Thursday, February 24

Oh Sungguh Heaven Sekali

Antara kuih favourite saya ialah karipap. Yang terbaik dah tentu-tentulah air tangan mak saya sendiri. No 2 ialah karipap buatan Mak Jah saya. Penuh dengan daging. Nyum!




Pic from here


Sebelum saya kerja kat Shah Alam ni, saya bekerja kat Damansara Heights. Tak lama pun. Dalam tiga bulan je. Lepas tu dapat offer ke Shah Alam. Masa kat Damansara Heights ni, selalu jugak tertunggu-tunggu kehadiran seorang pakcik yang jual karipap panas-panas. Pakcik ni memang datang dari satu building ke satu building. Eh ke dia datang ke building saya je ek? Tahle tak sure pulak.


Apa pun, memang kehadiran dia biasanya akan disebarkan ke satu ofis lah.


"Curry puff uncle is here! Curry puff uncle is here!" Bak kata ex-officemate saya tu. Lepas tu mencicit la semua orang turun ke lobby rebutkan karipap panas dia. Siapa lambat memang kempunan lah.


Agak susah bagi saya nak dapat karipap yang kena di tekak saya. Tapi, pagi tadi, saya telah pun jumpa karipap yang sangat best. Pulak tu masa saya beli still panas-panas lagi.


Kat mana beli? Saya beli kat Petronas Federal Highway yang sebelum simpang ke Kawasan Perindustrian Shah Alam tu.


Saiznya memang besar lah. Sebesar tapak tangan saya. Harga sebiji RM1. Mungkin sebab saiznya yang besar gila tu, makan sebiji pun dah kenyang. Hey, kalau saya kata kenyang tu, memang kenyang sungguh la kan. Saiz perut ai kan besar.


Idok le sebesor ni. Pic from here.


Karipap tu inti biasa je (kentang) tapi tah la sedap pulak rasa. Yang buat tambah sedap sebab dia letak sepotong kecik telur rebus dalam tu. First time makan karipap ada telur rebus. Hehe. Sedap la pulak eh. Macam... tengah-tengah syok makan karipap tetiba je "Surprise!!" ada telur rebus :P


Mungkin jugak sebab makan masa panas-panas jadi rasanya sungguh heaven sekali.





Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!