Berikutan daripada keluhan dan kerisauan mama, seorang kenalan Aunty Dilah tengok gambar Irma dalam henpon aunty masa aunty jumpa dia last weekend. Well, not actually kenalan lah sebab dah makcik dah. Lebih kepada keluarga angkat dia.
Nak dijadikan cerita, makcik ni boleh 'tengok-tengok'kan budak. Once dia tengok gambar Irma, dia kata Irma ni kena kenan. Dia kata, bila tengok bentuk kepala Irma yang ada lekuk kat tengah-tengah dan jugak kat tepi dahi (dapat bayangkan tak kat mana?), Irma ni kenan. Thats why dia kecik aje.
FYI, mak sedara mama, Angah pun beritahu benda yang sama kat nenek masa mula-mula dia tengok Irma dulu. Nenek pun rasa macam tu. Kata nenek, Aunty Dilah dulu pun kenan masa baby. Berat makin lama makin susut. Badan makin lama makin kecut. Angah ni lah yang perasan Aunty Dilah ni kenan. Angah ni lah jugak yang bagitau nenek, minta nenek bawa Aunty Dilah berubat.
Nenek pun bawalah Aunty Dilah berubat. Bukanlah jumpa bomoh bagai. Cuma dibawa jumpa orang alim (katanya. Wallahu alam), dimandikan dengan daun-daun dan akar kayu. Alhamdulillah starting from that time berat Aunty Dilah bertambah.
Masalahnya, selepas masuk sekolah rendah, berat Aunty Dilah juga makin bertambah dan bertambah. Maka jadilah Aunty seperti mama. Hoho.
Oh, mama dulu pun kecik juga. Atas saranan orang dalam keluarga atuk, nenek bawa mama berubat. Kononnya masa tu mama diberi makan telur rebus yang dah di'baca-baca'. Since that, mama sangat suka makan. Hinggalah kini. Kohkohkoh.
Persoalannya sekarang, patut atau tidak mama bawa Irma pergi berubat? Ada beberapa benda yang mama concern-kan:
1. Kenan ni, betul ke tak sebenarnya? Apa hukumnya mempercayai kenan ni?
2. Mandi-mandi ni, tak macam upacara halau benda halus ke? Atau macam buang s*al?
3. Mama takut Irma jadi gemok macam mama. Semuanya kerana berubat cara kampung.
4. Tapi mama juga risaukan berat Irma yang tak naik-naik. Dan rasanya, Irma makin hari makin ringan pulak.
Aduyai... apa yang patut mama buat?
Pergi berubat dan tawakal pada Allah?
Atau tunggu dulu - bagi Irma makan multivitamin, improve susu mama, tambahkan waktu makan solid food - kemudian kalau tak de hasil jugak baru pi berubat?
Atau tak payah berubat langsung sebab underweight di kalangan baby adalah sesuatu yang normal? <--- Ye ke normal?
Tolong!
6 comments:
Zety,
I pernah baca kat buku pregnancy Islam - kenan ni takde dlm Islam. Itu je yg I boleh bg feedback
itulah... saya pun tak percaya pasal kenan ni. tapi... mebi sebab tekanan dari family kot. plus keadaan irma yang kiut miut tu buat saya agak risau. :)
zety..x tau laaa nak percaya ke x psl kenan2 nih..ssh ekk...tp bagus juga, kalo wat masa ni zety cuba dgn bg irma multivits, improvekan susu & tmbh waktu mkn irma...pastu kalo x jln gak, cuba laaa p berubat...
zety,
better gi jumpa paedritician dr biarkan ur kid mandi air akar kayu dsb.
better go for a reasonable expalantion.
rasanya takde istilah kenan dlm islam.
zack, honestly, aku pun tak percaya. the best we can do is kita selalu bacakan al-Quran utk anak2 kita kat umah dan doa semoga dijauhi bende2 yang jahat.
kan kita selalu belajar, kalau kita ada doubt about something, better we avoid doing it.
irma bukannya tak makan atau tak sihat. underweight ke overweight ke...yang penting anak ko sihat walafiat.kids development can vary from one to another.
nasihat aku yang belum kawen dan takde anak lagi,
future mommy.
Sayangibu, Mrs Noba & Umi:
Tq di atas nasihat dan pandangan bernas anda. Setelah berdiskusi dengan Encik Suami, maka kami hold dulu tang mandi2 akar kayu ni.
Usahakan cara moden dulu. Datelinenya sampai Irma umur setahun, atau sampai keadaan betul2 kritikal baru laaa cuba perubatan alternatif nih.
Tengs kawan2.
Post a Comment