Tuesday, March 23

Sabtu @ Sungai Duyung

Sabtu lepas ikut family En Abah ke Sungai Duyung, Melaka. Makan-makan ikan bakar dan seafood kat sana. Best betul. Part paling best ialah, semua perbelanjaan ditanggung beres. Hehehe. SIL belanja sempena keberangkatan familynya ke oversea. Duduk kat negara orang tiga tahun. Lama tuuu.... 







Sampai-sampai aje, kita pekena nasi lemak dulu. Hehe. Alah nasi lemak yang 50 sen tu. Kecik comey aje haku makan dua bungkus. Nasi lemaknya sedap. Cukup lemak, sambal pun boleh tahan.








Appetizer seterusnya ialah otak-otak dan jeli kelapa. Jeli kelapa kat sini sangatlah sedap. Jelinya lembuttt aje. Masuk dalam mulut terus telan. Hahaha. 


Irma pun suka otak-otak ni.


Imran pun. Tak percaya?? Tengoklah muka Imran sebagai bukti. High semacam. Hahaha.


Haa... tengoklah ye puan-puan semua. Bersepah seafood atas meja. Tu banyak lagi yang belum sampai tu.


Total makan untuk lebih kurang 16 orang ialah RM260++. Bagi saya cukup berpatutan sebab order macam-macam benda! Ketam lah, kupang lah, ikan bakar, ikan sweet sour, lala, udang, sotong dan macam-macam lagi yang saya dah tak ingat.


Lepas makan, SIL ajak ke dataran depan Majlis Bandaraya Melaka tu. Luas tempatnya. Imran sangat excited bila sampai sini. Jejak je tanah terus berlari-lari satu dataran tu. Penat sepupu-sepupunya mengejar. Haha.




Banyak gambar yang blur lah. Mama Imran pun excited sama gamaknya. Hehe. Ini ajelah gambar yang jadi. Sebenarnya dekat-dekat dengan pokok-pokok biru ni ada air pancut yang keluar dari bawah tanah tu (err dapat bayangkan tak?). Alah yang airnya keluar seminit pastu stop, pastu keluar lagi kejap-kejap. Haih tak reti le mak nak terangkan noks. Pepaham sendiri lah ye :P


Mula-mula Imran setakat 'cicah-cicah' tangan je kat air pancut tu. Lepas tu, agaknya dia geram, dia main jalannn je atas air tu. Habis baju basah lencun. Nasib baik le bawak baju spare. Kalau tak, sampai ke Seremban le kesejukan. *Gambar tak ada sebab Mama si Imran tengah bertukar menjadi singa betina (yang mendiamkan diri menunggu masa untuk mengaum sebab takleh mengaum depan MIL, ai segan) menengokkan anak terunanya bermain air sampai lupa diri*








Irma dan 'babysitter' yang setia. :)


Dalam perjalanan balik Seremban, Imran duduk dengan MIL kat belakang. MIL pun borak-borak le dengan Imran. 


MIL : Tadi Imran makan apa?

Imran : Makan ayam (macamle ada ayam), makan itan (ikan), makan fish (? fish tak sama dengan ikan ke? hehe).... hm... edas! (pedas)


Tetiba ada suara budak kecik yang tengah minum susu menyampuk dari seat depan, dengan mulut penuh dengan puting dia cakap sorang-sorang (macam merungut la konon),

   "Mane de pe-das. Tipu je. Tak pe-das."


Hahaha. Haku tergelak besar depan MIL okeh. Suka-suki je anak dara ni menyampuk orang tengah berborak kat belakang. Siap claim abang dia tipu pulak tu. Sabo je la.



2 comments:

sisdee said...

haah kan org kata kat sungai duyung sedap gak makanan dorg kan :D

cute bila budak2 myampukkan..tu ala2 my sarah le suke myampuk..sabo jek..ala2 skit ati le kan klu org kasi statement salah hehehehhe

cam cantiknya dataran tu waktu mlm kan:D

Unknown said...

sedap jugak food dia. atau mungkin mak rasa sedap sebab makan free kan. hahaha.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!