereksperimen boleh jugak pelbagaikan bahan ikut anak tekak sendiri.

Ai pernah ganti susu biasa ke susu strawberry (nyums!). Tapi kurangkan gula sebab susu dah manis.

Penah juga ganti satu sudu koko dengan sepeket kopi 3 in 1. Pergh memang sodap!

Dan pernah tambah pisang untuk rasa ala-ala kek cekelat pisang. Pun sedap. Alah pendek kata semuanya sedap kan ZZ sebab semuanya ai ngap! Hahaha.

Lagi best kalau letak satu scoop aiskrim vanilla atas kek tu. Pergh! 

Ok kengkawan. Selamat makan!



Shaklee Independent Distributor
ID 1001018
SMS/WhatsApp 01137081912


Klik sini untuk dapatkan info dan berita tentang produk Shaklee



Ingin tahu harga produk Shaklee? Sila klik sini



Daftarlah sebagai ahli Shaklee hari ini dan nikmati pelbagai kelebihannya!


Produk ini tidak bertujuan untuk mendiagnosis, merawat atau mencegah sebarang jenis penyakit.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!