Wednesday, April 6

Cerita Hantu

Saya adalah seorang yang anti cerita hantu. Tak kisah la movie ke atau sekadar series kat TV. Tak kira la cerita tu seram bangat atau tak seram langsung. Ataupun hantu tu dari Malaysia ke, Indonesia ke, Thailand ke, Jepun ke, mahupun hantu omputih.


Oh kecuali cerita Supernatural atau Ghost Whisperer atau yang sewaktu dengannya tu lah. Sebab cerita-cerita tu more like nak investigate pasal hantu tu dan bukannya jenis hantu yang suka suki takutkan orang dan buat orang terkejut.


Selalunya bila ada cerita hantu kat TV ni saya terus masuk bilik je. Kalau En Abah ajak temankan dia (nak tengok cerita hantu tapi suruh orang teman. ceh! :P) biasanya saya buat la benda lain. Baca paper ke, novel ke. Paling-paling tidak pun saya tidur krohhh krohh depan TV.


Yang kaki cerita hantu ni ialah En Abah. Dan Irma. 


Imran? No no no. Kalau nampak je kelibat hantu dalam TV, terus dia komplen, "Kita tengok citer lain la mama. Citer ni tak beh (best) laaa..."


Kalau Irma, huh. Melekat depan TV tu okeh. Tak berkelip mata. Pastu nanti dia bebel la, "Alaa tak takut. Hantu tipu-tipu je. Dia metap-metap (mekap-mekap) je... Ima tak tatot (takut). Ima baani (berani). Ima pandai, kan mama?" 


Hamboi!


Berbalik pada cerita asal, semenjak pregnant ni, awat la saya suka bebenor tengok cerita hantu haa??? Walau niat di hati takmo tengok, tapi mata tu dok melekat jugak kat TV. Menci tau. Kadang tu sampai termimpi-mimpi. Hish. Tak suka tak suka. 


Dah la sekarang ni baaaaanyak sangat cerita hantu kat TV. Mungkin Ast.ro kena wujudkan satu channel yang dedicated khas untuk cerita hantu je. Lepas tu caj untuk langgan pakej hantu. Sure takkan langgan punya sebab makin bertambah le komitmen nak bayor duit Ast.ro setiap bulan. Maka selamatlah saya dari melayan cerita hantu seantero dunia :P


Oh cerita hantu kategori seram bangat tu still tak mampu la nak tengok. Takat cerita Misteri Alam Mistik yang biasa-biasa tu boleh la layan. 


Saya penakut.


Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails

Google+ Followers

Many Thanks!