Thursday, March 25

Imran Pulak!

Selepas banyak kes misteri Irma, sekarang ni Imran lah pulak. 


Malam tadi selepas pulang dari Carr.efour BTHO, En Abah teringin nak makan kat luar (bukan 'makan luar' ye :P). Biasanya kami akan ke satu kedai makan dekat-dekat Pekan Batu 9 sana. Malam tadi lalu kat satu gerai ni, nampak macam happening aje. Macam ramai orang. So ajak le En Abah tukar angin ke sana pulak.


Sampai kat gerai tu, eh... apasal tak ramai orang pun?? Dari jauh nampak meriah je. Padahal ada lah dalam 2-3 meja je yang ada orang. Tapi kami tetap le makan kat situ.


Duduk kat meja kat bahagian luar gerai. Imran duduk membelakangkan ada kawasan pokok-pokok dan semak. Tengah tunggu order, tiba-tiba je Imran cakap,

"Ade antu kat situ."

Ok-ow.... ni dialog sambungan antara Imran dan En Abah:

En Abah : Hantu? Mana?

Imran : Kat situ (tunjuk kat semak-semak kat belakang dia), kat situ pun ada (atas pokok)

En Abah : Ada berapa hantu?

Imran : Ade nam. Banyak antu! --> Enam ialah nombor random Imran. Biasanya bila tanya 'ada berapa?' Imran akan jawab samada dua, empat atau enam. Hehehe.

En Abah : Enam????


Mula-mula ingat macam, alaaa... Imran ni saja-saja je kot cakap macam tu. Budak-budak biasalah kan cakap ikut suka hati je. Tak pun imaginasi dia ke kan. Tapi dia asyik dok ulang-ulang "ada antu banyak kat situ", hmmm terpikir mungkin memang betul-betul ada. 


So En Abah baca-baca lah sikit, hembus ke arah tempat yang Imran tunjuk tu. Tak lama lepas tu, Imran cakap lagi lepas dia pandang ke arah pokok-pokok tu,
 .
"Antu mana? Antu dah tak dhe."


Apa perasaan korang bila jawab macam tu? Huhu. Rasa macam, ishh.... memang betul ada la tuh. Itu yang saya rasa.


Saya saspek hantu yang Imran maksudkan tu ialah pelaris gerai tu. Ye lah, kenapa masa lalu kat situ, saya nampak gerai tu macam menarik je. Macam diajak-ajak singgah ke situ. Padahal, food adalah biasa-biasa je. 


Lepas habis makan, barulah perasan gerai tu macam kotor. Ada lipas okeh. En Abah nak termuntah dibuatnya bila nampak lipas tu. Saya dok terpikir, kenapa lepas makan baru perasan kedai ni kotor? Kenapa masa sampai, rasa macam kedai ni ok je? Hish.


Then barulah perasan semua orang kedai tu ialah orang In.don. Baru nampak muka sorang-sorang yang 'tak berapa bersih'. Subhanallah.


Kami takkan ke kedai tu lagi. Tobat!


Kepada peniaga-peniaga, tolonglah jangan guna pelaris yang bukan-bukan. Lagi-lagi kalau yang jual makanan tu. Teringat MIL cerita. Ada satu restoran yang amat popular kat Seremban ni. Memang ramai gila ah makan kat situ. Penuh sentiasa.


Satu hari ni sorang perempuan ni (perempuan ni yang cerita sendiri) datang makan kat situ bawak sedara dia kot kalau tak silap. Sedara dia ni jenis alim lah. Boleh nampak benda-benda halus ni. Sampai je kat situ, sedara dia cakap, dia nampak ada baaaanyak binatang macam mawas/monyet atas bumbung restoran tu. Tengah kencing dari atas bumbung tu, air kencing tu mengalir masuk ke dalam kuali-kuali yang orang tu tengah guna untuk masak. Eww.... 


Ada lagi satu, kat Seremban gak. Ni jiran MIL yang terkena sendiri. Restoran ni memang terkenal dengan sate nya (bukan Hj Samuri). Jiran MIL ni minta kuah kacang lebih. Lama menunggu, kuah kacang tak sampai-sampai. So dia pergi sendiri ke periuk kuah kacang tu. Kaut punya kaut, terkaut pad daaaaa!!!! Pad yang berdarah ye kawan-kawan. Banyak pulak tu!!!! Semenjak kes tu, restoran tu memang kurang lah pengunjungnya. Yang datang mungkin yang tak tahu pasal cerita tu kot.


Ya Allah. Janganlah guna benda-benda kotor sebagai pelaris. Orang lain makan, jadi darah daging. Duit yang dapat tu, kira halal ke? Pastu duit tu pulak digunakan untuk menanggung anak bini. Astaghfirullah. Janganlah disebabkan duit, kita jadi macam tu pulak. 


Isk.


10 comments:

Jawa a.k.a USERMODE said...

huh... siyes shocking. best la imran at least dia kasik tau.

tapi betul le. ramai memang yang masih guna ajaran2 shirik ni untuk mengaut keuntungan dunia (dan ada juga peniaga yang gunakan untuk menjatuhkan peniaga saingan yang lain).

alahai "orang kite..."

~ As ~ said...

ada pl yg bagi laki sendiri makan benda kotor ni..lagi keji...penunduk konon..

eZa said...

aduhai... ZZ, restoran pe kat seremban tuh eh? aiyoo! takot dah terpernah pegi jek... isk!

Unknown said...

Jawa,
itulah. macam-macam benda yang diorang guna semata-mata nak kan untung. tulang mawas lah, seluar dalam kotor (eww) lah, macam-macam. sedih kan.

as,
hui ni lagi tak boleh blah. memang keji betul! (teringat cerita perempuan, ister dan dot dot dot)

eza,
huuu... in fact saya pun pernah makan kat restoran yang jual sate tu. bluek!

email atau gtalk la kot kalau nak tau. tak best pulak hebahkan kat sini.

zetyzin at gmail dot com

m-i-o said...

apa? SEREMBAN?! mari kasitau mak jugak!

my.internal.outlet@gmail.com

tetiba kembang tekak. ini yg buat mak rasa lebih selamat makan kat fast food ni.

Unknown said...

okeh MIO, dah email dah :)

IntanSham said...

wehhh ngeri lorrr... tp kdg2 budak2 nih mmg ada 6th sense. btol kata zufa, lg slmt mkn kt fastfood..hahahhaaa

eZa said...

ZZ, saye dah invite gtalk. by the way emel saye nooreza@gmail.com

tq! ;)

Unknown said...

intan,
haah tu la kan. baik la pi fastfood. hihi. (lepas tu makin kembang le mak nih)

eza,
ok email akan dihantar :)

Hida Kadiso said...

kak, boley bg tau tak kedai yang akak makan tu kat ne?? saye pon dok cheras gak.. mane la tau dah temakan ke kat situ.. send kat email ye.. tq..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!