Wednesday, February 23

Update on Irma dan Gelak Sampai Keluar Air Mata

Alhamdulillah nampaknya chicken pox Irma dah makin menjauh. Kat badan dah kering. Tinggal macam kudis + parut. Hmm... Berapa lama agaknya masa yang diambil untuk hilangkan parut tu ye? Kalau letak Bio Oil tu ok ke?


Kat nappy area nampak dah makin ok. Cuma still dia rasa pedih kalau kita cebokkan dia atau masa mula-mula pakai diapers tu. Adeh. Ngilu pulak haku rasa.


Sekarang ni area yang paling perlu diberi perhatian ialah tang dalam mulut dengan kat mata tu. Rasanya kalau petang ni nampak macam tak ok lagi haruslah ke paed balik. Ubat pun dah habis. Kot mana la tau virus nya belum betul-betul hilang kan.


Ada jugak few kudis tu yang terkopek sebab dia garu-garu masa tidur. Mana la kita nak perasan. Kita pun tidur sama, kan. Hehe.


Baca kat blog Azza pasal link yang buat dia pecah perut tu. Haku pun click le kat link tu untuk mengisi masa time lunch hour tadi. Gila menahan gelak sampai berjejer-jejer air mata okeh. Hahahaha. Serious habis dua helai tisu untuk mengelap air mata mak nih. Adeh.




Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!