Wednesday, July 28

Sayang Anak Tinggal-Tinggalkan?

Pagi tadi terdengar di HotFM pasal kes kereta dibawa lari semasa si ibu bapa keluar kejap tinggalkan anak berdua dalam kereta. 


Bila baca kat paper online nih, oh ok. Anak-anaknya ada yang dah besar. Umur 17 tahun. Mungkin disebabkan anaknya dah besar si parents ni rasa ok je kalau tinggalkan anak-anak dalam kereta yang tidak dikunci dan enjinnya masih hidup. Tapi, anak-anaknya tidur okeh.


Bagi saya, at least kejutkan si anak yang besar tu dan suruh dia kunci pintu. Sekurang-kurangnya langkah keselamatan dah diambil. Biarlah anak mengamuk sebab dikejut dari tidur, dari anak hilang kan lagi naya? 


Syukur anak-anaknya tak diapa-apakan. Bak kata En Abah, ni perompak jenis baik sikit kot. Hehe.


Lepas tu tadi sempat le dengar pendapat pendengar HotFM tu. Dia kata, dia biasa tinggalkan anak dia yang berumur EMPAT TAHUN sorang-sorang dalam kereta. Dia dah ajar anak dia kunci pintu dan jangan bukak selagi dia tak balik. Ada sekali tu dia tinggalkan anak dia sorang-sorang, dia pi shopping sejam. 


Apa pendapat kawan-kawan? Patut ke tak patut? Patut ke tak? Saya dengar penjelasan tanpa bersalah perempuan tu, terus saya beristighfar. Mak aii... For god's sake, dia baru 4 tahun!!! Too small to be THAT independent kan? And dia boleh tinggalkan anak dia selama SEJAM sebab nak pi shopping. Sejam okeh. Bukannya 5 minit ke apa. 


Kot kalau tengah driving rasa nak terkucil jenis yang tak tahan punya tu, pastu singgah toilet kat petrol pump ke hape, mungkin masih boleh diterima akal la kot (walaupun bagi saya, tetaplah TAK PATUT tinggalkan). Tapi ni dahlah pi shoping, sejam pulak tu. Astaghfirullah. Kalau anak hilang, awak juga yang menangis tak berlagu nanti. Huhu.



12 comments:

IntanSham said...

gilor ahhhhh... tak masuk akal hokeh tinggal anak sejam pi sopping... mengonggg

NM said...

tak patut!!penah tengok ada pempuan ni tggl anak dlm keta,dia naik opis punch card! isk mengong! dibuat nye penculik tu pecah tingkap keta dan bawak lari anak dia???? akal tak panjang betulla...

m-i-o said...

erkkk. mak bagi situasi mak ajela yea.

mak selalu gak drive dan bawak anak - maknanya kami berdua aje la. bila singgah isi petrol, mak biasanya akan dukung anak smpi kaunter, bayar petrol, pastu letak balik anak kat carseat, baru isi petrol. tak berani tinggalkan dia, walaupun buleh nampak dari kaunter. mak ni jenis pikir macam2 - mana le tau tengah berjalan ke kaunter tetiba petrol pump tu meletup - ishhhh - tak sempat aku nak selamatkan anak!

bila pi shopping complex, hatta masuk toilet sekalipun - anak pun hadap la mak terkucil ke, terberak ke. nasib la, janji anak depan mata kita. haha.

bila pi surau kat shopping complex, kita amik wudhuk sama2 - pastu solat kat tepi dinding - suh anak duduk bersandar kat dinding tu dan make sure kita 'sendal' dia dgn beg. walaupun tengah solat, risau gak kot2 masa kita sujud ada org kidnap dia (nampak tak betapa syak wasangkanya aku!) hahaha.

mungkin utk sesetengah mak bapak, anak dia jenis independent. tapi bagi mak yg baru anak sorang dan masih terasa betapa peritnya beranak - risiko kehilangan itu tak boleh diabaikan sama sekali. sedangkan mak orang yg umur 30thn pun bleh kena kidnap oiiii, inikan pulak anakku yg belum cecah 3 tahun!

FAM said...

*urut dada* serious sejam dia tinggal pi shopping? gila sungguh. aku ni sama la mcm MIO tu, hatta gi toilet pun aku bwk. tak sanggup nk bayang tiba2 tgk anak dh takde dpn mata.

Unknown said...

intan,
tu ah. memang gila ah. awak syok2 bershopping, anak kena tinggal dalam kereta.

lin,
kalau punch card tak sampai 5 minit tu pun berisiko tinggi kan? perompak bukan kira kita nak keluar kejap ke lama.

Unknown said...

mio,
mak jarang-jarang keluar dengan anak2 tanpa seorang lagi dewasa (husband or adik or mak ayah). tapi kalau terpaksa jugak bertiga je (read: me and my kids), memang mak heret je diorang ke mana-mana. huii anak tuuu... mana boleh tinggal-tinggal!

fam,
yang tensionnya sebab dia macam takde rasa bersalah pun masa bagitau tu. lagi bangga adalah. sebab dapat ajar anak dia kunci pintu kereta kot. huhu.

Anonymous said...

ish ish ish.. tak patut tinggal tau. sy pun jenis yg suka fikir bukan2. seriau!

aizuraawang said...

tengah tarik nafas panjang2 nii... seriously dia dok citer in public dia tinggalkan anak dia yang only 4tahun dalam kereta??? while she shops for an hour???!!! aiyoooooo.... she should really "think! think! think!" giler apa...

Unknown said...

eis,
itulah. apasal lah dia boleh tinggalkan gitu aje? pelik betul.

zura,
hoho. kitorang masa dengar kat dalam kereta tadi pun macam tak caya je apa yg pompuan tu cakap. gila ah.

Yan said...

owhh tak dengar plak topik hotfm pg ni...
dahsyatnye sanggup tinggalkan anak usia 4 taun semata2 tuk sopping... selfishnye... ape salahnye bawak budak tukan... tempat shopping tu tak bg bawa budak bawa umur 12 tahun ke hape.. ceh aku lak hangin...

Unknown said...

yan,
kot kalau tempat shopping tu tak bagi masuk budak bawah 12 tahun haruslah kena ban tempat shopping tu. ehehehe.

Unknown said...

mmg tak patut yg tinggal anak 4 tahun tu... sy pun terkejut ade jugak si ibu yg berfikiran camtu....
yg sy rasa lagi tak patut bila si ibu tu ckp, ank 4 tahun ni mcm2 ragam, merajuklah, nk tido laa.... aishh.. mmg takleh diterima akal langsung...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Many Thanks!