Last weekend banyak betul open house.
Sabtu
Memula sekali pi umah kazen di Bukit Bandaraya. Oh before that nenek bagitau mama yang Nek Jah dan Nek Nah akan singgah rumah kita sebelum ke rumah kazen mama tu. Apa lagi. Kelma kabut la mama dan abah kemas rumah. Almaklum sejak pindah balik ke rumah kita tu mama dan abah belum sempat nak kemas habis-habisan. *Alasan*
Bagus jugak Nek Jah dan Nak Nah nak datang. Kemas la sikit rumah tu. Kalau tak macam tongkang pecah je lagaknya. Hehehe.
Lepas Nek Jah, Nek Nah dan nenek serta atuk dan auntie-auntie datang, kita pun bergerak ke rumah kazen mama. Makan di sana ala kadar aje sebab banyak lagi rumah yang nak kena pergi ni. Walaupun ala kadar, mama makan roti jala dan bihun sup utara (ala kadar ke tu?). Pergh bihun sup yang kazen mama buat tu memang keless.
Kemudian patah balik ke rumah sebab jiran sebelah pulak buat open house. Makan nasi dagang dan lauk kambing . Sungguh tak sesuai kombinasi lauk yang abah ambikkan untuk mama. Tapi lauk kambing dia memang best! *Mama dan abah suka makan kambing*
Kemudian pergi pula ke Meru, rumah officemate mama. Makan laksa dan nasi lemak. Imran, walaupun selsema teruk tapi tetap mengaktifkan dan meramahkan diri. Imran dengan senang hati pi tutup radio yang tengah terpasang lagu raya. Haiyo.
Selepas balik dari Meru, singgah rumah dulu. Lepas maghrib ke seksyen 25 pulak. Open house officemate mama jugak. Time ni mama rasa kenyang sangat. Tapi belasah juga makan mi kari. Hehe. Harus naik 5kg ni!
Balik dari seksyen 25, kita singgah klinik sebab selsema Imran teruk sangat. Mata merah2 bengkak dan berair. Rupanya Imran dah start demam. Nasib baik cepat2 bawa ke klinik. Balik rumah dek kerana kepenatan dan kekenyangan, kita semua tidur awal malam tu.
Ahad
Abah pagi-pagi lagi dah keluar pi beli rumput. Dalam pukul 1230 baru abah sampai. Tengah hari tu juga abah tanam rumput kat laman rumah. Cantik rumput yang abah pilih. Demam Imran dah kebah, so ubat demam dah takyah makan. Cuma kena makan ubat selsema, batuk dan antibiotik aje.
Pukul 4 lebih kita gerak ke rumah kawan abah di Sri Kembangan. Makan nasi impit bersama kuah lodeh dan kuah kacang beserta rendang ayam. Tak lama sangat kat sana. Imran seperti biasa, ke hulur ke hilir dengan bebasnya tak kiralah rumah siapa pun. Irma juga seperti biasa, duduk meniarap sambil perhatikan orang keliling.
Kemudian lepas maghrib gerak pula ke rumah officemate mama di Meru. Sampai sesat-sesat cari rumah dia. Akhirnya pukul 8 lebih sampai juga ke rumah dia. Makan laksa dan nasi lemak sambal kerang. Super power punya version. Huhu.
Balik rumah, cepat-cepat bagi Imran minum susu dan makan ubat. Efek ubat tu punya la cepat. Terus Imran tidur dengan lena. Tapi tengah malam Imran merengek takmo tidur dalam buai. Kena la baringkan dia, baru lena.
Ah... penuh betul jadual weekend ni. Weekend depan lagi lah penuh gamaknya.
4 comments:
Zety, samalah aku pon..sampai 4 buah umah open house satu weekend, malam raya pertama tuh aku pernah muntah sebab makan overload...weekend kalini sebu semacam perut nih...sampai ke pagi tak hilang lagi sebunya..kihkihkih..naseb baik tak muntah tau...
huu memang sebu semacam lah. serba tak kena dibuatnya. tapi tak jugak rasa nak pi toilet untuk 'fkush' balik semua bahan. jadi lelemak kat dalam perut la kot. hehehehe.
syoknya banyak open house...!
syok tapi penat. badan pun bagai dipam-pam skrg ni. ehehe
Post a Comment