Tuesday, April 6

Terima Kasih Jua, Ealyie dan Cik Laili

Terima award ini dari Jua, Ealyie dan CikLaili. Thanks babe! Ai tau ai memang cantek cuma ai ni size xxxxxl hahahaha.



Here are the rules to accept the award :
1. Thank & link the person that gave you the award. --> Done.
2. State 7 things about yourself. --> Done
  1. Ok saya tak tahu nak tulis apa. Hm. Ok ok. Saya teringin sangat nak kurus tapi saya suka makan. Hahaha.

  2. Saya teringin nak bercuti berdua-duaan dengan En Abah tapi saya tak sampai hati nak tinggalkan anak-anak. Kadang-kadang takat pi kedai runcit atau 7 Eleven pun saya tak sampai hati nak tinggalkan diorang, lagi kan pulak kalau pi bercuti. Tapiii, saya teringinnnn... (ah diamlah ko!)

  3. Saya tak ada plan nak anak berapa ramai. Kalau boleh, seberapa ramai yang boleh. Tapi kenalah ikut kemampuan dari semua segi dan sudut. Karang anak berderet-deret tapi semuanya terabai tak ke naya.

  4. Masa kecik-kecik dulu saya pernah plan nak kahwin umur 20 tahun. Haha. Kecik-kecik lagik dah plan nak kahwin awal. Pape tah. Kononnya sebab takmo gap antara saya dan anak jauh sangat. Konon-konon nanti senang laa nak geng dengan anak-anak. Padahal sebenarnya diri sendiri yang kebudak-budakan dan nak jadi kanak-kanak sampai bila-bila.

  5. Saya pernah buat analisa tarikh lahir dan saya dikatakan mempunyai sangat banyak tanggungjawab, dan hidup dikelilingi dengan tekanan dari kiri kanan depan belakang. Betul ke?? Biarlah rahsia, bak kata Tok Ti.

  6. Masa saya sekolah jugak saya pernah berangan untuk bukak bisnes sendiri, yang mana masa tu, konsep kedai tu tak pernah wujud lagik kat Malaysia. Tapi, beberapa tahun lepas tu, masa saya kat U, dah mula wujud kedai gitu. Aiseh. Kalaulah masa sekolah dulu saya ada modalnya, agaknya sayalah pioneer bisnes tu. Ekekeke. Perahsan!

  7. Menurut analisa tarikh lahir tu jugak, kerjaya saya sekarang tak sesuai dengan tarikh lahir saya. Saya juga pernah terfikir yang saya ni macam ala-ala dah silap bidang kerja. Huhu. Patut ke mak cuba bidang lain? Tapi ai dah pilih opsyen pencen instead of EPF. Kena kerja sampai pencen lah dulu kan?

3. Pass this award onto 15 bloggers you’ve recently discovered and think are fantastic --> Done

15 orang rasanya tak cukup. Tapi nak buek camno dah itu yang dia suruh. Ikutkan ajelah.
  1. MIO
  2. Cikgu Intan
  3. anasfadilah
  4. Fara
  5. Jiey
  6. Izan
  7. QM
  8. Ealyie
  9. me_czar
  10. Umi Sufira
  11. Nana
  12. Azza
  13. Yaya
  14. puteri
  15. Watie
Ikutkan hati nak tag semua orang. Tapi, dah disuruh 15 je, buat je lah kan.
4. Contact said Blogs and let them know they’ve won the award - mak pon tak larat nak contact sorang-sorang :P


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!