Wednesday, June 9

Do You Trust Your Gut Instincts?

Ok. Tajuk je dalam bahasa London. Isinya tetaplah bahasa Melayu (dan rojak). Ekekeke.


Berbalik pada tajuk, adakah anda mempercayai instinct anda? Saya percaya. Tapi bukan 100% lah. Sebab kadang-kadang instinct saya ada yang tak betul. Tapi most of the time memang betul.


Mengikut kata Dato' Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah, orang yang lahir pada bulan oktober kebanyakannya mempunyai daya firasat yang amat kuat - sayalah tu (kot)!


Biasanya naluri saya buat keputusan untuk saya bila berkaitan dengan karakter seseorang. Pernah dulu semasa En Abah nak jual keretanya melalui orang tengah. En Abah ajak saya ikut sekali pi jumpa orang tu. First time jumpa, terus saya tak berkenan. 'Semacam je mamat nih'.


Tapi entah kenapa tak terkeluar dari mulut saya nak bagitau En Abah. Maybe sebab masa tu saya tengok dia sangat bersungguh-sungguh nak jual kereta tu. Apa yang saya bagitau dia cuma, 'Mintak nasihat orang yang lebih tua.' 


Dan rupa-rupanya mamat tu memang hampeh pun. Habis dibawa lari kereta En Abah sebelum sempat tukar nama. Dijualnya kat orang lain. Ok itu cerita lain. Point nya ialah, mamat tu memang hampeh. Perbuatan dia menyusahkan kami sampai sekarang.


Lagi satu kisah. Masa En Abah nak amik orang kerja kat kiosk dia dulu. First time jumpa, naluri saya kuat mengatakan yang budak ni jenis yang takleh pakai punya orang. Cantik orangnya, tapi tah la. Dah namanya instinct kan. Kita cuma punya rasa, tapi takleh nak explainkan the logic behind apa yang kita rasa tu.


Tapi En Abah tetap nak amik budak tu. Sebab nampak peramah dan senang nak berkomunikasi dengan customer. Ok. Saya pun diamkan aje lah. Sebab apa hak saya nak halang En Abah buat keputusan kan. Saya pun tak tau apa-apa pasal bisnes. So saya tutup mulut je lah.


Beberapa bulan lepas tu, terserlah la perangai budak tu. Memang sangat menyakitkan hati. Sampai pihak management sendiri mengadu kat En Abah pasal perangai dia. Sudahnya, 'you are fired!' lah bak kata Donald Trump kan.


Banyak lagi sebenarnya kisah saya dan naluri ni. Tapi banyak sangat sampai dah tak ingat dah.


Oh tapi bukanlah tiap kali jumpa orang, saya boleh agak orang ni boleh pakai ke tak. Sekali sekala je la. Selalunya terjadi kalau orang tu memberikan impact yang besar dalam hidup kami. Kadang-kadang tertipu juga dengan muka yang luarannya nampak sangat lah baik. Tapi dalamannya... mak ai.


Senang cakap, sila baca lirik Drama King untuk penerangan lebih lanjut. Hehe. Tiap kali dengar lagu ni, terus saya teringat orang yang dimaksudkan itu.


So, korang macamana? Do you trust your gut instincts?




5 comments:

FAM said...

same here. tp utk certain things la. kdg2 kita rasa ada tak kena, tgk2 mmg ada yg tak kena. cuma my instinct hilang xtau ke mana bila i shopping. nasib baik..kalau ada, alamat tak shopping le..hehehehe

IntanSham said...

yes i do... mmg slalu gak instinct tu tepat.. tp mcm FAM ckp tu, ntah nape instinct x wujud langsung time merapu kat sopping kompleks.. hahahaaa

Unknown said...

FAM,
ahahaha. tang shopping tu adalah biasa. sebabnya nafsu shopping lagi kuat dari instinct tu. hihi.

CIB,
tapi sekarang ni (read: buat masa ini) instinct aku time shopping tu dah mula wujud. almaklum ekonomi aku still merudum kan. nak tak nak kena wujudkan jugak instinct tu. hehe.

m-i-o said...

nyah, apakah instinct u ketika berjabat dengan ai masa raya lepas? ada rasa macam bersalaman dengan lisa surihani tak? <--- kahkahkah!!!!!!!!

Unknown said...

mio,
oh ai tak rasa macam bersalam dengan lisa surihani. (dia bukan jenis pompuan yang ai minat, nyah.) :P

tapi ai rasa sungguh kerdil (walaupun ai ni besarr) bila melihatkan tuanpunya badan adalah comel lote dan cun :) no wonder la en abah kata mio banyak peminat masa zaman tikl dulu *wink wink*

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!